PUSAT CITRA UNIVERSITI ( CITRA UKM ) LMCK 1531 KEPIMPINAN DAN KREATIVITI SET 133 KERTAS KERJA PROGRAM ”BUDDIES’ DAY” DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD ALIF BIN BOHARI NO. MATRIK: A152503 DISEDIAKAN UNTUK: PUAN NUR JUMAADZAN ZALEHA BINTI MAMAT
1) Objektif Terdapat banyak objektif yang berjaya kami capai sepanjang program ini dijalankan. Antaranya ialah : Menambah kenalan baru dan saling beramah mesra. Mengenali di antara satu sama lain dengan lebih dekat tanpa mengira rupa, jantina, umur dan kursus major. Memahami kepentingan kerja berpasukan. Peserta juga akan lebih berkeyakinan dalam melaksanakan kerja berpasukan dan memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi. 2) Penerangan Program Buddies‟ Day merupakan satu program anjuran kursus LMCK1531 Kepimpinan dan Kreativiti set 133 sesi 2015 dan set ini adalah di bawah penasihat iaitu pensyarah yang bernama Puan Jumaadzan Zaleha binti Mamat. Program „Buddies‟ Day‟ ini diadaptasi daripada rancangan realiti televisyen Running Man. Running Man merupakan rancangan realiti dari Korea yang sedang popular di seluruh dunia dan mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan remaja remaja masa kini. Apa yang membuatkan kami mempunyai idea untuk mengadaptasi program ini adalah kerana kami nampak sikap kerjasama dan kepentingan sahabat yang ada dalam kalangan peserta Running Man semasa mereka menjalankan program ini. Jadi apabila kami membuat program seperti ini, nescaya kami dapat memupuk semagat atau sikap tersebut dalam kalangan peserta. Ini adalah sebab kenapa tercetusnya idea untuk kami menjalankan program Buddies‟ Day ini. Selain itu, program „Buddies Day‟ ini mengajar peserta beberapa nilai persahabatan yang penting termasuklah nilai kepercayaan, kerjasama, saling membantu dan toleransi. Semasa program ini dijalankan, 30 peserta telah menyertai program ini dan kami juga telah menyediakan 6 aktiviti untuk mereka. 3) Struktur Program 3.1 Jawatankuasa Tertinggi Penasihat
: Pn. Nur Jumaadzan Zaleha binti Mamat
Pengarah
: Muhamed Hariz Riduwan bin Mohd. Asri
Timbalan Pengarah I
: Hawa binti Mohd. Rahim
Timbalan Pengarah II
: Liew Wing Hing
Setiausaha
: Nur Syahira Lyana binti Mohamad Noor Lee
Timbalan Setiausaha
: Nurul Shahirah binti Shahbudin
Bendahari
: Nur Syafiqah binti Abd. Khalid
Timbalan Bendahari
: Siti Nur Hasimah binti Ibarihim
Ketua Program I
: Nursaidah binti Azmi
Ketua Program II
: Nadzirah binti Jasni
Ketua Program III
: Abdullah Salaam bin Zainuddin
Tugas – Tugas Khas I
:Kamarul Hisham bin Ravazah
Tugas – Tugas Khas II
: Muhammad Alif bin Bohari
Tugas- Tugas Khas III
: Izzuddin bin Razali
Media I
: Norfarah Shahira binti Nordin @ Norhisyam
Media II
: Noor Atiqah Athirah binti Mohammad Salleh
3.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Program : 3.2.1
Jurufoto dan Dokumentasi Muhamed Hariz Riduwan bin Mohd. Asri Noor Atiqah Athirah binti Mohammad Salleh
3.2.2
Pengangkutan Abdullah Salaam bin Zainuddin
Kamarul Hisham bin Ravazah 3.2.3
Makanan Norfarah Shahira binti Nordin @ Norhisyam Muhamad Alif bin Bohari
3.2.4
Aturcara Program dan Senamrobik Siti Nor Hasimah binti Ibarihim Liew Wing Hing
3.2.5
Hadiah Nur Syafiqah binti Abd. Khalid Hawa binti Abd. Rahim
3.2.6
Urusetia Nadzirah binti Jasni Izzuddin bin Razali Nursaidah binti Azmi Hawa binti Abd. Rahim Muhamad Alif bin Bohari Kamarul Hisham bin Ravazah Nur Syafiqah binti Abd. Khalid Nurul Shahirah binti Shahbudin Abdullah Salaam bin Zainuddin Norfarah Shahira binti Nordin @ Norhisyam Nur Syahira Lyana binti Mohamad Noor Lee Noor Atiqah Athirah binti Mohammad Salleh
Pensyarah dan Ahli Kepimpinan dan Kreativiti
3.3 Aturan Program Tempat : Padang Kolej Tun Hussein Onn Hari
: Sabtu
Tarikh
: 5.12.2015
Masa
: 8.30 pagi – 11.00 pagi
3.3.1 Sebelum aktiviti bermula
Peserta sudah mula mendaftar dan mereka diberikan dua roti dan air mineral. Mereka dibenarkan duduk sementara menunggu peserta lain tiba Apabila peserta sudah hadir kesemuanya, ketua dan pensyarah memberi ucapan untuk merasmikan program ini Kesemua peserta dan fasilitator malakukan senaman ringan sebelum bermula
3.3.2 Aktiviti Checkpoint 1 : Battle for Friendship
Checkpoint ini dijaga oleh Hisyam dan Izzudin Setiap kumpulan diberikan kapal ( coklat ) dan letakkan di atas koordinat yang dikehendaki. Kumpulan lain dikehendaki meneka koordinaat kapal pihak lawan. Sekiranya koordinat diteka dengan tepat maka kapal akan karam. Tiga set perlawanan diberi kepada setiap kumpulan dan dinilai mengikut kumpulan yang memenangi set yang banyak.
Tema: Kepercayaan untuk mengalahkan pihak lawan.
Checkpoint 2 : Do you trust me?
Checkpoint ini dijaga oleh Saidah dan Syahira seorang akan memakai kain penutup mata dan 3 orang lagi menyelamatkan belon. 3 orang akan memegang kain dan seorang lagi akan membaling 5 buah belon. 3 orang peserta akan cuba menyelamakan belon menggunakan kain apabila seorang lagi membaling belon.
Tema: Kepercayaan kepada sahabat
Checkpoint 3 : We are one!
Checkpoint ini dijaga oleh Farah dan Syafiqah Seorang akan menjadi pembuat gaya manakala yang ahli lain menjadi peneka daripada apa yang rakan mereka buat. Antara kategori yang diberi pilihan kepada setiap kumpulan ialah kartun, lagu, filem dan artis. Tema: Bersatu hati
Checkpoint 4 : Sharing is Caring
Checkpoint ini dijaga oleh Hawa dan Nadzirah Setiap ahli akan berikan cawan dan dua dari ahli mereka menuang air menggunakan mulut dimana seorang ahli perlu ditutup matanya dan menuang air tersebut manakala seorang lagi perlu menyambut air tersebut.. peserta lelaki dan perempuan menggunakan cawan yang berbeza. Kumpulan yang paling pantas dan paling banyak baki air dikira sebagai pemenang. Tema: saling berkongsi.
Checkpoint 5 : One Piece
Checkpoint ini dijaga oleh Shahirah dan Atiqah para peserta dikehendaki menghabiskan makanan yang ditetapkan namun selagi peserta pertama tidak habis, peserta kedua tak boleh mulakan makan. Ada lima jenis makanan iaitu pedas ( megi kari ), masam ( oren ), masin ( telur rebus masin ), pahit ( kopi ), dan manis ( choki2). Tema: kerjasama
Checkpoint 6 : Panjangnya~ Persahabatan
Checkpoint ini dijaga oleh Salam dan Alif Setiap ahli dikehendaki membuat satu talian yang panjang dan mereka diberikan pilihan “kelebihan” atau “ kekurangan” Jika dapat kelebihan, maka akan mendapat barangan lebih seperti kertas atau mafla, atausabotaj kumpulan lawan. Jika mendapat kekurangan, seorang peserta akan ditarik, disabotaj oleh kumpulan lawan, ikat dua peserta dalam kumpulan atau seorang ahli akan ditutup matanya. Tema: kerjasama antara ahli kumpulan
3.3.3 Selepas aktiviti berakhir
Peserta dibenarkan berehat Penyampaian hadiah Ucapan
4) Sumbangan
Membuat gelang loop band sebagai cenderamata untuk semua fasilitator perempuan Menyediakan bahan bahan yang diperlukan untuk aktiviti “Panjangnya~Persahabatan” Menjadi peserta
5) Refleksi Kendiri Terdapat banyak pengalaman yang telah saya dapat sepanjang program Buddies‟ Day ini dijalankan. Antaranya adalah semangat kerjasama antara ahli-ahli Kepimpinan dan Kreativiti. Kami bekerjasama dalam memikirkan aktiviti yang sesuai untuk dijalankan untuk program tersebut. Selain itu, kami juga bersama sama berganding bahu untuk menyiapkan segala persiapan sebelum program itu dijalankan. Secara tidak langsung perkara ini juga membuatkan kami, ahli-ahli kepimpinan dan kreativiti menjadi rapat antara satu sama lain walaupun pada mulanya kami tidak pernah mengenali bahkan menegur antara satu sama lain. Akhirnya, kami menjadi rapat. Disamping itu, program ini juga telah mengajar saya untuk menjadi peramah dengan orang-orang yang baru dikenali dan mendidik saya untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dalam memimpin para peserta sepanjang program ini dijalankan. Saya juga merupakan salah seorang peserta dalam aktiviti ini juga, dimana terdapat 4 orang ahli dalam kumpulan kami (Kumpulan 2). Dengan menjadi peserta, perkara ini telah mengajar saya tentang sikap kerjasama dan bantu membantu sesame ahli pasukan terutama sekali dalam aktiviti panjangnya~persahabatan. Sekali itu, kami sesama ahli kumpulan juga berjaya untuk memupu sikap mempercayai antara satu sama lain iaitu semasa aktiviti Do you trust me? Di mana saya mempercayai tentang kebolehan mereka untuk menangkap belon yang saya baling. Dan Alhamdulillah kumpulan saya berjaya untuk menjadi jihan aktiviti ini. Saya yakin bahawa sikap kerjasama, bantu membantu dan mempercayai antara satu sama lain adalah sebab kaki berjaya. Ini adalah perkara ataupun pengalaman yang telah saya dapat sepanjang program.
Ahli Kumpulan 2 bersama pensyarah
Perjumpaan Ahli-Ahli Kepimpinan dan Kreativiti
Gambar-gambar sepanjang aktiviti