INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA
PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT
Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad atau lebih dikenali sebagai MSWG akan menganjurkan acara tahunan Indeks dan Penemuan Tadbir Urus Korporat MSWG-ASEAN 2014 Malaysia pada 9 Disember 2014 di Pusat Konvensyen Sime Darby. Majlis ini akan memaparkan dan mengiktiraf syarikatsyarikat tersenarai teratas di Malaysia yang telah menunjukkan pencapaian dalam amalan tadbir urus korporat berdasarkan penilaian menggunakan metodologi Skorkad Tadbir Urus Korporat ASEAN. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin yang akan menyampaikan ucaptama dan memberikan anugerah pengiktirafan kepada para pemenang. Tahap tadbir urus korporat diukur melalui indeks 100 syarikat tersenarai teratas di Malaysia berdasarkan amalan terbaik antarabangsa seperti Prinsip Tadbir Urus Korporat OECD sebagai tanda aras dan juga mengambilkira kriteria prestasi kewangan. Sama seperti tahun-tahun lalu, pada tahun ini, MSWG akan memaparkan syarikatsyarikat yang mempunyai amalan tadbir urus korporat yang baik dan pada masa yang sama mempunyai prestasi kewangan yang mampan. Adalah diharapkan melalui pengiktirafan ini, ia akan merangsang lebih banyak syarikat untuk terus meningkatkan amalan tadbir urus korporat mereka. Komunikasi mengenai amalanamalan positif ini kepada pasaran dijangka akan menjadikan pelanggan, kakitangan dan ejen dalam sistem sosio-ekonomi lebih berpuas hati dan setia, yang akhirnya akan memberikan manfaat kepada syarikat itu sendiri dan pemegang saham mereka. Pada tahun ini, MSWG juga akan memberikan pengiktirafan kepada seorang individu di kalangan rantau ASEAN yang telah memberikan sumbangan besar dalam mempromosikan tadbir urus dan hak pemegang saham minoriti di negara beliau.
1
Selain itu, pengiktirafan juga akan diberikan kepada syarikat yang mempraktikkan dan mempromosikan ketelusan melalui penzahiran minit mesyuarat agung tahunan serta memuat naik Memorandum & Artikel syarikat di dalam laman web syarikat. Sama seperti tahun lalu, anugerah akan diberikan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif yang menjadi teladan dalam menggalakkan amalan terbaik tadbir urus korporat, termasuklah dalam konteks yang lebih besar melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) di dalam syarikat mereka. Pengiktirafan juga akan diberi kepada penulis yang menghasilkan banyak karya yang berkualiti dalam bidang tadbir urus korporat di Malaysia. Idea bagi Skorkad Tadbir Urus Korporat ASEAN ini telah diilhamkan secara bersama oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan sekumpulan pakar tadbir urus korporat dari rantau ASEAN termasuk MSWG dan Bank Pembangunan Asia (ADB) di bawah Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) pada tahun 2011. Pada awalnya inisiatif ini dibiayai oleh ADB. Inisiatif ini diambil selari dengan usaha-usaha untuk mencapai persepakatan dalam piawaian tadbir urus korporat bagi syarikat tersenarai di negara-negara ASEAN di mana matlamat utama ialah memastikan keseragaman pemahaman dan perbandingan amalan tadbir urus korporat di negara masing-masing bagi tujuan pelaburan. Rajah 1: Skorkad Tadbir Urus Korporat ASEAN – Latar Belakang dan Objektif
2
MSWG merupakan Badan Penarafan Domestik yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan penilaian di Malaysia memandangkan MSWG telah melaksanakan penilaian tahap indeks dan penemuan tadbir urus korporat di Malaysia sejak tahun 2009 serta kebanyakan parameternya sememangnya menggunakan skorkad asal MSWG. Sebahagian besar sokongan dari segi pembiayaan telah diperolehi daripada Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF). Tahun ini merupakan tahun ke-3 berturut-turut MSWG telah melaksanakan penilaian amalan tadbir urus korporat bagi syarikat tersenarai di Malaysia menggunakan Skorkad Tadbir Urus Korporat ASEAN. Asas utama Metodologi skorkad ini adalah menggunakan prinsip penzahiran berkualiti. Penzahiran maklumat, terutamanya adalah daripada laporan tahunan dan laman sesawang korporat. Lain-lain sumber maklumat termasuklah pengumuman syarikat, pekeliling, artikel syarikat, minit mesyuarat pemegang saham, polisi tadbir urus korporat, kod etika dan laporan kelestarian.
3
Rajah 2: Sumber Maklumat
Skorkad tersebut mengandungi dua bahagian yang dirujuk sebagai Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 mengandungi sebanyak 179 parameter dan dibahagikan kepada lima (5) bahagian yang sepadan dengan Prinsip Tadbir Urus Korporat OECD seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Setiap bahagian mempunyai wajaran yang berlainan berdasarkan kepada kepentingan bahagian tersebut secara relatif. Tahap 2 merupakan perkara-perkara ‘bonus’ dan ‘penalti’, setiap satunya membawa mata yang berbeza. Perkara-perkara ‘bonus’ adalah untuk mengiktiraf syarikat yang telah menerima pakai amalan baik tadbir urus korporat yang melebihi amalanamalan yang terkandung dalam Tahap 1, terutamanya melibatkan aspirasi struktur lembaga pengarah. Antara contohnya termasuklah penzahiran ganjaran kepada Ketua Pegawai Eksekutif, pelantikan pengarah bebas wanita dalam lembaga pengarah dan bilangan pengarah bebas melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan ahli lembaga pengarah. Manakala perkara-perkara ‘penalti’ pula direka untuk mendenda dan menurunkan mata syarikat yang mempunyai amalan tadbir urus yang lemah yang tidak diingini . Contohnya, denda oleh pihak kawal selia kerana melanggar peraturan penyenaraian atau undang-undang sekuriti dan tempoh perkhidmatan pengarah bebas yang terlalu panjang. Jumlah mata bonus dan penalti akan dicampur atau ditolak daripada jumlah skor Tahap 1 untuk memberikan skor akhir syarikat.
4
Rajah 3: Bahagian Skorkad Tadbir Urus Korporat ASEAN
Rajah 4: Contoh Parameter Kad Skor Tadbir Urus Korporat
Bagi tahun 2014, MSWG telah menilai sebanyak 873 syarikat tersenarai awam, tidak termasuk syarikat yang baru disenaraikan yang masih belum menerbitkan Laporan Tahunan, syarikat yang diklasifikasikan di bawah Nota Amalan 17 (PN 17)/Nota Panduan 3 (GN 3) dan syarikat yang telah dinyahsenaraikan atau diswastakan pada tahun ini.
5
Indeks tadbir urus korporat yang akan diumumkan akan mengenalpasti 100 syarikat tersenarai awam teratas di Malaysia. Kesemua 100 syarikat ini telah melalui proses penapisan di mana purata pulangan atas ekuiti bagi tiga tahun adalah sekurangkurangnya 3 peratus. Markah akhir akan ditentukan berasaskan kepada wajaran berdasarkan kriteria prestasi dan ketelusan asas menggunakan metodologi Skorkad Tadbir Urus Korporat ASEAN pada nisbah 15:85.
Anugerah-anugerah akan diberikan menurut kategori-kategori berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Pengiktirafan Tadbir Urus Korporat Terbaik Pengiktirafan Ketelusan Terbaik Amalan ESG Terbaik AGM Paling Segera Kendalian AGM Terbaik Minit Mesyuarat Agung Tahunan Terbaik Pengiktirafan Lembaga Pengarah Seimbang dan Pelbagai Pengiktirafan Tadbir Urus Korporat Industri Perladangan Hartanah Minyak dan Gas Kewangan Penjagaan Kesihatan Industri Barangan Pengguna Perkhidmatan Pengguna Telekomunikasi/Utiliti
9. Pengerusi Tahun 2014 10. Ketua Pegawai Eksekutif Tahun 2014 11. Penulis Tadbir Urus Korporat Tahun 2014 12. Pengiktirafan Badan Pemantau Pelabur
6