GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN MALAYSIA TEL : +603 – 8946 1242/1633 FAKS : +603 – 8945 1673
GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ________________________________________________________________ 1. TUJUAN Garis Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik, Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) dan Siswazah Penyelidik ini adalah untuk diterimapakai dalam urusan pelantikan bagi perkhidmatan tersebut di atas di Universiti Putra Malaysia. 2. TAKRIF 2.1 Penolong Penyelidik
: Merujuk kepada individu yang dilantik secara rasmi bagi menjalankan penyelidikan, pengumpulan data, mengurus peralatan penyelidikan dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan projek penyelidikan penyelia.
2.2 Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan)
: Merujuk kepada individu yang dilantik secara rasmi bagi membantu dalam operasi pentadbiran sesebuah pusat penyelidikan (RC) / PusatTanggungjawab seperti menguruskan perkara berkaitan surat menyurat, sistem rekod dan fail, urusan kewangan, dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan pentadbiran penyelidikan.
2.3 Siswazah Penyelidik Fellowship Penyelidik Siswazah (GRF) Fellowship Penyelidik Siswazah Antarabangsa (IGRF) Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) Pembantu Penyelidik Siswazah Khas (SGRA)
: Merujuk kepada pelajar ijazah yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Putra Malaysia yang dilantik secara rasmi (dengan dibayar elaun) bagi membantu penyelidik dalam projek penyelidikan dan aktiviti penyelidikan yang dijalankan.
3. SYARAT LANTIKAN CALON Syarat lantikan calon adalah sepertimana yang dinyatakan bagi setiap jawatan:
1/10
JAWATAN
KELAYAKAN
Penolong Penyelidik
Calon yang dilantik hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dengan CGPA tidak kurang daripada 3.00 bagi bidang sains sosial atau 2.75 bagi bidang sains dan teknologi atau kelayakan lain yang setaraf dengannya.
Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan)
Calon yang dilantik hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dengan lima (5) kepujian termasuk Bahasa Malaysia atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya dua (2) gred C dalam matapelajaran yang berkaitan dan lulus Pengajian Am atau Diploma dengan CGPA tidak kurang daripada 3.00 atau kelayakan lain yang setaraf dengannya.
Siswazah Penyelidik
Calon yang dilantik hendaklah dari kalangan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana atau PhD di Universiti Putra Malaysia dengan ketetapan syarat seperti di Lampiran A.
4. TARAF PELANTIKAN 4.1
Bagi jawatan Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan), pelantikan adalah bertaraf kontrak secara sepenuh masa, dan permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun, permohonan dari kalangan bukan warganegara adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh penaja geran.
4.2
Bagi lantikan Siswazah Penyelidik, pelantikan adalah bertaraf kontrak dan permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara. Walau bagaimanapun, permohonan dari kalangan bukan warganegara adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh penaja geran.
4.3
Mana-mana calon yang dilantik ke jawatan Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) tidak dibenarkan menyambung pengajian sepanjang tempoh pelantikan tersebut kerana taraf pelantikan adalah secara sepenuh masa.
4.4
Universiti tidak berkewajipan untuk melantik calon Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) ke jawatan tetap.
2/10
5. TEMPOH PELANTIKAN Tempoh pelantikan bagi Penolong Penyelidik, Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) dan Siswazah Penyelidik adalah seperti berikut: 5.1
Bagi lantikan Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan), tempoh pelantikan hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan tetapi tidak melebihi 12 bulan pada satu-satu masa.
5.2
Bagi lantikan Siswazah Penyelidik, tempoh lantikan adalah mengikut lantikan seperti berikut: 5.2.1 GRF dan GRA: Tempoh minimum pelantikan pelajar Master dan PhD ialah satu (1) semester, manakala tempoh maksimum pelantikan ialah pengajian pelajar hendaklah tidak melebihi empat (4) semester bagi pelajar Master dan enam (6) semester bagi pelajar PhD. 5.2.2 IGRF: Tempoh maksimum pelantikan pelajar PhD ialah empat (4) semester. 5.2.3 SGRA: Tempoh maksimum pelantikan ialah satu (1) semester dan tempoh pelantikan dibuka sepanjang semester.
5.3
Pelanjutan tempoh pelantikan Siswazah Penyelidik boleh dipertimbangkan tertakluk kepada: 5.3.1 Prestasi perkhidmatan memuaskan dan diperakukan oleh Ketua Penyelidik / Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang mana berkenaan. 5.3.2 Peruntukan geran penyelidikan mencukupi bagi tujuan pembayaran elaun, kemudahan dan faedah yang berkaitan. Nota: Geran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia hanya membenarkan lantikan calon dari kalangan warganegara Malaysia sahaja.
6.
GAJI / ELAUN SARA HIDUP
LANTIKAN
KELAYAKAN
GAJI / ELAUN
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
Julat Gaji/bulan : Penolong Penyelidik
Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana PhD
RM 1,200.00 – RM 2,520.00 RM 1,800.00 – RM 4,140.00 RM 2,500.00 – RM 6,500.00
RM 120 RM 180 RM 250
3/10
LANTIKAN
KELAYAKAN
GAJI / ELAUN
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
Julat Gaji/bulan: Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan )
SPM / STPM / Diploma
RM 900.00 – RM 1,800.00
RM 90
Julat Elaun/bulan: Siswazah Penyelidik
GRF IGRF GRA
Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Masters/PhD)
Masters: RM 1,500.00 dan pengecualian yuran pelajaran
Tidak berkaitan
PhD: RM 1,800.00 dan pengecualian yuran pelajaran Julat Elaun/bulan:
Siswazah Penyelidik
SGRA
Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Masters/PhD)
Masters: RM 1,500.00 dan tiada pengecualian yuran pelajaran
Tidak berkaitan
PhD: RM 1,800.00 dan tiada pengecualian yuran pelajaran
Nota Penting: 1. Tawaran pelantikan Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) hendaklah berdasarkan gaji permulaan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun penetapan gaji permulaan yang berbeza adalah berdasarkan tahun pengalaman dalam bidang yang sama dan dalam kelayakan yang sama, atau mengikut baki peruntukan geran yang ada. 2. Bagi lantikan Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan), penyandang boleh dipertimbangkan pembaharuan kontrak dan layak dipertimbangkan kenaikan gaji / elaun dengan syarat tidak melebihi had maksimum gaji yang ditetapkan seperti jadual di atas atau kadar siling yang ditetapkan dalam garis panduan pihak penaja, yang mana berkenaan tertakluk kepada:
Calon menunjukkan prestasi yang cemerlang dan telah mencapai KPI yang telah ditetapkan; dan
Peruntukan geran penyelidikan penyelidik adalah mencukupi.
4/10
3. Pembayaran gaji / elaun bulanan adalah tertakluk pegawai mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan dan KPI yang ditetapkan. 4. Calon yang dilantik tidak boleh dibayar sebarang honorarium sebagai tambahan kepada gaji / elaun sedia ada. 5. Bagi lantikan Siswazah Penyelidik GRA dan SGRA, calon yang dilantik boleh dipertimbangkan elaun bulanan yang lebih tinggi tertakluk kepada persetujuan penyelia, jumlah peruntukan geran dan kadar siling yang ditetapkan dalam garis panduan pihak penaja.
7.
KOS OPERASI Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan kos operasi bagi tujuan pengambilan ke pelantikan ini bagi tempoh yang dicadangkan adalah mencukupi.
8.
FAEDAH DAN KEMUDAHAN Kemudahan dan faedah yang diberikan adalah sepertimana yang dinyatakan:
Perkara Perubatan
Cuti Rehat
Penolong Penyelidik dan Pembantu Projek (Pentadbiran Penyelidikan) Kemudahan perubatan untuk diri sendiri yang merangkumi rawatan perubatan / pergigian di PKU sahaja atas kadar tidak melebihi RM 600.00 setahun (Pro-rata RM 50.00 sebulan). Had maksimum bayaran rawatan pergigian adalah RM 300.00 setahun dan ini termasuk dalam kadar RM 600.00 yang layak diterima. Tuntutan bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan resit asal bayaran perubatan kepada pegawai kewangan di Zon dengan mengemukakan borang yang disediakan dan perlu mendapat pengesahan atau perakuan Ketua Penyelidikan / PTJ.
Siswazah Penyelidik Kemudahan perubatan untuk diri sendiri disediakan di Pusat Kesihatan UPM / mengikut kelayakan pelajar.
Mengikut kadar 14 hari setahun
Cuti Sakit
Mengikut kadar lima (5) hari setahun
Tidak berkaitan
Tuntutan Perjalanan KWSP
Mengikut syarat dan kadar yang terpakai di Universiti Putra Malaysia Mengikut syarat dan kadar yang berkuatkuasa semasa (warganegara sahaja) Mengikut syarat dan kadar yang berkuatkuasa semasa (warganegara sahaja) Mengikut syarat dan kadar yang berkuatkuasa semasa berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967
Tidak berkaitan
SOCSO Cukai Pendapatan
Tidak berkaitan Tidak berkaitan Tidak berkaitan
5/10
Penolong Penyelidik dan Pembantu Projek (Pentadbiran Penyelidikan) Tidak berkaitan
Perkara Ganjaran Bonus
Tidak berkaitan
Lain-lain Insentif Yuran Pelajaran
Tidak berkaitan Tidak berkaitan
Siswazah Penyelidik
Pengecualian yuran pelajaran kecuali SGRA
Nota Penting: 1. Kos rawatan perubatan atau pergigian, caruman KWSP / SOCSO dan tuntutan perjalanan (mana berkenaan) bagi Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) akan dicaj daripada peruntukan geran penyelidikan yang berkaitan. 2. Pegawai yang dilantik dari kalangan bukan warganegara hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh pihak Universiti dan Kerajaan Malaysia.
9.
PRESTASI UTAMA / KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) KPI bagi lantikan Penolong Penyelidik, Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) dan Siswazah Penyelidik ditunjukkan seperti dalam Lampiran B.
10. PROSES LANTIKAN 10.1 Permohonan Pelantikan 10.1.1
Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) a)
Permohonan untuk melantik calon hendaklah dikemukakan oleh Ketua Penyelidik Projek / Penyelidik Utama melalui Timbalan Dekan (Penyelidikan) / Pengarah kepada Bahagian Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) untuk kelulusan pelantikan dengan mengemukakan: Skim Penolong Penyelidik / Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan)
Dokumen Borang permohonan Salinan Kad Pengenalan / Pasport Ringkasan Biodata Diri (CV) Salinan sijil akademik termasuk transkrip akademik Skop tugas yang dipertanggungjawabkan beserta milestone aktiviti kajian penyelidikan yang dijalankan
b) Kelulusan pelantikan oleh Jawatankuasa Pemilih (Penyelidikan) yang bersidang setiap bulan.
6/10
10.1.2
Siswazah Penyelidik a)
Permohonan untuk melantik calon hendaklah dikemukakan oleh Ketua Penyelidik Projek / Penyelidik Utama melalui Timbalan Dekan (Penyelidikan) / Pengarah kepada Sekolah Pengajian Siswazah untuk kelulusan dengan mengemukakan: Skim GRF
Dokumen Borang permohonan Salinan Kad Pengenalan Salinan surat tawaran pengajian / Keputusan semester terkini Kertas penerbitan (jika ada) Salinan surat tawaran MyBrain 15 (MyMaster) / Salinan Permohonan MyBrain 15 (My Master/MyPhD) Salinan keputusan akhir / transkrip peringkat Bacelor/Masters
IGRF
GRA
Borang permohonan Salinan surat kelulusan geran penyelia Surat pengesahan daripada Ketua Projek Penyelidikan berkenaan tarikh peruntukan projek penyelidikan tersebut dijangka akan diterima.
SGRA
Borang permohonan Salinan surat kelulusan geran penyelia Surat pengesahan daripada Ketua Projek Penyelidikan berkenaan tarikh peruntukan projek penyelidikan tersebut dijangka akan diterima.
Borang permohonan Salinan Pasport Salinan keputusan TOEFL / IELTS Surat dari kedutaan pelajar bahawa pemohon tidak menerima sebarang bantuan kewangan / biasiswa / pendapatan daripada mana-mana agensi atau kerajaan Kertas penerbitan (penerbitan mestilah “affiliation” dengan UPM)
b) Kelulusan pelantikan oleh Jawatankuasa Pemilih Biasiswa (Siswazah) yang bersidang setiap semester bagi lantikan GRF / IGRF dan GRA. 10.2 Surat Tawaran 10.2.1
Surat tawaran pelantikan ditandatangani oleh (wakil Pendaftar) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bagi jawatan Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) dan (wakil Pendaftar) Sekolah Pengajian Siswazah bagi lantikan Siswazah Penyelidik dan disalinkan mengikut butiran berikut:
7/10
10.2.2
Skim
Salinan Kepada
Penolong Penyelidik / Pembantu Penyelidik (Siswazah Penyelidikan)
Bendahari Ketua Projek Ketua PTJ Fail Projek Pengarah RMC
Siswazah Penyelidik
Bendahari Ketua Projek Ketua PTJ Pengarah RMC Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Surat tawaran pelantikan kepada calon perlu mengandungi perkara perkara berikut: i) ii) iii) iv) v) vi)
Nama jawatan / lantikan yang ditawarkan Taraf pelantikan Tempoh pelantikan Gaji / Elaun yang ditawarkan Nama projek (jika berkenaan) Maklumat berkaitan dengan urusan Jabatan Imigresen Malaysia (bagi calon bukan warganegara) vii) NDA / Affiliation UPM viii) Borang penerimaan lantikan ix) Pengesahan lapor diri 10.2.3
Kenyataan berkaitan keperluan untuk menyerahkan semua maklumat dan data-data yang berkaitan dengan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab sebelum menamatkan perkhidmatan di Pusat Penyelidikan / Pusat Tanggungjawab masingmasing.
10.3 Pemberitahuan Melapor Diri Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab bagi pelantikan yang mana berkenaan perlu melaporkan tarikh calon mula bertugas kepada (wakil Pendaftar) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan (wakil Pendaftar) Sekolah Pengajian Siswazah bagi membolehkan pembayaran gaji kepada calon diuruskan. Calon bukan warganegara bagi jawatan Penolong Penyelidik perlu mengemukakan pas profesional semasa melapor diri.
8/10
11. PEMANTAUAN KPI 11.1 Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab perlu memantau KPI calon sepertimana dinyatakan dalam Perenggan 9 di atas dengan melengkapkan Borang Penilaian dan mengemukakan kepada Bahagian Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan Sekolah Pengajian Siswazah, yang mana berkaitan untuk rekod dan tindakan (jika perlu) setiap enam (6) bulan iaitu pada Jun dan Disember setiap tahun tertakluk kepada tempoh lantikan. 11.2 Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab perlu melaporkan masalah disiplin calon atau ketidakhadiran untuk bertugas oleh calon (jika ada) kepada Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) / Sekolah Pengajian Siswazah, yang mana berkaitan untuk tindakan selanjutnya. 12. PENAMATAN PERKHIDMATAN 12.1 Penamatan perkhidmatan boleh dibuat sama ada oleh calon ataupun pihak Universiti Putra Malaysia dengan memberi 14 hari notis bertulis. 12.2 Penamatan perkhidmatan ini tidak terpakai bagi Siswazah Penyelidik kerana tertakluk kepada kontrak pelantikan yang telah dipersetujui dengan pihak Sekolah Pengajian Siswazah. 12.3 Calon perlu menyerahkan: 12.3.1
Kad Pengenalan Kampus kepada Pengarah Keselamatan, Bahagian Keselamatan UPM; dan
12.3.2
Semua maklumat, data-data dan peralatan yang berkaitan dengan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab sebelum menamatkan perkhidmatan di Pusat Penyelidikan / Pusat Tanggungjawab masing-masing.
12.4 Bagi calon bukan warganegara, surat penyelesaian cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mesti diperolehi terlebih dahulu bagi maksud pembayaran gaji terakhir. 12.5 Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Projek / Penyelidik Utama / Ketua Pusat Penyelidikan / Ketua Pusat Tanggungjawab bagi pelantikan yang mana berkenaan untuk melaporkan kepada Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) / Sekolah Pengajian Siswazah, yang mana berkaitan
9/10
sekiranya terdapat calon yang tidak hadir bertugas tanpa kebenaran untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil. 13. PERKARA-PERKARA LAIN 13.1 Imigresen Calon atau Ketua Projek dikehendaki berurusan sendiri dengan Jabatan Imigresen Malaysia melalui Pejabat Antarabangsa UPM untuk mendapatkan Pas Profesional. Segala perbelanjaan yang berkaitan hendaklah ditanggung sendiri oleh calon. Walau bagaimanapun, pelantikan calon bukan warganegara tidak digalakkan kecuali jika kepakaran calon tidak diperolehi secara tempatan. 13.2 Pengeluaran Kad Kampus Surat akuan akan dikeluarkan oleh (wakil Pendaftar) Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) kepada Bahagian Keselamatan UPM untuk calon Penolong Penyelidik dan Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan) membuat Kad Pengenalan Kampus. 13.3 Syarat-syarat lain Calon MyBrain15 (MyPhD) atau calon pemegang biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana penganjur tidak boleh dilantik sebagai Siswazah Penyelidik. Sekiranya didapati ada pertindihan jawatan, tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu berkenaan. Disediakan oleh: Bahagian Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM 1 September 2015
10/10
LAMPIRAN A SYARAT LANTIKAN CALON SISWAZAH PENYELIDIK SKIM
SYARAT LANTIKAN
Fellowship Penyelidik Siswazah (GRF)
a) Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program Master atau PhD (mod penyelidikan) di UPM; b) Permohonan juga terbuka kepada semua pelajar UPM yang sedang mengikuti program Master atau PhD (mod penyelidikan). Walau bagaimanapun, mereka mestilah memenuhi syarat berikut: i)
Status pengajian calon adalah “Baik”. Pelajar yang berstatus “Menangguh” atau “Probation” tidak layak untuk memohon.
ii) Semester pengajian semasa tidak melebihi 3 semester bagi pelajar Master dan 5 semester bagi pelajar PhD (semasa permohonan dikemukakan). iii) Calon tidak mengikuti program siswazah UPM secara split programme. iv) Calon memperolehi CGPA peringkat Bacelor 3.000 ke atas bagi Kluster Sains / Teknikal dan 3.500 bagi Kluster Sastera / Sains Sosial. v) Calon telah mendapat tawaran MyMaster atau telah mengemukakan permohonan MyMaster / MyPhD. c) Permohonan juga terbuka kepada Pegawai Kerajaan / Swasta yang mendapat kebenaran Cuti Belajar tanpa Gaji. d) Pemohon mestilah tidak menerima sebarang biasiswa / bantuan kewangan / bekerja semasa permohonan dibuat atau selepas permohonan diluluskan. Sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar, semua kemudahan yang diberikan akan ditarik balik dan pelajar perlu membayar balik elaun yang telah diberikan.
1/4
LAMPIRAN A SKIM
SYARAT LANTIKAN
Fellowship Penyelidik Siswazah Antarabangsa (IGRF)
a) Permohonan adalah terbuka kepada pelajar dari kalangan bukan warganegara yang sedang mengikuti program PhD dengan memenuhi syarat-syarat berikut: i)
Calon mestilah berdaftar sebagai pelajar UPM dengan status pengajian adalah "Baik". Pelajar yang berstatus "Percubaan" atau yang telah menangguh pengajian adalah tidak layak untuk memohon.
ii) Calon hendaklah dalam pengajian di akhir semester kedua program PhD. iii) Calon tidak mengikuti program siswazah UPM secara split programme. iv) Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua artikel jurnal berwasit yang telah diterbitkan atau berstatus “accepted”. v) Calon hendaklah mempunyai satu cadangan penyelidikan. vi) Calon hendaklah mempunyai borang laporan kemajuan penasihat / penyelia. b) Pemohon hendaklah memenuhi keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut: i)
IELTS (Band 6), atau
ii) TOEFL : Skor minimum kertas ujian ialah 550; Skor minimum Ujian Komputer ialah 213; Skor minimum Ujian Internet ialah 79-80, atau iii) Lulus Program Bahasa Inggeris Tertiari (TEP) c) Pemohon mestilah tidak menerima sebarang biasiswa / bantuan kewangan / bekerja semasa permohonan dibuat atau selepas permohonan diluluskan. Sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar, semua kemudahan yang diberikan akan ditarik balik dan pelajar perlu membayar balik elaun yang telah diberikan.
2/4
LAMPIRAN A SKIM
SYARAT LANTIKAN
Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)
a) Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program Master (dengan tesis) atau PhD di UPM bagi semester pertama pengajian. b) Permohonan juga adalah terbuka kepada semua pelajar UPM yang sedang mengikuti program Master (dengan tesis) atau PhD. Walau bagaimanapun, mereka mestilah memenuhi syarat berikut: i)
Mendaftar sebagai pelajar di UPM dan status pengajian adalah “Baik”.
ii) Pelajar yang berstatus “Menangguh” atau “Percubaan” tidak layak untuk memohon. c) Setiap permohonan mestilah mendapat sokongan daripada Penasihat / Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan / atau Ketua Projek Penyelidikan dan Dekan Fakulti / Pengarah Institut. d) Biasiswa ini dibiayai oleh geran penyelidikan Penyelia / Pengerusi / Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis Pelajar. Geran penyelidikan mestilah mempunyai baki sekurang-kurangnya RM 10,000.00 setiap pelajar semasa pelantikan dibuat. e) Bagi geran penyelidikan yang baharu diluluskan atau sekiranya wang penyelidikan yang diperuntukan masih belum dimasukkan ke dalam akaun, pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut bersama dengan permohonan yang dihantar kepada pihak Sekolah Pengajian Siswazah: i)
Salinan surat kelulusan geran penyelidikan;
ii) Surat pengesahan daripada Ketua Projek Penyelidikan berkenaan tarikh jangkaan peruntukan projek penyelidikan tersebut akan diterima. f)
Bilangan semester pengajian pemohon mestilah tidak melebihi: i) Master : 4 semester ii) PhD : 6 semester
g) Pemohon mestilah tidak menerima sebarang biasiswa / bantuan kewangan / bekerja semasa permohonan dibuat atau selepas permohonan diluluskan. Sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar, semua kemudahan yang diberikan akan ditarik balik dan pelajar perlu membayar balik elaun yang telah diberikan. 3/4
LAMPIRAN A SKIM
SYARAT LANTIKAN
Pembantu Penyelidik Siswazah Khas (SGRA)
a) Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar siswazah (dengan tesis) UPM yang sedang dalam tempoh pengajian. b) Permohonan dibuka sepanjang semester dengan syarat pelajar mendaftar untuk semester tersebut. c) Setiap permohonan hendaklah mendapat sokongan daripada Penasihat / Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan / atau Ketua Projek Penyelidikan dan Dekan Fakulti / Pengarah Institut di mana geran penyelidikan tersebut diluluskan. d) Pembiayaan elaun adalah daripada geran penyelidikan Penyelia / Pengerusi / Ahli Jawatankuasa penyeliaan geran. Bilangan pelajar yang layak ditaja di bawah geran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh penaja. e) Jumlah geran penyelidikan mestilah cukup untuk membayar elaun yang akan dibayar dalam tempoh pelantikan. f)
Tempoh maksimum pelantikan ialah satu (1) semester dan tempoh pelantikan dibuka sepanjang semester.
g) Pelantikan adalah berkuatkuasa setelah surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah. Sebarang kerja yang dilakukan sebelum surat tawaran dikeluarkan tidak akan dibayar sebarang elaun.
4/4
LAMPIRAN B KPI PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRNA PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK LANTIKAN KPI
Penolong Penyelidik Bagi Kelayakan Ijazah Sarjana Muda
Menjalankan aktiviti kajian penyelidikan mengikut ‘milestone’.
Menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawab oleh Ketua Projek mengikut tempoh yang ditetapkan.
Membantu dalam menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) cadangan penyelidikan di peringkat universiti / awam / swasta / antarabangsa.
Bagi Kelayakan Ijazah Sarjana
Menjalankan aktiviti kajian penyelidikan mengikut ‘milestone’.
Menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawab oleh Ketua Projek mengikut tempoh yang ditetapkan.
Menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) cadangan penyelidikan di peringkat universiti / awam / swasta / antarabangsa.
Menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) kertas penerbitan dalam jurnal berwasit atau satu (1) penerbitan bab dalam buku.
Pembantu Projek (Pentadbiran Penyelidikan) Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan penyelidikan yang dipertanggungjawab oleh Ketua Penyelidikan / Projek / PTJ mengikut tempoh yang ditetapkan.
Siswazah Penyelidik
Menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) kertas penerbitan dalam jurnal berwasit bagi (Master) atau dua (2) kertas penerbitan dalam jurnal berwasit bagi (PhD); iaitu satu daripadanya hendaklah sebagai penulis pertama dalam tempoh pengajian selaras dengan keperluan SGS kecuali bagi lantikan Penolong Penyelidik (Projek) SGRA.
Aktiviti kajian penyelidikan yang dijalankan adalah mengikut ‘milestone’ pengajian siswazah.
Membantu dalam pengajaran / tutorial / amali / kerja makmal / penyeliaan pelajar tahun akhir dan / atau menunjuk ajar untuk tempoh tidak melebihi 4 jam seminggu bagi pelajar Master dan 6 jam seminggu bagi pelajar PhD termasuk dalam cuti semester kecuali bagi lantikan SGRA.
Menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan oleh penyelia dalam perkara yang berkaitan dengan penyelidikan dan pengajaran yang akan memberikan manfaat bersama dalam tempoh yang ditetapkan.
1/4
LAMPIRAN B
LANTIKAN
Penolong Penyelidik
Menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) pembentangan kertas kerja di seminar peringkat universiti / dalam negara / antarabangsa.
Mengendalikan atau membantu mengendalikan sekurang-kurangnya satu (1) aktiviti jaringan / rangkaian kerjasama penyelidikan di peringkat awam / swasta / antarabangsa.
Pembantu Projek (Pentadbiran Penyelidikan)
Siswazah Penyelidik
Bagi Kelayakan Ijazah PhD
Menjalankan aktiviti kajian penyelidikan mengikut ‘milestone’.
Menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawab oleh Ketua Projek mengikut tempoh yang ditetapkan.
Menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) cadangan penyelidikan di peringkat universiti / awam / swasta / antarabangsa.
Menghasilkan sekurang-kurangnya dua (2) kertas penerbitan dalam jurnal berwasit atau dua (2) penerbitan bab dalam buku.
Menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) pembentangan kertas kerja di seminar peringkat universiti / tempatan / antarabangsa.
2/4
LAMPIRAN B
LANTIKAN
Penolong Penyelidik
Pembantu Projek (Pentadbiran Penyelidikan)
Siswazah Penyelidik
Mengendalikan atau membantu mengendalikan sekurang-kurangnya satu (1) aktiviti jaringan / rangkaian kerjasama penyelidikan di peringkat awam / swasta / antarabangsa.
3/4