PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah Tel : 088-320 393, Faks : 088-320127 320127 Emel :
[email protected]
GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS - TOP DOWN (PUSAT KAJIAN//UNIT KAJIAN/UNIT PENYELIDIKAN) PENYELIDIKAN BAHAGIAN 1: LATAR BELAKANG UMS Top Down diwujudkan selaras dengan hasrat universiti Skim Geran Penyelidikan UMS-Top untuk melonjak dan memperkasakan tujahan penyelidikan Universiti melalui Pusat Kajian/Unit Kajian/Unit Penyelidikan yang mana mempunyai kumpulan penyelidik yang fokus terhadap tujahan yang telah dikenalpasti.
BAHAGIAN 2: TUJUAN Skim ini merupakan penyelidikan asas dan gunaan yang dijalankan dalam tempoh 24 – 36 bulan dengan jumlah dana maksimum RM100,00.00 (Satu Ratus Ribu ringgit sahaja). Projek penyelidikan ini MESTI diketuai oleh Pengarah/Ketua Pusat Kajian/Unit Kajian/Unit Penyelidikan yang berkaitan. 2.1
Adalah diharapkan penyelidikan yang dijalankan dibawah skim ini akan: a) menghasilkan suatu idea/ teori/ konsep/ kaedah/ model/ proses baru; b) menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada; atau c) merangkumi isu-isu isu isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau strat negara d) berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik khususnya kepada negeri Sabah.
2.2
Tujuan khusus skim ini diberikan kepada Pusat Kajian/Unit Kajian/ Kajian/Unit Penyelidikan adalah untuk: a) Memantapkan prestasi Pusat Kajian/Unit Kajian/Unit /Unit Penyelidikan; Penyelidikan b) Memantapkan tujahan-tujahan tujahan penyelidikan universiti melalui Pusat Kajian/Unit Unit Kajian/Unit Kajian Penyelidikan;
Mukasurat | 1
c) Menjalankan penyelidikan ke atas isu-isu semasa dan/atau mendesak khususnya di negeri Sabah d) Menggalakkan penyelidikan secara berkumpulan di kalangan kumpulan penyelidik yang ditubuhkan di bawah Pusat Kajian/Unit Kajian/Unit Penyelidikan.
2.3
Bidang penyelidikan di bawah Skim ini untuk roling pertama yang telah dikenalpasti oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bersama-sama Pusat Penyelidikan dan Inovasi ialah seperti berikut : I. II. III. IV. V. VI.
Isu Keselamatan dan Persempadanan di Sabah Bencana Alam di Sabah Pembasmian Kemiskinan di Sabah Pelancongan Lestari di Sabah Pendidikan Luar Bandar di Sabah Kajian Orkid di Sabah
BAHAGIAN 3: PERMOHONAN DAN PEMBERIAN DANA 3.1
Pusat Kajian/Unit Kajian/Unit Penyelidikan hendaklah mengemukakan Kertas Cadangan Penyelidikan menggunakan Borang PPI/SGPUMS/1- (Borang Permohonan Skim Geran Penyelidikan UMS).
3.2
Semua permohonan akan dinilai oleh Panel Penilai Dalaman UMS yang dilantik oleh pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).
3.3
Jumlah peruntukan yang diluluskan akan dipertimbang berdasarkan cadangan penyelidikan dengan sasaran hasil penyelidikan yang dijanjikan.
BAHAGIAN 4: PERATURAN KEWANGAN Kesemua perbelanjaan di bawah skim ini hendaklah dibuat mengikut peraturan kewangan universiti dan peraturan-peraturan lain yang sedang berkuatkuasa. Jenis-jenis perbelanjaan : 4.1
Vot 11000 - Gaji dan upah Gaji/Upah untuk pembantu penyelidik yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan sahaja. Pembantu Penyelidik hendaklah dilantik dengan menggunakan Borang R8. Upah untuk pekerja sementara seperti enumerator dan field assistant juga boleh dibayar menggunakan Vot ini dengan mengemukakan resit/bukti pembayaran. Jumlah tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan peruntukan. Gaji/Upah untuk staf pejabat Pusat Kajian/Unit Kajian/Unit Penyelidikan adalah tidak dibenarkan.
Mukasurat | 2
4.2
Vot 21000 - Perjalanan dan Pengangkutan Peruntukan hanya boleh digunakan untuk perjalanan yang berkait langsung dengan projek dan keperluan-keperluan yang berkaitan sahaja contohnya mengambil sampel, melawat tapak kajian dsb. Destinasi perjalanan tersebut mestilah merupakan tempat yang paling sesuai dan ekonomik dari segi kemudahan, kepakaran dan pemindahan teknologi. Kelayakan hotel dan elaun-elaun semasa menjalankan tugas di luar pejabat adalah seperti yang digariskan dalam Peraturan Kewangan UMS. Perbelanjaan untuk menghadiri persidangan hendaklah memenuhi syaratsyarat berikut: (a) (b) (c) (d)
(e)
4.3
tidak melebihi 10 % dari jumlah peruntukan; kertas penyelidikan yang dibentangkan mestilah hasil dapatan dari projek penyelidikan yang dibiayai oleh geran ini; persidangan dalam negara hendaklah sekurang-kurangnya pembentangan poster sama ada oleh penyelidik atau pelajar pasca; persidangan luar negara mestilah pembentangan secara lisan oleh ketua/penyelidik dalam Pusat Kajian/ Unit Kajian/ Unit Penyelidikan, kertas penyelidikan yang dibentangkan diterbitkan sekurang-kurangnya di dalam Prosiding Persidangan berkaitan dan dibenarkan hanya sekali sahaja dalam tempoh penyelidikan; kelulusan bertulis dari Pengarah PPI hendaklah diperolehi sebelum menghadiri persidangan. Tuntutan perbelanjaan ke persidangan tanpa memenuhi syarat (e) tidak akan dilayan.
Vot 23000 - Komunikasi dan Utiliti Perbelanjaan komunikasi dan utiliti berkaitan penyelidikan sahaja (Bil/prabayar telefon, Faks, Pos dll). Tuntutan untuk bil telefon (pra- dan pasca-bayar) hendaklah disertai dengan bukti yang jelas dan sahih (cth: perincian bil telefon yang digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja). Justifikasi keperluan untuk menyewa WiFi atau modem juga perlu dikemukakan kepada pihak PPI sekiranya diperlukan. Penggunaan kaedah komunikasi yang paling ekonomik (cth: e-mel berbanding dengan panggilan telefon) amatlah digalakkan.
4.4
Vot 24000 – Sewaan Sewaan bangunan, peralatan, pengangkutan atau barangan lain yang terlibat langsung dengan penyelidikan. Sewa peralatan pejabat (seperti mesin fotokopi, mesin faks, printer dsb.) untuk tujuan operasi harian pejabat Pusat Kajian/Unit Kajian/Unit Penyelidikan adalah tidak dibenarkan. Sekiranya Mukasurat | 3
terdapat keperluan untuk menyewa bangunan atau ruang secara bulanan (cth: Greenhouse di kawasan kajian dsb.), kelulusan bertulis dari Pengarah PPI hendaklah diperolehi sebelum perjanjian sewa dimeterai. 4.5
Vot 27000 - Bekalan dan bahan-bahan penyelidikan Pembelian bekalan bahan pakai-habis (termasuklah haiwan, pokok dan benih)dan bahan penyelidikan termasuk peralatan kecil dan aset bernilai kurang dari RM3,000. Perbelanjaan untuk membeli token atau saguhati berbentuk barangan runcit kepada responden kajian juga boleh menggunakan Vot ini. Pembelian komputer (desktop, laptop) dan perisian komputer (software) adalah tidak dibenarkan kecuali bidang penyelidikan yang dijalankan ialah dalam bidang ICT (dan mendapat kelulusan bertulis dari Pengarah PPI). Pembelian perabot dan peralatan pejabat Pusat Kajian/Unit Kajian/Unit Penyelidikan seperti mesin fotokopi, mesin faks dsb. adalah tidak dibenarkan.
4.6
Vot 28000 - Baikpulih kecil dan Ubahsuai Hanya perbelanjaan untuk baikpulih dan pengubahsuaian kecil terhadap ruang makmal dan peralatan sedia ada yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja yang dibenarkan. Ruang atau peralatan yang dimaksudkan tidak merangkumi ruang atau peralatan (cth: kereta, kamera, komputer dsb.) milik peribadi penyelidik atau pembantu penyelidik. Had perbelanjaan untuk tujuan ini hendaklah tidak melebihi 20% dari jumlah peruntukan.
4.7
Vot 29000 - Perkhidmatan Ikhtisas (i) Perkhidmatan Terhad kepada khidmat profesional yang tidak dapat dipenuhi oleh Felo Penyelidik dan Felo Penyelidik Bersekutu yang ada di Pusat Kajian/Unit Kajian/Unit Penyelidikan berkenaan sahaja iaitu disebabkan ketiadaan kepakaran. Sekiranya keperluan khidmat profesional ini diperlukan secara berterusan untuk projek penyelidikan di bawah geran ini, maka Pusat Kajian/Unit Kajian/Unit Penyelidikan hendaklah melantik pakar tersebut untuk menjadi Felo Penyelidik atau Felo Penyelidik Bersekutu. Perkhidmatan seperti memproses data (kecuali yang memerlukan program komputer canggih yang tidak terdapat di UMS) dan proof reading sebolehbolehnya dijalankan oleh Felo-felo Penyelidik Pusat Kajian/Unit Kajian/Unit Penyelidikan berkenaan.
Mukasurat | 4
Perkhidmatan ini termasuklah: (a) bayaran analisis sampel (b) pencetakan (c) *honororium kepada pakar/profesional (kadar bayaran hendaklah munasabah) (d) konsultansi (e) yuran penerbitan jurnal *Nota: Tidak termasuk bayaran upah bulanan pembantu penyelidik/pelajar pasca (dibayar menggunakan Vot11000). (ii) Perkhidmatan Khas/Belanja Pakai Habis Perkhidmatan khas ini merangkumi kos: (a) menghadiri kursus sekali sahaja dalam tempoh penyelidikan ini; (b) program sangkutan jangka pendek untuk mempelajari teknik-teknik khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan. Program sangkutan ini mestilah dalam negara sekali sahaja dan tidak melebihi 3 bulan. Jumlah perbelanjaan hendaklah tidak melebihi 10% dari jumlah peruntukan. Nota Penting Sekiranya ada keperluan Perkhidmatan Ikhtisas yang tidak tersenarai di atas, Ketua Projek hendaklah memohon kebenaran secara bertulis dari Pengarah PPI terlebih dahulu. 4.8
Vot 35000 - Peralatan dan Aksesori Hanya untuk pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk peningkatan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan yang dibenarkan. Anggaran harga perlu disertakan untuk kelulusan. Hendaklah tidak melebihi RM15,000 (bagi Bidang Sains) dan RM8,000 (bagi Bidang Bukan Sains). Aset yang dibeli menggunakan geran ini hendaklah didaftar (i-asset) sebagai aset PTJ di mana Pusat Kajian/Unit Kajian/Unit Penyelidikan bernaung dan PTJ berkenaan bertanggungjawab untuk menjaganya.
Mukasurat | 5
BAHAGIAN 5: HASIL PENYELIDIKAN 5.1
Penerbitan Bidang Sains (a) Peruntukan sehingga RM100,000 : menghasilkan sekurang-kurangnya Berindeks ISI
Dua
(2)
artikel
dalam
Journal
(b) Peruntukan sehingga RM50,000 : menghasilkan sekurang-kurangya Satu (1) artikel dalam Jurnal Berindeks ISI
Bidang Bukan Sains (a) Peruntukan sehingga RM100,000 : menghasilkan sekurang-kurangnya Dua (2) artikel dalam Journal Berindeks ISI ATAU Dua (2) Bab Buku Terbitan Antarabangsa ATAU Tiga (3) Bab Buku Terbitan Kebangsaan (yang diiktiraf oleh MyRA) ATAU Dua (2) artikel dalam jurnal berwasit seperti yang diluluskan oleh Fakulti. (b) Peruntukan sehingga RM50,000 : menghasilkan sekurang-kurangya Satu (1) artikel dalam Jurnal Berindeks ISI ATAU Satu (1) Bab Buku Terbitan Antarabangsa ATAU Dua (2) Bab Buku Terbitan Kebangsaan (yang diiktiraf oleh MyRA) ATAU Satu (1) artikel dalam jurnal berwasit seperti yang diluluskan oleh Fakulti. Penerbitan dalam empat penerbit jurnal yang tidak diiktiraf oleh MYRA, TIDAK akan diambikira sebagai hasil penyelidikan : I. II. III. IV. 5.2
European Journal Academic Journal CG Publishing African World Press
Harta Intelek Menggalakkan hasil penyelidikan yang berpotensi untuk didaftarkan sebagai Harta Intelek dan dikomersilkan.
5.3
Modal Insan Peruntukan sehingga RM100,000 : Dua (2) orang pelajar Sarjana atau enam (6) orang pelajar pra-siswazah. Peruntukan sehingga RM50,000 : Satu (1) orang pelajar Sarjana atau empat (4) orang pelajar pra-siswazah.
Mukasurat | 6
5.4
Jaringan Jaringan penyelidikan seperti kolaborasi penyelidikan dengan industri atau institusi luar amatlah digalakkan dan menghasilkan sekurang-kurangnya Satu (1) MoU /MoA sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Kolaborasi penyelidikan (MOA) – digalakkan menjalin kolaborasi dengan industri/ pusat penyelidikan yang diiktiraf di peringkat nasional atau antarabangsa
BAHAGIAN 6: PEMANTAUAN DAN LAPORAN AKHIR 6.1
Pemantauan
Pelaporan kemajuan projek hendaklah dikemukakan kepada PPI dua (2) kali setahun iaitu Jan-Jun dan Jul-Dis dengan menggunakan Borang PPI/SGPUMS/2 (Laporan Prestasi Skim Geran Penyelidikan UMS). Kegagalan untuk menghantar laporan kemajuan penyelidikan sepertimana yang dijadualkan akan menyebabkan aktiviti kewangan projek penyelidikan disekat sehingga laporan kemajuan dihantar ke PPI.
6.2
Laporan Akhir
a)
Laporan akhir penyelidikan perlu dihantar dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh akhir projek dengan menggunakan Borang UMS/PPI-R4 (Borang Laporan Akhir Projek Penyelidikan).
b)
Ketua projek akan diminta untuk membentang hasil penyelidikan kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
BAHAGIAN 7 : LAIN-LAIN 7.1
Sebarang permohonan untuk menukar Ketua Projek, menambah atau menggugurkan ahli projek hendaklah dipohon secara rasmi melalui surat dengan perakuan Dekan/ Pengarah FPIU masing-masing;
7.2
Tidak ada sebarang kelulusan tambahan peruntukan dibenarkan di bawah skim ini;
7.3
Permohonan pelanjutan tempoh hendaklah dikemukakan kepada PPI selewat-lewatnya 6 bulan sebelum tarikh akhir projek dengan menyertakan justifikasi kukuh serta laporan kemajuan terkini projek.
ed 19/8/2011 28/10/2011TAMAT-DASDASDAKL;LK;KL;KLSDASDSADASDASTTDSDFKJSYGFKJSYG
Mukasurat | 7