UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
ANALISIS PERBANDINGAN BENTUK KATA KERJA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS : KAJIAN BERDASARKAN BUKU KUMPULAN CERPEN ‘BIDADARI BURUNG’ DAN BUKU TERJEMAHANNYA ‘THE BIRD NYMPH’.
NUAIMAH BT AHMAD ZAIKI@AHMAD ZAKI
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (KEPUJIAN)
JUN 2016
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
ANALISIS PERBANDINGAN BENTUK KATA KERJA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS : KAJIAN BERDASARKAN BUKU KUMPULAN CERPEN ‘BIDADARI BURUNG’ DAN BUKU TERJEMAHANNYA ‘THE BIRD NYMPH’.
NUAIMAH BT AHMAD ZAIKI@AHMAD ZAKI Penulisan Ilmiah yang dikemukakan untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional
Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa
Jun 2016
JABATAN PENGAJIAN MELAYU AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
ANALISIS PERBANDINGAN BENTUK KATA KERJA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS : KAJIAN BERDASARKAN BUKU KUMPULAN CERPEN ‘BIDADARI BURUNG’ DAN BUKU TERJEMAHANNYA ‘THE BIRD NYMPH’. DISEDIAKAN OLEH
NUAIMAH BT AHMAD ZAIKI@AHMAD ZAKI 2013415754 Penulisan Ilmiah ini telah diterima oleh Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional pada Sesi 2015 / 2016.
______________________
______________________
Penyelia
______________________
______________________
Tarikh
Tarikh
PENGAKUAN
Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa segala kerja-kerja yang dilakukan dalam Penulisan Ilmiah ini telah dihasilkan tertakluk kepada peraturan Universiti Teknologi MARA. Ia merupakan karya yang asli dan dihasilkan oleh saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumber rujukannya. Penulisan Ilmiah ini belum pernah dihantar atau diserahkan kepada mana-mana institusi akademik atau institusi bukan akademik untuk tujuan pengijazahan atau lain-lain penganugerahan. Sekiranya Penulisan Ilmiah ini telah terbukti melanggar perkara yang telah disebutkan diatas, saya dengan suka relanya akan mengenepikan atau tidak menuntut sebarang hak untuk penganugerahan ijazah saya. Saya juga bersetuju supaya dikenakan tindakan disiplin berdasarkan peraturan yang telah termaktub oleh Universiti Teknologi MARA.
Nama No. Pelajar Program
: : :
Fakulti Tajuk
: :
Tandatangan : Tarikh :
Nuaimah Binti Ahmad Zaiki@Ahmad Zaki 2013415754 LG241 - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional Akademi Pengajian Bahasa Analisis Perbandingan Bentuk Kata Kerja Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris : Kajian Berdasarkan Cerpen „Bidadari Burung‟ Dan Buku Terjemahannya „The Bird Nymph’.
............................................ ............................................
ii
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk meneliti perbandingan bentuk kata kerja bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk kata kerja yang terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta melihat persamaan dan perbezaan bentuk kata kerja dalam kedua bahasa tersebut. Data diperoleh daripada bentuk-bentuk kata kerja yang terdapat dalam buku Bidadari Burung dan terjemahannya The Bird Nymph. Penganalisisan data dibuat berdasarkan pendekatan analisis kontrastif. Bentuk-bentuk kata kerja dilihat berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah et.al, (2011) dan Understanding and Using English Grammar Third Edition oleh Betty Schrampfer Azar (2006). Berdasarkan analisis yang dibuat, terdapat empat bentuk kata kerja bahasa Melayu dan begitu juga dalam bahasa Inggeris yang mengandungi empat bentuk kata kerja. Kajian mendapati terdapat perbezaan kerana bentuk kata kerja ganda dan kata kerja majmuk tidak terdapat dalam bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, perbezaan bentuk kata kerja merupakan kebiasaan dalam kaedah analisis kontrastif kerana wujud perbezaan budaya dalam bahasa antara bahasa sumber dan bahasa sasaran.
v