OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TERNAKAN/Kerbau BUKU PANDUAN TERNAKAN KERBAU
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012
Halaman : 1 drpd 7
Isi Kandungan Bil.
Tajuk
Muka Surat
1
Pendahuluan
3
2
Baka-baka Kerbau 2.1 Kerbau Sawah 2.2 Kerbau Sapi
3
3
Cara Pemilihan Baka 3.1 Cara pemilihan konformasi badan 3.2 Perolehan ternakan 3.3 Penerimaan ternakan dan masa peralihan
3-4
4
Cara Pemeliharaan 4.1 Pemilihan Kawasan 4.2 Sistem Pemeliharaan 4.3 Panduan Perumahan
4-6
5
Makanan Dan Air Minuman
6
6
Pengurusan Ternakan Kerbau
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012
6-7
Halaman : 2 drpd 7
1.0
Pendahuluan
Ternakan kerbau di Universiti Putra Malaysia telah dimulakan sejak tahun 1980 – an di kawasan seluas 136 hektar. Aktiviti ini dilakukan di luar kampus utama iaitu Bahagian Ladang Puchong. Sehingga hari ini, terdapat 24 ekor kerbau yang diternak secara lepas ragut. Terdapat 2 jenis kerbau yang diternak iaitu Kerbau Sawah dan Kerbau Sapi. Secara am, kerbau sawah diternak bagi menjalankan kerja-kerja pertanian seperti membajak. Manakala kerbau sapi diternak bagi tujuan mendapatkan susu. Kelas : Mammalia Order : Artiodactyla Famili : Bovidae Genus : Bubalus Species: B. bubalis,B. Bubalis Bubalis 2.0
Baka-baka Kerbau
2.1
Kerbau sawah Banyak digunakan dikawasan sawah padi. Sangat suka untuk berendam didalam air. Kerbau ini berasal dari Separuh Asia Barat. Ciri-ciri : Kulit berwarna hitam, putih atau keduanya. Tanduk yang panjang ke belakang dengan sedikit bengkok
2.2
Kerbau sapi Digunakan untuk tujuan mendapatkan susu. Susu sapi mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi dan lebih berkhasiat dari susu lembu. Kerbau ini berasal Separuh Asia Timur iaitu dari India ke Taiwan. Ciri-ciri : Kulit selalunya berwarna hitam Tanduk bengkok dan bergulung.
3.0 Cara Pemilihan Baka Tujuan menternak kerbau adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Oleh itu, pemilihan baka yang baik amat penting dan memiliki sifat-sifat yang dikehendaki. Pemilihan baka boleh dibuat berdasarkan beberapa ukuran berikut. Baka dan keturunan
Bentuk badan atau konformasi Teknik pengamatan Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah)
Ciri-ciri pemilihan baka penjantan dan keturunan
Catatan yang baik mengenai prestasi induk. Antara rekod dalam pemilihan ini adalah: NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012
Halaman : 3 drpd 7
1. 2. 3. 4. 5. 6. 3.1
Mempunyai karkas yang baik. Terbukti hasil dari penjantan yang baik. Peratus daging berbanding tulang yang tinggi. Peratus lemak karkas yang rendah. Ketahan terhadap penyakit dan tidak pernah terkena penyakit merbahaya. Sihat dan tegap tubuh badan.
Cara pemilihan konformasi badan. a) Teknik pengamatan Dari segi sifat iaitu warna, kulit, saiz badan, kepala, leher dan bahu, dada, rangka bahagian belakang, kaki hadapan, kaki belakang, tapak kaki, buah zakar, tetek dan putting susu, tabiat dan juga kesihatan. b) Teknik berdasarkan penilaian Memberikan gred kepada setiap rangka badan yang dinilai. Contohnya, kepala, badan, kaki, anggota (sikap, kekuatan dan besarnya persendian dan pergerakannya), ambing atau skrotum, pengambilan secara umum (keseimbangan diantara bahagian tubuh) daya biak dan keistimewaannya.
3.2
Perolehan ternakan
Stok ternakan hendaklah diperolehi dari gerompok yang ‘bebas penyakit’ di mana semua ternakan mesti bebas dari penyakit tertentu melalui ujian darah dan seumpamanya kecuali protocol jabatan yang mengecualikannya. Pergerakan ternakan dilakukan hanya setelah mendapat Sijil Kesihatan dari Pegawai Veterinar dan kebenaran masuk dari Jabatan Haiwan Negeri. 3.3
Penerimaan ternakan dan masa peralihan
Ternakan perlu diangkut dalam keadaan selesa, elakkan daripada terlalu berpanas. Bagi perjalanan yang jauh, rancang perjalanan dengan mengutamakan keselesaan ternakan dan seeloknya perjalanan pada waktu. Persiapan kandang hendaklah dilaksanakan lebih awal sebelum ternakan diterima. Kandang perlu dibersihkan dan disanitasikan bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman. Sebai sampai, ternakan diberi “anti stress” dan dibiarkan rehat sekurangnya selama 3 hari, sebelum sesuatu sktiviti berkaitan ternakan dijalankan. Ternakan diberi makanan sama seperti tempat asal dan diubah secara perlahan-lahan kepada system pemakanan yang baharu.
4.0
Cara pemeliharaan
4.1
Pemilihan kawasan
Pemilihan kawasan adalah penting dan sepatutnya mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga yang boleh dijadikan pemecah angina. Selain itu, kawasan sekitar adalah baik jika bertopografi tanah tinggi dan dataran serta mempunyai system pengaliran air dan udara yang baik. Pemilihan kawasan yang jauh dari kesibukan jalan raya juga adalah penting untuk mengurangkan tekanan pada ternakan. 4.2
Sistem pemeliharaan
Cara meragut lepas bebas (ragutan pusingan). Kerbau-kerbau dibiarkan bebas meragut di petak-petak ragutan dan dipindahkan ke petak lain apabila rumput telah habis diragut dan mengikut edaran pusingan seterusnya. NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012
Halaman : 4 drpd 7
4.3
Panduan Perumahan
4.3.1
Pembinaan kandang
Kandang merupakan satu komponen yang penting dalam penternakan integrasi di mana ia merupakan tempat menerima ternakan dari luar da sebagai tempat mengeluarkan kerbau untuk jualan disamping untuk pengurusan kesihatan dan pengasingan. Kandang yang baik Cuma perlu mempunyai atap/bumbung yang tidak ditembusi air dan lantai yang mudah dibersihkan serta perparitan yang memuaskan. Saiz kandang 30 kaki persegi cukup untuk seekor kerbau, bermakna bagi 10 ekor kerbau, kandang 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8-10 kaki adalah memadai. Bahan-bahan tempatan seperti buluh, kayu hutan, atap nipah boleh digunakan unutk menjimatkan belanja pembinaan. Faktor yang perlu diambil kira sebelum pembinaan kandang :1. 2. 3. 4. 5.
Keadaan kawasan yang rat untuk memudahkan pengasingan ternakan ke petak berkenaan. Lokasi yang strategic ditengah kawasan ragutan supaya mudah dijangkau dari semua sudut pedok ragutan. Berhampiran dengan jalanraya untuk memudahkan lori keluar masuk ke kandang sepanjang tahun. Mempunyai ketahanan bersesuaian dan dibuat dari bahan ekonomik dengan saiz gerompok ternakan. Saiz kandang disesuaikan dengan bilangan dan jenis ternakan.
Komponen yang perlu ada pada kandang :1. 2. 3. 4. 5.
6.
Celong – untuk membuat pemerikasaan rawatan dan timbangan ternakan. Kandang menolak – tempat dimana ternakan ditolak dari petak belakang untuk masuk ke dalam lorong pemeriksaan ternakan. Kandang tahanan – ruang atau petak untuk menahan atau mengasing ternakan untuk tujuan tertentu selepas pemeriksaan. Kandang penerimaan – tempat di mana ternakan dikumpul dari pedok. Pintu – setiap petak mestilah diasingkan melalui pintu tertentu untuk memudahkan pusinagn ternakan antara petak. Seterusnya memudahkan pengurusan pengawalan ternakan. Pasung atau trevis – untuk membuat pemeriksaan, rawatan atau permanian beradas setiap ekor kerbau di masa-masa perlu. Ini berupa pagar yang kukuh sebesar saiz seekor kerbau, yang apabila seseekor kerbau dimasukkan ke dalamnya, kerbau itu tidak akan dapat bergerak dan meronta.
Kandang perlu dibina sebegitu rupa untuk memudahkan mengawal ternakan bagi tujuan spesifik seperti untuk menjalankan ujian bagi pengawalan dan pencegahan penyakit. Kandang ini dapat dialih dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan amat sesuai untuk digunakan secara berkongsi seperti persatuan penternak dan koperasi atau untuk disewa kepada pernternak yang memerlukan. Melauli kaedah ini, perternak kecil tidak perlu mengeluarukan kos yang tinggi utnuk membina kandang. 4.3.2
Kesimpulan
Pembinaan kandang mestilah dibuat berdasarkan saiz gerompok ternakan yang ekonomik supaya memberi kemudahan yang berkesan. NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012
Halaman : 5 drpd 7
4.3.3
Palung makanan dan minuman
Setiap kandang harus mempunyai palung makanan dan minuman yang cukup. Ruangan makanan ialah 1.5 kaki seekor dan ruangan minuman pula ialah 1 kaki setiap ekor. 5.0
Makanan dan Air Minuman
Seekor kerbau memerlukan rumput sebanyak kira-kira 3%-5% dari berat badannya sehari. Kerbau boleh hanya bergantung kepada rumput secara berterusan jika ianya dari kualiti baik. Jika tidak, makanan tambahan PKC sebanyak 3kg/ekor/hari dan garam galian perlu diberikan. Makanan tambahan dapat mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal. Air minumanbagi kerbau dipadang adalah dari sumber asli (sungai dan kolam)manakala yang dikandang adalah dari sumber air paip. Untuk rekod pemberian makanan tambahan Buku Log Makanan Tambahan Ternakan ( OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Makanan Tambahan). Hasil buangan pertanian yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan tambahan, contohnya kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk tebu, jerami pai, batang sagu, dan sebagainya. Batu garam ata garam biasa dan air minuman yang bersih perlu diberikan setiap masa. 6.0
Pengurusan Ternakan Kerbau
Pengurusan kerbau yang sistematik dan rapi adalah perlu untuk mencapai tahap pengeluaran yang baik. Setiap kerja pengurusan hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengikut peringkat umur tertentu. Ini dapat menjamin hasil ternakan yang bermutu dan berfaedah. 6.1 Peringkat lahir hingga cerai susu (sapihan) Sebaik sahaja anak kerbau dilahirkan dipadang, pastikna ibunya jilat untuk mengeringkan bulu serta mulut dan hidung untuk memudahkan pernafasan secara semulajadi manakala bantuan akan diberikan kepada kelahiran yang bermasalah (dystokia) untuk memastikan ianya tidak cedera atau cacat semasa lahir. Sekiranya ibu mati atau anak ditinggalkan, ibu bantu dengan susu segar dari kerbau tenusu sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Pada masa yang sama, anak kerbau dialtih memakan makanan konsentrat (pellet) dan rumput. Diberi susu sehingga umur 3 bulan Latih beri pellet dan rumput sedikit demi sedikit dan pantau kesihatan anak agar tidak dijangkiti penyakit Kandang anak sentiasa kering dan tidak sejuk untuk elak pneumonia. Penyusuan dihentikan bila umur 3 bulan dang anti dengan rumput dan pellet Boleh dilepas dipedok waktu siang dan balik ke kandang waktu malam Penjagaan rapi keran waktu ini berat badan mudah turun akibat stress dari cerai susu Asingkan bila umur 6 bulan atau bila matang. Anak kerbau yang sihat boleh berdiri selepas 20 hingga 30 minit dilahirkan. Anak lembu mesti menyusu dalam tempoh 4 jam pertama selepas kelahiran untuk mendapat susu awal (kolostrum). Susu kolustrum merupakan susu awal yang amat kaya dengan protein, vitamin unsur-unsur mineral dan antibody berfungsi memberi perlindungan daripada serangan penyakit. Anak kerbau yang baru lahir dipadang ragut sebaiknya diberikan rawatan pada tali pusatnya jika boleh. Ia dipotong hingga 5 hingga 7.5cm panjang dan 20% larutan iodin disapukan pada tali pusat sehingga kering dan tanggal. Tali pusat yang kering akan jatuh dalam masa 5 hingga 7 hari. NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012
Halaman : 6 drpd 7
Anak kerbau akan diteg ditelinga dan diberi nombor pengenalan, direkod tarikh lahir, berat lahir, jantina, nombor/baka keturunan. Anak kerbau akan bersama ibunya selama 6 bulan sebelum diasingkan (cerai susu). Timbangan bulanan akan dilakukan dari lahir hingga dewasa untuk menentukan pertambahan berat padanya untuk pemilihan baka dan rawatan kelak. 6.2
Cerai susu (Proses Weaning)
Anak kerbau yang berada diperingkat ini ialah selepas cerai susu sehingga berumur hamper setahun (2 bulan – 9 bulan). Pada usia 6 bulan anak jantan dan betina dipisahkan berasingan jauh dari ibunya. Dua bulan pertama selepas cerai susu adalah merupakan waktu-waktu kritikal dimana anak-anak kerbau tersebut memerlukan penjagaan yang sempurna kerana berlakunya perubahan jenis makanan dan perubahan persekitaran. Suntikan pelalian yang disyorkan. Umur
Suntikan
Nota
3 bulan
Penyakit kuku dan mulut (FMD)
-
4 bulan 6 bulan
Penyakit hawar Imizol dan ubat cacing (jika perlu)
Haemorrhagic septicaemia Cegah babesiosis
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012
Halaman : 7 drpd 7