OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: OPR/BEN/GP024/HSL GARIS PANDUAN AGIHAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR ATAS TALIAN GARIS PANDUAN AGIHAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR ATAS TALIAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1.0
PENGENALAN Pengurusan zakat di Universiti Putra Malaysia (UPM) diurus oleh Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, Bahagian Zakat, Wakaf dan Endowmen UPM. Pengurusan Zakat di UPM menggunapakai Perjanjian Pelantikan Penolong Amil antara UPM dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkaitan pengurusan kutipan dan agihan zakat. Tugas utama adalah mengutip dan mengumpul zakat daripada staf UPM menerusi potongan gaji dan seterusnya mengagih-agihkan dana agihan yang dikembalikan oleh LZS kepada asnaf yang dibenarkan.
2.0
TUJUAN Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf ditubuhkan adalah untuk mengurus dan memanfaat potensi kutipan dan mengagihan dana zakat dengan efisyen, efektif dan berkualiti berdasarkan nilai-nilai terpuji, selaras dengan tuntutan syarak untuk mencapai keseimbangan dan kebajikan warga UPM.
3.0
OBJEKTIF AGIHAN ZAKAT a.
Melaksanakan agihan zakat sepertimana perintah Allah S.W.T.
b.
Menyalurkan agihan zakat dengan lebih efisyen.
c.
Memberi bantuan kepada warga UPM melalui Bantuan Kewangan Individu, Bantuan Tajaan Program dan Bantuan lain-lain.
4.0
d.
Mempelbagaikan bentuk agihan zakat sesuai dengan keperluan semasa asnaf.
e.
Memberi keyakinan kepada pembayar-pembayar zakat.
JAWATANKUASA TABUNG AMANAH ZAKAT UPM Ahli Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat UPM terdiri daripada : i.
Bursar UPM (Pengerusi)
ii.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor
iii.
Pendaftar
No. Semakan No. Isu Tarikh Kuatkausa
: : :
04 02 18/08/2016
1 drpd. 5
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: OPR/BEN/GP024/HSL GARIS PANDUAN AGIHAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR ATAS TALIAN iv.
Timbalan Bendahari Kanan UPM
v.
Pengarah Pusat Islam Universiti
vi.
Ketua Bahagian Zakat, Wakaf dan Endowmen
vii.
Pakar Rujuk Zakat (Ahli Lantikan)
viii.
Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar
ix.
Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar
x.
Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf (Setiausaha)
Ahli Jawatankuasa Agihan :
5.0
(i)
Pengarah Pusat Islam Universiti (Pengerusi)
(ii)
Wakil Lembaga Zakat Selangor
(iii)
Pendaftar / Wakil
(iv)
Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan pPembangunan aAsnaf
(v)
Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar
(vi)
Ketua Seksyen Kewangan
(vii)
Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar
(viii)
Penolong Pegawai Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf (Setiausaha)
ASNAF ZAKAT Tabung Amanah Zakat UPM melaksanakan pengagihan zakat berdasarkan kepada perjanjian di antara UPM dengan LZS di mana UPM hanya dibenarkan untuk mengagihkan zakat kepada lima asnaf sahaja daripada lapan asnaf yang ada iaitu: 5.1
FAKIR 1.
Dalam konteks UPM, Asnaf Fakir adalah terdiri daripada pelajar atau kakitangan Muslim yang datang daripada keluarga yang tidak mempunyai harta atau pendapatan yang halal yang boleh memenuhi keperluan anggota keluarganya termasuk makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
2.
Ciri-ciri keluarga fakir ialah : i.
No. Semakan No. Isu Tarikh Kuatkausa
: : :
Pelajar yang kematian bapa atau hilang tempat bergantung. 04 02 18/08/2016
2 drpd. 6
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: OPR/BEN/GP024/HSL GARIS PANDUAN AGIHAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR ATAS TALIAN
3.
ii.
Bapa yang tidak ada harta atau pekerjaan.
iii.
Bapa yang tua atau uzur yang tidak mampu bekerja.
Pembiayaan yang dicadangkan kepada mereka daripada wang zakat adalah untuk tujuan-tujuan berikut : i.
Yuran pengajian
ii.
Keperluan sara hidup seperti makan minum, pakaian,sewa tempat kediaman, tambang, pengangkutan dan lain-lain.
5.2
MISKIN 1.
Dalam konteks UPM, Asnaf Miskin ialah pelajar atau kakitangan yang datang dari keluarga yang mempunyai harta atau pendapatan yang tidak memenuhi keperluan anggota keluarga sepenuhnya.
2.
Ciri-ciri pelajar miskin ialah : i.
Bapa yang ada harta atau pekerjaan tetapi tidak mencukupi keperluan asasi dan tanggungannya.
3.
ii.
Bapa yang tua atau uzur yang tidak mampu bekerja.
iii.
Pelajar yang ibu dan bapanya bercerai.
Pembiayaan yang dicadangkan kepada pelajar miskin adalah : i.
Yuran pengajian
ii.
Keperluan sara hidup seperti makan minum, pakaian,sewa tempat kediaman, tambang, pengangkutan dan lain-lain.
5.3
MUALLAF 1.
Dalam konteks UPM, muallaf ialah pelajar atau kakitangan yang baru memeluk Islam dan imannya perlu diperkuatkan. Maka dengan pemberian agihan ini diharapkan dapat menguatkan keimanannya terhadap Islam serta mendekatkan orang-orang bukan Islam lain kepada Islam.
No. Semakan No. Isu Tarikh Kuatkausa
: : :
04 02 18/08/2016
3 drpd. 6
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: OPR/BEN/GP024/HSL GARIS PANDUAN AGIHAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR ATAS TALIAN 2.
Pembiayaan untuk asnaf ini adalah meliputi : i.
Bantuan dan bimbingan kepada pelajar atau kakitangan yang baru memeluk Islam.
ii.
Pemberian galakan kepada muallaf yang dapat mendekatkan orang bukan Islam lain kepada Islam.
iii.
Program-program untuk pelajar atau kakitangan bukan Islam yang bertujuan mengikis kesalahfahaman terhadap Islam dan mendekatkan diri mereka kepada Islam. Ini diselenggarakan melalui program-program seperti seminar, edaran risalah, diskusi, lawatan ke institusi-institusi tertentu dan lain-lain.
5.4
FISABILILLAH 1.
Dalam konteks UPM, Fi sabilillah ialah apa-apa aktiviti yang menjurus kepada keperluan dan maslahah untuk menegak dan mengembangkan syiar Islam di dalam dan di luar UPM.
2.
Fi sabilillah juga merangkumi segala bentuk usaha yang berbentuk dakwah Islamiyyah untuk memperkukuh dan meningkatkan penghayatan Islam di kalangan warga Muslim UPM seperti penganjuran seminar, ceramah, kursus, program bina insan, qiyamullail dan lain-lain dan telah mendapat kelulusan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM.
5.5
IBNU SABIL 1.
Dalam konteks UPM, Ibnu sabil ialah mereka yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau mereka yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
2.
i.
Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
ii.
Pengembaraan yang diharuskan oleh syarak.
Pembiayaan yang dicadangkan kepada asnaf Ibnu sabil adalah bantuan keperluan kewangan bagi membiayai kos pengangkutan dan keperluan sara hidup sehingga sampai ke destinasi yang di tuju.
No. Semakan No. Isu Tarikh Kuatkausa
: : :
04 02 18/08/2016
4 drpd. 6
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: OPR/BEN/GP024/HSL GARIS PANDUAN AGIHAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR ATAS TALIAN
6.0
PROSEDUR PERMOHONAN
6.1
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Beragama Islam dan mengikuti pengajian sepenuh masa di UPM sama ada di peringkat asasi, diploma, ijazah pertama dan sarjana.
6.2
PANDUAN PERMOHONAN 1.
Permohonan Bantuan Kewangan Individu Pemohon
perlu
melayari
www.fund4knowledge.upm.edu.my/ezakatv2
laman dan
seterusnya
sesawang memajukan
dokumen sokongan yang telah disahkan seperti berikut : i. Salinan kad pengenalan / paspot. ii. Salinan kad matrik. iii. Salinan penyata gaji/penyata pencen pesara/surat pengesahan pendapatan ketua keluarga. iv. Salinan maklumat akaun bank / salinan muka depan buku Bank CIMB/salinan slip pengesahan nombor akaun CIMB v. Salinan keputusan peperiksaan terkini (jika berkaitan). vi. Salinan lejar pelajar (jika berkaitan). vii. Salinan surat tawaran praktikal (jika berkaitan).
7.0
KELULUSAN PERMOHONAN Kelulusan permohonan hanya boleh dibuat oleh Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf melalui sokongan oleh Penolong Pegawai Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf. Setiap pemohon perlu ditemuduga oleh panel yang telah ditetapkan bagi tujuan siasatan.
No. Semakan No. Isu Tarikh Kuatkausa
: : :
04 02 18/08/2016
5 drpd. 6
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: OPR/BEN/GP024/HSL GARIS PANDUAN AGIHAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR ATAS TALIAN 8.0
HAD KIFAYAH Pihak Pengurusan Tabung Amanah Zakat menggunapakai had kifayah yang dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor (www.e-zakat.com.my/kalkulator-kifayah/) sebagai panduan bagi menentukan kelayakan setiap pemohon, di samping dapatan temuduga yang dijalankan.
9.0
JENIS DAN KADAR BANTUAN ZAKAT MELALUI PERMOHONAN ATAS TALIAN. Sila rujuk Lampiran A.
No. Semakan No. Isu Tarikh Kuatkausa
: : :
04 02 18/08/2016
6 drpd. 6