Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
0
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PREMIS PERNIAGAAN DAN KEMUDAHAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
1.0
TUJUAN
Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk :
1.1
Menerangkan secara terperinci tentang tatacara pengurusan premis perniagaan dan kemudahan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
1.2
Sebagai panduan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTj), syarikat yang bernaung di bawah Universiti dan pihak-pihak luar termasuk agensi kerajaan, agensi swasta, individu serta lain-lain dalam membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan penyewaan dan penggunaan premis perniagaan dan kemudahan di Universiti.
1.3
Memudahkan pihak pengurusan Universiti membuat pemantauan aktiviti penyewaan di Universiti mengikut garis panduan yang ditetapkan.
2.0
LATAR BELAKANG
2.1
Dasar Pengkorporatan Universiti, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mensyaratkan setiap universiti awam di Malaysia, perlu menjana pendapatan sendiri bagi menampung perbelanjaan pengurusan dan operasi masingmasing di samping mengurangkan kebergantungan terhadap peruntukan daripada agensi pusat.
2.2
Selaras dengan dasar tersebut, Universiti telah menjalankan pelbagai aktiviti penjanaan pendapatan dan pengurusan hasil penyewaan premis perniagaan serta kemudahan Universiti.
2.3
Aktiviti penyewaan premis perniagaan dan kemudahan
ini telah pun
dijalankan sejak penubuhan Universiti pada tahun 2001(dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn- KUiTTHO). Secara amnya aktiviti ini berpotensi untuk dijalankan secara komersial.
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
1
2.4
Untuk tujuan tersebut pada tahun 2013, Universiti telah menubuhkan dan memberi mandat kepada Pusat Perniagaan dan Keusahawanan untuk menyelaraskan segala aktiviti perniagaan dan keusahawanan di Universiti termasuk
penyelarasan sewaan premis perniagaan dan kemudahan
Universiti. 2.5
Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang menitikberatkan kemampanan kewangan di semua institusi pengajian Tinggi Malaysia bagi memastikan ianya selari dengan Rancangan transformasi Ekonomi Negara.
3.0
TAFSIRAN
Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain. 3.1
“Jenis sewaan” bermaksud aktiviti sewaan yang dijalankan secara kontrak atau bermusim.
3.2
“JKPPK” ertinya Jawatankuasa Pengurusan Premis Perniagaan dan Kemudahan Universiti.
3.3
“Kemudahan” ertinya, apa-apa jua prasarana milik Universiti seperti bilik mesyuarat, bilik kuliah, dewan, kemudahan sukan dan rekreasi, papan iklan termasuklah
peralatan
dan
kelengkapan
yang
disediakan.
Senarai
kemudahan yang terdapat di Universiti seperti Lampiran 1. 3.4
“Penyewa” ertinya orang perseorangan atau badan yang telah diberi kebenaran serta kelulusan untuk menggunakan premis perniagaan dan kemudahan Universiti.
3.5
“Premis perniagaan” ertinya apa-apa ruang yang digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti di Lampiran 2.
3.6
“PTj” ertinya Pusat Tanggungjawab dalam Universiti.
3.7
“Satu hari sewaan” ertinya satu (1) hari waktu bekerja rasmi Universiti
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2
3.8
“Setengah hari sewaan” ertinya separuh hari (1/2) waktu bekerja rasmi Universiti.
3.9
4.0
“Universiti” ertinya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
JAWATANKUASA PENGURUSAN PREMIS PERNIAGAAN DAN KEMUDAHAN UNIVERSITI
4.1
Keahlian JKPPK UNIVERSITI :-
4.1.1
Pengarah Pusat Perniagaan dan Keusahawanan – Pengerusi
4.1.2
Penolong Pendaftar Pusat Perniagaan dan Keusahawanan – Setiausaha
4.2
4.1.3
Timbalan Bendahari Kanan/ Wakil Pejabat Pendahari – Ahli
4.1.4
Ketua / wakil Bahagian Perundangan – Ahli
4.1.5
Pengarah / Bahagian Pengurusan Fasiliti – Ahli
4.1.6
Ketua / wakil Bahagian Keselamatan – Ahli
4.1.7
Pengarah / wakil Pusat Kesihatan Universiti - Ahli
Peranan Jawatankuasa
4.2.1
Menyelaras dan menetapkan peraturan, kadar sewaan dan tempoh bagi sewaan premis perniagaan dan kemudahan.
4.2.2
Menentukan premis, jenis perniagaan dan kemudahan yang boleh disewakan.
4.2.3
Memantau operasi premis perniagaan dan kemudahan berdasarkan laporan teknikal PTj terlibat.
4.2.4
Membuat keputusan permohonan baru / penyambungan / penamatan kontrak sewaan premis perniagaan.
4.2.5
Menyediakan laporan kepada pihak pengurusan Universiti berkaitan aktiviti penyewaan premis perniagaan dan kemudahan.
4.2.6
Mengeluarkan arahan untuk menjalankan tindakan berkenaan perkara – perkara yang berkaitan
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
3
5.0
PERANAN PTj Peranan PTj yang terlibat: 5.1
Pusat Perniagaan dan Keusahawanan - Pengurus ruang perniagaan secara keseluruhan.
Tanggungjawab:-
5.1.1
Menyelaras mesyuarat dan perbincangan yang berkaitan dengan pengurusan premis perniagaan dan kemudahan di Universiti.
5.1.2
Menguruskan proses permohonan sewaan premis perniagaan dan kemudahan dengan pihak luar.
5.1.3
Menjadi urus setia kepada JKPPK.
5.1.4
Membuat pemantauan berkala prestasi setiap premis perniagaan terlibat.
5.1.5
Membincangkan tindakan yang akan diambil ke atas mana-mana penyewa yang melanggar kontrak penyewaan.
5.2
5.1.6
Mengeluarkan lesen perniagaan dalaman Universiti.
5.1.7
Melaksanakan keputusan JKPPK.
Pejabat Bendahari – Pengurusan kontrak dan pembayaran sewaan.
Tanggungjawab :-
5.2.1
Menguruskan proses perolehan sebutharga.
5.2.2
Membuat lantikan peniaga.
5.2.3
Menerima dan memantau pembayaran sewaan ruang perniagaan.
5.2.4
Menguruskan panel penilai temubual sebutharga kafetaria.
5.2.6
Menguruskan sesi taklimat dan serahan kunci kepada penyewa kontrak premis perniagaan
5.2.7
Menyediakan laporan penjanaan pendapatan melalui sewaan premis.
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
4
5.3
Bahagian Perundangan – Penyediaan dan Pemantauan Kontrak.
Tanggungjawab :-
5.3.1
Menguruskan penyediaan dokumen kontrak penyewaan setiap premis.
5.3.2
Mengesyorkan tindakan undang-undang jika berlaku perlanggaran atau ketidak patuhan kontrak oleh penyewa premis berdasarkan aduan yang diterima.
5.3.3
Menyediakan laporan tindakan perundangan kepada JKPPK dan pengurusan Universiti.
5.3.4
Melaksanakan
tindakan
perundangan
berdasarkan
peruntukan
dibawah Kaedah Mahkamah 2012.
5.4
Bahagian Pengurusan Fasiliti – Menambahbaik ruang dan memantau utiliti.
Tanggungjawab :-
5.4.1
Melakukan penambahbaikan premis perniagaan dan kemudahan.
5.4.2
Menjalankan kerja – kerja pembaikan.
5.4.3
Mengeluarkan resit pembayaran utiliti.
5.4.4
Memeriksa dan meluluskan kerja – kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan utiliti di premis perniagaan.
5.4.5
Menyediakan laporan pengurusan fasiliti kepada JKPPK dan pengurusan Universiti.
5.5
Bahagian
Keselamatan
–
Penguatkuasaan
peraturan
keselamatan
Universiti dan kontrak. Tanggungjawab :-
5.5.1
Membuat tapisan keselamatan (rekod pekerja, pelekat kenderaan, rekod peralatan penyewa).
5.5.2
Membuat rondaan di sekitar premis perniagaan.
5.5.3
Meletakkan notis – notis perlanggaran peraturan Universiti dan peraturan kontrak.
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
5
5.5.4
Melaksanakan arahan yang diberikan oleh JKPPK atau berdasarkan peruntukan kontrak.
5.5.5
Menahan peralatan yang dibawa masuk / keluar tanpa kebenaran
5.5.6
Menyediakan laporan keselamatan kepada JKPPK dan pengurusan Universiti.
5.5.7 5.6
Membuat laporan berkaitan penyitaan premis perniagaan.
Pusat Kesihatan Universiti – Penguatkuasa kebersihan dan keselamatan makanan di premis perniagaan. Tanggungjawab :-
5.6.1
Memantau kebersihan premis perniagaan kekal dan sementara.
5.6.2
Menjalankan pemeriksaan secara berkala.
5.6.3
Mengeluarkan
notis
dan
denda
ketidakpatuhan
Peraturan
Pengendalian Makanan Kafeteria Universiti 2010. 5.6.4
Menetapkan gred kebersihan perniagaan.
5.6.5
Menyediakan laporan kebersihan kepada JKPPK dan pengurusan Universiti untuk tujuan penyambungan / penamatan kontrak / berdasarkan keperluan semasa.
5.7
Pejabat Pentadbiran Harta Bina
Tanggungjawab :-
5.7.1
Meluluskan dan mengurus penggunaan ruang dewan serbaguna dan penginapan rumah tamu Universiti dibawah seliaan pengurusan Pejabat Pentadbiran Harta Bina
5.7.2
Meluluskan dan mengurus permohonan peralatan dan kelengkapan untuk Kemudahan.
5.7.3
Menyediakan laporan penggunaan Kemudahan kepada JKPPK.
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
6
5.8
Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar (P2P) & Hal Ehwal Pelajar
Tanggungjawab :5.8.1
Memantau aktiviti penggunaan ruang dan kemudahan perniagaan oleh pelajar
5.8.2
Mengurus dan memantau sewaan penginapan kolej kediaman, dewan, rumah tamu dibawah seliaan kolej kediaman.
5.8.3
Memajukan sebarang permohonan sewaan premis dan aktiviti perniagaan kepada JKPPK untuk semakan dan kelulusan.
5.8.4
5.9
Menyediakan laporan hasil sewaan premis kepada JKPPK.
Pusat Sukan
Tanggungjawab :-
5.9.1
Menguruskan permohonan kemudahan sukan.
5.9.2
Mengeluarkan sebutharga permohonan sewaan kemudahan sukan.
5.9.3
Memantau pembayaran sewaan kemudahan sukan.
5.9.4
Menyediakan laporan hasil sewaan kemudahan sukan kepada JKPPK.
6.0
KATEGORI SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN DAN KEMUDAHAN
6.1
Sewaan secara kontrak 6.1.1
Kafeteria/ Kantin – Perniagaan makanan dan minuman di kolej kediaman dan premis yang disediakan.
6.1.2
Dobi – Perkhidmatan mencuci pakaian di kolej kediaman.
6.1.3
Mesin layan diri – Perkhidmatan seperti mesin jualan air, mesin kad prabayar dan lain – lain mesin yang seumpamanya.
6.1.4
Kiosk Tetap – Gerai tetap yang memberi perkhidmatan jualan barang kering dan basah di perhentian bas, Pusat Khidmat Pelajar dan kolej kediaman.
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
7
6.1.5
Kiosk Bergerak – Gerai mudah alih yang memberi perkhidmatan jualan barang kering dan basah di Pusat Niaga Siswa, Kolej Kediaman, Fakulti dan sekitar kawasan Universiti.
6.1.6
Lain – lain ruang dan kemudahan yang diluluskan oleh JKPPK atau Universiti.
6.2
Sewaan secara bermusim
6.2.1
Tapak Pameran dan Jualan – Ruang pameran untuk disewa oleh agensi luar untuk tempoh tidak melebihi 5 hari di Pusat Niaga Siswa, Arked, Dataran Anggerik, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Fakulti – Fakulti dan lain – lain ruang yang dibenarkan oleh JKPPK atau universiti.
6.2.2
Kemudahan Latihan - bilik seminar / kuliah, dewan dan lain-lain yang terdapat di Universiti seperti di Lampiran 1
6.2.3
Lain – lain ruang dan kemudahan yang diluluskan oleh JKPPK atau Universiti secara bermusim.
7.0
TATACARA SEWAAN SECARA KONTRAK DAN BERMUSIM
7.1
Kadar Sewa
7.1.1
Kadar sewa bagi premis perniagaan dan kemudahan ditetapkan melalui penilaian JKPPK dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah Universiti.
7.1.2
Kadar sewa bagi premis perniagaan dan kemudahan sebagaimana yang diluluskan oleh Universiti seperti di Lampiran 1.
7.2
Pengecualian dan Pengurangan (Diskaun)
7.2.1
Kadar untuk Badan Kerajaan dan Badan Berkanun –10% potongan dari kadar penuh. Potongan 10% ini sebagaimana yang dilaksanakan di sektor perhotelan.
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
8
7.3
Permohonan dan Kelulusan Sewaan
7.3.1
Semua borang permohonan sewaan boleh didapati di kaunter Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, Pusat Sukan, dan kolej kediaman kecuali sewaan berkontrak untuk kafetaria/kantin hendaklah diperolehi dari Pejabat Bendahari.
7.3.2
Semua urusan permohonan sewaan hendaklah dibuat dalam waktu pejabat sahaja: Ahad - Rabu :
8.30 pagi – 1.00 petang 2.00 petang – 5.00 petang
Khamis
:
8.30 pagi – 1.00 petang 2.00 petang – 3.30 petang
7.3.3
Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada PTj yang berkaitan selewat-lewatnya empat belas (14)
hari
waktu
bekerja
sebelum
tarikh
penggunaan
bagi
memudahkan proses pengurusan tempahan.
7.3.4
Bagi permohonan sewaan kantin/kafetaria proses permohonan adalah melalui sebut harga yang diuruskan oleh Pejabat Bendahari.
7.3.5
Kelulusan permohonan sewaan ruang dan kemudahan adalah tertakluk kepada takwim akademik universiti.
7.3.6
Setelah pembayaran dijelaskan, PTj yang bertanggungjawab akan menguruskan tempahan termasuk memaklumkan kepada pihak – pihak yang berkepentingan.
7.4
Tempoh Penyewaan
7.4.1
Tempoh penyewaan hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam borang permohonan sewaan.
7.4.2
Bayaran balik tidak akan dibuat kepada penyewa yang menamatkan tempoh sewaan lebih awal daripada tempoh yang dinyatakan.
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
9
7.4.3
Masa yang digunakan untuk persiapan awal adalah termasuk dalam tempoh penyewaan.
7.5
Perlanjutan Tempoh Permohonan
7.5.1
Sebarang
perlanjutan
tempoh
selepas
permohonan
diluluskan
hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada PTj yang terlibat dalam masa lima (5) hari waktu bekerja sebelum tarikh sewaan dan tertakluk kepada kekosongan yang ada pada masa tersebut.
7.6
Perubahan Permohonan
7.6.1
Sebarang
perubahan
tarikh
selepas
permohonan
diluluskan
hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada PTj yang terlibat dalam masa lima (5) hari waktu bekerja sebelum tarikh sewa baru dan tertakluk kepada kekosongan yang ada pada masa tersebut. 7.7
Pembatalan Tempahan
7.7.1
Sebarang pembatalan selepas permohonan diluluskan hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada PTj yang terlibat dalam masa sekurang-kurangnya lima (5) hari waktu bekerja sebelum tarikh penggunaan.
7.7.2
Pemulangan pembayaran sewaan ruang hanya boleh dituntut sekiranya pembatalan dibuat sekurang-kurangnya lima (5) hari waktu bekerja sebelum tarikh penggunaan.
7.8
Pembayaran
7.8.1
Penyewa hendaklah membayar kepada Universiti dengan bayaran penuh, selewat-lewatnya tiga (3) hari waktu bekerja sebelum tarikh penggunaan. Sekiranya pembayaran tidak dibuat dalam tempoh tersebut, pihak Universiti berhak untuk membatalkan tempahan tanpa sebarang notis kepada pemohon.
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
10
7.8.2
Kaedah bayaran adalah seperti berikut:
7.8.2.1 Secara tunai di kaunter Pejabat Bendahari atau, 7.8.2.2 Cek
berpalang
Akaun
Penerima
Sahaja
atas
nama
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA di Kaunter Bayaran, Pejabat Bendahari Universiti atau, 7.8.2.3 Pesanan Tempatan (L/O) bagi penyewa kerajaan atau, 7.8.2.4 Bayaran atas talian ke akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad cawangan Universiti, nombor akaun - 01070000001716 (perlu disertakan resit pembayaran atau bayaran tidak diterima sekiranya bukti pembayaran tidak disertakan)
7.9
Penggunaan Premis Perniagaan dan Kemudahan
7.9.1
Waktu penggunaan ruang/tempat adalah seperti berikut:Ahad - Sabtu :
8.00 pagi – 11.00 malam
* Kecuali ruang Perpustakaan sehingga 10.00 malam 7.10
Carta Alir Proses Permohonan 7.10.1 Sila Rujuk Lampiran 2
8.0
HAK-HAK UNIVERSITI 8.1
Universiti berhak untuk menerima atau menolak sesuatu permohonan sewaan.
8.2
Universiti
berhak mengenakan sebarang peraturan tambahan berhubung
penyewaan ruang dan kemudahan dari semasa ke semasa sekiranya difikirkan perlu.
8.3
Universiti berhak membatalkan program yang dijalankan sekiranya pihak penyewa melanggar syarat-syarat garis panduan ini dan peraturan – peraturan lain yang berkuat kuasa di Universiti.
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
11
8.4
Universiti berhak menyenarai hitamkan pihak penyewa yang telah didapati melanggar syarat – syarat garis panduan ini dan peraturan – peraturan lain yang berkuat kuasa di Universiti.
8.5
Universiti berhak untuk mengambil gambar atau membuat rakaman audio visual program yang dijalankan dengan tujuan untuk simpanan/dokumentasi dan bukan untuk tujuan dagangan.
8.6
Universiti atau pegawai yang bertugas berhak membuat pemeriksaan semasa program sedang dijalankan.
9.0
TANGGUNGJAWAB PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT
9.1
Tanggungjawab Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
9.1.1
Universiti akan menyediakan premis perniagaan dan kemudahan seperti yang dimohon.
9.1.2
Universiti bertanggungjawab memberi akses kepada penyewa premis perniagaan dan kemudahan mengikut tempoh yang telah diluluskan selagi penyewa mematuhi peraturan – peraturan yang berkuat kuasa di Universiti.
9.2
Tanggungjawab Penyewa
9.2.1
Penyewa perlu menjelaskan bayaran sepertimana yang telah ditetapkan.
9.2.2
Penyewa bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh penyewaan.
9.2.3
Penyewa
adalah
bertanggungjawab
sepenuhnya
ke
atas
kerosakan, kemusnahan dan kehilangan peralatan milik Universiti akibat kecuaiannya sepanjang tempoh penyewaan. 9.2.4
Penyewa tidak dibenarkan menambah atau mengurangkan sebarang peralatan teknikal sedia ada di ruang/tempat yang disewa. Sebarang penambahan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Universiti.
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
12
9.2.5
Penyewa boleh dengan persetujuan Universiti membawa perabot atau kelengkapan lain milik penyewa selain daripada yang disediakan oleh Universiti.
9.2.6
Penyewa adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan di semua bahagian ruang/tempat yang digunakan sepanjang tempoh sewaan dan perlu membawa keluar semua sampah atau segala terbitan sisa dari premis perniagaan dan kemudahan Universiti.
9.2.7
Penyewa tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja/aktiviti yang boleh menyebabkan kecacatan atau perubahan kekal kepada struktur atau rupa fizikal ruang dan kemudahan yang disewa.
9.2.8
Penyewa
tidak
dibenarkan
menampal/melekat/menggantung
bahan-bahan hebahan seperti banner, bunting, poster, brosur atau gambar di dalam kawasan Universiti melainkan setelah mendapat kelulusan bertulis daripada Universiti. 9.2.9
Penyewa hendaklah menyediakan urusetia program sendiri untuk semua aktiviti yang berlangsung sepanjang tempoh sewaan.
9.2.10
Penyewa hendaklah mematuhi had masa yang ditetapkan oleh Universiti.
9.2.11
Penyewa dikehendaki mengeluarkan segala peralatan kepunyaan sendiri daripada ruang sewaan serta merta selepas tamat tempoh sewaan.
10.0
SYARAT-SYARAT AM
10.1
Aktiviti yang dijalankan oleh pihak penyewa hendaklah:
10.1.1
Tidak
bertentangan
dengan
undang-undang
negara,
perlembagaan dan peraturan Universiti. 10.1.2
Tidak akan mencemarkan imej dan nama baik Universiti sebagai institusi pengajian tinggi.
10.2
Setiap persembahan/pertunjukan/majlis yang memerlukan surat kelulusan atau permit daripada pihak Polis Diraja Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa, perlulah dikemukakan salinan permit tersebut kepada Universiti dan dipamerkan di pintu masuk premis perniagaan dan kemudahan yang disewa.
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13
10.3
Semua kawasan dalam Universiti adalah kawasan larangan merokok.
10.4
Makan dan minum dalam apa jua bentuk sekalipun adalah tidak dibenarkan di dalam ruang yang disewa melainkan di tempat yang dikhaskan.
10.5
Minuman keras dan makanan yang tidak halal adalah dilarang sama sekali.
10.6
Sebarang aktiviti jualan semasa tempoh sewaan hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu semasa permohonan dibuat.
10.7
Penyewa disyorkan memilih pembekal makanan daripada senarai yang disediakan oleh pihak Universiti. Bayaran penyediaan makanan boleh dibuat secara langsung kepada pihak pembekal.
10.8
Penyewa tidak dibenarkan menyewakan premis perniagaan dan kemudahan yang telah diluluskan kepada pihak lain.
10.9
Penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan dan minuman adalah dilarang di Universiti.
11.0
PENGECUALIAN Pengecualian kepada peruntukan garis panduan ini hendaklah mendapat kelulusan Naib Canselor.
12.0
PEMAKAIAN Garis Panduan ini adalah terpakai di Universiti sahaja
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
14
LAMPIRAN 1 KADAR SEWAAN RUANG DAN KEMUDAHAN DI UTHM 1. PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA)
BIL 1
2
3
4
5
KOD
RUANG / KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN
KEGUNAAN
LOKASI
KAPASITI
KADAR SEWA (RM) 1/2 HARI
1 HARI
KULIAH
Dewan Kuliah 1
Perpustakaan, UTHM
250
500
800
Dewan Kuliah 2 , 3 & 4
Perpustakaan, UTHM
150
300
500
Bilik Tutorial 1, 5, 6, 7, 8, 9 & 10
Perpustakaan, UTHM
80
150
250
Dewan Kuliah 6 & 7
Blok B1
120
200
350
Dewan Kuliah 8
Blok B1
60
130
260
Bilik Kuliah 17, 20, 21, 22, 23, 24, 27, & 28
Blok B1
60
130
260
Dewan Kuliah 1 & 3
Blok B1
150
300
500
Dewan Kuliah 2
Blok B1
250
500
800
BS A1, A2, A3, A4, A5 & A6
Blok B6
60
130
260
Bilik Seminar B1 & B2
Blok B6
120
200
350
Bilik Seminar C1 & C2
Blok B6
120
200
350
Blok B7
80
150
250
BLOK B1
BLOK B2
BLOK B6
BLOK B7
KULIAH
KULIAH
KULIAH
KULIAH
Bilik Kuliah 1 & 2
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
15
6
BLOK B8
KULIAH
Bilik Teater 1 & 2 7
8
9
Blok B8
150
300
500
Bilik Kuliah 32 (E15-1)
Blok B15
80
150
250
Bilik Kuliah 33 (E15-2)
Blok B15
80
150
250
Bilik Kuliah 34 (E15-3)
Blok B15
80
150
250
Bilik Kuliah B1, B2, B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9 & B10
Blok G3
80
150
250
Bilik Kuliah E1, E2, E3, E4, E5, E6, E7, E8, E9 & E10
Blok G3
80
150
250
Bilik Perbincangan 1 & 2
Blok G3
80
150
250
Dewan Kuliah A
Blok G3
500
800
1600
Dewan Kuliah C & F
Blok G3
250
500
800
Dewan Kuliah D & G
Blok G3
150
300
500
BLOK B15
BLOK G3
DEWAN PEPERIKSAAN
KULIAH
KULIAH
KULIAH
·
Aras Atas
Dewan Peperiksaan
650
-
-
·
Aras Bawah
Dewan Peperiksaan
350
-
-
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
16
1. PEJABAT PEMBANGUNAN PENGURUSAN HARTA BINA (PPH) (ASET/KELENGKAPAN: P.A Sistem /LCD Projekter/ Layar Putih /Rostrum/ Pentas/ Berhawa Dingin / Wi-fi/ LED TV/ Kipas dinding) KADAR SEWA ( RM) BIL
KOD
1
RUANG / KEMUDAHAN
KEGUNAAN
LOKASI
KAPASITI
1/2 HARI
1 HARI
BLOK UTAMA A1
Dewan Tunku Mahkota Ismail (DTMI)
Acara Majlis / Seminar / Bengkel / Ceramah / Ruang Makan
Blok A1, Area DTMI
1000
2500
4000
A1
Dewan 1
RUANG MAKAN VIP
Blok A1, Area DTMI
80
600
1000
A1
Dewan 2
Acara Majlis / Seminar / Bengkel / Ceramah / Ruang Makan
Blok A1, Area DTMI
120
250
400
A1
Dewan 3
Acara Majlis / Seminar / Bengkel / Ceramah / Ruang Makan
Blok A1, Area DTMI
300
300
500
A1
Dewan 4
Acara Majlis / Seminar / Bengkel / Ceramah / Ruang Makan
Blok A1, Area DTMI
120
250
400
A1
Dewan 5
Acara Majlis / Seminar / Bengkel / Ceramah / Ruang Makan
Blok A1, Area DTMI
300
300
500
A1
Dewan Terbuka
Acara Majlis / Pameran / Jualan / Ruang Makan
Blok A1, Area DTMI
800
450
800
A1
Dataran Anggerik
Acara Majlis / Pameran / Jualan / Ruang Makan
Blok A1, Area DTMI
120
150
250
Padang Kawad
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
1,500 ( siang shj) 2,000 ( pagi -malam)
17
2. PUSAT ISLAM (ASET/ KELENGKAPAN: Kerusi/ Meja ) BIL
KOD
RUANG / KEMUDAHAN
KEGUNAAN
LOKASI
KAPASITI
KADAR SEWA ( RM) 1/2 HARI
1 HARI
1
Dewan Seminar Al-Farabi
SEMINAR / KULIAH
MASJID UTHM
250
150
400
2
Dewan Jamuan
SEMINAR / KULIAH
MASJID UTHM
300
200
300
3
Bilik Fardu Ain
SEMINAR / KULIAH
MASJID UTHM
30
30
100
4
Bilik Mesyuarat As-Syafie
SEMINAR / KULIAH
MASJID UTHM
25
150
5
Bilik Perbincangan Pusat Islam
SEMINAR / KULIAH
MASJID UTHM
10
80
6
Rumah Tamu Pusat Islam
MASJID UTHM
4
120
7
Masjid UTHM
MASJID UTHM
3000
1000
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
18
3. PERPUSTAKAAN
BIL
1
2
RUANG / KEMUDAHAN
Bilik Perbincangan Hikmah
Bilik Perbincangan Eksplora
LOKASI
KAPASITI
ASET / KELENGKAP
KADAR SEWA (RM) 1/2 HARI
1 HARI
50
70
60
100
80
120
Perpustakaan Aras 2 & 3 (15 Bilik)
6 org / per bilik
Perpustakaan Aras 2 & 3 (5 Bilik)
5 org / per bilik
PC 1 Unit / LCD 1 Unit
Perpustakaan Aras 2 & 3 (15 Bilik)
10 org / per bilik
PC 1 Unit
Perpustakaan Aras 2 & 3 (5 Bilik)
10 org / per bilik
PC 1 Unit / LCD 1 Unit
70
150
600
800
600
1200
PC 1 Unit
3
Bilik Seminar Lestari 1 & 2
Perpustakaan Aras 2 & 3 (1 Bilik)
80 org / per bilik
PA Sistem 1Unit / LCD 1 Unit / Meja Banquet Bulat 10 Unit / PC 1 Unit
4
Auditorium Al - Jazari
Perpustakaan Aras 2 & 3 (1 Bilik)
150 org / per bilik
LCD 1 Unit / Theater Surround Sound System 1 Unit / PC 1 Unit
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
19
LAMPIRAN 2
CARTA ALIR PROSES
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
20
CARTA ALIR 1.0 : PROSEDUR PERMOHONAN SEWAAN RUANG UNIVERSITI SECARA BERMUSIM Pelaksana
Mula Permohonan diterima
Semak borang Permohonan yang diterima
PT (P&O)
PT (P &O)
Tidak Ya Kenalpasti ruang dipohon
PT (P&O)
Nilai Permohonan
Tidak
Ya
PP N41/Pegawai yang diturunkan kuasa
Kelulusan Serahkan surat kelulusan kepada pemohon Maklum pada Pemohon
PT (P&O)
Pemohon Pemohon membuat bayaran
Serahkan bukti pembayaran kepada PTj
Pemohon
PT (P& O) Failing sewaan kemudahan UTHM/PPK/200 – 3/6 JLD 1
Selesai
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
21
CARTA ALIR 2.0 : PROSEDUR PERMOHONAN RUANG SECARA KONTRAK (MESIN LAYAN DIRI)
Pelaksana Mula
Menghantar Kertas kerja Ke Pusat Perniagaan & Keusahawanan
Kertas kerja di bawa ke Mesyuarat JKPPKP
Kenalpasti ruang dipohon
Pengarah/ Penolong Pendaftar
Penolong Pendaftar
Penilaian Pemohon
Tidak
PT (P/O)
Penolong Pendaftar
Ya
Penolong Pendaftar
Kelulusan Pelantikan syarikat
Keluarkan surat setuju terima
Penyedian Kontrak
Penyerahan kontrak kepada syarikat yang dilantik
JK Pengurusan Permis
PT (P/O)
Bahagian Perundangan
Bahagian perundangan
Pemantauan
Failing Penyediaan Kontrak Mesin Layan Diri
Pusat Perniagaan & Keusahawanan
Selesai
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
22
CARTA ALIR 3.0 : PROSEDUR PERMOHONAN SEWAAN RUANG SECARAKONTRAK (KAFETERIA)
Pelaksana MULA
Sediakan spesifikasi sebutharga
Iklan sebutharga ruang sewaan
Penilaian sebutharga dan temubual
Pejabat Bendahari
Pejabat Bendahari
JK Penilaian di Pejabat Bendahari
Perlantikan syarikat Pejabat Bendahari Keluarkan surat setuju terima
Penyediaan Kontrak
Penyerahan Kontrak kepada syarikat yang dilantik
Bahagian Perundangan
Pejabat Bendahari/ Bahagian Perundangan
Pemantauan Pusat Perniagaan & Keusahawanan Failing Kontrak Kafateria
SELESAI
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
23
LAMPIRAN 3
BORANG PERMOHONAN
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
24
Garis Panduan Pengurusan Premis dan Kemudahan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
25