Garis Panduan Keperluan Perlaksanaan Projek
PERKARA
GARIS PANDUAN KEPERLUAN PERLAKSANAAN PROJEK
1. Pengenalan Secara umumnya garis panduan ini bertujuan melaksanakan dan memantapkan sesuatu projek pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak JPPHB. Selain itu garis panduan ini akan menjadi rujukan kepada semua yang terlibat dalam sesuatu projek pembangunan bagi memastikan projek tersebut itu dapat disiapkan mengikut jadual dan kos perlaksanaan projek dapat dikawalseliakan.
2. Objektif 2.1
Tujuan garis panduan ini disediakan ialah:a.
Bagi menerangkan secara terperinci tentang keperluan perlaksanaan projek.
b.
Sebagai panduan kepada semua yang mengendalikan urusan berkaitan keperluan dalam perlaksanaan projek.
c.
Bertujuan memberikan penjelasan tentang kriteria dan keperluan yang perlu dalam perlaksanaan projek pembangunan.
d.
Untuk memberi kefahaman kepada
permohon dan perlaksana dalam
memastikan tanggungjawab dan keperluan yang perlu dipenuhi dalam perlaksanaan projek.
3. Skop
3.1
Garis panduan ini merangkumi aspek yang terlibat/terkandung dalam melaksanakan kerja projek pembangunan, pembekalan, rekabentuk dan lainlain.
3.2
Garis panduan ini menyentuh beberapa aspek-aspek berikut:a.
Garis panduan bagi merancang keperluan yang perlu dipenuhi sebelum perlaksanaan projek pembangunan. 1/7
Garis Panduan Keperluan Perlaksanaan Projek
b.
Garis panduan penggunaan dan keperluan yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu projek diteruskan/diluluskan.
c.
Garis panduan penggunaan kepada sistem bahan, peralatan dan perkhidmatan yang dibekalkan.
d.
Garis panduan ini meliputi seluruh projek yang diselia oleh Bahagian Pembangunan Projek.
e.
Garis panduan ini juga merangkumi kerja-kerja rekabentuk, penyediaan spesifikasi dan jadual perancangan projek yang akan dibina.
3.3 Garis panduan ini disediakan dengan mengambil kira secara umum untuk memudahkan penyediaan dan perlaksanaan secara menyeluruh merangkumi apa juga jenis pematuhan dan pemboleh ubah yang dilaksanakan. Garis panduan ini juga disediakan supaya ianya boleh digunapakai bagi mengurus, mentadbir mengikut prosedur, peraturan, undang-undang, atau arahan dan pemantauan.
4. Proses
4.1
Sebelum merujuk kepada perlaksanan hendaklah memastikan bahawa skop keseluruhan telah di persetujui dan dipertimbangkan secara dasarnya terlebih dahulu oleh pengguna (enduser) dan Pegawai Penguasa (Timbalan Naib Canselor Pembangunan)
4.2
Setiap
Unit dan Staf Teknikal dibawah Bahagian ini mesti merujuk
kepada garis panduan ini dan memastikan maklumat/dokumen yang lengkap telah disediakan dan dikemukakan
kepada Ketua Bahagian
Pembangunan Projek/Pengarah JPPHB dan seterusnya dikemukakan ke Jawatankuasa Tetap Kewangan/Dana lain untuk kelulusan peruntukan.
2/7
Garis Panduan Keperluan Perlaksanaan Projek
4.3
Garis panduan ini tidak boleh dianggap sebagai keputusan atau kelulusan untuk projek pembinaan kerana ianya hanyalah merupakan panduan asas bagi pelaksanaan di dalam proses merancang projek pembangunan.
4.4
Keputusan berkaitan kelulusan atau penolakan oleh pihak Jawatkuasa Teknikal & Kewangan adalah muktamad.
5.0 Pematuhan Perundangan Dan Piawaian
Semua kerja pembangunan projek yang dilaksanakan oleh kakitangan bahagian pembangunan, perunding-perunding dan kontraktor yang terlibat serta bahanbahan dan peralatan yang digunakan perlu mematuhi akta, peraturan, kaedah dan piawaian terkini dari agensi-agensi berikut: a. Suruhanjaya Tenaga. b. Tenaga Nasional Berhad.(TNB) c. Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA). d. Jabatan Alam Sekitar (DOE). e. Jabatan Kerja Raya (JKR). f. Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia g. Pihak Berkuasa Tempatan.(PBT) h. Jabatan Syarikat Bekalan Air Negeri (SYABAS) i. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). j. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). k. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) l. Perkeliling / Arahan Perbendaharaan terkini m. Unit Perancang Ekonomi (EPU) n. MAMPU o. Garispanduan dan Dasar JPPHB/Universiti /Kementerian Pengajian Tinggi
3/7
Garis Panduan Keperluan Perlaksanaan Projek
6.0 Lain-lain
6.1 Garis panduan ini akan dikemaskini dan dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa mengikut kaedah keperluan, masa dan kesesuaian perkhidmatan yang akan dilaksanakan serta juga perubahan dasar atau dasar sedia ada 6.2 Garis panduan ini juga boleh dirujuk secara on-line nerusi laman web JPPHB
7.0 Prosedure Keperluan Perlaksanaan Projek
7.1 Permohonan PTj lengkap dengan keperluan ruang mengikut penggunaan terkini dan juga perbandingan ruang sediada. 7.2 Permohonan yang lengkap dengan keperluan ruang yang dijangka diperlukan dalam tempoh terdekat mengikut perancangan pembangunan penyelidikan dan pertambahan pengajian yang akan ditawarkan kelak seperti berikut:7.2.1
Skop (Jumlah Ruang dipohon,
7.2.2
SkopPenggunaan Ruang yang dicadangkan
7.2.3
Keluasan Lantai Mengikut panduan piawai
7.2.4
Lokasi
7.2.5
Peruntukkan
7.3 JPPHB mengenalpasti kategori keperluan ruang yang dipohon oleh PTj. dengan merujuk kepada ā€¯garispanduan dan dasar JPPHB/Universiti Malaya/Kementerian Pengajian Tinggi samada seperti berikut:7.3.1
Keperluan pembinaan bangunan baru
7.3.2
Keperluan untuk penyewaan atau pajakan bangunan yang berhampiran Universiti Malaya
7.3.3
Keperluan untuk mengubahsuai bangunan sediada.
7.4 Pihak PTj perlu memohon dan membentangkan kepada Mesyuarat Belanjawan / JTK /LPU/Pengurusan yang berkaitan setelah mendapat persetujuan dari pihak Jawatankuasa Penasihat Pembangunan (JPP)/JPPHB bagi mendapatkan kelulusan dari segi peruntukan yang akan digunakan.
4/7
Garis Panduan Keperluan Perlaksanaan Projek
7.5 Sekiranya peruntukan telah ditentukan oleh pihak pengurusan, PTj dan pihak JPPHB akan melaksanakan projek tersebut mengikut keperluan dan nilai kewangan yang terlibat seperti berikut; 7.5.1
Mengurus pelantikan perunding jika projek tersebut perlu perhidmatan
perunding
mengikut
Manual
Perkhidmatan
Perlantikan. 7.5.2
Mengurus kerja-kerja penyelenggaraan jika tidak perlu perlantikan perunding. Rujuk AK penyelenggaraan bangunan.
8.0 FAKTOR KESELAMATAN Selain aspek pembinaan faktor keselamatan juga perlu juga diambil berat oleh semua pekerja termasuk pihak kontraktor dan perunding yang terlibat dalam pembinaan projek trsebut. Pihak JPPHB telah menetapkan polisi dan dasar keselamatannya bagi mencegah kemalangan di tempat kerja. Polisi keselamatan ini adalah tertakluk dengan AKTA 514 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA). Oleh itu semua pekerja termasuk kontraktor dan perunding yang menjalankan kerja di Universiti Malaya adalah tertakluk dengan Akta ini.
9.0 PENILAIAN / LAPORAN Pihak JPPHB hendaklah mengemukakan laporan penilaian prestasi dan kualiti kerja yang dihasilkan oleh kontraktor dan Perunding yang terlibat kepada Bahagian Perolehan Universiti Malaya, PKK dan juga Lembaga Perundingan yang berkaitan selepas projek pembinaan telah disiapkan dengan tujuan supaya mana-mana kontraktor dan perunding yang menunjukkan prestasi tidak memuaskan, tidak akan dipertimbangkan untuk diberikan kerja pada masa akan datang.
5/7
Garis Panduan Keperluan Perlaksanaan Projek
10.0 KESIMPULAN Dengan wujudnya garis panduan seperti di atas, akan memberikan gambaran yang jelas tentang Perlaksanaan Projek Pembangunan dan bidang tanggungjawab pihak-pihak yang berkenaan di seluruh Universiti Malaya.
6/7
Garis Panduan Keperluan Perlaksanaan Projek
Tarikh : Disember 2009 Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Projek Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda Universiti Malaya
7/7