PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN
BOLA KERANJANG MINI MSSPP 1.
NAMA PERTANDINGAN 1.1.
2.
3.
4.
Istilah “pertandingan” yang digunakan juga bermaksud “kejohanan”. Kejohanan ini dinamakan Pertandingan Bola Keranjang MSSPP
UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA KERANJANG MINI. 2.1.
Bola Keranjang Mini – Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Bola Keranjang FIBA dan Bola Keranjang Mini MSSM.
2.2.
Selain daripada itu, peraturan-peraturan Am MSSPP dan peraturan Jawatankuasa Teknik Bola Keranjang MSSPP juga digabunggunakan.
JENIS PERTANDINGAN 3.1.
Pertandingan berpasukan antara sekolah-sekolah rendah negeri Pulau Pinang.
3.2.
Kategori: a. Lelaki 12 tahun & ke bawah b. Perempuan 12 tahun & ke bawah
KELAYAKAN PEMAIN 4.1.
Peserta-peserta: 4.1.1.
Sekolah Rendah berumur 12 tahun & ke bawah.
4.1.2.
Pelajar-pelajar berumur 12 tahun ke bawah yang sedang belajar di sekolah menengah tidak dibenarkan mengambil bahagian di dalam umur kumpulan 12 tahun ke bawah.
Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.
4.2.
Pertandingan ini hanya boleh disertai oleh peserta SEPENUH MASA dari sekolah-sekolah yang menjadi anggota MSSPP.
4.3.
Perkumpulan pemain hendaklah selaras dengan kumpulan umur yang ditetapkan.
4.4.
Pihak Pengelola tidak akan membenarkan seseorang pemain masuk bertanding sekiranya permintaan untuk mendapatkan dokumen yang menentukan umur pemain tersebut tidak dapat ditunaikan.
4.5.
Setiap pemain hanya PERINGKAT ZON.
4.6.
Adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk menyerahkan sijil beranak ATAU kad pengenalan pemain yang telah disahkan oleh Guru Besar / Pengetua kepada pihak pengelola sebelum perlawanan pertama dijalankan.
4.7.
Sekiranya ada perubahan dalam senarai nama pemain, pihak sekolah harus memberitahu sekolah pengelola sebelum perlawanan pertama diadakan. Kalau sekolah gagal membuat demikian, maka pasukan akan bertanding mengikut senarai nama pemain yang disertakan.
dibenarkan
mewakili
sekolah
masing-masing
di
-1-
5.
SISTEM PERTANDINGAN 5.1.
Untuk peringkat awal, sistem pertandingan dijalankan secara liga seperti berikut: 5.1.1.
Cara Liga Kumpulan: (A dan B) untuk Zon Pulau dan Kumpulan (C dan D) untuk Zon Seberang Perai. a. 16 buah pasukan(8 Pulau dan 8 Seberang Perai) yang telah memperoleh kelayakan semasa Karnival bola keranjang tahun lalu, dibahagikan kepada kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan dijalankan secara liga. b. Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat zon masingmasing akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut: Kawasan Pulau/Seberang Perai: Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan Naib Johan dan Tempat Ketiga tahun lalu ditempatkan dalam kumpulan B. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan dengan cabutan undi. A/C Johan Keempat
c.
5.1.1.2.
B/D Naib Johan Ketiga
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan tersebut dengan cabutan undi.
Pusingan Kedua dan Akhir Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara liga.
5.1.1.3.
X
Y
A1 C1 B2 D2
B1 D1 A2 C2
Pusingan Kedua / Separuh Akhir
a. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. b. Johan dari kumpulan X dan Y akan memasuki ke pusingan akhir. c. 5.1.2.
5.2.
Naib Johan kumpulan X dan Y akan bertanding untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.
Cara Liga Satu Kumpulan 5.1.2.1.
Sekiranya 5 atau kurang daripada 5 pasukan mengambil bahagian, pertandingan secara liga satu pusingan akan dijalankan.
5.1.2.2.
Pasukan yang menang banyak sekali dalam kumpulannya akan menjadi Johan.
Sistem pertandingan kalah mati akan dijalankan apabila difikirkan perlu.
-2-
6.
7.
MASA BERMAIN 6.1.
Bagi peringkat umur 12 tahun ke bawah, masa permainan dibahagikan kepada 4 suka masa (period)
6.2.
Masa bermain untuk setiap suku masa ialah 7 minit. Masa rehat untuk setiap suku masa ialah 2 minit.
6.3.
Masa rehat selepas suku masa kedua (separuh masa pertama) ialah 5 minit.
6.4.
Sekiranya seri selepas tamat suku masa 4, masa tambahan sebanyak 3 minit akan diberi dengan masa rehat 2 minit.
6.5.
Jam pertandingan tidak diberhentikan kecuali perkara-perkara berikut: a. Lontaran percuma (free throw situation) b. Time-out c. Kecederaan pemain d. Berlaku pertukaran pemain e. Atas permintaan referi
CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN 7.1.
7.2.
8.
9.
10.
Cara memberi mata: Menang – Kalah – Kalah tanpa bertanding –
2 mata 1 mata 0 mata
Sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan mengikut Undang-Undang Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) bawah bahagian D – ‘Classification of Teams’.
HADIAH-HADIAH 8.1.
Bagi penyertaan yang mana kurang daripada 3 buah sekolah/pasukan –Tiada pertandingan.
8.2.
Bagi penyertaan di mana hanya 3 atau 4 buah sekolah/pasukan bertanding, hadiah akan diberi kepada Johan dan Naib Johan sahaja.
8.3.
Bagi penyertaan di mana ada 5 sekolah/pasukan bertanding, hadiah untuk Johan, Naib Johan dan Ketiga sahaja akan diberi.
8.4.
Bagi penyertaan di mana ada 6 dan lebih sekolah/pasukan bertanding, hadiah untuk Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat akan diberi.
8.5.
Bilangan hadiah yang maksima untuk kumpulan Lelaki dan Perempuan ialah 12.
PAKAIAN 9.1.
Setiap pasukan seharusnya menyediakan 2 set pakaian seragam dengan satu set berwarna putih dan satu lagi berwarna gelap.
9.2.
Untuk pertandingan, mana-mana pasukan yang dinamakan dadulu dalam jadual pertandingan dikehendaki memakai jersi berwarna putih sementara pasukan lawannya mamakai pakaian berwarna gelap.
9.3.
Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warnanya, pasukan yang tidak mengikut syarat 9.2 hendaklah menyalin bajunya bagi permainan itu.
GELANGGANG / ALATAN Rujuk Undang-undang Bola Keranjang Mini Antarabangsa (FIBA)
-3-
11.
12.
SISTEM PERTAHANAN “MAN TO MAN” 11.1.
5 pemain daripada 6 pemain yang didaftar boleh diturunkan secara bergilir-gilir dalam suku masa pertama. Manakala 5 pemain daripada 6 pemain yang lain boleh diturunkan secara bergilir-gilir pada waktu kedua. Akan tetapi setiap pemain tidak dibenarkan turun pada waktu pertama dan kedua berterusan.
11.2.
Semasa perlawanan dijalankan, sistem pertahanan “Satu dengan Satu” (Man to Man Defence) perlu dipraktikkan.
11.3.
Sistem ini boleh digunakan sepenuh gelanggang atau separuh gelanggang sahaja.
11.4.
Sistem Pertahanan “Satu dengan Satu” (Man to Man Defence) harus dipatuhi selepas pemain menyerang (offender) melepasi garisan tengah gelanggang. Sistem ini harus dipatuhi mulai waktu pertama sehingga tamat pertandingan termasuk perlawanan tambahan masa.
11.5.
Pemain bertahan (Defender) harus mengawal pemain penyerang dan bola.
11.6.
Jarak pemain bertahan (Defender) mengawasi pemain yang mengawal bola tidak melebihi dari 1 meter. Jarak kawalan pemain yang tidak mengawal bola tidak melebihi dari 2 meter.
11.7.
Sekiranya pemain bertahan (Defender) tidak mematuhi sistem ini iaitu tidak menahan dengan ketat, pengadil akan memberi satu amaran kepada pemain tersebut dan jurulatih.
11.8.
Sekiranya kesalahan pertahanan (illegal defence) seumpama itu berulang lagi, maka Kesalahan Teknikal akan dikenakan atas nama Jurulatih pasukan. Kesalahan Teknikal ini tidak akan dikira sebagai kesalahan pasukan.
KELEWATAN 12.1.
Mana–mana pasukan yang dijadualkan untuk bermain mengikut jadual pertandingan rasmi MESTI berada di gelanggang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum masa permulaan pertandingan.
12.2.
Mana-mana pasukan yang gagal menghadirkan diri 15 minit selepas masa permainan yang dijadualkan tanpa alasan, KEMENANGAN TANPA BERTANDING (WALK-OVER) akan diberikan kepada pihak lawannya dengan 2 mata dan skor perlawanan ialah 20-0.
12.3.
Sekiranya kedua-dua pasukan tidak hadir 15 minit selepas masa permainan yang dijadualkan, kedua-dua pasukan akan dianggap sebagai sudah bermain dan kalah dalam pertemuan ini.
12.4.
Sekiranya sesuatu pasukan sengaja memberi kemenangan kepada penentangnya dianggap kemenangan tanpa bertanding (WALK-OVER). Pasukan ini TIDAK BOLEH menyertai perlawanan yang seterusnya. Keputusan yang diperolehi sebelum itu pun dibatalkan. Jawatankuasa Pengelola akan membuat laporan untuk diserahkan kepada MSSPP.
-4-
13.
14.
BANTAHAN 13.1.
Keputusan pengadil dalam sesuatu perlawanan adalah MUKTAMAD.
13.2.
Semasa perlawanan dijalankan, mana-mana pasukan yang ingin membuat bantahan seharusnya memberitahu pengadil terlebih dahulu. Akan tetapi perlawanan tersebut diteruskan. Perlawanan dijalankan di bawah bantahan(Under Protest). Hanya KETUA PASUKAN sahaja berhak membuat bantahan.
13.3.
Mana-mana pasukan yang ingin membuat bantahan selepas pertandingan, Ketua Pasukan harus mencatat perkataan “INGIN BANTAH” di dalam ruang catatan ‘scoresheet’ serta menandatanganinya supaya bantahannya dapat dipertimbangkan.
13.4.
Surat bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan mesti disertakan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya dalam masa 30 MINIT selepas pertandingan.
13.5.
Sebarang bantahan bertulis kepada Jemaah Juri Rayuan harus disertai dengan wang cengkeram sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Sekiranya bantahan tidak berjaya, maka wang cengkeram tersebut tidak akan dikembalikan.
13.6.
Jemaah Juri Rayuan akan terdiri daripada :(a) Pengerusi (Penyelaras Teknik Zon) (b) Setiausaha Pengelola Zon (c) Wakil daripada 3 sekolah yang tidak terlibat dengan rayuan tersebut.
KEHILANGAN DAN KEMALANGAN 14.1.
15.
Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan sebarang harta benda pemain/ pegawai atau apa jua kemalangan sepanjang pertandingan. Walau bagaimanapun, semua langkah kawalan/ keselamatan akan diambil bagi mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Pihak sekolah dikehendaki mendapatkan kebenaran ibu bapa para peserta untuk penyertaan mereka.
LAIN-LAIN PERATURAN 15.1.
Pihak Pengelola adalah diberi kuasa untuk menghalang sebarang pasukan daripada bertanding sekiranya Guru Pengawasnya TIDAK turut serta.
15.2.
Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang berkenaan dan keputusan adalah MUKTAMAD.
[BK/MSSPP/2015]
-5-