UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL GRED 41-54 TAHAP KECEKAPAN TK1-TK6
1.0
PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK)
Pusat Penilaian Kompetensi (PPK) adalah kaedah penilaian secara berpusat, di mana kompetensi pegawai dinilai melalui pelbagai aktiviti secara individu dan berkumpulan berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan dalam sesuatu tempoh tertentu. Penilaian dilaksanakan oleh panel penilaian yang mahir dalam bidang berkaitan.
Kaedah PPK ini memberi penekanan kepada aspek penilaian yang menggalakkan budaya pembelajaran berterusan dan pembangunan diri pegawai sebelum menghadiri PPK. Kaedah ini membolehkan penilaian yang lebih menyeluruh ke atas kompetensi generik dan fungsional pegawai dari segi pengetahuan, pemikiran, keyakinan diri, tingkah laku serta potensi kepimpinan. Proses penilaian PPK memberi peluang kepada pegawai untuk membuktikan kompetensi masing-masing.
2.0
PENILAIAN
Panduan pengukuran dan rujukan bagi Pusat Penilaian Kompetensi dinyatakan dalam bentuk sukatan penilaian. Sukatan Penilaian adalah berasaskan kepada bidang pengkhususan dan kompetensi bagi setiap gred jawatan untuk perkhidmatan berkenaan yang mengandungi dua jenis kompetensi iaitu kompetensi generik dan kompetensi fungsional.
3.0
KOMPONEN DAN AKTIVITI PENILAIAN
PPK terbahagi kepada dua komponen iaitu Generik dan Fungsional. Aktiviti yang digunakan untuk menilai pegawai adalah seperti di Jadual 1.
1
Jadual 1 Aktiviti Penilaian PPK Bagi Gred 41 hingga 54 KUMPULAN PERKHIDMATAN
TAHAP
TK1
GENERIK (100%)
Perbincangan Kumpulan (40%) Penilaian Personaliti (10%)
TK2
FUNGSIONAL (100%)
Penilaian Pengurusan Kerja (50%) Kertas Tugasan Individu (50%)
Penilaian Bertulis (50%)
TK3
Pengucapan Awam (10%)
Penilaian Pengurusan Kerja (40%)
Group Presentation (30%)
Kertas Tugasan Individu (40%)
Penilaian Personaliti (10%)
Kertas Renungan (20%)
Penilaian Bertulis (50%) Public Speaking (15%) Kumpulan
TK4
Persembahan Kumpulan (25%) Penilaian Personaliti (10%)
Pengurusan dan Profesional
Penilaian Pengurusan Kerja (40%) Kertas Tugasan Individu (40%) Kertas Renungan (20%)
Penilaian Bertulis (50%)
Gred 41-54
Public Speaking (15%)
TK5
Perbincangan Kumpulan (25%) Penilaian Personaliti (10%)
Penilaian Pengurusan Kerja (40%) Kertas Tugasan Individu (40%) Kertas Renungan (20%)
Penilaian Bertulis (50%) Public Speaking (15%) Perbincangan Kumpulan (20%) TK6
Persembahan Kumpulan (30%)
Penilaian Pengurusan Kerja (40%) Kertas Tugasan Individu (40%) Kertas Renungan (20%)
Kertas Tugasan Kumpulan (25%) Penilaian Personaliti (10%) *Dinilai oleh Panel Penilai Kompetensi
2
4.0
KETERANGAN AKTIVITI PENILAIAN
4.1
Komponen Generik (100%)
4.1.1
Perbincangan Kumpulan – (TK1, TK2, TK5, TK6)
Pegawai akan dibahagikan mengikut kumpulan yang terdiri daripada dua (2) hingga lapan (8) orang ahli. Tajuk akan diberikan semasa sesi perbincangan kumpulan. Panel Penilai Kompetensi akan memberi markah berdasarkan penglibatan pegawai (70%) dan perbincangan kumpulan (30%). Tempoh penilaian adalah selama 60 minit.
4.1.2
Penilaian Bertulis – (TK1, TK2, TK3, TK4, TK5)
Soalan penilaian adalah terdiri dari komponen generik dan pegawai dikehendaki menjawab tiga (3) soalan esei daripada lima (5) soalan esei dalam tempoh satu setengah (1½) jam.
4.1.3
Penilaian Personaliti – (Semua TK)
Personaliti pegawai akan dinilai sepanjang berada di PPK oleh Panel Penilai.
Aspek-aspek
yang
dinilai
termasuklah
penampilan
diri,
komunikasi, sikap, budi bahasa, ketepatan masa dan disiplin.
4.1.4
Pengucapan Awam (TK3 sahaja)
Pegawai dikehendaki membuat pengucapan awam di hadapan Panel Penilai
Kompetensi
dalam
Bahasa
Malaysia
selama
10
minit
berdasarkan tajuk-tajuk yang disediakan. Rujukan kepada nota atau teks ucapan semasa sesi pengucapan awam ini tidak dibenarkan. Pemilihan tajuk adalah bebas berdasarkan skop-skop berikut: a) Ekonomi dan Pengurusan b) Sains dan Teknologi c) Alam Sekitar d) Sosial dan Kemanusiaan
3
Nota: tajuk-tajuk daripada skop yang dipilih hendaklah bersifat perkongsian ilmu yang boleh dimanfaatkan bersama.
4.1.5
Public Speaking – (TK4, TK5, TK6)
Pegawai dikehendaki membuat pengucapan awam di hadapan Panel Penilai
Kompetensi
dalam
Bahasa
Inggeris
selama
10
minit
berdasarkan tajuk-tajuk yang disediakan. Rujukan kepada nota atau teks ucapan semasa sesi pengucapan awam ini tidak dibenarkan. Pemilihan tajuk adalah bebas berdasarkan skop-skop berikut: a) Ekonomi dan Pengurusan b) Sains dan Teknologi c) Alam Sekitar d) Sosial dan Kemanusiaan
Nota: tajuk-tajuk daripada skop yang dipilih hendaklah bersifat perkongsian ilmu yang boleh dimanfaatkan bersama.
4.1.6
Persembahan Kumpulan – (TK4, TK6)
Pegawai akan dibahagikan mengikut kumpulan yang terdiri daripada dua (2) hingga lapan (8) orang ahli. Penilaian akan dibuat semasa kumpulan mempersembahkan tugasan mereka dalam Bahasa Malaysia dalam tempoh 20 minit berdasarkan tajuk yang disediakan dan diikuti dengan sesi soal jawab selama 10 minit. Loceng pertama akan dibunyikan sekali selepas 18 minit pertama dan dua kali selepas tamat 20 minit. Pembentangan
hendaklah
menggunakan
perisian
Microsoft
Powerpoint.
4.1.7
Group Presentation – (TK3 sahaja)
Pegawai akan dibahagikan mengikut kumpulan yang terdiri daripada dua (2) hingga lapan (8) orang ahli. Penilaian akan dibuat semasa kumpulan mempersembahkan tugasan mereka dalam Bahasa Inggeris dalam
4
tempoh 20 minit berdasarkan tajuk yang disediakan dan diikuti dengan sesi soal jawab selama 10 minit. Loceng pertama akan dibunyikan sekali selepas 18 minit pertama dan dua kali selepas tamat 20 minit. Pembentangan
hendaklah
menggunakan
perisian
Microsoft
Powerpoint.
4.1.8
Kertas Tugasan Kumpulan Penyediaan Kertas Tugasan Kumpulan adalah berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang telah ditetapkan dan hendaklah disahkan ketulenannya oleh calon.
4.2
Komponen Fungsional (100%)
4.2.1
Kertas Tugasan Individu (Semua TK)
Penyediaan Kertas Tugasan Individu adalah berdasarkan kepada tajuktajuk yang telah ditetapkan dan hendaklah disahkan ketulenannya oleh calon.
4.2.2
Penilaian Pengurusan Kerja (Semua TK)
Penilaian Pengurusan Kerja adalah pembentangan mengenai kerja dan tugas pegawai, pencapaian yang telah dicapai serta kesan dan impak pencapaian tersebut kepada jabatan dalam tempoh 10 minit dan diikuti sesi soal jawab oleh Panel Penilai Kompetensi selama 10 minit. Rujuk Lampiran untuk format Penilaian Pengurusan Kerja.
Pembentangan adalah berdasarkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang telah disahkan oleh penyelia pegawai berkenaan melalui Borang Pengesahan SKT dan hendaklah dikemukakan kepada Panel Penilai Kompetensi semasa sesi pembentangan. Pembentangan hendaklah menggunakan perisian Microsoft Powerpoint.
Bagi pegawai yang sedang cuti belajar, pembentangan SKT adalah mengenai kerja atau tugas pegawai sebelum pegawai cuti belajar dan
5
hendaklah disahkan oleh penyelia (pegawai penilai pertama LNPT) sebelum pegawai cuti belajar.
Pegawai juga perlu menyediakan empat (4) salinan ‘slide hand-out’ secara ‘hard-copy’ untuk diserahkan kepada Panel Penilai Kompetensi sebelum memulakan pembentangan.
Contoh Pembentangan Pengurusan Kerja
Tugas / Aktiviti
Pencapaian
Merancang,mengurus dan melaksanakan latihan kepada urus setia di Kementerian dan Jabatan (TOT)
Melaksanakan kursus dan latihan sebanyak 25 siri meliputi aktiviti penggubalan soalan,pengawasan peperiksaan,dan penggubalan sukatan/kurikulum
Penyediaan soalan penilaian yang berkualiti.
Menyediakan analisis keperluan latihan (TNA)bagi pengurus sumber manusia dalam penilaian kompetensi.
Membangunkan modul latihan seperti penggubalan soalan dan sukatan, pengawasan dan latihan kompetensi dalaman.
Program latihan yang komprehensif dan meningkatkan kecekapan urus setia yang berkenaan.
Memberi khidmat nasihat berhubung pelaksanaan PTK dan Peperiksaan Perkhidmatan.
Menyediakan FAQ berhubung PTK dan Peperiksaan Perkhidmatan sebagai panduan pengurus sumber manusia dan calon.
Maklumat yang jelas, mudah dicapai dan dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
4.2.3
Kesan / Impak
Pelaksanaan peperiksaan yang teratur mengikut peraturan.
Kertas Renungan (TK3, TK4, TK5, TK6)
Pegawai dikehendaki membuat ulasan atau komentar terhadap satu petikan artikel, tayangan video, ceramah, syarahan atau kajian kes yang disediakan pada hari pertama PPK.
6
5.0
PERKARA-PERKARA PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA SESI PPK
5.1
Kehadiran Kehadiran bagi semua sesi adalah wajib. Jika perlu meninggalkan sebarang sesi kerana hal yang mendesak, sila maklumkan kepada Penyelaras PPK. Calon yang tidak hadir sesi PPK pada tarikh dan masa yang ditetapkan tanpa sebarang alasan bertulis yang munasabah, Lembaga Penilaian Kompetensi boleh menangguhkan tempoh menduduki PTK selama 12 bulan dari tarikh PTK yang telah ditawarkan.
5.2
Ketepatan Masa Pegawai adalah diminta menjaga ketepatan masa sepanjang perjalanan PPK dan diminta berada di bilik penilaian sebelum Panel Penilai Kompetensi tiba.
5.3
Telefon Bimbit Telefon bimbit hendaklah berada dalam mod senyap semasa sesi penilaian sedang dijalankan.
5.4
Pakaian Pegawai dikehendaki berpakaian pejabat atau pakaian rasmi yang sesuai dengan tugas jawatannya sepanjang tempoh PPK.
5.5
Tanda Nama Pemakaian tanda nama (name tag) adalah diwajibkan sepanjang masa semasa PPK berjalan.
5.6
Alat Tulis Pegawai juga dikehendaki membawa alat tulis yang bersesuaian khususnya untuk aktiviti Penilaian Bertulis.
7
LAMPIRAN
1.0
Format Penulisan Kertas Renungan dan Kertas Tugasan
Bahasa
Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat perkataan yang tidak dapat dialih bahasa,perkataan tersebut mesti ditukar kepada italic.
Jenis Tulisan (Font)
Arial
Saiz Tulisan
12
Langkau (Spacing)
2 langkau bagi setiap ayat (double-spacing)
Kertas Renungan Tidak lebih dari 3 muka surat. Jumlah Muka Surat Kertas Tugasan Individu 8-10 muka surat. (Tidak termasuk rujukan)
2.0
Skop Pengucapan Awam
Pemilihan tajuk pengucapan awam adalah bebas berdasarkan skop-skop berikut: e) Ekonomi dan Pengurusan f)
Sains dan Teknologi
g) Alam Sekitar h) Sosial dan Kemanusiaan
8