NO SIRI :
TATACARA PENYERTAAN SEWA GERAI
PESTA KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH KALI KE-17
________________________________________________________________________
Percuma
1.0
PENYERTAAN
Jawatankuasa Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17 membuka peluang penyertaan kepada semua pihak yang berminat untuk memeriahkan suasana Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17 yang akan diadakan pada 09 hingga 11 Oktober 2015. Syarikat-syarikat dan individu yang berminat dipelawa membuat permohonan melalui borang yang telah disediakan.
2.0
CARA MEMOHON
Pemohon boleh memuat turun borang tempahan gerai yang disediakan oleh Jawatankuasa Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17 daripada laman web www.insaniah.edu.my (bermula 01 September 2015) atau mendapatkan borang ini di alamat berikut :
Jawatankuasa Pesta Konvokesyen KUIN Kali ke-17, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Aras Bawah, Bangunan Canselori, Kolej Universiti INSANIAH, Kuala Ketil, 09300 Baling, Kedah. Tel. : 04-4155065 Faks : 04-4155029 (u.p: Jabatan Hal Ehwal Pelajar) Emel :
[email protected]
SENARAI HARGA
BIL
KATEGORI
A
Makanan & minuman
B
Bahan Ilmiah, kosmetik, ubat-ubatan & Aksesori
C
Pakaian & Tekstil (Lelaki / Wanita)
D
Cenderahati dan Kraftangan
E
Lain-lain
F
Bunga
KADAR SEWAAN (UNTUK SATU LOT) 10 sq. ft. x 20 sq. ft.
RM 500
RM 1000
3.0
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SEWA GERAI
3.1
PERMOHONAN
3.1.1
Pemohon mestilah menggunakan borang rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari Kolej Universiti INSANIAH.
3.1.2
Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan kemas. Butir-butir yang diperlukan seperti nama, alamat, status dan jenis jualan perlu disertakan dengan jelas. Borang yang tidak lengkap akan ditolak.
3.1.3
Barangan yang hendak dijual perlu disenaraikan dengan jelas.
3.1.4
Borang yang telah siap diisi hendaklah sampai dalam bentuk hard copy kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Aras Bawah, Bangunan Canselori,Kolej Universiti INSANIAH,Kuala Ketil, 09300 Baling, Kedah atau secara email kepada
[email protected], selewat-lewatnya jam 4 petang pada atau sebelum 23 September 2015. Permohonan yang lewat tidak akan diterima.
3.2
PERMOHONAN YANG BERJAYA
3.2.1
Pemohon-pemohon yang berjaya akan dimaklumkan secara bertulis dan keputusannya akan dipamerkan di pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan / atau dimuat naik ke laman web KUIN selewat-lewatnya 1 Oktober 2015 jam 3.00 petang. Pemohon yang berjaya diwajibkan hadir ke sesi taklimat, undian gerai dan sesi tandatangan surat ikatan perjanjian pada 4 Oktober 2015. Pemohon yang gagal berbuat demikian dianggap menolak gerai yang ditawarkan dan permohonan akan dibatalkan. Sebarang rayuan dan surat-menyurat tidak akan dilayan. 3.3
BAYARAN
3.3.1
Pemohon yang berjaya dikehendaki membuat bayaran keseluruhan (sewa) sebelum
atau
Bayaran
yang
selewat-lewatnya dijelaskan
pada
selepas
hari
hari
taklimat,
taklimat
4
tidak
Oktober akan
2015.
diterima.
Pemohon yang tidak menjelaskan bayaran pada tarikh tersebut dikira menolak sewa gerai yang ditawarkan.
3.3.2
Segala pembayaran adalah dalam bentuk berikut : i)
Bayaran Tunai Jabatan Bendahari, Aras 2, Bangunan Canselori, Kolej Universiti INSANIAH, Kuala Ketil, 09300, Baling, Kedah
ii)
Draf bank berpalang (bank draft) atas nama Kolej Universiti INSANIAH. (Transaksi dalam negara) Nama Penerima : Kolej Universiti INSANIAH Nama Bank
: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
No. Akaun
: 2011010034994
3.4
PEMBATALAN SEWAAN GERAI
3.4.1
Sekiranya pembatalan sewa gerai dibuat oleh peniaga SELEPAS SESI TAKLIMAT, 50% wang sewaan dan keseluruhan wang cagaran tidak akan dikembalikan.
3.5
KEKOSONGAN SEWA GERAI
3.5.1
Jika terdapat kekosongan gerai, pihak Jabatan Bendahari Kolej KUIN akan menghubungi pemohon yang tidak berjaya semasa pemilihan pertama.
3.5.2 4.0
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada
[email protected].
SYARAT-SYARAT PENYEWAAN LOT KORIDOR NIAGA 4.1
HAK MILIK GERAI
4.1.1
Hanya
pemohon
yang
permohonannya
diluluskan
sahaja
dibenarkan
berniaga sepanjang Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17. Tindakan keras akan diambil kepada peniaga yang beroperasi tanpa kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Gerai Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17. 4.1.2
Pemohon yang berjaya tidak dibenarkan memindah milik, menyewakan, memajak atau seumpamanya, sama ada sebahagian atau keseluruhan lot niaga
mereka kepada pihak lain. Sekiranya pemohon yang berjaya dikenal pasti berbuat demikian, maka jawatankuasa akan membuat tindakan seterusnya. 4.2
BARANGAN
4.2.1
Peniaga hanya dibenarkan menjual barangan seperti yang telah tercatat dalam borang permohonan sahaja. Berikut merupakan senarai jenis barang yang telah ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Gerai Pesta Konvokesyen Kali Ke-17.
Kategori
Contoh Barangan yang Sepatutnya Dijual
Makanan
Pelbagai jenis makanan dan minuman
Cenderamata & Kraftangan Anak patung, kraftangan, soft toys, teddy bouquet, keychain, bingkai gambar, mug
Pakaian & Tekstil Bagi Lelaki Sebarang tekstil atau fabrik (pelbagai jenis kain & fabrik bagi lelaki)
Lain-lain
Pakaian & Tekstil Bagi Perempuan Sebarang tekstil atau fabrik (pelbagai jenis kain & fabrik bagi perempuan)
Korporat, Bahan Ilmiah, Kosmetik Dan Lain-Lain Produk Aksesori
Kosmetik, perhiasan wanita, tali pinggang, beg, dompet, kasut, minyak wangi, kerongsang, rantai, cincin, aksesori rambut, ubatubatan, buku (sebarang barangan fabrik seperti kain pasang tidak termasuk di dalam kategori ini) *Jualan longgok dan/atau bundle tidak galakkan.
4.3
PEMILIHAN GERAI
4.3.1
Semua peniaga akan melalui proses undian untuk menetapkan kawasan gerai masing-masing.
Keutamaan
untuk
memilih
gerai
akan
diberi
kepada
peniaga yang membeli lebih daripada satu gerai. 4.3.2
Sekiranya
terdapat
sebarang
pertindihan
pemilihan
lot
niaga,
proses
undian akan dijalankan. Sebarang surat menyurat dan rayuan selepas tempoh pemilihan tidak akan dilayan. 4.4
PAS KEBENARAN
4.4.1
Pihak Jawatankuasa Pesta Konvokesyen Kali Ke-16 akan mengeluarkan “Pas Kebenaran Berniaga” kepada semua peniaga dan peniaga perlu memakainya sepanjang masa.
4.4.2
Satu dokumen akan dikeluarkan berkenaan “Pelekat Kebenaran Kenderaan” semasa taklimat diadakan dan “Pelekat Kebenaran Kenderaan” hendaklah dipamerkan pada kenderaan pengangkutan peniaga sepanjang Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17 berlangsung.
4.5
PENGUBAHSUAIAN GERAI
4.5.1
Peniaga tidak dibenarkan menambah lampu atau menambah peralatan elektrik sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus kerana berlebihan voltan. Sekiranya hal ini berlaku, maka peniaga akan dikenakan
penalti
mengikut budi bicara pihak Kolej Universiti INSANIAH. 4.6
KEBERSIHAN
4.6.1
Kebersihan mestilah diutamakan. Gerai-gerai mestilah sentiasa bersih dan berkeadaan baik sepanjang masa. Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya peniaga didapati melanggar syarat ini.
4.6.2
Menjadi tanggungjawab peniaga premis perniagaan untuk mengeluarkan sisa perniagaan (sampah-sarap) berbentuk kering atau basah sepanjang tarikh Pesta Konvo dan selepas Pesta Konvo tersebut.
4.6.3
Peniaga hendaklah membungkus sisa perniagaan (sampah-sarap) dan terus membuang sisa perniagaan (sampah-sarap) ke tempat yang disediakan.
4.7
PERALATAN
4.7.1
Segala peralatan yang disediakan oleh pihak Jawatankuasa Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17 adalah di bawah tanggungjawab peniaga. Segala kerosakan atau kehilangan akan dikenakan gantirugi. Setiap lot niaga akan dibekalkan seperti berikut : ▪ 1 power point (punca elektrik) ▪ 1 lampu kalimantan
4.8
KERJASAMA
4.8.1
Para peniaga hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Ahli Jawatankuasa Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17 yang sedang menjalankan tugas. Jika berlaku sebaliknya, pihak Jawatankuasa Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17 boleh mengarahkan peniaga supaya mengosongkan premis perniagaan sewaan dalam masa 24 jam dan wang sewa dan cagaran tidak akan dikembalikan.
4.9
PENUTUPAN GERAI
4.9.1
Perniagaan hendaklah ditutup selewat-lewatnya jam 12.00 malam sepanjang karnival keusahawanan berlangsung.
4.9.2
Bekalan air akan dibuka dari pukul 6.00 pagi hingga 12.00 malam sahaja.
4.9.3
Bekalan elektrik akan dibekalkan selama 24 jam.
4.10
PENGEMBALIAN WANG CAGARAN 4.10.1 Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya :
Peniaga atau wakilnya yang pada pendapat Jawatankuasa Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17 melanggar syarat-syarat seperti yang termaktub dalam borang tempahan gerai.
Peniaga merosakkan, mencuri, atau menghilangkan barang-barang peniaga yang lain atau barangan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17.
Peniaga membatalkan tempahan lot niaga yang dibuat dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Peniaga memindah milik, menyewakan, memajak, atau seumpamanya, sama ada sebahagian atau keseluruhan lot niaga mereka kepada orang lain.
Tahap kebersihan gerai tidak memuaskan seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17.
Peniaga menggunakan kawasan di luar gerai masing-masing secara berlebihan sehingga mengganggu laluan pengunjung.
Berlaku pergaduhan sama ada di antara peniaga dan Jawatankuasa Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17 atau sesama peniaga.
Peniaga mengubahsuai gerai sehingga menjejaskan keselamatan awam dan peniaga bersebelahan.
Peniaga tidak memberikan kerjasama yang baik atau tidak mematuhi arahan serta larangan yang diberikan oleh Jawatankuasa Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17 dari semasa ke semasa sepanjang Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17 berlangsung.
Peralatan yang dibekalkan dan peralatan tambahan sewaktu pemulangan tidak mencukupi seperti yang dicatatkan.
4.10.2 Tarikh Pengembalian Wang Cagaran 4.11
SATU BULAN SELEPAS PESTA KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH KALI KE-17 2015 BERAKHIR Pembayaran akan dibuat melalui deposit akaun peniaga oleh Jabatan Bendahari. *Sila lampirkan salinan penyata akaun bank.
SESI TAKLIMAT PENIAGA 4.11.1 Sesi taklimat penggerai adalah pada 4 Oktober 2015 iaitu pada hari Ahad jam 11.00 pagi. Peniaga DIWAJIBKAN hadir pada sesi tersebut kerana undian lot dan sesi tandatangan surat ikatan perjanjian akan dilangsungkan. 4.11.2 Semua peniaga tidak terkecuali untuk menghadirkan diri pada hari tersebut kerana peniaga yang tidak menandatangani surat ikatan perjanjian TIDAK DIBENARKAN untuk mendaftarkan diri masuk berniaga di tapak Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17. 4.11.3 Peniaga diwajibkan menandatangani surat ikatan perjanjian yang mana akan berlangsung pada hari sesi taklimat. Surat ikatan perjanjian ini adalah dokumen rasmi yang wajib ditandatangani untuk mengesahkan persetujuan antara pengerai dan penganjur.
4.12
LARANGAN
4.12.1 Diingatkan bahawa peniaga TIDAK DIBENARKAN menjalankan aktiviti sebarang bentuk perniagaan yang tidak mendapat kelulusan urusetia Pesta Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH Kali Ke-17.