TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROF. DATO’ DR. MOHAMED SAID BIN MAT LELA, NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU INDUKSI SISWA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 2007
TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROF. DATO’ DR. MOHAMED SAID BIN MAT LELA, NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU INDUKSI SISWA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 2007 DI ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PADA HARI AHAD, 1 JULAI 2007 PUKUL 11.00 PAGI
SALUTASI Yang Berusaha Saudara Pengerusi Majlis; Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd. Taib bin Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi merangkap Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Malaysia Pahang; Yang Berbahagia Prof. Dr. Sabarudin bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP; Yang Berbahagia Prof. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP; Yang Berbahagia Tuan Haji Sa’udi bin Haji Ahmad, Pendaftar UMP; Yang Berbahagia Dr. Hasan bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Yang Berbahagia Ahli-ahli Senat Universiti Malaysia Pahang; Yang Berbahagia Profesor-profesor, Ketua-ketua pusat tanggungjawab dan pegawai-pegawai UMP; Yang Berusaha Saudara Shuhairy bin Said, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMP; Wakil-wakil media; Para Fasilitator Minggu Induksi Siswa 2007; Para pelajar ambilan baru UMP bagi sesi akademik 2007/2008; Tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian. Asssalamualaikum warah matullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
2
KATA PEMBUKA
1.
Alhamdulillah,
marilah
kita
sama-sama
merafakkan
setinggi-timggi
kesyukuran ke hadrat Allah Taala, Tuhan seru sekalian alam kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, maka kita dapat bertemu dan bermesra dalam Majlis Perasmian Minggu Induksi Siswa Universiti Malaysia Pahang 2007 pada pagi ini.
2.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada tetamu kehormat kita iaitu Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd. Taib bin Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi, merangkap Ahli Lembaga Pengarah UMP kerana sudi hadir untuk merasmikan Minggu Induksi Siswa Universiti Malaysia Pahang 2007. Sesungguhnya kehadiran Yang Berbahagia Dato’ amat dialu-alukan oleh seluruh warga UMP dan menyemarakkan lagi semangat para pelajar baru UMP.
3.
Tidak ketinggalan juga, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada lebih 700 orang pelajar baru UMP yang berada dalam dewan ini dan setinggi-tinggi tahniah kerana saudara dan saudari sekalian terpilih untuk memasuki UMP kerana di sinilah saudara dan saudari akan dilatih, dibimbing dan dibentuk untuk menjadi graduan profesional bertaraf dunia.
3
SIGNIFIKAN MINGGU INDUKSI SISWA KEPADA PELAJAR BARU
4.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Saban tahun Minggu Induksi Siswa atau ringkasnya MINDS dianjurkan oleh UMP untuk meraikan para pelajar baru yang telah terpilih untuk melanjutkan pengajian di universiti ini. Begitulah juga halnya di universitiuniversiti lain di Malaysia dan dunia, program seperti MINDS ini turut dikelolakan, mungkin dengan pelbagai nama atau jenama seperti Minggu Haluan Siswa, Minggu Suai Kenal atau Minggu Orientasi. Walau apa jua pun nama atau jenamanya, tujuan dan matlamatnya hanya satu, iaitu memberi pendedahan kepada para pelajar baru tentang cara hidup dan budaya pembelajaran yang seba baru di kampus dan memberi peluang kepada para pelajar baru untuk menyesuaikan diri mereka dengan perubahan iklim kehidupan dan pembelajaran ini.
5.
Untuk Sesi Akademik 2007/2008, lebih 1,200 orang calon telah ditawarkan untuk menjalani pengajian dalam pelbagai program di lima buah fakulti yang terdapat di UMP. Sesi pendaftaran kemasukan telah berjalan dengan licin dan lancar pada hari Jumaat, 29 Jun 2007 yang lalu dan Alhamdulillah, para ibu bapa dan penjaga pelajar telah memberi maklum balas yang amat positif kepada saya selaku Naib Canselor dalam sesi
taklimat
Kemesraan
yang diadakan sambutan
para
semasa
sesi
fasilitator
pendaftaran tersebut. di
kalangan
pelajar
4
kanan,kecekapan para petugas di kalangan para pegawai dan kakitangan UMP, pencapaian cemerlang UMP di persada nasional dan antarabangsa serta keseriusan UMP untuk memupuk disiplin dan membina pekerti murni pelajar mendapat perhatian para ibu bapa dan keluarga pelajar-pelajar baru dan ini memberi semangat kepada saya untuk terus memimpin UMP ke arah kecemerlangan dan mendidik pelajar-pelajar baru ini untuk menjadi insan yang boleh diteladani dari segi pencapaian akademiknya, kehebatan
kepimpinannya,
keluhuran
pekertinya
dan
keunggulan
sahsiahnya.
6.
Justeru, sepanjang MINDS 2007 yang telah pun bermula pada 29 Jun yang lalu insya-Allah akan berakhir pada 6 Julai 2007 yang akan datang. Sepanjang MINDS 2007, para pelajar baru ini akan didedahkan dengan pelbagai bentuk program dan pengisian yang memberi peluang kepada mereka untuk mengenali UMP dengan lebih dekat, mengetahui fungsi Pusat-pusat Tanggungjawab yang ada di UMP dan sebagainya. MINDS 2007 juga telah mencatatkan sejarah yang tersendiri apabila semua pelajar baru ini telah berpeluang untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Pembinaan Kampus Tetap Universiti Malaysia Pahang yang telah diadakan pada hari semalam. Selaku Naib Canselor, saya berharap, sejarah yang telah tercatat di tapak kampus tetap UMP semalam, akan membakar obor semangat saudara dan saudari sekalian sebagai pelajar
5
baru untuk MENCINTAI UMP dan menyuntik suatu perasaan bahawa UMP adalah sebahagian daripada diri anda.
HARAPAN KEPADA PELAJAR BARU
7.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Pada 6 Julai 2007 yang akan datang, para pelajar baru yang berada di dapan kita pada hari ini akan melafazkan ikrar mereka dan dengan itu rasmilah mereka semua menjadi pelajar UMP. Ikrar yang bakal mereka lafazkan itu mempunyai makna dan pengertian yang amat besar. Para pelajar baru sekalian mestilah bersedia dengan rela untuk menerima budaya dan iklim pembelajaran di universiti ini serta menjunjung tinggi Perlembagaan dan nilai-nilai teras UMP.
8.
Lima nilai teras UMP iaitu; hubungan yang kuat dengan yang kuat dengan Yang Maha Pencipta; teguh dalam mempertahankan prinsip; kreatif dan bijak di dalam membuat keputusan; cekal dalam menghadapi cabaran dan pro-aktif dalam tindakan adalah asas utama yang mendasari setiap tindakan, keputusan dan perkara yang dilakukan di universiti ini. Kelimalima nilai teras ini mestilah dihayati sebaik-baiknya dan diamalkan oleh setiap
pelajar,
pegawai
dan
kakitangan
UMP
bagi
memastikan
keselarasan dalam setiap perkara yang kita lakukan atau dalam erti kata yang lain ada kesatuan fikiran dan dan kesatuan tindakan.
6
9.
Justeru, untuk menempatkan diri anda dalam suasana yang selesa dan sejahtera di universiti ini, para pelajar baru sekalian perlulah memahami sealam-dalamnya kelima-lima nilai teras ini. Kelima-lima nilai teras ini perlu dipahat dalam diri anda dan dijadikan kayu ukur untuk anda memuhasabah diri dan mencari jalan untuk memperbaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik pada hari ini, hari esok dan hari-hari mendatang. Jika terdapat masalah, janganlah dipendam, sampaikanlah dengan penuh hemah dan hikmah kerana dalam era baru ini, generasi pelajar
mestilah
mengambil
pendekatan
diplomasi,
penggunaan
pendekatan konfrontasi tidak lagi relevan dan hanya mempersulit keadaan.
PENUTUP
10.
Sebelum mengundur diri, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd. Taib bin Hashim kerana sudi hadir untuk bersama-sama kita pada pagi ini. Semoga kemesraan ini akan mengukuhkan lagi hubungan erat yang telah sedia terjalin antara UMP dan Kementerian Pengajian Tinggi. Marilah kita sama-sama berdoa agar MINDS 2007 dapat berjalan dengan licin dan semoga Allah Taala terus melimpahkan perlindungan dan peliharaan-Nya kepada kita semua untuk terus komited berbakti untuk agama, bangsa dan tanah air yang tercinta.
7
Dengan kata-kata itu saya sudahi ucapan saya dengan lafaz yang mulia, Wabillahi
taufiq
wal
hidayah,
assalamualaikum
warah
matullahi
wabarakatuh.
8