OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Durian Nyekak BUKU PANDUAN TANAMAN DURIAN NYEKAK
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 1 drp 12
Isi Kandungan Bil.
Tajuk
Muka Surat
1
Pengenalan
2
Keperluan Asas Tanaman 2.1 Faktor Iklim 2.2 Faktor Tanah
3 3 3-4
3
Penanaman 3.1 Penyediaan Benih Tanaman 3.2 Pemilihan Mata Tunas 3.3 Kaedah Cantuman 3.4 Penyediaan Kawasan 3.5 Sistem Penanaman 3.6 Membuat Barisan dan Lubang Tanaman 3.7 Penanaman di Ladang
4 4 5 5 5 5 6 6-7
4
Penyelenggaraan 4.1 Pembajaan 4.2 Pemangkasan 4.3 Pengurusan Air
7 7-8 8 8-9
5
Penjarangan Buah
9
6
Kematangan Dan Penuaian Buah 6.1 Pengiraan hari mengikut calendar 6.2 Warna duri atau kulit 6.3 Ciri-ciri lurah pada buah 6.4 Tangkai buah 6.5 Keanjalan hujung duri 6.6 Garis pangsa 6.7 Bunyi apabila buah diketuk atau dikeruk 6.8 Cairan tangkai buah
10 10 10 10 10 10 10 11
7
Petua Memilih Anak Benih Durian Bermutu 7.1 Tempat membeli 7.2 Kaedah penyediaan anak benih 7.3 Memilih anak benih durian
11 11 12 12
8
Rujukan
12
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
3
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 2 drp 12
1.0 PENDAHULUAN Nama biasa Nama saintifik Keluarga
: Durian Nyekak/ Durian Puluk : Durio kutejensis (Hassk).Becc. : BOMBACEAE
Di Malaysia, buah durian puluk dibiarkan luruh sendiri setelah masak dan dipungut setiap hari. Pada awal dan penghujung musim, buah dipungut sekali sehari (pada awal pagi) kerana bilangan buah yang luruh adalah sedikit. Pada pertengahan musim, buah perlu dipungut dua kali sehari (pagi dan petang) kerana bilangan buah yang luruh memuncak. Di Thailand, buah durian dipetik daripada pokok pada peringkat matang dan buah kemudian diperam hingga masak. Penuaian dengan cara ini membolehkan buah disimpan lebih lama dan dihantar ke pasaran yang lebih jauh. Adalah dijangkakan pada masa akan datang, cara penuaian seperti ini akan menjadi amalan biasa di Malaysia. 2.0
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
2.1 Iklim Ia memerlukan persekitaran yang panas dan lembap sama seperti yang terdapat di hutan tropika bagi membantu pertumbuhan vegetif. Tanaman durian hidup dengan subur di kawasan-kawasan di mana suhunya diantara 27-32oC, mendapat hujan diantara 1,800-4,000 mm setahun, mengalami musim kemarau antara 1-3 bulan, mempunyai peredaran udara dan angin yang baik serta mendapat cahaya matahari sepanjang tahun. Kelembapan tanah yang diperlukan adalah lebih kurang 80%. Dalam keadaan kelembapan tanah yang tinggi, pokok-pokok durian berupaya menghasilkan pucukpucuk baru sekali setiap bulan, berbeza dengan pokok buah-buahan yang lain. Lebih kurang 90% dari tunas hujung baru berupaya menghasilkan daun baru. Pada peringkat pertumbuhan vegetatif, anak pokok durian sangat peka kepada keadaan kemarau. Pengairan diperlukan untuk mengelakkan kematian. Ini adalah kerana sistem akarnya yang sangat cetek dan mudah ketandusan air. Apabila mencapai peringkat matang pokok durian memerlukan satu jangkamasa musim kering diantara 1-3 bulan untuk mempengaruhi proses pembungaan dan pembuahan tersebut. Masa yang kritikal bagi perkembangan buah ialah kira-kira 4 minggu selepas bunga kembang. Ini disebabkan pada waktu tersebut, kadar pertumbuhan dan pembesaran buah adalah tinggi. Oleh itu air yang berlebihan menyebabkan pokok menghasilkan pucuk baru. Keadaan ini menyebabkan wujudnya persaingan untuk mendapatkan bahan makanan antara buah muda dengan daun baru yang boleh menyebabkan buah gugur. 2.2 Faktor Tanah Durian memerlukan tanah yang dalam, subur dan gembur kerana tanah-tanah tersebut mempunyai pengudaraan dan struktur yang baik untuk pertumbuhan akar. Tanah jenis lom hingga lom berpasir adalah paling sesuai. Tanah jenis lom lempung (clay loam) juga sesuai bagi tanaman durian tetapi memerlukan perparitan yang sempurna kerana durian tidak tahan dalam keadaan air bertakung. Tanah jenis lom dan lom berpasir banyak terdapat di lereng-lereng bukit. Walaupun tanah-tanah lom berpasir adalah sesuai untuk tanaman durian, tetapi ia tidak tahan dengan musim kemarau yang terlalu panjang.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 3 drp 12
Tanah-tanah yang berkecerunan 0-12o adalah sesuai untuk penanaman durian. Walau bagaimanapun, ia masih boleh ditanam di kawasan yang berkecerunan 12-20o jika langkah-langkah pemuliharaan tanah dibuat. 3.0 PENANAMAN 3.1 Penyediaan Benih Tanaman Penanaman durian pada masa ini menggunakan baka klon yang dibiakkan secara vegetatif. Teknik pembiakan benih bagi tanaman durian ialah dengan kaedah cantuman matatunas atau cantuman baji. Bahan pembiakan mestilah diperolehi dari sumber pokok induk yang disahkan ketulenannya. Anak benih mestilah sihat, subur, cergas, tidak berpenyakit dan dari klon yang tulen dan menepati standard yang ditetapkan. Spesifikasi standard minimum anak benih durian yang dibiak dengan menggunakan saiz polibeg berukuran 30 x 12 cm adalah seperti berikut:Faktor
Ketinggian anak cantuman dari tapak cantuman (minimum) Umur lepas cantuman (minimum) Umur lepas cantuman (maksimum) Bilangan daun sempurna Saiz garis pusat batang pada paras 10 cm di atas tapak cantuman
Spesifikasi Standard Diperlukan 30 cm 4 bulan 8 bulan 8 bulan 0.5 cm
Anak benih tanaman durian yang sihat, subur dan tuleh boleh diperolehi daripada pengeluar-pengeluar benih tanaman yang berwibawa. Bahan Tanaman Lanjut (Advanced Planting Material) merupakan benih durian cantuman yang tumbesarannya dijaga hingga ketinggian pokok melebihi 150 cm. Umur benih tanaman lanjut bagi durian dapat mengurangkan peratus kematian. Pertumbuhan pokok juga cepat dan tidak memerlukan perlindungan pada awal penanaman. Penyediaan benih tanaman lanjut bagi durian ini dibuat dengan menukar polibeg kecil kepada polibeg besar. Polibeg 30 cm x 45 cm biasa digunakan. Tanah campuran baru dimasukkan semasa penukaran polibeg. Pokok benih yang telah siap diubah perlu dijaga rapi dengan cukup pembajaan dan penyiraman di bawah sedikit lindungan. Benih tanaman lanjut durian perlu dibuat penyesuaian atau perlasakan (hardening) sebelum diubah ke ladang. Menanam durian klon D24 dengan menggunakan bahan tanaman lanjut didapati peratus kehidupannya adalah tinggi dan tumbesarannya lebih aktif.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 4 drp 12
3.2 Pemilihan Matatunas Matatunas mesti diambil daripada pokok yang subur dan bebas daripada segala penyakit terutama virus dan greening. Ranting sebesar batang pensil dengan tunastunas dorman di celah ketiak daun dipilih. Mata tunas seelok-eloknya digunakan segera selepas dipotong. 3.3 Kaedah Cantuman Kaedah cantuman yang disyorkan ialah cantuan tunas kepingan, cantuman tunas T, cantuman tunas serpihan dan cantuman tunas baji sisi
3.4 Penyediaan Kawasan Pokok-pokok, belukar dan semak samun perlulah dibersihkan. Parit saliran perlu dibina jika kawasan ladang itu agak rendah dan mendatar bagi mengelakkan air bertakung. Bagi kawasan yang berbukit-bukit yang mempunyai cerun melebihi 12o, teres atau platform perlu dibina sebagai satu langkah pemuliharaan tanah. Penanaman kekacang penutup bumi juga digalakkan untuk mengawal hakisan dan juga membekalkan unsur nitrogen kepada pokok-pokok durian. Kawasan ladang perlulah dibajak, sekurang-kurngnya satu pusingan bajak piring, diikuti oleh satu pusingan bajak putar, jika tanaman penutup bumi dicadangkan. Sebaik-baik pembajaan minimum atau tanpa pembajakan adalah digalakkan, jika penanaman penutup bumi tidak diperlukan. 3.5 Sistem Penanaman Boleh ditanam dengan menggunakan 4 sistem iaitu sistem segi-empat tepat, sistem segiempat sama, sistem segitiga sama dan sistem sesiku keluang. Keutamaan sistem segitiga sama ialah (pada satu jarak yang sama) dapat memberikan bilangan pokok yang lebih, iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan sistem segiempat sama. Sistem segiempat tepat dapat memberikan ruang diantara barisan untuk ditanam dengan tanaman lain sekiranya tanaman selingan atau campuran diamalkan. Manakala sistem sesiku keluang pula, melibatkan penanaman pokok pengisi di tengahtengah sistem segi empat sama. Pokok pengisi bersifat sementara dan akan dibuang apabila kanopi mula bertaut. Sistem ini memberikan kepadatan pokok yang tinggi dan boleh memaksimumkan penggunaan tanah.penanaman. Dalam merancang penanaman durian, satu aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah tentang proses pendebungaan. Klon durian bersifat tidak serasi sendiri yang boleh mempengaruhi pembentukan buah durian. Oleh yang demikian, penanaman klon durian secara tunggal tidak digalakkan, sebaliknya penanaman pelbagai klon perlu dipratikkan. Langkah ini akan dapat mempertingkatkan proses pendebungaan, persenyawaan dan seterusnya hasil dan bentuk buah yang seragam.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 5 drp 12
3.6 Membuat Barisan dan Lubang Tanaman Tumbesaran pokok durian lazimnya terjejas apabila kanopi pokok mula bertaut. Keadaan ini mengakibatkan permukaan tanah terlindung dan ia mewujudkan satu keadaan persekitaran yang lembap dan menggalakkan kejadian penyakit cerana batang. Jarak tanaman yang sesuai bagi durian mengikut jenis sistem penanaman yang diamalkan adalah seperti berikut:Sistem penanaman
Jarak (meter)
Kepadatan pokok (pokok.ha)
Tiga segi sama Empat segi sama Empat segi tepat Sesiku keluang
10x10x10 10x10 10x12 12x12
115 100 83 1
3.7 Penanaman di Ladang Anak pokok durian memerlukan sedikit lindungan pada peringkat awal tumbesaran bagi mendapatkan pertumbuhan yang subur, cergas dan sempurna. Adalah disyorkan supaya kawasan ladang ditanam dengan tanaman yang boleh memberikan naungan sementara seperti pisang. Untuk tujuan demikian, tanaman naungan perlulah ditanam 6 bulan lebih awal daripada tarikh penanaman durian. Jarak tanaman bagi pisang ialah 3m x 3m. Bagi memudahkan kerja-kerja penyediaan lubang, membaris barisan tanaman perlulah dimulakan dengan barisan dasar dan seterusnya menentukan lubang tanaman dengan memacak kayu-kayu pancang pada jarak yang dtetapkan. Apabila kerja membaris selesai dibuat, lubang tanaman berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm hendaklah digali pada jarak yang ditetapkan. Seelok-elok lubang digali sebulan sebelum menanam dan didedahkan kepada sinar matahari. Selepas itu lubang tersebut ditimbus semula dengan menggunakan tanah lapisan atas yang lebih subur dan gembur. Jika didapati tanah itu kurang subur, campurkan baja organik seperti tahi ayam atau tahi lembu yang telah reput pada kadar 5-10 kg/lubang bersama tanah lapisan atas. Masukkan kembali ke dalam lubang. Bergantung kepada kesuburan tanah juga, taburkan 150 - 250 gm baja fosfat seperti CIRP pada tiap-tiap lubang tanaman. Lubang tanaman yang ditumbus kembali seelok-eloknya dibiarkan untuk tempoh satu minggu sebelum memulakan operasi penanaman anak benih. Semua anak benih yang bakal diubah ke ladang hendaklah melalui proses perlasakan (hardening) bagi mengelakkan kejutan atau tegasan yang serius yang memungkinkan anak benih mati atau tumbesaran pokok terbantut. Proses perlasakan boleh diperolehi dengan mendedahkan anak benih kepada sinaran matahari penuh secara berperingkat atau mengurangkan kekerapan penyiraman, umpamanya dua kali sehari kepada satu kali sehari selama seminggu. Setelah itu, anak benih boleh diubah ke ladang. NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 6 drp 12
Buat lubang kecil pada tengah lubang tanaman yang telah ditimbus tadi bagi menempatkan anak benih yang hendak ditanam. Letakkan anak benih di dalam lubang tersebut. Pastikan polibeg dipotong dan dibuang terlebih dahulu. Timbus lubang tersebut dengan tanah dan padatkan tanah keliling dengan sempurna. Naikkan sedikit tanah di pangkal pokok tersebut supaya kelihatan berbusut bagi mengatasi masalah air bertakung atau tanah mendap. Siram pokok itu dengan secukupnya selepas menanam, kecuali keadaan kandungan air pada tanah adalah mencukupi untuk keperluan anak pokok. Anak pokok yang baru ditanam diikat pada kayu pancang bagi mendapatkan pokok yang tegak. Sekiranya tiada tanaman naungan, anak pokok durian perlu dilindungi dengan bahan lindungan sementara seperti bakul buluh, daun kelapa dan lain-lain bahan bagi mengurangkan kesan tegasan di ladang. Lindungan diperlukan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan pertama penanaman di ladang. Sungkupan juga diperlukan untuk diletakkan di pangkal anak pokok supaya kelembapan tanah terkawal bagi pertumbuhannya.
4.0
PENYELENGGARAAN
4.1
Pembajaan
Pokok durian yang masih muda seelok-eloknya dibaja 4-6 kali setahun dengan kuantiti baja yang sedikit pada setiap kali pembajaan dilakukan. Bagi pokok matang pula, kadar baja ditambah dan kekerapan membaja 3-4 kali setahun. Cara pembajaan yang paling mudah adalah dengan menabur baja di bawah kanopi pokok sehingga terkeluar sedikit dari hujung kanopi. Teknik ini adalah sesuai untuk kawasan mendatar, di teres atau di tapak gajah. Bagi kawasan yang curam, pembajaan secara poket adalah disyorkan dengan membubuh baja ke dalam lubang sedalam 10 cm yang digali di sekitar kawasan hujung kanopi pokok sebanyak 4 penjuru. Lubang tersebut ditimbus kembali dengan tanah. Tempoh masa yang paling sesuai membaja pokok durian yang telah matang ialah selepas musim buah sehingga satu bulan sebelum musim bunga. Masa yang paling sesuai ialah pada awal atau akhir musim hujan agar baja yang diberikan dapat diserap oleh pokok dengan seberapa banyak. Pembajaan pada musim kemarau perlu dielakkan kecuali sistem pengairan yang baik dapat diwujudkan. Pengapuran amat penting bagi mendapatkan pH yang optimum bagi tumbesaran pokok durian. Pengapuran adalah disyorkan dengan menggunakan GML (Ground Magnesium Limestone) pada kadar 5 kg/pokok/tahun untuk pokok dewasa. Kadar pembajaan bagi pokok durian adalah seperti berikut:-
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 7 drp 12
Umur pokok (tahun)
Baja Yang Disyorkan 15:15:15 Baja organan 15:15:15 Baja organan 15:15:15 Baja organan 15:15:15 Baja organan 12:12:17:2 Baja organan 12:12:17:2 Baja organan 12:12:17:2 Baja organan 12:12:17:2 Baja organan
1 2 3 4 5 6 7 8-25
Kg/Pokok/ Tahun 0.5 20.0 1.0 30.0 2.0 40.0 3.0 40.0 4.0 40.0 5.0 40.0 6.0 40.0 9.0 40.0
Kekerapan Membaja Setahun 6 4 4 4 4 4 3 3
4.2 Pemangkasan Pokok durian memerlukan cantasan yang bersistematik bermula dari peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai satu batang utama yang tegak ke atas serta banyak dahan primer tersusun seimbang pada batang utama pokok. Kerja-kerja membentuk pokok hendaklah dilakukan secara berterusan bermula dari 3-6 bulan selepas tanam. Pada peringkat ini dahan-dahan primer yang berlebihan dan bersudut kecil hendaklah dibuang kerana ianya bersaing dengan batang utama dan akan memberi masalah kelak. Apabila pokok telah membesar, dahan-dahan yang mencecah tanah, terlalu rapat, bertindih dan bersudut sempit hendaklah dibuang. Dahan-dahan yang berpenyakit juga perlu dibuang dengan segera bagi mengelakkan dari berjangkit ke dahan yang lain. Dahan perlu dipotong seberapa dekat yang boleh dengan dahan/batang asal. Bekas potongan perlu dirawat dengan racun kulat agar bahagian yang luka tidak dijangkiti penyakit. 4.3 Pengurusan Air Air merupakan salah satu daripada keperluan asas untuk tanaman durian selain daripada udara dan tanah. Keperluan air merupakan salah satu faktor utama untuk meningkatkan tumbesaran pokok dan pengeluaran buah durian. Dengan adanya pengurusan air yang berkesan, pengeluaran hasil dapat dipertingkatkan kepada 50%. Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan kematian pokok terutamanya di peringkat awal pertumbuhan. Terdapat beberapa jenis sistem pengairan yang boleh digunakan untuk tanaman durian. Diantaranya adalah sistem pengairan titis, sistem pengairan mikro dan sistem pengairan renjis. Pemilihan jenis sistem pengairan bergantung kepada kedapatan sumber air, kualiti air, bentuk muka bumi, kecerunan dusun, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta modal kos pembangunan. Secara am, sistem pengairan yang sesuai digunakan untuk membangunkan industri dusun durian adalah sistem pengairan titis. Jika dibanding dengan sistem pengairan yang lain, sistem pengairan titis adalah sangat cekap dan tidak mahal dari segi kos pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 8 drp 12
Selain daripada menyalirkan air kepada tanaman durian, kegunaan sistem ini juga boleh dipelbagaikan untuk tujuan membaja, mengawal kelembapan tanah, mengawal suhu di dalam tanah dan di dusun. Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok durian telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah. Kegunaannya boleh diperluaskan kepada menjalankan kerja pembajaan, mengawal kelembapan tanah, mengawal suhu persekitaran dusun dan di dalam tanah. Komponen utama yang terdapat di dalam sistem pengairan titis adalah sumber air, rumah pam, enjin/motor-pam, penyuntik baja, alat penapis, sistem paip, tiub high density polythene dan tiub low density polythene. Rekabentuk sistem pengairan bagi setiap dusun durian bergantung kepada potential evapo-transpiration rate, jenis tanah, bentuk muka bumi, kecerunan dusun, jenis tanaman, jarak tanaman, jenis paip dan tiub, jenis penyebar, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta sistem pengendalian. Dalam operasi sistem pengairan titis, fator utama yang perlu diambilkira adalah kualiti air. Walaupun alat penapis yang digunakan mempunyai kemampuan menapis sehingga 250 mesh, masih lagi terdapat partikel halus di dalam air yang boleh menembusi sistem penapisan dan mengakibatkan sistem pengairan titis tersumbat. Oleh yang demikian, rawatan di kawasan sumber air adalah sangat mustahak untuk mengurangkan kos penyelenggaraan. Pengairan untuk tanaman durian selalunya dibuat pada sebelah pagi dan petang. Ini adalah untuk mengelakkan penyejatan yang berlaku di waktu tengahari, meningkatkan kecekapan pengairan dan menentukan supaya air yang dibekal bukannya air panas yang terkena kepada cahaya matahari. Bagi kawasan durian yang ditanam di tempat yang curam, masalah saliran timbul pada permulaan kawasan tersebut dibuka. Penebangan pokok-pokok dan pembersihan kawasan akan mendedahkan tanah tersebut kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Oleh itu adalah disyorkan bahawa kerja-kerja penyediaan permukaan tanah dibuat pada musim panas. Sekiranya teres dibuat di kawasan tanah curam yang telah dibuka, penanaman penutup bumi hendaklah dibuat dengan segera bagi mengawal hakisan tanah. 5.0 PENJARANGAN BUAH Penjarangan buah adalah penting untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang menarik untuk pasaran, mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan beban pada dahan dan pokok serta mengelakkan dahan serkah dan mengurangkan persaingan tumbesaran pada buah. Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu selepas bunga mekar apabila putik buah telah mencapai ukuran diantara 5-6 cm. Penjarangan buah dilakukan dengan membuang buah yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:1. 2. 3. 4. 5.
Buah yang berbentuk bentong / bengkok Buah yang rapat, duri bertemu di antara satu sama lain dalam satu jambak Buah yang lebih dari satu biji pada satu tangkai Buah yang telah diserang serangga Buah yang di hujung ranting
Penjarangkan dilakukan dengan menggunakan sabit kecil yang tajam dan diikat pada galah. NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 9 drp 12
6.0 KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH Untuk memetik buah durian pada peringkat matang, terdapat beberapa panduan umum yang telah dibentuk sebagai indeks kematangan buah durian. Walau bagaimanapun tidak semua indeks ini sesuai untuk semua jenis durian. Indeks kematangan tersebut adalah seperti berikut:6.1 Pengiraan hari mengikut kalendar Kaedah ini melibatkan bilangan hari dari peringkat bunga kembang atau putik sehingga buah boleh dipetik. Untuk memudahkan penuaian, tarikh pokok durian berbunga dalam sesuatu musim perlu dipastikan. Biasanya tarikh bunga kembang dikira pada masa lebih kurang 70% bunga durian sudah kembang. Umumnya buah durian mencapai kematangan di antara 90 dan 150 hari selepas bunga kembang bergantung pada klon atau kultivar. 6.2 Warna duri atau kulit Bagi kebanyakan klon durian, warna hujung duri buah menjadi coklat tua apabila buah mencapai kematangan. Ini jelas kelihatan kerana bahagian tapak duri dan lurah di antara duri berwarna cerah. 6.3 Ciri-ciri lurah pada buah Lurah atau alur di antara tapak duri mengembang dan warna bertambah gelap apabila buah matang. 6.4 Tangkai buah Buah durian yang keluar dri dahan pokok mempunyai tangkai yang agak panjang. Pada tangkai ini terdapat bahagian absis iaitu bahagian yang akan memisahkan buah daripada pokok (menyebabkan buah luruh) apabila buah masak. Ketika buah masih belum matang, keseluruhan tangkai buah kelihatan sama besar. Apabila buah mencapai peringkat matang, bahagian absis kelihatan membengkak. Buah boleh dipetik apabila garisan absis sudah terbentuk sebahagian atau sepenuhnya. Garisan absis yang terbentuk sepenuhnya mengelilingi tangkai menandakan buah hampir luruh. Tanda sebegini jelas pada klon Chanee, Monthong dan juga D 24. 6.5 Keanjalan hujung duri Buah yang matang biasanya mempunyai hujung duri yang anjal atau liut. Manakala buah yang belum matang mempunyai hujung duri yang keras. 6.6 Garis pangsa Ruangan tempat isi atau ulas isi pada buah durian dipanggil pangsa. Buah durian biasanya mempunyai 5 pangsa. Garisan pangsa itu garisan yang memisahkan pangsa-pangsa ini akan jelas kelihatan pada kulit buah apabila buah sudah matang. Garisan pangsa kelihatan lebih jelas pada buah yang lebih matang. 6.7 Bunyi apabila buah diketuk atau dikeruk Buah yang matang berbunyi kosong apabila diketuk dengan kayu atau rotan atau dikeruk dengan jari, sedangkan buah yang belum matang berbunyi padat.
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 10 drp 12
6.8 Cairan tangkai buah Apabila tangkai buah dituris, cairan akan mengalir keluar. Cairan yang keluar dari tangkai buah yang matang kelihatan jernih dan manis rasanya. Bagi buah yang belum matang, cairan berkeadaan pekat, boleh melekat pada jari apabila disentuh dan tidak berasa manis. Bagi durian D 24, petunjuk kematangan yang paling sesuai ialah pembengkakan bahagian absis pada tangkai buah dan pembetukan garisan pangsa. Walau bagaimanapun, hanya dengan melihat pada garisan pangsa sahaja sudah memadai untuk mengenali buah yang telah matang dan kaedah ini merupakan yang paling mudah. Garisan pangsa kelihatan semakin jelas apabila buah semakin matang. Selalunya garisan pangsa kelihatan timbul apabila buah hampir masak atau gugur. Semua tanda kematangan di atas, walau bagaimanapun, dipengaruhi oleh keadaan alam sekitar dan kultivar yang membolehkan kesilapan berlaku ketika menentukan kematangan buah durian. Keadaan yang panas dan kering boleh mempercepat kematangan buah durian kadang-kadang sehingga 10 hari. Buah durian yang telah matang, dipetik dengan memotong tangkai buah 3-4 cm ke atas dari zon absis. Tangkai buah biasanya dipotong dengan pisau tajam atau gunting. Buah yang telah dipetik tidak boleh diletakkan di atas permukaan tanah tanpa dialas bagi mengelakkan pencemaran kulat semasa penyimpanan. Seelok-eloknya buah tersebut terus diletakkan di dalam bakul atau bekas yang sesuai. Bagi pokok yang tinggi, buah boleh dipetik dengan menggunakan tangga atau memanjat pokok tersebut. Bagi mengelakkan buah terjatuh ke tanah, buah yang dipetik dimasukkan ke dalam bekas kecil seperti baldi dan kemudian diturunkan dengan tali. Seorang pekerja lain perlu berada di bawah pokok untuk menyambut buah tersebut dan dimasukkan ke dalam bakul mengumpul. Buah juga boleh diturunkan dengan tali sebiji demi sebiji dengan mengikatkan tali pada tangkainya. 7.0 PETUA MEMILIH ANAK BENIH DURIAN BERMUTU Sekiranya anda bercadang untuk menanam durian, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Pertamanya anda perlu menentukan jenis klon durian yang sesuai untuk ditanam. Selepas itu sudah tentu anda memikirkan bagaimana dan di mana hendak mendapatkan anak benih durian yang bermutu. 7.1 Tempat Membeli Terdapat banyak tempat yang ada menjual anak benih durian contohnya pasar malam, pasar tani, gerai pameran, tapak semaian dan sebagainya. Anda boleh membeli di mana sahaja yang anda fikirkan mudah untuk berurusan, tetapi anda juga harus memastikan adakah tempat yang anda beli itu menjual anak benih yang tulen. Adakah penjual yang menjual benih itu boleh dipercayai atau sebaliknya (atau hanya mementingkan keuntungan semata-mata). Dinasihatkan anda membeli anak benih durian di tapak semaian yang telah lama menceburkan diri dalam perniagaan anak benih. Selain untuk mendapatkan bekalan anak benih daripada mereka, anda juga boleh mendapatkan tunjuk ajar dalam beberapa perkara terutamanya cara menanam durian dan sebagainya. Sewaktu berada di tapak semaian adalah lebih baik anda meninjau di sekitar tempat itu untuk menentukan anak benih yang dijual adalah anak benih yang dikeluarkan oleh semaian itu sendiri. Kadangkala terdapat juga pengusaha tapak semaian menjual anak benih yang dibeli dari tempat lain. Sekiranya perkara seperti ini berlaku, sudah tentulah penjual itu tidak dapat menentukan benih yang dijualnya itu benar-benar tulen. Perhatikan juga anak-anak benih yang terdapat di tapak semaian itu bebas daripada penyakit akar dan lain-lain penyakit yang berbahaya. NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 11 drp 12
7.2 Kaedah penyediaan anak benih Kebanyakan anak benih durian dijual di dalam polibeg yang telah dibuat cantuman anak benih daripada tunas induk klon (baka) yang terpilih. Biji-biji durian yang disemai di atas batas semaian akan dipindahkan ke dalam polibeg setelah berumur 4 bulan. Anak durian yang berada di dalam polibeg akan diberi penjagaan yang sempurna selama satu bulan sebelum boleh dibuat cantuman. Anak benih yang telah dicantum hendaklah dijaga dengan baik selama 3 bulan sebelum boleh dijual kepada pembeli. Pembiakan anak benih durian boleh dilakukan dalam dua keadaan iaitu di kawasan terbuka dan di bawah naungan. Kebanyakan pengusaha tapak semaian lebih berminat membuat pembiakan anak benih di bawah naungan kerana penjagaannya tidak rumit berbanding dengan keadaan di kawasan terbuka. Pembiakan anak benih di kawasan terbuka memerlukan penjagaan yang rapi terutamanya dalam kerja-kerja penyiraman. Anak benih yang disediakan di bawah naungan biasanya kelihatan lebih subur, daun hijau cerah tetapi pokoknya agak lembut dan perlu diberi sokongan (kayu pancang). Manakala anak benih durian yang disediakan di kawasan terbuka didapati daunnya lebih kecil dan berwarna hijau pekat. Fizikal pokoknya kelihatan lebih tegap dan tumbuh menegak. Kepada pembeli anak benih durian disyorkan supaya memilih anak-anak durian yang dibiakkan di kawasan terbuka kerana pertumbuhan anak benih ini agak lasak dan mudah menyesuaikan diri apabila ditanam di ladang. Sewaktu menanam di ladang anak benih ini tidak perlu diberi naungan. Ini sudah menjimatkan perbelanjaan menanam. 7.3 Memilih anak benih durian Kesuburan pokok waktu memilih anak benih durian pastikan memilih anak benih yang subur. Cara yang mudah untuk mengenali anak benih yang subur adalah dengan memerhatikan jarak antara daun hendaklah jauh iaitu antara 1.5 hingga 2 inci. Pokok yang tidak subur dan pertumbuhannya terbantut mempunyai jarak daun yang rapat. Pokok yang subur terdapat banyak pucuk baru walaupun daundaun dibawahnya ada yang masih muda berbanding dengan pokok yang tidak subur di mana kerana pokoknya kurang mengeluarkan pucuk baru dan daun yang terdapat di bawahnya telahpun tua. Jangan memilih anak benih yang berdaun kuning, ada kemungkinan anak pokok ini tidak cukup menerima nutrien atau anak benih ini mempunyai masalah penyakit akar. Fizikal pokok Sewaktu memilih anak benih pilihlah anak benih yang tingginya melebihi satu kaki, mempunyai batang pokok penanti yang lurus, besar dan tegak. Begitu juga batang cantuman hendaklah besar (kecil sedikit daripada batang pokok penanti), lurus dan tegak. Bebas daripada penyakit Pastikan anak benih yang dipilih tidak mempunyai tanda-tanda serangan penyakit terutama penyakit akar dan kulat. Tanda-tanda boleh dikesan daripada pemerhatian fizikal pokok 10. RUJUKAN : 1. Wawasan Pertanian Bil. 6 Vol. 1 Jilid 6
NO. ISU NO. SEMAKAN TARIKH KUATKUASA
: : :
02 00 09.03.2012
Halaman : 12 drp 12