INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1049
KEPENTINGAN MEMAHAMI KAEDAH PENULISAN AL-QURAN MENGIKUT RASM UTHMANI ASLAM FARAH BINTI SELAMAT DR. MOHD FAIZULAMRI BIN MOHD SAAD DR. HAMDI ISMAIL SHAHARUDDIN SAAD Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Rasm Uthmani merupakan salah satu cabang dari ilmu-ilmu al-Quran. Ilmu mengenai penulisan al-Quran ini merupakan antara usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh para ulama dalam memartabatkan al-Quran dalam masyarakat Islam. Oleh itu, artikel ini merupakan satu usaha penulis untuk memperkenalkan kepada masyarakat akan kepentingan memahami kaedah penulisan al-Quran mengikut Rasm Uthmani. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, Individu yang memahami dan menguasai ilmu Rasm Uthmani ini akan dapat membaca al-Quran dengan baik. Mereka juga akan dapat mengenalpasti kesalahankesalahan yang berlaku di dalam penulisan al-Quran disamping menghayati asal usul bermulanya ilmu Rasm Uthmani ini.
Kata kunci: Kepentingan, al-Quran, rasm uthmani, kaedah, penulisan
1.0
PENGENALAN
Mashaf Uthmani telah ditulis mengikut susunan seperti yang telah tertulis di Loh Mahfuz dengan tauqif malaikat Jibril AS kepada baginda SAW beserta penerangannya ketika penurunan setiap ayat-ayat al-Quran mengikut tajuk-tajuk tertentu. Ianya ditulis tanpa titik dan mempunyai bentuk yang berbeza ketika hazaf, ithbat, ibdal, fasl dan wasl bagi merangkumi semua pemindahan penulisan yang sah dan pembacaan qiraat yang mutawatir. Ianya juga bergantung kepada pemindahan al-Quran dari sudut hafazan, tidak hanya semata-mata pada penulisan. Jumhur ulama salaf dan khalaf berpendapat, penulisannya tidak hanya mengikut bahasa Quraisy sematamata, akan tetapi ianya merangkumi penulisan pembacaan tujuh huruf seperti pembacaan terakhir Rasulullah dihadapan Jibril AS tanpa meninggalkan walau satu huruf.
593
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
2.0
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dilakukan terhadap beberapa teks al-Quran yang dirujuk berdasarkan beberapa buah kitab arab. Kajian ini tertumpu kepada penulisan yang terdapat pada teks al-Quran. Penulisan dan penandaan tersebut dikaji berdasarkan kaedah-kaedah tertentu yang telah digariskan oleh para ulama al-Quran. Seterusnya membolehkan pembaca mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam penulisan al-Quran.
3.0
AL-QURAN YANG TEPELIHARA
Al-Quran merupakan khazanah yang dipelihara Allah SWT berbanding dengan kitab-kitab lain yang tanggungjawab pemeliharaannya adalah kepada umat itu sendiri. Sebagai dalil, Allah SWT sendiri telah memberi jaminan akan menjaganya dari sebarang penyelewengan, penambahan, pengurangan dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 :
Maksudnya: “ Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya ”.
4.0
RUKUN PEMBACAAN AL-QURAN
Rasm al-Quran perlu diketahui oleh para pembaca al-quran kerana ianya merupakan salah satu dari rukun-rukun al-Quran. Sepertimana telah bersepakat para ulama al-Quran bahawa rukun bacaan al-Quran yang betul ada tiga perkara. Rukun yang pertama, ia hendaklah bertepatan dengan salah satu daripada mashaf-mashaf Rasm Uthmani, sama ada yang dihantar oleh Sayyidina Uthman ke Makkah, Madinah, Kufah, Basrah, Syam, ataupun Mashaf al-Imam yang disimpan sendiri oleh beliau. Dua lagi rukun dalam bacaan al-Quran ialah hendaklah mutawatir sampai kepada Rasulullah SAW serta bertepatan dengan salah satu daripada wajah-wajah bahasa Arab (Sya’ban, 1997; Syalabi,1999; Nuh Al-Faqir, 2003). 594
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Selain dari tiga rukun di atas, terdapat satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa Rasm Uthmani itu sangat perlu diutamakan dalam penulisan al-Quran iaitu, ia bertepatan dengan pembentangan terakhir al-Quran oleh Rasulullah bersama Malaikat Jibril.
5.0
TARIKH RASM UTHMANI
Al-Quran merupakan kalamullah, mukjizat paling agung yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW, melalui perantaraan malaikat Jibril AS, secara berperingkat dalam tempoh 23 tahun. Setiap wahyu yang diterima, baginda akan terus menghafaznya dan akan menyampaikannya pula kepada para sahabat. Pada setiap tahun di bulan Ramadan, baginda akan membacanya dihadapan malaikat Jibril AS. Apabila terdapat sebarang penambahan atau pemansuhan, baginda segera menghafaznya dan mengadaptasi dari apa yang sampaikan kepadanya. Pada tahun terakhir sebelum kewafatan baginda, baginda telah membaca dua kali dihadapan Malaikat Jibril AS. Melihat kepada kesungguhan dan ketekunan para sahabat pada ketika itu, ada dikalangan merekayang mengambil inisiatif untuk menghafaz dan memperelokan bacaannya serta mengikut bentuk-bentuk qiraat sepertimana yang telah disampaikan oleh baginda SAW. Ada dikalangan mereka yang menulis sebahagian ayat-ayat, surah, dan surah-surah. Ada juga sahabat yang menulis keseluruhan al-Quran dan menghafaznya. Antaranya ialah Abu Bakar as-Siddiq RA, Umar al-Khatab RA, Uthman al-Affan RA, Ali bin Abi Talib KW, Thalhah RA, Saad RA, Ibn Mas’ud RA, Huzaifah RA, Salim Maula Huzaifah RA, Abu Hurairah RA, Ibn Abbas RA, Amru bin al-‘As RA, Mu’awiyah RA, Ibn Zubair RA, Abdullah bin al-Saib RA, Aisyah RA, Talhah RA, dan Ummu Salamah RA. Mereka ini adalah dari kalangan muhajirin. Manakala Ubay bin Kaab RA, Mu’az bin Jabal, Zaid bin Thabit RA, Abi Darda’ RA, Abi Zaid RA, Mujamma’ bin Harithah RA, dan Anas bin Malik RA pula dari Ansar. Mereka semuanya mengumpulkan keseluruhan ayat-ayat al-Quran pada zaman Rasulullah SAW. Penulis wahyu pertama dikalangan sahabat di Makkah ialah Abdullah bin Abi Sarh. Namun, beliau telah murtad selepas hijrah dan melarikan diri dari kota Madinah ke kota Mekah. Beliau kembali memeluk agama Islam selepas pembukaan kota Mekah. Manakala penulis wahyu pertama di Madinah pula ialah Ubay bin Kaab RA (Abu Munzir). Selepas penghijrahan baginda 595
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SAW, beberapa orang sahabat Baginda SAW meneruskan penulisan wahyu tersebut, iaitu Zaid bin Harithah RA, dan kemudiannya Muawiyah bin Abi Sufyan RA selepas pembukaan kota Mekkah. Mereka menulis di pohon-pohon tamar, kulit-kulit kambing, tulang-tulang yang bersih, baju-baju, dan lain-lain. Pada Zaman Rasulullah, seluruh ayat-ayat al-Quran ditulis, tetapi tidak dikumpulkan menjadi satu dan tidak juga disusun mengikut susunan surah-surah (AlDabba’,1999). Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakr Al-Siddiq RA, suatu peperangan menentang golongan murtad dan tidak membayar zakat telah berlaku. Ianya dinamakan sebagai peperangan Yamamah. Pada ketika itu, seramai 700 orang huffaz al-Quran telah syahid dimedan peperangan. Ketika berita ini didengari oleh Umar al-Khatab RA, beliau lantas menasihati Abu Bakr RA untuk mengumpulkan keseluruhan al-Quran untuk memelihara ayat-ayat al-Quran, dikhuwatiri akan hilang al-Quran dengan wafatnya para huffaz al-Quran. Setelah Khalifah Abu Bakr RA bersetuju menulis dan mengumpulkan semula al-Quran, Beliau melantik Zayd bin Thabit untuk melaksanakan tugas ini. Sebagaimana Khalifah Abu Bakr RA, Zayd bin Thabit juga teragak-agak untuk menerima perlantikan tersebut pada peringkat permulaannya, malah beliau berkata “Demi Allah! Kalau mereka membebankan aku dengan tugas untuk mengalihkan bukit sekalipun, aku tidak terasa lebih berat dari tugas menghimpunkan al-Quran ini”. Namun, setelah dipujuk beberapa kali oleh Saidina Abu Bakr RA, akhirnya Allah SWT membuka pintu hatinya untuk menerima tugasan tersebut. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Abu Bakr As-Siddiq RA memilih Zayd bin Thabit RA untuk melaksanakan tugas tersebut. Faktor yang paling utama ialah beliau merupakan satu-satunya sahabat yang hadir semasa Rasulullah menyemak bacaan al-Quran dengan Malaikat Jibril buat kali terakhir. Disamping itu juga, beliau merupakan seorang sahabat yang sentiasa menulis setiap wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW sejak beliau dilantik menjadi penulis wahyu (Sya’ban,1997). Beliau juga merupakan seorang yang dikenali di kalangan para sahabat sebagai seorang yang paling sempurna penghafalan al-Qurannya, baik sebutan huruf-hurufnya, menguasai qiraatqiraatnya, dan juga seorang yang mempunyai daya pemikiran yang cerdik hinggakan beliau hanya mengambil masa hanya sembilan belas hari sahaja untuk mempelajari ilmu-ilmu alSirraniyyah. Selain itu, beliau juga memiliki sifat benar, warak, adil, amanah serta terkenal sebagai seorang yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang agama. (al-Muhaysin,1989). 596
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
6.0
HUBUNGKAIT RASM DAN DABT DAN KEPENTINGANNYA
Al-Muhaysin (2002) mendefinisikan Dabt al-Quran dari sudut bahasa sebagai mencapai objektif dalam memelihara sesuatu. Manakala dari segi istilah pula ialah suatu ilmu yang diketahui dengannya apa yang menunjukkan pada sesuatu huruf dari segi baris, sukun, tasydid, mad atau lain-lain yang berkaitan. Ianya juga dinamakan sebagai Syakl (baris). Pada tulisan (khat) al-Quran yang kita baca itu terdapat berbagai tanda bacaan demi untuk membantu setiap pembacanya supaya membaca dengan betul dan tepat mengikut hukum bacaan al-Quran. Penulisan Rasm Uthmani sangat memberi kesan pada Dabt Qiraat. Ianya sangat meraikan keseluruhan Qiraat Mutawatirah yang ada. Dengan berasaskan rangka penulisan Rasm Uthmani, ianya boleh meraikan semua qiraat yang ada apabila diletakkan dabt iaitu pembarisan dan perletakan titik pada huruf tertentu. Sebagai contoh, kalimah ( )يرجعونyang terdapat dalam surah al-Ahzab boleh membawa empat bacaat qiraat yang berbeza, iaitu يُرجَعونadalah bacaan bagi Ibn Kathir, يَرجِعونadalah bacaan bagi Hamzah, تَرجِعونadalah bacaan bagi Kisaie, dan تُرجَعونadalah bacaan bagi Kholaf (Al-Habsy, 1999). Al-Zarqani (2001) mengatakan bahawa perubahan mushaf al-Quran seiring dengan perubahan masa yang mana ramai dalam kalangan umat Islam merasa tertekan untuk membaca dan memahami isi kandungan al-Quran. Masalah ini merupakan faktor utama pengicraban dan pengicjaman al-Quran yang bertujuan untuk memelihara al-Quran sebagaimana asal penurunannya. Al-Zarqani menegaskan, sekiranya mashaf tersebut dibiarkan tanpa berlaku sebarang perubahan positif seperti perletakan titik dan baris, ditakuti akan berlaku pula perubahan yang negatif yang merosakkan mushaf tersebut. Imam al-Nawawi (1987) menjelaskan, mejoriti ulama bersetuju dalam meletakkan titik dan baris bertujuan untuk memelihara al-Quran daripada kesalahan penyebutan huruf yang tidak jelas serta tidak fasih semasa membaca al-Quran. Bahkan umat Islam dapat mengaplikasikannya sebagai rujukan dan penyelidikan manakala ayat-ayat al-Quran pula diukir indah dibangunanbangunan dan sebagainya. Muhammad bin Sayf, Mansur bin Zadhan, Ibn Sirin, Nafic bin Abu Nucaym, Rabicah bin Abi cAbd Rahman, Khalaf bin Hisham al-Bazzar, al-Kisai, dan al-Nawawi menyatakan bahawa, penambahbaikan dalam mushaf dibolehkan bertujuan untuk menjaga kemaslahatan umat Islam. 597
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Bahkan al-Ashcath bin al-Hasan menambah, pembaharuan ini tidak bertentangan dengan kaedah nahu (al-Dani, 1960; al-Sijistani 1986). Abu cAmru al-Dani dalam kitab Al-Muqnic fi Macrifah Marsum Masahif Ahl al-Amsar juga menyokong kenyataan tersebut dengan penjelasan bahawa, sejak zaman tabicin sehingga kini, para ulama sentiasa mencari jalan dalam mempermudahkan penggunaan mushaf disamping mushaf rujukan para ulama yang mana kesemuanya boleh buat pembaharuan di dalamnya.
7.0
RAHSIA PENULISAN RASM UTHMANI
Rasm Uthmani mempunyai banyak rahsia disebalik penulisan yang diwahyukan.
Ianya
menunjukkan keaslian pada bentuk dan huruf perkataan tersebut seperti perkataan إيتاءى ذى القربى dan سَُأوْرِيكُمyang dikekalkan pada tulisan walaupun tidak dilafazkan huruf tersebut. Juga pada penulisan kalimah الزكوة، الصلوةdan الحيوةyang dikekalkan penulisan waw menggantikan alif. Selain itu, penulisan Rasm Uthmani menunjukkan sebahagian dari bahasa-bahasa yang fasih. Seperti penulisan
ha’ ta’nith dengan ta’ majrurah pada bahasa Toyi’, dan hazaf ya
mudhari’ bagi selain dari jazam, pada يوم يأت ال تكلم نفسpada bahasa Huzail. Disamping itu juga, penulisan Rasm Uthmani boleh membawa sesuatu kalimah kepada pelbagai maksud dengan memisahkan dan mencantumkan sebahagian perkataan. Contohnya, seperti أم من يكون عليهم وكيالdan أمن يمشي سويا, jika terpisah kalimah أمdan منmembawa maksud بلtanpa menyambungkannya. Sementelahan pula, Rasm Uthmani juga membawa Qiraat yang pelbagai dari lafaz penulisan dengan satu jenis Rasm. Contohnya, وما يخدعون إال أنفسهمdan وتمت كلمة ربك صدقا وعدال. Jika yang pertama itu ditulis dengan وما يخادعون, maka akan hilanglah bacaan يخدعون, dan jika yang kedua itu ditulis dengan alif yang menunjukkan qiraat jama’, maka akan hilanglah bacaan qiraat mufrad. Juga ditulis dengan ta’ majrurah untuk memberi faedah kepada apa yang disebutkan. Ianya juga tidak memberikan petunjuk secara hakikat dalam pembacaan melainkan ketika diwakafkan. Kesibukan setiap ilmu itu sangat bernilai dalam memeliharanya. (Al-Dabba’,1999) Rasm Uthmani ditulis berdasarkan dalil yang kuat dan hujah yang jelas yang menjadi bukti kesahihan al-Quran dan kemutawatirannya serta menjadi satu mukjizat al-Quran itu
598
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
sendiri. Selain itu, kaedah penulisan Rasm Uthmani mengandungi pelbagai rahsia dari segi penambahan, pembuangan dan pengekalan huruf dalam sesuatu kalimah. al-Zuhri telah berkata bahawa pada suatu ketika terdapat percanggahan untuk menentukan huruf untuk digunakan, samaada التابوتatau التابوه. Maka telah berkata orang-orang Quraisy ejaan perkataan yang betul ialah التابوتakan tetapi Zaid telah berkata ejaan perkataan yang betul ialah التابوه. Maka, mereka berjumpa dengan Saidina Uthman Bin Affan bagi menyelesaikan masalah ini. Setelah itu, Saidina Uthman berkata, “Tulislah dengan التابوتkerana sesungguhnya ianya telah diturunkan dalam lisan orang Quraisy”(al-Dani,2010;al-‘Arabli,2010). Maka jelaslah disini, rahsia perbezaan dalam penulisan al-Quran. Walaupun satu huruf dihujung ianya membawa pebezaan yang besar. Terutama ketika diwaqafkan pada kalimah tersebut. Disamping itu, antara rahsia lain yang tersirat yang penuh hikmah yang terdapat dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani adalah pada penambahan huruf waw ( )وpada ( )أولىuntuk membezakan kalimah tersebut dan kalimah huruf Al-Jar ()إلى, dan penambahan pada ( ) أولئك untuk membezakan kalimah tersebut dan kalimah ( )إليكbegitu juga dengan penambahannya pada kalimah ( وأوالت،أولوا, dan )وأوالئكمyang membawa kepada kata seertinya (Sya’ban, 1997). Oleh kerana itu, pengkaji merasa amat perlu untuk dipelajari dan difahami oleh pembaca al-Quran. Hal ini supaya masyarakat yang dididik dengan al-Quran dapat memahami, menguasai dan menghayati ilmu-ilmu al-Quran supaya tidak lagi berlaku kesilapan yang berterusan agar kesucian al-Quran sentiasa terpelihara.
8.0
KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI
Rasm Uthmani mempunyai kaedah tertentu pada penulisan dan lakarannya. Para ilmuan kesenian merangkumkan kaedah tersebut kepada enam kaedah. Iaitu, al-Hazaf, al-Ziyadah, alHamzah, al-Badl, al-Fasl dan wasl, dan apa yang mengandungi dua wajah qiraat (alZarqani,1995; Al-Suyuti,1996)
A) Kaedah Pertama : Hazaf
Hazaf ialah mengurangkan dan menghilangkan huruf pada perkataan-perkataan yang tertentu. Ianya wajib dibaca, tetapi tidak ditulis huruf tersebut samada ketika memberhentikan bacaan atau 599
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
menyambungkan bacaan. Terdapat lima huruf yang dihazafkan pada kaedah penulisan Rasm Uthmani, iaitu huruf mad (Alif,Waw,dan Ya), Lam (al-Zarqani, 1995) dan Nun (al-suyuti,t.t ; al-Dabba’,1999)
Alif yang dihazafkan berlaku apabila terletak pada Ya Nida’ { }, Ha’ Tanbih
{ }, kalimah ( )ناapabila bersambung dengan Damir { }, Lafaz Jalalah
{ }, kalimah {
}, dua lafaz ini { , }, Alif selepas Lam { },
Alif terletak antara dua alif { }, muthanna { }, semua Jama’ tashih bagi Muzakar
dan Muannath {
, }, semua Jama’ atas wazan mafaail dan yang
menyerupainya { , }, bilangan { }, Basmalah dan lain-lain.
Wau yang dihazafkan berlaku apabila huruf waw terletak bersama wau yang lain, seperti { }, { }. Ya yang dihazafkan berlaku apabila setiap manqus nun
itu marfu’ dan majrur,
{ }.
Manakala huruf Lam dihazafkan apabila huruf yang diidghamkan itu adalah sama {, } melainkan apa yang terkecuali.
600
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Bersepakat Shaikhan terhadap penghazafan huruf Nun pada penulisan khusus pada kalimah { } dalam surah Yusuf dan { } dalam surah al-Anbiya’. Hanya satu nun
sahaja diletakkan bagi mewakili dua bacaan qiraat.
B) Kaedah Kedua : Al-Ziyadah
Ziyadah ialah penambahan huruf pada kalimah-kalimah yang tertentu. Ianya mesti ditulis, tetapi tidak boleh dibaca, samada ketika memberhentikan bacaan atau menyambungkan bacaan. Terdapat tiga huruf yang dihazafkan pada kaedah penulisan Rasm Uthmani, iaitu huruf-huruf mad (Alif, Waw,dan Ya). Penambahan alif akan berlaku selepas waw pada akhir setiap Isin Majmu’ atau pada hukum Majmu’, seperti { , }, penambahan alif selepas hamzah yang
bersurahkan wau, seperti { }, dan pada kalimah-kalimah tertentu, seperti { ,
, , }
Manakala penambahan Ya akan berlaku pada kalimah-kalimah berikut: {
, , }.
Penambahan huruf Wau adalah seperti { , }.
601
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
C) Kaedah ketiga : al-Hamzah
Perletakan huruf Hamzah dalam penulisan Rasm Uthmani adalah berpandukan kepada keadaaankeadaan yang tertentu. Ianya terletak samada di permulaan, di pertengahan atau di akhir kalimah. Penulisannya adalah berbeza bergantung pada kedudukan huruf hamzah tersebut. Apabila huruf hamzah tersebut adalah berbaris mati, hamzah tersebut ditulis berdasarkan baris pada huruf sebelumnya. Contohnya, { , , }
Adapun bagi huruf hamzah yang berbaris, jika huruf hamzah itu terletak di awal perkataan, ianya ditulis dengan huruf Alif samada ianya berbaris fathah, kasrah atau dammah. Contohnya, { , , , }
Apabila huruf hamzah tersebut terletak ditengah, ianya ditulis berdasarkan baris pada huruf hamzah tersebut. Jika huruf hamzah berbaris atas, maka akan ditulis dengan surah Alif, seperti { }, manakala jika ianya berbaris bawah, maka akan ditulis dengan surah Ya,
seperti {}, sementara apabila ianya berbaris hadapan, maka akan ditulis dengan surah Wau,
seperti {
تَقرَؤُه
}
Bagi huruf hamzah yang berada dihujung perkataan pula, ianya bergantung kepada jenis baris pada huruf sebelum hamzah tersebut. Seperti, { سبَأ, شاطِىء, } لُؤلُؤ. Sekiranya sebelum huruf hamzah tersebut berbaris mati, maka surahnya dihazafkan. Seperti, { , }.
602
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
E) Kaedah keempat : al-Badl
Al-Badl ialah menggantikan sesuatu huruf kepada huruf yang lain. Dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani, kaedah al-Badl ini terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu Alif yang ditukarkan kepada huruf Wau atau Ya, huruf Sin kepada Sod, huruf Ha kepada Ta, dan Huruf Nun kepada Alif. (al-Dabba’,1999). Huruf Alif ditulis dengan Wau pada kalimah yang ditekankan dan disebut berulang kali dalam al-Quran,(al-Zarqani,1995) seperti { , , }. Manakala, huruf Alif
yang digantikan dengan penulisan Ya ialah apabila huruf Alif terletak bersebelahan dengan huruf Ya, seperti { , , }. Begitu juga pada beberapa kalimah tertentu,
seperti {
لدى، حتى، بلى، متى، أنى، على، } إلىmelainkan {
} yang terdapat dalam
surah Yusuf, ianya ditulis dengan huruf Alif. Penulisan huruf Nun ditukarkan kepada huruf Alif pada Nun Taukid Khafifah, iaitu pada kalimah{ → إذن }. Ha’ Ta’nith ditukarkan kepada Ta’ Maftuhah pada kalimah { } رحمتyang terdapat dalam surah al-Baqarah, al-A’raf, Hud, Maryam, Rum dan Zukhruf. Juga pada kalimah { } نعمةyang terdapat dalam surah al-Baqarah, Ali Imran, al-Maidah, Ibrahim, al-Nahl, Luqman, Faatir, dan al-Tuur serta beberapa kalimah yang lain.
F) Kaedah kelima : al-Wasl dan al-Fasl
Kaedah al-Wasl dan Al-Fasl ini merupakan suatu kaedah yang menyambungkan dan memisahkan sesuatu huruf atau kalimah tertentu. Dalam penulisan Rasm Uthmani, terdapat banyak kalimah yang ditulis secara terpisah pada sesuatu tempat dan ada juga kalimah atau huruf tersebut ditulis secara bersambung. 603
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Bagi kalimah
أن
apabila terletak kalimah الselepasnya, ianya akan ditulis secara
bersambung (ّ )أالmelainkan pada sepuluh tempat. Seperti, { , } Selain itu, bagi kalimah منapabila selepasnya terletak kalimah ما, ianya juga akan ditulis secara bersambung ()مما, melainkan pada beberapa tempat, iaitu { } surah al-Nisa’
{ } ar-Rum dan { } pada surah al-Munafiqun. Kalimah ْ مَنdan ْ مِنapabila dua kalimah ini terletak bersebelahan, ianya akan sentiasa bercantum dan bersambung {}ممن Manakala bagi kalimah إِنakan sentiasa bersambung apabila selepasnya kalimah )إما( ما, melainkan dalam surah al-Ra’d pada kalimah { }, ianya terpisah. Semua kalimah أنyang bertemu dengan kalimah ماselepasnya adalah bersambung ()أما. Tanpa pengecualian. Sementara bagi kalimah كلapabila selepasnya bertemu dengan kalimah ما, ianya akan sentiasa bersambung dan bercantum ()كلما, melainkan pada firman Allah { , , }
Terdapat
juga
beberapa
perkataan
yang
sentiasa
bersambung,
seperti
{ ويكأن، كأنما، ربما،} نعما
G) Kaedah keenam : Penulisan yang merangkumi padanya dua bentuk Qiraat.
Sebahagian perkataan dalam al-Quran mempunyai dua atau lebih bacaan yang berbeza. Oleh itu, bagi meraikan keseluruhan bacaan qiraat yang terdapat dalam perkataan tersebut, ianya ditulis dengan satu kaedah yang tertentu. Sebagai contoh, kalimah-kalimah berikut ini ditulis tanpa Alif, 604
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
tetapi ianya ditulis dengan alif kecil untuk menunjukkan sebahagian qiraat membaca dengan alif, dan tidak pada sebahagian yang lain. { , }
dan lain-lain. Begitu juga dengan kalimah berikut, ianya ditulis dengan huruf Ta’ Maftuhah. { , , } Hal ini kerana bagi mengumpulkan bacaan qiraat Jama’ dan bersendirian.
9.0
PENUTUP
Berdasarkan dapatan kajian ini, penulis menyarankan agar setiap individu muslim haruslah mempelajari dan memahami kaedah penulisan al-Quran mengikut Rasm Uthmani ini. Hal ini kerana, mereka yang memahami dan menguasai kaedah penulisan al-Quran ini akan dapat mengaplikasikannya di dalam pembacaan ayat-ayat al-Quran. Ianya juga dapat mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam penulisan al-Quran disamping menghayati sejarah bermulanya ilmu Rasm ini. Wallahua’lam.
RUJUKAN
Muhaisin, Muhammad Salim Muhaysin.(2002). Irsyad al-Thalibin ila Dabt al-Kitab al-Mubin. Dar Muhaisin. Kaherah. Al-Quran Syamil. (2007). Jakarta. Al-Quran. (2001). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran. Darulfikir. Kuala Lumpur. Abu Daud. (1999). Sunan Abi Daud al-Musamma al-Sunan.Dar al-Arqam.Beirut. Abu Mardhiyah. (2010). Panduan Penulisan al-Quran Rasm Uthmani Riwayat Hafs an ‘Asim. Al-Jenderaki. Kuala Lumpur. Al-‘Arabli, Abdul Majid al-‘Arabli. (2010) .Sirr al-Maqtu’ wal Mausul Wa al-ta’aat Allati Basathat Fi al-Rasm al-Qurani.Dar Yafa Al-Alamiyah Linasyru wat Tauzi’.Amman. 605
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Al-Akrat,cAbd al-Tawwab Mursi Hasan. (2008). Al-Dabt al-Mushafi Nash’atuhu wa Tatawwuruhu. Cetakan pertama. Maktabah al-Adab. Al-Qahirah. Al-Dani, Abi Amru Uthman bin Said al-Dani. (1960). Kitab al-Nuqt. Muhammad al-Sadiq Qamhawi.(pnyt). t.tp: Maktabat al-Kulliyyat al-Azhariyyah. Al-Dani, Abi Amru Uthman bin Said al-Dani. (1960). Al-Muhkam fi Nutq al-Masahif. cIzzah Hassan (pnyt). Dimashq:t.pt. Al-Dani, Abi Amru Uthman bin Said al-Dani.(t.th) Al-Muqnic fi Macrifah Marsum Masahif Ahl al-Amsar.Tahqiq Naurah Bint Husin. Dar al-Tadmuriyah.KSA. Al-Dhahabi, Muhammad bin Ahmad. (1984). Macrifat al-Qurra’ al-Kibar cala al-Tabaqat wa alAcsar.Cetakan Pertama. cAwwad Macruf et.al. Mu’assasat al-Risalah. Beirut. Al-Dabba’, Ali Muhammas al-Dibba’.(1999). Samir al-Talibin fi Rasm wa Dabt al-Kitab alMubin.Maktabah al-Azhariyah Liturath. Mesir. Al-Habsy.(1999). Al-Qiraat al-Mutawatirah wa Atharuha Fi al-Rasm al-Qurani wa al-Ahkam al-Syariyah. Dar al-Fikr. Beirut. Dimasyq. Al-Muhaysin, Muhammad Salim Muhaisin. (2002) .Irsyad al-Talibin Ila Dabt al-Kitab alMubin.Dar Muhaisin Littib’ah wa al-Nasyr wa al-Tauzi’. Kaherah. Al- Muhaysin, Muhammad Salim Muhaisin. (1989). Fi Rihab al-Quran.Juz 1. Dar al-Jil. Beirut. Al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya bin Syarf. (1987). Al-Tibyan fi Adab Hamlah al-Quran. Dar alNafais. Beirut. Al-Qadduri, ‘Abdul Ghanim Qadwuri.(1984) Rasm Mashaf Dirasah Lughawiyah Tarikhiyah. Dar Ammar linnasyru al-Tauzi’. Al-Suyuti. Jalaluddin. (1996). Al-Itqan fi Ulum al-Quran. Dar Ibn Kathir. Dimasyq, Beirut. Al-Sijistani, Abu Daud Sulaiman bin Ashcath. (1986). Kitab al-Masahif. al-Haram: Mu’assasah Qurtubah. Al-Tirmizi, Abi Isa Muhammad Bin Isa Bin Saurah. (2002). Sunan Al-Tirmizi. Al-Jami’ alSohih. Dar Ma’rifah. Beirut. Al-Zabidi, Muhammad bin al-Hasan.(1984). Tabaqat al-Nahwiyyin wa al-Lughawiyyin. Cetakan kedua. Muhammad Abu Fadl Ibrahim (pnyt). Dar al-Macrif. Misr. Al-Zarkashi, Badr al-Din Muhammad bin Abd Allah. (1979). Al-Burhan fi cUlum al-Quran. Muhammad Abu Fadl Ibrahim (pnyt).Dar al-Jil. Beirut.
606
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Al-Zarqani, Muhammad Abd al-Azim al-Zarqani. (1995).Manahil al-Irfan Fi Ulum al-Quran. Juz al-Awwal.Dar Kitab al-Arabi.Beirut. Ibn al-Jazari, Shams al-Din Abu Khayr Muhammad bin Muhammad. (1982). Ghayat al-Nihayah fi Tabaqatal-Qurra.Cetakan ketiga.Dar al-Kutub al-cIlmiyah. Beirut. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. (2007). Panduan Rasm Uthmani. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Kuala Lumpur. Manna’ Qitan. (1983).Mabahith Fi Ulum al-Quran. Mansyurat al-‘Asr al-Hadith.Riyadh. Noresah bt. Baharom.2013.Kamus Dewan Edisi Keempat.Dewan Bahasa dan Pustaka. Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Selangor. Nuh Al-Faqir. (2003). Ibq al-Raihan fi Ulum al-Quran.Maktabah Dandis.Amman. Sya’ban, Muhammad Ismail.(1997).Rasm al-Mushaf wa Dabtuhu Baina al-Tauqif wa al-Istilahat al-Hadithah.Dar al-Salam. Kaherah. Syalabi, Abdul Fatah Ismail Syalabi.(t.th). Rasm al-Mushaf al-Uthmani wa Awham alMustshriqin fi Qiraat al-Quran al-Karim.Maktabah Wahbah. Kaherah.
607