Terma & Syarat Kempen Pembaharuan dan Penambahan Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD) 1
Definisi 1.1 Untuk tujuan terma dan syarat ini, perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan berikut hendaklah mempunyai makna yang ditentukan baginya melainkan sekiranya konteks memerlukan sebaliknya:“Bank” bermakna AmBank (M) Berhad (No.Syarikat 8515-D) dan AmBank Islamic Berhad (No.Syarikat 295576-U) (dahulunya dikenali sebagai AmIslamic Bank Berhad) syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftarnya di Aras 22, Bangunan AmBank Group, No. 55 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. “Kumpulan AmBank” bermakna semua syarikat dan syarikat bersekutu (seperti yang diperjelaskan) yang berkaitan dengan Bank sama ada diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia, yang sudah wujud pada masa kini atau pada masa akan datang dan rujukan terhadap ‘Kumpulan AmBank’ dalam Terma dan Syarat di sini akan merangkumi ke semua atau sebarang entiti di dalam Kumpulan AmBank. “Pelanggan Layak Yang Berjaya" bermaksud seribu(1000) pelanggan individu pertama yang layak pada setiap bulan Kempen yang memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan dalam Fasal 6.1. " Hari" bermaksud hari Isnin hingga Jumaat, dan di mana pejabat berdaftar Bank dibuka , kecuali dinyatakan sebaliknya. "Dana Baharu" bermakna wang atau dana :a) yang tidak dipindahkan daripada mana-mana akaun deposit Bank sedia ada. b) dana yang dipindahkan dari bank lain/institusi kewangan ke dalam Bank akaun pelanggan dan/atau, hendaklah dipindahkan dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar sebelum penempatan. c) wang tunai yang diberikan oleh pelanggan "Notis Awal" bermakna notis oleh pihak Bank mengenai fakta-fakta tertentu atau keadaan hal ehwal tertentu sekurang-kurangnya tiga (3) hari kalendar. “Kempen” bermakna “Kempen Pembaharuan dan Penambahan Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD)” yang dianjurkan oleh Bank menurut Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini. 1.2 Perkataan yang menggambarkan individu adalah merangkumi sekiranya dan di mana berkenaan, pertubuhan atau mereka diperbadankan. Perkataan yang membawa maksud mufrad juga dan sebaliknya. Perkataan yang membawa maksud jantina perempuan dan jantina neuter.
mereka yang masih hidup, dan yang diperbadankan atau tidak akan merangkumi maksud jamak lelaki akan merangkumi jantina
1.3 Istilah 'Perbadanan Bersekutu' mempunyai maksud yang sama seperti yang diperuntukkan terhadapnya di bawah Seksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Istilah 'Syarikat yang berkaitan' pula mempunyai maksud yang sama seperti yang diperuntukkan terhadapnya di bawah Seksyen 6 Akta Syarikat 1965.
1
2
Tempoh Kempen 2.1 Kempen akan bermula dari 1 Januari 2016 sehingga 31 March 2016 (merangkumi kedua-dua tarikh) (“Tempoh Kempen”). 2.2 Pihak Bank berhak untuk mengubah dan/atau meminda Tempoh Kempen atas budi bicara mutlaknya dengan memberikan Notis Awal.
3
Kempen Kategori a) Kadar Promosi Pembaharuan FD/TD Umum b) Kempen Hadiah Pembaharuan
4
Kelayakan 4.1 Kempen ini adalah untuk peletakan yang hanya dibuat di kaunter di mana-mana cawangan Bank di Malaysia dan adalah terbuka kepada semua Individu (“Pelanggan Individu Yang Layak”) dan Bukan Individu (“Pelanggan Bukan Individu Yang Layak”) Bank, yang sedia ada, yang membuat pembaharuan mana-mana Akaun Deposit Tetap/Deposit Bertempoh ("FD/TD") (Layak mendapat Perlindungan daripada PIDM) dengan Bank semasa Tempoh Kempen:Tempoh 6 bulan/ 12 bulan
Produk Konvensional - Deposit Tetap - Am50Plus
Produk Perbankan Islam - Deposit Bertempoh-i - Deposit Bertempoh-i Am50Plus
4.2 Pelanggan Bukan Individu hendaklah terdiri daripada: a) Pemilikan tunggal/Perkongsian; b) Perusahaan Kecil Sederhana dengan perolehan sehingga RM25 juta setahun; c) Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan/ Badan Kebajikan/ Persatuan 4.3 Kakitangan Kumpulan AmBank dan ahli keluarga terdekat mereka (suami isteri, anak-anak dan ibu bapa) juga layak untuk menyertai Kempen ini. 4.4 Individu-individu/entiti yang TIDAK layak untuk menyertai di dalam Kempen ini:a) Kerajaan / Badan Berkanun dan Pelanggan Korporat (Syarikat-syarikat dan korporat dengan perolehan tahunan lebih daripada RM25 juta); dan/atau b) Individu di bawah umur lapan belas (18) tahun. 4.5 Pelanggan Individu Yang Layak adalah layak untuk menyertai dalam Kempen kategori 3(a), dan/atau 3(b) dan Pelanggan Bukan Individu Yang Layak adalah layak untuk menyertai Kempen kategori 3(a) sahaja seperti dinyatakan di dalam Klausa 3 atas. 5
Kempen Kategori 3(a): Kadar Promosi Pembaharuan FD / TD Umum 5.1 Untuk menikmati kadar promosi seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah, Pelanggan Individu Yang Layak atau Pelanggan Bukan Individu Yang Layak mestilah: a) Mempunyai jumlah minimum pembaharuan FD/TD sebanyak RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) ; atau b) Penambahan deposit minimum Dana Baharu sebanyak 10% atau penambahan deposit minimum RM5,000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) diatas jumlah pembaharuan.
2
Jadual 1: Kadar Promosi Tempoh 6 bulan 12 bulan
Kadar Promosi (setahun) 4.08% 4.18%
5.2 Faedah/ Keuntungan yang diperoleh akan dikreditkan ke dalam akaun semasa dan akaun simpanan untuk konvensional atau perbankan Islam Pelanggan Individu Yang Layak atau Pelanggan Bukan Individu Yang Layak (CASA/CASA-i)/ FD/TD yang dipegang dengan Bank. 5.3 Penempatan deposit yang dibuat melalui cek adalah tertakluk pada penjelasan cek tersebut dan akan hanya dianggap sebagai penempatan deposit yang dibuat oleh Pelanggan Individu Yang Layak atau Pelanggan Bukan Individu Yang Layak selepas cek tersebut dibayar atau dijelaskan. 5.4 FD TIDAK boleh digunakan sebagai cagaran bagi tujuan memberi jaminan. 5.5 Sebarang pengeluaran awal untuk penempatan tiga (3) bulan dan ke bawah tidak layak untuk apa-apa faedah / keuntungan. Untuk penempatan empat (4) bulan dan ke atas, tiada faedah / keuntungan apa pun akan dibayar jika Pelanggan Individu Yang Layak atau Pelanggan Bukan Individu Yang Layak membuat pengeluaran awal sebelum melengkapkan tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penempatan. Jika Pelanggan Individu Yang Layak atau Pelanggan Bukan Individu Yang Layak melakukan pengeluaran awal selepas tiga (3) bulan dari tarikh penempatan, kadar faedah / keuntungan akan dibayar separuh (50%) daripada kadar yang ditetapkan oleh Bank berdasarkan jumlah bulan yang dilengkapkan. Untuk Akaun TD, Pelanggan Individu Yang Layak atau Pelanggan Bukan Individu Yang Layak bersetuju untuk memberikan ibra’ (rebat) kepada Bank sekiranya berlaku pengeluaran awal atau separa mengikut Terma dan Syarat Khusus bagi Deposit Bertempoh Berasaskan Komoditi Murabahah seperti yang dipaparkan di laman web kami di http://www.ambankgroup.com/en/TermsConditions/Documents/TCAmITermDepositBM.PDF. Untuk Akaun FD, Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama Terma dan Syarat Umum bagi Akaun dan Perkhidmatan yang boleh didapati di http://www.ambankgroup.com/en/TermsConditions/Documents/AmBankGeneralTcBM.pdf 5.6 Kadar Promosi di atas adalah untuk penempatan satu kitaran (1) sahaja. Apabila FD/TD matang selepas Tempoh Kempeni, kadar semasa Bank untuk FD/TD akan diguna pakai untuk sebarang pusingan dan/atau pembaharuan. 6.
Kempen Kategori 3(b): Kempen Hadiah Pembaharuan 6.1 Untuk menyertai Kempen Kategori 3(b), Pelanggan Individu Yang Layak dikehendaki; a) Mengekalkan baki asal setiap sijil FD/TD; dan b) menambah sekali gus minimum Dana Baharu sebanyak RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) . Jumlah pembaharuan minimum adalah tertakluk kepada klausa 5.1 (a). 6.2 Kempen ini hanya terpakai kepada Pelanggan Individu Yang Layak yang memperbaharui FD/TD di bawah Kategori Kempen 3 (a) seperti yang dinyatakan dalam klausa 5.1. 6.3 Seribu (1000) Pelanggan Individu Yang Layak yang pertama mempunyai penambahan deposit yang PALING TINGGI dibawah Kempen Kategori 3(b) sepanjang Tempoh Kempen ("Pelanggan Layak Yang Berjaya") adalah berhak kepada satu (1) Bingkai Seni emas 24K ("Hadiah ") seperti yang ditetapkan di dalam Jadual 2.
3
Jadual 2: Bulan Kempen
Tempoh Pengesanan
Bulan 1
1 Jan 16-31 Jan 16
Bulan 2
1 Feb 16-29 Feb 16
Bulan 3
1 Mac 16-31 Mac 16
Jenis Hadiah Bingkai Seni Emas Auspicious Carp Fish 24K bernilai RM298 Cherry Blossom Bingkai Seni Emas 24K bernilai RM298 Merchant Ship Bingkai Seni Emas24K bernilai RM298
Kuantiti Tersedia
1000
1000
1000
6.4 Seribu (1000) unit hadiah dihadkan bagi setiap bulan Kempen akan diberikan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 2 di atas. 6.5 Terhad kepada hanya satu (1) Hadiah bagi setiap Pelanggan Layak Yang Berjaya untuk setiap bulan Kempen, Hadiah juga tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai atau barangan lain. 6.6 Bagi Pelanggan Layak Yang Berjaya dimana pemegang akaun bersama, hanya pemegang akaun utama berhak untuk Hadiah. 7.
Pemilihan Pelanggan Layak Yang Berjaya & Penebusan Hadiah 7.1 Bank hendaklah memilih Pelanggan Individu Yang Layak dengan penambahan paling tinggi untuk layak untuk Hadiah.Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengubah / menyemak / meminda mekanisme / proses pemilihan pada bila-bila masa dan untuk tujuan itu kerana ia sematamata difikirkan perlu tanpa notis kepada Pelanggan Layak Yang berjaya. 7.2 Pemilihan Pelanggan Layak Yang Berjaya akan dijalankan dalam tempoh sembilan puluh ( 90 ) hari dari tarikh terakhir bulan Kempen atau bila-bila masa yang dianggap sesuai dan wajar oleh Bank. 7.3 Sekiranya berlaku seri , Pelanggan Individu Yang layak dengan peningkatan jumlah FD/TD tertinggi dalam Tempoh Kempen akan dipilih sebagai Pelanggan Layak Yang berjaya atau mana-mana kaedah lain yang difikirkan sesuai oleh Bank. 7.4 Tambahan FD/TD Deposit ditakrifkan sebagai deposit tambahan dalam Pelanggan Individu Yang Layak dikira berdasarkan baki FD/TD penutup pada 31 Dis 2015 tolak baki FD/TD pembukaan pada permulaan Tempoh Kempen iaitu 31 Jan 2016. Formula yang same untuk bulan yang seterusnya. Untuk FD/TD baru pelanggan yang dibuka semasa Tempoh Kempen, asas untuk mengira Deposit Tambahan ialah Ringgit Malaysia Zero ( RM0 ). 7.5 Pengumuman Pelanggan Layak Yang Berjaya akan dibuat di laman web rasmi Bank di www.ambank.com.my dalam tempoh sembilan puluh (90 ) hari dari akhir setiap bulan Kempen. Pelanggan Layak Yang Berjaya dikehendaki untuk memeriksa laman web rasmi Bank dari semasa ke semasa. 7.6 Sekiranya Hadiah kehabisan stok , Bank hendaklah memaklumkan Pelanggan Layak Yang Berjaya dengan memaparkannya di laman web Bank seperti yang dinyatakan di dalam ini.
4
7.7 Pelanggan Layak Yang Berjaya akan dimaklumkan untuk menebus Hadiah melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) atau mana-mana kaedah lain yang difikirkan sesuai oleh Bank dalam tempoh satu ratus dua puluh ( 120) hari dari akhir setiap bulan Kempen. 7.8 Hadiah akan disediakan untuk ditebusl oleh Pelanggan Layak Yang Berjaya dalam tempoh satu ratus dua puluh ( 120) hari selepas akhir setiap bulan Kempen jika gagal, Pelanggan Layak Yang Berjaya hendaklah disifatkan telah dilucuthakkan Hadiah. 7.9 Penebusan Hadiah adalah untuk diambil dari cawangan di mana penempatan FD/TD yang terbaru dibuat. 7.10 Hadiah akan diberi atau dikeluarkan mengikut bulan Kempen. Keputusan mengenai ini adalah muktamad , sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan untuk menukar jenis Hadiah. 7.11 Sekiranya jumlah FD/TD dilepaskan / ditarik balik ( penuh atau sebahagian ) dalam tiga (3 ) bulan dari tarikh pembaharuan , atas apa jua sebab , Bank mempunyai hak untuk menolak amaun yang berikut iaitu denda / caj seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3 di bawah. Jadual 3: Bulan Kempen Bulan 1
Bulan 2
Bulan 3
Jenis Hadiah Bingkai Seni Emas Auspicious Carp Fish 24K bernilai RM298 Cherry Blossom Bingkai Seni Emas 24K bernilai RM298 Merchant Ship Bingkai Seni Emas24K bernilai RM298
Denda / Caj (RM) 298
298
298
7.12 Hadiah yang dinyatakan di dalam iklan dan bahan pemasaran yang lain (jika ada) adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan reka bentuk sebenar mungkin berbeza. 7.13 Hadiah adalah tertakluk kepada ketersediaan dan Bank mempunyai hak untuk mengubah atau menggantikan bila masa dan mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya , Hadiah dengan manamana barang-barang lain yang sama nilainya dengan Notis Awal dahulu. 7.14 Bank tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa cukai, kos sampingan, caj dan/atau kerosakan yang disebabkan oleh hadiah dan tidak memenuhi apa-apa syarat atau jaminan oleh pengeluar, pengedar Hadiah. 7.15 Bank secara jelas mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, waranti atau pengendorsan , tersurat atau tersirat , bertulis atau lisan berkenaan dengan kualiti atau kesesuaian Hadiah. Bank juga tidak akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian dengan pengilang atau pembekal hadiah dan Pelanggan Layak Yang Berjaya hendaklah berurusan secara langsung dengan pengeluar atau pembekal untuk semua maklumat jaminan. 7.16 Bank tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan sebarang Hadiah yang rosak atau dicuri selepas ia ditebus oleh Pelanggan Layak Yang Berjaya. 7.17 Bank tidak akan bertanggungjawab dan tidak ia boleh menerima sebarang bentuk liabiliti dalam apa jua dan apa jua yang timbul atau dialami oleh Pelanggan Layak Yang Berjaya (termasuk kecuaian)
5
berkaitan dengan kematian , kecederaan, kerugian , kerosakan atau kemalangan yang timbul daripada penggunaan Hadiah oleh Pelanggan Layak Yang Berjaya. 7.18 Pihak Bank mempunyai hak untuk membatalkan atau menarik balik hadiah yang diberikan kepada pemenang jika orang itu telah melakukan penipuan atau kesalahan yang berkaitan dengan akaun FD/TD mereka. 7.19 Sehingga dan termasuk hari Hadiah yang diberikan, FD/TD daripada Pelanggan Layak Yang Berjaya perlu kekal aktif dan sah dengan memuaskan hati Bank, jika gagal, Pelanggan Layak Yang Berjaya hendaklah disifatkan telah dilucuthakkan Hadiah dan Bank hendaklah menarik balik hadiah tersebut. 8.
Umum 8.1 Dengan menyertai Promosi ini, Pelanggan Yang Layak dan/atau mana-mana pihak yang dinyatakan di sini memberi kebenaran dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat di dalam ini, untuk dibaca bersama dengan; Untuk Akaun TD, Terma dan Syarat Umum Bagi Akaun Dan Perkhidmatan dan Terma dan Syarat Khusus bagi Deposit Bertempoh Berasaskan Komoditi Murabahah. Untuk Akaun FD, Terma dan Syarat Umum untuk Akaun dan Perkhidmatan. 8.2 Kadar Promosi tidak sah dengan mana-mana promosi lain yang ditawarkan oleh Bank. Tiada kadar istimewa, tambahan atau keutamaan lain yang boleh diberikan di bawah Promosi ini melainkan jika ditentukan sebaliknya oleh Bank. 8.3 Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak pada bila-bila masa, untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Promosi ini dengan memberikan Notis Awal tanpa perlu memberikan sebarang alasan. 8.4 Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengubah, meminda, memadam dan/atau menambah ke atas mana-mana Terma dan Syarat yang dinyatakan secara khusus di dalam ini, secara keseluruhan atau mana-mana bahagian dari semasa ke semasa termasuk mengubah tempoh Promosi ini yang difikirkannya perlu dan sesuai dengan memberikan Notis Awal. 8.5 Sebarang notis yang dikeluarkan oleh Bank akan disiarkan di laman web rasmi Bank di www.ambank.com.my atau di cawangan-cawangannya dan notis berkenaan hendaklah disifatkan sebagai telah diberikan di laman web rasmi atau telah tersiar di cawangannya, yang mana lebih awal. 8.6 Bank mempunyai hak untuk membatalkan penyertaan atau kelayakan mana-mana Pelanggan Yang Layak daripada mengambil bahagian dalam Promosi sekiranya ia mendapati atau memutuskan bahawa: a) Pelanggan Yang Layak tersebut telah memberikan maklumat yang tidak benar atau melakukan penipuan atau salah dalam apa-apa cara semasa proses kemasukan atau di sepanjang Tempoh Promosi; atau b) Pelanggan Yang Layak telah melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat ini. 8.7 Melainkan dinyatakan sebaliknya, Terma dan Syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan lain dan / atau perwakilan yang terkandung dalam mana-mana notis lain / promosi / bahan-bahan pengiklanan untuk Promosi ini. 8.8 Keputusan Bank dalam semua perkara berkaitan dengan Promosi ini adalah muktamad dan mengikat semua Pelanggan Yang Layak yang mengambil bahagian. Sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.
6
8.9 Tidak dalam mana-mana keadaan pun, pihak Bank harus dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan, termasuklah tanpa had kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan, nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, turutan, teladan, kerosakan punitif atau khas bagi mana-mana pihak termasuklah pihak ketiga, walau bagaimana cara sekalipun ia timbul sama ada dalam kontrak, tort, kelalaian atau sebaliknya, berhubung dengan penyertaan di dalam Promosi ini atau setelah pihak Bank melaksanakan hak-haknya di bawah Terma & syarat ini, walaupun pihak Bank telah dinasihati tentang kemungkinan berlakunya kerugian sedemikian terlebih dahulu, semua kerugian sedemikian secara jelas dikecualikan. 8.10 Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang keingkaran berkaitan dengan Promosi ini disebabkan oleh sebarang bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan industri, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang peristiwa di luar kawalan munasabah Bank. 8.11 Semua terma dan syarat yang ditetapkan di sini akan ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia. 8.12 Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan atau konflik dalam tafsiran syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia bagi setiap Terma dan Syarat ini akan ditafsirkan sebagai setara dan setiap Terma dan Syarat yang ditetapkan hendaklah membawa makna yang sama. 8.13 Pelanggan Yang Layak dikehendaki melayari laman web korporat Bank di http://www.ambank.com.my/eng/terms-and-conditions untuk versi terkini Terma & Syarat ini, sekiranya ada.
7