Kadar pelepasan Karbon Dioksida (CO2) Berdasarkan Penggunaan Tenaga Elektrik Di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Kesannya Terhadap kesihatan Pekerjaan
Pengenalan
Pembangunan yang pesat di zaman globalisasi ini memberi impak yang baik dalam pembangunan manusia sejagat. Ia membantu manusia menjalankan kehidupan dengan lebih mudah.
Boleh anda membayangkan bagaimana kehidupan manusia
tanpa elektrik. Contohnya, pasti kehidupan seharian akan tidak semudah sekarang. Pada awal 1700 Abraham Darby telah berjaya menyahkarbon daripada arang batu lalu menukarkannya kepada ‘coke’ yang lantas memulakan revolusi perindustrian. (en.wikipedia.org, 2008)
Sejajar dengan peredaran masa, kita mula membakar bahan api fosil (arang batu, minyak dan gas) dalam kuantiti dan jenis yang lebih banyak. Peradaban manusia sangat bergantung kepada bahan api berkenaan bagi hampir setiap apa yang kita miliki dan lakukan dalam hidup.
Namun, setiap pembangunan dan teknologi yang membangun juga memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar. Antaranya pengurangan keluasan penggunaan tanah dan pelepasan gas-gas kotor ke udara. Kardon dioksida (CO2) merupakan salah satu punca implikasi gas kotor yang terhasil daripada pembangunan dan teknologi masa kini. Teknologi yang banyak menyumbang kepada tahap penghasilan karbon dioksida ini adalah berasal dari industri nuklear, pembakaran bahan fossil serta penggunaan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik.
Di Malaysia, berdasarkan statistik yang dibekalkan oleh Imbangan Tenaga Kebangsaan 2008, Malaysia mengalami peningkatan penggunaan tenaga asas purata 1
sebanyak 6.1% di antara tahun 2000 dan 2008.
Nilai ini hampir sama dengan
peningkatan purata KDNK (GDP) sebanyak 6.0%. Tambahan pula, subsidi kepada gas asli akan dimansuhkan sepenuhnya menjelang tahun 2015. Malah, bukan sahaja kos tenaga dijangka meningkat, kita juga agak ketinggalan jauh dalam bidang kecekapan tenaga disebabkan pelbagai alasan.
Penggunaan tenaga elektrik merupakan salah satu punca peningkatan (CO 2) di samping pengangkutan, bahan buangan dan pembangunan lain. Pembebasan karbon dioksida adalah dari proses menghasilkan tenaga elektrik dan ini bermakna semakin kurang tenaga elektrik yang digunakan semakin kurang (CO2) dibebaskan dipuncanya. Terdapat banyak sumber yang boleh menghasilkan tenaga elektrik. Salah satu sumber adalah pembakaran bahan fossil.
Tenaga haba yang terhasil dari bahan bakaran
ditukarkan kepada tenaga elektrik. Namun, kesan daripada bakaran bahan fossil akan menghasilkan karbon dioksida
Senario Pencemaran Udara Karbon dioksida adalah sejenis gas yang dikeluarkan melalui beberapa sumber seperti pembakaran, penafasan, kesan rumah hijau dan sebagainya. Secara kimianya karbon dioksida adalah gabungan zarah carbon dan dua zarah oksigen. Ianya terhasil daripada tindakbalas oksigen kepada sumber karbon dioksida dan menghasilkannya. Karbon dioksida juga boleh ditukar kembali kepada oksigen melalui proses photosinteisis yang berlaku pada kesemua jenis flora di planet ini.Karbon dioksida juga memberi peranan penting dalan ruang angkasa kita. Hanya satu bahagian dalam 2597 atmosfera bumi adalah karbon dioksida.
(Jeffrey Masters,1995).
Namun, tumbuh-
tumbuhan menjadikan diri mereka daripadanya.
Tumbuh-tumbuhan menggunakan fotosintesis untuk menjadikan diri mereka daripada air, karbon dioksida dan tenaga dari matahari. Oksigen atmosfera adalah hasil sampingan fotosintesis. tumbuhan
atau
Haiwan diterbalikkan fotosintesis.
mereka
makan
haiwan 2
yang
Mereka makan tumbuh-
memakan
tumbuh-tumbuhan.
Metabolisme haiwan menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida dan air.
Kesan bersih semua ini adalah sebuah gerakan malar karbon antara tumbuh-
tumbuhan, haiwan dan atmosfera. Karbon dioksida dan wap air gas rumah hijau adalah yang paling penting. Tanpa gas rumah hijau, bumi akan menjadi planet ais dan tidak akan ada kehidupan. (www.click.org.my, 2011) Namun, Agensi perlindungan alam sekitar telah mengistiharkan bahawa gas karbon dioksida adalah gas yang tergolong dalam pencemaran udara. (www.expresswaysonline.com/expwys/ourselves.html,2004). Ianya kerana gas karbon dioksida mampu memudaratkan manusia dan haiwan dalam jangka masa panjang.
Agensi perlindungan alam sekitar juga berpendapat bahawa kepekatan gas ini di ruang udara kita sudah mencapai ke tahap bahaya dan akan lebih merbahaya jika tidak dibendung. Hujah ini juga dibuktikan apabila tahap karbon dioksida lebih tinggi dalam suasana kita sekarang berbanding di era pra-industrial. (Tom Kuennen, 2004).
Di
samping itu, walaupun menjelang dalam kandungan atmosfera CO2 sejak revolusi rerindustrian (selepas Masihi 1700), CO2 dan gas rumah hijau. Selain daripada wap air masih hanya membentuk kurang daripada 0.03 peratus daripada jumlah atmosfera. (www.expresswaysonline.com/expwys/ourselves.html, 2004) Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum adalah punca utama peningkatan antropogen CO2. Penebangan hutan adalah punca utama yang kedua.
Penyataan Masalah Peningkatan karbon di Malaysia menunjukkan percanggahan yang ditunjukkan terhadap Protokol Kyoto di mana negara-negara yang menandatanganinya termasuk Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca seperti karbon dioksida. Sejajar dengan komitmen Malaysia terhadap pengurangan pelepasan karbon, kajian ini juga akan mengenalpasti elemen-elemen yang menyumbang peningkatan karbon di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
3
Objektif Penambahbaikan Kualiti Udara di PSA Kajian ini adalah bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara rendah karbon dioksida menjelang tahun 2015. Oleh itu, untuk mencapai dan merealisasikan hasrat ini terdapat beberapa objektif disediakan sebagai panduan yang perlu dicapai di akhir kajian seperti: 1.
Mengenalpasti tahap penghasilan karbon dioksida di PSA menggunakan power data logger.
2.
Mengenalpasti kesan pelepasan CO2 terhadap persekitaran kerja di PSA
3.
Mencadangkan pengurusan karbon yang berkesan untuk PSA
4. Bagi melancarkan proses kajian ini, beberapa penggunaan sumber yang boleh dipercayai telah dikenalpastibagi mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat mengenai penggunaan tenaga elektrik di PSA sekaligus mmebantu dalam pengiraan pelepasan karbon dioksida. Data-data primer akan diperolehi melalui penggunaan ‘3 phase power data logger’ dan bil-bil elektrik bulanan PSA. Pengunaan sumber dari internet juga digunakan untuk mencari data-data am. Antara kesinambungan usaha yang berkaitan bagi mendapatkan kadar pelepasan karbon dioksida adalah dengan melakukan langkah alternatif lain seperti melakukan aktiviti tinjauan kawasan kajian bagi pengumpulan data yang lebih jitu.
Kesimpulan Justeru itu, penjimatan tenaga elektrik melalui penggunaan secara cekap dan optimum adalah langkah terbaik bagi mengurangkan penghasilan gas karbon dioksida oleh setiap individu selain memberikan pulangan kewangan daripada penjimatan bil penggunaannya. Kajian ini meninjau dengan lebih dekat berkaitan tahap pengeluaran karbon dari penggunaan peralatan elektrik di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Kesan sampingan dari segi kesihatan juga menjadi objektif dalam kajian ini. Hasil daripada
4
kajian
ini akan menunjukkan kadar pelepasan CO2 yang dihasilkan oleh JKE dan
kesan terhadap kesihatan dan pekerjaan
Kita juga dapat mengetahui status pengeluaran karbon semasa dan mengambil langkah awal dalam menyumbang kepada penurunan peratus pengeluarannya. Kita sama-sama menyahut seruan kerajaan mewujudkan persekitaran perkerjaan yang kondusif dan selamat. Tahap kesihatan yang tinggi secara langsung meningkatkan tahap produktiviti staf PSA yang menjadi tonggak kepada kejayaan pelajar sebuah politeknik premier
Disediakan Oleh,
Roszimah binti Tahir Zarinah binti Zaini Azizi Mursidy bin Zainol Abidin Norliza binti Md Jahid Mariam binti Abdullah.
Jabatan Kejuruteraan Awam
Tarikh : 13 Disember 2013
5