OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen: OPR/TPU/BP/STE/05 BUKU PANDUAN TERNAKAN KUDA
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 1 drpd 35
ISI KANDUNGAN PERKARA
MUKA SURAT
1.0
Pendahulun...........................................................................................................
2.0
Sifat Fizikal Kuda...................................................................................................... 5 2.1 Bahagian utama badan, warna dan tanda pada kuda 2.2 Mengukur kuda 2.3 Menentukan umur kuda 2.4 Konformasi kuda
3.0
Baka Kuda................................................................................................................. 10 3.1 Kuda Thoroughbred 3.2 Kuda Arab 3.3 Kuda Padi (kacukan)
4.0
Cara Pemilihan Baka................................................................................................. 11 4.1 Cara Pemilihan Baka 4.2 Perolehan Ternakan 4.3 Penerimaan Ternakan dan Masa Peralihan
5.0
Cara Pemeliharaan................................................................................... ............... 12 5.1 Saiz stable yang betul 5.2 Penggunaan dan pengendalian sarap 5.3 Pengawasan dan keadaan stable yang sesuai 5.4 Pengurusan Stabel
6.0
Identifikasi Kuda...................................................................................................... 14
7.0
Keperluan Asas Memelihara Kuda........................................................................... 14 7.1 Stabel 7.2 Padok pasir 7.3 Padok ragutan 7.4 Arena 7.5 Trek menunggang 7.6 Pasung 7.7 Padok pasir kecil
8.0
Pengurusan Kuda.................................................................................................. 8.1 Keselamatan pengendalian kuda 8.2 Merapi kuda 8.3 Memandikan kuda
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
4
18
Halaman : 2 drpd 35
8.4
Penimbangan Kuda
9.0
Pemakanan Kuda.......................................................................................... 9.1 Jenis-jenis makanan kuda 9.2 Kadar pemberian makanan kuda 9.3 Faktor kadar pemberian makanan kuda 9.4 Peraturan pemakanan yang baik 9.5 Jadual pemberian makanan kuda
28
10.0
Pembiakan....................................................................................................
30
11.0
Kesihatan Kuda.............................................................................................. 11.1 Tanda-tanda kuda sihat 11.2 Tanda-tanda kuda tidak sihat 11.3 Kelengkapan penting pertolongan kecemasan kuda 11.4 Masalah Kesihatan Kuda dan Rawatan
30
12.0
Program Kesihatan Gerompok.........................................................................
32
13.0
Pelupusan Ternakan Mati...............................................................................
32
14.0
Pengurusan Rekod Ternakan Kuda...................................................................
33
15.0
Pengurusan Sisa Kumbahan Ternakan Kuda………………………................................
33
16.0
Biosekuriti Ladang…………………………………………………………………………………………….... 33
17.0
Perjalanan……………………………………………………………………………………………….....…... 17.1 Keselamatan pengangkutan 17.2 Tanggungjawab pemandu 17.3 Tanggungjawab pengendali kuda 17.4 Tindakan apabila kuda terlepas ketika berhenti rehat dalam perjalanan jauh 17.5 Cara menaik dan menurunkan kuda dari float kuda
33
18.0
Glosari.........................................................................................................
35
19.0
Rujukan........................................................................................................
35
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 3 drpd 35
1.0
PENDAHULUAN Unit Ekuin, Universiti Putra Malaysia telah diwujudkan di bawah pembangunan Universiti Putra Malaysia sebagai salah satu daripada kemudahan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. Unit Ekuin sebelum ini adalah di bawah pengurusan Fakulti Perubatan Veterinar bagi kegunaan pelajar Doktor Perubatan Veterinar khasnya dan semua warga kampus amnya. Mulai 2002, Unit Ekuin telah diletakkan di bawah pengurusan Taman Pertanian Universiti (TPU) bagi membolehkan penglibatan aktiviti berkuda sepenuhnya oleh warga kampus. Kuda telah disimpan dan diternak oleh manusia sejak beribu-ribu tahun sebelum masehi. Diantara baka kuda kuno atau 'ancient horses' ialah Kuda Liar Asia (terdapat disekitar Asia Tengah saperti Mongolia, Turkomen, Afghanistan, Mongolia ), Kuda Morgan ( USA), Tarpan, Arab ( Timur Tengah). Manusia mula menjinakkan kuda dan menjadikannya sebagai aset yang amat penting baik dalam peperangan, pertunjukan, sarkas, sukan, pertandingan dan sebagainya. Perkembangan sukan berkuda di Malaysia semakin meningkat dalam banyak disiplin antaranya dressage, showjumping dan endurance.
Klasifikasi saintifik bagi kuda ialah: Filum Kelas Order Famili Spesis
: : : : :
Chordata Mamalia Perissodactyla Equidae Equus caballus
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 4 drpd 35
2.0
SIFAT FIZIKAL KUDA 2.1
Bahagian utama badan, warna dan tanda pada kuda
Bahagian utama badan kuda
Warna kuda
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 5 drpd 35
Tanda pada kuda 2.2
Mengukur kuda Ketinggian kuda diukur dalam hand yang mana bersamaan dengan 4 inci atau 10cm.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 6 drpd 35
2.3
Menentukan umur kuda Umur kuda ditentukan mengikut susunan dan bentuk gigi kuda
1
2
3
5
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
4
6
Halaman : 7 drpd 35
2.4
Konformasi kuda Konformasi adalah struktur badan dan juga bentuk kuda yang terbaik sesuai untuk tunggangan
Konformasi Asas (i)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 8 drpd 35
Konformasi Asas (ii)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 9 drpd 35
3.0
BAKA KUDA Terdapat 3 jenis baka kuda di Unit Ekuin, Seksyen Ternakan, Taman Pertanian Universiti, UPM iaitu : 3.1
Kuda Thoroughbred
Berasal dari England Kegunaannya ialah untuk latihan menunggang kuda, show jumping, dressage, lumba, polo dan endurance serta sukan ekuestrian yang lain Ciri-cirinya ialah : - tinggi (purata 16 hands (64 inci, 163 cm)) - bentuk badan slim - kebanyakkannya berwarna bay, seal brown, chestnut, black, or gray - dikenali sebagai baka “hot-blooded” kerana ketangkasan dan kelajuannya dan biasanya haiwan yang lebih bersemangat dan berani 3.2
Kuda Arab
Berasal dari Semenanjung Arab NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 10 drpd 35
Kegunaannya ialah untuk latihan menunggang kuda, show jumping, dressage, lumba, polo dan endurance serta sukan ekuestrian yang lain Ciri-cirinya ialah : - Muka berbentuk cekung - Mengangkat ekor apabila berjalan atau berlari - Mempunyai tulang yang kuat - Mempunyai hidung yang mengembang - Haiwan yang sangat bijak dan sangat berminat untuk mengetahui perkara yang berlaku disekelilingnya - Sangat mesra dan mempunyai sifat ingin tahu - Mempunyai daya ketahanan yang sangat tinggi - Biasanya bersaiz kecil (15/16 hands) tetapi bukan poni 3.3
Kuda Padi (cross pony) Berasal dari Malaysia Kegunaannya ialah untuk latihan menunggang kuda, baka dan kejohanan endurance Ciri-cirinya ialah : - Bersaiz kecil (14 – 15 hands) - Daya ketahanan penyakit yang baik - Baka yang lasak
4.0
CARA PEMILIHAN BAKA Pemilihan baka kuda yang baik adalah sangat penting. Dalam peternakan kuda, konformasi badan kuda terutamanya bahagian kaki serta baka yang baik dan tahan lasak menjadi keutamaan dalam pemilihan baka kuda. Tujuan utamanya adalah bagi mendapatkan kuda yang baik dan sesuai untuk tunggangan. 4.1
Cara Pemilihan Baka Proses pemilihan baka berlaku dengan kerjasama pihak Fakulti Perubatan Veterinar, UPM yang akan menentukan kuda yang sesuai untuk dibeli. Pemilihan baka boleh dibuat berasaskan perkara berikut: i. ii. iii.
Baka dan keturunan Bentuk badan atau konformasi:
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 11 drpd 35
4.2
Perolehan Ternakan Stok kuda hendaklah diperolehi dari gerompok yang ’bebas penyakit” di mana semua ternakan mesti bebas dari penyakit tertentu melalui ujian darah atau seumpamanya kecuali protokol jabatan yang mengecualikannya. Pergerakan ternakan dilakukan hanya setelah mendapat kelulusan dan kebenaran dari Pegawai Veterinar dan pihak pengurusan TPU.
4.3
Penerimaan Ternakan dan Masa Peralihan Kuda perlu diangkut dalam keadaan selesa, elakkan daripada terlalu berpanas. Bagi perjalanan yang jauh, rancang perjalanan dengan mengutamakan keselesaan kuda dan pemandu. Persiapan kandang hendaklah dilaksanakan 1 – 2 hari sebelum tarikh kuda diterima. Stabel perlu dibersihkan dan disanitasi bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman. Sebaik sampai kuda di beri ”anti stress’ atau tidak bergantung kepada nasihat Pegawai Veterinar dan dibiarkan rehat sekurangnya selama 3 hari, sebelum sesuatu aktiviti berkaitan kuda dijalankan. Kuda diberi makanan sama seperti tempat asal dan diubah secara perlahanlahan kepada sistem pemakanan yang baru. Rekod kan aktiviti dalam; Borang Terima Ternakan (OPR/TPU/BR/STE/01) Buku Log Stok/Identifikasi Ternakan (OPR /TPU/BL/STE/01) Buku Log Stok Bulanan Ternakan(OPR /TPU/BL/STE/02) Buku Log Bilangan Stok Ternakan(OPR /TPU/BL/STE/03) Buku Log Bilangan Susut Ternakan(OPR /TPU/BL/STE/04)
5.0
CARA PEMELIHARAAN Di Unit Ekuin, UPM kuda dipelihara secara sistem intensif iaitu kuda ditempatkan di dalam stabel sepanjang masa. Setiap stabel hanya boleh menempatkan seekor kuda sahaja kecuali bagi anak kuda yang masih menyusu yang perlu diletakkan bersama ibunya. Di Malaysia, ketaman papan sesuai digunakan sebagai alas (bedding) kuda di dalam stabel. 5.1 i. ii. iii.
Saiz stabel yang sesuai: 3.0 m x 3.0 m (10’ x 10’) untuk kuda poni 3.6 m x 3.0 m (12’ x 10’) untuk kuda sederhana besar 3.6 m x 3.6 m (12’ x 12’) untuk kuda besar
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 12 drpd 35
Stabel kuda 5.2
Penggunaan dan pengendalian sarap Sesuai menggunakan ketaman papan kerana ianya dapat menyerap urin, mudah diuruskan, mudah diperolehi dan menghasilkan haba untuk memanaskan badan kuda. Anggaran ketaman papan antara 1cm – 3cm (1/4” – 1”) panjang dan 0.5cm – 1cm lebar. Ketebalan sarap adalah 24cm - 30cm (8” – 12”) untuk mengelakkan kuda dari cedera apabila duduk atau baring di dalam stabel.
5.3
Pengawasan dan keadaan stable yang sesuai Bekas air sentiasa berisi air di sebabkan kuda memerlukan antara 60 hingga 80 liter air sehari Kuda diperiksa dua kali sehari untuk mengesan sebarang kecederaan Dinding dan pintu stabel dalam keadaan baik Tiada objek yang boleh membahayakan kuda berada dalam stabel
5.4
Pengurusan stabel Stabel perlu dibersihkan setiap hari dengan membuang najis dan urin kuda Bekas makanan dan minuman juga perlu dibersihkan setiap hari Sarap digantikan sekali atau 2 kali seminggu bergantung kepada keadaan sarap tersebut Rekodkan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan stable ke dalam Senarai Semak Penjagaan Kuda (OPR/TPU/SN/STE/06)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 13 drpd 35
6.0
IDENTIFIKASI KUDA Identifikasi kuda berbeza dengan ternakan lain kerana kuda diberi pengenalan melalui penamaan bagi setiap ekor berserta pasportnya. Pasport ini mengandungi pelbagai maklumat kuda seperti : a) Nama kuda b) Nombor pendaftaran dengan pihak EAM (Equestrian Association Malaysia) bagi tujuan menyertai pertandingan berkuda di Malaysia c) Tarikh lahir d) Jantina e) Warna f) Ketinggian g) Tanda pada badan kuda h) Pemvaksinan Namun, penggunaan pasport ini tidak menyeluruh kerana pasport hanya boleh dibuat bagi setiap ekor kuda apabila berumur 3 tahun ke atas kerana masih lagi membesar (masih berlaku perubahan ketinggian dan warna). Rekod ID kuda dalam LOG (OPR/UPM/TPU/LOG/STE/ID/001)
7.0
KEPERLUAN ASAS MEMELIHARA KUDA 7.1
Stabel Merupakan kandang kuda yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan seperti permukaan lantai yang kasar, dinding dan pintu stabel yang kukuh, dan pengudaraan yang baik. Seeloknya setiap stabel mempunyai kipas bagi membantu sistem pengudaraan yang baik. Stabel dibersihkan setiap hari. Saiz stabel yang betul : i. 3.0 m x 3.0 m (10’ x 10’) untuk kuda poni ii. 3.6 m x 3.0 m (12’ x 10’) untuk kuda sederhana besar iii. 3.6 m x 3.6 m (12’ x 12’) untuk kuda besar Saiz yang sesuai berguna untuk memudahkan pergerakan kuda Di Unit Ekuin, stabel adalah bersaiz (12’ x 15’) sebanyak 28 unit dan (12’ x 12’) sebanyak 19 unit
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 14 drpd 35
Bangunan Stabel 7.2
Padok Pasir Padok pasir adalah satu kawasan yang dibina dengan sekelilingnya adalah pagar dan lantainya adalah lapisan pasir setebal 2 kaki (lapisan bawah ialah pasir kasar 1 kaki dan lapisan paling atas ialah lapisan pasir halus 1 kaki). Kemudian di bawah lapisan pasir terdapat sistem pengairan yang dibina bagi membantu pengaliran keluar air yang bertakung terutamanya ketika hujan. Padok pasir digunakan untuk latihan menunggang kuda selain menunggang di trek. Padok pasir diselenggara sekali seminggu.
Padok Pasir
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 15 drpd 35
7.3
Padok Ragutan Padok ragutan adalah kawasan padang rumput di mana kegunaannya adalah bagi kuda meragut rumput segar.
Petak Ragutan 7.4
Arena Arena merupakan kawasan padok pasir yang lebih kecil berbanding padok pasir. Arena boleh didapati dalam bentuk bulatan atau segiempat. Ukuran bagi arena di Unit Ekuin ialah 16.5 meter x 16.5 meter Arena digunakan sebagai tempat untuk latihan asas menunggang kuda bagi penunggang baru (belum pandai menunggang kuda), latihan penunggangan (berserta penunggang) dan latihan untuk kuda sahaja. Di Unit Ekuin terdapat 3 arena yang digunakan untuk latihan menunggang kuda. Juga diselenggara sekali seminggu.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 16 drpd 35
Arena 7.5
Trek menunggang Trek menunggang kuda ialah laluan menunggang kuda termasuklah kawasan tanah merah, pasir dan bertar, kawasan bukit dan juga kawasan ladang. Trek ini diselenggara sepanjang masa bergantung kepada keperluan dan keadaan.
7.6
Pasung Pasung ialah kemudahan yang dibina dari besi anti karat untuk mengekang kuda terutama bagi kuda yang agresif bagi tujuan rawatan dan sebagainya.
Pasung NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 17 drpd 35
7.7
Padok Pasir Kecil Padok pasir kecil dibina sebagai tempat untuk melepaskan atau menempatkan kuda sementara stabel dibersihkan selain daripada melepaskan kuda dalam kawasan padok rumput.
Padok pasir kecil
8.0
PENGURUSAN KUDA 8.1
Keselamatan Pengendalian Kuda
8.1.1 Perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa mendekati, menangkap dan menambat kuda : Perlu berkeyakinan dan dalam keadaan yang tenang (tanpa rasa takut) Mendekati kuda secara perlahan-lahan dan beransur-ansur Berinteraksi dengan kuda (bercakap-cakap) dengan memanggil namanya atau memanggilnya samada boy (jantan) atau girl (betina) Dekati kuda dari bahagian hadapan kuda (muka dan kemudian sisi kiri dibahagian bahu kuda) Usap dan gosok bahagian leher kuda sambil berinteraksi dengan kuda Gunakan kolar kepala (headcollar) untuk menangkap kuda. Pemasangan headcollar dilakukan dengan pengendali berada sebelah kiri kuda
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 18 drpd 35
Kuda ditambat dengan cara lead rope diikat dengan ikatan simpulan hidup (quick-release knot) bagi memudahkan kuda melepaskan diri sekiranya berlaku kecemasan Kuda juga perlu ditambat di kawasan yang selamat (lantai tidak licin, tempat tambatan yang kukuh dan bebas daripada benda-benda yang membahayakan kuda)
Cara Menambat Dan Pemasangan Halter/Kolar Kepala (head collar)
8.1.2 Tatacara semasa mengendali dan memimpin kuda: Pengendali perlu berada dibahagian sisi kiri depan kuda (bahagian bahu kuda) Semasa hendak memimpin kuda (yang telah dipakaikan headcollar), tangan kanan perlu memegang lead rope dengan jarak 5”-6” dari headcollar, manakala tangan kiri memegang lebihan panjang lead rope dengan hujung lead rope dilipat dua atau tiga kali Jika ingin membuat pusingan semasa memimpin kuda, pusingan perlu dilakukan dengan cara membelok ke arah sebelah kanan kuda bagi mengelakkan kaki pengendali dipijak kuda. 8.1.3 Melepaskan seekor dan sekumpulan kuda Tidak boleh menghalau kuda ketika dilepaskan di dalam paddock untuk mengelakkan kuda menjadi agresif di masa akan datang.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 19 drpd 35
Sekiranya dilepaskan sekumpulan kuda, perlulah dilepaskan kesemua serentak (bukan seekor demi seekor) untuk mengelakkan kuda dari mengekori satu sama lain (keselamatan penunggang kuda). 1.1.4 Keadaan persekitaran yang sesuai bagi kuda yang dibiarkan di halaman dan paddock: Untuk ikatan kuda, pastikan tempat tersebut kukuh dan kuat Permukaan lantai yang rata dan tidak licin Tempat yang tidak sempit dan tidak sibuk Mudah diawasi Pastikan pengadang dibuat dari plastik atau PVC berwarna putih (untuk mengelakkan dari digigit kuda dan mudah patah) Tempat berteduh yang dilindungi cahaya matahari sekiranya di halaman untuk mengelakkan dari panas dan hujan 1.1.5 Mengendali atau mengekang kuda semasa melakukan rawatan: Staf perlu bersedia dengan pakaian dan kasut yang bersesuaian. Semasa mengekang kuda untuk rawatan, perlu elakkan kuda daripada tekanan, kesakitan atau kecederaan pada ternakan. Gunakan pasung ketika melakukan aktiviti seperti menimbang, mengambil darah, vaksinasi dan sebagainya. Di Seksyen Ternakan pengekangan dilakukan samada secara manual atau menggunakan pasung. 8.2
Merapi Kuda Kuda perlu dirapikan sekurang-kurangnya sekali sehari. Tugas ini dijalankan oleh staf-staf Unit Ekuin (Pembantu Veterinar, Atendan Haiwan dan Pembantu Am Pejabat). 8.2.1 Peralatan dan bahan serta fungsi alatan merapi kuda: Hoof pick
-
Rubber curry comb Body brush Dandy brush
membuang dan membersihkan kotoran pada bahagian tapak kaki kuda mengeluarkan kulit mati dan kotoran halus, lama dan degil pada badan kuda membersihkan kotoran halus dan digunakan pada bahagian lembut membersihkan kotoran kasar dan digunakan dibahagian badan kuda yang
kasar Mane comb NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
-
merapi bahagian mane dan ekor kuda
Halaman : 20 drpd 35
Tuala atau span lembab
-
Minyak kuku (hoof oi) dan berus -
membersihkan bahagian lembut dan sensitif merapi bahagian hoof kuda
8.2.2 Kaedah merapi kuda Sebelum perapian boleh dilaksanakan, kuda perlu di tempatkan di tempat yang sesuai dan selamat dengan ditambat dengan ikatan simpulan hidup (quick-release knot) Sediakan peralatan merapi yang diperlukan Proses merapi : 1. Bermula dengan membersihkan keempat-empat tapak kaki kuda menggunakan hoof pick dan disapukan minyak kuku (hoof oil) menggunakan berus (bermula kaki kiri kuda diikuti kaki kanan kuda)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 21 drpd 35
Membersihkan tapak kaki kuda
Menyapu minyak kuku (hoof oil) pada hoof kuda
2. Langkah ke dua ialah membersihkan badan kuda. Proses membersihkan badan kuda bermula dengan membersihkan bahagian sebelah kiri diikuti sebelah kanan 3. Proses bermula dengan membersihkan bahagian forehead diikuti bahagian abdomen (belly) dan seterusnya hind quarters 4. Bahagian badan dibersihkan dengan menggunakan rubber curry comb terlebih dahulu bagi membuang kotoran halus dan degil serta mengeluarkan kulit dan bulu mati. Kemudian gunakan body brush untuk membuang kotoran tersebut serta merapi bulu dan kulit kuda (membersih sisa kotoran)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 22 drpd 35
Membersihkan bahagian badan kuda
5. Langkah 3 dan 4 diulang bagi merapi bahagian badan sebelah kanan kuda pula 6. Proses merapi kemudian dilakukan pada bahagian mane dan ekor kuda pula dengan menggunakan mane comb
Merapi mane kuda menggunakan mane comb
Merapi ekor kuda menggunakan mane comb 7. Selepas itu, proses merapi diteruskan pada bahagian muka. Bahagian ini dibersihkan dengan cara menyapu kawasan tersebut NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 23 drpd 35
menggunakan tuala atau span lembab kerana bahagian ini lembut dan sensitif
Merapi bahagian muka kuda menggunakan tuala atau span lembab 8. Langkah seterusnya adalah membersihkan bahagian belakang badan kuda dock (lubang najis dan kencing). Bahagian ini juga dibersihkan dengan cara menyapu dengan tuala atau span lembab yang berasingan 9. Setelah perapian selesai, peralatan merapi perlu dibersihkan dan di rekodkan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan stable ke dalam Senarai Semak Penjagaan Kuda (OPR/TPU/SN/STE/06).
8.3
Memandikan Kuda Kuda perlu dimandikan mengikut keperluan dan keadaan. Tugas ini dijalankan oleh staf-staf Unit Ekuin (Pembantu Veterinar, Atendan Haiwan dan Pembantu Am Pejabat). 8.3.1 Kuda perlu dimandikan apabila : 1. Setiap kali selepas latihan 2. Keadaan kuda yang kotor 3. Cuaca yang panas 8.3.2 Peralatan dan bahan dan fungsi alatan memandikan kuda Hoof pick
-
Body brush
-
membuang kotoran pada bahagian tapak kaki kuda membersihkan kotoran pada badan kuda
Tuala atau NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 24 drpd 35
span lembab
-
Sweat scrapper Syampu
-
Dettol/bahan
-
(jika perlu) Minyak kuku oil) dan berus
-
membersihkan bahagian lembut dan sensitif menyingkirkan air dibadan kuda menghilangkan kotoran degil dibadan kuda merawat tapak kaki kuda yang antiseptik bermasalah merapi bahagian hoof kuda selepas (hoof dikeringkan
8.3.3 Kaedah memandikan kuda Sebelum proses memandikan kuda dilaksanakan, kuda perlu di tempatkan di tempat yang sesuai dan selamat dengan ditambat dengan ikatan simpulan hidup (quick-release knot) Sediakan peralatan yang diperlukan Proses memandikan kuda : 1. Proses bermula dengan menyiram air pada bahagian tapak kaki diikuti bahagian kaki kuda
Siram air pada bahagian kaki kuda 2. Bersihkan keempat-empat tapak kaki kuda menggunakan hoof pick dan dettol (sekiranya perlu) dan bilas dengan air bermula sebelah kiri kuda diikuti sebelah kanan kuda
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 25 drpd 35
Bersihkan tapak kaki kuda menggunakan hoof pick 3. Kemudian, mandikan bahagian badan kuda bermula dibahagian forehead (termasuk mane) diikuti bahagian abdomen (belly) seterusnya hind quarters sebelah kiri badan kuda termasuk kaki kuda
Siram air pada bahagian badan kuda 4. Beruskan badan kuda menggunakan body brush. Kuda perlu dimandikan menggunakan syampu sekurang-kurangnya seminggu sekali 5. Ulang langkah 3 dan 4 bagi membersihkan bahagian kanan badan kuda pula 6. Kemudian, bersihkan bahagian kepala kuda bermula dengan menyiram air ke bahagian tersebut dengan tekanan air yang rendah. Bahagian kepala seperti telinga, mata, hidung dan mulut dibersihkan menggunakan tuala atau span
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 26 drpd 35
Bersihkan bahagian muka kuda menggunakan tuala atau span lembab 7. Ulangi kaedah 6 bagi membersihkan bahagian dock (lubang/saluran najis dan kencing) 8. Setelah selesai, keringkan badan kuda menggunakan sweat scrapper
Keringkan badan kuda menggunakan sweat scrapper 9. Setelah kuda kering, sapukan minyak kuku (hoof oil) pada kuku kuda sebelum kuda ditempatkan kembali ke stable
10. Setelah badan kuda kering, sapukan minyak kuku (hoof oil) pada hoof kuda. 11. Rekodkan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan stable ke dalam Senarai Semak Penjagaan Kuda (OPR/TPU/SN/STE/06) 8.4
Penimbangan Kuda Penimbangan berat badan kuda berguna dalam menentukan kadar pemberian ubatan dan mengesan kenaikan atau penurunan berat badan untuk tindakan selanjutnya (menambah atau mengurangkan jumlah pemberian makanan). Di Unit Ekuin, kuda ditimbang 6 bulan sekali. Penimbangan kuda dilakukan oleh staf Unit Ekuin dengan menggunakan weighing tape semasa kuda ditempatkan di dalam pasung. Rekod penimbangan ternakan dalam Buku Log Timbang Ternakan (OPR/TPU/BL/STE/10)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 27 drpd 35
9.0
PEMAKANAN KUDA 9.1
Jenis-jenis Makanan Kuda
9.1.1 Makanan asas : - Chaff - Pelet kuda - PKE (Palm Kernel Extract) (bagi kuda yang tidak menjalankan latihan) - Hay (rumput kering)
Pelet kuda (horse cube)
Chaff
Hay
9.1.2 Makanan tambahan : - Elektrolit - Blok garam mineral
Elektrolit
Blok garam mineral
9.1.3 Makanan berupa rumput segar yang sesuai untuk kuda ialah rumput kerbau dan rumput gajah 9.2
Kadar Pemberian Makanan Kuda Makanan diperlukan sebanyak 2.5% daripada berat badan kuda sehari. Namun keperluan tersebut boleh berubah bergantung kepada beberapa faktor.
9.3
Faktor Kadar Pemberian Makanan Kuda 9.3.1 Saiz badan kuda 9.3.2 Aktiviti harian kuda 9.3.3 Tahap kesihatan badan kuda 9.3.4 Keadaan fizikal kuda
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 28 drpd 35
9.3.5 Kelakuan atau perangai kuda 9.4
Peraturan Pemakanan Yang Baik Makanan dan air minuman mestilah bersih untuk mengelakkan dari terkena penyakit Pemberian makanan hendaklah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan kuda dari bosan Makanan diberi mengikut kerja atau aktiviti yang dilakukan oleh kuda Makanan diberi mengikut jadual yang tetap Kuda tidak dibenarkan terus bekerja selepas sahaja makan Tidak boleh menukar jenis makanan kuda secara mendadak bagi mengelakkan masalah kesihatan Makanan bermutu sepatutnya diberikan untuk menjaga kesihatan kuda Beri makanan yang banyak mengandungi air untuk memudahkan proses penghadaman Untuk menentukan kandungan dalam makanan campuran kuda, kita perlu melihat pada label beg makanan Bekas makanan dan minuman dibersihkan setiap hari
9.5
Jadual Pemberian Makanan Kuda Kuda tidak boleh diberi makan untuk kuantiti yang banyak dalam satu masa tetapi pengagihan adalah kerap dengan kuantiti yang sedikit. Jadual pemberian makanan kuda di Unit Ekuin ialah : Bil
Masa
Jenis Makanan
1
7.00 pagi
- Chaff
2
11.00 pagi
- Chaff - Pelet kuda @ PKE - Elektrolit
3
7.00 petang
- Chaff - Pelet @ PKE - Elektrolit
4
11.00 malam
- Hay
Blok garam mineral diletakkan disetiap stabel kuda
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 29 drpd 35
Rekod pemberian makanan tambahan dalam Buku Log Makanan Tambahan Ternakan (OPR/TPU/BL/STE/12)
10.0
PEMBIAKAN Dalam membiakkan kuda, pemilihan baka adalah sangat penting bagi mendapatkan progeni yang berprestasi tinggi dari segi konformasi yang baik, kekuatan fizikal dan daya ketahanan pada penyakit. Pembiakan kuda adalah tidak bermusim. Tempoh bunting bagi kuda adalah antara 300 hingga 365 hari. Di Unit Ekuin, proses pembiakan terutamanya dari segi pemilihan baka dilakukan dengan kerjasama pihak Fakulti Perubatan Veterinar. Ia dijalankan secara pengawanan semulajadi.
11.0
KESIHATAN KUDA 11.1
Tanda-Tanda Kuda Sihat (Pada Keadaan Rehat) Suhu badan Kadar dengupan jantung Kadar pernafasan
11.2
: 37.5 C – 38.5 C : 36 – 42 seminit : 8 – 16 kali seminit
Tanda-Tanda Kuda Tidak Sihat Kulit kering Tempang Cirit-cirit Tiada selera makan Bengkak bahagian kaki Menguis kaki Berpeluh dalam cuaca sejuk Mengesel ekor ke dinding Tingkahlaku kuda tidak seperti biasa Berhingus Luka Tidak aktif
11.3
Kelengkapan Penting Pertolongan Kecemasan Kuda Kapas Iodine Bandage Elastoplast
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 30 drpd 35
Thermometer 11.4 Bil 1
Masalah Kesihatan Kuda Dan Rawatan
Masalah Kesihatan Tempang
Tanda-tanda
Pencegahan
Ubat/Rawatan
Pergerakan kuda yang tidak selesa kesan daripada rasa sakit Pergerakan kuda yang tidak selesa kesan daripada rasa sakit Kuda menggigit kulit dan menggaru pada dinding
-Cara latihan dan menunggang yang betul -tidak menendang dinding stabel dan sebagainya -Cara latihan dan menunggang yang betul
-Flunixin -Butalone granules -rehatkan kuda sehingga sihat -Butalone granules -Rehatkan sehingga sihat
2
Sakit belakang
3
Kurap
4
Kolik
Kuda tiada selera makan, mengais, menendang, menggigit perut, berpeluh dan restless
5
Luka
Kuda menggigit kawasan luka
6
Selesema
Hidung berair
-stabel,kawasan persekitaran -mandikan kuda dan peralatan menunggang menggunakan kuda perlu sentiasa bersih campuran hibiscrub dan povidone iodine -sapukan krim topikal (cthnya : beavate) -Antihistamine -pertukaran makanan secara -memimpin kuda perlahan-lahan dan supaya sentiasa berperingkat berjalan -latihan yang sesuai -menggalakkan kuda -cuaca atau persekitaran yang meragut rumput tidak terlalu panas segar -Flunixin -Cobaphos -Stress Vit -Liquid parafin -Fluids -Flunixin -Benacilin -Antitetanus Cuaca yang baik (tidak terlalu sejuk)
-Vitamin C -Antibiotik
Rekod rawatan dalam borang Patient Medical Record (OPR/TPU/BR/STE/02) dan ubatan dalam Buku Log Inventori Ubat – ubatan (OPR/TPU/BL/STE/05) Oleh Pegawai Veterinar. NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 31 drpd 35
Jika terdapat kuda yang mati, Penyelaras Unit hendaklah mengisi Borang Kematian Ternakan (OPR /TPU/BR/STE/04). Jika terdapat kuda yang perlu ditakai/lupus, perlu dapatkan kebenaran Pegawai Veterinar dan tanam di tempat yang disediakan atau dihantar ke Hospital Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar.
12.0
PROGRAM KESIHATAN GEROMPOK TERNAKAN KUDA: Kesihatan Gerompok ialah program pengeluaran dan kesihatan ternakan terancang. Program ini adalah berjadual, yang mana ianya dijalankan untuk mengekal kesihatan ternakan ditahap optimum bagi mencapai pengeluaran yang maksimum. Tujuan Program Kesihatan Gerompok: Mengekalkan kesihatan kuda ditahap lebih cekap Mengawal, mencegah dan membasmi penyakit-penyakit merbahaya kepada kuda. Aktiviti program kesihatan gerompok kuda : Bil 1
Perkara
3
Suntikan vaksin Japanese Encephalitis (JE) Suntikan vaksin Equine Influenza (EI) Ubat cacing
4
Pemeriksaan gigi (teeth rasping)
2
Kekerapan 12 bulan sekali 6 bulan sekali 6 bulan sekali 12 bulan sekali
Rekod aktiviti Program Kesihatan Gerompok dalam borang Program Kesihatan Gerompok (OPR/TPU/BR/STE/06)
13.0
PELUPUSAN TERNAKAN MATI Kuda yang mati dihantar ke makmal post moterm di Fakulti Perubatan Veterinar UPM bagi membuat analisis punca kematian. Kemudian bangkai kuda akan diserahkan kepada pihak Fakulti Perubatan Veterinar UPM bagi urusan pelupusan. Rekodkan maklumat di dalam Borang Kematian Ternakan (Borang Kematian Ternakan (OPR /TPU/BR/STE/04) dan Borang Pelupusan Ternakan Ternakan(OPR/TPU/BR/STE/05)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 32 drpd 35
14.0
PENGURUSAN REKOD TERNAKAN KUDA Terdapat 5 jenis rekod penting yang perlu direkodkan : 1. Rekod Stok Ternakan 2. Rekod Kematian 3. Rekod Kelahiran 4. Rekod Rawatan/Kesihatan Ternakan 5. Rekod Makanan
15.0
PENGURUSAN SISA KUMBAHAN TERNAKAN KUDA Sisa buangan ternakan kuda terdiri daripada najis, sisa urin dan sisa habuk papan. Di Unit Ekuin sisa kumbahan ini diselenggara dengan cara mengumpulkannya ke dalam tong sampah yang disediakan dan akan dibawa keluar dari Unit Ekuin.
16.0
BIOSEKURITI LADANG Bagi biosekuriti ladang, sekeliling kawasan ladang dipagar menggunakan sistem pemagaran yang sesuai. Manakala bagi kawalan lalat, kawasan Unit Ekuin disembur racun (fogging) dengan kadar sekali sebulan yang dilaksanakan oleh staf Unit Ekuin sendiri. Selain itu, kawalan lalat juga dilakukan dengan menggunakan tong sampah bertutup (bagi tong sampah kecil) manakala tong sampah besar (tidak bertutup) akan dibawa keluar dari Unit Ekuin 2 kali seminggu.
17.0
PERJALANAN Apabila perjalanan melibatkan ternakan kuda, pelbagai langkah keselamatan perlu diambil. Kuda dibawa ke suatu tempat dengan menggunakan float (selain menunggang).
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 33 drpd 35
17.1
Keselamatan Pengangkutan
Keselamatan Perjalanan Kuda 17.2
Tanggungjawab Pemandu Mempunyai lesen memandu yang sesuai (lesen F) Memastikan penyangkut kuat dan sesuai dengan float Memastikan semua sambungan letrik baik dan sesuai Enjin berkuasa tinggi untuk penarikan float Memastikan jumlah muatan tidak melebihi had Memeriksa lantai dan pembahagi dalam float Memastikan minyak penuh dan tayar berkeadaan baik
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 34 drpd 35
17.3
Tanggungjawab Pengendali Kuda Memastikan kuda menggunakan boot perjalanan atau bandage Memastikan kuda diletakkan di sisi yang betul dan selamat Membekalkan air dan hay yang mencukupi untuk kuda Menyediakan peralatan tambahan seperti koler kepala (head coller) dan lead rope Memeriksa makanan dan bandage ekor untuk setiap tiga jam Duduk di tempat yang mudah untuk memerhatikan kuda
17.4
Tindakan Apabila Kuda Terlepas Ketika Berhenti Rehat Dalam Perjalanan Jauh Kawal trafik Tidak panik atau mengejar kuda tersebut Beri tumpuan pada kawasan yang merbahaya
17.5
Cara menaik dan menurunkan kuda dari float kuda Pengendali berada di sebelah kiri kuda Berjalan terus menaiki float sambil menarik kuda Tidak menggunakan saddle bridle Tidak menunggang masuk ke float Tidak mengikat simpulan mati Semasa menurunkan kuda, undur secara perlahan.
18.0
GLOSARI Stabel Kolik
-
Float
-
kandang ternakan kuda kuda mengalami sakit perut kerana tidak dapat mengeluarkan najisnya atau seperti sembelit kenderaan khusus untuk membawa kuda
19.0 RUJUKAN 1. Buku Nota Kemahiran Asas Dalam Penjagaan Kuda, Majlis Ekuin Malaysia
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 12.09.2011
Halaman : 35 drpd 35