GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGGANTIAN KAD UNIVERSITI PELBAGAI GUNA (UMPC) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
PUSAT ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2014
ISI KANDUNGAN 1.0 TUJUAN ..................................................... 3 2.0 LATAR BELAKANG ......................................... 3 3.0 KAEDAH PENGGANTIAN ................................... 4 4.0 JUMLAH BAYARAN DENDA ................................ 5 5.0 KAEDAH PEMBAYARAN .................................... 6 6.0 TARIKH KUAT KUASA ...................................... 6 7.0 PENUTUP ................................................... 6 8.0 LAMPIRAN .................................................. 7
Page 2 of 10
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGGANTIAN KAD UNIVERSITI PELBAGAI GUNA (UMPC) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 1.0
TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan prosedur yang perlu dipatuhi bagi perkara-perkara seperti berikut :
2.0
i)
pengurusan penggantian UMPC; dan
ii)
maklumat bayaran denda yang dikenakan bagi penggantian UMPC baharu.
LATAR BELAKANG 2.1
UMPC merupakan kad Universiti Pelbagai guna/University Multi Purpose Card (UMPC) untuk kegunaan staf dan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai kad pengenalan diri ketika berada di dalam kawasan Universiti.
2.2
Dua penggunaan aplikasi utama UMPC ialah Aplikasi Universiti dan Aplikasi Bank (Kad ATM, MEPS CASH, E-Debit).
2.3
UMPC staf dan pelajar diuruskan secara berpusat oleh Pusat ICT semenjak tahun 2010. Menerusi pelaksanaan pemusatan ini, projek berkaitan UMPC diurus secara teratur dan terancang.
2.4
Sehubungan dengan itu, garis panduan ini disediakan untuk memperkukuh
dan
melancarkan
lagi
pelaksanaan
pengurusan
penggantian UMPC Universiti.
Page 3 of 10
3.0
KAEDAH PENGGANTIAN Panduan berikut perlu dipatuhi oleh pegawai yang bertanggungjawab semasa melaksanakan proses penggantian UMPC bagi staf dan pelajar UPSI : 3.1
Kehilangan/Kerosakan UMPC i.
Staf dan pelajar yang mengalami kehilangan atau kerosakan UMPC perlu menggantikan UMPC dengan merujuk Carta Alir Prosidur Penggantian UMPC Hilang / Rosak; dan
ii.
Jumlah bayaran denda yang dikenakan perlu merujuk item 4.0.
3.2
Pelajar Tukar Program Pengajian i.
Pelajar yang telah mendapat kelulusan untuk menukar program pengajian, boleh menggantikan UMPC dengan cetakan program pengajian yang baru dengan merujuk Carta Alir Prosidur Penggantian UMPC Pelajar Tukar Program Pengajian; dan
ii.
Jumlah bayaran denda yang dikenakan perlu merujuk item 4.0.
3.3
Staf Tamat Perkhidmatan i.
Staf yang tamat perkhidmatan perlu membatalkan kad UMPC dengan
merujuk
Carta
Alir
Prosidur
Staf
Tamat
Perkhidmatan; dan ii.
UMPC yang telah dibatalkan tidak boleh lagi digunakan untuk aplikasi Universiti, tetapi kemudahan aplikasi bank masih boleh digunakan.
Page 4 of 10
4.0
JUMLAH BAYARAN DENDA 4.1
Kadar bayaran denda bagi penggantian UMPC staf untuk kali pertama sepanjang tempoh perkhidmatan ialah sebanyak RM 10.00. Kadar bayaran denda bagi penggantian UMPC pelajar untuk kali pertama sepanjang tempoh pengajian ialah sebanyak RM30.00;
4.2
Manakala kadar bayaran denda bagi penggantian UMPC staf yang berikutnya ialah sebanyak RM20.00 dan kadar bayaran denda bagi penggantian UMPC pelajar yang berikutnya ialah sebanyak RM50.00;
4.3
Pengiraan bilangan penggantian UMPC staf dan pelajar bagi item 4.1 dan item 4.2 dikecualikan bagi kes-kes seperti berikut : 4.3.1 Kehilangan atau kerosakan UMPC staf dan pelajar disebabkan bencana alam, kebakaran, ragut, kecurian dan kemalangan; dan 4.3.2 Kehilangan atau kerosakan UMPC staf dan pelajar yang telah dikeluarkan sama atau lebih daripada tempoh 5 tahun (>= 5 tahun).
4.4
Kehilangan atau kerosakan disebabkan bencana alam, kebakaran, ragut, kecurian dan kemalangan i.
Perlu menyerahkan laporan polis, surat akuan atau dokumen sokongan (yang disahkan oleh pegawai berkaitan atau ketua kampung/penghulu/pegawai
daerah)
untuk
mengesahkan
punca kehilangan atau kerosakan UMPC; dan ii.
Staf dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk penggantian manakala pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM30 untuk penggantian.
4.5
Kerosakan UMPC staf yang dikeluarkan sama atau lebih daripada tempoh 5 tahun (>= 5 tahun) i.
UMPC staf akan digantikan tanpa sebarang bayaran sekiranya staf membuat permohonan penggantian; dan
ii.
Staf wajib mengambil gambar untuk cetakan UMPC baharu.
Page 5 of 10
4.6
Kerosakan UMPC pelajar yang dikeluarkan sama atau lebih daripada tempoh 5 tahun (>= 5 tahun) i.
UMPC pelajar akan digantikan dengan dikenakan bayaran sebanyak RM30 sekiranya pelajar membuat permohonan penggantian; dan
ii.
pelajar wajib mengambil gambar untuk cetakan UMPC baharu.
4.7
Kerosakan fungsi aplikasi bank i.
UMPC yang mengalami kerosakan fungsi aplikasi bank dikategorikan sebagai UMPC yang rosak; dan
ii.
Staf dan pelajar dibenarkan untuk tidak menggantikan UMPC dan boleh memohon kepada pihak Bank Islam untuk mendapatkan kad bank yang baru. Staf dan pelajar perlu menanggung kos yang dikenakan oleh pihak bank sekiranya ada.
5.0
KAEDAH PEMBAYARAN Semua pembayaran denda penggantian UMPC staf dan pelajar boleh dibuat di Pusat ICT.
6.0
TARIKH KUAT KUASA Garis panduan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan
7.0
PENUTUP UMPC merupakan kad pengenalan identiti bagi setiap individu sebagai staf atau pelajar di dalam kampus dan perlu berfungsi dengan baik sepanjang masa. Semoga panduan ini dapat memberi kefahaman kepada warga UPSI bagi memudah dan mempercepatkan lagi proses penggantian UMPC.
Page 6 of 10
8.0
LAMPIRAN
Lampiran 1 : Carta Alir Prosidur Penggantian UMPC Rosak / Hilang (Staf)
*** Kerosakan disebabkan bencana alam, kebakaran, ragut, kecurian dan kemalangan
Page 7 of 10
Lampiran 2 : Carta Alir Prosidur Penggantian UMPC Rosak / Hilang (Pelajar)
*** Kerosakan disebabkan bencana alam, kebakaran, ragut, kecurian dan kemalangan
Page 8 of 10
Lampiran 3 : Carta Alir Prosidur Penggantian UMPC Pelajar Tukar Program Pengajian
Page 9 of 10
Lampiran 4 : Carta Alir Prosidur Staf Tamat Perkhidmatan
Page 10 of 10