Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan razeki yang bagus (baik). Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak di dengar (makhbul) dan amalan yang tidak di naikkan (diterima).
E3005 – BAIKPULIH ALATAN ELEKTRONIK TAJUK: KOMPUTER
APA MAKSUD KOMPUTER?
Suatu mesin elektronik yang boleh diprogramkan oleh manusia bagi menerima data, memproses data ke bentuk maklumat yang berguna kepada manusia dan juga menyimpan data dan maklumat dalam storan sekunder untuk kegunaan masa akan datang
FUNGSI KOMPUTER ? Mengubah sesuatu data kepada maklumat Data adalah merujuk kepada fakta mentah
Maklumat adalah merujuk kepada data yang telah diproses kepada bentuk yang lebih tersusun dan bermakna
TAHUKAH ANDA? Komputer terdiri daripada 4 bahagian atau unit utama; 1. Unit input 2. Unit output 3. Unit ingatan storan 4. Unit pemprosesan pusat
PERKAKASAN (HARDWARE) Apakah perkakasan komputer?.. Adalah bahagian fizikal komputer yang boleh disentuh atau dipegang. Ia berkaitan dengan semua peralatan komputer
PERANTI INPUT (INPUT DEVICES) Data dan arahan yang hendak dimasukan ke dalam komputer oleh pengguna. Untuk memasukan input ke dalam komputer peranti input diperlukan. Peranti input ialah suatu alat yang bertindak sebagai penterjemah dengan menterjemahkan simbol yang difahami manusia kepada simbol yang difahami dan boleh diproses oleh komputer
PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD) Menukarkan abjad,nombor dan aksara khas yang boleh difahami manusia kepada isyarat elektrik atau simbol yang boleh difahami komputer
TETIKUS (MOUSE) Ia mengawal penuding (pointer) yang dipapar pada monitor. Selalunya penuding wujud dalam bentuk anak panah. Ia boleh berubah bentuk bergantung kepada aplikasi.
KAYU BEDIK (JOYSTICK) Digunakan untuk mengawal tindakan permainan komputer dengan mengubah tekanan, kelajuan dan arah kayu bedik.
SKRIN SENTUH (TOUCH SCREEN) Seseorang boleh memilih tindakan dengan menyentuh skrin menggunakan jari.
PERANTI OUTPUT (OUTPUT DEVICES) Maklumat yang dikeluarkan oleh komputer hasil daripada pemprosesan data. Untuk mentransformasikan ke bentuk yang boleh difahami peranti output diperlukan. Peranti output adalah alat yang menterjemahkan maklumat yang telah diproses oleh komputer ke bentuk yang boleh difahami oleh manusia.
PERANTI OUTPUT (OUTPUT DEVICES) peranti output yang boleh digunakan bersama mikrokomputer adalah: Pencetak (printer) Pemplot (plotter) Peranti output suara (voice –output system) Monitor (monitor)
PENCETAK Mencetak output komputer ke bentuk yang kekal
VOICE OUTPUT SYSTEM Mengeluarkan bunyi yang menyerupai percakapan manusia. Peranti pembesar suara yang popular adalah; Speaker Headphone
MONITOR Paparan monokrom atau warna. Dua ciri penting adalah saiz dan kejelasan. Saiz ditentukan panjang garis pepenjuru kawasan paparan, biasanya 14, 15, 17, 19 dan 21 inci. Kejelasan ditentukan oleh resolusi.
MONITOR
UNIT PEMPROSES PUSAT (CENTRAL PROCESSING UNIT) CPU terletak dalam papan mikropemprosesan sistem. CPU mempunyai unit kawalan, unit aritmatik, logik dan daftar-daftar. Satu perkataan adalah beberapa bilangan bit iaitu 16, 32 dan 64 yang boleh dicapai oleh CPU dalam satu-satu masa.
Lebih banyak bit dalam perkataan lebih berkuasa mikropemproses itu. Kelajuan pemprosesan diukur dalam megahertz (MHz) dan gigahertz (GHz)
STORAN/INGATAN 3 jenis storan yang digunakan dalam komputer; ROM RAM Storan Jisim (mass storage)
RAM Ingatan baca dan tulis (read and write memory) Asalnya ingatan capaian rawak (Random Access Memory) Menyimpan data, arahan dan hasil pelaksanaan . Maklumat yang disimpan akan hilang apabila bekalan diputus, i.e RAM adalah meruap (volatile)
ROM Ingatan baca sahaja (read only memory) Boleh baca tetapi tidak boleh menulis. Maklumat tidak hilang jika bekalan diputuskan, i.e ROM tidak meruap dan bersifat kekal. Maklumat boot dan aplikasi khusus seperti pengawal disimpan didalam ROM.
STORAN JISIM/SEKUNDER Merangkumi cakera keras, cakera liut dan pita digit yang merupakan ingatan R/W. Cakera CD-ROM digunakan untuk menyimpan data yang banyak. Jenis ingatan paling murah bagi unit kapasiti yang tertentu. Masa capaian yang agak lama berbanding dengan ROM dan RAM melainkan data dicapai secara berjujukan.
PERKAKASAN (HARDWARE)
RUMUSAN
PENILAIAN PELAJAR Tugasan 4 akan dimuatnaik dalam blog www.rodzah.wordpress.com dan CIDOS.
HOMEWORK APA MAKSUD PERISIAN?
TERIMA KASIH
Jumpa di kelas akan datang