LAMPIRAN D
PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN PENCAK SILAT MRSM SE-MALAYSIA KALI KE-11, 2014 MRSM TERENDAK
LAMPIRAN D
PERATURAN PERTANDINGAN SILAT SENI
Pertandingan silat seni adalah bertujuan untuk menilai unsur-unsur seni dalam beberapa aspek persilatan, iaitu dari aspek-aspek tari silat (bunga) hinggalah kepada aspek beladiri. Pertandingan dijalankan dengan menilai persembahan sesuatu pasukan di mana persembahan adalah dilakukan di kalangan sesama ahli-ahli pasukan mereka sahaja mengikut kaedah-kaedah peraturan pertandingan.
1. KELENGKAPAN PERTANDINGAN 1.1 Gelanggang Pertandingan a. b.
Gelanggang persembahan merupakan empat segi dengan keluasan tidak kurang dari 81 meter persegi (9X9). Gelanggang boleh dibuat di atas tanah, lantai atau pentas yang rata yang pada pendapat pengadil ia tidak membahayakan peserta.
1.2 Kelengkapan Gelanggang Kelengkapan gelanggang adalah terdiri dari: a. Jam pertandingan b. Gong atau alat yang berfungsi sama. c. Alat Perakam kaset atau alat-alat untuk muzik silat. d. Kerusi, meja, ruang rehat peserta dan gelanggang pertandingan e. Alat tulis 1.3 Kelengkapan peserta Pakaian pesilat yang terdiri daripada: a. Pakaian kepala (Tengkolok) b. Pakaian badan (baju, kain samping, bengkung, seluar dan baju layang) Warna dan potongan yang sesuai untuk pertandingan mengikut kreativiti dan tradisi Melayu yang berasaskan nilai-nilai murni. c. Sebarang 'aksesori' tambahan adalah dibenarkan. d. Baju layang tidak dibenarkan dipakai semasa acara kategori II ( Seni Tempur Silat) e. Bersamping bagi pesilat perempuan adalah wajib. f. Pakaian yang menonjolkan lambang mana-mana perguruan atau negeri (atau MRSM) adalah dilarang dan tidak dibenarkan. g. Pesilat perempuan muslim diwajibkan memakai kain tudung dan digalakkan bagi pesilat perempuan non-muslim.
2
LAMPIRAN D
2. CORAK DAN WAKTU PERSEMBAHAN 2.1 Masa persembahan bagi semua kategori ialah 3 minit. 2.2 Wisel akan dibunyikan sekali sebagai tanda permulaan. Pada 10 saat sebelum masa persembahan berakhir, wisel dibunyikan sekali lagi. Kemudian wisel akan dibunyikan dua kali sebagai tanda akhir persembahan sesuatu kategori. Markah akan dipotong sekiranya persembahan itu kurang dari masa yang ditetapkan. 2.3 Persembahan bagi semua kategori menggunakan hanya Muzik Gendang Kedah sahaja yang akan disediakan oleh penganjur.
3. ATURAN PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan adalah berasaskan kepada penilaian yang diberikan kepada pasukanpasukan yang membuat persembahan di kalangan pesertanya sahaja. 3.2 Larangan-larangan dalam persembahan ialah: a. b. c. d. e. f.
Persembahan-persembahan yang membahayakan penonton dan pegawai. Kelakuan yang biadap dan tidak sopan seperti mengejak, meludah dan sebagainya. Kelakuan yang mencabar. Memakai pakaian yang tidak menunjukkan sifat murni kependekaranMelayu. Solekan kepada para pelajar adalah tidak dibenarkan pada kejohanan kali ini. Pendedahan aurat bagi peserta perempuan seperti baju berlengan pendek, potongan leher yang luas dan pakaian ketat.
3
LAMPIRAN D
4. PENILAIAN MARKAH 4.1 Nilai Markah Penilaian markah akan diberi berdasarkan kepada kategori persembahan seperti berikut: a. Kategori Seni Tari Silat i. Wiraga ii. Wirama iii. Wirasa Jumlah
50 20 30 =100
b. Kategori Seni Tempur Silat i. Teknik Serang Bela ii. Kekayaan Teknik iii. Ketangkasan & Kecekapan iv. Daya Tahan & Pernafasan v. Kemantapan Sikap Jumlah
40 20 20 10 10 = 100
4.2 Perincian Pemarkahan Bagi maksud pemberian markah yang lebih objektif markah yang lebih maksimum bagi unsur-unsur yang diperhatikan adalah: Unsur Penilaian Kategori I a.
b.
Wiraga 1. Kekayaan gerak 2. Kemantapan gerak 3. Keterampilan & Keseragaman 4. kaedah pencak silat 5. Keserasian pakaian & kelengkapan Jumlah kecil
10 10 10 10 10 50
Wirama 1. Ketepatan gerak dengan irama 2. Keserasian gerak dengan muzik Jumlah kecil
10 10 20
4
LAMPIRAN D
c.
Wirasa 1. Penghayatan gerak 2. Kemantapan ekspresi 3. Tertib & sopan santun Jumlah kecil
10 10 10 30
Unsur Penilaian Kategori II a.
b.
c.
d.
e.
Teknik Serang dan Bela 1. Serangan / belaan yang logik 2. Sikap awal,lintasan serangan dan kekuatan 3 Kaedah pencak silat 4. Keberkesanan serangan / belaan Jumlah kecil
10 10 10 10 40
Kekayaan Teknik 1. Keanikaragan teknik 2. Jumlah teknik serang / bela Jumlah kecil
10 10 20
Ketangkasan dan Kecepatan 1. Ketepatan waktu serang / bela 2. Kecepatan dan ketepatan serangan 3. Kemurniaan dan daya tarik Jumlah kecil
10 05 05 20
Daya Tahan dan Pernafasan 1. Daya tahan tubuh 2. Permanfaatan tenaga 3. Pernafasan Jumlah kecil
04 02 04 10
Kemantapan sikap 1. Sikap sopan santun 2. Sikap tegas dan berani Jumlah kecil
05 05 10
5
LAMPIRAN D
4.3 Perincian Penolakan Markah – Bagi semua kategori a. Nilai 5 (lima) markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan persembahan kurang 15 - 29 saat dari waktu yang ditentukan. b. Nilai 10 (sepuluh) markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan persembahan kurang 30 - 45 saat dari waktu yang ditentukan. c. Nilai 15 (lima belas) markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan persembahan kurang 60 saat dari waktu yang ditentukan. d. Peserta diberi masa 15 (lima belas) saat untuk menyelesaikan gerakan terakhir dari persembahannya.Persembahan akan dihentikan oleh Ketua Pertandingan jika peserta tidak memberhentikan persembahan pada akhir tempoh masa tersebut. Persembahan di dalam tempoh masa ini tidak akan diberi penilaian oleh para pengadil. 4.4 Perkara-perkara yang membolehkan penolakan nilai semasa pertandingan: a. Perkara a.b dan c dalam para 4.3 seperti di atas. b. Jatuh aksesori: i.Tengkolok ( kecuali semasa acara tempur ) – nilai 2 ditolak. ii.Pakaian / hiasan badan - nilai 1 ditolak. c. Keluar gelanggang (samada satu atau dua belah kaki atau badan ) – nilai 1 ditolak. d. Perkara-perkara a dan b dalam para 4.2 tajuk 4– nilai 1 ditolak seperti: i. Meludah ii. Isyarat lucah iii. Lain-lain perbuatan melampau yang menyentuh nilai-nilai kesopanan iv. Perlakuan mencabar. v. Solekan yang berlebihan. 5. SUSUNAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN 5.1 Susunan pelaksanaan teknikal pertandingan adalah : a. Pegawi Teknikal / Dewan Hakim b. Ketua Pertandingan dengan dibantu i. Dewan Juri ii. lima orang Juri iii. Setiausaha Pertandingan & Penolong iv. Pengamat Waktu & Penolong. V. Pengurus peserta. vi. Pembantu gelanggang. c. pasukan perubatan. d. juri rayuan.
6
LAMPIRAN D
6. PENENTUAN KEMENANGAN 6.1 Kemenangan adalah berasaskan kepada jumlah markah dari setiap kategori yang dipertandingkan. 6.2 Dalam keadaan dimana jumlah markah yang diperoleh adalah sama, maka unsurunsur berikut dijadikan penentu kepada kemenangan mengikut keutamaan susunan ini bagi kategori I dan II sahaja. 1. 2. 3. 4.
6.3
Nilai Wiraga atau kekayaan serang bela. Nilai Wirama atau kekayaan teknik Nilai pengurangan markah terkecil Undian dijalankan jika ketiga-tiga penentu di atas tidak dapat mencapai keputusan cemerlang.
Johan keseluruhan akan ditentukan : a. Berdasarkan kepada pungutan pingat iaitu johan, naib johan dan ketiga iaitu pingat emas, perak dan gangsa. b. Jika didapati masih sama, rujuk kepada pemenang mengikut urutan kategori I dan II. c. Jika didapati masih sama,undian akan dijalankan.
6.4 Segala keputusan akan diumumkan oleh Ketua Pertandingan atau mana-mana orang yang diberi mandat oleh Ketua Pertandingan. 7. 7.1
FORMAT PERSEMBAHAN PERTANDINGAN. Format persembahan bagi setiap pasukan adalah seperti berikut: a. Peserta memberi hormat kepada Ketua Pertandingan, Juri dan penonton. b. Peserta menghadap ketua pertandingan untuk menerima arahan memulakan pertandingan. c. Peserta bersedia memulakan persembahan. d. Masa akan diambil apabila bunyi penanda permulaan dibunyikan dan peserta hendaklah memulakan persembahannya. e. Bagi kategori I dan II, setelah 2 minit 50 saat dijalankan, bunyi penanda 1 kali akan dibunyikan sebagai peringatan bahawa masa ada 10 saat lagi. f. Tanda masa penamat bagi perkara 7.1 (e) di atas akan dibunyikan 3 minit setelah persembahan dibuat dan peserta hendaklah mengakhiri persembahannya. g. Peserta memberi hormat dan keluar gelanggang.
7
LAMPIRAN D
8.
9.
ENGKAR HUKUMAN 8.1
Engkar terhadap keputusan Juri Rayuan serta penyimpangan daripada tatatertib pertandingan boleh dikenakan tindakan: a. Amaran b. Dilarang mengikuti kegiatan pertandingan c. Hukuman
8.2
Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan yang tidak menepati syarat: a. Peringkat umur dan status persekolahan b. Jantina dan c. Kerakyatan Kategori yang tersebut diatas akan tersingkir dari menyertai pertandingan.
8.3
Perlaksanaan hukuman engkar juga termaktub kepada pengurus, jurulatih dan pegawai pasukan.
RAYUAN / BANTAHAN 9.1
Bantahan keputusan pertandingan hanyalah boleh dibuat selepas diumumkan keputusan pertandingan satu-satu kategori pertandinagn ke Meja Urusetia.
9.2
Semua bantahan mesti disertakan dengan wang bantahan sebanyak RM300.00. Wang bantahan akan dikira lupus (tidak dikembalikan) jikakeputusan tidak memihak kepada pembantah. Jika keputusan memihak kepada pembantah, wang bantahan akan dikembalikan.
9.3
10.
11.
Bantahan selepas Majlis Penutup Kejohanan Pencak Silat MRSM Se-Malaysia kali ke-11, 2014 tidak akan dilayan.
PEGAWAI TEKNIKAL 10.1
Mengetuai dan bertanggungjawab ke atas keseluruhan pertandingan.
10.2
Boleh melantik daripada kalangan juri ataupun dilantik terus oleh pihak penganjur dari mana-mana juri yang difikirkan mempunyai kepakaran dan pengalaman.
HAL-HAL LAIN 11.1
Peraturan-peraturan yang tidak terdapat di dalam peraturan ini hendaklah ditentukan dan dijelaskan oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan semasa taklimat pertandingan.
8
LAMPIRAN D
SILAT OLAHRAGA SYARAT PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA 1.0
PENYERTAAN 1.1 1.2 1.3
1.4 1.5
2.0
KELAYAKAN PASUKAN DAN PESERTA 2.1 2.2 2.3
2.4
3.0
Terbuka kepada semua pelajar MRSM di seluruh negara. Hanya warganegara Malaysia sahaja yang dibenarkan bertanding. Penyertaan hanya disahkan apabila pihak penganjur menerima borang penyertaan rasmi berserta salinan kad pengenalan, borang pemeriksaan kesihatan dan borang kebenaran waris. Sesi timbang, undian dan taklimat akan diadakan pada hari pertandingan bermula. Peserta dikehendaki membawa kad pengenalan asal untuk pengesahan sewaktu sesi timbang dijalankan.
Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar satu pasukan sahaja. Setiap pasukan bertanding hendaklah didaftarkan didalam borang penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur. Semua peserta haruslah disahkan sihat dan layak bertanding oleh pegawai kesihatan kerajaan. Surat akuan sihat hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan kad pengenalan ketika sesi timbang. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan penyertaan peserta akan ditolak. Penganjur dan pegawai teknikal kejohanan tidak akan menyediakan pegawai perubatan untuk tujuan akuan sihat tersebut.
KELAS YANG DIPERTANDINGKAN DAN BERAT 3.1 3.2 3.3
Setiap pasukan mempunyai empat peserta putera dan empat peserta puteri. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati individu. Kelas pertandingan adalah seperti berikut : 3.3.1 KELAS I 39 kg - 43 kg (Putera & Puteri) 3.3.2 KELAS II 43 kg - 47 kg (Putera & Puteri) 3.3.3 KELAS III 47 kg - 51 kg (Putera & Puteri) 3.3.4 KELAS IV 51 kg - 55 kg (Putera & Puteri)
9
LAMPIRAN D
4.0
PERATURAN PERTANDINGAN 4.1
4.2
4.3
4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 5.0
KETENTUAN PEMARKAHAN DAN KEMENANGAN 5.1
6.0
Pertandingan ini adalah mengikut undang-undang PESAKA dan juga PERATURAN PERTANDINGAN PENCAK SILAT SEKOLAHSEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Segala perkara yang tidak terkandung didalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal pertandingan dan pihak penganjur. Semua peserta dikehendaki melaporkan diri 15 minit sebelum acara dimulakan. Kegagalan menghadirkan diri selepas panggilan ketiga oleh Ketua Pertandingan, peserta berkenaan dikira undur diri. Pesilat dikehendaki memakai pakaian silat hitam potongan melayu dan pelepas berpakaian serupa dan berbengkung warna oren. Peserta lelaki pelepasnya perlulah pelepas lelaki. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati individu berdasarkan kepada jadual undian. Pertandingan ini akan dijalankan sebanyak 3 babak. Satu babak memakan masa selama 2 minit. Undian akan dijalakan untuk menentukan kelas mana yang akan bermain dahulu. Setiap pesilat diwajibkan memakai perlindungan keselamatan yang dibenarkan. Toleransi berat minima dan maksima setiap kelas ialah 0.5 kg sahaja.
Juri akan menggunakan sistem angkat bendera (FORMAT PESAKA) untuk menentukan jatuhan sah atau tidak dan untuk menentukan kemenangan.
BANTAHAN 6.1
6.2
6.3
Semua pasukan layak mengemukakan bantahan berhubung keputusan pengadilan. Hanya pengurus pasukan sahaja yang dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis menggunakan borang yang disediakan dalam masa 20 minit selepas pertandingan yang berkenaan dengan disertakan wang bantahan sebanyak RM 300.00 tunai. Wang bantahan akan dikira lupus (tidak dikembalikan) jika keputusan tidak memihak kepada pembantah. Jika keputusan memihak kepada pembantah,wang akan dikembalikan.
10