KEM SOLAT Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK
TAJUK • SOLAT FARDU – RUKUN – SUNAT
AB’AD HAI AH
• MASBUQ MUWAFIQ • SOLAT KETIKA SAKIT • SOLAT JENAZAH • SOLAT MUSAFIR
MAKSUD SOLAT SATU IBADAT YANG MENGHUBUNGKAN HAMBA DENGAN TUHANNYA, MENGANDUNGI BEBERAPA PERKATAAN DAN PERBUATAN YANG DIMULAI DENGAN TAKBIR DAN DISUDAHI DENGAN SALAM
Sabda Nabi S.A.W
“ Amalan yang pertama yang dihisab (Allah) atas seseorang hamba pada hari kiamat nanti ialah solat. Jika solat sesorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya”. (HR At-Tabrani)
ROH SOLAT • SYARAT-SYARAT SAH SOLAT • RUKUN-RUKUN SOLAT • SUNAT AB‟AD DAN SUNAT HAI‟AT • PERKARA MAKRUH DALAM SOLAT • PERKARA MEMBATALKAN SOLAT • WAKTU–WAKTU YANG HARAM SOLAT SUNAT YANG TIADA BERSEBAB
SYARAT – SYARAT SAH SOLAT 1. ISLAM 2. BERAKAL 3. SUCI DARIPADA HADAS KECIL DAN BESAR 4. SUCI DARIPADA NAJIS PADA BADAN, PAKAIAN DAN TEMPAT
5. YAKIN MASUK WAKTU 6. MENGADAP KIBLAT 7. MENUTUP AURAT 8. MENGETAHUI FARDU DAN SUNAT 9. TIDAK MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
RUKUN SOLAT 13 PERKARA 1.
NIAT.
2.
TAKBIRATULIHRAM.
3.
BERDIRI BAGI YANG MAMPU.
4.
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH.
5.
RUKU‟ DENGAN TAMA‟NINAH (TAMA‟NINAH IALAH TENANG DAN TERTIB, TIDAK TERBURU-BURU SELAMA 2 SAAT).
6.
„IKTIDAL DENGAN TAMA‟NINAH.
7.
SUJUD DUA (2) KALI, DENGAN TAMA‟NINAH.
8.
DUDUK ANTARA DUA SUJUD, DENGAN TAMA‟NINAH
9.
MEMBACA TASYAHHUD AKHIR.
10. DUDUK TASYAHHUD AKHIR. 11. SELAWAT ATAS NABI S.A.W DALAM TASYAHHUD AKHIR 12. MEMBACA SALAM. 13. TERTIB.
SUNAT AB’AD DAN SUNAT HAIAT
SUNAT AB’AD Sunat ab‟ad ialah amalan–amalan sunat yang dikuatkan dalam solat, Amalan sunat ab‟ad ialah : 1. membaca tahiyyat awal 2. Membaca selawat semasa tahiyyat awal 3. Membaca selawat untuk keluarga Nabi Muhammad S.A.W ketika membaca tahiyyat akhir 4. Membaca doa Qunut pada Solat Subuh setiap hari. 5. Membaca doa Qunut pada Solat sunatWitir pada malam 16 hingga akhir bulan Ramadhan.
Jika tertinggal maka disunatkan menggantinya dengan sujud sahwi.
SUNAT HAIAT 1. Mengangkat kedua-dua belah tangan sehingga ibu jari bersetentangan dengan dua telinga ketika takbiratul ihram, hendak ruku', iktidal dan ketika bangun berdiri sesudah membaca tahiyyat awal. 2. Meletakkan kedua-dua belah tangan di bawah dada ketika berdiri. 3. Membaca doa Iftitah. 4. Membaca Ta’awuz sebelum membaca Al-Fatihah 5. Membaca “Amin” sesudah membaca Al-Fatihah 6. Membaca surah atau ayat–ayat al–quran pada rakaat pertama dan kedua selepas Al–Fatihah. 7. Menguatkan bacaan pada rakaat pertama dan kedua pada solat Maghrib, Isyak dan Subuh, kecuali makmum. 8. Membaca takbir pada tiap–tiap kali beralih dari satu rukun kepada satu rukun fi’li yang lain.
SUNAT HAIAT 9. Memuji Allah S.W.T ketika bangkit daripada ruku’ dan ketika berdiri. 10. Meletakkan kedua-dua tapak tangan pada kedua-dua lutut ketika ruku’. 11. Membaca tasbih ketika ruku’ dan sujud. 12. Meletakkan tangan kanan di atas peha kanan dan tangan kiri di atas peha kiri ketika membaca tahiyyat. Jari kiri diluruskan dan jari tangan kanan di genggam kecuali jari telunjuk. Jari telunjuk digerakkan sedikit ke atas ketika membaca “illallah”. 13. Duduk iftirasy pada sekelian duduk dalam solat iaitu menduduki tapak kaki kiri dan kanan ditegakkan, anak–anak jarinya mengadap kiblat kecuali duduk tahiyyat akhir. 14. Duduk tawarru’ iaitu duduk bersimpuh pada tahiyyat akhir kaki kiri dibaringkan di bawah kaki kanan, punggung didudukkan ke lantai dan kaki kanan ditegakkan, anak jarinya menghadap kiblat. 15. Memberi salam yang kedua. 16. Memalingkan muka ke kanan semasa memberi salam yang pertama dan ke kiri semasa memberi salam yang kedua.
PERKARA MAKRUH DALAM SOLAT 1. Mengerjakan sembahyang ketika makanan yang diingini sedang terhidang. 2. Membaca dengan nyaring (jahar) bacaan yang perlahan. 3. Berdiri atas sebelah kaki atau merapatkan kedua-duanya. 4. Menoleh ke kanan atau ke kiri (kecuali ada sebab tertentu). 5. Menahan diri daripada buang air besar dan kecil. 6. Mendongak atau menundukkan kepala dengan berlebihan di dalam ruku’. 7. Merapat kedua-dua siku kepada kedua-dua rusuk, dan merapatkan perut kedua-dua peha dalam sujud (lelaki). 8. Meninggalkan bacaan surah dalam rakaat pertama dan kedua. 9. Meninggalkan ucapan tasbih intiqalat, iaitu takbir berpindah dari satu rukun kepada rukun yang lain seperti takbir ketika hendak ruku’, bangun daripada tasyahud awal untuk berdiri ketika hendak sujud dan bangkit dari sujud.
PERKARA MEMBATALKAN SOLAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.
Berkata–kata dengan sengaja. Bergerak tiga kali berturut–turut. Kedatangan hadas kecil atau besar. Terkena najis. Terbuka aurat. Berubah niat. Berpaling badan (dada) dari arah kiblat. Makan/minum walau sedikit. Ketawa dengan mengeluarkan suara. Menangis hingga mendenggar suara. Memanjangkan rukun yang pendek. Murtad. Mendahului imam/terkemudian daripada imamnya melebihi tiga pergerakan.
WAKTU HARAM SOLAT SUNAT YANG TIADA BERSEBAB 1. 2. 3. 4. 5.
Waktu terbit matahari sehingga naik sekadar segalah. Waktu matahari di tengah langit sehingga gelincir matahari. Waktu matahari hendak tenggelam. Sesudah solat Asar sehingga Maghrib. Sesudah solat Subuh sehingga syuruk.
Tetapi seandainya solat yang didahului oleh sebab mempunyai tidaklah dilarang. Seperti :
1. 2. 3. 4.
Solat qada Solat jenazah Solat tahiyatul masjid Solat sunat wuduk dan sebagainya
MASBUQ DAN MUAFIQ MUWAFIQ
Muwafiq ialah makmum yang dapat membaca surah Al– Fatihah ketika berdiri imam dengan bacaan yang sederhana (pertengahan) di sini maka wajiblah atas makmum tersebut menyempurnakan bacaan surah Al-Fatihahnya. MASBUQ
Masbuq ialah makmum yang tidak dapat membaca Al–Fatihah ketika semasa imam berdiri. Maka tidak wajib atasnya sempurna membaca surah Al–Fatihahnya, hanya baca sekadar yang dapat dan dikehendaki ruku' bersama–sama dengan imam.
KAIFIAT SOLAT KETIKA SAKIT Lazimnya waris atau sesiapa jua boleh menolong orang sakit atau uzur untuk mengambil wuduk, setelah itu tentukan pesakit atau orang yang uzur itu mengadap kiblat mengikut keadaan dan daya kemampuannya seperti berikut:
1.Duduk iftirasy (seperti duduk antara sujud). 2.Berbaring mengiring mengadap kiblat. 3.Berbaring terlentang (kaki dan kepala mengadap kiblat). 4.Isyarat kepala dan mata. 5.Memadai dikerjakan solat dalam hati.
ADAB DALAM MASJID Niat i‟tikaf bila masuk masjid. Solat sunat tahiyyatul masjid. Perbanyakkan solat sunat. Membaca al-quran. Berzikir. Bersedekah. Menjauhi perbuatan haram, makruh dan lagha (sia – sia). 6. Jika hendak berdoa – hendaklah mengadap kiblat. 7. Sentiasa dalam keadaan berwuduk. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
SOLAT JENAZAH - Hukum: fardu kifayah. - Wanita juga boleh menunaikan solat jenazah berjemaah bersama-sama dengan lelaki. - Biasa ditunaikan selepas selesai solat fardu.
RUKUN SOLAT JENAZAH 1. Niat mendirikan solat jenazah. 2. Berdiri bagi yang berkuasa. 3. Empat kali takbir. 4. Membaca Al-Fatihah. 5. Membaca selawat ke atas Nabi s.A.W (selepas takbir kedua). 6. Doa‟ ke atas mayat (selepas takbir ketiga). 7. Salam.
RUKUN SOLAT JENAZAH LAFAZ NIAT SOLAT JENAZAH :
SAHAJA AKU SEMBAHYANG ATAS MAYAT INI, 4 TAKBIR FARDU KIFAYAH, KERANA ALLAH TAALA.
1. MEMBACA AL-FATIHAH SELEPAS TAKBIR YANG PERTAMA 2. BERSELAWAT SELEPAS TAKBIR KE-2, SEKURANGKURANGNYA:
3. BERDOA BAGI MAYAT SELEPAS TAKBIR KE-3 SEKURANGKURANGNYA:
(JIKA MAYAT LELAKI)
(JIKA MAYAT PEREMPUAN)
(JIKA MAYAT RAMAI)
4. MEMBERI SALAM SELEPAS TAKBIR KE-4:
Tunjukkan cara Solat Jenazah dengan betul dan sempurna Sebelum pelajar menunjukkan Solat Jenazah, mereka hendaklah terlebih dahulu dahulu dapat membaca bacaan -bacaan berikut : 1) Lafaz niat Solat Jenazah lelaki a) Lafaz niat Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan : ”Sahaja aku solat ke atas mayat ini, empat takbir fardu kifayah mengikut Imam kerana Allah Taala”
2) Membaca Surah Al-Fatihah
3) Selawat :
4) Doa bagi mayat selepas takbir (ketiga) :
5) Doa selepas takbir (keempat)
Solat Jenazah mengikut susunan yang berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
Menyebut lafaz niat Solat Jenazah Takbiratul Ihram Membaca Surah al-Fatihah Takbir ( kedua ) Membaca selawat Takbir ( ketiga ) Membaca doa bagi mayat Takbir ( keempat ) Membaca doa Salam
Kedudukan jenazah lelaki dan perempuan ketika hendak disolatkan .
1) Jenazah lelaki : • kepalanya di sebelah kiri imam 2) Jenazah perempuan : • kepalanya di sebelah kanan imam
Kedudukan imam ketika menunaikan solat jenazah lelaki dan perempuan.
• Kedudukan imam bagi jenazah : • Lelaki : Imam berdiri bertentangan dengan kepala jenazah • Perempuan : Imam berdiri bertentangan dengan pinggang jenazah
SOLAT MUSAFIR •JAMAK DAN QASAR
SOLAT QASAR MENGERJAKAN DUA RAKAAT SAHAJA BAGI SOLAT zohor, ASAR DAN ISYAK. TIDAK BAGI SOLAT MAGHRIB DAN SUBUH
SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR 1. Hendaklah perjalanan itu diharuskan oleh syarak. 2. Jauh perjalanan tidak kurang daripada dua marhalah (91 kilometer). 3. Berniat qasar dan takbiratul ihram. 4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna). 5. Hendaklah solat qasar itu terdiri daripada solat yang empat (4) rakaat sahaja.
SOLAT JAMAK Menghimpunkan solat zohor dengan Asar,
Maghrib dengan Isyak.
Jamak taqdim
Jamak ta‟khir
Mengerjakan sembahyang Zohor dan Asar dalam waktu Zohor atau Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib.
Mengerjakan sembahyang Zohor dan Asar dalam waktu Asar atau Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak.
SYARAT JAMAK TAQDIM 1. Mendahulukan sembahyang Zohor daripada Asar dan Maghrib daripada Isyak. 2. Berniat jamak dalam sembahyang pertama sebelum salam (afdhalnya dalam takbiratul ihram) 3. Berturut-turut di dijamakkan itu.
antara
sembahyang
yang
takbiratul
ihram
4. Berkekalan perjalanan hingga sembahyang yang kedua.
5. Berkeyakinan adanya waktu sembahyang yang pertama berkekalan sehingga didirikan sembahyang yang kedua.
SYARAT JAMAK TA’KHIR 1. Hendaklah berniat jamak dalam waktu yang pertama, 2. Berkekalan perjalanan hingga memberi salam sembahyang yang kedua.
Perhatian 1. Jamak ta‟khir harus dikerjakan dengan menunaikan solat Asar diikuti dengan Zohor atau Isyak diikuti dengan Maghrib. Sunat dahulukan solat Zohor diikuti dengan Asar, begitu juga solat Maghrib dengan Isyak kecuali waktunya sempit tidak mencukupi dua solat fardu maka wajiblah didahulukan solat yang empunya waktu (sahibul wakt)
2. Solat jamak dikerjakan dengan dua azan dan dua iqamah. 3. Jika solat itu dikerjakan dengan berjemaah maka makmum hendaklah berniat menjadi makmun dan imam berniat menjadi imam.
NASIHAT SOLAT 1. MENINGGALKAN SOLAT Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-quran, sunah dan ijmak ulama‟. Allah berfirman yang bermaksud.
“Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam neraka saqar?. “Mereka menjawab (Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat”. (Al-Muddathir :42,43) Sabda Rasulullah S.A.W
“Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir”. (HR Ahmad)
2. MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan”. (An-Nisa‟ – 103) Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.
3. TIDAK TAMA’NINAH DALAM SOLAT Tama‟ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Tama‟ninah ertinya tenang ketika sedang ruku', iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya. Tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari rukun ke rukun lainnya.