PENYATA PENDEDAHAN PRODUK (Sila baca Penyata Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memiliki Kad Kredit BSN Visa/MasterCard Klasik/Emas/Platinum. Pastikan anda juga membaca terma dan syarat am. Dapatkan penjelasan daripada Bank Simpanan Nasional jika anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau terma am).
PRODUK : BSN VISA/MASTERCARD KLASIK/EMAS/PLATINUM
TARIKH : ______________________________ (untuk diisi oleh Wakil Jualan / Cawangan)
1. Apakah produk ini? Kad ini dilengkapi dengan kemudahan kredit yang diberikan oleh kami kepada anda dan sekiranya apa-apa amaun kredit yang anda gunakan tidak diselesaikan sepenuhnya pada atau sebelum tarikh yang perlu dibayar, jumlah yang belum diselesaikan, akan tertakluk kepada Caj Kewangan. Sekiranya anda berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan keatas serta tidak dapat membuktikan pendapatan tahunan anda, anda perlu mendepositkan wang melalui BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) / BSN Term Deposit dengan BSN. Had Kredit yang diberikan kepada anda adalah sehingga maksimum 95% daripada jumlah simpanan anda. BSN SSP / BSN Term Deposit anda akan dipegang oleh BSN sehingga pembatalan / penamatan dan setelah pembayaran penuh kemudahan Kad anda. Duti setem sebanyak RM5 bagi setiap RM1, 000 yang dicagar akan dikenakan dan diposkan pada penyata bulanan. 2. Apakah yang saya perolehi daripada produk ini?
Had Kredit: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut: Jenis Kad Kredit
Pendapatan Tahunan Antara RM24,000 dan RM36,000
Had Kemudahan Maksimum 2 kali pendapatan bulanan anda.
Klasik/Emas RM36,000 dan ke atas Akan ditentukan berdasarkan penilaian kredit anda. Platinum
RM60,000 dan ke atas
Caj Kewangan: i. Pembelian Runcit Caj Kewangan akan dikenakan ke atas baki tertunggak transaksi runcit yang tidak dibayar selepas tarikh akhir pembayaran. Pengiraan Caj Kewangan bermula dari tarikh transaksi diposkan sehingga bayaran penuh diterima dan dikreditkan ke dalam Akaun Kad berdasarkan kadar berikut: Kategori Peringkat
Kakitangan Kerajaan
Kakitangan Swasta
Syarat-syarat
Tahun Pertama Keahlian
I
11% setahun
13.5% setahun
Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum SEBELUM atau PADA tarikh akhir bayaran. Tahun Kedua Keahlian dan seterusnya Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum SEBELUM atau PADA tarikh akhir bayaran selama 12 bulan berturut-turut.
Tahun Kedua Keahlian dan seterusnya 13.5% setahun
II
16% setahun
Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum SEBELUM atau PADA tarikh akhir bayaran bagi sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan. Tahun Pertama Keahlian Menjelaskan bayaran SELEPAS tarikh akhir bayaran.
17.5% setahun
III
17.5% setahun
Tahun Kedua Keahlian dan seterusnya Menjelaskan bayaran minimum SEBELUM atau PADA tarikh akhir bayaran kurang dari 10 bulan dalam kitaran 12 bulan.
* Untuk menikmati Yuran Pengurusan Sebenar yang lebih rendah untuk transaksi runcit, anda perlu membuat bayaran minimum SEBELUM atau PADA tarikh akhir bayaran bagi sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan.
ii.
Pendahuluan Tunai Caj Kewangan akan dikenakan pada kadar 1.5% sebulan yang bersamaan 18% setahun dan dikira pada kadar harian dari tarikh Pendahuluan Tunai dibuat sehingga pembayaran penuh diterima dan dikreditkan ke dalam Akaun Kad. Anda boleh mengeluarkan sehingga 75% daripada had kredit yang tersedia.
Happy Points: Mulai 1 Jun 2016, Happy Points akan mempunyai tempoh tamat selama tiga (3) tahun. Happy Points yang diperolehi dalam bulan tertentu adalah sah sehingga akhir tahun ketiga (3) bulan kalendar tersebut. Pemberian Happy Points bagi setiap RM1 adalah bergantung kepada jenis transaksi yang dilakukan seperti di bawah:
Jenis Kad Klasik/Emas
1x Happy Points Pembelian Runcit (dalam Negara)*
Platinum
2x Happy Points
Pembelian Runcit (luar Negara)
Pembelian melibatkan Makanan & Minuman, Golf, Tiket Penerbangan dan Agensi Pelancongan**
Pembelian Runcit (luar Negara)
* Kecuali Kod MCC 5541, 5542, 9211, 9222, 9223, 9311, 9399, 9402 dan 9405. ** Kod MCC 5462, 5812, 5813, 5814, 7992, 4511, 3000-3299, 4722 dan 5962.
Kad Pin & Bayar: Kad berasaskan PIN yang membolehkan anda membuat pembelian di terminal jualan di Malaysia dengan memasukkan PIN 6 digit dengan tiada tandatangan diperlukan. Ia menyediakan tahap keselamatan yang tinggi untuk semua transaksi kad anda. Nota: Ini adalah inisiatif seluruh industri perbankan yang di mandatkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menggantikan kad tandatangan dengan kad PIN. Tandatangan akan dihentikan penggunaannya secara berperingkat apabila kad dan terminal jualan dinaiktaraf. Bermula 1 Julai 2017 dan seterusnya, semua terminal jualan di Malaysia hanya akan menerima PIN.
Visa payWave: Cara pembayaran tanpa sentuh baru (bagi Kad Kredit Visa sahaja). Ia mudah, selamat dan cepat bagi transaksi pembayaran sehingga RM250 atau lain-lain had yang ditetapkan dari masa ke semasa. Teknologi ini membolehkan Ahli Kad melaksanakan transaksi dengan mengimbas kad pada Pembaca Tanpa Sentuh tanpa perlu memasukkan atau meleretkan kad di terminal jualan.
3. Apakah tanggungjawab saya?
Bayaran Balik Minimum Bulanan 5% daripada baki tertunggak atau minimum RM50.
Tempoh Tanpa Faedah 20 hari dari tarikh penyata tertakluk baki semasa penyata sebelumnya telah dibayar sepenuhnya pada tarikh akhir bayaran perlu dibuat. Jika tidak, faedah akan dikira atas dasar harian dari tarikh pengeposan berkaitan. * Tiada Tempoh Tanpa Faedah ke atas Program Pindahan Baki BSN atau Pendahuluan Tunai.
Tanggungan Penggunaan Kad Sebagai Pemegang Kad Utama, anda akan bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dibuat dengan Kad Utama dan Kad Tambahan. Pemegang Kad Tambahan akan bertanggungjawab untuk baki tunggakan yang ditanggung atas Kad Tambahan beliau sahaja.
Penyimpanan dan Perlindungan Akaun / Maklumat Kad dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) Anda bertanggungjawab untuk menyimpan Kad dan PIN dengan selamat pada setiap masa dan mencegah dari kehilangan, kecurian atau penipuan penggunaan Kad dan mencegah dari menzahirkan PIN anda. Anda mesti melaporkan sebarang kehilangan dan/atau kecurian Kad atau penzahiran PIN kepada pihak Bank dan pihak polis sertamerta diikuti dengan pengesahan bertulis kepada pihak Bank bersama satu salinan laporan polis dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh kehilangan dan/atau kecurian dan/atau penzahiran PIN. Anda mungkin bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi yang tidak diberi kuasa sekiranya anda gagal berbuat demikian. * Anda dinasihatkan untuk TIDAK menggunakan tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau nombor telefon anda sebagai nombor PIN.
Penyata Bulanan Anda mesti menyemak penyata bulanan anda dengan teliti dan serta-merta. Sebarang kesilapan mesti dilaporkan kepada Bank serta-merta kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan anda kehilangan hak untuk mempertikaikan kesilapan tersebut.
4. pakah bayaran lain yang perlu saya bayar? Yuran dan Caj Yuran Tahunan
Perihalan
Kad Utama – Percuma Sepanjang Hayat Kad Tambahan – Percuma Sepanjang Hayat
Yuran Pendahuluan Tunai
5% daripada pengeluaran tunai atau RM10 yang mana lebih tinggi akan dikenakan bagi amaun yang dikeluarkan.
Yuran Penggantian Kad
Penggantian Kad untuk kali pertama adalah percuma. Caj penggantian Kad untuk kali yang kedua dan seterusnya adalah RM50 untuk setiap Kad.
Yuran untuk Permintaan Draf Jualan Yuran Penyata Kad Tambahan
Tukaran Bagi Transaksi Luar Negara
Lain-lain Yuran dan Caj
Draf Jualan Asal – RM15 setiap satu salinan Salinan Fotokopi Draf Jualan – RM5 setiap satu salinan
RM5 bagi setiap penyata bulanan. Transaksi yang dilakukan di luar Malaysia akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia pada tarikh transaksi diterima dan/atau diproses. Kadar pertukaran mungkin berbeza daripada kadar harian transaksi kerana turun naik pasaran. Kadar tukaran adalah berdasarkan kadar yang ditentukan oleh Visa International/MasterCard Worldwide ditambah kos pentadbiran sebanyak 1% serta termasuk sebarang yuran transaksi yang dikenakan oleh Visa International/MasterCard Worldwide. Akan dikenakan oleh BSN dari semasa ke semasa bagi semua perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan kepada Pemegang Kad.
* Semua Yuran dan Caj yang dikenakan ke atas Akaun Kad Kredit anda kecuali Caj Bayaran Lewat dan Caj Kewangan untuk transaksi runcit/pendahuluan tunai adalah tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% berkuatkuasa 1 April 2015. 5. Apakah implikasi sekiranya saya gagal melaksanakan tanggungjawab saya?
Caj Bayaran Lewat 1% daripada jumlah baki tertunggak pada tarikh penyata, tertakluk kepada minimum RM10 dan maksimum RM75.
Hak Untuk Tolakan Pihak Bank berhak untuk menolak mana-mana baki kredit di dalam lain-lain akaun anda yang dibuka dengan pihak Bank terhadap mana-mana baki tertunggak di dalam akaun Kad ini dengan memberi notis tujuh (7) hari kalendar terlebih dahulu.
Tanggungan untuk transaksi yang tidak diberi kuasa Anda akan bertanggungan untuk semua transaksi yang menggunakan Kad jika anda bertindak menipu atau gagal memberitahu pihak Bank secepat mungkin selepas mengetahui bahawa Kad telah hilang atau dicuri. Walau apa pun, tanggungan anda untuk transaksi yang tidak diberi kuasa disebabkan kehilangan atau kecurian Kad adalah RM250.00 untuk setiap Kad sekiranya anda tidak:(i) bertindak menipu; atau (ii) gagal memberitahu pihak Bank secepat mungkin selepas mengetahui bahawa Kad telah hilang atau dicuri.
Penggantungan atau penamatan Kad Jika anda gagal membayar balik atau melanggar mana-mana terma dan syarat penggunaan Kad, kami boleh menggantung atau menamatkan Kad dan boleh membuat keputusan untuk tidak menyambung keahlian Kad walaupun selepas anda menjelaskan sebarang tunggakan akaun. Jika anda menggunakan Kad untuk sebarang tujuan tidak sah atau dengan cara yang tidak dibenarkan (contohnya, untuk tujuan berjudi dalam talian, kegiatan haram, membenarkan orang lain menggunakan Kad, dan lain-lain) kami boleh menamatkan Kad anda.
6. Bagaimana sekiranya saya melangsaikan sepenuhnya baki sebelum tempoh matang? (Untuk Program Pindahan Baki BSN dan Pelan 0% EasyPay BSN) Anda perlu membayar semua jumlah Baki dan Faedah yang tertunggak. Tiada sebarang caj penalti dikenakan. 7. Apakah risiko utama?
Jika anda membuat bayaran minimum sahaja pada setiap masa, tempoh pembayaran balik akan lebih lama dan jumlah tertunggak akan bertambah. Berfikirlah tentang kemampuan anda untuk membayar semasa anda menggunakan Kad.
Caj kewangan yang dikenakan ke atas baki belum dijelaskan bagi Kad adalah berasaskan struktur penetapan harga berperingkat mengikut rekod pembayaran anda.
Sekiranya anda menggunakan Kad untuk membayar pembiayaan lain, ianya akan menambahkan kos anda.
Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan baki Kad, hubungi pihak Bank dengan segera untuk perbincangan lanjut.
Penzahiran nombor PIN atau maklumat berkenaan Kad kepada pihak ketiga dan juga apa-apa liabiliti bagi kerugian yang disebabkan oleh kecuaian anda boleh mendatangkan risiko dan boleh mengakibatkan Kad anda disalahgunakan.
Jika Kad anda hilang atau dicuri, sila maklumkan kepada pihak Bank dengan serta-merta, jika tidak, anda akan bertanggungjawab untuk membayar semua caj yang dikenakan ke atas Kad anda yang hilang / dicuri.
8. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan maklumat peribadi saya? Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada Bank dengan kadar segera jika terdapat perubahan pada maklumat peribadi bagi memastikan semua urusan surat-menyurat anda diterima tepat pada masanya. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi di mana-mana cawangan kami atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1300-88-1900. 9. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut?
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Kad Kredit, sila rujuk kepada maklumat perbankan Kad Kredit di www.bankinginfo.com.my. Secara alternatif, anda boleh melawat laman sesawang kami di www.mybsn.com.my Jika anda mempunyai masalah untuk membuat pembayaran balik, anda harus menghubungi kami secepat mungkin untuk membincangkan alternatif pembayaran balik. Anda boleh menghubungi kami di:
Jabatan Perniagaan Kad, Bank Simpanan Nasional, Alamat: Tingkat Bawah, Blok A 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur Tel: 1300-88-1900 Faks: 603-2688 0888 Emel:
[email protected]
Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan percuma mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit dan penstrukturan semula pinjaman untuk individu. Anda boleh menghubungi AKPK di: Alamat: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Tel: 1-800-88-2575 Emel:
[email protected] Jika pertanyaan atau aduan anda tidak di selesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di: Alamat: Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 Emel:
[email protected] 10. Lain-lain produk Kad Kredit
BSN-1Teachers MasterCard Emas
BSN-AIAFAM Visa Platinum
NOTIS PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA JIKA ANDA TIDAK MEMBUAT BAYARAN BALIK BAKI KAD KREDIT ANDA. Maklumat yang terkandung di dalam Penyata Pendedahan Produk ini adalah sah mulai 01/04/2016.