GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS Pusat Penyelidikan dan Inovasi
BAHAGIAN 1: PENGENALAN 1.1
Falsafah Skim Geran Penyelidikan UMS
Sebagai sebuah universiti yang beraspirasi untuk menjadi universiti penyelidikan, UMS perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini sebuah dana khusus diperlukan. Skim Geran Penyelidikan UMS dapat menggalakkan penyelidikan asas dan gunaan untuk menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara. 1.2
Definisi Skim Geran Penyelidikan UMS
Skim ini merupakan geran penyelidikan permulaan bersifat jangka pendek (1-2 tahun) yang dibiayai oleh dana dari sumber dalaman UMS. Terdapat dua jenis skim, iaitu (i) Skim Pensyarah Lantikan Baru dan (ii) Skim Penyelidikan Bidang Keutamaan. 1.3
Tujuan Skim Geran Penyelidikan UMS
Skim ini bertujuan untuk menggalakkan penjanaan teori, konsep dan idea awal yang dapat menjadi landasan atau pemangkin kepada penemuan baru dan penciptaan yang inovatif yang boleh mengembangkan sempadan ilmu. 1.4
Bidang Penyelidikan
Pembiayaan skim ini meliputi bidang-bidang asas dan gunaan yang dapat menyokong pembangunan nic penyelidikan universiti dan nic penyelidikan institut atau Fakulti selaras dengan bidang keutamaan penyelidikan di peringkat kebangsaan dan keperluan Negeri Sabah.
BAHAGIAN 2: PERMOHONAN 2.1
Skim Penyelidikan Pensyarah Lantikan Baru (SPLB)
2.1.1
Skim ini bertujuan untuk membudayakan aktiviti penyelidikan di kalangan pensyarah lantikan baru. Siling untuk skim ini adalah: i) ii)
Bidang Sastera dan Sains Sosial Bidang Sains
: RM10,000. : RM20,000
Mukasurat 1/6
Tempoh maksima jangkamasa projek adalah 2 tahun sahaja dan ditawarkan hanya sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pemohon. 2.1.2
Skim ini terbuka kepada pensyarah: i)
baru menyertai UMS/dilantik sebagai pensyarah gred DS51 dan kebawah;
ii)
baru balik dari melanjutkan pengajian PhD dengan syarat belum pernah mengetuai sebarang projek penyelidikan (universiti/ kebangsaan/antarabangsa) sepanjang perkhidmatan sebelumnya;
iii) tempoh perkhidmatan adalah tidak melebihi dari 2 tahun selepas tarikh melapor diri. 2.2
Skim Penyelidikan Bidang Keutamaan (SBK)
2.2.1
Skim ini bertujuan untuk membantu penyelidik atau kumpulan penyelidik untuk memulakan sesuatu projek penyelidikan keutamaan yang bernilai strategik kepada universiti. Siling jumlah peruntukan untuk skim ini adalah berjumlah RM30,000. Tempoh maksima jangkamasa projek adalah 2 tahun sahaja.
2.2.2
Skim ini terbuka kepada pensyarah: i) ii) iii)
bukan dalam kategori 2.1.2 (i), (ii), (iii) diatas; keutamaan adalah diberi kepada pensyarah Gred DS54 dan kebawah; tidak mengetuai sebarang projek penyelidikan semasa permohonan.
2.2.3
Penyelidik yang telah memperoleh dan berjaya melaksanakan SBK, digalakkan memohon dana daripada Kementerian/Agensi Luar.
2.3
Prosedur Permohonan, kelulusan dan agihan peruntukan
2.3.1
Permohonan untuk Skim Geran Penyelidikan UMS perlu menggunakan Borang PPI/SGPUMS/1- (Borang Permohonan Skim Geran Penyelidikan UMS);
2.3.2
Semua permohonan hendaklah diperakukan oleh FPIU masing-masing. Hanya permohonan yang disokong oleh pihak FPIU sahaja yang akan dipertimbangkan untuk kelulusan;
2.3.3
Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja (SLB atau SBK) dalam satu Fasa ;
2.3.4
Tawaran SGPUMS akan dibuka mengikut fasa-fasa berikut tertakhluk kepada peruntukan kewangan universiti : i) Fasa 1 : Januari – Februari (Projek bermula April) ii) Fasa 2 : April – Mei (Projek bermula Jun) iii) Fasa 3 : Jun–Julai (Projek bermula Ogos)
2.3.5
Pembukaan Akaun Amanah hendaklah dibuka dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh surat tawaran geran penyelidikan dikeluarkan oleh PPI. Kegagalan membuka Akaun Amanah dalam tempoh ini akan menyebabkan tawaran ini terbatal secara Mukasurat 2/6
automatik (tanpa notis) melainkan penyelidik dapat mengemukakan sebab yang munasabah (secara rasmi/bertulis); 2.3.5
Pengagihan peruntukan akan dibuat secara berperingkati mengikut ketetapan berikut: PERKARA AGIHAN PERTAMA AGIHAN KEDUA
PERATUSAN AGIHAN PERUNTUKAN (%) 70% 30%
* Agihan peruntukan kedua hanya akan disalurkan selepas projek mencapai 70% perbelanjaan dan mencapai prestasi perbatuan sepertimana yang telah dijanjikan. 2.3.6 Sebarang perubahan skop/tajuk projek hendaklah dikemukakan kepada PPI secara bertulis dalam tempoh 6 bulan pertama dari tarikh projek bermula.
BAHAGIAN 3 : PERATURAN KEWANGAN Kesemua perbelanjaan di bawah skim ini hendaklah dibuat mengikut peraturan kewangan universiti dan peraturan-peraturan lain yang sedang berkuatkuasa. Jenis-jenis perbelanjaan : 3.1
Vot 11000 - Gaji dan upah Gaji/Upah untuk pembantu penyelidik yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan sahaja. Pembantu Penyelidik hendaklah dilantik berdasarkan Garis Panduan Pelantikan Pembantu Penyelidik (RA)/Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA). Perbelanjaan hendaklah tidak melebihi 30% daripada jumlah keseluruhan peruntukan.
3.2
Vot 21000 - Perjalanan dan Pengangkutan Peruntukan hanya boleh digunakan untuk perjalanan yang berkait langsung dengan projek dan keperluan-keperluan yang berkaitan sahaja contohnya mengambil sampel, melawat tapak kajian dsb. Destinasi perjalanan tersebut mestilah merupakan tempat yang paling sesuai dan ekonomik dari segi kemudahan, kepakaran dan pemindahan teknologi. Kelayakan hotel dan lain-lain elaun semasa menjalankan tugas di luar pejabat adalah seperti yang digariskan dalam Peraturan Kewangan UMS. Perbelanjaan untuk menghadiri persidangan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: (a) dibenarkan untuk SBK sahaja - tidak melebihi 10% dari jumlah peruntukan; (b) kertas penyelidikan yang dibentangkan mestilah hasil dapatan dari projek penyelidikan yang dibiayai oleh geran ini; Mukasurat 3/6
(c)
(d)
(e)
3.3
persidangan dalam negara hendaklah sekurang-kurangnya pembentangan poster sama ada oleh ketua penyelidik atau ahli penyelidik bersama sahaja dan diterbitkan dalam prosiding persidangan; persidangan luar negara mestilah pembentangan secara lisan dan diterbitkan dalam penerbitan khas persidangan/ jurnal berstatus Scorpus/ ISI/ WOS/ ERA/indeks dan dibenarkan hanya sekali sahaja dalam tempoh penyelidikan; Permohonan hendaklah dibuat mengikut Garis Panduan Persidangan dan melalui Unit Pengurusan Persidangan, Seksyen Pentadbiran, PPI. Tuntutan perbelanjaan ke persidangan tanpa memenuhi syarat tidak akan dilayan.
Vot 23000 - Komunikasi dan Utiliti Perbelanjaan komunikasi dan utiliti berkaitan penyelidikan sahaja (Bil/prabayar telefon, Faks, Pos dll). Tuntutan untuk bil telefon (pra- dan pasca-bayar) hendaklah disertai dengan bukti yang jelas dan sahih (cth: perincian bil telefon yang digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja). Justifikasi keperluan untuk menyewa WiFi atau modem juga perlu dikemukakan kepada pihak PPI sekiranya diperlukan. Penggunaan kaedah komunikasi yang paling ekonomik (cth: e-mel berbanding dengan panggilan telefon) amatlah digalakkan.
3.4
Vot 24000 – Sewaan Sewaan peralatan, pengangkutan, fasiliti atau barangan lain yang terlibat langsung dengan penyelidikan. Sekiranya terdapat keperluan untuk menyewa bangunan atau ruang secara bulanan (cth: Greenhouse di kawasan kajian dsb.), kelulusan bertulis dari Pengarah PPI hendaklah diperolehi sebelum perjanjian sewa dimeterai.
3.5
Vot 27000 - Bekalan dan bahan-bahan penyelidikan Pembelian bekalan bahan pakai-habis (termasuklah haiwan, pokok dan benih)dan bahan penyelidikan termasuk peralatan kecil dan bekalan bernilai kurang dari RM3,000. Perbelanjaan untuk membeli token atau saguhati berbentuk barangan runcit kepada responden kajian juga boleh menggunakan Vot ini. Pembelian komputer (desktop, laptop) adalah tidak dibenarkan kecuali bidang penyelidikan yang dijalankan ialah dalam bidang ICT (dan mendapat kelulusan bertulis daripada PPI). Pembelian perisian adalah dibenarkan bagi projek penyelidikan yang benarbenar memerlukan (dan mendapat kelulusan bertulis daripada PPI).
3.6
Vot 29000 - Perkhidmatan Ikhtisas Terhad kepada khidmat profesional yang tidak dapat dipenuhi oleh penyelidik bersama. Sekiranya ketua projek telah mengenalpasti khidmat profesional/ kepakaran dari kalangan kakitangan akademik UMS sendiri, kakitangan tersebut hendaklah dilantik sebagai penyelidik bersama. Mukasurat 4/6
Perkhidmatan seperti memproses data (kecuali yang memerlukan program komputer canggih yang tidak terdapat di UMS) dan proof reading seboleh-bolehnya dijalankan oleh penyelidik bersama. Perkhidmatan lain termasuklah: (a) bayaran analisis sampel (b) pencetakan (c) honororium/token/saguhati/bayaran enumerator adalah pada kadar bayaran yang munasabah dan tidak melebihi 10% daripada jumlah keseluruhan peruntukan. Tuntutan hendaklah dibuat dengan menggunakan akuan bayaran/bukti pembayaran. Bayaran enumerator tidak boleh dilakukan selama 3 bulan atau lebih secara berterusan. (d) konsultansi (e) yuran penerbitan jurnal (f) bayaran pemfailan paten (g) yuran menghadiri persidangan Nota Penting Sekiranya terdapat keperluan Perkhidmatan Ikhtisas yang tidak tersenarai di atas, Ketua Projek hendaklah memohon kebenaran secara bertulis dari Pengarah PPI terlebih dahulu.
BAHAGIAN 4 : HASIL PENYELIDIKAN 4.1
Penerbitan - Penyelidik diwajibkan menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan dalam jurnal berwasit. Penghargaan kepada geran UMS mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap penerbitan;
4.2
Hak Harta Intelek - Penyelidik digalakkan untuk memohon pendaftaran Harta Intelek melalui PPI. Hak harta intelek adalah milik UMS.
BAHAGIAN 5 : PENILAIAN PERMOHONAN 5.1
Permohonan SGPUMS akan dinilai oleh panel dalaman UMS yang dilantik mengikut bidang-bidang penyelidikan yang telah ditetapkan;
5.2
Penilaian adalah berdasarkan kepada syarat, peraturan dan kriteria yang tersebut di atas serta lain-lain garis panduan UMS yang berkaitan;
5.3
Kriteria penilaian : i.
Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/ teori/ konsep/ kaedah/ model/ proses baru; dan Mukasurat 5/6
ii.
Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada; atau
iii. Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau iv. Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik negara (terutama untuk Sabah) dan atas keperluan semasa
BAHAGIAN 6: PEMANTAUAN 6.1
Implementasi Projek Semua projek yang diluluskan di bawah Skim Geran Penyelidikan UMS akan dipantau oleh PPI dari aspek prestasi projek dan prestasi kewangan projek.
6.2
Kemajuan projek i.
Penyelidik dikehendaki menghantar laporan kemajuan penyelidikan mereka setiap 6 bulan menggunakan Borang PPI/SGPUMS/2 (Laporan Prestasi Skim Geran Penyelidikan UMS) iaitu bagi tempoh Januari – Jun dan Julai – Disember;
ii.
Kegagalan untuk menghantar laporan kemajuan penyelidikan sepertimana yang dijadualkan akan menyebabkan aktiviti kewangan akan disekat sehingga laporan kemajuan dieraku oleh PPI;
iii. Sekiranya prestasi perbatuan (milestone) dan kewangan projek tidak selaras dengan perancangan projek yang telah dijanjikan tanpa justifikasi yang munasabah, pihak PPI berhak mengambil tindakan yang sewajarnya; iv. Permohonan pelanjutan tempoh projek hendaklah dikemukakan kepada PPI selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh tamat projek dan tempoh maksimum lanjutan ialah 6 bulan sahaja; v. 6.3
Permohonan tambah peruntukan adalah tidak dibenarkan dibawah Skim ini.
Laporan Akhir i.
Laporan akhir projek penyelidikan perlu dihantar dalam tempoh 3 bulan selepas projek disiapkan dengan menggunakan Borang Laporan Akhir Projek Penyelidikan dengan menyertakan sekali kertas penyelidikan yang telah diterbitkan.
ii.
Sebarang transaksi kewangan selepas tempoh 3 bulan tarikh akhir projek ini tidak akan dipertimbangkan. RGFEed 19/8/2011-TAMAT28/10/2011 Mukasurat 6/6