DRAF 01 APRIL 2014
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN LIMA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN LIMA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Cetakan Pertama 2015 © Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2015
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apaapa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara-cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalam Penerbitan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Reka Bentuk dan Teknologi Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia ISBN
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendahuluan
1
Pendekatan Modular Berasaskan Kurikulum Standard
2
Reka Bentuk dan Teknologi sebagai Mata Pelajaran
2
Matlamat
3
Objektif
3
Fokus
3
Organisasi Kandungan
4
Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
5
Pengendalian Aktiviti dan Penilaian
7
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
9
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
12
Keselamatan
13
Peruntukan Masa RBT
13
Pendekatan Modular
13
Standard Kurikulum dan Pentaksiran RBT Tahun 5
15
Pemetaan Standard Kurikulum dan Pentaksiran RBT Tahun 5
25
Pemetaan Standard Kurikulum dan Pentaksiran RBT Tahun 4, 5 dan 6
26
1.0 2.0
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
PENDAHULUAN yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu: a. Komunikasi; b. Kerohanian, Sikap dan Nilai; c. Kemanusiaan; d. Sains dan Teknologi; e. Perkembangan Fizikal dan Estetika; dan f. Keterampilan Diri.
Struktur Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1.
2.
Matlamat Pendidikan Prasekolah dan Sekolah Rendah. a. Matlamat Pendidikan Prasekolah: Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah. b. Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah: Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspekaspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasakan untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.
Reka Bentuk Kurikulum Komunikasi Sains & Teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
Insan seimbang
Perkembangan Fizikal & Estetika Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan
Keterampilan Diri
Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai
Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSPK dan KSSR 1
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
PENDEKATAN MODULAR KURIKULUM STANDARD
BERASASKAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEBAGAI MATA PELAJARAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan, standard pembelajaran dan tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh murid.
Pada Tahap II, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR. Mata pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.
1.
Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang patut diketahui oleh murid dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
2.
Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.
3.
Tahap Penguasaan Kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan
Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6. Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains Rumah Tangga dan elemen merentas kurikulum seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas Keusahawanan ditekankan dalam mata pelajaran ini.
2
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
mengamalkan asas keusahawanan serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kritis, kreatif dan inovatif. OBJEKTIF Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard RBT berkebolehan: 1. mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan kerja yang selamat; 2. menguasai proses mereka bentuk untuk menghasilkan produk; 3. mengetahui teknologi dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains rumahtangga; 4. berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin dan perisian serta menggunakannya dengan teknik yang betul dan beretika; 5. melakukan kerja-buat-sendiri dan penyelenggaraan mudah bagi peralatan dan perkakasan; 6. menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk berkualiti; 7. menggunakan TMK dan mengaplikasi asas keusahawanan; dan 8. berkemahiran menjanakan idea untuk menyelesaikan masalah.
Rajah 2: Reka Bentuk Kurikulum RBT Kurikulum Standard RBT ini masih mengekalkan elemen merentas kurikulum dalam KBSR. Selain itu, kurikulum ini juga mementingkan pemupukan nilai murni, kerjabuat-sendiri (DIY), peka terhadap masalah sekeliling serta sikap yang positif semasa menjalankan aktiviti bagi melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
FOKUS
MATLAMAT
Kurikulum Standard RBT berteraskan kemahiran mereka bentuk menggunakan teknologi dengan menggabungjalinkan pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran iaitu teknikal, teknologi pertanian dan sains
Kurikulum Standard RBT adalah untuk membolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai asas kemahiran praktis, berkemahiran mereka bentuk dan 3
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
rumahtangga. Kurikulum ini memberi penekanan kepada aspek pengetahuan asas dan kemahiran mereka bentuk, asas pertukangan dan teknologi bagi membolehkan murid menghasilkan produk yang berkualiti.
Tajuk
Penerangan
Organisasi dan Keselamatan Bengkel
Tajuk ini memberi pendedahan kepada murid terhadap suasana bengkel RBT di sekolah rendah. Murid dapat mengenal pasti struktur organisasi bengkel, peraturan dan keselamatan bengkel semasa mereka berada di dalam bengkel. Dalam tajuk ini murid diberi kemahiran memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal serta mereka dan membina model berfungsi. Standard kandungan ini membolehkan murid membaca dan memahami manual, mengenal pasti fungsi komponen, kemahiran memasang menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul, mereka dan membina model berfungsi. Aspek penyimpanan komponen dan keselamatan juga ditekankan dalam tajuk ini. Reka bentuk eksperimental merangkumi aspek pengetahuan dan kemahiran yang akan menguji murid dari pelbagai aspek seperti: a. menyatakan masalah berdasarkan situasi; b. pengumpulan maklumat; c. menjana idea kreatif; d. membuat lakaran projek; e. mengenal pasti jenis alatan;
ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Standard RBT Tahap II, diorganisasikan kepada enam tajuk iaitu Organisasi dan Keselamatan Bengkel, Asas Teknologi, Reka Bentuk, Penghasilan Projek, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Keenam-enam tajuk ini merangkumi tiga domain pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Tajuk tersebut disusun mengikut aras kognitif murid iaitu daripada yang mudah kepada yang sukar. Bagi domain psikomotor, murid melaksanakan aktiviti amali seperti kerja-buat-sendiri, penyelenggaraan, penghasilan projek dengan mengikut prosedur kerja yang betul dan beretika. Manakala bagi domain afektif, murid didedahkan kepada aspek nilai-nilai murni semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Asas Teknologi
Proses kerja dalam RBT lebih menekankan pengetahuan, kemahiran, langkah kerja bagi penghasilan sesuatu projek. Murid yang mengikuti kurikulum standard RBT akan lebih terdedah kepada aspek mereka bentuk dan menggunakan bahan serta teknologi semasa menghasilkan projek. Proses penerangan setiap tajuk adalah seperti berikut:
Reka Bentuk
4
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
Tajuk
Penghasilan Projek
Teknologi Pertanian
Penerangan
Tajuk
f. proses pembinaan, pengujian dan penambahbaikan; dan g. membuat persembahan dan pendokumentasian. Bagi standard kandungan ini, murid dapat menghasilkan projek menggunakan: a. bahan bukan logam dengan litar elektrik; b. bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik; dan c. bahan logam dan bukan logam dengan sistem elektromekanikal. Murid dapat mempelajari kemahiran seperti mengukur, menanda dan memotong menggunakan alatan dan membuat kemasan projek. Di samping itu juga, murid diberi pendedahan untuk membuat anggaran dan pengiraan kos bahan setiap projek. Standard Kandungan Teknologi Pertanian menyentuh kaedah menanam biji benih halus atau kasar yang meliputi aktiviti penyediaan biji benih, bahan, alatan dan penjagaannya. Murid juga didedahkan kepada teknik mengubah anak benih ke dalam bekas serta penanaman dengan menggunakan kaedah Hidroponik Takung yang meliputi persediaan
Penerangan
alatan, kerja mencampurkan nutrien, penanaman dan penjagaan tanaman yang sistematik. Sains Rumah Dua tajuk utama yang ditekankan Tangga dalam Standard Kandungan Sains Rumah Tangga ialah penghasilan artikel dan penyediaan sajian. Topik penghasilan artikel merangkumi proses mengenalpasti alatan dan bahan jahitan, menyusun atur pola, menggunting, menjahit dan menghias artikel. Manakala melalui penyediaan sajian, murid didedahkan kepada pengetahuan serta kemahiran dalam mengenal pasti alatan dan bahan sajian, langkah-langkah menyedia, memasak, menghidang dan membungkus sajian.
PENEKANAN DAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pembelajaran RBT merupakan pembelajaran yang berasaskan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang akan mewujudkan pengalaman baharu kepada murid. Berasaskan kepada kaedah pembelajaran ini, murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. 5
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran: 1. membuat lakaran projek; 2. mereka bentuk dan menghasilkan projek; 3. membuat penyambungan litar elektrik dan elektronik; 4. mengaplikasi kaedah penanaman; 5. menghasilkan artikel; 6. menyediakan sajian; 7. menyelenggara peralatan; dan 8. mempraktikkan budaya keusahawanan.
plastik. Selain itu, bahagian atau komponen mesin yang tidak diperlukan lagi seperti skru, bol dan nat, alas bebola dan roda boleh juga digunakan. Penggunaan bahan ini dapat menjimatkan kos di samping dapat menanamkan sifat berjimat cermat dan berinovasi semasa murid menghasilkan projek. Dengan ini, murid akan lebih sedar akan sumber yang ada di sekeililing mereka dan berupaya memanfaatkan penggunaannya. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) harus menjadi satu landasan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya daya imaginasi dan kreativiti murid dapat dijana dan diperkembangkan ke arah pembentukan jati diri yang seimbang.
Untuk mencapai kemahiran praktis tersebut murid perlu didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran terkini yang hendak dikuasai. Dengan itu, guru seharusnya dapat menyampaikan pengetahuan secara bersepadu dengan aktiviti yang hendak dijalankan kepada murid. Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan, permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan boleh digunakan mengikut kesesuaian aktiviti pembelajaran. Pemilihan kaedah ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu objektif pembelajaran, kemudahan prasarana, saiz kelas, dan taraf kebolehan murid. Guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka supaya kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan untuk menggalakkan pembelajaran yang lebih interaktif.
Contoh kemahiran berfikir yang diberi tumpuan dalam Standard Pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi termasuk : 1. membanding beza bentuk-bentuk asas dalam persekitaran; 2. menghubungkait bentuk-bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk; 3. menjana idea kreatif dan inovatif; 4. mentafsir lukisan kerja; 5. menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek; 6. membuat keputusan, memilih projek, alatan tangan dan bahan yang diperlukan; dan 7. mengaplikasikan teknologi dalam pertanian.
Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari, kreatif, inovatif, berjimat cermat dan bertanggungjawab. Semasa menjalankan aktiviti pembelajaran, guru boleh menggunakan bahan kitar semula dan bahan terbuang seperti rotan, buluh, kotak, botol plastik, cengkerang, reja kayu dan reja paip
Di samping itu, Kajian Masa Depan harus diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran RBTsebagai salah satu unsur penting untuk merangsang daya intelek murid 6
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
bagi menghasilkan produk yang bermanfaat terhadap perkembangan individu. Sebagai contoh semasa proses mereka bentuk, murid mengkaji keadaan sedia ada, mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya dapat menghasilkan produk. Selain itu, murid juga boleh menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk baharu mereka pada masa hadapan.
web, mengakses pangkalan data dan berkomunikasi secara elektronik. PENGENDALIAN AKTIVITI DAN PENILAIAN Selaras dengan penekanan mata pelajaran ini kepada penguasaan kemahiran, ukuran pencapaiannya boleh dilakukan melalui pengendalian aktiviti dan penilaian secara berperingkat. Aktiviti ini juga boleh dijalankan secara tersendiri. Gabungan beberapa aktiviti yang dijalankan boleh menghasilkan projek yang bersesuaian.
Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Dengan cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor, kesedaran tentang kos sesuatu projek dan berhati-hati menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian pengurusan kehidupan murid.
Pengendalian aktiviti dan penilaian mengikut peringkat-peringkat berikut: 1.
Perancangan
a. b. c.
Kemahiran interpersonal seperti menghargai pendapat dan usaha orang lain, berkomunikasi dengan baik, bersedia menerima kritikan membina, memberi dorongan kepada orang lain, menjalin persahabatan, belajar secara koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dengan rakan sebaya perlu juga diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran.
2.
b. c. d. e. 3.
dan
memotivasikan murid dalam melaksanakan aktiviti; tunjuk cara kemahiran; memberikan arahan sebelum, semasa dan selepas aktiviti; melaksanakan aktiviti; dan menyelia dan membimbing.
Penilaian
a. b. c.
7
merancang aktiviti atau projek; merancang bahan dan alatan; dan merancang kaedah pengajaran pembelajaran
Penyampaian
a.
Sebagai usaha ke arah merealisasikan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), murid perlu digalakkan menggunakan kemahiran TMK dalam pembelajaran mereka seperti pengumpulan, pemilihan dan pemprosesan maklumat. Dengan ini, kemahiran TMK murid boleh diperkembang melalui kemahiran menggunakan perisian dan CD-ROM, melayari laman
dicadangkan
menilai pengetahuan, kemahiran dan nilai; menilai aktiviti; dan menilai hasil kerja.
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
Aktiviti yang dicadangkan dalam buku ini merupakan aktiviti contoh untuk membolehkan murid menguasai sesuatu kemahiran. Kemahiran dalam sesuatu aktiviti boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan. Dalam pemilihan aktiviti, beberapa perkara harus diambil kira oleh guru seperti jumlah alatan dan bahan, peruntukan masa, bilangan dan kebolehan murid. Justeru, guru perlu menyedari bahawa: 1. kumpulan murid mempunyai pelbagai kebolehan supaya mereka saling membantu untuk menguasai pelbagai kemahiran; 2. aktiviti yang dipilih seboleh-bolehnya dapat diselesaikan dalam dua waktu; 3. aktiviti murid termasuk waktu mengemaskan alatan dan tempat kerja; dan 4. aktiviti yang dirancangkan sebaik-baiknya terdiri daripada gabungan standard kandungan.
6. 7. 8. 9.
menjalankan kerja mengikut turutan yang betul; mengemaskan alatan dan bahan yang telah digunakan; membersihkan alatan dan menentukan bilangannya cukup sebelum disimpan; dan membersihkan tempat kerja dan diri.
Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya penilaian dijalankan secara berterusan. Maklumat daripada penilaian yang berterusan ini dapat membantu guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. Justeru, guru boleh merancang dan mengambil tindakan susulan ke arah mempertingkatkan perkembangan individu dan pembentukan sahsiah murid. Penilaian bagi mata pelajaran ini boleh dijalankan melalui: 1. pemerhatian; 2. amali; 3. lisan; dan 4. penulisan.
Bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna, guru bertanggungjawab memastikan murid: 1. mengadakan perbincangan tentang langkahlangkah menjalankan kerja; 2. sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan; 3. memilih alatan dan bahan yang sesuai dan menggunakannya dengan cara yang betul; 4. bekerja secara koperatif semasa menjalankan aktiviti dalam kumpulan masing-masing; 5. sedar akan kos alatan dan bahan dengan menggunakannya secara cermat dan tidak membazir;
Keempat-empat cara penilaian ini boleh digunakan untuk menilai projek atau aktiviti yang dijalankan oleh murid sama ada melalui proses kerja atau hasil kerja murid. Penilaian yang dijalankan hendaklah mencakupi semua standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Penilaian yang dijalankan tidak seharusnya menekankan konsep lulus atau gagal. Sebaliknya, penilaian hendaklah menekankan sama ada seseorang murid telah menguasai aspek yang dinilai atau belum. Penilaian juga seharusnya tidak menekankan perbandingan pencapaian antara seorang murid dengan seorang murid yang lain. 8
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
Guru boleh menilai tahap penguasaan dan pencapaian murid dari segi kemahiran, perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dan sikap murid melalui pemerhatian aktiviti dan projek yang dijalankan oleh mereka.
tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PBS mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni. 2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP. 3. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid. 4. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.
Penilaian yang dijalankan oleh guru perlu dicatatkan. Guru boleh mencatat dengan cara mencatatkan kenyataan, menanda pada kenyataan dan memberi gred. Senarai semak ialah satu contoh merekod maklumat penilaian. Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan dalam buku rekod mengajar dan rekod profil. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PBS boleh dilaksanakan secara: 1. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses PdP. 2. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.
Pentaksiran Rujukan Standard Standard yang diperkenalkan menggunakan Standard Prestasi iaitu untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
PBS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. PBS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PBS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi 9
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.
Sekolah sejajar dengan Rujukan Standard.
pelaksanaan
Pentaksiran
Kerangka Standard Prestasi
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
TP
HURAIAN TP
1
Tahu
2
Tahu dan Faham
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Tahap Penguasaan (TP) ialah kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan.
Standard Prestasi Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (TP). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran
Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
10
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
Tafsiran TP Secara Umum
Tafsiran TP Mata Pelajaran RBT
TP
TAFSIRAN
TP
TAFSIRAN
1
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
1
Mengetahui tentang kemahiran asas dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga. Mengetahui dan memahami tentang kemahiran asas dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kemahiran asas dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kemahiran asas dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga secara sistematik. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kemahiran asas dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga secara berinisiatif. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kemahiran asas dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains rumah tangga secara kreatif dan inovatif.
2
3
4
5
6
2
3
4
5
6
Setiap guru RBT perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru perlu ada bagi menentukan proses PdP dilaksanakan secara berkesan dan bersesuaian. Dalam keadaan yang sama, guru perlu mentaksir keupayaan 11
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
murid dan menentukan tahap keupayaannya berdasarkan senarai standard prestasi yang telah disusun mengikut tajuk-tajuk pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk berupaya mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1. KBAT
Penerangan
Mengaplikasi
Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Menganalisis
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Menilai
Mencipta
Jadual 1: Penerangan KBAT Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kumpulan mata pelajaran.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai 12
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
KESELAMATAN
8.
pastikan alatan, bahan, perkakas dan mesin sentiasa diurus dengan baik dan selamat digunakan;
Faktor keselamatan merupakan perkara yang sangat perlu diberi keutamaan dalam melaksanakan aktiviti amali bagi mata pelajaran RBT. Justeru, peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diamalkan dan dipatuhi. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja yang melibatkan faktor keselamatan boleh dilakukan secara bergilir-gilir dalam kalangan murid bagi memberi mereka pengalaman serta menanamkan semangat bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisilpin.
9.
pastikan tempat yang sesuai dan selamat untuk menyimpan alatan dan bahan yang mudah terbakar, pecah dan berbahaya; labelkan semua alatan dan bahan; jangan menggunakan bekas bahan beracun, bahan kimia, dan bahan yang mudah terbakar; sediakan peti pertolongan cemas dan alat pemadam api yang mudah dilihat serta mudah dicapai apabila diperlukan; ambil tindakan keselamatan mengikut prosedur yang betul apabila berlaku kemalangan; dan sediakan buku log untuk merekod kemalangan yang berlaku.
10. 11. 12.
13. Semasa menjalankan aktiviti amali, guru hendaklah sentiasa memastikan tempat kerja bebas daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya dengan melaksanakan langkah-langkah keselamatan.
14.
PERUNTUKAN MASA RBT Perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan yang perlu diberi perhatian: 1. tunjukkan teladan kerja yang selamat kepada murid; 2. pastikan peraturan keselamatan dipatuhi oleh semua pihak; 3. tanamkan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang lain; 4. bimbing murid mengenal pasti perkara yang boleh mendatangkan bahaya; 5. pastikan keadaan tempat kerja mempunyai pencahayaan yang cukup dan pengudaraan yang baik; 6. ruang tempat kerja yang selesa termasuk permukaan lantai yang selamat; 7.
Masa bagi pengajaran dan pembelajaran RBT ialah dua waktu seminggu (2 x 30 minit) yang dijalankan secara giliran dengan mata pelajaran TMK. selama enam bulan. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan perancangan pengajaran dan pembelajaran. PENDEKATAN MODULAR Standard Kurikulum RBT distrukturkan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Dengan menggunakan modul yang disediakan, pengajaran dan pembelajaran dapat difokuskan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran tertentu melalui aktiviti yang bermakna.
paparkan poster dan ilustrasi mengenai peringatan keselamatan yang mudah difahami oleh semua murid;
13
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
Pendekatan modular tetap menekankan penggabungjalinan disiplin ilmu yang terdapat dalam RBT. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini adalah untuk mengukuhkan kemahiran tertentu sebagaimana yang ditetapkan dalam standard kandungan dan standard pembelajaran.
6.
mempersembahkan reka bentuk atau projek bagi tujuan mendapatkan maklum balas daripada orang lain untuk penambahbaikan.
Elemen keusahawanan bertujuan untuk menerapkan ciri keusahawanan, pemikiran keusahawanan, pengurusan perniagaan, aplikasi teknologi dan vokasional dalam keusahawanan serta nilai moral dan etika keusahawanan sehingga menjadi budaya dalam kehidupan.
Mata pelajaran ini memberi tumpuan terhadap pembelajaran secara amali. Penggabungjalinan antara teori dan amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah, kesepaduan pelbagai disiplin ilmu dititikberatkan. Kandungan kurikulum RBT merangkumi bidang teknikal, sains pertanian dan sains rumah tangga yang digabungjalinkan dengan Elemen Merentas Kurikulum (EMK).
Kemahiran interpersonal seperti berkomunikasi dengan baik, menghargai pendapat dan usaha orang lain, bersedia menerima kritikan membina, memberi dorongan, menjalin persahabatan, belajar secara koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dengan rakan sebaya diterapkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipupuk semasa murid membuat pembentangan projek masing-masing.
Elemen Kreativiti dan Inovasi menjadi satu perkara yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti murid.
Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan harus merentasi aktiviti yang dijalankan. Dengan cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan pengurusan kehidupan murid.
Contoh kreativiti dan inovasi yang diberi tumpuan dalam mata pelajaran RBT termasuklah: 1. mereka bentuk dan membina projek dengan menggunakan pendekatan penyelesaian masalah; 2. menjana idea untuk mereka bentuk dan membina projek; 3. menghasilkan lukisan projek dan lakaran; 4. membuat keputusan memilih idea reka bentuk, kaedah pembinaan projek, peralatan, perkakasan dan bahan yang sesuai; 5. menilai kualiti projek yang telah siap bersesuaian dengan hasil yang dihasratkan; dan 14
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) TAHUN 5 2. ASAS TEKNOLOGI STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual. (4 waktu)
TAFSIRAN
2.2.1 Membaca dan memahami manual.
1
Membaca manual kit model berfungsi.
2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.
2
Menyatakan dua nama dan fungsi alatan tangan untuk memasang dan membuka kit model. Mengenal pasti nama dan fungsi dua komponen kit model.
3
Memasang komponen kit model berpandukan manual.
4
Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model yang telah dipasang.
5
Membuat pengujian kefungsian kit model. Mengenal pasti masalah dan membuat pembaikan kit model.
2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, takal dan tali sawat, gegancu dan rantai, roda dan gandar, alat kawalan jauh, sensor, bateri, sel solar, suis, pemegang bateri dan kerangka.
15
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
2. ASAS TEKNOLOGI STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.2.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual.
STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
6
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif dan boleh dicontohi. Membuka dan menyimpan komponen kit model dengan sistematik.
2.2.5 Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model. 2.2.6 Menguji kefungsian kit model. 2.2.7 Membuka dan menyimpan komponen kit model.
16
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
4. PENGHASILAN PROJEK STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
4.2 Menghasilkan 4.2.1 Mengenal pasti projek projek berpandukan manual. menggunakan bahan logam 4.2.2 Menyatakan bahan logam dan bukan logam seperti aluminium, keluli, dengan litar zink dan bahan bukan elektronik. logam. (14 waktu) 4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk membina projek iaitu gergaji besi, gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata, kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis, penggarit, penebuk pusat, ragum kakak tua dan ragum meja.
1
Menyatakan bahan logam yang digunakan untuk membuat projek.
2
Menerangkan fungsi tiga alatan tangan dan komponen elektronik untuk membuat projek.
3
Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk membuat projek.
4
Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum. Membuat kemasan projek. Pengiraan kos bahan.
5
Membuat penyambungan litar elektronik pada projek. Menguji kefungsian projek.
4.2.4 Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan projek.
6
Membina projek yang berfungsi dengan mempunyai nilai tambah secara kreatif dan inovatif Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.
17
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
4. PENGHASILAN PROJEK STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
4.2.5 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk membuat projek. 4.2.6 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum. 4.2.7 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat licau atau syelek. 4.2.8 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektronik seperti diod pemancar cahaya (LED), perintang, kapasitor, transistor, buzer dan suis. 4.2.9 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan manual. 4.2.10 Membuat penyambungan litar elektronik pada projek.
18
TAFSIRAN
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
4. PENGHASILAN PROJEK STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
4.2.11 Menguji kefungsian projek. 4.2.12 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan. 4.2.13 Pengiraan kos bahan.
19
TAFSIRAN
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
5. TEKNOLOGI PERTANIAN STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
5.1 Menanam benih di dalam bekas. (8 waktu)
5.1.1 Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri seperti cukup matang, bernas, berbentuk normal dan tidak diserang perosak.
1
Menyatakan dua ciri biji benih yang baik.
2
Menerangkan nama dan fungsi dua alatan.
3
Mengenal pasti medium semaian. Menyediakan medium dalam bekas semaian dan penanaman yang sesuai. Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
4
Menyemai biji benih halus atau kasar dengan kaedah yang betul.
5
Melakukan penjagaan semaian dan tanaman. Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman mengikut prosedur.
6
Melakukan penanaman benih dalam bekas secara kreatif dan inovatif dari aspek idea, teknik, peralatan dan bahan.
5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan, serampang tangan dan penyiram. 5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan dan penyiram. 5.1.4 Mengenal pasti medium semaian seperti medium campuran, peat most dan cocoa peat. 5.1.5 Menyediakan medium dan bekas semaian yang sesuai.
TAFSIRAN
20
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
5. TEKNOLOGI PERTANIAN STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
5.1.6
Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
5.1.7
Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan kaedah yang betul.
5.1.8
Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput dan mengawal perosak.
5.1.9
Menyediakan medium dan bekas penanaman yang sesuai.
5.1.10 Mengubah anak benih ke dalam bekas penanaman mengikut prosedur. 5.1.11 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman iaitu merumput, menggembur, membaja, menyiram dan mengawal perosak.
21
TAFSIRAN
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
6. SAINS RUMAH TANGGA STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
6.2 Menyediakan sajian. (6 waktu)
6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan betul. 6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip, senduk, mangkuk adunan, alat penyukat, alat penimbang, kuali, periuk, dapur, alat pengadun kek, alat pengisar, cerek elektrik, pembakar roti dan oven elektrik. 6.2.3 Memilih menu sarapan atau minum petang.
TAFSIRAN
1
Menyatakan sanitasi penyediaan makanan dengan betul.
2
Menerangkan nama dan fungsi tiga alatan.
3
Memilih menu sarapan atau minum petang.
4
Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih.
5
Menyedia, memasak dan menghidang sajian mengikut menu yang dipilih.
6
Menyedia, memasak dan menghidang sajian secara kreatif dan inovatif. Membersihkan alatan dan ruang memasak. Menyelenggarakan dan menyimpan alatan.
6.2.4 Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih. 6.2.5 Menyediakan, memasak dan menghidangkan sajian.
22
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
6. SAINS RUMAH TANGGA STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
6.2.6 Membersihkan alatan dan ruang memasak. 6.2.7 Menyelenggarakan dan menyimpan alatan.
23
TAFSIRAN
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
6. SAINS RUMAH TANGGA STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
6.3 Menghias dan membungkus makanan. (4 waktu)
6.3.1 Menyatakan bahan hiasan seperti aising, coklat urai, jem dan kelapa parut kering. 6.3.2 Menyatakan jenis pembungkus makanan seperti kertas pembungkus dan bekas plastik. 6.3.3 Mengenal pasti maklumat pada label pembungkus makanan iaitu jenama, nama makanan, kandungan, tanda harga, tanda halal, berat dan tarikh luput.
TAFSIRAN
1
Menyatakan dua bahan hiasan pada makanan. Menyatakan satu jenis pembungkus makanan.
2
Menerangkan dua maklumat pada label pembungkus makanan.
3
Menghias dan membungkus makanan.
4
Menghias dan membungkus makanan mengikut kesesuaian.
5
Menghias, membungkus dan melabel makanan.
6
Menghias, membungkus dan melabel makanan yang disediakan mengikut kesuaian secara kreatif dan inovatif.
6.3.4 Menghias dan membungkus makanan seperti kek, roti, donat dan biskut.
24
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
PEMETAAN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) TAHUN 5
Tahun 5 BIL.
1
STANDARD KANDUNGAN
Waktu
Minit (min)
4
120
14
420
8
240
6.2 Menyediakan sajian.
6
180
6.3 Menghias dan membungkus makanan.
4
120
JUMLAH BESAR
36
1080
2. ASAS TEKNOLOGI 2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual.
2
4. PENGHASILAN PROJEK 4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik.
3
5. TEKNOLOGI PERTANIAN 5.1 Menanam benih di dalam bekas.
4
6. SAINS RUMAH TANGGA
25
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
PEMETAAN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) TAHUN 4, 5 DAN 6 Tahun 4 BIL.
1
2
STANDARD KANDUNGAN
Waktu
Minit (min)
1.1 Mengenal pasti Struktur Organisasi Bengkel.
1
30
1.2 Mengenal pasti Peraturan dan Keselamatan Bengkel.
1
30
4
120
Tahun 5 Waktu
Minit (min)
4
120
14
420
1. ORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL
2. ASAS TEKNOLOGI 2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi. 2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual.
3
3. REKA BENTUK 3.1 Mereka bentuk projek eksperimental.
4
6
180
14
420
4. PENGHASILAN PROJEK 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik. 4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik.
26
Tahun 6 Waktu
Minit (min)
DRAF DSKP RBT TAHUN 5 01 APRIL 2014
Tahun 4 BIL.
STANDARD KANDUNGAN
Waktu
Minit (min)
Tahun 5 Waktu
Minit (min)
4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan
Tahun 6 Waktu
Minit (min)
24
720
12
360
36
1080
logam, bahan logam dan elektromekanikal. 5
5. TEKNOLOGI PERTANIAN 5.1 Menanam benih di dalam bekas.
8
240
5.2 Menanam secara hidroponik. 6
6. SAINS RUMAH TANGGA 6.1 Menghasilkan artikel jahitan.
10
300
6.2 Menyediakan sajian.
6
180
6.3 Menghias dan membungkus makanan.
4
120
36
1080
JUMLAH BESAR
36
27
1080
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk