PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
1.0
TUJUAN 1.1
2.0
Pembayaran yang dimaksudkan adalah meliputi semua bayaran yang diwajibkan ke atas pelajar seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Universiti Malaysia Pahang.
PERATURAN BAYARAN 2.1
Pelajar Baharu 2.1.1 Pelajar baharu tempatan kursus Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Program Pengajian Siswazah wajib menjelaskan semua bayaran yang telah ditetapkan selewat-lewatnya semasa hari pendaftaran. 2.1.2 Pelajar baharu antarabangsa kursus Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Program Pengajian Siswazah wajib menjelaskan yuran untuk setahun selewat-lewatnya semasa hari pendaftaran.
2.2
Pelajar Kanan 2.2.1
Pelajar Kursus Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda 2.2.2.1 Semua pelajar kanan dari Kursus Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berpenaja atau tidak berpenaja wajib menjelaskan semua bayaran yang telah ditetapkan selewat-lewatnya pada minggu pertama selepas cuti pertengahan semester.
2.2.2
Pelajar Program Pengajian Siswazah 2.2.2.1 Semua pelajar kanan dari Program Pengajian Siswazah yang berpenaja atau tidak berpenaja wajib menjelaskan semua bayaran yang telah ditetapkan sebelum atau pada hari pendaftaran semester. 2.2.2.2 Pelajar daripada kalangan staf UMP yang mengikuti Program Pengajian Siswazah – Penyelidikan secara separuh masa wajib menjelaskan 70% yuran perkuliahan dan yuran-yuran lain dijelaskan sepenuhnya.
UNTUK EDARAN
1
2.2.3
Pelajar Yang Tamat Biasiswa/Pinjaman Perlanjutan Biasiswa/Pinjaman
Atau
Sedang
Memohon
2.2.3.1 Pelajar dari kursus Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang ditamatkan biasiswa/pinjaman atau sedang memohon perlanjutan biasiswa/pinjaman wajib menjelaskan semua yuran pengajian selewatlewatnya minggu pertama selepas cuti pertengahan semester.
2.2.3.2 Pelajar dari Program Pengajian Siswazah yang ditamatkan biasiswa/pinjaman atau sedang memohon perlanjutan biasiswa/pinjaman wajib menjelaskan semua yuran pengajian sebelum atau pada hari pendaftaran semester.
2.2.4
Pelajar Berpenaja Yang Tidak Ditaja Sepenuhnya 2.2.4.1 Pelajar-pelajar dari Kursus Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda hendaklah menjelaskan perbezaan yang tidak ditaja oleh penaja selewatlewatnya minggu pertama selepas cuti pertengahan semester. 2.2.4.2 Pelajar-pelajar dari Program Pengajian Siswazah hendaklah menjelaskan perbezaan yang tidak ditaja oleh penaja selewat-lewatnya tiga minggu selepas semester bermula.
3.0
PERATURAN PEMBAYARAN BAGI SEMESTER III PRASISWAZAH 3.1
Jenis yuran yang dikenakan (Untuk subjek yang ditawarkan sahaja) 3.1.1
Yuran Perkuliahan Yuran perkuliahan yang dikenakan mengikut jumlah jam kredit yang diambil seperti berikut:
3.1.1
Jenis Kursus
Kadar Yuran
Diploma (Semua Kursus) – pelajar tempatan
RM 25.00/jam kredit
Ijazah (Semua Kursus) – pelajar tempatan
RM 60.00/jam kredit
Yuran Asrama Mengikut perkiraan bilangan hari berdasarkan tempoh Semester III. Pengecualian hanya diberikan kepada pelajar yang tidak menginap di asrama dari tarikh semester III bermula.
UNTUK EDARAN
2
4.0
PERATURAN PEMBAYARAN BAGI PELAJAR YANG MENGAMBIL LATIHAN INDUSTRI 4.1
5.0
PELAJAR KURSUS DIPLOMA, SARJANA MUDA DALAM SEMESTER LANJUTAN 5.1
6.0
Kadar yuran Latihan Industri adalah berdasarkan kepada kadar semasa mengikut program dan kursus yang telah ditetapkan.
Pelajar Kursus Diploma/Sarjana Muda yang mengikuti semester lanjutan (melebihi tempoh pengajian semester lazim) yang mengambil 9 jam kredit bagi kursus Diploma dan 12 jam kredit bagi kursus Sarjana Muda atau kurang layak memohon caj yuran perkuliahan mengikut kadar berikut: Jenis Kursus
Kadar Yuran
Diploma (Semua Kursus)
RM 25.00/jam kredit
Ijazah (Semua Kursus)
RM 60.00/jam kredit
5.2
Yuran-yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya.
5.3
Tiada pengurangan yuran kepada pelajar yang masih berada dalam semester lazim.
5.4
Tiada pengurangan yuran kepada pelajar yang menjalani Latihan Industri dalam semester tambahan.
PERATURAN-PERATURAN LAIN 6.1
UNTUK EDARAN
Penarikan Diri Dari Asrama Semasa Pengajian (Prasiswazah) 6.1.1
Pelajar yang mendaftar dan berhenti atau menarik diri dari mendiami asrama selepas 14 hari semester bermula dikehendaki menjelaskan pembayaran yuran asrama sepenuhnya.
6.1.2
Pelajar baharu dan kanan yang mendaftar dan berhenti dalam tempoh 14 hari semester bermula dan telah menjelaskan bayaran penuh yuran penginapan layak memohon baki bayaran bagi bilangan hari yang tidak menginap bergantung kepada peraturan dan keputusan dari pihak kolej berkenaan.
6.1.3
Pelajar kanan yang memohon untuk menarik diri dari menginap asrama dalam tempoh 30 hari semester bermula dan telah menjelaskan bayaran penuh yuran penginapan layak memohon baki bagi bilangan hari yang tidak menginap bergantung kepada peraturan dan keputusan dari pihak kolej berkenaan.
3
6.2
Tindakan Tatatertib
6.2.1
6.3
Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib samada diberhentikan atau digantung pengajian dikehendaki menjelaskan semua bayaran bagi semester di mana tarikh hukuman dikuatkuasakan.
Menarik Diri Dari Pengajian 6.3.1
Pelajar Baharu a. Bayaran Yuran Kemasukan Tiada bayaran akan dikembalikan kepada pelajar yang menarik diri dari Universiti selepas hari pendaftaran. b. Yuran Pengajian Pelajar baharu yang menarik diri dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pendaftaran, bayaran akan dikembalikan setelah ditolak bilangan hari mendiami asrama. c. Pelajar baharu yang menarik diri/menangguh pengajian selepas tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran dikehendaki menjelaskan semua yuran semester berkenaan.
6.3.2
Pelajar Kanan Pelajar kanan yang mendaftar dan menarik diri selepas tempoh 14 hari selepas semester bermula dikehendaki menjelaskan semua yuran semester berkenaan.
6.4
Penangguhan Pengajian Pelajar yang diluluskan permohonan penangguhan pengajian oleh Pihak Berkuasa Universiti pada sesuatu semester dikehendaki menjelaskan yuran seperti berikut:
UNTUK EDARAN
6.4.1
Pelajar yang menangguh pengajian dalam tempoh 14 hari selepas semester bermula, bayaran akan dikembalikan selepas ditolak bilangan hari mendiami asrama.
6.4.2
Jika kelulusan diberi sebelum cuti pertengahan semester berakhir, pelajar dikehendaki menjelaskan separuh dari yuran perkuliahan.
6.4.3
Sekiranya kelulusan diberi setelah cuti pertengahan semester berakhir, pelajar dikehendaki menjelaskan keseluruhan yuran pengajian
4
6.4.4
6.5
Pelbagai yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya untuk perkara 6.4.2 dan 6.4.3 di atas, manakala yuran asrama mengikut peraturan penarikan diri dari asrama semasa pengajian.
Cuti Sakit Pelajar yang diluluskan permohonan penangguhan cuti sakit oleh Pihak Berkuasa Universiti pada sesuatu semester bayaran akan dikembalikan setelah ditolak bilangan hari mendiami asrama.
6.6
6.7
6.8
Caj penginapan asrama pelajar prasiswazah dan program Preparatory Intensive English (PIE)) antarabangsa 6.6.1
Pelajar prasiswazah antarabangsa yang menginap di asrama perlu membuat bayaran mengikut semester sepertimana caj yang telah ditetapkan oleh pihak asrama.
6.6.2
Pelajar antarabangsa yang mengikuti program Preparatory Intensive English (PIE) yang menginap di asrama perlu menjelaskan bayaran penginapan terlebih dahulu dan perlu mengikut peraturan asrama yang telah ditetapkan.
Caj penginapan asrama pelajar pascasiswazah tempatan dan antarabangsa 6.7.1
Pelajar pascasiswazah perlu menjelaskan bayaran penginapan terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menginap. Caj akan dikenakan untuk enam (6) bulan.
6.7.2
Pelajar akan dicaj mengikut kadar bulanan. Tiada kiraan secara prorata.
6.7.3
Penginapan asrama pelajar pascasiswazah juga adalah tertakluk kepada peraturan asrama yang berkuatkuasa.
Pemulangan balik wang (refund)
UNTUK EDARAN
6.8.1
Pemulangan balik Bon Peribadi (Personal Bond) bagi pelajar antarabangsa yang telah menamatkan pengajian di UMP akan dibayar melalui arahan kredit bank. Bagi tujuan ini, pelajar mestilah mengemukakan butiran akaun bank samada akaun bank di Malaysia atau negara asal pelajar. Pembayaran balik kepada pihak ketiga adalah tidak dibenarkan.
6.8.2
Universiti boleh menyelaraskan sebarang lebihan yang akan dibayar kepada pelajar dengan apa-apa yuran atau bayaran yang masih tertunggak.
6.8.3
Semua permohonan untuk pemulangan balik wang (refund) hanya akan diproses bagi permohonan transaksi tahun kewangan semasa sahaja kecuali bagi akaun deposit. Sekiranya permohonan adalah transaksi yang telah melangkaui tahun perakaunan universiti, maka tiada lagi
5
pemulangan akan dibuat. Tahun kewangan universiti adalah berakhir pada setiap 31 Disember.
7.0
TINDAKAN TERHADAP PELAJAR YANG GAGAL MENJELASKAN PEMBAYARAN 7.1
Pelajar yang gagal menjelaskan semua bayaran selepas tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan seperti berikut :7.1.1 7.1.2 7.1.3 7.1.4 7.1.5 7.1.6 7.1.7 7.1.8
8.0
Tidak dibenarkan membuat pendaftaran matapelajaran. Ditahan keputusan peperiksaan Ditahan Transkrip keputusan peperiksaan Tidak akan dibenarkan menghadiri konvokesyen Ditahan daripada menghadiri kuliah Ditahan daripada menduduki peperiksaan Digantung pengajian Diberhentikan
KADAR YURAN PENGAJIAN Kadar yuran pengajian adalah berdasarkan kepada kadar semasa mengikut program dan kursus yang telah ditetapkan. Disediakan oleh : Unit Penerimaan & Kewangan Pelajar Jabatan Bendahari, UMP Kemaskini 28 Mac 2014 Kelulusan JTK Kali ke 20 Bil 3/2013 13/12/2013 Kelulusan JTK Kali ke 21 Bil 1/2014 28/3/2014
UNTUK EDARAN
6