TERMA-TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB SCICOM 1. Perkhidmatan yang disediakan di www.scicom-intl.com adalah laman web (Laman Web) yang dimiliki dan dikendalikan bagi pihak Kumpulan Syarikat SCICOM (“SCICOM”). Notis undang-undang ini diguna pakai bagi keseluruhan kandungan Laman Web dan sebarang surat-menyurat melalui e-mel antara kami dan anda. Sila baca terma-terma ini dengan teliti sebelum menggunakan Laman Web. Penggunaan Laman Web menandakan bahawa anda menerima notis undang-undang ini dengan sepenuhnya. Jika anda tidak menerima notis undang-undang ini dengan sepenuhnya, anda hendaklah meninggalkan Laman Web ini dengan serta-merta. Kecuali dinyatakan sebaliknya, kandungan Laman Web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks dan imej di dalam ini dan pengaturannya, adalah tertakluk kepada hak cipta. Semua hak cipta terpelihara. Semua Cap Dagang yang dirujuk adalah harta pemilik mereka masingmasing. 2. Anda hendaklah mengandaikan bahawa semua yang anda lihat atau baca di Laman Web, kecuali data peribadi anda, adalah tertakluk kepada hak cipta dan tidak boleh digunakan kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini, teks di Laman Web atau jika kebenaran bertulis diperolehi terlebih dahulu daripada pemilik. Anda hendaklah menghubungi SCICOM untuk maklumat lanjut. 3. Apabila anda melayari www.scicom-intl.com atau menghantar e-mel kepada kami, anda berkomunikasi dengan kami secara elektronik. Anda membenarkan komunikasi diterima daripada kami secara elektronik. Kami mungkin berkomunikasi dengan anda melalui emel atau dengan memaparkan notis di laman web ini. Anda bersetuju bahawa semua perjanjian, notis, pendedahan dan komunikasi lain yang diberikan oleh kami kepada anda secara elektronik memenuhi sebarang keperluan undang-undang bahawa komunikasi hendaklah secara bertulis. 4. Jika anda memungkiri sebarang terma dalam notis undang-undang ini, kebenaran anda untuk menggunakan Laman Web akan tamat secara automatik dan anda hendaklah dengan serta-merta memusnahkan sebarang petikan daripada Laman Web yang dimuat turun atau dicetak. 5. Bahan yang dimasukkan di Laman Web ini telah disusun daripada pelbagai sumber dan Laman Web mungkin mengandungi bahan yang tidak tepat dari segi teknikal atau kesilapan menaip. Semua kandungan di Laman Web disediakan kepada anda dengan “seadanya” tanpa sebarang jaminan tidak kira apa jenisnya. Oleh itu, setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, laman web ini disediakan kepada anda atas dasar bahawa pemilik mengecualikan semua representasi, jaminan, syarat dan terma lain (termasuk, tanpa had, syarat-syarat yang tersirat dari segi undang-undang tentang mutu yang memuaskan, kesesuaian bagi tujuan dan penggunaan sikap berjaga-jaga dan kemahiran munasabah atau jaminan tersirat yang, jika bukan kerana notis undangundang ini, mungkin berkuat kuasa berhubung dengan Laman Web.
6. SCICOM tidak menjamin bahawa Laman Web ini, pelbagai perkhidmatan yang disediakan melalui Laman Web ini, dan sebarang maklumat, perisian atau bahan lain yang dimuat turun daripada Laman Web ini, adalah bebas daripada gangguan, kesilapan, atau bebas daripada virus atau komponen mudarat yang lain. 7. SCICOM tidak membuat sebarang jaminan atau representasi tentang ketepatan Laman Web. SCICOM tidak menanggung sebarang liabiliti atau tanggungjawab atas sebarang kesilapan atau ketinggalan pada kandungan Laman Web. SCICOM menggunakan usaha munasabah untuk memastikan ketepatan Laman Web tetapi merizab hak untuk mengubah Laman Web mengikut budi bicara tunggalnya, dalam apa jua cara dan/atau pada bila-bila masa, tanpa notis. SCICOM boleh membuat perubahan pada bahan di Laman Web, atau pada produk dan harga yang diterangkan di dalamnya, pada bila-bila masa tanpa notis. Bahan di Laman Web mungkin ketinggalan zaman, dan SCICOM tidak membuat sebarang komitmen untuk mengemaskinikan bahan tersebut. 8. SCICOM, mana-mana pihak lain (sama ada terlibat atau tidak untuk mencipta, menghasilkan, menyenggara atau menyampaikan Laman Web), dan mana-mana kumpulan syarikat SCICOM dan pegawai, pengarah, pekerja, pemegang saham atau agen mana-mana daripada mereka, mengecualikan semua liabiliti dan tanggungjawab bagi sebarang jumlah atau jenis kerugian atau kerosakan yang mungkin diakibatkan kepada anda atau pihak ketiga (termasuk tanpa had, sebarang kerugian atau gantirugi langsung, tidak langsung, punitif atau berbangkit, atau sebarang kehilangan pendapatan, keuntungan, nama baik, data, kontrak, penggunaan wang, atau kerugian atau gantirugi berbangkit daripada atau berhubung dalam apa jua cara dengan gangguan perniagaan, dan sama ada dalam tort (termasuk tanpa had kecuaian), kontrak atau sebaliknya) berhubung dengan Laman Web dalam apa jua cara atau berhubung dengan penggunaan, ketidakupayaan untuk menggunakan atau hasil penggunaan Laman Web, sebarang laman web yang dipautkan kepada Laman Web atau bahan di laman web tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian atau kerosakan disebabkan virus yang mungkin menjangkiti peralatan komputer, perisian, data atau harta anda yang lain kerana anda mengakses, menggunakan atau melayari Laman Web atau anda memuat turun sebarang bahan daripada Laman Web atau mana-mana laman web yang dipautkan kepada Laman Web. 9. SCICOM, dan mana-mana agen atau pengkhidmat SCICOM dan pegawai, pengarah, pekerja, pemegang saham mana-mana daripada mereka, mengecualikan semua liabiliti dan tanggungjawab bagi sebarang jumlah atau jenis kerugian atau gantirugi yang mungkin diakibatkan kepada anda atau pihak ketiga (termasuk tanpa had, sebarang kerugian atau gantirugi langsung, tidak langsung, punitif atau berbangkit, atau sebarang kehilangan pendapatan, keuntungan, nama baik, data, kontrak, penggunaan wang, atau kerugian atau gantirugi berbangkit daripada atau berhubung dalam apa jua cara dengan gangguan perniagaan, dan sama ada dalam tort (termasuk tanpa had kecuaian), kontrak atau sebaliknya) yang diakibatkan oleh penggunaan tanpa kebenaran atau pengelirupaan atau ‘cybersquatting’ di laman web ini, nama domain, nama SCICOM atau penyalahgunaan atau pengambilan mana-mana harta intelek lain kepunyaan SCICOM atau agen atau pengkhidmatnya.
10. Tiada apa-apa yang terkandung dalam notis undang-undang ini akan mengecualikan atau membataskan liabiliti SCICOM untuk sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan atau dibataskan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa. 11. Jika penggunaan bahan di Laman Web oleh anda menyebabkan peralatan, perisian atau data perlu diservis, diperbaiki atau dibetulkan, anda hendaklah menanggung semua kosnya. 12. Anda dibenarkan mencetak petikan daripada Laman Web untuk kegunaan peribadi anda atas dasar berikut: a) dokumen atau grafik berkaitan di Laman Web tidak boleh diubah dalam apa cara jua; b) grafik di Laman Web tidak boleh digunakan secara berasingan daripada teks yang sepadan; dan c) notis hak cipta dan cap dagang SCICOM dan notis kebenaran ini hendaklah kelihatan dalam semua salinan. d) Kecuali dinyatakan sebaliknya, hak cipta dan hak harta intelek lain dalam semua bahan di Laman Web (termasuk tanpa had gambar dan imej grafik) dimiliki oleh SCICOM atau pemberi lesennya. 13. Bagi tujuan notis undang-undang ini, sebarang penggunaan petikan daripada Laman Web kecuali selaras dengan klausa (xiii) bagi sebarang tujuan adalah dilarang. Manamana bahagian Laman Web tidak boleh dihasilkan semula atau disimpan di mana-mana laman web lain atau dimasukkan ke dalam sebarang sistem atau perkhidmatan dapatan semula elektronik awam atau persendirian tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada SCICOM. 14. Sebarang hak yang tidak diberikan dengan nyata dalam terma-terma ini adalah terpelihara. 15. Anda tidak boleh membingkaikan atau menggunakan teknik bingkai untuk merangkum (‘enclose’) sebarang cap dagang, logo atau maklumat keempunyaan lain (termasuk imej, teks, susun atur halaman, atau borang) SCICOM tanpa kebenaran bertulis nyata daripada SCICOM. 16. Melainkan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi, yang dicakupi di bawah Dasar Privasi kami, sebarang bahan yang anda hantar atau letakkan di Laman Web akan dianggap tidak sulit dan bukan keempunyaan. 17. Anda dilarang meletakkan atau menghantar kepada atau daripada Laman Web, sebarang bahan: a) yang mengancam, memfitnah, cabul, tidak senonoh, menghasut, menyakitkan hati, lucah, mengecam, boleh mendorong kebencian perkauman, mendiskriminasi,
menakutkan, mengaibkan, mengapi-apikan, kufur, melanggar kerahsiaan, melanggar privasi atau mungkin menyebabkan kejengkelan atau kesulitan; atau b) terhadap mana anda tidak mendapatkan semua lesen dan/atau kelulusan yang perlu; atau c) yang merupakan atau menggalakkan kelakuan yang dianggap kesalahan jenayah, membangkitkan liabiliti sivil, atau sebaliknya bertentangan dengan undang-undang atau melanggar hak mana-mana pihak ketiga, di mana-mana negara di dunia; atau d) yang memudaratkan dari segi teknikal (termasuk, tanpa had, virus komputer, bom logik, kuda Trojan, cecacing, komponen yang memudaratkan, data tercemar atau perisian jahat atau data lain yang memudaratkan). 18. Anda tidak boleh menyalahgunakan Laman Web (termasuk, tanpa had, dengan menggodam). 19. SCICOM akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang atau perintah mahkamah yang meminta atau mengarahkan SCICOM mendedahkan identiti atau mencari sesiapa jua yang meletakkan sebarang bahan yang memungkiri klausa 17 atau 18. 20. Pautan di Laman Web ini boleh membawa anda kepada pelayan yang disenggara oleh individu atau organisasi selain daripada SCICOM. SCICOM tidak mempunyai kawalan dan tidak membuat jaminan atau representasi tentang ketepatan, kekinian, kesesuaian atau sebarang aspek lain bagi maklumat yang terdapat di pelayan tersebut, dan tidak memantau atau menyokong pelayan atau kandungan tersebut. Jika anda menggunakan pautan ini, anda akan meninggalkan Laman Web. SCICOM oleh itu tidak menyokong atau membuat sebarang representasi tentangnya, atau bahan yang didapati di situ, atau mana-mana hasil yang diperolehi akibat penggunaannya. Jika anda memutuskan untuk mengakses mana-mana laman web pihak ketiga yang dipautkan kepada Laman Web, anda berbuat demikian dengan risiko ditanggung sepenuhnya oleh anda. 21. Imej orang atau tempat yang dipaparkan Laman Web adalah sama ada harta yang dimiliki, atau digunakan dengan kebenaran SCICOM. Anda benar-benar dilarang menggunakan imej ini kecuali dibenarkan dengan nyata oleh Terma-terma dan Syaratsyarat ini, melalui kebenaran khusus yang diberikan di mana-mana bahagian lain di Laman Web atau jika anda menulis secara terus dan mendapatkan kebenaran daripada SCICOM. 22. Semua Cap Dagang dan logo lain atau Cap Dagang dan logo berdaftar yang kelihatan di Laman Web atau disebut di sini dimiliki oleh pemilik mereka masing-masing. Tiada apa-apa pun yang terkandung di Laman Web ini harus ditafsirkan sebagai memberikan, secara tersirat, estoppel, atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Cap Dagang yang dipaparkan di Laman Web tanpa kebenaran bertulis daripada SCICOM atau pihak ketiga yang memiliki Cap Dagang yang dipaparkan di Laman Web ini. SCICOM akan menguatkuasakan hak harta inteleknya setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang.
23. SCICOM boleh pada bila-bila masa mengubah Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan mengemaskinikan posting ini. Anda terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat terkini setiap kali anda melawat Laman Web ini, oleh itu anda harus menyemak dengan berkala Terma-terma dan Syarat-syarat ini yang mengikat anda. Peruntukan tertentu dalam notis undang-undang ini mungkin digantikan oleh notis undang-undang atau terma yang ditetapkan dengan nyata yang terletak di halaman tertentu di Laman Web. 24. Notis undang-undang ini akan dikawal oleh dan ditafsirkan selaras dengan undangundang Malaysia. Pertikaian yang berbangkit berhubung dengan notis undang-undang ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.