TAJUK 5
Reka Bentuk Visual (6 jam + 8 jam)
Tajuk ini mengandungi prinsip-prinsip visual bagi penghasilan media pengajaran. Ia memuatkan elemen dan prinsip reka bentuk visual memandangkan kebanyakan media mengandungi atribut visual. Prinsip-prinsip di atas diaplikasikan melalui penghasilan bahan-bahan media unjuran dan bukan unjuran. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menghuraikan kepentingan visual dalam pengajaran. 2. Menyatakan peranan visual dalam pengajaran 3. Menyatakan prinsip reka bentuk visual. 4. Menyenarai dan menjelaskan komposisi visual yang menggabungkan elemen dan prinsip visual dengan baik. Sub-tajuk:
Rekabentuk Visual Peranan Visual Dalam Pengajaran Prinsip Asas Rekabentuk Visual Asas Grafik Grafik digital Asas Fotografi OHP
25
REKABENTUK VISUAL
RENUNGAN Berikan contoh-contoh reka bentuk visual semula jadi yang terdapat di sekeliling anda? Apakah kelebihan bentuk tiga dimensi? Kenapa grafik perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Justeru, peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting. Namun, sebahagian besar daripada kejayaan kerana bahan visual, adalah berdasarkan kualiti yang ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang digunakan.
PERANAN VISUAL DALAM PENGAJARAN
Visual membantu menyediakan panduan konkrit sesuatu idea. Visual ikonik umpamanya membantu ingatan untuk menghubungkan idea. Visual memotivasikan pelajar dengan cara menarik perhatian, mengekal perhatian dan menghasilkan maklum balas emosi. Visual dapat menghuraikan maklumat yang sukar difahami. Visual juga dapat menggambarkan perkaitan antara unsur-unsur berlainan. Visual jika digunakan bersama teknologi pengajaran dapat meningkatkan pencapaian Menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur
26
Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukan visual seperti tutur atau perkataan Rebentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi antara punca (Guru) dan penerima (pelajar) Mempastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan jelas) Mudah untuk interpretasi mesej Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar Dapat tarik perhatian kepada perkara yang terpenting Tipografi adalah olahan visual teks untuk menjelaskan jadual, carta, peta, gambar rajah atau ilustrasi. Tipografi melibatkan pemilihan jenis huruf/fon, reka letak dan penempatan teks di atas skrin berbanding dengan saiz skrin dan teks lain dan penggunaan petanda atau ‘signal’ seperti tajuk, prakata, rumusan, dan lain-lain lagi Untuk menyediakan visual yang baik dalam media, guru harus pertimbangkan tiga elemen reka bentuk visual berikut: Elemen Visual (Pilih jenis visual) Elemen Verbal (Pilih jenis huruf) Elemen yang menarik perhatian (Kejutan, tektur, interaksi)
PRINSIP ASAS REKABENTUK VISUAL Prinsip Asas Rekabentuk Visual dibahagikan kepada tiga kumpulan Elemen :
memilih dan mengendalikan elemen visual
Corak :
memilih corak untuk memapar elemen
Susunan :
menyusun elemen membentuk corak
27
Elemen Reka Bentuk Visual
Elemen Visual
Elemen Lisan
Elemen Tarikan
Realistik
Stail Huruf
Luar Biasa
Analogi
Bilangan
Permukaan
Organisasi
Warna
Interaksi
Saiz Jarak
ATRIBUT VISUAL
Atribut Visual Visual Bukan Unjuran
Visual Unjuran Tranparensi
Objek sebenar
Video
Model Bahan Bercetak Kerja Lapangan Papan Paparan
KONSEP DAN FUNGSI VISUAL
Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik, elektronik dan grafik.
Fotografik dan video adalah visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar. 28
Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik dan ia terdiri daripada dua kategori visual iaitu: • Visual analogik menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbol yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut. Sebagai contoh, sebuah kartun dilukis bagi mewakili peristiwa sel darah putih menyerang bakteria. Di sini, setiap karektor kartun dilukis menyamai konsep asal. • Visual organisasi merangkumi carta aliran graf, peta, carta kategori dan sebagainya.
Lima elemen grafik ialah ruang, garisan, permukaan, bentuk 2 dimensi dan bentuk 3 dimensi. ASAS GRAFIK
RENUNGAN Kenapa dalam kehidupan kita warna memain peranan yang penting? Kenapa bentuk sesuatu objek kadangkala memberi kesan kepada pelajar? Berikan SATU contoh bagaimana bentuk objek boleh memberi kesan dalam satu proses P&P.
Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat memandu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan visual yang baik. Enam prinsip grafik akan dibincangkan iaitu: •
simplisiti;
•
dominan;
•
pola;
•
seimbang;
29
•
variasi; dan
•
harmoni.
Kenapa kita perlu mengambil kira prinsip rekaan, dalam penghasilan bahan dan bagaimana ia boleh membantu pembelajaran murid. Visual memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Huraikan ciriciri
yang
boleh
menghidupkan
komunikasi.
Prinsip
visual
berperanan
menghasilkan sesuatu produk yang menarik dan berkesan. Huraikan tiga unsur penting dalam prinsip tersebut. Nyatakan bagaimana elemen rekaan seni visual, dapat diterapkan dalam menghasilkan bahan-bahan pembelajaran murid. FIKIR-FIKIR Pilih beberapa keping gambar atau rekaan visual kesukaan anda. Kaji prinsip grafik yang digunakan dan mengapa ia digunakan. Sebagai seorang ‘graphic designer’, anda diminta menghasilkan satu lakaran grafik yang menerapkan prinsip grafik dan elemen grafik. Bincangkan dan huraikan apakah prinsip grafik dan elemen grafik yang terdapat dalam gambar tersebut.
30
ASAS FOTOGRAFI
Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untukmeletakkan filem dibahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masukke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentukimej.
FIKIR-FIKIR Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajarandan pembelajaran?Berdasarkan topik sesuatu matapelajaran, hasilkan sekurang-kurang 5 keping cetakan fotografi dengan menggunakan beberapa teknik-teknik pengambaran. Lekatkan gambar-gambar yang diambil pada kertas A4, dan terangkan apakah teknik-teknik pengambilan foto yang telah digunakan ketika mengambil gambar tersebut. Anda ialah seorang jurufoto bertauliah yang bekerja di sebuah institut pengajian tinggi. Anda diminta memberi satu taklimat tentang Kamera SLR (single lens reflex), Kamera TLR (twin lens reflex) dan Kamera Digital. Maklumat anda juga perlu menekankan aspek pemilihan filem dan pemahaman tentang bacaan aperture dan shutter speed.
31
PENGGUNAAN BAHAN TRANSPARENSI (LUTSINAR)
Subtajuk: Prinsip Penghasilan Transparensi Bahagian-bahagian dan fungsi OHP •
Pengendalian OHP
•
Jenis-jenis transparensi
•
Teknik penyediaan dan persembahan transparensi RENUNGAN Jelaskan bagaimana untuk menghasilkan transparensi dan juga cara penggunaannya bagi membantu proses P&P menjadi lebih berkesan.
Keperluan perkakasan yang diperlukan ialah Projektor Over Head/Projektor lutsinar (OHP)
32
33
Teknik Penghasilan Transparensi a. Tulis Terus b. Bertingkap c. Berjalur d. Bertindih e. Pusingan
34
35
Jenis-Jenis Lutsinar a. b. c. d.
Tulis Terus (write-on) Thermal (infra-merah) Fotokopi Ink-jet Film
36
37
FIKIR-FIKIR Kenapa tranparensi masih menjadi pilihan guru dalam pengajaran walaupun terdapat pelbagai pilihan teknologi yang lain? Bincangkan juga kekangan atau had penggunaan OHP.
Ingat: Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam portfolio anda.
38