TAREKAT DALAM T A S A W W U F
TAREKAT DALAM TASAWWUF Qur'an dan Tarekat Syaziliyyah Qadiriyyah Naksyabandiyyah Khalidiyyah Sammaniyyah Rifa'iyyah 'Aidrusiyyah Al-Haddad Tijaniyyah As-Sanusiyyah
Oleh:
Prof. Dr. H. Aboebakar Atjeh (Penyusun buku-buku: Ahlus Sunnah Wal-Jamaah, Salaf, Sejarah Filsafat Islam, Pengantar Sejarah Sufi Tasauf, Syariat dan lain-lain.)
piustQtaa
SDN.BHO.
dan
Cetakan Cetekan Cetakan Cetakan Cetakan Cetakan
Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima Keenam
-
1979 1982 1987 1989 1991 1993
© PUSTAKA A M A N PRESS SDN. BHD.
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Dicetak dan diterbitkan oleh: P U S T A K A A M A N PRESS SDN. B H D . 4200-A, Simpang Tiga Telipot, Jalan Sultan Yahya Petra, Peti Surat 67, 15700 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-781849, 784058 Fax: 09-787064 RM4.00
PENDAHULUAN Sebagaimana ilmu Fiqh dibahagi dalam mengajarnya atas ilmu Ibtidaiyyah, Thanawiyah dan 'Aliyah, maka dalam tasawwuf kita dapati juga pembahagian ilmunya atas empat bahagian iaitu: ilmu Syari'at, ilmu Tarekat, ilmu Hakikat dan ilmu Ma'rifat, yang ta'rifnya oleh tokoh Sufi disebut dalam bahasa Arab sebagai berikut:
lattu yang bererti ilmu Syari'at itu huraian merupakan Quran dan Sunnah atau fatwa Ulama, tarekat itu, adalah pelaksanaan di bawah pimpinan guru yang cekap (Mursyid), Hakikat itu adalah keadaan yang berubah menjadi lebih baik dan Ma'rifat itu ialah tujuan daripada ilmu Tasawwuf itu, iaitu mengenal Tuhan dengan sebaik-baiknya dan mengamalkan segala perintahNya. Oleh kerana itu risalah saya " S y a r i ' a h " rupanya mendapat sambutan baik, sehingga diterbitkan dalam huruf Melayu Arab ( J a w i ) , alangkah baiknya, jika kita mengetahui serba sedikit pembahagian ilmu yang empat macam itu dalam tasawwuf. Memang tasawwuf itu atau.lebih tepat tarekat itu tidak semuanya sama. ada yang mengenai tauhid, ada yang mengenai ibadat. ada yang meperdalam pendidikan akhlak dan sebagainya, dan oleh kerana itu banyak macam organisasinya terlahir. Memang hal ini tidak ada dalam masa Rasulullah dan dalam masa Salaf, tetapi ini cuma suatu tindakan methodis saja guna mempercepat dan memperlancar pelajaran.pelajaran yang disampaikan kepada murid-murid yang diajarkan dalam kalangan
t
Ikhwan Da'wah itu, dan dengan demikian kita lihat hasilnya agama Islam dalam waktu yang sangat pendek dapat memasuki daerah-daerah agama Hindu, seperti India atau daerah Majusi, seperti Persia, dengan mudahnya. Mudah-mudahan sebagai risalah yang pertama risalah kedua ini pun dapat diterima dengan baik. Wassalam.
Pengarang
KANDUNGAN Bab
Halaman I. Quran dan Tarekat
II. Tentang pertapa dan khalwat
1 9
III. Wasilah dan Rabitah
15
IV. Zikir dalam Tarekat
19
V. Kasyaf
23
VI. Tantangan terhadap Tarekat VII. Tarekat-tarekat yang diakui kebenarannya
29 ... 35
VIII. Syaziliyyah
39
IX. Qadiriyyah
44
X. Qadiriyyah (Manaqib)
49
XI. Naksyabandiyyah
59
XII. Zikir dan latihan jiwa .
67
XIII. Khalidiyyah
81
XIV. Sammaniyyah
88
X V . Rifa'iyyah
95
XVI. 'Aidrusiyyah
99
XVII. Al-Haddad I
105
XVIII. Al-Haddad II
110
XIX. Al-Haddad III
118
X X . Tijaniyyah
122
X X I . As-Sanusiyyah
128
XXII. Kedudukan Ghazali dalam Tarekat
132
I QURAN DAN TAREKAT Pada awal mulanya Isiam tidak menge/ial iimu atau gerakan batin, yang pada waktu ini biasa dinamakan mystik. Nabi Muhammad membawa Quran yang mengajarkan bahawa Allah itu pembuat undang-undang dan hakim dalam memberi perintah (amar) yang harus dikerjakan oleh manusia dan mengadakan larangan-larangan (nahi) yang harus dijauhkan oleh hambaNya. Maka oleh kerana itu barang siapa mengerjakan perintah itu diberi ganjaran dan barang siapa yang melakukan pelanggaran atas penntahNya ia akan dihukum dengan siksaan. Selanjutnya Quran menggambarkan syurga sebagai balasan pahala dengan segala kesenangan di dalamnya dan neraka sebagai tempat penyiksaan bagi mereka yang ingkar akan segala perintah Tuhan. Dengan gambaran kekejaman yang akan diderita oleh mereka itu. Dengan pelajarannya ia menanam dalam jiwa orang Islam keyakinan kepada hari kemudian, kepada pemba-. lasan baik dan jahat, dan menanam rasa takut kepada Tuhan terhadap pertanggungan jawab pada hari kebangkitan itu, perasaan dan keyakinan yang mendorong manusia berbuat baik dan beramal salih. Pelajaran Quran yang berlaku untuk semua manusia dengan tidak membedakan peribadi masing-masing pada permulaan Islam itu telah cukup menuntun kehidupan batin jumlah kaum Muslimin yang terbatas. Tetapi lambat-laun agama Islam 1
bertambah
luas
daerahnya dan pemeluknya pun bertambah lama bertambah banyak. Islam lalu menampung perasaan-perasaan dari luar, dari pemeluk-pemeluk yang sebelum Islam menganut agama-agama yang sudah mendalam hidup kebatinannya dan telah mengikuti ajaran mystik, keyakinan mencari-cari hubungan perseorangan dengan ketuhanan, dalam bermacam-macam bentuk dan corak yang ditentukan oleh agamanya masing.masing. (D.A. Rirvkes. Abdoerraoef van Singkel, A c a d . Proefs. Rijks-Univ. Leiden, 1909 hal, 1 e.v.). Perasaan mystik ini sudah terdapat dalam kalangan umat Islam sejak abad ke IÏH. Faham-faham baru yang dibawa oleh bangsa India, yang sebelumnya beragama Hindu, oleh orang-orang Farsi, yang sebelumnya beragama Zoroaster dan orang-orang Syria yang sebelumnya beragama Masehi, dengan tidak ketahuan masuk ke dalam kehidupan kaum Muslimin, kerana pada mereka kasih terus terdapat kehidupan batin yang ingin mencari kedekatan diri peribadi dengan Tuhan. Tidak hanya keyakinan rohani yang tersembunyi, tetapi juga kelakuan jasmani mereka kadang-kadang ternampak nyata. Gerak-gerik ini makin sehari makin luas mendapat sambutan dari kaum Muslimin, meskipun mendapat tentangan dari ahli-ahli dan guru agamanya. Maka dengan jalan demikian berbagai-bagai aliran mystik ini, yang pada permulaannya ada yang berasal aliran mystik Masehi, Platonisme, Farsi dan India, perlahan-lahan mempengaruhi aliran-aliran di dalam Islam. Tidak usah kita terangkan bahawa sebagai masuknya filsafat Yunani ke dalam Islam, begitu juga masuknya aliran mystik ke dalam agama tauhid ini mendapat perhatian dari ulama-ulama Islam, yang senantiasa me2
ngawasi dan berdaya-upaya agar ajaran-ajaran yang dianut itu tetap murni dan bersih, sesuai dengan isi A l Quran dan Sunnah Rasulnya. Mari kita bicarakan mystik ini.
sifat-sifat
dari
aliran-aliran
Jikalau kita perhatikan dengan seksama aliran-aliran mystik ini, maka yang lebih dahulu tampak kepada kita ialah, kehendak hendak mengasingkah diri dari dunia ini, yang sesuai dengan ajaran Masehi, dianggapnya suatu tempat yang penuh dengan dosa dan kekejaman. Kemudian yang banyak kelihatan juga sebagai tandatanda pada aliran mystik ini ialah kegiatan mengucapkan kata-kata dan lafaz-lafaz yang tertentu mengenai pujianpujian, dan juga menyerahkan diri yang tidak terbatas (tawakkal) kepada Tuhan, sehingga merupakan tidak acuh lagi kepada dunia bahkan kadang-kadang tidak acuh lagi kepada dirinya sendiri, sehingga ia lupa kepada makanan, pakaian dan kadang-kadang kewajipan duniawi. Seorang mystik yang sesungguh-sungguhnya hanya meletakkan seluruh hidupnya kepada Tuhan. Tidak jarang terjadi bahawa mereka berjalan mengembara dari satu daerah ke daerah yang lain dengan pakaian compang-camping,. kerana ingin merendahkar» diri dalam segala hal terhadap Tuhan. Oleh kerana mereka acapkali bertapa bersepi diri dengan memakai pakaian dari kulit-kulit berbulu (dalam bahasa Arab suf), maka mereka acapkali dinamakan sufi, ertinya orang yang memakai pakaian yang berbulu dan aliran faham mereka dinamakan sufisme atau dalam bahasa Arab tasawwuf, sehingga nama ini dalam Islam dipergunakan pada mulanya untuk menyebut segala macam aliran yang seperti itu. 3
A d a aliran-aliran yang berikhtiar untuk mendekatkan diri kepada Tuhan mencari daya-upaya mendapat suatu keadaan fana, fenyap dari segala perasaan keduniaan ini dan dengan demikian konon mereka akan lekas tercapai maksudnya berdampingan dengan Tuhan (muraqabah, musyahadah). bersatu dalam kasih-sayang dengan penciptanya, keadaan biasa dalam ibadah, perasaan khusyu' saja tidak memuaskan lagi bagi mereka itu. Maka oleh kerana itu mereka mencari jalan-jalan yang memberikan kepadanya kekuatan ghaib seperti bertandak berkeliling atau mengayunkan badan atau kepalanya atau anggota badannya yang lain, menurut cara yang tertentu. A d a juga yang mencari jalan dengan melatih fikirannya terus-menerus mengingat kepada Tuhan atau dengan jalan berpuasa atau berjaga malam atau dengan jalan mendengar nyanyian atau musik atau dengan jalan mengambil nafas dalam asap kemenyan atau minuman-minuman yang melenyapkan akalnya atau salah satu jalan yang lain, sehingga mereka mencapai suatu kepuasan jiwa menurut kehendaknya. Tidak jarang terjadi bahawa di dalam melakukan hal-ha! yang tersebut mereka pengsan, yang dalam ilmu tasawwuf bisa disebut zauq dan dalam keadaan inilah kpnon katanya mereka dapat bertemu dengan/dan melihat Tuhan (muraqabah dan musyahadah). Orang-orang yang istimewa, yang acapkali dinamakan kekasih Allah konon dengan ibadah-ibadahnya yang semacam ini dan dengan kesucian dan kebulatan jiwanya dapat mencapai tingkatan yang demikian rupa, sehingga terangkatlah perbatasan (hijab) antaranya dan antara Tuhannya. Dalam sejarah mystik terkenal nama Al-Hallaj yang berkeyakinan bahawa ia. Tuhan dan ke4
benaran (hak) sebenarnya suatu perkara yang tidak dapat diceraikan antara satu sama lain. Al-Hallaj dihukum mati di Baghdad kerana keyakinannya dalam tahun 310 H. atau 9 2 2 M . sebagai seorang tersesat, tetapi muridmuridrrya, yang menganggap dia itu tetap seorang suci dan meneruskan ajaran-ajarannya. Cerltera-ceritera yang semacam ini terdapat hampir seluruh dunia Islam. Juga di tndonesia terkenal ceritera yang seperti itu, misalnya ceritera Syeikh Siti Jenar di J a w a dan ceritera Mans-ur Fansuri di Aceh. Lama kelamaan terjadilah berbagai-bagai firkah mystik yang masing-masing dipimpin oleh gurunya dan masing-maajng mempunyai falan dan cara sendiri-sendiri menuju mencari agama yang hak, yang satu berbeza dengan yang lain dalam cara beribadat, dan berbeza cara ini terutama keiihatan dalam sebutan-sebutan zikir dan hai-hal yang lain seperti tersebut di atas untuk mencapai kepuasan jiwa. Guru-guru yang mendirikan firkah-firkah ini sangat dihormati dan mereka itu menetapkan cara-cara dan jalan-jalan kehidupan agama. M a k a oleh kerana itu golongan-golongan ini lalu dinamakan tharikah, yang bererti jalan yang harus ditempuh oleh pengikut-pengikut dari firkah-firkah yang tertentu itu. Di mdonesia umumnya dinamakan orang tarekat dan tarekat ini berpengaruh sekali dalam cara berfikir keagamaan anak negeri. Tidak hairan kerana banyaknya tarekat itu dengan ajaran-ajarannya yang sangat bergantung kepada gurugurunya, kadang-kadang menyimpang dari ajaran-ajaran Islam yang biasa, sehingga baik pemerintah maupun aliran ulama pemimpin-pemimpin Islam sangat berhatihati dalam mengikuti jalannya tarekat-tarekat tersebut. 5
Tidak jarang terdapat terutama di Indonesia aliran-aliran batin yang dalam praktik-praktiknya jauh menyimpang dari ajaran agama Islam yang sebenarnya, sehingga hampir membawa kekufuran. Tetapi dalam pada itu terdapat tarekat-tarekat yang terpimpin dalam garis-garis Islam, yang memerintahkan kepada pengikut-pengikutnya menjalankan peraturanperaturan Islam dengan sebaik-baiknya. Peraturan-peraturan daripada tarekat semacam itu ditaati sungguhsungguh, kerana salsilahnya dihubungkan kepada ajaran-ajaran Nabi, yang dianggap mula-mula mengajarkan ilmu tasawwuf itu, melalui menantunya Sayyidina Ali dan waü-wali yang lain, yang menggerakkan tarekat-tarekat ini pada permulaannya. Dafam tarekat-tarekat semacam ini biasanya tidak terdapat perkara-perkara yang sangat dirahasiakan atau janji yang memberatkan kepada pengikut-pengikutnya, selain daripada apa yang terdapat dalam ajaran-ajaran Islam biasa. Dalam membersihkan dan meluruskan tujuan tarekat atau tasawwuf itu, tidak dapat dilupakan jasa seorang guru besar dalam ilmu batin, iaitu Al-Ghazali, yang meninggal dunia pada tahun 505H. (1111M.) A l Ghazali boleh dianggap salah seorang yang besar pengaruhnya terhadap gerakan mystik dalam Islam, seorang ahli dalam agama, tetapi juga dalam hal-hal yang bersangkut dengan dogma. Bertahun-tahun ia mengembara mencari kebenaran dalam agama dan mencari jalan untuk menghidupkan ajaran Islam itu dalam jiwa penganutnya, sehingga dapat membiakkan amal dan ibadat untuk kebahagiaan perikemanusiaaa dunia dan akhirat. Terutama dalam 'kitabnya yang termasyhur "Ihya Ulum u d d i n " (menghidupkan pengetahuan agama), ditun6
jukkannya jalan-jalan untuk mencapai kebersihan yang sebenarnya menurut ilmu tasawwuf.
batin
Al-Ghazali ialah orang yang pada umumnya tidak menentang bertarekat, yang gerakannya dalam masa hidupnya sangat luas, dengan syarat bahawa orang harus hati-hati sekali dalam memilih guru-guru dan pemimpinpemimpinnya yang seluruhnya dapat dipercayai tentang ketauhidan dan keislamannya. Tetapi di samping itu tak dapat disangkal ia seorang yang berpengaruh dalam memperjuangkan mystik dan ethik Islam. Menurut keyakinannya segala sesuatu itu kembali kepada kecintaan hati, sehingga segala peraturan dan pengetahuan agama bagaimanapun indahnya, tidak akan membawa buah yang lazat, kecuali jiwa itu disucikan oleh kecintaan batin terhadap Tuhan. Sejak itu kehidupan mystik mendapat sambutan yang baik dalam kalangan kaum Muslimin. Kitab-kitab Ghazali dipelajari orang dan diulas. Tiap pembicaraan mengenai tasawwuf nama pujangga Islam yang besar ini tidak pernah dilupakan orang. Untuk kesempurnaan mari kita sebutkan di sini beberapa nama tarekat yang terkenal. Nama-nama tarekat itu biasanya terambil daripada nama-nama guru-guru yang mendirikannya. Demikianlah dalam abad ke XVI dan X V I I M . s a ngat dikenal orang tarekat Syattariyyah dan ajarannya tersiar dalam daerah-daerah yang luas. Kemudian timtaii pula tarekat Kadiriyyah atau Naksyabandiyyah, yang pertama menurut nama pendiriannya Syeikh A b d . Kadir J a i lani, yang namanya sudah cukup terkenal di Indonesia (561H. = 1165M.). dan yang kedua menurut nama Baha-uddin Naksyabandi (719H = 1 3 1 9 M ) . Dalam pada itu tidak kurang terkenal tarekat Syaziliyyah, yang dina7
makan menurüt nama Abul Hassan Syazali (656H. = 1258M). Pada waktu yang akhir ini sangat terkenal pura tarekat Sammaniyyah, yang pada abad yang lalu banyak mempunyai pemeluk-pemeluknya. Sementara itu di Afrika Tengah dan Afrika Utara terdapat tarekat Sanusjyyah, yang pemeluknya barangkali sangat tidak ada atau sangat sedikit. A d a pun tarekat Rifa'iyyah yang ditanahair kita di sana-sini terdapat juga pemeluknya, didirikan oleh A h m a d Rifa'i (578H. = 1182M). Salah satu praktiknya yang sampai sekarang digemari orang di tanahair kita, terutama di Aceh dengan nama rapa'i, dan di Padang bernama dabus, adalah cara-cara dan jalan daripada tarekat ini.
8
II TENTANG PERTAPA D A N K H A L W A T M a k s u d khaiwat pada golongan tarekat ialah belajar menetapkan hati, melatih jiwa dan hati itu berkekalan ingat kepada Allah dan demikian tetap berkepanjangan memperhambakan diri kepada Allah. Alasan ini didasarkan kepada keterangan amalan.amalan yang tidak akan diterima oleh Allah kecuali jika amaian-amafan itu dikerjakan dengan ikhlas semata-mata dan hanya ditujukan kepada Allah saja menurut salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Nasa'i dengan sanad yang muttasil dari A b u Umamah: Hanya amalan-amalan yang bersih dan ditujukan kepada zat Allah semata-mata, tidak diperbuat kerana hawa nafsu dan kerana selain A l lah, yang diterima oleh Tuhan. Umat Islam makin jauh masanya dari Nabi Muhammad, makin kurang jernih matahari mereka itu, kerana sebaik-baiknya masa ialah masa Nabi sendiri, kemudian menyusul abad berikutnya, dan kemudian abad sesudah itu. Kemudian bertebaranlah kedustaan, sehingga tidak layak lagi disandarkan sesuatu kebenaran atas perbuatan dan perkataan mereka itu. Ini adalah maksud daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari atau Muslim daripada Amran bin Mushain dan A b u M a s ' u d , yang dipergunakan membersihkan jiwanya guna mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Selanjutnya mereka mengatakan bahawa sesudah zaman yang baik dan zaman pendusta itu, sehari demi 9
sehari umat Islam makin bertambah jauh juga dari cahaya lampu kebenaran nubuwwah Rasulullah s.a.w. M e reka mengemukakan bahawa jangankan kita orang yang masuk golongan jahil di dalam kabut hawa nafsu, sedangkan Imam Ghazali, yang telah mencapai puncak ilmu pengetahuan di zaman 500 tahun sesudah Nabi M u hammad lagi ada berkhalwat 40 hari, tiga kali banyaknya, sampai jumlah 120 hari. Demikian pula Nabi M u hammad pada waktu ia hampir diangkat menjadi Rasul berkhalwat di Gua Hira', sebuah gunung yang tinggi. yang letaknya kira.kira 3 batu jauhnya dari Mekah terletak di sebelah kiri orang pergi ke M i n a , sekarang lebih terkenal dengan nama Jabal Thaur. la meninggalkan segala ahli dan isi rumahnya, dan dengan bertekad berbekal makanan ka'ka' dan zabit ia pun pergilah ke Gua Hira' itu. Pekerjaannya dalam khalwat itu ialah tafakkur pada segala perbuatan Allah. Ada juga orang mengatakan pekerjaannya itu terdiri dari zikir hati, iaitu sematamata ingat kepada Allah dengan ikhlas dan sempurna, sehingga putus hubungannya dengan yang lain dari A l lah. Ini pekerjaan Nabi sebelum menjadi Rasul. Tetapi menurut ahli tarikh sesudah menjadi Rasul pun Nabi pernah berkhalwat ke Jabal Thaur, iaitu pada waktu ia keputusan wahyu. Pada suatu hari konon datang seorang kepada Nabi menanyakan. apakah hakikat roh, Nabi bertangguh beberapa hari akan menerangkan. Tetapi beberapa hari belum juga datang wahyu untuk menjawab pertanyaan orang musyrik itu. Lalu Nabi pergi ke Jabal Thaur berkhalwat beberapa hari lamanya. Lalu sesudah itu turun wahyu daripada Allah mengajarkan kepada Nabi, agar barang apa-apa yang akan dikerjakan hendaklah dikata10
kan insya Allah. Sebab waktu Nabi ditanya tadi sebab Nabi tidak menjawab dengan kata insya Allah, maka kerana itulah Allah konon menahan wahyu beberapa hari lamanya. Dikuatkannya keterangan daripada sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Nu'in dengan sanad muttasil dari A b u Ayyub Al-Ansari, yang mengatakan bahawa siapa-siapa yang mengikhlaskan amalnya selama 40 hari maka akan terpancarlah kelahiran hikmah dari hatinya atas lidahnya. Hadis ini sesuai pula dengan keterangan yang dikemukakan oleh A b u Syeikh dan Dhia' A l - M u q a d d a s i . Selanjutnya dipakai sebagai aiasan hadis Ibn Majah dari Uthman yang menerangkan perbandingan antara menambat diri pada suatu malam atas jalan Allah lebih baik dari 1,000 malam ibadat sembahyang dan puasa, dan hadis Baihaqi, bahawa manusia yang benar itu adalah yang duduk bersepi diri mengenangkan kembali dosa-dosanya dan meminta ampun pada Tuhan. Akhirnya menjadi alasan juga bagi berkhalwat itu ceritera Nabi M u s a di dalam Al-Quran yang menerangkan, bahawa Allah menjanjikan kepada Nabi M u s a 30 malam lamanya, kemudian disempurnakan dengan 10 malam lagi hingga cukuplah perjanjian itu 40 malam lamanya (Quran VII: 142). Bagaimana cara berkhalwat itu, hal ini bergantung kepada macam tarekat dan ajarannya. Jika kita ambil tarekat yang terbesar dan yang terdekat kepada Ahli Sunnah seperti tarekat Naksyabandiyyah, maka cara berkhalwat itu demikian.' „ Pertama: Dilakukan dengan i'tikaf, „berhenti dalam masjid selama khalwat itu. Sedangkan sesaat i'tikaf da11
lam masjid itu bukan sedikit pahalanya apa lagi berpuluh-puluh hari. Kedua: Selama dalam khalwat itu senantiasa berberwudhu' atau berair sembahyang. Tiap batal air sembahyangnya mereka rnemperbaharui kembali, lalu sembahyang taubat dua rakaat, kerana meoinggalkan khalwat itg dianggap telah berbuat dosa. Ketiga:. Mengerjakan zikir-zikir yang telah ditentukan oleh tarekatnya masing-masing. Daiam tarekat Naksyajbandiyyah zikir ini dibagi atas zikir. Darajat dan zikir Hasanat. Selain daripada hu ada zikir yang dinamakan zikir: a.
Ismu zat, dan ada yang dinamakan
b.
Zikir Lathaif yang terdiri dari 7 macam: t.
Zikir lathifatut tauhid.
2.
Latifatur ruh.
3.
Latifatus sir.
4.
Lathifatul khafi.
5.
Lathifatul akhsa.
6.
Lathifatun nafas.
7.
Lathifatu kullil jasad.
c.
Zikir Nafi Isbat.
d.
Zikir Wukuf.
e.
Zikir Muraqabah Ithlak.
f.
Muraqabah ahdiat Af'al.
g.
Muraqabah ma'iyah.
h.
Muraqabah aqrabiyah.
i.
Muraqabah ahdiatuz zat.
j.
Muraqabah zatu sharaf wal bahath. 12
k.
Tahlilul lisan.
J.
Maqamul ubudiyah.
Keempat: Hendaklah dalam khalwat itu berpisah hati dan badannya daripada segala manusia. Kelima. Sembahyang berjama'ah. Keenam: Selama dalam khalwat mengurangi makan, minum, tidur dan berkata-kata. Yang terutama dikurangi perkataan Hdah dan perkataan hati. Hati hanya berkata-kata menyebut zikir Allah. Ketujuh: Dalam khalwat memakai pakaian putih, baju putih, kain sarung putih, tutup kepala putih, kerana pakaian putih bagi mereka pakaian suci, tiap ada najis lekas keiihatan. Dengan demikian tidak saja diperoleh kesucian batin tetapi juga lahir. Kedelapan: Mengurangi makan daging, kerana sifat daging membikin manusia menjadi buas. KesembHan: Selama berkhalwat meninggalkan pekerjaan jual-beli dan segafa pekerjaan-pekerjaan duniaw i yang lain yang akan dapat melalaikan hati berhadapan kepada Allah. Kesepuluh: Sedapat mungkin khalwat itu memakai kelamtRi, tidak saja dapat mencegah nyamuk, lalat dan sebagainya yang mengganggu fikiran dalam zikir, tetapi juga ahli tarekat memandangnya seakan-akan berada dalam lubang kuburan atau liang lahat. Kesebelas: Selalu berhadap muka dan dadanya ke arah kiblat. Arah jasmaninya, iaitu dada dan muka ialah: Baitullah, arah hati ialah Allah. Kedua-belas: Dalam khalwat itu belajar sabar dan qana'ah.
13
Segala amal ibadat dan zikir-zikir yang dikerjakan dalam khalwat itu oleh ahli tarekat dianggap hanya menjadi wasilah, hubungan jalan, sedang yang menjadi tujuannya ialah berkekalan perhambaan lahir dan batin serta berkekalan nadir hati terhadap Allah. (H. Jalaluddin. Pertahanan At-Thariqah An-Naksyabandiyyah, eet. ke I. Bukit Tinggi, t.th. hal. 127-152).
14
ra WASILAH DAN RABITHAH Wasitah atau tawassul acapkali juga kita dengar dalam ilmu tarekat. Istilah ini, yang kemudian mempunyai erti yang tertentu, pada mulanya hampir dapat diterjemahkan dengan penghubung atau hubungan, khususnya hubungan dengan guru. Yang dijadikan alasan terpokok untuk wasilah ini ialah ayat Quran yang menerangkan: Tuntut olehmu kepadanya akan wasilah (Quran V : 35). Kemudian diambil pula perbandingan dari kisah Nabi Mi'raj ke langit menemui Tuhannya yang di antarakan oleh Malaikat J i b ril. Pengantaran ini dianggap wasilah, sehingga dalam kalangan ahli tarekat ceritera ini lebih terkenal dengan kata-kata: Nabi Muh?.mmad Mi'raj hendak bertemu dengan Tuhannya berwasilah kepada Malaikat Jibril. Sesampai pada Sidratul Muntaha Malaikat Jibril ditinggalkan di situ, kerana Nabi ketika itu hendak masuk ke dalam laut Ma'rifatullah, musyahadah akan Allah, yang bersifat laisa kamislihi syai'un, yang tidak dapat diumpamakan dengan sesuatu benda apa pun juga. Di sini ahli tarekat mengambil ibarat, bahawa mereka pun ada baiknya jika berwasilah kepada guru atau kepada pengajaran guru pada waktu beribadah kepada Allah. Lalu istilah wasilah itu beroleh erti yang khusus baginya iaitu jalan yang menyampaikan hambanya kepada Allah. Tarekat Naksyabandiyyah mengertikan hakikat wasilah itu tabarruk atau mengambil berkat, seba15
gaimana yang dikerjakan oleh murid-murid tarekat sebelum melakukan zikir. Misalnya murid tarekat itu berdoa: Ya Allah aku pinta padaMu dengan berkat Rasulullah dan dengan berkat guruku, agar Kau memberikan daku ma'rifat dan kasih hatiku kepadaMu. Dalam haf ini tarekat berpegang pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, yang menceriterakan bahawa Sayyidina Umar Ibn Khattab ketika musim kemarau, waktu kekurangan air, meminta hujan dan doanya dimulai dengan minta berkat Abbas bin Abdul Muttalib demikian: Ya Tuhanku! Kami dahulu selalu berdoa kepadaMu dengan berkat Nabi Engkau, sekarang kami tawassul dengan bapak kecil Nabi. Lalu hujan pun turunlah. Hadis ini terdapat dalam Sahih Bukhari. halaman 123, dalam kitab Subulus-Salam, jilid II. halaman 134, dan kitab Nailul-Autar, jifid II, hal. 6. Hal ini menyatakan bagi ahli tarekat bahawa Sayyidina Umar pun berdoa memakai wasilah Nabi dan sesudah Nabi wafat dengan wasilah Abbas bin Abdul Muttalib. Dengan demikian tawassul itu tidak hanya tertentu dengan Nabi saja, bahkan boleh juga dengan sahabatsahabat Nabi, Wali-wali dan Ulama-ulama, kerana Ulama itu adalah warisan para Nabi-nabi (hadis Bukhari dan M u s ü m ) . Mengenai rabithah yang ertinya berkait dan bertali, kita dapat keterangan pengertiannya dalam tarekat berbagi atas tiga: pertama rabithah wajib, kedua rabithah sunat, dan ketiga rabithah harus. A d a pun rabithah wajib, adalah seperti terdapat pada waktu orang sembahyang menghadap kepada B a i . tullah. Menghadapkan dada dan muka ke Baitullah itu wajib hukumnya kerana tidak sah sembahyang jika ti16
dak menghadap ke Ka'bah itu, pada hal yang disembah bukanlah Ka'bah yang dihadapi itu, tetapi Allah semata-mata. Ka'bah hanya menjadi rabithah wajib. Yang kedua rabithah sunnat namanya, seperti yang terdapat pada seseorang ma'mum, yang harus memandang kepada imamnya dalam sembahyang berjema'ah. Sekali-kali tidak dimaksudkan bahawa ma'mum itu menyembah imamnya atau hatinya menjadi lali atau berpaling daripada menyembah Allah dalam sembahyang. Baik ma'mum maupun imam kedua-duanya bersarna-sama menyembah Allah. A d a sebuah ceritera mengenai sembahyang berjema'ah di masa Nabi, yang diimami oleh Rasulullah sendiri. Orang kafir lalu menuduh bahawa orang Islam itu menyembah Nabi Muhammad, kerana dilihat orang Islam itu berdiri di belakangnya Nabi, menurut kepada Nabi, mengikut gerak dan diamnya dalam sembahyang. Orang Islam menjawab: " K a m i tidak menyembah Nabi Muhammad. Yang kami sembah hanya Allah. Hanya saja bersama-sama Nabi M u h a m m a d " . Maka rabithah yang terdapat dalam sembahyang berjema'ah ini ialah rabithah sunnat namanya. Kemudian mengenai rabithah yang ketiga, iaitu rabithah harus, diterangkan adalah seperti melihat barangbarang yang baik pada waktu kita hendak mengerjakan sesuatu barang yang baik pula. Dalam kata sehari-hari: meniru mengikuti yang baik-baik. M u r i d diibaratkan orang buta yang harus mengikuti gurunya yang matanya jelas melihat. Yang dikatakan guru yang mursyid iaitu orang yang telah karam dalam laut muraqabah dan musyahadah berkekalan akan Tuhannya. Murid-murid tarekat yang hendak mengambil rabithah diwajibkan me17
ngetahui bekas yang majazi dan bekas yang hakiki, dan faham pula ma'na wahdaniyah yang mengandung tiga perkataan, pertama tidak berbilang zat Allah, kedua tidak berbilang sifat Allah dan ketiga tidak memberi bekas segala perbuatan makhluk pada hakikat pekerjaan la haw la w a la quwata illa billah, tidak ada daya-upaya melainkan dengan kehendak Allah. Hakikat rabitah pada ahli tarekat ialah bersahabat atau sebanyak mungkin berserta dengan mursyid dengan guru yang pandai-pandai, yang hatinya selalu ingat kepada Allah, melihat kepada orang-orang yang demikian atau kasih-sayang kepada orang-orang itu: tidaklah dimaksudkan memperhambakan diri kepadanya atau mempersyarikatkan dia dengan Allah. Tetapi ada tarekat-tarekat yang mengertikan rabithah itu menggambarkan rupa guru di dalam hatinya, yang akan menyampaikan kehendaknya kepada Allah.
18
IV ZIKIR DAIM T A R E K A T Salah satu bahagian yang terpenting dalam tarekat, yang hampir selalu kelihatan dikerjakan, ialah zikir. Zikir ertinya ialah mengingat kepada Tuhan, tetapi di dalam tarekat mengingat kepada Tuhan itu dibantu dengan bermacam-macam ucapan, yang menyebut nama Allah atau sifatNya, atau kata-kata yang mengingatkan mereka kepada Tuhan. Ahli-ahli tarekat berkeyakinan, jika seorang manusia atau hamba Allah telah yakin, bahawa lahir dan batinnya dilihat Allah dan segala pekerjaannya diawasiNya, segala perkataannya didengarNya dan segala citacita dan niatnya diketahui Allah, maka hamba Allah itu akan menjadi seorang manusia yang benar, kerana ia selalu ada dalam keadaan memperhambakan dirinya kepada Tuhan, dawamul ubudiyah, berkekalan dengan ibadat, dalam memperhambakan dirinya kepada yang menjadikannya, khalik. Lalu zikir bererti menyebut-nyebut nama Allah atau ma'rifat Allah, yang pada keyakinan mereka itu akan melahirkan dua sifat pada manusia, pertama takut kepada Allah dan kedua kasih kepada Allah. Jika seorang hamba Allah takut kepada Allah, maka segala suruhNya akan dikerjakan dan segala laranganNya akan dihentikannya. Seorang yang kasih kepada Allah tentu akan memilih pekerjaan-pekerjaan yang disukai Allah dan 19
menggiatkan Dia menjauhkan diri pada kerjaan yang tidak disukai Tuhan.
pekerjaan-pe-
Pada keyakinan golongan tarekat tiap-tiap manusia tidak terlepas dari empat perkara. Pertama manusia itu kedatangan ni'mat, kedua kedatangan bala, ketiga berbuat taat, dan keempat berbuat dosa. Selama manusia itu mempunyai nafsu yang turun naik, mestilah ia mengerjakan salah satu pekerjaan dari empat macam tersebut. Jika pada waktu itu ia lupa kepada Tuhan, maka ni'mat itu akan membawa sombong, takbur dan tinggi hati padanya, tetapi jika ia teringat kepada Tuhan pada waktu ia menerima ni'mat itu, sifatnya berlainan sekali, ia syukur kepada Tuhan, yang akan membawa lebih baik kelakuannya. M a k a selalulah zikir itu diucapkan dan mengingat Allah itu dikekalkan untuk memperoleh pengaruhNya. Di antara dalil-dalil yang mereka kemukakan adalah sebagai berikut: Pertama: Kerana mengerjakan zikir itu mengingatkan kepada Allah, dan semata-mata menjunjung suruh Allah. Firman Allah: " H a i segala mereka yang percaya kepada Allah sebut olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak dan ucaplah tasbih pada pagi-pagi dan petang-petang". (Quran XXXIII: 41). Kedua: Orang yang zikir Allah itu mengingat akan Allah dan Allah mengingat pula akan orang itu. Firman Allah: " S e b u t olehmu akan Daku, nescaya A k u menyebut pula akan d i k a u " . (Quran II: 152). Ketiga: Dalam zikir Allah itu nyata benar kebesaran Allah, bahkan untuk selama hidup, Firman Allah: "Zikir Allah itu terlebih besar daripada ibadat-ibadat yang lain". (Quran X X I X : 45). 20
Keempat: Orang yang zikir Allah mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Firman Allah: "Sebutlah olehmu akan Allah sebanyak-banyaknya agar mudah-mudahan kamu mfendapat kemenangan". (Quran VIII- 49 LXII10). Kelima: Zikir Allah itu menyembuhkan segaia penyakit di dalam hati Dalam kitab-kitab tasauf jumlah penyakit di dalam hati itu ada kira-kira 60 macam. M a ka untuk menyembuhkan segala penyakit itu ialah dengan zikir Allah. Sabda Nabi: "Menyebut Allah itu ialah menyembuhkan penyakit. hati ertinya memperbaiki hat i " . (Hadis Daihumi dari A n a s bin M a l i k ) . Keenam: Zikir Allah itu menetapkan hati dan jikalau hati sudah tetap akan segala anggota yang tujuh pun akan tetap pula mengerjakan segala suruhan Allah, demikian sebaliknya. Firman Allah: " A d a pun segala mereka yang iman, yang percaya kepada Allah dan yang tetap hatinya dengan zikir Allah, ketahuilah olehmu bahaw a dengan berzikir itu segala hati akan tetap" (Quran XIII: 28). Ketujuh: Zikir AJlah itu mencucikan hati manusia dan melepaskannya dari siksaan kubur dan zikir Allah itu lebih besar pahalanya daripada perang sabil. Sabda Nabi: "Bahawasanya bagi tiap.tiap sesuatu itu ada alat untuk mensucikan dan alat untuk mensucikan hati itu ialah zikir Allah. Tiadalah sesuatu yang dapat meiepaskan manusia dari azab kubur selain daripada zikir A l l a h " Seorang sahabat bertanya: " A p a k a h jihad di atas jalan Allah itu tidak dapat meiepaskan manusia dari azab kubur juga?" " M e s k i p u n jihad di atas jalan A l l a h " jawab Nabi. Selanjutnya banyak sekali alasan-alasan yang dikemukakan untuk memperlihatkan fadhilat zikir, seperti
21
ayat Quran L X X : 23, yang menyamakan zikir itu dengan bersembahyang yang berkekalan. Hadis M u s l i m yang mengatakan bahawa umur dunia itu akan lebih panjang dengan menyebutkan nama Allah itu. Hadis Bukhari dan M u s l i m yang menerangkan bahawa perkataan yang afdhal diucapkan oleh Nabi Muhammad dan Nabi-nabi sebelumnya ialah perkataan: "Laila ha illallah", ayat Quran yang menyuruh Nabi Muhammad selalu mengingat kepada Tuhan (Quran XVIII: 28), ayat Quran yang menerangkan bahawa banyak menyebutkan nama Allah itu tidak akan disempitkan hidupnya (Quran X X : 124), dan banyak sekali yang lain-lain, yang menyatakan pengucapan zikir itu menjauhkan kufur, memperoleh pahala yang sama dengan zakat dan haji, membaharui iman, meiepaskan manusia dari azab neraka W a i l , menjadi zakat badan, menambah pahala sembahyang, menjadi bakti kasih kepada Allah, mendekatkan diri kepada Allah, memudahkan pengakuan tubuh terhadap kebesaran A l lah, membikin rupa bercahaya.cahaya, membawa perdamaian di bumi, menjauhkan peperangan, merupakan sebuah benteng menjauhkan diri dari sifat munafik, melenyapkan sifat merendahkan budi, membersihkan hati daripada kasih yang berlebih-lebihan kepada dunia, membukakan yang ajaib-ajaib dalam hati, menyamakan orang yang berzikir sekedudukan dengan Allah, menjadi ubat suka cita, menambah khyusyu', dan lain-lain faedah dan kebesaran yang diperoleh daripada memperbanyak menyebutkan zikir Allah itu. Demikianlah beberapa keterangan dari golongan tarekat, terutama tarekat Naksyabandiyyah. mengenai zikir. Saya petik dari kitab Pertahanan Tharekat Naksyabandiyyah jilid I halaman 106-127, karangan Tuan H. Jalaluddin, Bukit Tinggi. 27
V K A S Y A F Kasyaf ertinya terbuka dinding antafa hamba dengan Tuhannya. Perkataan ini banyak terpakai oleh ahli tarekat dan orang suci, yang deagan perkataan lain diucapkan: menemui Tuhan. Menurut ahli tarekat ada 4 dinding yang memba. tasi antara khalik dengan makhluknya, antara Tuhan dengan hambaNya, tetapi a d a 4 buah pula jalan yang akan dapat membuka dinding pembatasan itu. Dinding pertama antara manusia dengan Allah dikatakan kalau manusia itu berkekalan bernajis besar dan bemajis kecil serta berkekalan pula berhadas besar dan berhadas kecil. Keadaan ini merupakan dinding yang membatasi manusia dengan Tuhannya. Supaya dinding ini terbuka hendaknya manusia itu berada dalam keadaan selalu suci daripada hadas besar dan hadas kecil, suci pakaiannya, suci tempat kediamannya daripada najis besar dan najis kecil, sebagaimana hukumnya diterangkan dalam ilmu fiqh atau ilmu syari'at. Dinding yang kedua, yang membatasi antara manusia dengan Allah ialah kalau anggota manusia yang tujuh berkekalan menjalankan haram dan makruh. Untuk pembukaan dinding kedua ini ditunjukkan jalan, supaya anggota manusia yang tujuh itu, iaitu mata, telinga, lidah, kaki, perut atau faraj atau kemaluan, menghentikan pekerjaan haram dan makruh dan senantiasa berkekai23
an mengerjakan yang wajib-wajib dan sunat-sunat sebagaimana yang diperintahkan dalam syara'. Angka-angka yang tertentu bagi tarekat mempunyai érti perbandingan. Dengan demikian anggota tujuh itu dibandingkan dengan hari tujuh dalam seminggu, neraka tujuh dan sebagainya. Anggota yang tujuh itu mengerjakan haram dalam hari yang tujuh pula, yang mana akibatnya akan dimasukkan ke dalam- neraka tujuh. A k a n meiepaskan diri dari neraka yang tujuh itu penganut tarekat menyebut kalimah syahadah sebanyak mungkin, yang terjadi pula daripada tujuh kata-kata iaitu: la ilaha illa Allah, Muhammad Rasul Allah, ertinya symbolik: berkekalan dan berkepanjangan bertuhan atau memperhambakan diri kepada Allah, dan berkekalan dan berkepanjangan pula mengikuti lahir dan batin kepada Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai dinding yang ketiga disebut: kalau hati manusia itu berkekalan bersifat yang dicela oleh syara' Kunci pembukaannya ialah supaya membuangkan sifatsifat hati yang tercela oleh syara' itu dengan ilmu dan amal, sesudah itu ditanam sifat-sifat yang terpuji oleh syara' ke dalam hati itu dengan ilmu amal pula. Sebagai sifat-sifat yang dicela oleh syara', yang selalu terdapat di dalam kandungan hati, disebut: hawa, nafsu, dunia, setan, jahil, lalai, munafik, kafir, hasud, ria, 'ujub, Sam'ah, panjang angan-angan, loba, tama' dan lain-lain sifat yang buruk, yang jumlahnya menurut kata ahli tasauf tidak kurang dari 60 macam banyaknya. Sebagai sifat yang terpuji, yang harus ditanam di dalam hati, sesudah hati itu bersih, ialah iman, Islam, tauhid, khusyu', tadharu', pengasih. penyantun, ramah-hati, tinggi crtacita, qana'ah, berani dan lain-lain yang tidak kurang dari 60 pula. 24
Yang keempat sebagai dinding yang terakhir antara manusia dengan Tuhannya disebutkan: kalau hati lalai kepada lain Allah, misalnya terpesona oleh dunia, hartabenda dan makhluk yang lain. Bagaimana membukakan dinding ini, ilmu tasauf menerangkan, bahawa hendaklah dibuangkan diri dalam hati itu segala yang lain dari pada Allah (masiwallah), dengan lain perkataan, yang ada tetap dalam hati kita hanyalah mengingat Allah, zikir Allah atau ma'rifat Allah yang berkepanjangan. Tarekat selanjutnya memberi jalan, apa yang harus dikerjakan oleh hamba Allah, setelah keempat dinding terbuka untuk menghampirkan diri kepada Allah. Maka diterangkan untuk ini ada empat jalan harus ditempuh, pertama: syari'at, kedua tharikat, ketiga hakikat dan keempat ma'rifat. Syari'at itu dimisalkan seperti laut, tharikat seperti sampan, hakikat seperti mutiara, yang terletak di dalam laut dan ma'rifat seperti memakai cincin mutiara yang dihajatkan dan dikejar-kejar itu. Perumpamaan yang lain diberikan ialah syari'at sebagai bukit batu, tharikat memecah-mecahkan batu dalam bukit itu, hakikat ialah kaca teropong atau lensa yang tersembunyi dalam batu itu, sedang ma'rifat ialah mempergunakan lensa dalam teropong untuk melihat. Banyak perumpamaan-perumpamaan yang diberikan untuk menerangkan 4 tingkat ilmu dan amal itu. Ada yang mengumpamakan syari'at sebagai sebuah kelapa, sedangkan tharikat ialah membeiah, memarut dan memeras santan kelapa itu serta memasaknya. Yang menjadi hakikat dalam hal ini ialah minyak yang terjadi daripada suatu buah kelapa itu. Tetapi meskipun demikian bukanlah minyak itu saja yang menjadi tujuannya pekerjaan. Tujuan pekerjaan ialah ma'rifat, iaitu mempergunakan minyak itu untuk makanan. 25
Dengan perbandingan-perbandingan tersebut di atas ahli tarekat hendak menunjukkan, bahawa syari'at, tharikat, hakikat dan ma'rifat itu tidak dapat dicerai-béraikan antara satu sama lain. Tiap-tiap orang yang hendak sampai kepada Allah, hendaklah mengerjakan keempat-empat perkara tersebut, tingkat-tingkat, agar kita sampai kepada tujuan yang terakhir, iaitu mendekatkan diri kepada Allah sebagai khalik. Mengerjakan syari'at itu diertikan mengerjakan amal badaniyah daripada segala hukum-hukum sembahyang, puasa, zakat dan haji. Sebagai alasan disebutkan Quran Surah Maidah, ayat 48, yang menerangkan, bahawa A l lah menjadikan syari'at untuk tiap-tiap umat dan jalan melaksanakannya. Jalan ini diertikan tarekat. Alasan yang lain didasarkan kepada Quran Surah An-Nahl, ayat 125, yang maksudnya, bahawa Allah menyuruh Nabi Muhammad menyerukan semua manusia kepada jalan Tuhannya dengan pengajaran dan nasihat yang baik. Perkataan jalan dalam ayat ini diertikan tarekat. A d a yang mempergunakan firman Tuhan di dalam Al-Quran, Surah A l - J i n , ayat 16, yang maksudnya: Jikalau tetap mereka itu jalan di atas jalan itu, sesungguhnya Allah akan menuangi air yang berlimpah-limpah. Acapkali ayat ini oleh ahli tarekat diertikan: Kalau mereka itu tetap mengamalkan tarekat. sungguh Tuhan akan menuangi untuknya tuangan air yang amat banyak, dengan maksud, bahawa Allah Ta'ala menjadikan akan menumpahkan rahmat kepada orang yang berkekalan mengerjakan tarekat. Penyerahan diri yang sebulat-bulatnya kepada A l lah dalam melakukan segala sesuatu didasarkan di antara lain-lain kepada hadis Nabi, yang menerangkan, b a 26
hawa tidak
sesuatu pun akan dapat
bergerak
dalam
alam mi, melainkan dengan seizin Allah dan kehendakN y a j u g a , d a n a y a t Q u r a n S u r a h A l - A n f a l 17, y a n g ertinya sebagai yang ditujukan kepada
Nabi Muhammad,
b a h a w a tidaklah Engkau yang melempar tatkala melakukan
pelemparan
itu,
melainkan
pada
Engkau
hakikatnya
A l l a h j u g a y a n g m e l e m p a r , s e l a n j u t n y a ayat Q u r a n S u rah A s - S a f a t 56, y a n g b e r b u n y i b a h a w a A l l a h T a ' a l a l a h yang menjadikan kami dan apa yang kamu kerjakan, dengan m a k s u d kepada Allah kembali segala hakikat kerjaan. Tarekat diertikan k a n dari negakkan
tempat syari'at
syari'at dan
jalan yang akan ke tempat
hakikat,
menyampaikan
pe-
menyampaiyang
kepada
D e n g a n t a r e k a t d i l e n g k a p k a n i l m u d a n amai
me-
hakikat. menunduk-
kan diri k e p a d a wajah Allah, yang dengan demikian menyempurnakan
kelahiran-kelahiran
niyah, m e m p e r b a n y a k taubat,
nafsiah
dan
itu
roha-
zahid, muhabasah,
mura-
q a b a h , t a w a k k a l , rela t a s l i m , s y u k u r d a n l a i n - l a i n
sifat
y a n g terpuji o l e h s y a r a ' . A p a b i l a s y a r i ' a t d e n g a n s e g a l a h u k u m - h u k u m n y a telah d i c u k u p k a n , d i s a m b u n g lagi d e n g a n tarekat, a k a n s a m p a i l a h h a m b a A l l a h itu ke t e m p a t hakikat. M a k a jelaslah b a h a w a syari'at, tarekat dan hak i k a t itu s e s u a t u t i g a m e n j a d i s a t u , t r i m u r t i , s e p e r t i t a li b e r p i l i n tiga, s e p e r t i t u n g k u
tiga s e j a r a n g a n a t a u k e -
lapa t i g a m a t a n y a , y a n g t i d a k d a p a t d i p i s a h d i c e r a i - b e r a i k a n . Y a n g d e m i k i a n itu s e s u a i d e n g a n Muhammad
s.a.w.: " S y a r i ' a t
itu
sabda
perkataanKu,
Nabi tarekat
itu p e r b u a t a n K u d a n h a k i k a t itu ialah k e l a k u a n K u " . D a l a m m e n e r a n g k a n b a h a w a o r a n g I s l a m itu
harus
taat k e p a d a A l l a h d a n R a s u l n y a ( Q u r a n IV: 5 8 ) ,
harus
mencintai Allah dan mengikuti s e g a l a perintah Nabi, s u p a y a d i c i n t a i A l l a h ( Q u r a n III: 3 0 ) , d i t e r a n g k a n b a h a w a 27
ada dua jalan untuk mengikuti Rasulullah itu, pertama kali iaitu mengikuti Rasulullah dengan mengamalkan lahir syari'at seperti mengerjakan segala amalan yang bersangkut-paut dengan anggota yang lahir dan menghentikan segala larangannya yang bersangkut-paut dengan anggota lahir, kedua khafi, yang diertikan mengikut Rasulullah dengan mengamalkan batin syari'at atau mengamalkan tarekat, demikian rupa sehingga sampai kepada tingkat berkekalan memperhambakan diri kepada Allah dan berkepanjangan ingat hati kepadaNya, yang dengan ringkas disebut dengan istilah sufi dawam 'ubudiyah. Akhirnya dapat kita khabarkan bahawa jalan untuk mencapai kasyaf itu ada tiga, yang harus ditempuh tingkat-bertingkat, iaitu pertama muhadharah dengan burhan untuk menguji akal, kedua mukasyafah dengan bayan sebagai keterangan bagi ilmu, dan ketiga musyahadah yang langsung dicapai dengan ma'rifat, pengalaman peribadi yang telah murni. Dengan melalui 'ilmul yakin yang dapat diperolah oleh ashabul'ukul, dengan melalui 'ainul yakin yang dapat diperoleh oleh ashabul 'ulum dan hakkul yakin yang dapat dicapai oleh ashabui ma'arif, akan sampailah sekarang hamba kepada Tuhannya, yang acapkali dalam ilmu tasauf dinamakan mu'ayanah. Demikian dihuraikan oleh Al-Qusyairi dalam kitabnya Ar-Risalah dengan tafsir dari Zakariya dan A l - A r u si (H.A.R. Gibb. Shorter Encyl. of Islam, Leiden, 1953, hal. 227). Di Indonesia tingkat mu'ayanah ini acapkali diertikan dengan perkataan keramat atau wali.
28
VI TANTANGAIM TERHADAP TAREKAT Sebanyak orang yang menyetujui tarekat sebagai jalan untuk melatih dan membiasakan diri untuk melakukan segala amal ibadat yang dapat membersihkan manusia daripada sifat-sifat yang keji dan menganggap penting adanya tarekat-tarekat itu, kerana katanya segala sesuatu sudah terkandung dalam Islam sebagai suatu agama yang selengkap-lengkapnya untuk kebaha. giaan hidup duniawi dan ukhrawi. Beberapa banyak alasan-alasan dikemukakan orang yang menentang cara bertarekat ini, di antara lain-lain ayat Quran yang ertinya: "Pada hari ini telah Kusempurnakan bagimu akan agamamu dan telah Kusempurnakan untukmu ni'matKu dan Kurelakan Islam itu menjadi agamamu". (Quran V : 4 0 ) , sebuah firman Tuhan yang pernah diucapkan oleh Junjungan kita Muhammad s.a.w. pada Haji W i d a ' di padang 'Arafah, sebagai suatu ucapan yang untuk menyatakan penyelesaian tugasnya dan untuk penerangan bahawa segala sesuatu sudah sempurna di dalam Islam. Untuk menantang tarekat-tarekat itu Syeikh A h m a d Khatib. salah seorang keturunan Indonesia berasal dari Minangkabau, ulama terbesar dan Mufti Syafi'ie di M e kah, merasa perlu mengarangkan sebuah kitab yang tidak tipis, guna menyerang tarekat-tarekat yang salah yang dilakukan orang di Indonesia itu. Kitab ini bernama Ishar Zaghlul Kazibin (Mesir, 1326H.). Isinya terutama menqemukakan bahawa tarekat-tarekat itu sebenar29
nya tidak berasal dari Nabi. Terutama tarekat Naksyabandiyyah, sangat menjadi pokok perhatian dan pembicaraannya, sehingga kitab itu disusul pula dengan beberapa risalah-risalah yang lain, yang berisi jawapan-jawa. pan atas kitab-kitab yang ditulis orang untuk mempertahankan tarekat-tarekat itu terutama Naksyabandiyyah. seperti yang sudah pemah kita sebutkan namanya kitab Pertahanan Tarekat Naksyabandiyyah, yang disusun oleh seorang besar Tuan H. Jalaluddin dari Minangkabau. Biarlah kita tidak campur dalam soal debat-mendebat tentang tarekat ini, yang alasannya sangat berbelitbelit dan mendalam, terutama untuk mereka yang hanya ingin mengetahui apakah alasan mereka yang menantang tarekat itu. Salah satu firman Allah yang lain yang acapkali juga kita dengar dari mereka yang menantang tarekat ini ialah ayat Quran yang bererti: " B a h a w a agama Islam ialah jalanKu yang lurus. Ikutilah olehmu akan dia dan janganlah kamu mengikut akan jalan-jalan yang lain, kerana hal yang demikian itu dapat mencerai-beraikan kamu daripada jalan tadi. Ini adalah wasiat Tuhan untukmu, mudah-mudahan kamu takut kepadaNya". (Quran VI: 153). Selanjutnya banyaklah alasan-alasan, terutama dari riwayat-riwayat, dikemukakan untuk menunjukkan bahawa tarekat-tarekat itu adalah pekerjaan-pekerjaan bicfah, yang hanya diperbuat-buat, tidak beralasan kepada Sunnah Nabi dan sahabat-sahabatnya, dan oleh kerana itu menyalahi kitab Allah dan Sunnah Rasul. Soalnya berbalik-balik kepada menerangkan rukun Islam dan rukun Iman, sebagai yang kita dapati dalam ilmu fiqh. Terutama dalam alasannya huraian panjang-lebar dituju30
kan kepada menerangkan zat dan sifat-sifat Tuhan menurut i'tikad Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang biasa kita dapat dalam huraian dan penjelasan Sifat Dua Puluh atau ilmu Tauhid, dan ditolaknya semua huraian dan penjelasan menurut istilah-istilah tarekat, seperti susunan insan dari sepuluh lathifah, begitu juga penolakan terhadap kepada pemakaian zikir dengan berbagai bentuk guna jalan menyampaikan diri kepada Allah, pembahagian muraqabah-muraqabah yang dua puluh. dan lain-lain pelajaran-pelajaran pelik sebagai yang terdapat dalam praktik tarekat-tarekat. Semua itu oleh golongan yang menantang tarekat disangkalnya, dan keterangan itu ditutup dengan firman Allah: " A p a yang didatangkan oleh Rasul kepadamu ambillah dan kerjakanlah, dan apa yang dicegahkannya maka jauhkaniah dirimu daripad a n y a " (Quran, XLI: 7). Mengenai Syeikh yang M u r s y i d golongan yang menantang ini mengatakan bahawa Syeikh yang M u r s y i d itu telah putus sejak zaman Imam Ghazali. Yang ada sekarang hanya guru-guru yang sekadar cukup saja pengetahuannya. Mengenai talkin, peringatan, di antara lain-lain dikemukakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Yusuf Al-Kurani dengan sangat sahih, bahawa Sayyidina Ali pernah berkata kepada Nabi: "Tunjukkanlah daku akan sedekat-dekat jalan kepada Allah dan semudah-mudahnya dan seafdhal-afdhalnya pada sisi Allah''. Maka jawab Nabi: " Y a n g paling baik apa yang aku telah katakan dan apa yang telah pernah dikatakan Nabi-nabi yang sebelumku, iaitu kesaksian: " B a h a w a tiada Tuhan melainkan Allah". Mereka yang menantang ini 31
menyangkal
adanya
tingkat-tingkat yang dapat dicapai dengan zikir-zikir, menyangkal adanya kasyaf, adanya susunan tawasul dan rabithah dan menolak kebiasaan yang dilakukan oieh ahli tarekat itu dalam Islam, sampai kepada berkhalwat, mengasingkan diri dari masyarakat ramai, tidak memakan daging dan makanan enak-enak yang katanya menjadi kebiasaan orang-orang Masehi dalam usaha menahan dirinya. Berhubung dengan penahan diri dari makan dan minum yang enak-enak ini dikemukakan suatu ceritera yang demikian bunyinya, terambil dari pengarang Ruhul Ma'ani. Pada suatu hari Rasulullah memberi pelajaran kepada sahabat-sahabatnya. 'Dalam huraiannya ia menerangkan sifat-sifat manusia dan sifat-sifat hari kiamat demikian jitunya, sehingga orang-orang yang mendengarnya itu sangat terharu dan tidak sedikit yang menumpahkan air-mata. Konon sesudah pengajian itu lalu berkumpullah sepuluh orang daripada sahabat Nabi tersebut di rumah Uthman ibn Math'un A l - J u m b i . Mereka adalah A l i , A b u Bakar, Abdullah ibn M a s ' u d , Abuzar A l Ghaffari, Salim Maula. A b u Huzaifah, Abdullah bin Umar, Miqoad bin A l - A s w a d , Sulaiman Al-Farisi, Ma'qal bin Maqran dan seorang yang punya rumah. Dalam pembicaraannya mereka mengambil keputusan akan menjadi orang suci, akan tetapi puasa siang hari, akan tidak tidur di atas kasur, akan tidak makan daging dan minyak goreng, akan tidak mendekati isteri-isterinya pada malam hari, akan tidak memakai minyak harum dan pakaian yang indah-indah, pendeknya akan meninggalkan kehidupan dunia ini, bahkan ada di antaranya yang lebih aneh, iaitu akan memotong zakarnya atau kemaluannya 32
supaya tidak ada lagi nafsu berahi. Keputusan ini tsrdengar oleh Nabi Muhammad yang dengan segera mendatangi tempat pertemuan itu di rumah Uthman. Kebetulan Uthman tidak ada di rumah, yang ada ialah isterinya Ummu Hakim, lalu Nabi bertanya kepadanya, apa benarkah ada pertemuan antara suaminya dengan sahabat-sahabat. Alangkah sedihnya hati Rasulullah dan murkanya terhadap keputusan-keputusan yang aneh yang telah diambil mereka itu. Tatkala sahabat-sahabat itu datang menemui Rasulullah, maka Rasulullah pun berkata: " S e sungguhnya aku tidak menyuruh kamu berbuat yang demikian itu. Dirimu mempunyai hak-hak atasnya. M a ka hendaklah engkau berpuasa dan berbuka. Engkau berjaga dan tidur. Kerana aku pun berjaga beribadat dan tidur, dan berpuasa dan berbuka puasa dan makan daging, dan makan minyak dan mendatangi isteri-isteriku. Barang siapa yang tidak suka kepada jalanku ini,. maka tidaklah ia masuk golonganku '. Lalu Rasulullah pun mengumpuikan orang-orang banyak dan berkhutbah terhadap mereka itu, di antara lain-lain ia berkata: " A p a k a h tidak aneh kelakuan-kelakuan orang yang mengharamkan perempuan-perempuan, mengharamkan makanan dan harum-haruman, mengharamkan tidur dan syahwat dunia? Ketahuilah olehmu bahawa aku tidak pernah menyuruh akan kamu menjadi qissisin, ulama Nasrani atau ruhban, abid-abid dari golongan Nasrani, kerana keadaan yang demikian itu tidaklah ada dalam agamaku. Tidak ada dalam agamaku meninggalkan makan daging dan meninggalkan perhubungan dengan isterimu atau bertapa dalam tempat suluk, kerana perjalanan umatku itu adalah puasa, dan ibadat mereka itu 33
ialah j i h a d . S e m b a h o l e h m u a k a n A l l a h d a n j a n g a n k a m u persyarikatkan
Dia dengan s e s u a t u , kerjakanlah
hajimu dan umrahmu, dirikanlah luarkanlah
zakatmu.
ibadah
s e m b a h y a n g dan
Berpuasalah pada tiap-tiap
kebulan
R a m a d h a n dan tetaplah beristiqamah atas yang demikian itu, a g a r e n g k a u d i i s t i q a m a h k a n p u l a . S e s u n g g u h n y a b a n y a k l a h u m a t - u m a t y a n g telah b i n a s a s e b e l u m k a m u k e rana bersangatan
d a l a m u r u s a n agamanya
dan
dalam
m e n y a k i t i d i r i n y a . m a k a A l l a h p u n m e n y a k i t i m e r e k a itu pula.
Mereka menghabiskan
ruangan
waktunya
persepian dan tempat-tempat
maka Tuhan
menurunkan
firmanNya
" H a i mereka yang iman! Janganlah kamu
dalam
ruangan-
beribadat yang
saja,
berbunyi:
mengharamkan
a p a - a p a y a n g baik y a n g telah d i h a l a l k a n o l e h A l l a h b a gimu, dan janganlah kamu berlebih-lebihan, kerana Allah tidak s u k a kepada mereka yang berlaku itu"
(Quran V: 90).
34
berlebih-lebihan
VII TAREKAT-TAREKAT YANG DIAKUI KEBENARANNYA Tarekat-tarekat itu banyak sekali, ada tarekat-tarekat yang merupakan induk, diciptakan oleh tokoh-tokoh tasawwuf 'Aqidah, dan ada tarekat-tarekat yang merupakan perpecahan daripada tarekat induk itu, salah dipengaruhi oleh pendapat Syeikh-syeikh tarekat yang mengamalkan di belakangnya atau oleh keadaan setempat, keadaan bangsa yang menganut tarekat-tarekat itu. Banyak di antara perpecahan tarekat-tarekat itu disusun dalam atau diberi istilah-i.stilah yang sesuai dengan tempat kembangnya. Tarekat Naksyabandi misalnya bannyak ditulis orang dalam bahasa dan memakai istilahistilah Farsi. Sebagaimana kita ketahui, bahawa di Indonesia telah ada badan yang khusus menumpahkan perhatiannya kepada tarekat-tarekat, yang sudah diselidiki kebenarannya, yang dinamakan tarekat mu'tabarah. Seorang tokoh tarekat terkemuka, Dr. Syeikh H. Jalaludin, telah banyak menulis tentang tarekat-tarekat, terutama tentang tarekat Kadiriyyah Naksyabandiyyah. la menerangkan bahawa di antara tarekat yang mu'tabar ada 41 macam, sebagai berikut: 1. 2. 3. 4. 5.
Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat
Kadiriyyah Naksyabandiyyah Syaziliyyah Rifa'iyyah Akmadiyyah 35
6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 2930. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37.
Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat Tarekat
Dasukiyyah Akbariyyah Maulawiyyah Qurabiyyah Suhrawardiyyah Khalwatiyyah Jalutiyyah Bakdasiyyah Ghazaliyyah Rumiyyah Jastiyyah Sya'baniyyah Kaisaniyyah Hamzawiyyah Sya'baniyyah 'Alwiyyah 'Usyaqiyyah Bakriyyah 'Umariyyah 'Usmaniyyah 'Aliyyah Abbasiyyah Haddadiyyah Maghribiyyah Ghaibiyyah Hadiriyyah Syattariyyah Bayumiyyah Aidrusiyyah Sanbliyyah Malawiyyah Anfasiyyah 36
38.
Tarekat
Sammaniyyah
39.
Tarekat
Sanusiyyah
40.
Tarekat
Idrisiyyah
41.
Tarekat
Badawïyyah
D a l a m " S h o t e r E n c y l , of I s l a m " ( L e i d e n , 1 9 5 3 ) , k a rangan
H.A.R. G i b b , mengenai kata tarekat,
dimuat se-
b u a h d a f t a r y a n g s a n g a t p a n j a n g dari b e r m a c a m - m a c a m tarekat tar
pokok
dan cabang-cabang perpecahannya.
mi d i p e r b u a t oleh
mengambil Kasyful
terutama
Mu'in
terjemahan
Daf-
dengan
s u m b e r - s u m b e r f a k t a dari k a r a n g a n
Mahjub,
yang diperbuat sabil
pengarangnya
Nicholson, 1911,
Hujwiri Fihrasat'
oleh M . F a s i , S a n u s i ( m g l . 1 8 5 9 ) .
penerbitan
Massignon, Ma'sum
Ali
SalSyah
T h a r a i q u l H a q a ' i q , T e h e r a n 1319, d ' O h s s o n . T a b l e a u g e neral d e l ' e m p i r e o t h o m a n , P a r i s 1 7 8 8 , H u g h e s ,
Dictio-
nary of I s l a m , B r o w n , D a r w i s h e s , G u m u s k h a n i , J a m i ' u l Usul,
Kairo,
1319,
L. R i n n , M a r a b o u t s
et K h o u a n , A l -
g i e r s 1 8 8 5 , Le C h a t e l i e r , C o n f r é r i e s m u s u l m a n e s d u H e jaz, P a r i s 1887, D e p o n t - C o p p o l a n i , C o n f r é r i e s r e l i g i e u s e s m u s u l m a n e s , A l g i e r s 1897, M o n e t t
in E n c y c l o p a e d i a of
R e l i g i o n a n d E t h i c s , M a l c o m , H i s t o r y of P e r s i a , 1 8 1 5 d a n M a s s i g n o n , A n n u n a i r e du M o n d e m u s u i m a n . 1926. Daftar dengan
ini d i s u s u n d e m i k i a n
m u d a h dapat
mengikuti
rapinya, sehingga perkembangan
kita
tarekat-
t a r e k a t itu d a l a m t i a p negeri d a n daerah m a s i n g - m a s i n g . B e b e r a p a buah di a n t a r a n y a t a r e k a t - t a r e k a t panjang
sejarahnya
baik
itu s a y a per-
dengan fakta-fakta
dan
hurai-
an y a n g s a y a a m b i l dari k i t a b - k i t a b e n s a i k e l o p e d i a , m a u pun
daripada
keterangan-keterangan
dalam kitab-kitab ja
dengan
yang
bertaburan
ilmu pengetahuan yang lain, tentu s a -
memperhatikan kepentingan-kepentingan
di
I n d o n e s i a . O l e h k e r a n a itu y a n g s a y a b i c a r a k a n itu
ter-
37
utama tarekat-tarekat yang langsung atau tidak langsung terdapat di tanahair kita, agar dengan demikian kita dapat mengikuti perkembangan kerohanian melalui gerakan-gerakan tarekat itu. Saya sangat menyesal tidak dapat memberikan penjelasan yang sempurna dan lengkap, berhubung dengan lembaran yang terbatas dan sifat pengantar daripada kitab saya yang kecil ini. J i k a Tuhan memberikan usia kepada saya dan inayah taufikNya. s a ya ingin menghuraikan tarekat-tarekat besar yang terdapat di Indonesia sekarang ini secara panjang-lebar dengan menonjolkan pengaruh-pengaruh bangsa dan alam fikiran Indonesia terhadap tarekat itu. Penyelidikan ini akan memakan tempoh yang agak lama dan dalam, dan oleh kerana tu saya ingin berhubung dengan mahasiswa yang menaruh minat dan kesempatan dalam mengadakan penyelidikan ke arah ini, apa lagi kalau saya melihat kesibukan hidup saya meskipun sesudah pencen, pada adanya cita-cita saya itu akan lama tercapai, jika tidak dengan bantuan orang lain dalam moral dan material.
38
VIII S Y A Z I L I Y Y A H Nama pendirinya iaitu Abul Hasan A i i A s y - S y a z i l i , yang dalam sejarah keturunannya dihubungkan orang dengan keturunan dari Hasan anak Ali bin A b i Talib, dan dengan demikian juga keturunan dari Siti Fatimah anak perempuan dari Nabi Muhammad s.a.w. la lahir di Amman, salah satu desa kecil, di Afrika, dekat desa Mensiyah, di maha hidup seorang wali besar Sufi A b dul A b b a s A l - M a r s i , seorang yang tidak asing lagi namanya dalam dunia tasawwuf, kedua-dua desa itu terletak di daerah Maghribi. Syazili lahir kira.kira dalam tahun 573H. Orang yang pernah bertemu dengan dia menerangkan, bahawa Syazili mempunyai perawakan badan yang menarik, bentuk muka yang menunjukkan keimanan dan keikhlasan, warna kulitnya yang sedang serta badannya agak panjang dengan bentuk mukanya yang agak memanjang pula, jari-jari langsing seakan-akan jari-jari orang Hejaz. Menurut Ibn Sibagh bentuk badannya itu menunjukkan bentuk seorang yang penuh dengan rahasia-rahasia hidup. Pendapat ini sesuai dengan pendapat Abul ' A z a ' i m , ringan lidahnya, sedap didengar ucapan-ucapannya, sehingga kalau ia berbicara pembicaraannya itu mempunyai pengertian yang mendalam. Tatkala orang bertanya kepadanya, mengapa ia dinamakan Syazili, ia menjawab bahawa pertanyaan semacam itu pernah dikemukakan kepada Tuhan dalam 39
fananya. Konon Tuhan mengatakan: " Y a , A l i — A k u tidak menamakan dikau dengan nama Syazili, tetapi dengan nama Syazz, yang ertinya jarang, kerana keistimewaanmu dalam berkhidmat k e p a d a K u " . Memang Syazili termasuk salah seorang Sufi yang luar biasa, seorang tokoh Sufi terbesar, yang dipuja dan dipuji di antaranya oleh wali-wali kebatinan dalam kitab-kitabnya, baik kerana keperibadiannya maupun kerana fikiran dan ajaran-ajarannya. Hampir tak ada kitab tasawwuf yang tidak menyebutkan namanya dan mempergunakan ucapan-ucapan yang penuh dengan rahasia dan hikmah untuk menguatkan sesuatu huraian atau pendirian. Dalam menggambarkan sifat-sifat Syazili, M u hammad Al-Maghribi menerangkan, bahawa Tuhan telah menganugerahkan kepada Syazali tiga perkara yang belum pernah dicapai oleh orang-orang sebelumnya dan oleh orang-orang sesudahnya, iaitu dia dan penganut-penganutnya tertulis namanya dalam Luh Mahfuz, bahawa orang yang majezub di antara golongannya kembali kepada dasar kejadian manusia yang suci, dan bahawa qutub-qutubnya berjalan abadi sampai hari kiamat. Konon ia lahir sudah diumumkan oleh beberapa ulama S u fi, bahawa akan lahir di Mesir seorang yang dinamakan Muhammad, yang akan mengadakan pembukaan ilmu dan rahasia keghaiban di tempat itu yang akan masyhur dan dikenal orang dalam zamannya, akan lahir seorang pemuda yang sangat tinggi adabnya dan perilakunya, bermazhab Hanafi, bernama Muhammad ibn Hasan, yang pada pipi sebelah kanan terbayang cahaya yang putih seperti awan. yang warna kulitnya semua putih dan pada matanya terpancar cahaya yang gilang-,. gemilang, dan ia dilahirkan sebagai anak yatim yang miskin. 40
Memang sejak kecil ia telah menunjukkan sifat-sifat salih dan sufi, ia memakai khirqah yang dianugerahkan dari dua orang gurunya yang terbasar, seorang bernama A b u Abdullah bin Harazim, yang seorang lagi bernama Abdullah Abdussalam ibn M a s y i s y , yang keduaduanya penganut dari khalifah Abu Bakar dan dari khalifah Ali bin A b i Talib. Dari sejarah hidupnya kita ketahui, bahawa ia pada waktu kecil pergi dari tehpat lahirnya ke Tunis, dan sesudah belajar beberapa waktu di sana ia pergi ke negara-negara Islam sebelah Timur, di antaranya mengunjungi Mekah dan melakukan ibadat haji beberapa kali, kemudian dari sana barulah ia bertolak ke Irak. Syazili menceriterakan: "Tatkala aku masuk ke Irak pertama kali bergaul dengan Abul Fatah Al-Wasithi. Di Arab terdapat banyak syeikh yang sedia mengajar. Tatkala aku minta ditunjukkan seorang guru yang berkedudukan qutub, orang mengatakan kepadaku, bahawa guru yang aku cari itu ada di negeriku sendiri. Maka kembalilah aku ke Maghrib, sehingga dengan demikian aku bertemu guruku A b u Muhammad Abdussalam, yang sedang bertapa di atas puncak sebuah gunung. A k u segera mandi pada suatu mata-air di bawah gunung itu, dan tatkala aku keluar dari dalam telaga mata-air itu aku merasa ilmu dan amalku sudah bertambah. A k u segera mendekati gunung untuk menemui guruku itu sebagai seorang fakir yang mencari ilmu pengetahuan. Tatkala ia melihat kepadaku, ia lalu berkata: "Marhaban, ya A l i ! " . Kemudian ia menceriterakan panjang-lebar tentang keturunanku sampai berhubungan Rasulullah. Sedang aku mendengar dengan kehairanan". Syazili dianggap sebagai seorang wali yang kera41
mat di antara ceriteranya mengenai persoalan ini, S y a . zili menerangkan b a h a w a ia dalam sebuah mimpi pernah bertemu dengan Nabi Muhammad, yang berkata kepadanya: "Hai A l i ! Pergilah engkau masuk ke negen' M e sir, di sana engkau akan mendidik empat puluh orang siddiqin". Oleh kerana pada waktu itu hari sangat panas Syazili konon mengeluh, dengan katanya: " Y a , Rasulullah! Hari sangat panas dan terik". Nabi berkata: " A d a awan yang akan memayungi kamu semua!" A k u berkata pula: " A k u takut akan kehausan". Nabi menjawab: " L a ngit akan menurunkan hujan untukmu tïap hari" " K e mudian Nabi menjanjikan daku dalam perjalananku itu dengan tujuh puluh macam rahmat". Pada kesempatan yang lain Syazili menceriterakan, bahawa tatkala ia mendatangi gurunya sebagai murid, lalu gurunya mengatakan kepadanya: "Engkau datang kepadaku kerana ingin mendapat ilmu dan petunjuk dalam amal? Ketahuilah bahawa engkau ini adalah salah seorang daripada guru dunia dan akhirat yang terbesar"! Syazili mengemukakan kehairanannya, dan lebihlebih pula ia menjadi ta'ajub, tatkala sesudah beberapa hari ia tinggal di tempat itu, ia melihat pemberian Tuhan mengenai kecerdasan yang luar biasa, yang merupakan di luar adat kebiasaan dan yang merupakan keramat khusus baginya. Tatkala pada suatu kali ia hendak menanyakan kepada gurunya tentang Ismul A ' z a m , dengan tiba-tiba seorang anak kecil datang kepadanya dan berkata dengan lancarnya: " A p a engkau hendak menanyakan gurumu tentang Ismul A ' z a m ? Tidakkah engkau ketahui bahawa engkau sendiri Ismul A ' z a m i t u ? " Sebuah tarekat yang terbentuk menurut namanya Syaziliyyah, merupakan tarekat yang silsilahnya sam42
bung-menyambung sampai kepada Hasan anak Ali bin A b i Talib, melalui Ali bin A b i Talib sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. salah sebuah tarekat yang dikatakan termudah mengenai ilmu dan amal, mengenai ikhwa! dan maqam, ilham dan maqal dengan mudah dia pat membawa pengikut-pengikutnya kepada jazab, mujahadah, hidayah, asrar dan keramat. Tidak begitu berbeza dengan tarekat Naksyabandiyyah. Menurut kitab-kitabnya tarekat Syaziliyyah tidak meledakkan syarat-syarat yang berat kepada Syeikh tarekat, kecuali mereka harus meninggalkan semua perbuatan maksiat, memelihara segala ibadat yang diwajibkan, melakukan ibadat-ibadat sunnat sekuasanya, zikir kepada Tuhan sebanyak mungkin, sekurang-kurangnya, seribu kali sehari semalam, istighfar sebanyak seratus kali, selawat kepada Nabi sekurang-kurangnya seratus kali sehari semalam, serta beberapa zikir lain. Kitab Syaziliyyah meringkaskan sebanyak dua puluh adab, lima sebelum mengucapkan zikir, dua belas dalam mengucapkan zikir. dan tiga sesudah mengucapkan zikir. Akan kita bicarakan dalam bahagian lain dari kitab ini.
43
IX Q A D I R I Y Y A H 1.
Thariqat
Tarekat ini didirikan oleh Syeikh Abdul Qadir A l Jailani, kadang-kadang disebut Al-Jili. Syeikh Abdul Qadir Jailani, seorang alim dan zahid, dianggap Qutubul 'aqtab, mula pertama seorang ahli fiqh yang terkenal dalam mazhab Hambali, kemudian sesudah beralih kegemarannya kepada ilmu tarekat dan hakikat menunjukkan keramat dan tanda-tanda yang berlainan dengan kebiasaan sehari-hari. Orang dapat membaca sejarah hidup dan keanehan-keanehannya dalam kitab yang dinamakan Manaqib Syeikh Abdul Qadir Jailani, asli tertulis dalam bahasa Arab, dan terjemahannya dalam bahasa Indonesia tersiar luas di negeri kita, yang dibaca rakyat pada waktu-waktu tertentu, konon untuk mendapatkan berkatnya. Pertanyaan, apakah mu'jizat dan keramat itu terdapat dasar-dasar pemikirannya dalam Islam, saya ceriterakan pada salah satu kesempatan lain, misalnya dalam kitab saya Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf. Dalam kitab Shorter Encyclopaedia of Islam, karangan H.A.R. Gibb, kita dapati sejarah perkembangan aliran tarekat ini. la mempunyai sebuah ribath sufi di B a ghdad, yang ketika itu lebih penting daripada Zawiyah. tempat melakukan suluk dan latihan-latihan Sufi. Sesudah ia wafat dalam tahun 561H. ( 1 1 6 6 M ) . Madrasahnya itu diteruskan oleh anaknya Abdul Wahhab (1157— 44
1196M), kemudian dilanjutkan pula oleh anaknya Abdus Salam (mal. 1213M.), diceriterakan bahawa ada seorang lagi putéranya, bernama Abdul Razzaq (1134— 1 2 0 6 / 7 M ) , seorang yang sangat zuhud dan salih. ibn -Batutah menceriterakan bahawa dalam masanya sudah mulai dipergunakan orang Zawiyah tempat melakukan latihan-latihan suluk, dan latihan-latihan yang diakukan dalam beberapa zawiyah di Baghdad 4tu sesuai dengan ajaran-ajaran yang terdapat dalam ribath Syeikh A b d u l Qadir Jailani, sehingga dengan demikian ajarannya itu lama kelamaan merupakan satu mazhab sufi, dan tiap murid yang telah menamatkan ajarannya sudah beroleh ijazah khirqah, berjanji akan meneruskan dan menyiarkan ajarannya itu. Demikianlah diceriterakan oleh Suhrawardi dalam kitabnya Awarif Al-Ma'rif, tertulis pada pinggir kitab Ihya karangan Al-Ghazali (Cairo, 1306). A d a yang menerangkan, bahawa muridmurid diwajibkan memakai namanya, tetapi sebagaimana yang tersebut dalam kitab Bahjatul Asrar, Abdul Qadir sendiri tidak menganggap penting perolehan khirqah itu, kerana pembentukan jiwa dan budi pekerti sudah cukup baginya menjadi penutup ajarannya. Sejak dalam masa hidupnya sudah ada beberapa orang yang telah menyempumakan ajarannya dan pergi menyiarkan ajaran itu ke tempat lain. Seorang daripadanya ialah A l i bin Al-Haddad yang kemudian terkenal di Yaman dengan gerakannya, yang lain bernama Muhammad Batha' ini, bertempat tinggal di Ballbek, tetapi memperkembang juga tarekat ini di Syria, Taqiyddin Muhammad Al-Yunani terkenal sebagai seorang penyair tarekat Qadiriyyah yang temama di Ballbek, sedang M u hammad bin Abdus Samad adalah seorang yang diang45
g a p k e r a m a t di M e s i r , kerana k a t a n y a ia m e w a k i l i A b dul Qadir sendiri, yang akan menuntun m a n u s i a nsn e m p u h jalan m e n u j u T u h a n d a n Rasulnya. Bahawa
anak-anaknya
jru
k a n t a r e k a t ini s e b e n a r n y Taimiyah
pernah
meng
!
t, ,, g i a t
menyiar-
d r f a h a m i , m e s k i p u n Ibn ..gkan, b a h a w a
ia p e r n a h
ber-
t e m u dengan salah seurang anaknya, tetapi menjalankan a m a l i b a d a t s e b a o a i s e o r a n g m u s l i m y a n g taat d a n s a . Iih. T e t a p i p e n y e l i d i k a n ahli-ahli k e t i m u r a n barat, m i s a l n y a Le C h a t e i i r
dalam
risalahnya
nes du Hedjaz, menerangkan,
Confréries
bahawa
musulma-
ada
beberapa
orang anaknya d a l a m m a s a ayahnya masih hidup
sudah
menyiarkan
Arab.
Turkistan
ajaran
ini di M o r o c c o , M e s i r , t a n a h
d a n India, E. M e r c i e r m e n e r a n g k a n d a l a m k i -
t a b n y a H i s t o i r e de i ' A f r i q u e S e p t e n t r i o n a l e d i a n t a r a l a in, b a h a w a t a r e k a t
ini
masuk
dalam
daerah
Berber
A f r i k a U t a r a d a l a m a b a d ke-XII M . d a n m e n d a p a t
di so-
kongan daripada pemerintah Fathimiyah, yang memerintah s e k i t a r 1 1 7 1 M . D i c e r i t e r a k a n , b a h a w a t a r e k a t ini m a s u k ke F e s ialah oleh k e r a n a u s a h a a n a k - a n a k A b d u l Q a dir, p e r t a m a I b r a h i m ( m g l . di W a s i t th. 1 1 9 6 M ) ,
kedua
A b d u l A z i z ( m g l . d i J i y a l , s e b u a h d e s a di S i n j a r ) , M e r e k a p i n d a h ke S p a n y o l , t e t a p i t i d a k b e r a p a l a m a s e b e l u m jatuh k o t a G r a n a a ( 1 4 9 2 M ) , m e r e k a d e n g a n k e l u a r g a n y a lari ke M o r o c c o . K u b u r a n - k u b u r a n n y a t e r d a p a t di F e z s e bagai " K e t u r u n a n
Jailani yang
Selanjutnya, diterangkan
mulia"
(Syurafa Jilala).
bahawa penyiaran
tarekat
ini di A s i a K e c i l d a n I s t a m b u l terjadi oleh I s m a i l yang mendirikan tempat luh b u a h t a k i y a h ,
tempat
khalwat
Rumi,
besar serta empat
mengumpulkan
dan
pu-
memberi
m a k a n o r a n g m i s k i n . D a l a m p a d a itu a d a n y a r i b a t h Q a diriyyah
di M e k a h s u d a h berdiri 46
sejak
masih
hidupnya
Syeikh A b d u l Qadir Jailani. Ribatrr yang terdiri di atas Bukit Jabal Qubis di Mekah sangat terkenal sebagai pusat tarekat ini di Mekah, dan banyak didatangi orang dari segala pojok dunia, juga tentu dari ulama-ulama Indonesia yang hendak menempuh tarekat dan beroleh ijazahnya. Memang Jabal Qubis ini saya kenal selama lima tahun saya di Mekah di waktu saya kecil, dan di sana banyak terdapat rumah-rumah tempat tinggal ulamaulama tarekat dan tempat khalwat. Saya masih ingat, bahawa dari puncak Jabal Qubis ini, di mana terdapat masjid Syeikh Abdul Qadir Jailani yang bersejarah. kelihatan Masjidil Haram secara mengharukan. Barangkali keadaan iniiah yang menarik orang-orang tarekat itu di sana untuk berkhalwat. Ada keyakinan orang, bahawa barang siapa yang mendengar panggilan temannya dari Masjid Jabal Qubis itu, pasti beroleh kesempatan naik haji, maka oleh kerana itu banyaklah orang menitip pesanan agar ia dipanggil dari Masjid Abdul Qadir Jailani itu. Hallaj pernah berkhalwat di atas Jabal Qubis, duduk bersimpuh di atas sebuah batu gunung di tengah-tengah terik matahari di M e k a h . Diceriterakan pula, bahawa penyiaran tarekat ini di Afrika Tengah dan Selatan sangat cepat tersiar, misalnya di Guines, Kounta dan Tembaktu. Tarekat Qadiriyyah mempunyai juga zikir-zikir, wirid dan hizib-hizib tertentu. Ada penganutnya yang berkeyakinan demikian rupa sehingga menempatkan A l i bin A b i Talib di atas kedudukan Nabi Muhammad. Hal ini tentu tidak sesuai dengan pendirian Syeikh Abdul Qadir sendiri sebagai seorang Hambali, tentu sudah dipengaruhi oleh keyakinan aliran-aliran lain. Dengan demikian kita lihat, bahawa meskipun bernama Qadiriyyah, 47
kadang-kadang tarekat ini sudah banyak dimasuki oleh faham-faham lain dalam pertumbuhannya. Wirid-wind tarekat Qadiriyyah yang sebenarnya termuat dalam kitab "Al-Fujudat A l - R a b b i n i y y a h " , yang sekarang oleh A b dullah bin M u h a m m a d Al-Ajami, juga seorang alim sufi yang umurnya mencapai 1b3 tahun (536—721H.). Dalam kalangan mereka yang sangat mengagungagungkan kekeramatan Syeikh A b d u l Qadir Jaitóni terdapat ahli filsafat Ibn Arabi, yang menceriterakan panjang-lebar dalam kitab "Al-Futuhat A l - M a k k i y a h " , tentang tasaufnya, pekerjaan.pekerjaan istimewa yang terus-menerus dilakukan Syeikh A b d u l Qadir Jailani dan dalam kuburnya, ucapan-ucapan Ibn Arabi yang dikuatkan oleh Ibn W a r d i dalam kitabnya tarikhnya. Ceritera-ceritera keramat ini, terutama ceritera mengenai keyakinan bahawa sesudah kekuasaan Tuhan hanya terdapat kekuasaan Syeikh Abdul Qadir, menyebabkan Ibn Taimiyah, yang juga bermazhab Hambali menyerang pendapat pengarang-pengarang itu dalam usaha membersihkan diri Syeikh Abdul Qadir. Ibn Taimiyah menyerang dengan kitab " A l - J a w a b A s - S a h i h " dan Ibrahim Syatibi menyerbu dengan kitabnya "Al-I'tisam", sehingga terjadilah peperangan dalam filsafat tasawwuf yang hebat sekali. Kuburan Syeikh Abdul Qadir Jailani ini terdapat di Baghdad, an meskipun pusatnya tarekat ini boleh dikatakan terdapat di Baghdad, tetapi cabang-cabangnya terdapat di seluruh dunia, sehingga Qadiriyyah juga selain merupakan sebuah tarekat, juga merupakan sebuah organisasi atau pergerakan, yang selalu berusaha mengumpulkan dan mengirimkan bantuannya ke pusat untuk keperluan-keperluan amal yang tertentu. 48
X Q A D I R I Y Y A H 2.
Manaqlb
Manaqib Syeikh A b d u i Qadir Jailani, yang biasa dibaca orang seluruh Indonesia pada hari-hari terpenting dalam kehidupan sesuatu keluarga, dicetak dalam bahasa Indonesia berhuruf Arab pada percetakan Sayyid A l i A l - A i d r u s , Keramat Raya Jakarta, dengan semboyan pada kulitnya sebuah ayat Quran yang berbunyi: " K e t a huilah, bahawa aulia Allah itu tidak pernah merasa takut dan gentar", dengan gambar Kubah Qutub Rabbani yang besar dan megah di Baghdad itu. Pengarang kitab ini yang tidak menyebut namanya kerana takut ria dan takabur, mengatakan, bahawa yang mendorongkannya menyusun Manaqib ini ialah ucapan Syeikh A d a w i Al-Hamazawi, bahawa menyebut-menyebut dan mengingat Syeikh Abdul Qadir Jailani itu, menyebabkan turun rahmat Tuhan kepadanya. M a k a terjadilah kegemaran terhadap bacaan ini yang sangat luas di tengah-tengah bangsa kita. Bacaan itu biasanya didahului dengan bacaan fatihah, lengkap dengan bunga rampai, air dingin dan pembakaran kemiyan. Di tengahtengah kepada asap yang harum itu seorang kiyai membaca Manaqib tersebut dan seluruhnya isi rumah mendengarnya dengan khusyu' dan tawadhu'. A p a sebenarnya isi Manaqib itu? Isinya ialah sebahagian besar mengenai riwayat hidupnya, tetapi yang terutama ditonjol-tonjolkan ialah budi pekerti yang ba49
ik, kesalihannya, kazuhudannya dan keramat atau keanehan-keanehan yang didapati orang pada dirinya. Dikatakan bahawa Syeikh Abdul Qadir Jailani itu anaknya A b u Saleh, anak Abdullah dan sebagai tersebut sampai hubungannya kepada Hasan anak A l i bin A b i Talib, kemenakan Nabi Muhammad s.a.w. Ibunya bernama Fatimah atiak Sayyid Abdullah A s - S u m a i AJ-Husaini. Tentang keramatnya sangat banyaknya, taka ada hingganya. Imam N a w a w i menceriterakan tentang keramat ini dalam bukunya bernama Bustanul Arifin, dan mêngatakan bahawa Abdul Qadir itu adalah guru dalam mazhab S y a fi'e dan Hambaü, Imam Sarbuni menceriterakan dalam kitabnya Thabaqat, bahawa tanda-tanda luar biasa pada kekeramatan Syeikh A b d u l Qadir sudah dirasakan ibunya sejak dalgm kandungan, di antaranya ia tidak mau menyusu pada siang hari pada akhir bulan Sya'ban dan dalam bulan Ramadhan, sehingga hal itu menjadi tanda kedatangan bulan puasa pada tiap-tiap tahun. Konon ibunya tatkala pergi mengaji di keiilingi oleh Malaikat, yang menjaga anaknya. Selanjutnya dikemukakan ceritera mengenai kasih sayang. Syeikh Abdul Qadir sejak kecil kepada fakir miskin, menjauhkan segala perbuatan maksiat, gemar belajar dan beramal tidak berkeputusan, seorang anak yang jujur, cinta kepada ibubapanya. Ceritera-ceritera dalam Manaqib ini sesuai dengan beberapa huraian yang ditulis oleh Rusly Akhmad dalam kitabnya berhuruf Latin, bernama Syeikh Abdul Qadir Jailani, penerbitan Pena Mas (Jakarta, 1962). Pada waktu masih kanak-kanak Sayyidina Abdul Qadir tak suka bermain-main dengan anak-anak lain. Kekuatan jiwa batin yang dinyatakan sejak bayinya itu berjalan terus sampai nampak dalam sepak terajangnya 50
sehari-hari dalam kehidupan yang suci. Ibunya dan kakeknya Sayyidina Abdullah Suma'i kedua-daanya W a l i juga memberikan didikan yang sesuai dëngan bakat dan kedudukan sebagai seorang wali. Boleh dikata bahawa Abdul Qadir dilahirkan dan dfdidik dalam ayunan dan lingkungan keluarga Sufi. Di mana saja, manakala beliau berfikir-fikir a k a n bermain. main maka terdengarlah olehnya suara yang menanyakan padanya, ke mana ia mau pergi. Tiap-tiap kali ia mendengar suara itu, kembalilah ia kepangkuan ibunya dan mencari perlindungan daripadanya. Ketika ia berumur 10 tahun, dia diperintahkan mengaji. Gurunya minta kepada para muridnya, agar kepadanya diberikan kelonggaran tempat tersendiri untuk duduk belajar. Pada waktu itu pula mendadak datang pada gurunya seorang laki-laki yang tidak dikenal olehnya, menyatakan yang dia mendengar daripada Malaikat, bahawa A b d u l Qadir kelak kemudian hari akan mencapai suatu tingkatan yang tinggi dalam kebatinan dan kerohanian. Begitulah Abdul Qadir hidup dan belajar di Kota Jailan sampai berusia 18 tahun. Dalam waktu itu beliau telah menerima didikan sepantasnya bagi seorang pemuda dari suatu kuturunan baik-baik dan otaknya meningkat begitu tajam dan begitu cerdasnya sampai suatu pelajaran yang seharusnya dihafal dalam waktu sedikitnya satu minggu olehnya dapat dihafal dan difahami. nya dalam waktu satu hari saja. Pada suatu hari, iaitu pada hari 'Arafah bagi kaum Muslimin yang naik haji atau sehari sebelum hari IdulAdhha, pergilah Abdul Qadir ke ladang untuk meluku. 51
la berdiri di belakang bajak dan sapi bajaknya di depannya. Kemudian sapi menoleh ke belakang dan berkata kepadanya, bahawa bukan beginilah tujuan hidupnya dilahirkan di dunia ini. Peristiwa ini mengejutkan dia dan kembalilah dia pulang. Sekembali di rumahnya naik di atas atap rumah dan dengan mata-hati batini dia melihat suatu majlis yang amat besar di 'Arafah itu. Setelah itu ia memohon kepada ibunya, agar ibunya suka membaktikan dirinya kepada Tuhan serta suka mengirimkannya untuk pergi ke Baghdad meneruskan pelajarannya. Sebagai diketahui oleh umum, pada waktu itu Baghdadlah sebuah pusat kota ilmu yang terkenal oleh seluruh kaum Muslimin dan didatangi oleh para pemuda dari seluruh penjuru dunia Islam. Abdul Qadir berkeinginan keras untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kerohaniannya dalam bergaul dengan lainlain wali berserta orang-orang suci di Baghdad. Kecintaan ibunya, rumah dan tempat kelahirannya, perjalanan yang sukar, berbahaya dan jauh, lagi pula akan berdiam dalam suatu tempat di mana tidak ada teman dan sanak famlli, itu semuanya bagi Abdul Qadir tak menjadikan halangan atau mengurangkan keinginan untuk mencari tambahan ilmunya. Ketika ibunya mendengar permohonan anaknya itu, maka keluarlah air-matanya, mengingat bahawa dia s u dah tua dan suaminya, ayah Abdul Qadir telah lama meninggal dunia. M a k a timbullah pertanyaan dalam hatinya, apakah dia akan dapat bertemu kembali dengan anaknya yang ia cintai dan ia didik dengan kasih mesra itu? Tetapi kerana ibunya itu adalah seorang wanita yang bersih hati dan taat, maka dia tidak menghalang52
halangi kehendak anaknya untuk berbakti kepada Tuhan dengan kebaktian yang sebesar-besarnya. Setelah ibunya menyetujui permohonan ia tadi dan mengizi'nkan untuk berangkat ke Baghdad, maka segeralah segala sesuatu yang perlu untuk perjalanan yang jauh itu disiapkan. W a n g bekal 40 dinar oleh ibunya dimasukkan dalam baju anaknya, lalu dijahit agak tidak mudah hilang atau dicuri orang. Kemudian Abdul Qadir menggabungkan diri pada suatu kafilah yang akan berangkat menuju ke Baghdad. Tetapi sebelum berpisah, ibunya meminta suatu janji dari anaknya, bahawa Abdul Qadir tidak berkata bohong kepada siapa dan dalam keadaan bagaimanapun juga. W a l a u p u n ibunya telah tahu benar, bahawa anaknya itu sejak kecil tak pernah berdusta. Janji itu dipersembahkannya kepada ibunya, kemudian berpisahlah ibu dengan anak, kedua-duanya dengan hati yang amat berat. Harus diingat pula di sini, bahawa perpisahan itu tidak untuk mencari harta, kekayaan, kemewahan, pangkat dan nama, tetapi melulu untuk berbakti kepada Tuhan Yang Maha Esa semata-mata. Setelah beberapa hari kafilah itu berangkat, dan Abdul Qadir turut di dalamnya, berjalan dengan selamat, maka tatkala hampir kafilah itu memasuki Kota Baghdad, apakah yang terjadi? Enam puluh penyamun berkuda merompak itu habis-habisan.
kafilah
Tetapi apa anehnya? Semua perompak tadi tak ada yang memperdulikan, menganiaya atau galak pada Abdul Qadir, kerana sang53
ka mereka pemuda ini tak punya apa-apa. Kemudian ada salah seorang penyamun datang bertanya padanya, apa yang dia punyai, dijawabnya, bahaw a dia mempunyai 40 dinar, dijahit dalam bajunya. Penyamun tadi lalu lapur kepada pemimpinnya apa yang telah dia dengar dari pemuda itu. Lalu diperintahkan oleh pemimpin penyamun supaya pemuda itu dihadapkan kepadanya.
tadi
Setelah Abdul Qadir mengadap dan ditanya oleh pemimpin penyamun itu, apakah benar apa yang telah dikatakan tadi, dijawab olehnya, bahawa benar apa yang telah ia katakan tadi Pemimpin penyamun lalu menyuruh mengiris jahitan bajunya, dan setelah jahitan baju itu tersayat, maka keluarlah 40 dinar itu. Melihat wang itu hati penyamun itu tidak menjadi sukacita, tetapi terpesona sejenak, kemudian menanyakan lagi pada Abdul Qadir, apakah sebabnya dia berkata yang sebenarnya. Dijawab oleh Abdul Qadir dengan tenang, bahawa beliau telah berjanji kepada ibunya, tak akan berkata bo, hong pada siapapun dan dalam keadaan bagaimanapun juga. Mendengar jawapan itu pemimpin penyamun tadi bercucuranlah air-mata dan menangis dengan ters^dusedu, kerana ia merasa dalam hati kecilnya bahawa ia selama hidupnya sampai saat itu, terus-menerus telah melanggar perintah.perintah Tuhannya, sedang seorang pemuda ini tidak berani melanggar janji terhadap ibunya. Seketika itu juga pemimpin penyamun tadi berjabat tangan dengan Abdul Qadir dan berjanji dengan bersikap sopan dan sungguh akan memberhentikan peker54
iaan menyamun ini yang diakuinya sendiri sebagai suatu perbuatan yang hina dan jahat. Kemudian diperintahkan oleh pemimpin penyamun tadi pada-anak buahnya, supaya barang-barang dikembalikan kepada yang punya masing-masing di antara kafilah itu dan dilanjutkanlah perjalanan kafilah itu dengan selamat ke Baghdad. Anak buah penyamun itu seluruhnya jnengikut jejak langkah pemimpinnya dan kembalilah mereka dalam masyarakat biasa mencari nafkah dengan halal dan jujur. Demikian saya catat beberapa ceritera dari karangan Rusly A k h m a d mengenai Syeikh A b d u l Qadir Jailani, sebuah kitab kecil yang tertulis dalam bahasa Indonesia berhuruf latin, dan oleh kerana itu dapatlah dibaca oleh golongan terpelajar dan dicapai dengan mudahnya. Lebih jauh Imam Taqiyyuddin menceriterakan, bahawa pada suatu kali, tatkala Syeikh A b d u ! Qadir memasuki Kota Baghdad ia bertemu dengan Nabi Khaidir, yang memerintahkan ia menunggu pada salah suatu tempat sampai ia kembali. Syeikh Abdul Qadir konon menunggu pada tepi sebuah jalan selama tujuh tahun lamanya, dan selama itu ia hidup dengan makan rumput. Kemudian terdengar suara yang memerintahkan ia masuk Kota Baghdad itu. Syeikh Hammadu Dibas pada suatu hari menunggu muridnya A b d u l Qadir dalam ruang pengajaran. Dari oleh kerana pintu tertutup, Syeikh Abdul Qadir tak berani masuk ke dalamnya, sehingga semalaman itu ia tidur di luar, sampai Dibas pada pagi harinya membuka pintu itu mendapat Syeikh Abdul Qadir di luarnya. Lalu dipeluknya dan berkata: "Tuhan sudah menjadikan engkau kepala dari segala wali-wali". 55
Manaqib banyak sekali menceriterakan hal-hal yang bersangkut-paut dengan kekeramatan A b d u l Qadir, misalnya mengenai keselamatan harta Abdul Muzaffar sebanyak 700 dinar, yang dengan berkat Syeikh Abdul Qadir dapat diselamatkan daripada perompakan di jalan ke Syam, mengenai kealimannya dalam ilmu pengetahuan, kerana sesudah ia berguru pada Dibas, ia beroleh dua lautan ilmu, pertama bahrun nubuwan keilmuan Nabi yang tidak habis-habisnya, kedua bahru futuwah, ilmu A l i bin A b i Talib yang tidak dapat dihingga. Pernah murid.muridnya menceriterakan, bahawa dari dalam bajunya keluar satu ular yang berkata padanya, bahawa ia seorang wali yang tidak dapat dipertakut-takut, ceritera seekor burung mati yang dihidupkannya kembali hanya dengan membaca bismillah, ceritera seorang yang mengadukan nasibnya kepadanya, kerana ia bermimpi berbuat zina, yang dijawabnya ia sudah mengetahui lebih dahulu kerana sudah ia lihat tertulis pada Luh Mahfuz dan sudah diminta keampunan Tuhan, bahawa ia pernah mengatakan tiap orang yang menghadapi sesuatu mala. petaka akan terhindar dari bahaya itu jika menyebut namanya dan bertawassul kepadanya, selanjutnya pernah menyembuhkan seorang perempuan sakit hanya dengan menyuruh mengucapkan pada telinganya "Enyahlah engkau, hai Khanis!", ceritera mengenai beberapa orang yang akan bersoal-jawab dengan dia, kerana keramatnya jatuh murka sekaliannya, ceritera pernah menciptakan seekor ayam hidup daripada sepotong tulang untuk memberi makan seorang yang sedang menderita kelaparan, ceritera seorang Nasrani yang masuk Islam di tangannya, kerana orang Nasrani itu bermimpi bertemu Nabi Isa, yang memerintahkan dia masuk Islam pada Syeikh Abdul Qadir Jailani kerana ia sebaik-baiknya 56
wali, ceritera Khalladi pernah menemui tiga ratus enam puluh orang wali, tetapi tidak ada yang sebesar Syeikh Abdul Qadir Jailani ceritera ia menanggung dosa murid-muridnya, yang tidak mati sebelum taubat kepadanya, ceritera ia memungut buah apel dari angin, tatkala ia lapar bersama Syeikh Abdul Muzaffar dan lain-lain. Diceriterakan orang, bahawa ia pada suatu hari kedatangan cahaya di dadanya yang kilau-kemilau dan yang berkata: " A k u l a h Tuhanmu!" Tetapi Syeikh Abdul Qadir Jailani tahu, bahawa cahaya yang berkata itu tak lain dari syaitan. la mengusirnya dengan kata-kata keji. Barulah syaitan itu memperlihatkan dirinya dan mengakui kelemahannya sambil berkata: "Sudah tujuh puluh orang ahli tarekat kusesatkan, tetapi engkau tidak dapat aku perdayakan". Dan oleh kerana itu Izzuddin bin Abdus Salam berkata, bahawa tidak ada seorang walipun yang dapat mengatasi kedudukan Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dalam pada itu orang sufi memperlengkarkan, mengenai siapa yang lebih tinggi, makam Abdul Qadirkah atau makam Abul Hasan Asy-Syazili. Berkata Syamsuddin Al-Hanafi, bahawa Allah telah memperlihatkan kepadanya ketinggian kedua makam itu, ia dapati makam Asy-Syazili lebih tinggi dari makam Abdul Qadir, yang demikian itu katanya disebabkan kerana Abdul Qadir pada suatu hari ditanyakan orang siapa gurunya. Lalu ia menjawab, bahawa di masa yang telah lampau gurunya itu Syeikh Hammadu Ad-Dibasi, tetapi sekarang ia meminum ilmunya itu dari dua lautan, dari Lautan Nubuwah Nabi Muhammad, dan dari Lautan Futuwah A l i bin A b i Talib. Tetapi tatkala ditanya yang demikian itu kepada Syazili maka dijawabnya, bahawa gurunya di masa 57
yang telah sudah Syeikh A b d u s Salam bin M u s y i s y , sedang sekarang ia meminum ilmu daripada sepuluh lautan, lima lautan langit dan lima lautan bumi. A d a pun lautan langit yang lima terdiri dari gurunya, Jibrail, M i k a il, Israil, Izrail dan Roh, sedang lima yang di bumi adalah A b u Bakar, Umar, Uthman, A l i dan Nabi Muhammad. Meskipun demikian Syeikh A h m a d A l - K a m s y a k h anuwi dalam kitabnya "Jami'ul Usul fil A u l i a " (Mesir 1331H), mengatakan bahawa ahli-ahli Hakikat menetap. kan bahawa makam Abdul Qadir Jailani lebih tinggi dari pada Syazili. Pokok-pokok dasar tarekatnya sama banyaknya dengan Syazili, sama-sama lima buah, Pokok tarekat Syazili terdiri dari lima, iaitu taqwa kepada Tuhan lahir dan batin, mengikut Sunnah dalam perkataan dan perbuatan, menjauhkan diri dari makhluk di depan dan di belakang rela terhadap Tuhan dalam pemberiannya yang sedikit atau banyak, dan kembali kepada Tuhan dalam waktu susah dan senang. Sedang pokok tarekat Qadiriyyah yang lima itu adalah pertama tinggi cita-cita, kedua m'emelihara kehormatan, ketiga memelihara hikmah, keempat melaksanakan maksud, dan kelima mengagungkan ni'mat, keseluruhannya ditujukan kepada Tuhan A l lah semata-mata.
58
XI NAKSYABANDIYYAH Di Indonesia sangat terkenal tarekat Naksyabandiyyah, yang pemeluknya terdapat tidak sedikit, baik di J a w a , baik di Sumatra, maupun di Sulawesi. Tarekat ini asalnya didirikan oleh Muhammad bin Baha'uddin A l Uwaisi Al-Bukhari (717— 791H). la biasa dinamakan Naksyabandi, terambil dari kata Naksyaband, yang bererti lukisan, konon kerana ia ahli dalam memberikan lukisan kehidupan yang ghaib-ghaib. Benar atau tidaknya pengertian ini, kita baca di dalam buku "The Darvishes" karangan J . P . Brown. Dalam "Berlin Catalgue", No. 2188 dari Ahlwardt, kata Naksyaband itu diertikan sama dengan penjagaan bentuk kebahagiaan hati. Gelaran Syah diberikan oleh orang kemudian untuk kehormatan. Muhammad bin Baha'uddin lahir dalam sebuah desa bernama Hinduwan, yang kemudian bernama desa Arifan, jarak beberapa kilometer dari Bukhara. Sebagaimana wali-wali yang lain Muhammad Baha'uddin pun mempunyai ceritera dan tanda-tanda kelahirannya yang aneh. Pada suatu hari seorang wali besar Muhammad Baba Sammasi, berjalan melalui desa'Arifan itu. Tatkala ia memasuki desa itu ia berkata kepada teman-temannya: " B a u yang harum kita cium sekarang ini, datangnya dari orang laki-laki yang akan lahir dalam desa ini" Perkataan ini diucapkannya sebelum lahir Baha'uddin. Pada kali yang lain ia menerangkan pula. bahawa bau yang harum itu telah bertambah semerbak, ucapan mana 59
dikeluarkan kira-kira tiga hari sebelum Baha'uddin lahir. Setelah Baha'uddin lahir ia dihantarkan kepada M u hammad Baba tersebut, yang diterimanya dengan pennerimaan yang penuh gembira, seraya berkata: "Ini adalah anakku, dan baik saksilah kamu, bahawa aku menerimanya". Tatkala ayah Baha'uddin berdatang sembah, agar Amir Kulal tidak menyia-nyiakan anaknya, A m i r K u bal berdiri dan sambil meletakkan tangannya ke atas dada bayi itu, ujarnya: " J i k a saya sia-siakan haknya, pendidikannya dan rawatan untuknya yang lemah-lembut, bukanlah aku ini seorang manusia yang mempunyai makam dalam sejarah Baha'uddin". Kitab Jami'ul Usul menceriterakan lebih lanjut bahawa desa Hinduwan atau Arifan itu adalah sebuah desa yang sangat baik letaknya dan indah bentuknya. Dalam desa itu terdapat banyak taman-taman yang molek dan kebun-kebunan yang menghijau dengan buah-buahan yang aneka warna dan lazat-lazat rasanya. Dalam desa itulah lahir Muhammad Baha'uddin, di tengah-tengah penduduk yang berkelakuan baik-baik pula, dalam tahun 718 ( 1 3 1 7 M ) , diiringi dengan kejadian-kejadian yang ajaib, di luar kiraan manusia mengenai diri wali ini. Ceritera mengenai hidup Naksyabandi menghubungkan keturunannya dengan seorang Qutub Sufi besar, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, yang merupakan keturunan dari Hasan bin A l i bin A b i Talib, kemenakan Nabi Muhammad dan Khalifah yang keempat. Diceriterakan, bahawa Muhammad Baha'uddin mengambil pelajaran tarekat dan ilmu adab qutub A m i r K u lal, yang baru kita sebutkan tadi, tetapi mengenai ilmu hakikat ia banyak beroleh pelajaran dari Uwais Al-Qarni, kerana ia dididik kerohaniannya oleh wali besar A b 60
du) K h a l i k A l - K h u j d a w a n i , y a n g m e n g a m a l k a n
pendidik-
k a n U w a i s itu. K a t a o r a n g , b a h a w a ia m e m a k a i A l - U w a is di b e l a k a n g dengan
namanya, kerana ada hubungan
Uwais Al-Qarni
H.A.R. G i b b dalam kitab Islam"
(Leiden 1953)
" S h o r t e r E n c y c l o p a e d i a of
menceriterakan, bahawa
m a d B a h a ' u d d i n dalam usia delapan belas mang
nenek
itu. Muham-
tahun
me-
p e r n a h d i k i r i m u n t u k belajar ke S a m m a s ,
suatu
d e s a y a n g l e t a k n y a k i r a - k i r a t i g a batu dari B u k h a r a , u n tuk
m e m p e l a j a r i i'mu t a s a u f dari s e o r a n g guru y a n g s a -
ngat t e r n a m a k e t i k a itu, i a i t u M u h a m m a d B a b a A l - S a m masi. M e s k i p u n demikian tidaklah syabandi
itu
seluruh tarekat
bersamaan dengan tarekat
masi, misalnya menurut
tarekat
Baba
Baba A l - S a m m a s i
itu h a r u s d i u c a p k a n d e n g a n s u a r a y a n g N a k s y a b a n d i lebih m e n y u k a i Khalik A l - K h u j d a w a n i
Nak-
As-Samzikir
keras,
tetapi
zikir secara tarekat
Abdul
(seorang wali besar mgl. 5 7 5 H ) .
yang d i u c a p k a n dengan suara yang hampir tidak
kede-
ngaran d a l a m diri peribadi. Dengan demikian antara
lain dari
A s - S a m m a s i , yang
kan pendirian
perbezaan faham
Kemudian
pada akhirnya
Naksyabandi dan
angkat dia menjadi gi ke
m a k a terjadilah
N a k s y a b a n d i dengan teman-teman setarekat yang sakitnya
meng-
khalifahnya.
diceriterakan
Samarkand
dalam
membenar-
dan
dari
bahawa. Naksyabandi s a n a ke B u k h a r a , di
permana
ia k a h w i n , s e s u d a h itu p u l a n g k e m b a l i ke d e s a n y a . B e berapa w a k t u
ia pergi ke N a s a f , u n t u k m e l a n j u t k a n
pe-
l a j a r a n n y a p a d a s e o r a n g khalifah A s - S a m m a s i y a n g bernama A m i r tinggal tahun
Kulal. J u g a diceriterakan
b a h a w a ia p e r n a h
di d e s a - d e s a B u k h a r a d a n b e l a j a r
s e l a m a tujuh
p a d a s e o r a n g arif A d - D i k k i r a n i , s e t e l a h itu ia be61
kerja pada Sultan Khalid, yang pemerintahannya pernah dipuji oleh Ibn Battutah dalam kitab sejarahnya, yang ibu negerinya terletak di Samarkand yang makmur itu. Banyak sedikitnya kemasyhuran pemerintahan itu konon adalah disebabkan oleh M u h a m m a d Baha'uddin Naksyabandi. Sesudah raja yang dilayaninya itu kemudian mangkat ( 1 3 4 7 M ) , Naksyabandi pulang kembali ke Zewartun, di mana ia menjalankan hidup Sufi dan zuhud, dan di mana ia tujuh tahun lamanya dalam kehidupan yang demikian itu melakukan amal-amal untuk manusia dan binatang. Hari-hari yang akhir daripada usianya digunakan untuk tinggal dalam desa kelahirannya, dan meninggal di sana di tengah-tengah keluarga dan pengikutnya yang mencintainya dalam tahun 791H. (1389M). Tetapi ada juga yang mengatakan, bahawa gubahnya itu terdapat di Bukhara (Vambery, Travel in Central A s i a , 1864), yang dikunjungi saban waktu terutama oleh orang-orang Cina, yang datang dari T i . ongkok. Bahawa tarekat Naksyabandi berhubung langsung kepada Nabi Muhammad, diterangkan dalam silsilahnya oleh Muhammad A m i n A l - K u r d i dalam kitabnya " T a n wirul Qulub" (Mesir. 1343H). Katanya^bahawa Naksyabandi beroleh tarekat itu dari Amir Kulal bin Hamzah, yang mengambil pula dari Ali Ar-Ramitni, mengambil pula dari Muhammad Baba A s - S a m m a s i , yang mengambil pula dari Ali Ar-Ramitni, yang masyhur dengan nama Syeikh Azizan, yang menerima tarekat itu dari Arif M^hmud Al-Fughnawi, yang mengambil bei'tur'ut-tu'rut dari Arif Ar-Rijukri, dari Abdul Khalik Al-Khaiwani, dari Abu Yakub Yusuf Al-Hamdani, dari A b u Ali AI.Fadhal bin Muhammad Ath-Thusi Al-Farmadi, dari Abul Hasan 62
Ali bin Ja'far Al-Khirqani dari Abu Yazid Al-Bistami, yang mengambil dari Imam Ja'far Shadiq, salah seorang keturunan dari A b u Bakar A s - S h i d d i q , yang mengambil pula tarekat itu dari neneknya Qasim bin Muhammad, anak A b u Bakar A s - S h i d d i q , yang mengambil pula dari Salrnan Al-Farisi, salah seorang Sahabat Nabi terbesar, yang menerima pula tarekat itu dan' A b u Bakar A s - S h i d diq, sahabat Nabi dan khalifahnya yang pertama, dan A b u Bakar ini menerima langsung tarekat itu dari M u hammad, sebagai yang dicurahkan melalui Malaikat J i b rail oleh Allah Ta'ala. Memang banyak yang mencari hubungan tarekat dengan A b u Bakar, kerana sahabat ini adalah kesayaogan Nabi, dan oleh kerana itu kepadanya dicurahkan ilmu yang istimewa, seperti yang diterangkan oleh Nabi M u h a m m a d sendiri: "Tidak ada sesuatu pun yang dicurahkan Allah ke dalam dadaku, melainkan aku mencurahkannya kembali ke dalam dada A b u B a k a r " . Dan Tarekat Naksyabandi pun konon berasal langsung dari A b u Bakar, dan dengan demikian dari Nabi Muhammad. Tarekat Naksyabandiyyah ini kemudian pecah atas beberapa cabang, satu di antaranya dinamakan tarekat Naksyabandiyyah A l - A l i y a h , yang didasarkan atas amal perbuatan, yang terdiri dari sebelas perkataan Farsi, delapan berasal dari Syeikh Abdul Ghalib Al-Khujdawani dan tiga dari Syeikh Baha'uddin Naksyabandi, sendiri. Yang berasal dari perkataan Farsi ialah: 1. Husydardam, ertinya memelihara keluar masuknya nafas daripada kealpaan kepada Tuhan, sehingga hati itu selalu hadir dan ingat kepadaNya, yang oleh tarekat Naksyabandi dianggap masuk nafas itu hi63
dup berhubungan dengan Tuhan, keluar nafas mati bercerai dengan Tuhan.
itu
2. Nazarbar Qidam, yang ertinya bahawa orang salih Naksyabandi tiap berjalan wajib melihat ke kakinya, pada waktu duduk melihat kepada kedua tangannya, tidak boleh melihat kukisan-lukisan, warna-warna yang indah, dan pemandangan-pemandangan yang indah, yang dapat membimbangkan hati daripada ingat kepada Tuhan. 3. Safardarwathan, yang ertinya berpindah daripada sifat manusia yang kotor kepada sifat Malaikat yang suci, maka diwajibkan kepada tiap salik akan mengontrolkan hatinya, jangan ada ketinggalan cinta kepada makhluk, dan jika rasa cinta kepada makhluk itu masih terdapat dalam hatinya, hendaklah ia bersungguh-sungguh menghilangkannya. 4. Khalawat dar ajuman, yang ertinya khalwat dalam kenyataan, iaitu agar hati selalu hadir kepada hak yang nyata dalam segala keadaan. 5. Jadkard, yang ertinya kekal mengulang-ulang zikir, baik zikir asma atau zat, baik zikir nafi, maupun z i kir isbad. 6.
Bazkasyat, ertinya mengulang lagi zikir nafi dan isbad sesudah meresap kalimat " O h , Tuhanku, Engkaulah tujuanku, dan kerelaanMulah tuntutanku" kerana dengan demikian akan fanalah pandangan yang salik itu terhadap kepada adanya segala makhluk.
7.
Nakahdasyt, yang ertinya, bahawa murid-murid itu harus memelihara hatinya daripada segala bisikan khawatir. 64
8. Yaddasyd, yang ertinya tawajjuh yang istimewa, dengan tidak disertai kata-kata kepada memantapkan nur zat ahdiyah dan hak, yang keadaan fni tidak bisa dicapai kecuali sesudah fana yang sempurnö dan baqa yang lengkap. A d a pun tambahan tiga dasar, yang diletakkan oleh Naksyabandiyyah sendiri ialah: 1. Wuquf zamani, yang ertinya tiap-tiap dua atau tiga jam seorang salik memperhatikan kembali keadaan jiwanya, jika dalam waktu itu ia teringat kepada Tuhan lalu bersyukur kepadaNya jika terlupa harus meminta ampun dan mengucapkan istighfar. 2. Wuquf 'adadi, yang ertinya memelihara bilangan ganjil, ketika melakukan zikir nafi dan isbat, misalnya disudahi pada kali yang ketiga, kali yang kelima, sampai kali yang kedua puluh satu. 3. Wuquf qalbi, yang ertinya menghilangkan fikiran lebih dahulu daripada segala perasaan, kemudian dikumpulkan segala tenaga dan pancaindera, untuk melakukan tawajjuh dengan segala mata-hati yang hakiki untuk menyelami ma'rifat Tuhannya. Dikemukakan bahawa tarekat Naksyabandiyyah itu merupakan suatu tarekat yang lebih dekat kepada tujuannya, dan lebih mudah untuk murid-murid mencapai derajat, kerana didasarkan kepada pelaksanaan yang sangat sederhana, misalnya mengutamakan latihan rasa lebih dahulu yang dinamakan dengan kata istilah jazbah, daripada latihan suluk yang lain, kedua sangat kokoh memegang sunnah Nabi dan menjauhkan bid'ah, menjauhkan diri daripada sifat-sifat yang buruk, memakai segala sifat-sifat yang baik dan akhlak yang sempurna, sedang kebanyakan tarekat yang lain mendahulukan s u 65
luk daripada jazbah itu. Lain daripada itu Tarekat Naksyabandiyyah itu mengajarkan zikir-zikir yang sangat sederhana, lebih mengutamakan zikir hati daripada zikir mulut dengan mengangkat suara. J i k a kita ringkaskan, apakah yang menjadi tujuan pokok daripada tarekat Naksyabandiyyah itu, maka kita akan bertemu dengan enam dasar yang penting, iaitu taubat, uzlah, zuhud, taqw a , qana'ah dan taslim. Untuk mencapai ini mereka jadikan rukun tarekatnya enam pula, pertama ilm, kedua hiIm, ketiga sabar, keempat ridha, kelima ikhlas, dan keenam akhlak yang baik. A d a enam hükum yang dijadikan pegangan daiam tarekat Naksyabandiyyah, pertama ma'rifat, kedua yakin, ketiga sakha, keempat sadaq, kelima syukur, dan keenam tafakkur tentang segala apa yang dijadikan Tuhan. M a k a oieh kerana itu ada enam pula yang wajib dikerjakan dalam tarekat ini, pertama zikir, kedua meninggalkan hawa nafsu, ketiga meninggalkan dunia. keempat melakukan agama dengan sungguhsungguh, kelima berbuat baik (insan) kepada segala makhluk, dan keenam mengerjakan amal kebajikan (amal khair).
XII ZIKIR DAIM LATIHAN JIWA Mengenai Roh dalam tarekat Naksyabandi, saya petik sebagai berikut. Roh atau pun Malaikat bukanlah ia laki-laki dan bukan perempuan, bukan berdarah dan bukan bordaging, bukan bertulang-belulang, dan bukan/tidak roh itu memenuhi ruang, dan tiadalah roh itu dikandung waktu dan tempat. Roh itu tidak beranak dan tidak diperanakkan. Roh itu kekal tidak akan mati, ia hidup selama-lamanya. Sebelum diadakan Nabi A d a m dan H a w a , roh itu telah ada. Bahkan roh terdahulu diadakan Allah daripada langit dan bumi. Biar pun roh itu berapa banyaknya dan berapa besarnya, dapat bertempat pada ruang yang sempit. Keadaannya seolah-olah seperti cahaya, berapa pun besarnya dapat juga masuk dalam sebuah tempat. Misalnya dalam sebuah bilik yang tertutup, laksana sebuah lampu yang bernyala, maka cahaya sinarnya dapat masuk ke dalam bilik itu. Jika kiranya kita di dalamnya, maka cahaya lampu itu pun dapat juga diterima dalam bilik itu, yakni bilik itu tidaklah menjadi sesak sebagaimana cahaya lampu-lampu itu tidak menyesakkan bilik itu. Inilah misalnya roh itu yang mudah kiranya kita fikirkan yang keadaannya berlawanan dengan keadaan badan kasar (benda). Roh itu sekalipun berupa bagaimana rupa yang dipunyainya, tetapi ia tidak berdarah, berdaging, berkulit, bertulang dan sebagainya, seperti badan kasar, dan tidaklah ia dipenga67
ruhi oleh tanah, api, air, angin dan sebagainya seperti badan kasar. Roh itu dapat berpindah-pindah ke tempat yang jauh dengan sendirinya, tidak menghajatkan kenderaan atau alat yang digunakan untuk mengangkut. Jadi singkatnya keadaan roh itu tidaklah seperti keadaan badan kasar Roh itu dapat berbentuk dan berupa seperti bentuk rupa manusia, tetapi bukan seperti- bentuk dengan mata kepala kita. Roh manusia yang mengikut kepada dan rupa manusia yang kasar (tubuh kasar) yang biasa kita lihat jasad itu setelah itu meninggalkan jasad (tubuh kasar) itu. Roh yang ada pada diri manusia adaloh laksana kawat yang menghubungkan antara jasad dan roh, seolaholeh ether yang menghubungkan antara alam benda dan alam roh. Roh yang ada pada diri manusia itu seperti badan kasarnya tercipta serupa bayangan yang bersamaan dengan sifatnya, bentuknya dan bangunnya. Ibarat gambaran dari sebuah rumah, yang kemudian itu didirikan menurut lukisan dari gambar itu. Roh yang ada pada diri manusia itu yang membawa orang hidup berpindah-pindah ke mana-mana tempat sewaktu-waktu sedang tidur atau sedang dalam mimpi, ia mengerjakan beberapa pekerjaan, dengan tidak ditinggalkan oleh jiwanya. Dengan demikian, maka seseorang dapat melihat dan bisa melihat dan mengerjakan beberapa macam pekerjaan dalam waktu beberapa detik saja, sedang pekerjaan-pekerjaan itu jika dikerjakan oleh badan kasar menghendaki waktu-waktu yang berbulan-bulan atau masa lama. Roh itu suatu jisim yang halus, yang berhubung erat dengan jisim kasar. bagaikan percampuran air dengan kayu (tumbuh-tumbuhan) yang hidup. Roh itu ialah semacam jauhar (unsur bersi68
nar) yang berupa lagi halus, ia memikul kekuatan hidup dan pancaindera serta bergerak dan bersemangat. Roh bangsa binatang itu ialah sebangsa unsur yang bersekutu atau berhubungan rapat dengan tubuh kasar, di kala tidur putuslah dan lenyaplah cahayanya dari luar tubuh kasar, dan tidak lenyap dari dalamnya, Roh itu suatu jisim (tubuh) yang bukan seperti tubuh kasarnya, ia sebangsa jisim nur (cahaya) yang tinggi serta halus dan senantiasa bergerak meresap di dalam anggota tubuh, dan berjalan di dalamnya, bagaikan jalannya air di dalam bunga mawar, atau jalannya minyak dalam pohon zaitun atau seperti cahaya api di dalam arang. Ada pun roh yang istimewa bagi manusia (tidak ada pada makhluk bangsa binatang) ialah suatu atau seienis benda yang bercahaya bagaikan unsur yang bersinar, yang dapat memikul beban hidup, dan yang menyebabkan anggota-anggota tubuh kasar serta pancaindera mempunyai perasaan serta kemauan. Memang soal roh ini hingga kini belum ada seorang pun manusia yang dapat menjelaskan keadaan yang sebenarnya, dan ahli ilmu baik dari lingkungan Muslimin mau pun dari para ahli filsafat bangsa Eropah, senantiasa dalam pertikaian faham dan perselisihan pendapaf. Roh itu tidak dikurang (dipenjarakan) dalam tubuh kasar manusia, dan tidak dilepaskan di luar badan manusia, tidak bercerai dengan badan kasarnya, yakni roh itu berhubungan dengan badan. Bagaimana hakikat perhubungan roh dengan badan, Allah yang tahu. Siapa mengenai rohnya, atau jiwanya, atau dirinya, bererti ia telah mengenai Allah. Badan kasar seolah-olah sangkar, dan roh itu sebagai burung. Kalau roh itu tidak mengingati Allah, maka 69
syaitan/iblis dapat membisikkan kepada roh, agar manusia itu mengerjakan larangan Allah. Kalau roh itu lupa kepada Allah, maka dikatakan roh itu sakit pekak, bisu dan buta. Dari itu ahli tarekat Naksyabandiyyah mengajar mendidik rohnya, agar roh itu lancar mengerjakan 17 matapelajaran yang telah dimiliki. Jika murid-murid ikhlas menerima talkin (bai'at) ilmu tarekat Naksyabandiyyah, insya Allah dengan mudah dan yakin 'ainul yakin, haqqul yakin akan membenarkan Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. Jika roh itu sakit, bisu, pekak dan buta, ia diubati dengan .mengingati Allah. Roh yang mengingati Allah, tidaklah akan sakit, bisu, pekak dan buta. Dalam Quran nama Tuhan ada 99 nama, pada hal nama zat Tuhan kita hanya satu iaitu Allah, Allah, Allah, sedang yang 98 macam lagi adalah nama dari sifat A l lah. Sifat Allah bukannya 98 macam, bahkan lebih dari 98 macam, hanya yang disebutkan dalam Quran 98 nama sifat Tuhan kita. Nama Nabi kita bukanlah Muhamad saja, bahkan nama Muhammad pun banyak pula. A d a pun nama roh itu bukanlah roh saja, bahkan amat banyak pula, yakni menurut sifat-sifat dari roh itu. Di antara lain-lain roh dinamai seperti yang tersebut di bawah ini: 1. Roh itu dikatakan hati Rohani. 2. Roh itu dikatakan hati Nurani. 3. Roh itu dikatakan hati Rabbani. 4. Roh itu dikatakan hati Sanubari. 5.
Roh itu dikatakan akal (fikiran).
6. Roh itu dikatakan hati yang batin. 7.
Roh itu dikatakan nyawa (jiwa). 70
8 Roh itu dikatakan Nafsu, (nama nafsu 7 macam) 9. Roh itu dikatakan Sukma. 10. Roh itu dikatakan Rahasia Allah. 11. Roh j t ü dikatakan Jufi (rongga). 12. Roh itu dikatakan Sudur (dada). 13. Roh itu dikatakan Qalbi (hati). 14. Roh itu dikatakan Fuad. 15. Roh itu dikatakan Syagafa. 16. Roh itu dikatakan Insa. 17. Roh itu dikatakan Sir (Rahasia Allah). 18.
Roh itu dikatakan Latiful Qalbi, AJlah, Allah, Allah.
5,000+membaca
19. Roh itu dikatkan Latiful Roh, 1,000+membaca A l lah, Allah, Allah 20.
Roh itu dikatakan Latiful Sir, 1,000+membaca A l lah, Allah, Allah.
21.
Roh itu dikatakan Latiful Khafi, 1,000+membaca A l lah, Allah, Allah.
22.
Roh itu dikatakan Latiful Akhfa, 1,000 + membaca Allah, Allah, Allah. 23. Roh itu dikatakan Latiful Nafsu Natiqah, 1,000 + membaca Allah Allah, Allah. 24. Roh itu dikatakan Latiful Kullu jasad, 1,000+membaca A l l a h , Allah, Allah. 25.
Roh itu dikatakan Nurullah, Nur Zatullah, Sifatullah, Nur A s m a Allah.
26.
Roh itu dikatakan Nur M u h a m m a d / N u r Baginda R a sulullah. Roh itu dikatakan Latiful Rabbaniyyah Ruhaniyyah. Roh itu dikatakan tempat tertulis Kalimah Allah, Allah, Allah.
27. 28.
71
29.
Roh itu dikatakan tempat tertulis Kalimah La illaha illallah.
30.
Roh itu dikatakan seolah-olah cermin tajalli nama Allah.
31.
Roh itu dikatakan seolah-olah cermin tajalli 'af'alullah.
32.
Roh itu dikatakan seolah-olah cermin tajalli sifatullah.
33.
Roh itu dikatakan seolah-olah cermin tajalli zatullah.
34.
Roh itu dikatakan juga Nafsu Muthma'innah atau jiwa-jiwa yang tenteram, jiwa yang tenang, jiwa yang bersih, jiwa yang suci. perhatikan Q.S. Al-Fajri ayat 27.
35. ,
Roh itu dikatakan juga Nafsu Ammarah lihat Q.S. Yusuf ayat 53.
36.
Roh itu dikatakan juga Lawwamah lihat Q.S. Qiyamah ayat 2.
Sebab banyak keperluan roh itu, maka banyak pula namanya. Bagi ahli tarekat Naksyabandiyyah yang tersebut bilangan 18 hingga 24 yakni 7 latifah (7 tempat, 7 macam, 7 derajat) diberi makan 11,000 kali membaca kalimat Allah, dengan tata tertib yang sudah ditentukan pada sisi tarekat Naksyabandiyyah. Roh yang buta diubati dengan kalimah Allah 11,000 kali, atau 7 kali 11,000 siang dan 7 kali 11,000 malam. Demikianlah roh itu berpenyakit bisu (kelu), berpenya. kit pekak atau tuli, dan lain-lain penyakit yang menghinggapi roh itu, ubatnya tidak lain, tidak bukan hanyalah diubati dengan zikrullah. Perhatikan sabda
Nabi 72
Muhammad s.a.w.
yang
maksudnya kira-kira: Dengan mengerjakan hilanglah segala penyakit hati (roh).
zikrullab
Matapelajaran zikir-zikir dalam tarekat Naksyabandiyyah a d a 17 macam, matapelajaran pertama sampai matapelajaran keenam belas, dilaksanakan dengan roh semata-mata, sedang matapelajaran yang ketujuh belas yakni tahlil lisan, dilaksanakan dengan roh dan lidah jasmani. Di antara 17 matapelajaran tarekat Naksyabandiyyah, maka di sini akan dihuraikan secara agak mendalam matapelajaran kedua, yakni zikir latif. Zikir Latif mengerjakan zikir pada 7 tempat, kembali nama roh dari bilangan 18 hingga 24 iaitu:
lihat
18. Roh yang dikatakan latiful Qalbi (hati Sanubari) di situ zikir 5,000 19. Roh yang dikatakan Latiful Roh, di situ zikir 1,000 membaca Allah, Allah, Allah. 20. Roh yang dikatakan Latiful Sir, di situ 1,000 membaca Allah, Allah, Allah. 21. Roh yang dikatakan Latiful Khafi, di situ zikir 1,000 kali membaca Allah, Allah, Allah. 22. Roh yang dikatakan Latiful Akhfa, di situ zikir 1,000 membaca Allah, Allah, Allah. 23. Roh yang dikatakan Latiful Nafsu Natiqah, di situ zikir 1,000 membaca Allah, Allah, Allah. 24. Roh yang dikatakan Latiful Kallu J a s a d , yakni roh yang meliputi seluruh tubuh (badan) di situ zikir 1,000 membaca Allah, Allah, Allah. Kemudian murid melaksanakan tidur istikharah pada malam Jumaat (petang Khamis) atau malam Isnin (petang A h a d ) . Jika dalam tidur itu murid telah mendapat natijah/syamrah tidur istikharah, maka kepada murid itu 73
ditalkinkan zikir pada hati Sanubari (latifatul Qalbi) banyaknya 5,000 dalam sehari semalam. Begitulah terus menerus murid itu mengerjakan zikir 5,000 dalam 24 jam. Jika murid itu masuk suluk, zikir pula Latifatul Qalbi dikerjakan murid 70,000 amalan, lamanya 10 hari. Pada hari kesebelas murid itu disuruh mengerjakan zikir Lataif, yakni zikir Latifatul Qalbi dan ditambah mengerjakan pada 6 Latifah lagi. Latifatul Qalbi berhubung dengan jantung jasmani, pada hal jantung manusia itu bergerak (berdenyut-denyut) dalam satu (1) minit 70 kali bererti dalam 24 jam lebih-kurang 100,000 kali jantung itu bergerak-gerak (berdenyut-denyut). Kenyataan jantung itu bergerak dapat kita raba dengan tangan kita, yakni tekankanlah tapak tangan kita di bawah susu (tetek) kiri pasti dapat kita rasai gerak jantung itu. Kalau jantung itu tidak bergerak, maka orang itu telah mati. A d a pun jantung itu terletak di bawah susu kiri dan condong ke kiri, maka dibangsakan kepada " A l a m u s syahadah' dan dapat dilihat dengan mata kepala, serta dipunyai juga oleh segala manusia dan binatang. A k a n tetapi yang dimaksud dengan "Latifatul Qalb i " itu, bukanlah jantung jasmani tadi. Dia adalah " L a tifah Rabbaniyyah" yang sangat halus dan bernasab kepada "Alamul A m r i " iaitu alam yang tinggi. Dia tidak dimiliki oleh segala manusia. Dialah Roh yang suci dan berpengaruh dalam tubuh in san. Dialah hakikat insan (yang dinamakan diri sebenarrtya diri). Dialah yang dapat mengetahui akan segala hal. 74
Dialah yang bertanggungjawab, dan dipuji atau dicerca/dicela oleh Allah. Dialah induk daripada Latifah-latifah yang lain. Dialah tempat penuangan " l l h a m " dan faidi (limpahan llahi). Dialah yang dapat mendekati Tuhan apabila dibersihkan dari segala najis ma'nawK serta dihiasi dengan zikrullah. Dialah tempat jatuh penilikan Tuhan sebagaimana sabda Nabi Besar Muhammad s.a.w. yang ertinya: " S e sungguhnya Allah tiada menilik rupa dan hartamu tetapi hatimulah ditiliknya (HR. Bukhari M u s l i m ) . Di sinilah orang yang rindu dendam akan Tuhan bakal mendapatkannya sebagaimana telah ditunjukkan A l lah sendiri kepada Nabi M u s a a.s. ketika beliau bertanya katanya: "Tuhanku di manakah saya akan mendapatkan K a u ? " Allah berfirman "Engkau akan mendapatkan A k u dalam hati yang pecah kerana rindu kepadaKu". Untuk membuktikan betapa pentingnya membersihkan "Latifatul Qalbi" itu, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " D i dalam tubuh anak A d a m ada segumpal daging, apabila ia baik, baiklah seluruh jasad, dan apabila ia binasa, binasalah seluruh jasad, ketahuilah dia itu ialah hati". Setelah kita tahu, bahasa hatilah yang berpengaruh dalam tubuh kita, setelah kita tahu bahasa hatilah yang menjadi pokok dan sumber dari segala macam perbuatan anggota yang baik dan jahat, maka kita tahu bahawa hatilah tempat jatuh penilikan Tuhan yang menjadi raja dalam tubuh kita Latifah Roh tarekat-tarekat 75
Sunnah Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim a.s. letaknya dua jari di bawah susu kanan dan condongkan ke sebelah kanan. Berhubungan dengan rabu jasmani. Cahaya merah yang tak dapat dihinggakan. Di sinilah terletak sifat " B a h i m i y a h " (binatang jinak) iaitu sifat penurut, syahwat yang hanya akan membawa ke arah bersenang-senang semata-mata tanpa mengingatkan akan akibatnya. Latifah Sir ini terletak dua jari di atas susu kiri dan condong ke dada. Cahaya putih yang tak dapat dihinggakan tarekat/Sunnah Nabi M u s a . Dikenderai hati jasmani (hati besar). Apabila zikir murid berjalan baik dalam latifah ini maka lenyaplah dengan pertolongan Allah suatu sifat " S a b i ' i y a h " (binatang buas) yang melekat pada manusia. Sifat tersebut apabila dapat dipengaruhi seseorang, maka sudah tentu ia akan berbuat perbuatan binatang buas pula, umpamanya berbuat segala apa yang menjadikan perpecahan, permusuhan, membenci sesama denngan jalan yang tidak hak, aniaya dan menindas kepada yang lemah. Di sinilah murid memperbanyak zikrullah, sehingga tercapailah apa yang disebut "Fana'afizzat" pada sisi ahli Sufiyah, iaitu menyaksikan dengan mata batin bahasa telah lenyap dan musnah zat segala sesuatu, kecuali zat Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan maha suci ia dari segala sifat kekurangan, kelemahan dan sebagainya. Pada Latifah ini murid zikir 1,000 kali membaca kalimah " A l l a h A l l a h " . Latifah Khafi berwarna hitam yang tak dapat dihinggakan. la terletak dua jari di atas susu kanan dan 76
condong ke dada. Latifah ini dikenderai limpa jasmani, tarekat/sunnah Nabi 'Isa AI-Masih a.s. Di sinilah letaknya sifat " S y a i t a n i y a h " - iaitu sifat yang sesuai perangai syaitan menjadi orang pendengki, khianat, busuk hati, rapat di luar runcing di dalam, t e . lunjuk furus kelingking berkait, menggunting dalam lipatan, menohok kawan seiring dan sebagainya. M a k a ke dalam latifah ini zikir "Ailah A l l a h " itu niyah" akan menjadi pengusak dunia, pengacau keamanan dan ketenteraman umum. Pendek kata sifat itu adalah suatu sifat yang akan membawa segala kecelakaan dan kebinasaan dunia dan akhirat. Maka ke dalam lathifah ini zikir " A l l a h A l l a h " itu dipalukan dengan sekuat-kuatnya sehingga terbakar dan hanguslah sifat-sifat tersebut dari dalam hati kita. Di sinilah murid akan dapat merasakan 'fana' yang keempat kalinya, iaitu 'fana fissifatissalbiyah' namanya. Pada Latifatul Khafi ini murid zikir 1,000 kali membaca kalimah Allah Allah. Kesimpulan dalam Latifatul Khafi ada dua sifat kejahatan iaitu Hasad (dengki), busuk hati, dan munafiq, dan di situ ada sifat kebaikan iaitu sifat syukur redha, sabar (tawakkal). Latifah Akhfa terletak di tengah-tengah dada, berhubungan dengan empedu jasmani. Cahayanya hijau yang tak dapat dihinggakan, tarekat/sunnah Junjungan kita Nabi Besar M u h a m m a d s.a.w. Setelah zikir murid berjalan lancar dalam latifah ini, timbullah rasa " i s y q " (rindu) akan Junjungan kita Muhammad s.a.w., sehingga sering-sering rohaniyah beliau itu mengunjunginya, terkadang-kadang dalam mimpi, dalam wirid dan zikir terkadang-kadang waktu b a . ngun, waktu sedar. 77
Hal yang demikian, bukanlah mustahil lagi bagi orang yang telah dapat melihat dan menyaksikan rohaniah Rasulullah s.a.w. yang dapat melihat dan menyaksikan rohaniah Rasulullah s.a.w., itu pada tiap-tiap sesuatu dan banyak lagi hal-hal yang serupa itu, yang hanya akan mentertawakan orang yang anti tarekat, jika diceriterakan keluar. Dalam latifah ini bersaranglah sifat " R a b b a n i y y a h " (ketuhanan), seperti sombong, 'ujub (membanggakan diri), riya', Sum'ah dan sebagainya. M a k a di sinilah murid memperbanyak zikir " A l l a h AJlah" dengan memenuhi syarat-syaratnya, sehingga ' tercapailah empat macam fana, tersingkirlah sifat-sifat yang buruk yang membatalkan amal-amal baik itu. Pada Latifatul Akhfa murid zikir 1,000 kali membaca kalimah Allah Allah. Kesimpulan dalam Latifatul A k h f a ada 4 sifat kejahatan, iaitu pertama ria, kedua takbur, ketiga 'ujub dan keempat sum'ah. Dan di situ ada 4 sifat kebaikan: pertama ikhlas, kedua khusyu', ketiga tadarru' keempat diam (tafakkur). Latifah Nafsu Natiqah terletak di antara dua kening. Cahayanya gilang-gemilang yang tak dapat dihinggakan, dikenderai otak (benak) jasmani. ïnilah dia yang disebut " A n n a f s u A m m a r a h " , (nafsu yang selalu menyuruh akan kejahatan). Dengan dialah kita disuruh berperarig.' Tepat benar sabda Nabi s.a.w. yang ertinya: " M u suhmu yang sebenar.benarnya, ialah nafsu yang ada pada dirimu" (hadis). . Walhasil apabila."Latifatul .Nafsi Natiqah" ini tidak ' kita cuci sebersib-bersihnya maka yakinlah bahawa sifatsifat tersebut akan mempen'garuhi kita, 78
•
Pada dewasa ini betapa banyaknya orang yang dihinggapi penyakit tersebut iaitu penyakit masyarakat yang berbahaya, yang harus kita berantas sampai akarakarnya. M a k a sesungguhnya penyakit tersebut tetap menjadi perintang dan penghalang untuk menciptakan masyarakat yang sejahtera aman, damai, makmur dan bahagia, kerana masyarakat yang semacam ini hanyalah dapat diwujudkan di atas dasar keadilan, kejujuran dengan bersendikan hukum Allah yang sebenar-benarnya, lepas dari pengaruh hawa-nafsu dan syaitan. Pada Latifah inilah murid zikir dengan sebanyakbanyaknya serta pukulan yang sekeras-kerasnya, sehingga terbakarlah sifat-sifat dan hawa-nafsu itu dengan api zikrullah. Kesimpulan dalam Latifatul Nafsi Natiqah ada 2 sifat kejahatan iaitu di situ ada khayal-khayal (gambar) alam seumpama gambar perempuan, dan wang dan lainlain dan kedua panjang angan-angan kewas-wasan, dj situ 2 sifat kebaikan iaitu: tenterarn, tenang fikiran. Latifah "Latifatul Kullu J a s a d " iaitu latifah yang mengenderai di. seluruh tubuh jasmani. Cahayanya gilang-gemilang yang tidak dapat'dihinggakan. Dalam latifah inilah lètaknya sifat "jahil" dan "gaflah". (kebodohan dan kelalaiah) yang telah dilarang oleh Alla.h s.w.t. dengan firmannya: "janganlah engkau termasük golongan yang lalai"' (Quran).' • •Apabila murid senantiasa berzikir. pada latifah ini, 'mengalirJah z\k\r itu di seluruh tubuhnya iaitu dari hujüng rambut^kepala,-hingga ke telapak kakinya. , ' • Inilah dia yarig -disebut* "Sultanul" A z k a r " pada sisi ahli Sufiyah. Kerana apabila ^itetapkan zikir daiam 'latifah ini,° menjalaflah zikir itu ke seluruh tubuh dan 79
bercampur dengan darah, daging, tulang-belulang dan sumsum. Itulah kebahagiaan yang tidak ada bahagia di atasnya lagi. Itulah keni'matan yang tidak ada ni'mat di atasnya lagi. Itulah petunjuk Allah. Allah menunjuki dengan dia siapa saja yang dikehendakinya. Dan siapa yang disesatkan Allah tak adalah orang yang dapat menunjukinya. Pada Latifatirl Kullu Jasad ini murid zikir 1.000 kali membaca kalimah "Allah A l l a h " . Kesimpulan dalam Latifatul Kullu J a s a d ada 2 sifat kejahatan, iaitu jahil dan lalai (lengah), dan 2 sifat kebaikan iaitu ilmu dan amal. J a d i jumlah zikir pada 7 Lataif (7 tempat) banyaknya 5,000+1,0004-1,000+ 1,000 + 1,000+1,000 + 1,000 = 11,000. Demikianlah tersebut dalam kitab Rahasia Mutiara Tarekat Naksyabandiyyah (Bukit Tinggi, 1956), karangan Dr. Syeikh H. Jalaluddin.
80
xm KHALIDIYYAH Cabang Naksyabandiyyah di Turkistan mengaku berasal dari tarekat Thaifuriyyah dan cabang-cabang yang lain terdapat di C i n a , Kazan, Turki, India dan J a w a . Disebutkan dalam sejarah, bahawa tarekat itu didirikan oleh Bahauddin, mgl. 1338M. Dalam pada itu ada suatu cabang Naksyabandiyyah di Turki, yang berdiri dalam abad ke XIX, bernama Khalidiyyah. Menurut sebuah kitab, yang saya terima dari Barmawi Umar, dikatakan, bahawa pokok-pokok tarekat Khalidiyyah Dhiya'iyyah Majdiyyah, diletakkan oleh Syeikh Sulaiman Zuhdi Al-Khalidi, yang lama bertempat tinggal di Mekah. Kitab ini berisi silsilah dan beberapa pengertian yang digunakan dalam tarekat ini, setengahnya tertulis dalam bentuk sajak dan setengahnya tertulis dalam bentuk biasa. Dalam silsilah dapat dibaca, bahaw a tawassul tarekat ini dimulai dengan Dhiyauddin Khalid, sambung-menyambung dengan beberapa Syeikh Naksyabandiyyah, akhirnya sampai kepada Thaifur, J a ' far, Salman, A b u Bakar dan terus kepada Nabi Muhammad, Jibril dan Allah. Jika kita selidiki akan kelihatan, bahawa perpecahan tarekat ini dimulai dari tarekat Aliyyah, satu cabang daripada tarekat Naksyabandiyyah Khawajakaniyyah yang terkenal. Dalam kitab ini dibicarakan silsilah tarekat. adab zikir, tawassul dalam tarekat, adab suluk, tentang salik dan maqamnya, tentang rabitah, dan beberapa fatwa 81
pendek yang diperbuat oleh Syeikh Sulaiman Zuhdi A l Khalidi mengenai beberapa persoalan yang diterimanya dari bermacam-macam daerah, di mana tersiar tarekat ini, termasuk daerah Indonesia, mengenai talqin wanita oleh guru laki-laki tentang khalifah-khalifah yang meninggalkan petunjuk gurunya, tentang istiqamah dan pertanyaan-pertanyaan lain, di antaranya berasal dari A b durrahman bin Yusuf A l - J a w i Al-Banjari. A d a b suluk yang dibicarakan dalam tarekat ini s e suai dengan ajaran Khawajakaniyyah, terdiri daripada delapan tingkat, dinamakan menurut bahasa Farsi, pertama husye dardam, iaitu bernafas tanpa ghaflah, hudur dan wuquf dalam segala keluar masuk nafas pada tiap hal dan tempat, kedua nazar barqadam, melihat kepada kaki untuk menguatkan hudur dan membersihkan jiwa dalam air afaqi, kerana konon pancaindera yang lima adalah sumber mata-air yang dapat membersihkan hati, tetapi dapat juga mengotorkannya, kewajipannya ialah menjaga hati itu yang luasnya seperti lautan samudera. agar tidak dikotorkan. Ketiga safar darwatahan, yang sebenarnya bererti merantau dalam tanahair mencari dalam sesuatu daerah tertentu, tetapi dimaksudkan ialah menukarkan akhlak dan sifat dalam sir diri, dari fana kepada baqa, yang demikian itu dijelaskan dengan perpindahan dari suatu keadaan kepada keadaan lain, dari sesuatu ta'jin kepada la ta'jin. Keempat alah khalawatu dar anjuman, yang bererti tunggal dalam yang banyak. Dengan kata ini dimaksudkan, bahawa pada permulaan khalwat salik itu halnya adalah banyak dalam tunggal. Oleh kerana itu ia diselubungi khuwatir. Apabila halnya sudah meningkat dan hudurnya sudah berubah, maka halnya menjadi tunggal dalam khalwat dan banyak da82
lam jalwat. Jika mu'amalahnya naik pula, maka keadaannya menjadi lebih berubah, iaitu menjadi satu tunggal dalam banyak. M a k a menjadilah pendengarannya dan per.glihatannya sesuai dengan Haq, sebagaimana disebutkan dalam hadis. Kelima berbunyi yadkard, dengan erti zikrullah yang dibagi atas zikir ism zat dengan w u quf, dan zikir nafi serta isbat dengan syarat. Keenam baz kasat, yang sama ertinya dengan: " O h , Tuhan Engkaulah tujuanku! KerelaanMulah yang kucari!" Petunjuk ini merupakan pokok dasar dan niat yang ikhlas dalam ibadat dan amal untuk Tuhan semata-mata, dimulai dengan maksud pada permulaan dan pada kesudahan. Barang siapa ingat kepada Tuhan tetapi beramal untuk kepentingan dunia selain Tuhan adalah sama dengan meninggalkan tarekat Naksyabandi. Ketujuh ialah nakah dasyat yang dimaksudkan bahawa ia diingat dan yang mengingatnya ialah Tuhan, dan dengan demikian lahirlah dalam tarekat ini suatu latihan jiwa yang disebut muraqabah, selalu berada dalam pengawsaan Tuhan. Kedelapan jad dasyat, yang bererti lahir tauhid hakïki dengan lidah sesudah fana dan baqa yang sesempurnasempurnanya. Semua pokok ini menjadi tujuan dan amal dalam suluk Khalidiyyah. Selain daripada itu termasuk dunia semata-mata, yang diucapkan dengan bahasa Farsi wa ghairu in Hamah baisyat. Murid melatih diri dengan tingkat ini dalam sukuknya, dan mursyid memimpinnya dengan baik. Baik tarekat rabitah, maupun tarekat zikir dari cabang Naksyabandiyyah ini terang dan jelas, kedua-duanya dilakukan sebagai suatu jalan untuk mencapai jazbah ilahiyah. Oleh kerana itu sangat diminta perhatian untuk suluk dan arba'in melakukan syarat-syarat yang 83
baik dan adab-adab yang sempurna, di antara lain menerima suluk itu dari mursyid sendiri, yang sudah ditunjukkan dan sudah berijazah untuk sesuatu daerah, menganggap khalwat sebagai tamsi! kubur bagi mat'i, dan oleh kerana itu segera taubat kepada Tuhan, niat untuk menyempurnakan arba'in atau empat puluh hari latihan sebagaimana terseüp dalam banyak kejadian. tersebut dalam Firman Tuhan dalam Quran mengenai petunjuk empat puluh hari itu, seperti Mi'raj Nabi M u s a , pertapaan Nabi Muhammad dalam Gua Hira', selesai pengadukan tanah untuk tubuh A d a m , berbentuk manusia anak dalam kandungan dan lain-lain, selanjutnya mengurangi bicara, mengurangi makan, mengurangai tidur, melakukan zikir yang berkekalan sebagaimana yang diperintahkan oleh syeikh, tidak melakukan perkara-perkara yang membawa kepada bid'ah, seperti menjadi menyanyi dan menari, dan lain-lain petunjuk yang berfaedah baik bagi mursyid, Syeikh. maupun bagi murid yang akan menjalankan tarekat ini, seperti keterangan mengenai tawajjuh dan melakukan khatam Khawajakan, yang tidak saya perpanjang jauh, kerana sudah dibicarakan dalam pembicaraan mengenai tarekat Naksyabandiyyah yang pokok. Huraian-huraian dalam tarekat Naksyabandiyyah baik cabang Al-Bahaiyyah, Mujjaddiyyah, Khalidiyyah, Dhiyaiyyah maupun dalam Khalwatiyyah dan sebagainya banyak berhubungan dengan istilah-istilah dalam bahasa Farsi, bahasa pendirinya Naksyabandi besar itu. Sebagaimana sukar mengikuti istilah-istiiah itu dalam suluk dan riadah, begitu juga dalam filsafatnya dan ilmu hakikatnya. Meskipun demikian saya mencuba mencatat beberapa pengertian dari risalah yang dinamakan "Masiratul 84
Z r » , S ' " ^ P i " 9 saya pe s . l a k a n p e m b a c a m e m p e l a j a r i p e r s o a l a n - p e r s o a l a n ini d a l a m k , t a b - k . t a b . y a n g d i k a r a n g k a n oleh s e o r a n g ula ma y a n g - a h l i d a l a m t a r e k a t N a k s y a b a n d i y y a h , iaitu D r Syeikh H Jalaluddin, karangan-karangan mana mudah terdapat d a l a m pasar buku. S
i
r
a
t
i
S
S a
i r i n
d i
s
U m u m n y a d i c e r i t e r a k a n , b a h a w a m a n u s i a itu ri d a r i p a d a s e p u l u h lata'if, ™
d
a
r
l
a
l
a
m
k
h
a
,
a
k
d
a n l i m a dari
alam amar.
Alam
khalak itu t e r d i r i d a r i n a f s u l h a i w a n i , t u b u h y a n g haiwan,
dan empat
terdi-
yang terbagi atas d u a alam
anasir yang dikenal
bersifat
dengan
turab
t a n a h , m a ' , air, h a w a ' , a n g i n , d a n nar, a p i , k e e m p a t a n a sir s u s u n a n m a n u s i a y a n g k i t a k e n a l d a l a m ajaran t a s a uf. A n a s i r s u s u n a n t u b u h m a n u s i a y a n g k i t a k e n a l d a l a m ajaran t a s a u f a d a y a n g b e r s i f a t kepada tingkat
Malaikat,
ke t i n g k a t b i n a t a n g .
mngangkat manusia
ada yang
Nafsul haiwani
menarik
ke
itu
bawah
diumpamakan
jau.
harah h a l u s y a n g b e r s i f a t a s a p , y a n g m e n g g e r a k k a n n a tiqah d a n h a k i k a t i n s a n , y a n g b e r s a m a akal d a p a t d i g u n a k a n j u g a roh h a i w a n i , y a n g m e m b e r i k e h i d u p a n manusia yang jika menjadi
mayat.
roh ini p u t u s ,
Kekuatan
m a n u s i a itu
d i r i itu terletak
bagi
kembali
dalam
otak,
yang d i n a m a k a n nafsun natiqah dan hakikat insan, yang b e r s a m a akal dapat digunakan untuk m u s y a h a d a t h u l ' a yan sabitah yang ghaib dengan segala bahagian-bahagiannya dan kasyaf, baik yang bersifat w u j u d a n i
maupun
yang bersifat hakiki. P e r a s a a n s e b a h a g i a n t e r d i r i dari p a n c a i n d e r a dan sebahagian terdiri daripada tingkat jiwa yang tujuh, d i mulai dengan j i w a ammarah d i s u d a h i dengan jiwa 'ubudiyah. A d a p u n a l a m a m a r t e r d i r i d a r i p a d a l i m a lataif, 85
ia-
itu qalb, hati, roh, sir, rahasia, khafi, ilham Tuhan, dan akhfa, ilham Tuhan yang lebih pelik. Sebenarnya dua perkataan terakhir ini tidak dapat diterjemahkan dalam bahasa Indonesia khafa' menurut istilah ahli Sufi ialah lathifah rabbaniyyah. yang dicurahkan Tuhan ke dalam roh manusia dengan kekuatan tertentu, saya terjemahkan dengan ilham Tuhan hanya untuk memuda.hkan. Qalb atau hati adalah latifah sanubari berupa darah, terletak di sebelah dada kiri ke bawah, roh haiwani terletak di sebelah kanan, roh insani terletak di antara dada dan tetek kiri, dinamakan sir, yang terletak di antara dua tetek kanan dinamakan khafi, di tengah dada dinamakan akhfa. Latif ah-latif ah ini mempunyai sifat-sifat yang ajaib sebagai kurnia Tuhan. Hati merupakan tempat riqqah, ma'rifah, hubb, sabr, iaitu kelemahan, ma'rifat, kecintaan dan sabar. Roh ialah tempat rahmah, basath dan surur, kasih-sayang, kemurahan dan kegembiraan. Sir ialah tempat farah, dhahak, ghurur, gembira tertawa, kebimbangan. Khafi ialah tempat hazan, khauf, buka', iaitu kecemasan, takut, dan tangis. A k h f a adalah tempat syahwah ur'ah, syaja'ah, harus iaitu hawa-nafsu keberanian, kesatria dan kesungguhan. Diterangkan lebih lanjut, bahawa maqam qalb itu adalah wilayah A d a m . Maqam roh adalah wilayah Nuh dan Ibrahim, maqam sir adalah wilayah M u s a , maqam khafi adalah wilayah Isa dan maqam akhfa adalah wilayah Nabi Muhammad s a. w. Dalam penafsiran lain dijelaskan bahawa alam qalb ialah alam malak dan syahadan, alam roh adalah alam malakur dan arwah. alam sir adalah alam jabarut, alam khafi adalah alam lahut, dan alam akhfa adalah alam ghaib huwiyah ilahiyah. Oleh kerana itu martabat hati itu dimasukkan ke dalam martabat af'al, martabat roh dimasukkan ke dalam martabat asma, martabat sir, di86
masukkan ke dalam martabat sifat salbiyah, dan martabat akhfa adalah martabat zat mutlaqah yang tertinggi. Tiap-tiap lataif amar ini mempunyai nur atau cahaya. Lalu disebut, bahawa cahaya hati itu kuning, cahaya roh merah, cahaya sir, putih, cahaya khafi hitam, cahaya akhfa hijau, cahaya nafsun nathiqah ungu, semua cahaya mi diperoleh sebelum fana, tetapi sesudah fana semuanya menjadi satu, yang disebut launul 'aqiqi, warna batu permata akik. Dan pada akhirnya sesudah baqa hakiki dalam zat, semua cahaya itu tidak mempunyai w a m a lagi, tidak diketahui bagaimana dan juga tidak dibolehkan mencari-cari, mengusut dan menggambargambarkan, kerana tidak ada contoh umpama baginya. Demikianlah kita catat beberapa hal mengenai filsafat dan aqidah Naksyabandiyyah dengan cabang-cabangnya, yang bertali dengan riadhah dan suluk diri dan jiw a manusia, yang rapat hubungannya dengan ajaranajaran amal dan zikirNya. Dari kitab yang saya sebutkan namanya pada per. mulaan karangan ini diketahui, bahawa tarekat Khaliyyah ini pun banyak terdapat di Indonesia, mempunyai syeikh, khalifah dan mursyid-mursyidnya, ternyata daripada beberapa buah surat yang berasal dari Banjarmasin dan daerah-daerah lain, yang dimuat dalam kitab kecil tersebut di atas, berkenaan dengan fatwa Sulaiman Az-Zuhdi Al-Khalidi dalam beberapa masalah dan kesukaran-kesukaran dalam pelaksanaan tarekat itu di Indonesia.
87
XIV SAMMAIMIYYAH Nama tarekat ini terambil daripada nama seorang guru tasauf yang masyhur, disebut Muhammad Samman, seorang guru tarekat yang ternama di Madinah, pengajarannya banyak dikunjungi orang-orang Indonesia di antaranya berasal dari Acheh, dan oleh kerana itu tarekatnya itu banyak tersiar di Acheh, biasa disebut tarekat Sammaniyyah. la meninggal di Madinah dalam tahun 1720M. Sejarah hidupnya dibukukan orang dengan nama Manaqib Tuan Syeikh Muhammad Samman, tertulis bersama kisah Mi'raj Nami Muhammad, dalam huruf Arab, disiarkan dan dibaca dalam kalangan yang sangat luas di Indonesia sebagai bacaan amalan dalam kalangan Rakyat. Sayang alam Manaqib ini tidak berapa banyak yang mengenai kehidupan sehari-hari daripada tokoh tarekat ini, tetapi yang banyak diceriterakan ialah tentang salih dan zuhudnya, keramat dan keanehan-keanehan yang terdapat pada dirinya sebagai kutub, yang pernah hidup di negeri Madinah. Dalam kitab ini disebutkan, bahawa khalifah Syeikh Muhammad Samman, yang bernama Syeikh Siddiq A l - M a d a n i , tertarik akan kisah wali-wali Tuhan dan tertarik kepada Hadis Nabi, yang konon menjanjikan rahmat Tuhan bagi mereka yang suka manaqib wali-wali itu, di samping membaca Quran, membaca tahlil dan bersedekah, tergeraklah ia akan menulis Manaqib gurunya Syeikh Muhammad Samman, 88
yang dianggap akhli syari'at, tarekat dan hakikat, qutub dalam negeri Madinah. Konon pembaca Manaqib Syeikh Muhammad Samman ini kemudian pengaruhnya, sehingga "barang siapa yang berkehendak ziarah akan kubur Rasulullah s.a.w. pada hal tiada minta izin kepadanya (Syeikh Muhammad Samman), nescaya adalah ziarahnya itu s i a - s i a " (halaman 3 ) . Apa sebab maka demikian, kerana Syeikh Muhammad Samman itu pada waktu di Madinah adalah orang yang sangat berkhidmat, sejak masa kecilnya sampai ia menjadi mursyid, seorang yang sangat memuliakan akan ibubapanya, seorang yang selalu musyahadah dan muqarabah dan tidur tidak berkasur, pada waktu-sahur ia bangun sendiri, lalu melakukan ratib, bersembahyang subuh berjemaah, dan segala amal ibadah yang lain. Dalam manaqib diceriterakan segala cara Syeikh Muhammad Samman melakukan ibadatnya, yang oleh pengikut-pengikutnya diturut sebagai tarekat, misalnya ia sembahyang sunat asyraq dua rakaat sunat dhuha dua belas rakaat membanyakkan riadhah, menjauhi kesenangan dunia. Dan oleh kerana itu sebelum sampai umurnya ia sudah termasuk orang yang sahih. Pada suatu hari orang tuanya memberi makan kepadanya, tidak berapa lama kemudian orang tuanya kembali, tetapi dengan terperanjat didapatinya makanan itu masih utuh. Tatkala orang tuanya menceriterakan hal,itu kepada guru anaknya, guru itu menjawab bahawa anak itu tidak syak sudah menjadi waliyullah. Ceritera ini mengemukakan lebih lanjut bagaimana Syeikh Muhammad Samman siang malam duduk dalam zikrullah, bagaimana ia uzlah dan masuk khalwat, ziarah ke Baqi', tempat kuburan segala isteri-isteri Nabi Muhammad yang terletak dekat kota Madinah. 89
Manaqib itu selanjutnya menceriterakan kisah permulaan Syeikh Muhammad Samman menjalani tarekat dan hakikat. Pada suatu kali ia memakai pakaian yang. indah-indah. Kepadanya datang Syeikh Abdul Kadir A l Jailani, membawa pakaian jubah putih. Syeikh Muhammad Samman, yang ketika itu dalam khalwat diperintahkan membuka pakaiannya yang indah-indah itu lalu d i . suruh pakai jubah putih yang dibawanya. Katanya: "Inilah pakaian yang layak untukmu". Konon Syeikh Muhammad Samman selalu menutupnutup dan menyembunyikan ilmunya serta amalnya, hingga datanglah perintah daripada Rasulullah menyuruh melahirkan ilmu dan amalnya itu dalam kota Madinah. M a k a termasyhurlah ilmu dan amal itu, sehingga datanglah orang berduyun-duyun dari beberapa negeri mengambil tarekat kepadanya. Tidak kurang banyaknya datang pengiriman-pengiriman mas dan perak dari raja-raja kepadanya, tetapi mas dan perak itu segera dibagikan kepada fakir miskin, tidaklah ada yang tinggal padanya barang sesen jua pun. Kepada murid-murid Syeikh M u hammad Samman mengajarkan cara sembahyang, cara berzikir, cara bersalawat, membaca istighfar, cara menghadapkan sesuatu permohonan kepada Allah. Tidak lupa ia menasihatkan kepada murid.muridnya supaya ia beramah-tamah dengan fakir miskin, jika ia guru berlemah-lembut kepada muridnya, mendidiknya naik dari satu martabat kepada martabat yang lebih tinggi. Selanjutnya wasiatnya itu berisi ajaran jangan tamak, jangan mencintai dunia, harus menukarkan akal basyariyyah dengan akal rabbaniyyah, tauhid kepada A l lah dalam zat, sifat dan af'alnya. Kemudian Manaqib itu menceriterakan kekeramat90
an Syeikh Muhammad Samman, di antara lain: Barang siapa menyerukan namanya tiga kali, akan hüang kesusahan dunia akhirat. Barang siapa ziarah kepada kuburnya dan membaca Quran serta berzikir, Syeikh Muhammad Samman, mendengarnya. Syeikh Muhammad Samman pernah mengatakan, bahawa ia sejak dalam perut ibunya sudah pernah menjadi wali, barang siapa memakan makanannya, pasti masuk syurga, barang siapa memasuki langgarnya, nescaya diampuni Allah dosanya. Sebenamya sejarah hidup yang lengkap daripada Syeikh Muhammad Samman ditulis orang dalam kitab Manaqib Al-Kubra, yang saya terangkan isinya ini adalah cacatan dari Manaqib itu, yang diusahakan oleh Haji Mohammad Idris bin Mohammad Tahir, Kampong Delapan llir Sungai Bayyas, mungkin di Palembang. Pada penutup Manaqibnya diterangkan, bahawa seorang bernama Tuan Haji Muhammad Akib Ibn Hasannuddin di negeri Palembang berhutang seribu enam puluh ringgit, yang tak ada jalan lagi untuk membayarnya sudah kirakira lima tahun lebih. Maka ia pun dukacitalah kerana hutangnya itu. Maka pada suatu hari sambil menangis ia meminta kepada Tuan Syeikh Muhammad Samman, seraya katanya: "Jikalau sesungguhnya Tuan Syeikh M u hammad Samman itu qutub yang mempunyai keramat yang sangat besar, nescaya dilepaskan Allah s.w.t. dari hutangku itu". Maka kata orang itu pula: " M a k a tiba-tiba belum boleh sampai setahun lamanya daripada perkataan fakir itu, sudah dilepaskan Allah daripada segala hutang fakir itu dengan berkat keramat Tuan Syeikh M u hammad S a m m a n " (15). Demikianlah ceritera-ceritera yang aneh-aneh tentang Syeikh Muhammad Samman, termuat dalam Mana91
qibnya, yang membuat orang tertarik dan gemar untuk membacakan pada kesempatan-kesempatan yang penting. Manaqib tersebut dalam kalangan anak negeri, terutama di Sumatera. begitu juga dalam segala do'a dan amal ibadat bertawassul kepadanya. Manaqib pendek ini, yang mula-mula diterbitkan di Bombay, kemudian oleh Sulaiman M a ' i di Surabaya, tersiar sangat luas, pada akhirnya ditutup dengan sebuah do'a dalam bahasa Arab untuk bertawassul kepada Syeikh tarekat terbesar itu. Memang tarekat ini sangat luas tersiar di Acheh, sebagaimana dikatakan oleh R.A. Dr. Hoesein Jayadiningrat dalam "Atjesch-Nederlandsch Woordenboek" ( B a tavia, 1934), mula-mula dalam bentuk tarekat yang bersih dan zikirnya terkenal dengan Rateb Samman, tetapi lama-kelamaan tarekat ini berubah menjadi suatu kesenian tari yang hampir s a m a sekali tidak ada lagi hubungan dengan tarekat. Bahkan kebanyakan ulama Acheh menentang Rateb Samman itu, yang dinamakan juga Meusamman atau Seudati, kerana merupakan suatu kebudayaan yang dapat mengakibatkan hal-hal yang bertentangan dengan agama. Tidak saja bacaan-bacaan yang berasal daripada zikir sudah berubah bunyinya menjadi sya'ir-sya'ir percintaan, bahkan sebagai pertumbuhan kebudayaan sudah menular kepada permainan kaum w a nita, yang dinamakan Seudati Inong. Dr. C. Snouck Horgronje dalam bukunya " D e Atjehers" (Batavia 1894, deel II) menceriterakan, bahawa Syeikh Muhammad Samman menyusun Ratebnya dalam bahagian pertama dari abad ke 18 di Madinah, dalam kota di mana Syeikh A h m a d Qusyasyi (mgl. 1661) pernah juga menyiarkan ajaran tarekatnya yang berasal da92
ri Syattanyyah, tarekat yang tidak asing lagi di Indonesia. Tujuannya, sebagaimana guru-guru tarekat yang lain, ialah memberikan suatu latihan kepada murid-muridnya untuk pada akhirnya mencari keredhaan Tuhan dan kedekatan kepadanya, sebagaimana terdapat dalam ajaran-ajaran sufi yang lain. Kedua-dua guru tarekat ini melatih muridnya dalam ajaran yang sangat sederhana. Tarekat Sammaniyyah terdiri daripada ucapan-ucapan zikir, yang biasanya diamalkan malam Jumaat dalam masjid dan ianggar-langgar bersama-sama sampai jauh malam. Zikir dan ratib itu biasanya diucapkan dengan suara yang sangat keras, terdiri daripada nama Tuhan dan seruan kepadaNya, dengan cara-cara yang tertentu, di bawah pimpinan seorang guru. Di samping kalimah syahadah, ratib Samman ini menunjukkan keistimewaan dalam zikir, yang hanya menggunakan perkataan Hu, iaitu Dia ( A l l a h ) . Dr. Snouck Horgronje mengakui di samping ratib Samman, lebih popuier lagi di Acheh "Hikayat S a m m a n " yang sebagaimana saya sudah ceriterakan di atas disusun daripada ceritera-ceritera di atas yang aneh yang menunjukkan kekeramatannya. Tidak saja dibaca orang untuk mengetahui isinya, tetapi juga untuk amal yang diharapkan pahala, diharapkan pertolongan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau meiepaskan diri daripada sesuatu kecelakaan. Banyak orang bernazar akan me-mperoleh sesuatu, yang dilepaskannya dengan membaca Manajib Syeikh Samman. Sepanjang penyelidikan saya, Manaqib Syeikh Samman itu, sebagaimana yang tersiar di Indonesia tidak semua sama isinya. Rupanya tiap-tiap pengarang Indonesia tidak semua sama menterjemahkan beberapa ba93
hagian terpenting dari Manaqib Al-Kubra berbahasa Arab, mana-mana yang diapggap penting. Dalam M a n a qib Syeikh Muhammad Samman Saleh Krukut yang disusun oleh Haji Muhammad Nasir bin Haji Muhammad S a leh Krukut dan dicetak pada percetakan Sayyid Uthman Jakarta, saya dapati ceritera-ceritera yang berlainan, meskipun semuanya mengenai kekeramatan Syeikh M u hammad Samman itu. Di antara ceritera yang dikemukakan, tidak terdapat pada naskhah tersebut di atas, adalah mengenai suatu kejadian atas dirinya Syeikh A b d u l lah Al-Basri yang konon kerana kesalahannya pernah dipenjarakan dalam bulan Ramadhan di Mekah, dan dirantai kaki dan lehernya. Kehabisan akal menyebabkan A b dullah Al-Basri meminta tolong dengan menyebutkan tiga kali nama Syeikh Samman. M a k a dengan tiba-tiba jatuhlah rantai itu semata demi semata, sehingga ia dapat keluar dari penjara. Hal itu diketahui oleh seorang murid Syeikh Samman yang lain, yang bertanya kepadanya bagaimana maka ia dapat terlepas dari rantai. J a wabnya: "Tatkala aku meneriakkan namanya tiga kali, aku lihat Tuan Syeikh Muhammad Samman berdiri di hadapanku dan marah. Tatkala aku pandang mukanya tersungkurlah aku dan lupa akan diriku serta pingsan. Tatkala aku sedar kembali kulihat rantai itu telah terbuka dari badanku. Demikianlah kekeramatan Syeikh M u h a m mad Samman i t u " (14). Syeikh Muhammad Samman dilahirkan tahun 1189H pada hari Rabu, tanggal 2 haribulan Zul-hijjah, dan kuburannya di Baqi', dekat kuburan segala isteri Nabi.
94
XV R1FAÏYYAH Tidak banyak kita mengetahui tentang tarekat ini, meskipun namanya terkenal di Indonesia kerana tabuhan rebana, yang namanya di Acheh rapa'i, perkataan yang terambil dari Rafa'i pendiri dan penyiar tarekat ini, begitu juga dikenal orang di Sumatera permainan dabus, menikam diri dengan sepotong senjata tajam, yang diiringi zikir-zikir tertentu. Dalam "Handworterbuch des Islam", (Leiden, 1941) saya hanya mendapat beberapa catatan tentang Ahmad bin A l i Abul Abbas, yang dianggap pencipta daripada tarekat Rifa'iyyah itu. ia meninggal di Umm A b i dah pada 22 J a m a d i l - A w w a l , 578H, (23 September, 1183). Sedang tanggal lahirnya diperselisihkan orang, ada yang mengatakan dalam bulan Muharram 500H, (September 1106) dan ada yang mengatakan dalam bulan Rajab tahun 512H. (Oktober/November 1118) di Qaryah Hassan, dekat Basrah. A d a orang berpendapat bahawa nama Rifa'i ini terambil daripada nama aku Rifa'a, yang sedah terdapat di Mekah sejak tahun 317H, pindah dari sana ke Sevillah di Spanyol, dan dari sana dalam tahun 450H., datanglah kakek dari Ahmad itu ke Basrah. Oleh kerana itu beberapa lama kakeknya itu memakai nama Al-Maghribi, kerana ia datang dari Barat. Ibn Khalikan tidak banyak menulis tentang sejarah hidupnya. Lebih banyak diutarakan beberapa catatan mengenai hidupnya dalam kitab Tarikh Islam, karangan A z 95
Zahabi, dalam kitab Tanwiru! A b s a r (Kairo, 1806), Q i ladatul Jawahir (Bairut, 1801, dart sebagai orang Suft dalam Manaqib, yang tentu lebih banyak membicarakan tentang kekeramatannya daripada mengenai keperibadian, pendidikan dan perjuangannya, terutama yang dituiis oleh Al-Hammami dan Al-Faruthi (mgl. 694). Dari sejarah hidupnya itu dapat kita ketahui, bahaw a tatkala ia berumur tujuh tahun, ayahnya meninggal di Baghdad dalam tahun 419, dan ia dididik oleh pamannya Mansur Al-Batha'ihi, yang tinggal di Basrah. M e n u rut Sya'rani dalam kitabnya Lawaqihui Anwar, pamannya itu adalah seorang Syeikh Tarekat, yang kemudian dinamakan menurut A h m a d " R i f a ' i y y a h " . la pernah belajar juga pada seorang pamannya yang lain, Abul Fadl A l i A l - W a s i t h i , mengenai hukum-hukum Islam dalam mazhab Syafi'ie. la belajar dengan giat dalam segala c a bang ilmu sampai umur 27 tahun. la mendapat ijazah dari Abul Fadl dan Khirqah dari Mansur, yang telah bertempat tinggal di U m m Abidah, dan yang kemudian meninggal di sana dalam tahun 540. A h m a d tidak meiepaskan keluarga ini dan banyak bergaul dengan anak-anak Mansur, yang semuanya ahli tarekat, Orang tidak mengetahui apa ia pernah menulis kitab mengenai tarekatnya. Yaqut pun tidak menceriterakan apa-apa tentang itu. Beberapa hal mengenai tarekatnya ditulis oleh murid-muridnya, begitu juga terdapat di sana sini dalam kitab-kitab yang membicarakan tentang ilmu Sufi. Dengan demikian menjadi pentinglah yang ditulis oleh Abul Huda mengenai pengajaran-pengajarannya, kumpulan-kumpulan syairnya, do'a dalam bermacam bentuk, wirid-wirid dalam kitab-kitab yang aneka warna. Dalam manaqib ada diterangkan, bahawa 96
ia mengaku dirinya na'ib dari Ali dan Fatimah dan b a nyak orang Sufi memberikan dia gelar Qutub, Ghaus, dan Syeikh. Manaqtbnya menceriterakan tentang bermacam-macam hal yang terjadi pada dirinya, misalnya tentang bersedekah, tentang pergaulan dengan seorang tokoh Sufi terbesar dalam zamannya, yang melebihi kekeramatannya. Di antara ceritera yang aneh ialah mengenai ziarah Rifa'i ke Madinah. Tatkala menziarahi kubur Nabi M u hammad, Nabi konon mengeiuarkan tangannya dari dalam kubur, sehingga dapat dicium oleh Rifa'i. Sebagaimana kita katakan, bahawa tarekat Rifa'iyyah ini terkenal di Indonesia, meskipun agak berbeza dengan tarekat-tarekat lain dalam hal menyiksa diri dan melakukannya sebagai salah satu tanda khusus bagi tarekat ini. Permainan ini dinamakan dabus. Perkataan dabus ini berasal dari bahasa Arab dabbus iaitu sepotong besi yang tajam. Dalam permainan dabus ini orang-orang Rifa'iyyah berzikir di tengah-tengah suara rebana yang gemuruh, di Acheh Rapa'i namanya, sebagaimana kita katakan di atas berasal dari Rifa'i, tokoh tarekat yang dianggap keramat, meninggal 1182M., seorang teman semasa dengan tokoh tarekat besar yang lain A b d u l Kadir Jailani, meninggal 1166M. pendiri tarekat Qadiriyyah. Memang sebagaimana yang dikatakan oieh Dr. C. Snouck Hurgronje dalam " D e A t jehers", di jilid II, Halaman 256, permainan dabus dan rebana ini sangat rapat hubungannya dengan tarekat R i fa'iyyah itu. Penganut-penganut tarekat yang dianggap sudah sempurna dan keramat dikurniai Tuhan dengan bermacam-macam keajaiban, di antaranya kebal, tidak dimakan senjata tajam, tidak terbakar dalam api yang 97
menyala-nyala dan sebagainya, kerana dengan bantuan kedua wali A h m a d Rifa'i dan A b d u l Kadir Jailani, Tuhan memperlihatkan keajaiban-keajaiban itu kepadanya. Kita baca dalam "Encyclopaedie van Nederlandsch Oost Indie", bahawa permainan dabus ini bersama-sama tarekat Rifa'iyyah tersiar hampir seluruh Indonesia. C. Poensen menceriterakan tentang permainap dabus ini di tanah Pasundan dalam kitabnya "Het daboes van Santri S o e n d a " , begitu juga kita baca dalam kitab-kitab karangan ahli ketimuran lain, bahawa permainan ini bersama-sama tarekatnya masuk ke Sumatera Barat dengan nama badabuih. Dalam kitab-kitab tua tulisan tangan, yang masih terdapat di sana-sini di seluruh Indonesia, kita masih mendapati ajaran-ajaran A h m a d Rifa'i ini, meskipun gerakan ini tidak begitu kelihatan lagi hidup dalam masyarakat. Tarekat Rifa'iyyah J n i , yang mula-mula berdiri di Irak kemudian tersiar luas ke Basrah, sampai ke Damaskas dan Stambul di Turki. Cabang-cabang yang terdapat di Syria ialah Haririyyah, Sa'adiyyah dan Sayyadiyyah, yang terdapat di M e s i r bernama Baziyyah, M a l i k i yyah dan Habibiyyah, terutama dalam abad yang ke XIX Masehi. Cabangan Sa'adiyyah di Syria didirikan oleh S a ' duddin J i b a w i (mgl. 1 3 3 5 M ) , yang bercabang pula, masing-masing tlidirikan oleh dan bernama A b d u s Salamiyyah dan Abdul Wafaiyyah. Hariri pendiri cabang di Syria mgl. 1247.
98
XVI 'AIDRUSIYYAH Salah satu daripada tarekat yang masyhur dalam kalangan Ba ' A l a w i ialah AI.'Aidrusiyyah, terutama dalam tasauf aqidah. Hampir tiap-tiap buku tasauf menyebutkan nama AI-'Aidrus sebagai salah seorang tokoh Sufi yang ternama dan mengulangi beberapa ucapan mengenai pandangannya dalam beberapa masalah tasauf. S a ya pun berjumpa beberapa kali dengan nama AI-'Aidrus itu dalam penyelidikan saya mengenai beberapa masalah tasauf, tetapi dengan menyesal saya tidak dapat m e . ngetahui dengan sebenarnya AI-'Aidrus mana yang dikehendaki, kerana penyebutan nama suku itu sangat sederhana sekali dalam beberapa kitab Sufi. AI-'Aidrus adalah nama salah satu suku Arab Selatan yang masyhur, yang di dalamnya banyak terdapat tokoh-tokoh S u fi ternama. Saya mencari sebuah kitab yang khusus membicarakan AI-'Aidrus sebagai tokoh Sufi terbesar, yang pandangannya acapkali disinggung-singgung mengenai masalah tasauf, tetapi dengan menyesal saya tidak mendapati kitab semacam itu. Dari seorang ulama yang terkenal di Jakarta, ,.,„.£. Salim bin Jindan. saya mendapat beberapa buah kitab, yang dapat memberikan saya sedikit keterangan mengenai tarekat dan wali-wali AI-'Aidrus itu, yang dapat saya anggap pemimpin-pemimpin yang terkemuka dalam tarekat AI-'Aidrusiyyah. Terutama sebuah kitab yang saya pinjam dari ahli Hadis ternama S. Salib bin Jindan itu, kitab " A l - Y a w a q i t u l 99
Jauhariyyah" (Mesir, 1317), meninggal tarekat AI-'Alawiyyah, dapat memberikan saya sedikit penerangan tentang AI-'Aidrus itu. Kitab tersebut dikarang oleh tokoh Sufi yang terkemuka dari tarekat AI-'Aidrusiyyah itu, yang digelarkan qutub dan imamul 'arifin, 'Aidrus ibn Umar bin 'Aidrus Al-Habasyi. Dalam kitab ini dibicarakan beberapa riwayat hidup daripada tokoh-tokoh Sufi Ba ' A l a w i , pandangan dan sifat-sifat tarekat yang mereka jalankan, beberapa riwayat hidup daripada guru-guru tarekat yang mempunyai hubungan silsilah dan khirqah dengan tokoh-tokoh AI-'Aidrusiyyah. Sebagai gurunya yang kelima disebutkan nama A l Hasan bin Salih bin "Aidrus Al-Bahar Al-Jufri, yang di antara lain banyak memberikan bantuan kepada pengarang kitab tersebut mengenai tarekat AI-'Aidrusiyyah, baik dalam zikir maupun dalam melakukan suluk, dan dengan demikian sampailah kepadanya ajaran-ajaran Syeikh Abdullah bin ' A l a w i Al-Haddad dan ajaran-ajaran Syeikh Abdullah bin A b i Bakar AI-'Aidrus Ba ' A l w i , sampai ia beroleh ijazah dari gurunya yang kelima itu (1:101). Guru-guru yang lain yang telah mendidiknya dalam ilmu tarekat ialah bin Samidh, bin Thahir, Al-Jufri, Al-Haddad, Al-Habasyi, bin Saqqaf, bin Yahya, Balfaqih, d a n lain-lain, begitu juga ia menyebutkan nama-nama tokoh-tokoh Sufi lain yang terkenal dalam segala bidang seperti Al-Ghazali, untuk membuktikan, bahawa tarekat yang dianutnya dan disiarkan berdasarkan Quran dan Sunnah, melalui Ahli Baid, berhubungan dengan Nabi M u h a m m a d s.a.w. Kitab " B a i t u s S i d d i q " ( M e s i r , 1323), karangan S. Muhammad Taufiq Al-Bakri, menyebut, bahawa tarekat AI-'Awaliyyah atau tarekat Ba ' A l a w i dirikan dan dina100
makan menurut nama Imam Besar M u h a m m a d bin Ali Ba ' A l a w i Al-Ja'fari. Kalimat Al-Ja'fari yang terakhir ini menunjukkan, bahawa ilmu fiqh yang diamalkan dalam tarekat'ini mungkin menurut mazhab Al-Ja'fari, salah s a tu mazhab dalam golongan Syi'ah yang terdekat dengan Ahli Sunnah w a l Jama'ah. Juga di dalam kitab itu disebut, bahawa tarekat AI-'Aidrusiyyah dirikan dan disiarkan yang pertama kali oleh Imam yang masyhur S. A b u Bakar AI-'Aidrus, raja 'Adan, yang meninggal dunia d a lam tahun 814H. Pengarang kita " A l - Y a w a q i t u l Jauhariyyah" yang bam kita sebutkan di atas ini, menerangkan, bahawa Syeikh Tarekat AI-'Aidrusiyyah itu, A b u Bakar Ibn Syeikh Abdullah AI-'Aidrus bin A b i Bakar As-Sakran, diperanakkan di Tarim, sangat salih, menghafal Al-Quran serta tafsir, mempelajari ilmu lahir dan batin pada beberapa tokoh-tokoh terkemuka, dan juga beroleh ijazah serta khirqah dari beberapa tokoh Sufi yang terkenal, di antaranya dari neneknya Abdul Rahman dalam tahun 865H. la mempelajari memperdalam ilmu tasauf di antaranya dengan membaca kitab-kitab yang terkenal, seperti Ihya, Awariful Ma'arif, Risalah Qusyairiyyah dan kitab-kitab yang lain. Dalam kitabnya "AI-SHsilatul Quddusiyyah", yang membahas khirqah AI-'Aidrusiyyah, ia menerangkan, bahawa Syeikhnya A b u Bakar itu mempunyai khirqah dan silsilah dari tokoh-tokoh Sufi yang terkemuka, sambung-menyambung sampai kepada S y a zili, Ibnul Maghribi, Al-Jabarti, A b u M a d y a n , A b d u l K a dir Jailani, Imam Suhrawardi dan lain-lain, yang menyebutkan namanya satu persatu orang dalam kitabnya. Sejarah hidup AI-'Aidrus ini menunjukkan maqam dan ahwalnya yang gilang-gemilang, penuh kemurnian, kesuci101
an dan keajaiban, penuh dengan tanda-tanda sebagai yang dipunyai oleh seorang tokoh Sufi terbesar. Pada w a k t u ia berumur 20 tahun ia dididik oleh saudaranya, dan banyak bergaul dengan Syeikh Umar AMvlahdhar, pamannya yang banyak menuntutnya dalam menempuh martabat suluk. Pernah ia mengatakan, b a h a w a p a m a n nya itu telah mengurniainya tiga "tangan"', pertama dari Nabi Muhammad mengenai tarekat Kasyaf, tangan dari Syeikh Abdur Rahman Saqqaf*dan tangan dari salah seorang Rijalul Ghaib. Dapat kita ceriterakan, bahawa keluarganya dan sanak-saudaranya adalah orang-orang alim dan tokoh-tokoh Sufi, sehingga baik pergaulannya maupun pengajarannya memberi bekas yang mendalam kepada jiwa tasaufnya. Banyak ia mempelajari tarekat serta ilmunya, yang kemudian dapat mengangkat kedudukannya, tarekat-tarekat yang berhubungan dengan ajaran suluk, jazab, yang berhubungan dengan adab, inayah dan qurub. Abdul Kadir bin Syeikh AI-'Aidrus pernah membuat syair untuk memujinya, yang isinya, bahawa tarekat yang baik itu adalah tarekat yang pernah diredhai AI-'Aidrus, dan oleh kerana katanya kerjakan dengan benar, tempuh dengan niat jujur dan ikuti dia dengan jazab yang berlimpah-limpah. Seorang muridnya Umar bin Abdur Rahman, menulis manaqib dan sejarah hidupnya yang gilang-gemilang itu. Kemudian banyak orang lain menulis pula manaqib dan sejarah hidup tokoh Tarekat 'Aidrusiyyah ini. Syeikh Abdullah bin A b i Bakar bin Abdur Rahman meninggal di Tarim dalam usia 54 tahun dan dikubur. kan di sana. Sebagaimana yang sudah kita katakan keluarga AI'Aidrus banyak sekali melahirkan tokoh-tokoh Sufi yang 102
terkemuka, di antaranya S. Abdur Rahman bin Mustafa AI-'Aidrus, yang pernah- menjadi pembicaraan Al-Jabarti dalam sejarahnya. Al-Jabarti menerangkan, bahawa S. A b d y r ' R a h m a n "mula-mula mendapat ijazah dari ayah dan kakeknya, pernah mempelajari ilmu fiqh daripada seorang tokoh ulama yang terkemuka A b d u r Rahman 'bin Abdullah Balfaqih. Dalam tahun 1153 ia pergi dengan' ayahnya ke India dan di sana ia berkumpul dengan s e orang tokoh yang terkemuka juga dalam tasauf, A b d u l lah ibn Umar Al-Mahdhar AI-'Aidrus, yang mendidfknya dalam tarekat zikir sampai ia diberi ijazah. la belajar juga pada Mustafa bin Umar AI-'Aidrus, Husen bin A b dur Rahman bin Muhammad AI-'Aidrus, Muhammad Fadhullah AI-'Aidrus, sehingga ia beroleh ijazah yang bersilsilah. Guru-gurunya yang lain adalah M u h a m m a d Fakhir A l - A b b a s i , Ghulam Ali dan Ghulam Haidar AfHusaini, belajar ilmu Hadis dari Yusuf As-Surati, Azizullah Al-Hindi, selanjutnya belajar pada A s - S i n d i dan lain-lain. Dalam tahun 1158H. ia berangkat ke Mesir yang mengkagumkan ulama-ulama di Mesir, banyak di antaranya yang beroleh ijazah daripadanya. la. berulang-ulang ke Mesir dan ke India, ia pernah naik haji tujuh kali dan mengunjungi Diyath beberapa kali. Wirid-wiridnya dikemukakan dalam kitab tersebut di atas " ' I q d u l Y a waqit A l - J a u h a r i y y a h " . Menurut sejarah Al-Jabarti, ia lahir di Tarim pada tanggal 9 bulan Safar tahun 1135 dan meninggal pada 10 Muharram tahun 1192H. di Mesir, disembahyangkan dalam masjid Al-Azhar dengan imam Syeikh Ahmad A d Dardir dan dikuburkan dalam makam wali-wali Al-ltris, dekat M a s y h a d Sayyidah Zainab. Salah seorang murid103
nya ialah tokoh Sufi yang ternama di Mesir Abdur Rahman bin Sulaiman A l - M i s r i . S a y a catat di sini untuk kesempurnaan, bahawa ratib AI-'Aidrus .lengkap dapat dibaca orang dalam kitab " S a b i l u l M u h t a d i n " (Mesir, 1957M.), karangan Habib Abdullah bin ' A l a w i bin Hasan A l - A t t a s , halaman 15, dalam buku mana orang dapat juga membaca ratib-ratib dari tarekat Saqqafiyyah, bin Salim, Al-Mahdhar, A l - A t tas, Al-Haddad, Al-Handawan, Jamalullail, bin Samith, Al-Bar, Al-Jufri, bin Thahir, A l - H a b a s y i , A l - M i j d a d i , A s Sakran, serta doa-doa, hizib-hizib, zikir-zikir dan salawat-salawat pilihan dari semua tarekat Ba ' A l a w i yang ternama. Di belakang kitab ini ditambah sebuah huraian mengenai kepentingan tasauf dan wirid-wiridnya, dengan sejarah tokoh-tokoh ternama dari Ba ' A l a w i , terutama mengenai huraian tentang tarekat, baik tarekat 'aqidah maupun tarekat zikir dan wirid, pujian-pujian terhadap kelebihan tarekat Ba ' A l a w i , dengan martabatmartabatnya dan pengakuan-pengakuan ulama, begitu juga syair-syair yang penuh dengan susunan kalimat dalam sajak yang indah, madah-madah yang berirama, yang biasanya tertuang dari isi hati dan jiwa tokoh-tokoh Sufi Tasauf tanniyyah dan zauqiyyah. Huraian ini hanya sekadar untuk memperkenalkan beberapa tarekat Ba ' A l a w i , yang banyak juga diamalkan dan tersiar di tanahair kita Indonesia, dalam pada itu saya mengaku, bahawa saya dalam mencari bahanbahan untuk huraian ini masih meraba-raba, kerana memang tidak ada kitab-kitab yang khusus membicarakan sejarah perkembangan tarekat-tarekat itu, baik dalam bahasa Arab maupun dalam bahasa asing lain yang saya ketahui. 104
XVII AL-HADDAD
(1)
Sayyid Abdullah bin A l - A ! w i bin Muhammad A l Haddad dianggap salah seorang qutub dan arifin dalam ilmu tasauf. Banyak ia mengarang kitab-kitab mengenai ilmu tasauf dalam segala bidang, dalam aqidah, tarekat dan sebagainya. Kupasan-kupasannya mengenai A k h lak sangat menarik. Bukan saja dalam ilmu tasauf, tetapi juga dalam ilmu-ilmu yang lain banyak ia mengarang kitab. Kitabnya yang bernama: "Nasa'ihu Diniyyah" sampai sekarang merupakan kitab-kitab yang dianggap penting. Di antara kitab-kitab yang banyak itu, kita anggap penting untuk kita catat dalam huraian mengenai tarekat Sufi itu ialah risalah kecil tetapi sangat berharga, yang bernama " A l - M u ' a w a n a h f i Suluki Thariqil A k h i r a h " , kerana. di dalamnya, berisi nasihat, yang merupakan intisari daripada ajarannya. Tentu tidak ada kesempatan untuk kita kupas semua, dan oleh kerana itu kita ambil beberapa hal yang kita anggap perlu untuk sekadar memperoleh gambaran daripada keindahan wasiatnya itu. A l - H a d d a d memulai wasiatnya dengan menguatkan keyakinan dan memperbaikinya, kerana hal ini menjadi pokok yang terutama. J i k a keyakinan seseorang sudah teguh dalam hatinya, yang gelap menjadi terang, yang ghaib menjadi kesaksian. la memberikan alasan dengan ucapan-ucapan Ali bin A b i Talib dan Rasulullah sendiri, keyakinan itu dapat diperoleh dengan mendengar 105
ayat-ayat Quran, Hadis dan khabar-khabar yang diriwayatkan Nabi serta sahabat-sahabatriya, yang di dalamnya nampak kebesaran Allah yang tak dapat disaingi dalam penciptaanNya. Kemudian kita melihat kepada keadaan alam di sekitar kita dan kepada alam yang mengkagumkao di seluruh cakerawala, perubatan ini pasti akan membuahkan taat kita kepada Tuhan dalam melakukan suruh tegahNya, sesudah kita merasa tidak berdaya dan harus menyerahkan diri kepadaNya. la membagi yakin itu dalam tiga tingkat. pertama darjat ashabul yamin, yang iman tetapi masih ada keragu-raguan, kedua darjat muqarrabin, yang mempunyai iman yang bulat, tidak dapat digoncangkan ke kanan dan ke kiri, merupakan sumber baginya untuk melihat dengan terang, apa-apa yang tertutup bagi orang lain, dan ketiga darjat Nabi-nabi yang mempunyai iman sangat sempurna, tidak ada sesuatu pun yang dapat menyamainya dalam keistimewaannya, terbuka baginya alam dunia dan alam akhirat. Wasiat yang berikutnya mengenai perbaikan niat, yang harus dilakukan pada tiap-tiap pekerjaan sesuatu dengan ajaran-ajaran agama. Baik pahala atau dosa, b a ik kesempurnaan 'segala sesuatu ditunjukkan dengan niat taat kepada Tuhan. Kemudian ia menghuraikan alasan-alasan agama dan bermacam-macam niat menurut tinggi rendah nilainya. Muraqabah termasuk wasiat Al-Haddad yang terpenting. Muraqabah ertinya selalu diawasi Tuhan, dan orang yang sedang melakukan suluk hendaknya selalu Muraqabah dalam gerak dan diamnya, dalam segala masa dan zaman, dalam segala perbuatan dan kehendak, dalam keadaan aman dan bahaya, di kala lahir dan kala 106
tersemburn/r,. selalu menganggap dirinya berdampingan dengar» Tuhan dan diawasi oleh Tuhan. J i k a beribadat lakukanlah ibadat itu seakan-akan drlihat .Tuhan. Jika ia tidak melihat t u h a n pun, nescaya Tuhan dapat melihat dan memperhatikan segala amal ibadatnya. Bukanlah Tuhan ada di mana-mana juga di sampingmu, bahkan lebih dekat dengan dirimu sendiri dari urat lehermu sendiri. Al-Haddad mengatakan bahawa Muraqabah itu termasuk maqam dan manzal, ia termasuk maqam ihsan yang selalu dipuji-puji Nabi Muhammad. Dalam melakukan ibadat dan mengisi seluruh waktu dengan ibadat, sangat dianjurkan dalam wasiat A l Haddad itu, sehingga bukan saja segala ibadat yang fardhu dan sunnat, tetapi sampai-sampai kepada menentukan waktu makan dan minum serta berjalan dan duduk tidak ketinggalan daripada salah satu amal. la mengemukakan suri-suri kehidupan dari orang-orang salih, dari orang-orang salaf, dari Ibn Atha'illah, dari Auf, apa lagi dari sahabat dan Rasulullah sendiri, yang menggunakan tiap detik sujud pada Tuhan atau zikir kepadaNya. Alangkah buruknya laku seseorang suluk jika ia melakukan malam yang kosong itu tanpa ibadat. Lalu dihuraikanlah macam-macam ibadat dan fadhilatnya, dikupas dan diulas wazifah dan cara-cara melakukannya. Selanjutnya diwasiatkan banyak membaca Quran, banyak mempelajari ilmu pengetahuan yang bermanfaat, banyak melakukan zikir; doa dan wir'id, sekitar sembahyang dan di luarnya, memperbanyak berfikir tentang kebesaran Tuhan dan kekurangan diri, mempercepat kaki dan ringan tangan dal3m segala Rebajikan, berpegang teguh kepada Quran dan Sunnah sebagai agama Tuhan yang kuat dan jalannya yang lurus, menjauhkan diri da107
ri segala bid'ah dan menuruti h a w a nafsu, menjalankan segala yang difardhukan Tuhan dan memperbanyak amalan sunnat, yang dapat memperdekatkan hamba kepada Tuhannya. Segala persoalan itu dihuraikan dengan mengemukakan cukup alasan dari Quran dan Hadis dengan menyebutkan faham-faham tokoh Sufi terbesar, seperti Imam Ja'far Sadiq. Hasan A l - A s y ' a r i , Ibn Arabi, Imam Ghazali dan lain-lain sehingga kupasannya tidak hanya merupakan ajaran agama tetapi juga merupakan huraian filsafat tasauf dan ilmu hakikat yang mendalam. Selanjutnya Al-Haddad menyebutkan dalam w a s i atnya mempelajari kaifiat-kaifiat ibadat dengan sempurna, menjaga kebersihan lahir dan batin sampai kepada persoalan yang kecil-kecil seperti mendahulukan kanan dari kiri, bersiwak, berharum-haruman, begitu juga kebersihan batin dengan membersihkan perangai-pera. ngai yang tercela, seperti takabur, ria, hasad, cinta dunia, berlaku dengan akhlak yang mulia, seperti tawadhu' bermalu, ikhlas, bermurah tangan dan berlapang dada. Terutama dalam akhlak dan budi pekerti wasiat itu sangat diperluas, tidak saja dengan menyebutkan sifatsifat utama dan tercela, yang harus dipakai dan disingkirkan, tetapi juga sampai kepada adab-adab Islam yang terperinci, pada waktu berbicara, pada waktu berjalan, pada waktu duduk dalam pertemuan, pada waktu makan, segala doa-doa yang diperlukan, segala kelakuan yang harus diperhatikan dalam masjid, ketika sembahyang, mengenai zakat, mengenai puasa, mengenai nazar dan sadaqah, mengenai amar ma'ruf dan nahi munkar, mengenai kéadilan dalam segala tindakan, mengenai s i laturrahim dan maaf-maafan, mengenai hidup bertentang108
ga dan berkeluarga, mengenai kebajikan ibu dan bapa, semuanya itu dikupas secara terperinci dengan menggunakan alasan-aiasan agama dan akal, sebagaimana biasa kita dapati dalam wasiat-wasiat Sufi seorang guru kepada muridnya, tetapi wasiat A l - H a d d a d ini demikian panjangnya sehingga merupakan sebuah pelajaran tersendiri. W a s i a t - w a s i a t itu ditulis beransur-ansur mengenai persoalan-persoalan syari'at dan tarekat, dan akhirnya mengenai persoalan hakikat dan ma'rifat. Pada bahagian yang terakhir ini ia membicarakan tentang kebahagiaan dengan segala perkembangan faham, mengenai syukur, mengenai ma'rifat hati, mengenai hamad dan sana, mengenai zuhud di dunia, mengenai jalan-jalan kepada durul khulud, mengenai keburukan terhadap cinta mas perak, mengenai tawakkal, mengenai cinta Tuhan dan Rasul, mengenai penyerahan diri kepada ridha dan qadha Allah, dan mengenai doa. Semua huraian-huraian itu ditutup dengan fasal yang dinamakan wasiat llahiyyab, yang katanya dipetik dari hadis-hadis Qudsi, ditulis demikian rupa dengan kata-kata yang indah dari susunan kalimat yang berirama, dan sebagaimana Iayak merupakan penutup sebuah wasiat Sufi yang mengharukan dan acapkali menitiskan air mata.
109
XVffl AL-HADDAD
(2)
Salah secrang daripada tokoh tarekat B a ' A i a w i ialah S a y y i d Abdullah bin A l w i bin M u h a m m a d A l - H a d dad, pencipta Ratib Haddad, yang banyak dikenal dan diamalkan, baik di Hadramaut atau di Indonesia, India, Hejaz. Afrika Timur dan lain-lain. A l - H a d d a d ini lahirnya di Tarim, sebuah kota yang terletak di Hadramaut, pada malam Isnin, 5 Safar tahun 1044H. la mempelajari agama i s l a m pula ulama-ulama Ba ' A l a w i , kemudian juga ia berpindah belajar di Yaman dan kemudian menyempurnakan ke Mekah dan Madinah. Tatkala ditanya orang padanya, pada guru-guru mana ia belajar, terutama ia mempelajari ilmu tasauf dan tarekat, ia menjawab bahawa ia tidak dapat menyebutkannya seorang demi seorang, kerana jumlahnya lebih dari 100. Bagaimanapun juga di antara guru-gurunya yang terpenting dapat kita baca di sana-sini disebut orang dalam kitabkitab yang mengenai dirinya, ialah Sayyid bin Abdurakhman bin Muhammad bin Akil Al-Saqqaf, kerana padanya ia mendapat ijazah atau khirqah Sufi. Memang A s Saqqaf ini adalah seorang tokoh Sufi yang terkenal dalam mazhab Mulamatiyyah. Selanjutnya disebut orang sebagai gurunya ialah Sayyid Abubakar bin Abdurakhman bin Syihabuddin dan guru Sufi yang terkenal A b d u rakhman bin Syeikh A i d i d . Tetapi gurunya yang terpenting, menurut keterangan yang saya peroleh, ialah Sayyid Umar bin Abdurakhman Al-Attas seorang daripada 110
koh tarekat yang terkenal, yang dianggap luar biasa dalam ilmu hakikat. Al-Haddad sendiri menyebut nama tokoh tarekat ini dengan penuh hormat sebagai gurunya, dan menerangkan bahawa daripadanyalah ia beroleh ajaran tarekat zikir yang sempurna serta beroleh khirqah terakhir. Oleh kerana saya sangka bahawa tarekat Al-Haddad itu banyak dipengaruhi oleh tarekat dan ajaran tasauf Al-Attas ini. baiklah saya ceriterakan agak panjang sedikit sejarah hidup gurunya itu. Sebenarnya mengenai A l - A t t a s orang beroleh huraian yang panjang-lebar dalam sebuah kitab yang bernama "Al-Qirthas fi M a naqib A l - A t t a s " , karangan Imam Ali bin Hasan Al-Attas, seorang tokoh tasauf yang terkenal juga dan kuburnya terdapat di Hadramaut. Karangan ini belum pernah dicetak, hanya ditulis dengan tangan, dan disalin oleh mereka yang berkepentingan, sehingga tersiar luas juga di Indonesia. Saya melihat Manaqib ini pada Sayyid Ali bin Husain Al-Attas di Jakarta, yang berkemurahan hati memberikan kepada saya mencatat beberapa hal mengenai diri guru yang terpenting dari Al-Haddad yang akan kita tulis sejarah hidup dan ratibnya itu. Sayyid Umat bin Abdurakhman bin Akil Al-Attas mempunyai hubungan keturunan sampai kepada Imam Ja'far Sadiq, Imam Ali Zainal Abidin, dan dengan demikian merupakan anak-cucu daripada Fatimah, puteri Nabi. la dilahirkan dalam sebuah desa di Hadramaut, yang bernama Al-lssak, dalam 1072H. Al-Attas ini hanya belajar pada seorang gurunya saja, bernama Sayyid Husain ibn A b i Bakar bin Salim. Diceriterakan bahawa Al-Attas ini pada waktu kecilnya kena serangan penyakit cacar dan dengan demi111
kiarv buta kedua belah matanya, iaitu tatkala ia berumur 4 tahun. Kebutaannya itu tidak menghambat kemajuan pendidikannya. la dalam waktu yang sangat singkat sudah menghafal Al-Quran seluruhnya, begitu juga pelajaran-pelajaran yang disampaikan oleh gurunya ditangkap di luar kepala seluruhnya. Keluarbiasaan ini tidak saja menimbulkan cinta kasih sayang gurunya kepadanya, tetapi juga membuat gurunya sangat rnenghormatinya. Gurunya tidak pernah bangkit berdiri untuk seorang yang datang menemuinya, kecuali terhadap A l - A t t a s itu, sambil mengucapkan selalu: " M a r h a b a n " . Nilai kebesarannya A l - A t t a s itu tidak terletak dalam karangan-karangannya, tetapi dalam kesalihannya dan amalnya, terutama murid-muridnya yang diajarkan dalam keadaan tidak melihat itu. Katanya bahawa murid-muridnya itulah karangannya. Banyak orang menceriterakan tentang keanehan dan kekeramatannya. Di antaranya A b u Turab, seorang pengarang yang terkenal, yang menceriterakan, bahawa pada suatu hari ia haus dan ingin minum seteguk air. Orang melihat ia menepuk tanah, dan konon terpancarlah air dari dalam tanah itu. Konon pula tepukan yang pertama di atas tanah itu mengeluarkan sebuah bejana, yang tidak terpermai indahnya, terbuat daripada kacaputih bersih. A b d u l A b a s Ar-Riqqi menerangkan, bahaw a bejana itu sampai sekarang masih tersimpan di M e kah. Keanehan yang lain diceriterakan orang, bahawa ia kedatangan tamu dan yang tidak mempunyai laukpauk untuk memberi makannya. Tiba-tiba seorang membawakan dia daging, dan ia lalu memotong-motong daging itu dengan sebilah pisau, yang dengan tiba-tiba dikeluarkan dari saku bajunya, sedang orang ketahui, ba112
hawa sebelumnya saku bajunya itu kosong adanya. Keanehan yang lain berbunyi, bahawa gurunya pernah memerintahkan dia pergi ke sebuah desa yang penuh dengan orang jahat, terletak di Do'an dan di desa Wadi Oman. la lakukan perintah itu dan ia sampaikan ajaranajarannya di sana selama 40 tahun lamanya, sehingga seluruh penduduk desa itu menjadi orang baik-baik semuanya. Abdullah bin Umar Ba Ubaid menerangkan, bahawa Sayyid Umar tersebut adalah seorang wali, yang tidak dapat disaingi pengetahuannya. la seorang qutub dalam zamannya, sesudah gurunya Abubakar bin Salim yang disebutkan di atas. Orang menyebutkan juga dia seorang ahli kasyaf. Tarekat dan ratibnya termasyhur, dan tidak dapat tidak mempengaruhi tarekat dan ratib muridnya Al-Haddad. Ratib Al-Attas ini sangat luas dan disebutkan kupasan atau syarahnya dalam bahagian yang kedua dari kitab yang kita sebutkan di atas "Al-Qirthas fi Manaqibi Al-Attas". Pengarangnya memberi huraian yang panjang-lebar tentang tarekatnya dan ratibnya dengan mengemukakan hadis-hadis Nabi yang sahih dan ayatayat Quran yang langsung ada hubungannya. Sayang kitab tersebut sampai sekarang tidak dicetak, sehingga kita tidak dapat mempelajarinya secara perbandingan. Dan oleh kerana itu juga saya berpendapat, bahawa tarekat Al-Attas itu tidak tersiar luas di Indonesia, meskipun Al-Qirthas dalam bentuk manuskrip terdapat pada beberapa orang yang tertentu. Kita sudah sebutkan bahawa ia tidak meninggalkan karangan-karangannya, tetapi murid-muridnya yang banyak itu menyampaikan ajarannya itu dari mulut ke 113
mulut dan menyebut dalam kitab-kitab karangan mereka. Di antara murid-muridnya ialah S a y y i d Isa bin M u hammad Al-Habasyi di Khanfar, Hadramaut, Syeikh A l i bin Abdul llah Baras, di Quraibah, Do'an, Hadramaut, dan lain-lain, semuanya tokoh-tokoh terkenal dalam tasauf. Tetapi sebagaimana kita katakan salah seorang yang sangat terkemuka dan dicintai di antara muridmuridnya ialah Sayyid Abdullah bin A l a w i bin Muhammad Al-Haddad, pencipta Ratib Haddad, yang sedang kita bicarakan itu. Al-Haddad ini kemudian menjadi tokoh besar dalam tarekat dan seorang pengarang yang ternama. Juga ia seorang yang tidak dapat melihat, meskipun otaknya tajam, dan ilmunya sangat luas, mengajar di sana-sini, dan mengarang, yang disalin orang daripada ucapan-ucapannya yang berharga itu. Penyakit ini diperolehnya sejak kecil, meskipun demikian tidak mengganggu jalan pendidikannya dan jalan pelajarannya. la terkenal sebagai seorang abid. Tiap hari ia keliling kota Tarim untuk bersembahyang sunnat dalam tiap-tiap masjid. Dalam kitab Masyru'ul Rawi disebutkan, bahawa ia seorang yang melimpah-limpah ilmunya, ahli yang mempertemukan hakikat dan syari'at, sejak kecil ia telah menghafal Al-Quran 30 juz, seorang yang bersungguhsungguh dalam membersihkan dirinya dan mengumpulkan ilmu pengetahuannya dari ulama-ulama terkenal yang semasa dengan dia. Seorang mujaddid yang terkenal ijtihad-ijtihadnya dalam persoalan ibadah, seorang yang bersungguh-sungguh menghidupkan ilmu dalam amal, dan oleh kerana itu dikenal orang di Timur dan di 114
Barat. Terhadap pendidikannya, sejarah Masyru'ul Rawi menerangkan, bahawa ia seorang yang banyak melahirkan murid-murid yang salih, yang tersiar kemudian ke seluruh pojok bumi dari zaman ke zaman, Diceriterakan juga, bahawa ia pernah mengunjungi Mekah dan Madinah dalam tahun 1080H, dan salah seorang gurunya di Mekah ialah Sayyid Muhammad bin Alawi AsSaqqaf Ba 'Alawi. Oleh kerana pada penutup ratibnya selalu disebutsebut Ba 'Alawi yang dianjurkannya menghadiahkan bacaan Fatihah, ada baiknya kalau kita mengetahui serba sedikit tentang Ba' Alawi ini, yang tarekat juga tak dapat tidak mempengaruhi Ratib Haddad. Dalam juz ke II daripada kitab "Masyru'ul Rawi fi Manaqibi Sadat Ba 'Alawi", karangan seorang arifin Muhammad bin Abubakar Asy-Syilli, dapat kita baca bahawa mungkin yang dimaksudkannya itu ialah Muhammad bin Ali bin Muhammad, pencipta tarekat Ba 'Alawi ini, yang tarekatnya juga tak dapat tidak mempengaruhi Ratib Haddad, yang keturunannya sambung-menyambung sampai kepada Imam Ja'far Sadiq, anak Imam Al-Baqir, anak Imam Ali Zainal Abidin, anak Imam Husein bin Ali Abi Thalib. Nama Zainal Abidin sangat terkenal dalam dunia tasauf dan tarekat umum, serta sedikit sudah saya ceriterakan dalam kitab saya "Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf" dan saya bicarakan juga tentang doanya yang terkenal dengan nama Sajadiyyah. Doanya itu sekarang sudah dikumpulkan dalam sebuah kitab yang bernama "As-Sahifah Al-Kamillah As-Sajadiyyah" (Nejef, 1321H) yang saya terima dari seorang alim Al-Ja^ari, melalui Asad Shahab di Jakarta. Muhammad bin Ali bin Muhammad Syahid Marba, 115
yang kita bicarakan ini, dilahirkan di Tarim dalam tahun 574H., di mana ia hidup dan mempelajari segala cabang ilmu pengetahuan Islam, pada guru-gurunya yang ternama, seperti Ba Ubaid, Ba Isa Ba M a r w a n , tetapi tasauf dan ilmu hakikat dipelajarinya dari Imam Salim bin Sasri, Muhammad bin A l i Al-Qarib dan pamannya Syeikh A l a w i bin Muhammad. Syahid Marba dan Syeikh Sofyan dari Yaman bin Abil Hib, Ibn Jadid. Kembali kita menceriterakan tentang A l - H a d d a d , bahawa ia selain daripada ahli tarekat dan hakikat juga boleh dianggap seorang pengarang yang utama, meskipun ia sejak kecil menderita alat pengiihatannya. Di antara kitab-kitabnya yang terpenting dan banyak tersiar dalam pasar buku ialah A n - N a s a ' i h An-Diniyyah, sebuah kitab dicetak di Indonesia, di antaranya oleh Salim Nabban di Surabaya dan Al-Ma'arif di Bandung, pada pinggirnya tercatat kitab yang penting mengenai tarekatnya, bernama "Sabilul A z k a r " . Selanjutnya kitabnya bernama " A d - D a ' w a t u l Ittihaful S a ' i l " risalah A l - M u ' a w a n a h , Al-Fusulul llmiyyah. Risalatul Murid, Risalatul Muzakarah, dan yang terpenting juga ialah Kitabul Majmu' yang terdiri atas 4 bahagian berisi wasiat dan masalahmasalah hukam yang terpenting, dan pada akhirnya ditütup dengan kumpulan sajak-sajak yang indah, yang dinamakan Durrul Manzum. Banyak orang berpendapat, bahawa nilai sajak-sajaknya itu sangat tinggi. Orang berkata, bahawa ilmu Sayyid Abdullah Al-Haddad tidak tersimpan dalam karangannya, tetapi tersimpan dalam keperibadian, dan ihwalnya, tersimpan dalam sya'ir dan sajaknya. Perlu kita catat di sini, bahawa seorang muridnya yang bërnama Syeikh A h m a d A l - S a w i , pernah menga116
rang sebuah kitab mengenai sejarah hidup gurunya AlHaddad itu, bernama "Tasbitul Fuad", dalam jilid yang besar, tetapi sayang tidak dicetak, sampai sekarang tersimpan dalam salah satu perpustakaan di Hadramaut. Sayyid Abdullah Al-Haddad, Sahib Ratib ini, menurut sejarah meninggal pada malam Selasa tanggal 7 Zulkaedah tahun 1132H., dalam usia lebih-kurang 89 tahun. Empat puluh hari sebelum ia meninggal dl kala sakitnya pada akhir bulan Ramadhan, ia sudah menjelaskan kejadian-kejadian yang akan datang pada dirinya. Saya belum tutup bahagian Al-Haddad dalam karangan ini sebelum saya menceriterakan sedikit tentang keluarganya Asy-Syilli. Muhammad bin Abu Bakar, Asy-Syilli adalah pengarang Masyru'ul Rawi tersebut di atas. Lahir di Tarim tahun 980H. Adalah juga seorang yang alim dan suka mengembara menyiarkan ilmunya sampai ke Yaman, dan India, kemudian dari sana ia pernah melawat ke Acheh dalam masa pemerintahan raja perempuan (mungkin Safiyatuddin Syah), yang dikunjunginya dan dipujinya kemuliaannya, kebesarannya, kekuasaannya, kesalihannya, selalu di kelilingi oleh wazir-wazir dan raja-raja bawahannya. la kahwin dengan anak seorang wazir, dan oleh kerana itu beroleh kedudukan yang mulia dan beberapa orang anak, tinggal beberapa lama di Acheh menyiarkan ilmunya sampai ia meninggal dunia di sana (Masyru'ul Rawi, jilid I halaman 171).
117
XIX AL-HADDAD
(3)
Ratib A l - H a d d a d itu sangat sederhana terdiri daripada bacaan Fatihah. ayat A l - K u r s i , A y a t Amanar Rasulu, Surah Al-lkhlas dan dua Surah Al-Quran berikutnya dan tujuh belas bacaan yang terdiri daripada tahlil, tasbih, istighfar, salawat, taawuz, basmalah dan doa-doa yang lain, yang semuanya disusun dan dipilih oleh penciptanya, Habib Abdullah bin A l a w i bin M u h a m m a d A l Haddad, yang dianggap qutub mursyid. Semuanya w i r i d dan doa itu dipilih atas dasar hadis yang mutawatir sebagaimana yang dibentangkan dalam Sullamut Thabib, Syarah Ratib Haddad, diterbitkan di Jakarta, karangan Sayyid Ali bin Abdullah Al-Haddad. Oleh kerana sangat sederhana dan mudahnya, maka ratib tarekat ini banyak diamalkan orang di Hadramaut dan Indonesia dan lain-lain, yang kebanyakan dikunjungi oleh orang-orang Arab dari Hadramaut. Wirid ini dibacakan sesudah sembahyang, terutama sesudah sembahyang Subuh, baik secara perseorangan maupun secara beramai-ramai. Jika dilakukan beramai-ramai bacaan itu biasanya dipimpin oleh Imam sembahyang, yang tentu dipilih dari orang yang terutama, dan disahuti bersama-sama oleh yang hadir. Tiap-tiap bacaan dibacakan tiga kali, bacaan yang pertama mengenai pengakuan tidak ada Tuhan melainkan Allah sendiri, yang tidak ada sainganNya, bagiNya seluruh kerajaan langit dan bumi, bagiNya kembali seluruh puji dan syukur, perkuasa da118
lam menghidupkan dan mematikan sesuatu ciptaanNya. Bacaan dalam ha! ini yang kedua mengenai tasbih dan tahrnid serta takbir, mempersucikan memuji dan mengagungkan Tuhan, yang memang suatu bacaan yang sangat dianjurkan Nabi, sebagaimana tersebut dalam hadis-hadis, di antaranya diriwayatkan oleh A b u Hurairah dan Malik bin Anas. Bacaan yang ketiga hampir kesamaan isinya, terambil dari hadis yang diriwayatkan oleh A b u Hurairah, Jabir bin Abdullah dan A b u Umar. Bacaan yang keempat mengenai permintaan taubat dan ampunan, suatu ucapan yang sangat dianjurkan oleh Nabi kerana ia sendiri melakukannya setiap hari sampai tujuh puluh kali. Demikian diceriterakan dalam hadis-hadis, di antaranya oleh Ibn Umar. Bacaan yang kelima mengenai salawat dan taslim kepada Nabi M u h a m m a d , sebagaimana diperintahkan dalam Quran dan taslim kepada Nabi Muhammad, sebagaimana diperintahkan dalam Quran dan dipohonkan oleh Nabi. Sesudah itu kita bertemu dengan zikir yang keenam permohonan kelindungi diri pada Tuhan dari semua kejahatan-kejahatan. Perbuatan ini juga sebagai kata Imam Harawi sangat dipuji Tirmizi, Ibn Sunni dalam kitabnya. Bacaan yang ketujuh berisi tasmiyah, yang dianjurkan oleh agama dilakukan pada tiap perbuatan baik, sambil mengharapkan kehilangan kesukaran dan kemudharatan dengan ucapan nama Allah itu. Fadhilatnya di antara lain diceriterakan oleh Uthman bin Affan. Zikir yang kedelapan berisi penyerahan diri kepada Allah, pengakuan menerima Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi. Dengan demikian dilanjutkan zikir ini dengan bacaan yang kesembilan, di mana tersebut pengakuan bahawa tiap yang baik dan yang buruk 119
itu berasal dari Allah. Di dalamnya juga terdapat pengakuan berterima kasih kepada Tuhan, yang menentukan Qadha dan Qadarnya, yang tidak dapat diubah oleh manusia. Maka kita lihatlah dalam zikir yang kesepuluh pengakuan percaya dengan sungguh-sungguh kepada A l lah dan hari kemudian serta bertaubat lahir dan batin dengan sesungguhnya, sebagaimana yang dianjurkan dalam Quran dan dalam Sunnah Nabi. Dalam zikir yang kesebelas terisi permohonan minta ampun dan maaf serta pembersihan diri dari semua dosa. Dalam keterangan disebutkan oleh Nabi, yang selalu memperingatkan amal itu kepada pamannya Abbas menurut riwayat Siti Aisyah. Selanjutnya doa yang tersebut dalam zikir keduabelas ialah: "Oh, Tuhanku yang perkasa dan pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam". Berbeza dengan yang lain bacaan ini diucapkan tujuh kali. Diceriterakan bahawa lafadz "jalal dan ikram" yang tersebut dalam zikir ini dipetik dari ayat Quran dan hadis, begitu juga permintaan dimatikan dalam agama Islam pun berasal dari ayat Quran yang berbunyi: "Janganlah kamu mati terlebih dahulu, sebelum kaum seluruhnya Islam dan menyerah diri kepada Tuhan". Bacaan yang ketiga belas berisi doa untuk menghiridarkan diri dari kejahatan orang-orang yang zalim. Nama Tuhan yang disebutkan dalam bacaan ini terambil dari Asma'ul Husna. Kemudian kita bertemu dalam zikir yang keempat belas dengan doa Rasulullah yang memohonkan kepada Tuhan, agar dibereskan semua pekerjaan orang Islam, dan dihilangkan semua rencana musuh yang menyakitinya. Pun doa yang tersebut dalam bacaan yang kelima belas tersusun dari nama-nama Tuhan dari Asma'ul Husna, yang dianjurkan kepada ma120
nusia berdoa dengan nama-nama Tuhan yang indah itu agar diperkenankan. Berlainan dengan zikir keenam belas, yang berisi keluhan hamba kepada Tuhannya, agar dilepaskannya daripada kebimbangan dan kesukaran, agar diampuni dan dikasihani. Khalifah A b u Bakar selalu berdoa dengan doa itu. Istighfar yang tersebut dalam bacaan ketujuh belas, yang diucapkan empat kali, dapat dianggap sebagai penutup tarekat ini. Kalimah itu berbunyi: " A k u minta ampun kepadaMu, pencipta yang maha agung, agar Engkau ampuni d o s a k u " . Pada akhir ratib dianjurkan mengucapkan tahlil sekurang-kurangnya dua puiuh lima kali, banyaknya tidak terbatas. Kemudian disudahi dengan syahadat tauhid dan syahadat Rasul, meminta kerelaan untuk Nabi M u hammad keluarganya yang suci, sahabat-sahabatnya yang mulia, isteri-isterinya yang bersih serta tabi'in di belakangnya. Sesudah membaca tiga kali surah Ikhlas dan sekali masing-masing surah berikutnya, dibacakanlah Fatihah, di antaranya untuk Sayyid Muhammad bin Ba ' A l a w i , untuk Sayyid Abdullah bin ' A l a w i bin M u hammad A l - H a d d a d dan untuk guru-guru yang lain serta kaum muslimin seluruhnya. Doa yang dibaca sesudah itu sangat pendek dan sederhana, berisi mohon bantuan agar Tuhan memberikan kebajikan dan perlindungan. Sebelum bubar didengungkannya bersama-sama sebanyak tiga kali: " Y a Tuhanku kami pohonkan relaMu dan anugerah syurga. Kami berlindung padaMu daripada kemurkaanMu dan azab neraka!".
121
XX TUANIYYAH Salah satu tarekat yang terdapat juga di Indonesia di samping tarekat-tarekat yang lain ialah tarekat Tijaniyyah. Dalam tahun berapa tarekat ini masuk ke Indonesia tidak diketahui orang dengan pasti, tetapi sejak tahun 1928 mulai terdengar adanya gerakan ini di Cirebon. Seorang Arab yang tinggal di Tasikmalaya, bernama A l i bin Abdullah Ath-Thayyib A i - A z h a r i , berasal dari M a d i nah, menulis sebuah kitab berkepala " K i t a b Munayatul M u r i d " (Tasikmalaya, 1928M.) berisi beberapa petunjuk mengenai tarekat ini, dan kitab itu terdapat tersebar luas di Cirebon khususnya, dan di J a w a Barat umumnya. Oleh kerana gerakan ini pernah mendapat perhatian umum, Pemerintah Belanda pernah menyelidikinya, Dr. G.F. Pijper, ketika itu Ajunct-Adviseur Voor Iniandsche Zaken, menulis sebuah karangan mengenai tarekat Tijaniyyah itu, yang memuat dalam kitabnya "Fragmenta Islamica" (Leiden, 1934). Beberapa hal di antaranya kita kutip sebagai di bawah ini. Memang sebelum 1928 tarekat Tijaniyyah belum mempunyai anggotanya di J a w a , tetapi tarekat ini sudah terkenal dan tersiar luas di Afrika Barat dan Utara, selanjutnya di Mesir, dan di sebelah Barat Jazirah Arab. Pendirinya adalah seorang ulama dari Algeria, bernama Abul Abbas A h m a d bin Muhammad bin Mukhtar 122
At-Tijani, lahir di 'Ain Mahdi dalam tahun 1150H. (1737 — 1 7 3 8 M ) . Diceriterakan bahawa dari bapanya ia keturunan dari Hasan bin Ali bin A b i Thalib, sedang nama Tijani adalah dari Tijanah dari keluarga ibunya. Sejak umur tujuh konon ia sudah menghafal seluruh Quran, kemudian ia mempelajari ilmu-ilmu Islam yang lain dengan giatnya, sehingga pada waktu ia menjadi guru masih remaja putera. W a k t u ia berumur dua puluh satu tahun ia mulai bergaul dengan orang-orang Sufi. Tatkala dalam tahun 1186H. (1172—1773M.) ia naik haji ke Mekah, ia berhubungan dengan beberapa orang Sufi dalam perjaianannya itu di Mesir, dan kemudian di Madinah berkenalan dengan Muhammad bin Abdul Karim A s - S a m m a n , pendiri tarekat Sammaniyyah, dan belajar padanya mengenai ilmu-ilmu rahasia batin. Tiap guru agama yang didatanginya mengatakan bahawa ia akan mempunyai harapan yang baik dan gilang-gemilang. Dalam tahun 1196H. (1781—1782M.) ia pergi ke Tilimsan menambah ilmu pengetahuannya pada A b u S a mghun dan Ash-Shalalah. Di sini mulailah terbuka pandangan batinnya. Bukan dalam tidur tetapi dalam jaga dan sedar, konon ia bertemu dengan Nabi Muhammad, yang mengajarkan kepadanya beberapa wirid, istighfar, dan salawat, yang masing-masing harus diucapkan seratus kali dalam sehari semalam, dan memerintahkan dia mengajarkan wirid itu kepada semua orang Islam yang menghendakinya. Konon Nabi memerintahkan juga kepadanya, agar ia meiepaskan diri dari tarekat-tarekat yang lain. Dalam tahun 120OH. (1785—1786M.) Rasulullah kelihatan lagi dalam kasyafnya dan mengajarkan pula tambahan wiridnya dengan tahlil, yang harus di123
ucapkan seratus kali pula, sambil berkata: "Engkau merupakan penunggu yang akan menyelamatkan tiap hamba Allah yang durhaka". Sejak itu Tijani mulailah mengajar tarekatnya, yang dengan segera tersiar ke sana sini di sekitar tempat tinggalnya. Kemudian ia pergi ke Fez, dan di sana tidak berapa lama kemudian ia pun berpulang ke rahmatullah menemui Tuhannya, iaitu pada suatu pagi tanggal 17 Syawwal 1230H. (22 September 1815M.) pada waktu ia berusia delapan puluh tahun. la dikuburkan di Fez. Tarekat Tijaniyyah ini mempunyai wirid yang sangat sederhana, dan wazifah yang sangat mudah. Wiridnya terdiri dari istighfar seratus kali, salawat seratus kali, dan tahlil seratus kali. Boleh dilakukan dua kali sehari, iaitu pagi dan petang, pagi sesudah sembahyang Subuh sampai sembahyang Dhuha, petang sesudah sembahyang 'Asar sampai semahayang 'Isya. Wazifahnya terdiri dari "astighfirullah al-azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum" (saya minta ampun kepada Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, la selalu hidup dan mengawasi), sebanyak tiga puluh kali, kemudian dibaca shalatul fatih, yang berbunyi "Allahumrna salli ala sayyidina Muhammad al-fatihi lima ughliqa, wal-Khatimi lima sabaqa, nasirul haqqi bil haqqi, wal hadi ila shirathil mustaqim, wa ala alihi haqqa qadruhu wa miqdaruhul 'azim (Ya, Tuhanku! Berikanlah rahmat kepada penghulu kami Muhammad, yang terbuka baginya apa yang tertutup, yang menjadi penutup bagi semua yang sudah lampau, pembantu kebenaran dengan kebenaran, orang yang menunjuki kepada jalan yang benar, begitu juga atas keluarganya sekadar yang layak dengan kadar yang besar) lima puluh kali, dan bacaan "la ilaha illallah" (ti124
dak ada Tuhan melainkan Allah) seratus kali, kemudian barulah ditutup dengan doa yang dinamakan Jauharatul kamal, sebanyak dua belas kali, didapati dalam kitab "Fathur R a b b a n i " pada halaman enam puluh. Sebenarnya pembacaan wazifah ini boleh petang hari tapi yang baik adalah pada malam harinya, sekurang-kurangnya dua kali, pagi dan petang. Lain daripada itu membaca hayhalah, iaitu pada hari Jumaat, -terdiri dari zikir tahlil dan Allah, Allah, sebanyak yang tidak ditentukan sejak sudah sembahyang 'Asar sampai terbenamnya matahari. Tarekat ini menentukan beberapa syarat untuk pelaksanaan itu, pertama berwudhu, bersih pakaian dan tempat serta badan orang yang mengerjakannya, tertutup segala auratnya, tidak boleh berbicara, berniat yang tegas, mengucapkan wirid, wazifah, dan hayhalah sambil duduk menghadap ke kiblat. Sebagaimana tarekattarekat yang lain tarekat ini pun menganjurkan, agar murid-muridnya dalam mengerjakan amalan itu, menggambarkan rupa gurunya dalam ingatannya, dan mengikuti seluruh nasihat-nasihatnya dengan tenang. . Pernah terjadi perdebatan sekitar Cirebon oleh ulama-ulama mengenai tarekat ini, dan pernah orang menyerang guru-gurunya dengan ucapan-ucapan dan suratsurat siaran sekitar tahun 1928 sampai 1931. Tetapi keadaan ini kemudian tenang kembali, sesudah Nahdhatul Ulama menyatakan sebagai keputusannya, bahawa tarekat itu tidak termasuk kepada ajaran yang sesat, kerana omalan-amalannya sesuai dengan ajaran Islam. Tetapi majallah Al-Manar, M a c , 1926M. halaman 769—788, sebuah majallah dari golongan Salaf, menyatakan tarekat itu menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenarnya. 125
Di Cirebon tarekat Tijani ini pernah tersiar dengan suburnya di bawah pimpinan Kiyai Buntet dan keluarganya, terutama di bawah pimpinan A l m . Kiyai A b b a s Buntet dan saudaranya Kiyai A n a s di desa Martapada, dekat kota Cirebon. Tetapi juga dikatakan, bahawa murid-muridnya yang datang itu ada yang berasal dari jauh-jauh, dari Tasikmalaya, Brebes dan Banyumas. Terutama dalam bulan Ramadhan kelihatan kesibukan tarekat ini. Perselisihan faham dengan tarekat-tarekat lain dan perkumpulan-perkumpulan yang memang tidak menyetujui tarekat, seperti Muhammadiyyah, pernah menyebabkan debat-men debat, sehingga terpaksa Pemerintah campur-tangan. Begitu juga turutnya Kiyai Madrais ( K i yai Madrais menamakan tarekatnya " A g a m a Sunda". Saya pernah menyelidiki " A g a m a S u n d a " ini, dan ternyata tidak berasal dari tarekat Tijaniyyah), seorang guru yang sangat sederhana dekat Kuningan, ke dalam tarekat ini, yang menarik ribuan. murid-murid, menimbulkan kecurigaan bagi Pemerintah Belanda. Tetapi perkumpulan Nahdhatul Ulama, yang pernah memeriksa w i rid dan wazifah daripada tarekat ini, menyatakan, bahaw a tarekat itu tidak menyimpang daripada aliran yang benar (halaman 177 dari Fragmenta Islamica). Di antara mereka yang sangat menentang tarekat ini termasuk seorang alim Mekah S a y y i d Abdullah bin Sadaqah Dahlan, kemanakan dari Mufti Syafi'e di M e kah. Sementara Nahdhatul Ulama memasukkan pembicaraan tentang tarekat ini ke dalam acara Kongresnya di Cirebon Agustus 1931, sebagai acara yang sangat menarik perhatian ulama-ulama di Indonesia. Pemeriksaan pemerintah Belanda 126
yang
diadakan
dalam tahun 1932 menyatakan, bahawa gerakan Tijaniyah itu mempunyai banyak guru-guru dan murid-muridnya tersebar di Cirebon Kuningan, Tasikmalaya dan dalam beberapa kabupaten di J a w a Tengah, semuanya berjalan dengan damai dan tidak mengganggu ketenteraman umum. Demikianlah kita catat beberapa hai mengenai tarekat Tijaniyyah itu.
127
XXI AS-SANUSIYYAH Sebuah tarekat yang lahir dan sangat luas tersiar di Afrika Utara ialah Sanusiyyah, tarekat yang bersifat sangat keras, terutama dalam melakukan jihad atas jalan Allah dan mentaati pemimpin-pemimpinnya. Sebenarnya tarekat ini merupakan lanjutan daripada sebuah tarekat Marokko Qadiriyyah, yang didirikan oleh Ibn Dabbagh (mgl. 1717M.), yang merupakan cabang juga dari Amirghaniyyah dan Indrisiyyah. Tetapi ada orang mengatakan, bahawa Qadiriyyah itu yang berasal dari Sanusiyyah. Tarekat ini terutama tersiar pada hari-hari pertama di Haghbub kemudian berpindah ke Kufra, di sebelah Timur Sahara. Bagaimanapun juga tarekat Sanusiyyah ini berkembang oleh seorang tokoh tarekat yang bernama Sidi M u hammad bin A l i A s - S a n u s i dan oleh kerana ia termasuk cucu daripada Al-ldrisi, maka tarekat ini dinamakan juga Al-ldrisiyyah. Sanusi tahir dalam tahun 1791 di Tursy, dekat Musytaghnam (Algeria atau Aljazirah) dan meninggal di Jaghbub (Cyrenaica). Orang Barat menamakan, bahawa Sanusiyyah adalah tarekat yang moden, sangat sederhana dalam amalamal dan wiridnya, yang tidak berapa menyimpang daripada ajaran Islam yang asli. Mengenai riwayat hidup daripada pendiri tarekat ini dapat kita ceritakan, bahawa A s - S a n u s i mula-mula mendapat didikan agama dari seorang guru ternama 128
Abu Ras (mgl. 1823M.) dan Belganduz (mgl. 1829M.) di tempat tinggalnya sendiri. Kemudian Sanusi pergi ke Fas dari tahun 1821 sampai 1828, dan di sana ia memperdalam ilmunya mengenai tafsiran Quran, ilmu Hadis, ilmu Hukum Fiqh, dan lain-lain pengajaran Islam tingkat lanjutan. Kemudian ia mengerjakan ibadah Haji ke Mekah, yang dilakukannya dengan perjalanan melalui Tunisia Selatan dan Mesir. Diceriterakan bahawa ia kemudian mengambil tempat tinggal yang tetap di Sabia, dan di sana dalam tahun 1837 untuk pertama kali ia membuat zawiyah, tempat melatih murid-mudid tarekatnya, di sebuah gunung yang terkenal di Mekah, bernama Abu Qubais. Sepulang dari sana ia tidak tinggal di Mesir, tetapi ia menetap beberapa waktu di Cyreinaica, di mana ia mendirikan pula zawiyah suluk dari tarekat Rifa'i, kemudian pindah membuat zawiyah pula di Baidha dekat Cyreine (Jabal Akhdhar), kemudian pindah pula ke Temessa, dan akhirnya menetap di Jaghbub sampai tahun 1855, kota mana pada awal mulanya sangat sepi, tetapi kemudian diisinya dengan budak-budak yang sudah merdeka, yang kemudian menjadi pengikut-pengikutnya yang gagah perkasa. la meninggal dalam kota ini dan dikuburkan orang di sana. Riwayat hidupnya menceritakan, bahawa ia mempunyai dua orang anak, pertama yang tua bernama Sidi Muhammad Al-Mahdi (lahir 1844 dan meninggal 1961 di Guro), yang kemudian menjadi khalifahnya, dan kedua bernama Sidi Muhammad Asy-Syarief (lahir 1846 dan meninggal 1896) Al-Mahdi meninggalkan dua orang anak, masing.masing bernama Sidi Muhammad Idris, yang lahir 1883, dalam tahun 1909 diangkat menjadi ra129
ja kecil, di bawah pengawasan Itaii, dan memerintah antara 1916 sampai 1923. Anak yang bernama Sidi Ridha, yang mempunyai enam orang putera, masing-masing bernama Sidi Ahmad Syarif, lahir 1880, yang menjadi khalifah daripada tarekat neneknya antara tahun 1901 sampai 1916 kemudian perang dunia pertama ia memihak kepada Jerman tetapi kemudan ia pergi ke Turki dan turut dalam mengadakan propaganda untuk mendirikan gerakan Pan Islamisme serta bertempat tinggal di Ankara. Lima orang anaknya yang lain bernama Sidi Muhammad Al-'Albid menjadi tuan tanah di sebelah Selatan Fezzan, antara tahun 1916—1918 memimpin pertempuran di Saharan menentang Perancis, selanjutnya Sidi Ali Al-Khattab, Sidi Safiuddin, yang menjadi ketua Parlimen Itali di Cyreneica dalam tahun 1921, Sidi Ai-Hallal dan Sidi Ar-Pidha. Markas Tarekat Sanusiyyah ini pada mula-mulanya berada di Jaghbub antara 1855—1895, kemudian dipindahkan ke Kufra 1895, ke Guro 1899, kemudian dipindahkan lagi ke Kufra 1902, sementara zawiyah-zawiyah sufinya, yang dalam tahun 1859 berjumlah hanya dua puluh dua buah, meningkat dalam tahun 1884 sampai seratus buah banyaknya. Di antara wirid-wirid yang dilakukan secara sir oleh penganut-penganut tarekat ini ialah ucapan: " Y a Latif" sebanyak seribu kali, kemudian dalam hukum, sangat memegang kepada Quran dan Hadis. Meskipun dalam pelaksanaan fiqh kadang-kadang terdapat perbedaan, tarekat ini kuat memegang mazhab Maliki dan membuka pintu ijtihad untuk menetapkan hukum. Dalam kitab Sabilul Mukminin fi Thariqil Arba'in, yang berisi zikir-zikir serta hizib-hizib tarekat ini, kita ketahui bahawa 130
tujuannya tidak menyeleweng kepada hai.ha! yang dibuat-buat. Di antara kitab-kitab yang menyiarkan ajaran ini kita sebutkan Kitab Risalah karangan Hasan Ujaimi (1702), yang kemudian diterjemahkan atau diringkaskan oleh Sidi Murtadha Az-Zabidi menjadi Kitab Iqdul Juman. Mengenai zikir Haliiyyah yang juga menjadi pembicaraan dalam tarekat ini banyak diterangkan oleh Abi Sa'id Al-Qadiri dalam kitabnya Adabuz. Zikir,. yang ditulis dalam tahun 1696 di India, oieh ivanov disebut dalam Katalogusnya 1280. Pengaruh Qadiriyyah, sebagaimana yang dilihat orang dalam tarekat ini di kala perkembangannya di Musytaghnam, dan pengaruh Tijaniyyah dan Thaibiyyah, sebagai yang pernah diraso orang dalam perkembangannya di Fas, mungkin diperoleh Sanusi di Mekah, tatkala ia belajar pada gurunya Ahmad bin Idris Al-Fasi (mgl. 1837 di Sabia), yang mendirikan tarekat Qaduiruitagh-ldrisiyyah, dan yang menjadi guru juga dari dua buah tarekat yang lain Rasyidiyyah dan Amirghaniyyah. Saya catat beberapa hal mengenai tarekat ini, kerana dengan tidak langsung ada hubungannya dan penga. ruhnya di Indonesia, yang sejak purbakala banyak dikunjungi oleh "Syeikh-syeikh Maghribi", yang selain dari menjadi mubaligh, tentu banyak sedikit sudah dipengaruhi oleh faham-faham tarekat ini.
131
XXII KEDUDUKAN GHAZALI DALAM THARIKAT Tarekat mana pun juga menganggap, bahawa ajaran-ajaran Imam Ghazali, sebagaimana yang terdapat dalam karangan-karangannya, di antaranya kitab "Ihya Ulumuddin", adalah pegangan dan sumber ilmu syari'at dan hakikat yang tidak kering-keringnya. Tiap bertemu perselisihan faham dalam ilmu tasawwuf, termasuk ilmu tarekat, orang mencari penyelesaiannya ke dalam ajaran-ajaran Ghazali. Memang Ghazali yang dapat menyelesaikan pertentangan antara Ilmu Syari'at dan Ilmu Hakikat, antara kehidupan lahir dan kehidupan batin ini dan mempertemukan dalam suatu bentuk ilmu Tasawwuf yang kita kenal dalam Islam. Sebagaimana dikatakan De Boer dalam kitabnya Sejarah Falsafat Islam, yang pernah disalin ke dalam bahasa Arab kerana pentingnya, Ghazali tidak dapat mencari kcpuasan dalam mempelajari dan mengajarkan, baik ilmu pengetahuan alam, maupun ilmu peraturan agama Islam, kerana ia tidak dapat melihat sesuatu apa dalam ilmu itu yang dapat memberikan bekas kepada jiwanya yang gelisah dan haus kepada kebenaran. De Boer berkata, bahawa bukanlah hanya kegemaran kepada ilmu pengetahuan semata-mata yang telah membawa dia mempelajari ilmu Filsafat, tetapi ia mecemplungkan dirinya kemari pun dengan maksud ingin men132
cari sesuatu yang dapat meiepaskan keraguan-keraguan yang bersarang dalam fikirannya. Tidak mungkin ia sampai kepada tujuannya dengan mempelajari alam yang lahir ini saja, begitu juga tidak hanya dengan mengisi dan mengasah fikirannya sejadi-jadinya, tetapi kerana ia berhasrat menenangkan hatinya dan merasakan hakikat yang tertinggi dan terakhir. Dengan demikian ia keluar masuk ke dalam dunia ilmu pengetahuan, pulang pergi belajar dan mengajar, membaca dan menulis, kerana agama, kerana syak dan wasangka, keraguan dan keguncangan jiwanya terhadap apa yang dicarinya itu. Dalam kitabnya "Al-Munqiz minaz zalal" (terjemarr dalam bahasa Indonesia bernama "Pembebas Dari Kesesatan" diselenggarakan oleh Saudara Abdullah bin Nuh, diterbitkan oleh "Tinta Mas", Jakarta), Ghazali menjelaskan, apa sebab ia tidak puas dengan ilmu syari'at saja, jika tidak disertai dengan amal dan kehidupan batin. la tidak puas hanya dengan ilmu lahir yang menyiarkan ilmu pengetahuan dan menjalankan peraturan-peraturan syara' secara kaku, ia menghendaki lebih banyak ilmu yang membuahkan amal, lebih banyak di. dikan yang dapat memimpin kehidupan batin. la berkata sebagai berikut: "Setelah itu maka perhatianku tertarik oleh kehidupan Sufi, tarekat oleh jalan kebatinan. Nyata sekali jalan ini tidak dapat ditempuh, kecuali dengan ilmu dan amal kedua-duanya. Menempuh jalan ini bererti menghadapi tanjakan-tanjakan batin dan menunjukkan amal itu lebih banyak kepada membersihkan diri. Hal ini perlu untuk mengosongkan batin manusia, dan kemudian mengisinya dengan zikir kepada Allah Ta'ala" 133
Selanjutnya ia berkata: "Bagiku ilmu itu lebih mudah daripada amal, maka segeralah aku memulai mempelajari ilmu Sufi serta membaca kitab-kitabnya di antara lain ialah kitab "Qutul-Qulub", karangan Abu Thalib Al-Makki, dan kitab-kitab karangan Al-Haris Al-Mahasibi, begitu juga ucapan-ucapan Al-Jumaid, Asy-Syibli, Abu Yazid Al-Bisthami dan lain-lain. Dengan demikian dapatlah aku memahami tujuan mereka. Maka kuketahuilah yang lebih dalam lagi hanya dapat dicapai dengan perasaan, zauq' pengalaman dan perkembangan batin. Jauh nian perbezaan antara mengetahui erti sihat atau kenyang dengan mengalami sendiri rasa sihat dan kenyang itu. Mengalami mabuk lebih jelas daripada hanya mendengar keterangan tentang ertinya. Pada hal yang mengalaminya mungkin belum mendengar sesuatu keterangan tentang dia. Tabib yang sedang sakit tahu banyak tentang sihat, tetapi ia sendiri sedang tidak sihat. Tahu erti dan syarat-syarat zuhud tidak sama dengan bersifat zuhud. Yang penting bagi mereka adalah pengalaman, bukan perkataan. Apa yang dapat dicapai dengan ilmu telah kucapai. Selanjutnya harus dengan zauq dan suluk. Ilmu-ilmu syari'iyyah dan aqliyyah, telah memperkuat imanku kepada Allah Ta'ala, kepada Nabi dan Hari Kemudian. Tak terhitung buktï-bukti dan sebab-sebab yang menyebabkan kuatnya imanku itu. Aku insaf, bahawa hanya taqwa dan menguasai nafsu itulah jalan satu-satunya untuk mencapai kebahagiaan yang abadi. Pokoknya meiepaskan batin dari belenggu itu tak mungkin sebelum terlepas dari pengaruh kedudukan dan harta berserta godaan dan rintangan lainnya. 134
A k u lihat diriku tenggelam dalam samudera gedaan dan rintangan. Segala pekerjaan yang terbaik ten. tang mengajar dan mendidik, kutinjau sedalam-dalamnya. Jelas, aku sedang memperhatikan ilmu yang tidak kurang penting untuk perjalanan ke Akhirat. A p a niat dan tujuanku dengan mengajar dan mendidik, nyatalah tidak sebenarnya ikhlas yang mumi kerana Allah Ta'ala, melainkan dicampuri oleh pengaruh ingin kepada kedudukan dan kemasyhuran. M a k a terasalah kepadaku bahawa aku sedang di pinggir jurang yang curam, di atas tebing terjal yang hampir gugur. A k u akan jatuh ke neraka jika tidak segera merubah sikap. Lama juga aku berfikir. M a k a timbullah keinginan hendak meninggalkan kota Baghdad dengan kesenangannya, namun kemudian urung juga, hati masih ragu-ragu. Keinginan keras di waktu pagi untuk menuntut bahagia abadi, menjadi lemah di petang harinya. Nafsu duniawi menarik hatiku ke arah kedudukan, nama dan pengaruh, namun iman berseru: "Besiap-siaplah, umur hampir berakhir, pada hal perjalanan sangat jauhnya, ilmu dan amalan hanyalah sombong dan pura-pura, jika tidak sekarang, bilakah akan bersiap". Kemudian bertambah keras untuk membebaskan diri, namun syaitan kembali pula. "Ini hanya fikiran sementara", kata syaitan, "Jangan diturut ajakannya, sayang, jangan kau tinggalkan kedudukanmu yang tiada taranya ini, kelak engkau akan menyesal, tak mudah kembali kepadanya". Lama juga terumbang-ambing antara dunia dan akhirat, hampir enam bulan, iaitu sejak bulan Rajab t a hun 488. Akhirnya keadaan telah memuncak, tak dapat lagi melakukan tugas mengajar, namun sepatah kata pun 135
hampir tak dapat keluar dari mulutku. Hal ini sangat menyedihkan. Nafsu makan pun hilang, kesihatan merosot. Akhirnya para doktor pun merasa putus asa. Untuk penyakit di dalam hati tiada lain ubatnya melainkan istirihat, membebaskan hati itu dari segala yang mengganggunya, kata mereka. Dengan segenap jiwa, hatiku menjerit kepada Tuhan yang Pengasih dan Penyayang. Dan akhirnya permohonanku pun terkabullah, dan relalah hati meninggalkan Baghdad, tempat kemuliaan, keluarga dan handai taulan. A k u berbuat seakan-akan hendak berziarah ke M e kah, pada hal tujuanku negeri Syam. A k u kuatir kalau Khalifah dan beberapa kenalanku tahu akan maksudku hendak tinggal di tanah Syam. Akhirnya berhasillah aku keluar dari tanah Baghdad dengan tidak menggemparkan dan niat tidak akan kembali lagi selama-lamanya. Penduduk Irak tidak akan membenarkan tindakanku ini. Tak seorang pun mengira bahawa niatku meninggalkan kedudukan tinggi di Baghdad itu berdasarkan pertimbangan agama, sebab pada anggapan mereka, kedudukanku tadi adalah kedudukan yang tertinggi dalam agama. Hanya sampai di situlah pandangan mereka. Bèrmacam-macam dugaan mereka. Orang-orang yang jauh dari Irak mengira ada keretakan dalam hubunganku dengan pemerintah Irak. Tetapi orang yang tahu betapa besar penghormatan pemerintah kepadaku, meskipun aku tidak mendekat kepadanya, hanya berkata, sudah takdir llahi, tak ada sebab-sebabnya melainkan orang Islam dan ahli ilmu telah menetapkan demikian. Demikian hartaku habis kubagi-bagikan kecuali se136
dik.it untuk bekal dijalanan dan untuk nafkah anak-anak yang masih kecil. Kerana kekayaan tanah Irak itu wakaf bagi umat Islam, maka seorang alim boleh mengambil dari hasil wakaf tersebut sekadarnya untuk dirinya sendiri berserta keluarganya. Untuk alim-ulama tak ada yang lebih baik daripada kekayaan wakaf Irak itu. Di tanah S y a m aku tinggal kira-kira dua tahun, melakukan 'uzlah khalwah, riadhah dan mujahadah, menurut tasawwuf yang telah kupelajari itu. Semua itu untuk menjernihkan batin, agar supaya mudah berzikir kepada Allah s.w.t. sebagaimana mestfnya. Lama aku ber'itikaf di masjid kota Damsyik, di atas menara sepanjang hari dengan pintu tertutup. Dari D a m . syik aku pergi ke Baitul M a q d i s , di mana setiap hari aku masuk Qubatus Sakhra dalam hatiku berkeinginan untuk ibadah haji, iaitu setelah selesai ziarah ke makam Al-Khalil a.s. Demikianlah aku pergi ke tanah Hijaz. Kemudian, kerana rindu dan ingin melihat anakanak pulanglah aku kembali ke rumah, suatu keadaan yang dahulunya tak pernah terlintas dalam hatiku. M e s kipun begitu namun aku tetap ber'uzlah, berkhalwah, menjernihkan batin untuk zikir. Berbagai peristiwa masa, urusan keluarga dan keperluan hidup, mempengaruhi tujuan dan merintangi kejernihan khalwah. Hanyalah sewaktu-waktu saja dapat kesempatan yang sempurna, namun tak putus asa, dan khalwah dapat juga dijalankan. Yang demikian itu berlaku sepuluh tahun. Sebelum waktu berkhalwah itu, terbukalah bagiku rahasia yang tak terhitung jumlahnya, tak mungkin diceriterakan. Yang akan kukatakan untuk diambil manfaatnya ialah, aku yakin benar-benar, kaum Sufiyah itulah yang betul-betul telah menempuh jalan yang dikehen137
daki Allah Ta'ala. Merekalah golongan yang paling utama cara-cara hidupnya, paling tepat tindak iakunya dan paling tinggi budi pekertinya. Bahkan sndaikata semua para 'uqala, hukama, para ahli hukum dan ilmu, para ulama yang tahu rahasia syara' semua itu dihimpunkan untuk menciptakan cara yang lebih utama daripada cara Sufi itu, tiadalah akan memberi hasil, sebab segala gerak-gerik mereka (kaum Sufiyah), baik lahir maupun batin, diterangi sinar dari Cahaya Kenabian. Di dunia tak ada cahaya yang lebih terang daripadanya. Pendeknya, apakah yang akan dikatakan orang tentang sesuatu jalan, yang dimulai sebagai syarat pertama untuk membersihkan hati, mengosongkan sama sekali dari segala sesuatu selain Allah Ta'ala? Sedang kunci pembuka pintunya laksana takbiratul ihram bagi sembahyang, ialah istighal diri dalam zikir kepada Allah. Dan akhirnya sama sekali fana pada Allah Ta'ala. Keadaan fana ini penutup taraf pertama, yang hampir masih dalam batas ikhtiar dan kasab. Pada hal ini sebenarnya merupakan permulaan tarekat, sedang yang sebelumnya itu hanyalah merupakan jihad (jalan kecil) menuju kepadanya. Dari awal tarekat ini mulailah peristiwa-peristiwa mukasyafah dan musyahadah, hingga akhirnya dalam keadaan jaga mereka dapat pelajaran daripadanya. Dari tingkat ini, ia naik pula beberapa tingkatan untuk setiap kata yang dipakai pastitah mengandung salah faham yang tak mungkin dihindarkan Akhirnya sampai ia ke darjat yang begitu " d e k a t " (kepadaNya) hingga ada orang yang hampir mengiranya hulul, atau ittihad, atau wusul. Semua kiraan itu s a lah, dan ini telah kami terangkan dalam karangan kami "Al-Maqsidul A q s a " (Tujuan Terakhir). Barangsiapa 138
mengalaminya, hanya akan dapat mengatakan, bahawa itu suatu hal yang tak dapat diterangkan, indah, utama, dan janganlah lagi bertanya. Pendeknya, barang siapa belum dikurniai Tuhan mengalaminya, belumlah ia mengenai hakikat kenabian, lebih dari namanya belaka. Sebenarnya keramat aulia adalah hidayat anbia. Yang kemudian itu adalah hal Rasulullah s.a.w. ketika berkhalwat di Bukit Hira', hingga orang-orang Arab berkata, Muhammad "Jatuh cinta kepada Tuhannya". Hal ini dapat difahamkan dengan zauq oleh orang yang melalui jalannya. A d a pun orang yang belum mengalami pun dapat juga memahami sekadarnya dengan sering bergaul dengan kaum Sufiyah itu atau dengan membaca huraian-huraian yang ada pada karangan kami "Aja-ibul Q a l b " "Ihya Ulumuddin". U s a ha menghidupkan ilmu-ilmu. A g a m a mencapai sesuatu pengertian dengan alasan dan bukti dan keterangan adalah ilmu namanya, mengalaminya bernama zauq, menerimanya kerana kepercayaan iman namanya. Jadi adalah tiga darjat. "Orang-orang yang iman dan orangorang yang diberi ilmu diangkat oleh Allah beberapa darjat". Di luar mereka adalah orang-orang jahil, menyimpang semua itu dari dasarnya dan mereka hairan mendengar ceriteranya. Mendengar sambil mengejek dan menganggap sebagai omong kosong. Tentang mereka itu Allah Ta'ala berfirman: " D i antara mereka ada yang mendengar perkataanmu, tetapi setelah keluar dari tempatmu, mereka bertanya kepada orang-orang yang dianugerahinya pengetahuan: Apakah yang dikatakannya tadi itu? Merekalah yang hatinya telah dicap oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu. Maka ia telah menjadikan mereka tuli dan buta". 139
Setelah menempuh jalan Sufinya itu, jelaslah bagiku hakikat kenabian dan khasiatnya. Penafsir kitab A l - M u n q i z , sejarah hidup Ghazali yang ditulisnya sendiri, menerangkan tentang ini: "Bertimbun kitab diseiidiki, semuanya mengandung satu pembalasan, iaitu sekitar agama, yang menawan hidupnya. Tentang apa pun ia pertahankan dalam ilmunya yang luas itu, ia pada akhirnya berulang kembali kepada pokok yang satu itu. Lalu menjanjikan pengembaraannya mencari Tuhan itu dengan kata-kata yang indah, jauh daripada susunan kalimat biasa, selalu mengandung cahaya yang diburunya, yang kemudian diikuti oleh pembaca-pembaca kitabnya itu. Yang demikian itu menunjukkan, ke mana hatinya hendak diletakkan, fikiran hendak ditujukan, jiwanya hendak dipenuhi, disiram, disemai dan ditumbuhkan. Sesudah tinggal beberapa lama di Nisabur, ia kembali ke Thus, lalu mendirikan sekitar rumahnya dua sekolah tinggi, sekolah tinggi bagi ilmu fiqh dan sekolah tinggi bagi ilmu Tasawwuf, dengan demikian seakanakan Ghazali berkata: "Lihat! kedua-dua perlu untukmu, dunia dan akhirat!". Ghazali meninggal pada tanggal 14 JamadÜ-Awwal, 505H., dihadiri oleh teman sesufinya Ahmad, dikuburkan cobelah Timur kuburan Thabiran, dekat kubur penyair Firdausi yang terkenal. Beberapa saat sebelum mati ia berkata: "Sekarang aku ketahui bahawa aku telah kembali, meskipun dalam batas menyiarkan ilmu pengetahuan, kerana kembali itu pulang kepada asal adanya. Pada waktu dahulu aku menyiarkan ilmu pengetahuan, yang menghasilkan kemegahan bagi manusia, kusiarkan dengan segala kesung. guhan hati ilmu pengetahuan yang dapat meninggalkan 140
kesombongan dan kemegahan. Inilah tujuanku, inilah niatku dan inilah imanku. Mudah-mudahan Allah mengetahui yang demikian dan menerimanya daripadaku". Demikianlah pandangan Imam Ghazali tentang sawwuf dan tarekat.
ta-
Pada akhirnya sampailah Ghazali kepada tujuannya. Sebagai yang dikatakan oleh Zwemer ia adaiah satusatunya bapa orang Sufi, penasihat orang Sufi, paman orang Sufi. Saudagar orang Sufi, guru besar orang Sufi, kepercayaan orang Sufi, dan bintang masa orang Sufi. Umumnya orang Barat menyebut nama Ghazali itu dengan penuh kehormatan: Bapa gereja dalam Islam. Pada kesempatan yang lain saya pernah membaca penghargaan orang Borat terhadap Ghazali dalam ucapannya: Jika seseorang akan mempelajari Islam, tak dapat tidak akan bertemu dengan salah satu daripada tirsa nama, Muhammad, Bukhari atau Ghazali. Prof. M c . Donald berkata: "Sebenarnya hidup kesufian dalam Islam sudah ada sebelum Ghazali. Tetapi acapkali orang menganggap kesufian itu menyalahi syara', dan mengecam orang-orang yang mengikut serta menyertainya. Tetapi Ghazali, sesudah lahir dalam perjuangan hidup, mulailah ia mengangkat ajaran Sufi itu dalam kupasankupasannya, memasukkan ilmu Syari'at ke dalam T a s a w w u f dan memasukkan ilmu Tasawwuf ke dalam Syari'at, sehingga agama Islam itu seoiah-olah terpilih menjadi satu antara ilmu Fiqh dan Ilmu T a s a w wuf, antara ibadat lahir dan keyakinan batin. Maka ilmu Tasawwuf itu daoat tempat yang terhormat, beroleh nilai yang tinggi dari semua kaum Muslimin, bahkan dapat diterima oleh semua aliran yang ada Islam ketika itu". 141
Seorang ahli filsafat Inggeris menulis kalimat peringatan untuk Ghazali dalam kitabnya, yang menggambarkan ucapan ahli Sufi terbesar ini: " A k u meletakkan jiwaku di hadapan Tuhanku. Tubuhku supaya dikuburkan pada tempat yang tidak kelihatan. Tetapi namaku, ya aku ini adalah pencipta masa-masa depan untuk seluruh umat manusia" (Sulaiman Dunia, Al-Hakikah fi Nazri Al-Khazali, Mesir 1947 halaman 76). Kehormatan yang besar ini hanya disebut oleh Ghazali dalam kitab-kitabnya dengan kata-kata yang sangat sederhana: " M a k a terbukalah bagiku di tengah-tengah khalwat beberapa perkara yang tidak dapat kunilai dan tidak dapat kusangka-sangka".
142