Edisi 2016
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA): (P4-3.2016)
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P4-3.2016)
PPS UTHM
1
Edisi 2016
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA): (P4-3.2016)
1.0
PANEL PEMERIKSA VIVA
1.1
Panduan ini diwujudkan bertujuan:
2.0
1.1.1
Menjelaskan kriteria Panel pemeriksa yang layak untuk memeriksa tesis pelajar.
1.1.2
Menjelaskan peranan dan tanggungjawab Panel pemeriksa, Pengerusi serta Pembantu Pengerusi viva.
PELANTIKAN PANEL PEMERIKSA 2.1
Panel Pemeriksa dilantik oleh Pusat Pengajian Siswazah berdasarkan cadangan penyelia serta disokong oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti (JKPSF), diperakukan oleh Jawatankuasa Akademik Pengajian Siswazah (JAPS) serta diluluskan oleh Senat.
2.2
Sekurang-kurangnya dua (2) orang pemeriksa (seorang pemeriksa dalam dan seorang pemeriksa luar) akan dilantik.
2.3
Penyelia boleh membuat cadangan nama pemeriksa luar dengan merujuk kepada satu pangkalan data (database) yang mengandungi senarai nama pemeriksa luar yang pernah diluluskan Senat dan dilantik sebagai pemeriksa luar bagi tujuan viva di UTHM. Nama pemeriksa luar yang telah sedia ada dalam pangkalan data ini tidak memerlukan kelulusan Senat.
2.4
Penyelia juga boleh membuat cadangan nama pemeriksa luar yang tiada dalam pangkalan data tersebut. Bagi tujuan ini, kelulusan Senat adalah diperlukan.
2.5
Penyelia tidak boleh menjadi pemeriksa bagi pelajarnya sendiri.
2.6
Lantikan Panel pemeriksa adalah berdasarkan kepada bidang kepakaran berlandaskan etika dan profesionalisme akademik yang tinggi.
2.7
Sekiranya calon pemeriksa luar bukan dari institusi pengajian tinggi, pihak PTj perlu mengemukakan justifikasi pencalonan tersebut.
2.8
Pelantikan pemeriksa dari luar negara dibenarkan sekiranya pemeriksa tersebut berada di dalam negara ketika pelaksanaan peperiksaan lisan (contoh: Profesor Pelawat ke fakulti).
2.9
Panel pemeriksa hendaklah berstatus aktif dalam perkhidmatan (tidak bersara, berhenti kerja, dipecat dan seumpamanya) sepanjang tempoh penilaian tesis.
2.10
Staf akademik yang sedang bertugas di luar UTHM (contoh: sangkutan industri, pascakedoktoran, cuti sabatikal dan sebagainya) boleh dilantik menjadi pemeriksa dalam dengan justifikasi oleh PTj.
2.11
Panel pemeriksa tiada hubungan kekeluargaan dengan pelajar dan penyelia bagi tujuan integriti.
2.12
Panel pemeriksa tiada sebarang hubungan kerja dengan pelajar dan penyelia bagi tujuan integriti (contoh: Pelajar berkhidmat di Universiti Y dan melanjutkan pelajaran di Universiti Z. Pemeriksa tidak boleh dilantik daripada Universiti Y).
PPS UTHM
2
Edisi 2016
3.0
KELAYAKAN PANEL PEMERIKSA 3.1
Berkelulusan ijazah yang setaraf atau lebih tinggi daripada tesis pelajar yang dinilai.
3.2
Calon pemeriksa selain daripada Institusi Pengajian Tinggi juga boleh dilantik dengan syarat mempunyai kelulusan ijazah yang setaraf atau lebih tinggi daripada tesis pelajar yang dinilai dan mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan.
3.3
Untuk program Doktor Falsafah, semua pemeriksa mesti berkelayakan minima Profesor Madya serta berkelulusan Doktor Falsafah dan salah seorang pemeriksa mesti bertaraf Profesor.
3.4
Sekiranya tiada kelayakan akademik yang setaraf, kesetaraan boleh dilakukan berdasarkan pengalaman penyelidikan/perundingan/industri pemeriksa atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat.
3.5
Bagi viva untuk program Doktor Falsafah, pemeriksa hendaklah sekurang-kurangnya:
3.6
3.7
4.0
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA): (P4-3.2016)
3.5.1
Sedang/pernah menyelia satu (1) orang pelajar program Doktor Falsafah untuk tempoh minima satu (1) semester, ATAU
3.5.2
Sedang/pernah menyelia bersama satu (1) orang pelajar program Doktor Falsafah untuk tempoh minima satu (1) semester, ATAU
3.5.3
Bagi pemeriksa luar, pernah menjadi pemeriksa kepada satu (1) orang pelajar Doktor Falsafah.
Bagi viva untuk program sekurang-kurangnya:
Sarjana
secara
Penyelidikan,
pemeriksa
hendaklah
3.6.1
Sedang/pernah menyelia satu (1) orang pelajar program Sarjana secara Penyelidikan untuk tempoh minima satu (1) semester, ATAU
3.6.2
Sedang/pernah menyelia bersama satu (1) orang pelajar Sarjana secara Penyelidikan untuk tempoh minima satu (1) semester, ATAU
3.6.3
Bagi pemeriksa luar, pernah menjadi pemeriksa kepada satu (1) orang pelajar program Sarjana secara Penyelidikan.
Bagi viva program Doktor Falsafah yang bertempat di industri (contoh: PhD Industri), pemeriksa luar dari kalangan industri hendaklah mempunyai kelayakan dan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang yang berkaitan.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANEL PEMERIKSA 4.1
Menyatakan persetujuan dan mencadangkan tarikh viva kepada Pusat Pengajian Siswazah untuk menilai tesis dalam tempoh 2 minggu selepas tesis diterima dari Pusat Pengajian Siswazah.
4.2
Membaca tesis secara objektif tanpa sebarang prasangka atau prejudis dan menilai tesis sama ada memenuhi piawaian akademik yang ditetapkan atau sebaliknya.
PPS UTHM
3
Edisi 2016
5.0
4.3
Panel pemeriksa wajar meneliti secara terperinci tesis secara profesional sebagai seorang pakar bidang untuk mencungkil kekuatan dan kelemahan pelajar. Hasil pemeriksaan adalah laporan bebas tanpa rundingan.
4.4
Melengkapkan dan mengembalikan Borang Laporan Pemeriksa Tesis selewat-lewatnya pada hari pelaksanaan viva kepada Pusat Pengajian Siswazah.
4.5
Menghadirkan diri dalam sesi viva seperti yang dijadualkan kecuali atas sebab-sebab tertentu dengan persetujuan Pengerusi (contoh: kemalangan, kematian dan sebagainya).
4.6
Mengajukan soalan kepada pelajar untuk menyemak dan mengesahkan keaslian hasil kerja pelajar.
4.7
Memperincikan cadangan pembetulan dan penambahbaikan tesis yang diperlukan secara keputusan bersama dengan panel pemeriksa yang lain.
4.8
Mengesahkan pembetulan menurut tempoh yang ditetapkan dalam keputusan viva.
4.9
Memastikan tiada pembetulan tambahan selain daripada apa yang diputuskan secara bersama dalam viva.
PELANTIKAN PENGERUSI VIVA 5.1
6.0
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA): (P4-3.2016)
Pengerusi viva dilantik di kalangan staf akademik berkelayakan seperti berikut: 5.1.1
Bagi peringkat program Profesor/Profesor Madya.
Doktor
Falsafah,
Pengerusi
perlu
berjawatan
5.1.2
Bagi peringkat program Sarjana secara sekurang-kurangnya berjawatan Pensyarah Kanan.
Penyelidikan,
Pengerusi
5.1.3
Pengerusi tiada hubungan kekeluargaan dengan pelajar dan penyelia bagi tujuan integriti.
TANGGUNGJAWAB PENGERUSI VIVA 6.1
PPS UTHM
SEBELUM VIVA 6.1.1
Memastikan dokumen berkaitan viva adalah lengkap dan memaklumkan kepada Pusat Pengajian Siswazah sekiranya dokumen tidak lengkap.
6.1.2
Bersepakat bersama Panel pemeriksa mengenai prosedur perjalanan viva (contoh: aliran aktiviti, sesi soal-jawab, jangka masa yang diperuntukan, kesesuaian soalan-soalan dikemukakan dan sebagainya).
6.1.3
Mempengerusikan sesi pembentangan terbuka dan memperkenalkan pelajar secara ringkas kepada Panel pemeriksa dan hadirin.
6.1.4
Mengendalikan sesi pembentangan berdasarkan masa yang diperuntukan.
terbuka
termasuk
sesi
soal-jawab
4
Edisi 2016
6.2
6.3
7.0
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA): (P4-3.2016)
SEMASA VIVA 6.2.1
Menerangkan secara ringkas prosedur perjalanan viva kepada pelajar.
6.2.2
Pengerusi tidak boleh mengambil bahagian dalam viva kerana bukan ahli Panel pemeriksa.
6.2.3
Memastikan suasana viva adalah kondusif di mana pelajar berpeluang menjawab soalan Panel pemeriksa dalam keadaan tenang.
6.2.4
Memastikan Panel pemeriksa mengemukakan soalan yang relevan sahaja kepada pelajar.
6.2.5
Melengkapkan Borang Laporan Pengerusi Pemeriksa Tesis.
6.2.6
Pengerusi bertindak sebagai ‘moderator’ untuk memastikan satu penyelesaian terbaik dapat dicapai sekiranya berlaku sebarang percanggahan semasa viva berlangsung.
SELEPAS VIVA 6.3.1
Menjemput pelajar untuk meninggalkan bilik viva bagi perbincangan antara Panel pemeriksa, Pengerusi dan Pembantu Pengerusi (sekiranya ada).
6.3.2
Sekiranya Pembantu Pengerusi dilantik, laporan Pengerusi dan Pembantu Pengerusi perlu dibandingkan bersama bagi tujuan keseragaman.
6.3.3
Pengerusi memastikan senarai pembetulan adalah terperinci dan tempoh pembetulan (sekiranya ada) dipersetujui bersama Panel pemeriksa.
6.3.4
Membuat pengesahan dalam dokumen laporan bersama yang ditandatangani oleh semua Panel pemeriksa.
6.3.5
Pengerusi akan berbincang bersama Panel pemeriksa untuk menentukan pemeriksa yang bertanggungjawab terhadap penyemakan tesis selepas pembetulan (sekiranya ada) dilakukan.
6.3.6
Menjemput pelajar ke bilik viva dan memaklumkan keputusan viva, senarai pembetulan (sekiranya ada) dan tempoh pembetulan (sekiranya ada).
6.3.7
Mengesahkan sebarang dokumen tuntutan pemeriksa luar untuk diproses oleh Pusat Pengajian Siswazah.
PEMBANTU PENGERUSI VIVA 7.1
Pembantu Pengerusi viva boleh dilantik atas cadangan sekiranya perlu oleh PTj.
7.2
Pembantu Pengerusi viva dipilih di kalangan staf akademik berkelayakan seperti berikut:
PPS UTHM
7.2.1
Memiliki kelulusan akademik Ijazah Doktor Falsafah.
7.2.2
Tiada hubungan kekeluargaan dengan pelajar dan penyelia bagi tujuan integriti. 5
Edisi 2016
7.3
PPS UTHM
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA): (P4-3.2016)
Tanggungjawab Pembantu Pengerusi adalah ditentukan oleh Pengerusi viva.
6