BIDANG PENYELIDIKAN: KEUSAHAWANAN TAJUK PENYELIDIKAN: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) MUSLIM DI PULAU LANGKAWI, KEDAH: KEPATUHAN KEPADA PRINSIPPRINSIP URUSNIAGA MENURUT ISLAM SEBAGAI PEGANTARA. PENYELIA DALAMAN: DR ZAINI JAMALUDIN PENYELIA LUARAN: PM DR. HIZAM HANAFIAH (UKM) SEMESTER DAN TAHUN KEMASUKAN: SESI II 2013/2014 (28 NOVEMBER 2013) TAHAP: AWAL 1
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) MUSLIM DI PULAU LANGKAWI, KEDAH: KEPATUHAN KEPADA PRINSIP-PRINSIP URUSNIAGA MENURUT ISLAM SEBAGAI PEGANTARA. OLEH: SUHAILA NADZRI PENYELIA DALAMAN: DR ZAINI JAMALUDIN PENYELIA LUARAN: PM DR. HIZAM HANAFIAH (UKM) 2
SKOP KAJIAN Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Muslim di Pulau Langkawi. Pengalaman 5 tahun dalam perniagaan.
3
LATAR BELAKANG KAJIAN Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ini memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan Negara. Menurut Laporan Tahunan PKS 2012/13 oleh Majlis PKS Kebangsaan, sumbangan PKS kepada Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) keseluruhan mengikut aktiviti ekonomi utama telah meningkat daripada 32.5 peratus pada tahun 2011 kepada 32.7 peratus pada tahun 2012. Guna tenaga dalam sektor ini juga telah bertambah daripada 4,100,952 pada tahun 2009 kepada 4,854,142 pada tahun 2012 (Portal Rasmi SME Corp 2014).
4
LATAR BELAKANG KAJIAN SENARIO PULAU LANGKAWI Langkawi telah mengalami satu anjakan @ transformasi ekonomi yang besar selepas diistiharkan sebagai pulau bebas cukai pada 1 Januari 1987 dan telepas daripada sumpahan mahsuri (Ishak Yussof et al 2007). Pelbagai rancangan pembangunan dan aktiviti pelancongan dirancang oleh kerajaan. Sektor pertanian sebagai sumber utama pekerjaan penduduk telah diambil alih oleh sektor perniagaan dan perkhidmatan. 5
SOROTAN LITERATUR Faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan dan PKS di Malaysia seperti berikut: 1) Kemahiran Pengurusan, Pengalaman Pengurusan dan Industri, Perancangan dan Keadaan Ekonomi (Azmi Abdul Manaf et al 2012, Buerah Tunggak et al. 2011, Nurul Huda Che Abdullah et al 2009, Mohd Hassan 2007) 2) Ciri-ciri Keusahawanan dan Orientasi Keusahawanan (EO) yang dimiliki (Buerah Tunggak et al. 2011,Ishak Yusof 2011, Hasnah Ali et al. 2010, Norita Deraman et al. 2005) 3)Hubungan Sosial, Jaringan dan Pemasaran ( Syed Shah Alam et al 2011, Zafir Mohd makhbul 2011, Abdul Ghani Farinda et al 2009,Sazelin Arif 2009, Noorasiah Sulaiman et al 2007) 6
SOROTAN LITERATUR Faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan PKS di Malaysia seperti berikut: 4)Pegangan atau ketaatan kepada agama islam ( Lim Jei Wei 2013, Muhammad Zulkifli et al 2013, Berah Tunggak et al. 2011, Norashidah Othman et al. 2009) 5) Bantuan dan Sokongan Kerajaan (Syarifah Rohaya et al 2013, Siti Nor Wardatulaina 2011, Mohd Hidayad Hambali 2011) 7
OBJEKTIF KAJIAN OBJEKTIF UTAMA: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan PKS Muslim di Pulau Langkawi OBJEKTIF SPESIFIK: 1) Menilai samada faktor dalaman atau faktor luaran yang lebih mempengaruhi kejayaan usahawan PKS di Pulau Langkawi. 2) Menganalisa sejauhmana faktor pengantara turut mempengaruhi kejayaan usahawan PKS di Pulau Langkawi. 8
PERSOALAN KAJIAN PERSOALAN KAJIAN UTAMA: Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan PKS Muslim di Pulau Langkawi PERSOALAN KAJIAN SPESIFIK: 1) Adakah faktor dalaman atau faktor luaran yang lebih mempengaruhi kejayaan usahawan PKS di Pulau Langkawi. 2) Adakah faktor pengantara turut mempengaruhi kejayaan usahawan PKS di Pulau Langkawi. 9
PEMASALAHAN KAJIAN SENARIO SEMASA
Perusahaan Kecil dan Sederhana Menyumbang 31% kepada KDNK, 56% kepada tenaga kerja dan 19% daripada jumlah eksport negara tahun 2012. Faktor- faktor kegagalan PKS dipengaruhi oleh kemelesetan ekonomi dan kenaikan kos (belanjawan 2012) Kajian menunjukkan kebanyakan usahawan pernah gagal sekurang-kurangnya sekali sebelum bangkit semula dan mampu bertahan dan mencapai kejayaan (Ishak Yusof 2011, Thuaibah @Suaibah Abu Bakar at al. 2007)) Adalah penting mengkaji faktor kejayaan untuk dijadikan panduan oleh usahawan yang gagal atau kurang berjaya. (Ishak Yusof, khairunnisa mardzuki et al. 2011, Thiloshini Govindasamy 2010, Thuaibah, Siti Nor Wardatulaina Mohd Yusof 2011, Mohd Hassan Mohd Osman 2007) 10
PEMASALAHAN KAJIAN Adakah kejayaan usahawan PKS di Pulau Langkawi disebabkan faktor-faktor dalaman iaitu ciri-ciri usahawan yang mereka miliki ataupun turut dipengaruhi oleh faktor luaran seperti polisi dan sokongan kerajaan melalui dana pembangunan sektor perlancongan di tempat ini? Selari atau tidak dengan dapatan kajian oleh Ishak Yusof 2011 yang menyatakan prestasi kejayaan usahawan melayu di Pulau Langkawi disebabkan faktor dalaman usahawan iaitu latar belakang usahawan melayu di sini iaitu jati diri, jujur, tidak mudah mengalah, yakin dan gigih berusaha. Kajian ini tidak mengaitkan dengan faktor luaran.
11
KEPENTINGAN/SUMBANGAN KAJIAN 1. Dapat kajian ini boleh digunapakai oleh kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan untuk membangunkan prasarana dan latihan-latihan yang lebih berkesan kepada usahawan di Langkawi dan di luar Langkawi. 2. Boleh dijadikan panduan oleh usahawan-usahawan yang kurang berjaya atau yang baru menceburi bidang perniagaan untuk lebih berjaya dan merangka strategi jaringan, pemasaran yang lebih menguntungkan. 3. Boleh digunapakai oleh pihak-pihak atau penyelidikpenyelidik lain di masa depan yang membuat kajian perbandingan faktor kejayaan usahawan antara kawasan. 12
CADANGAN KERANGKA KAJIAN Pembolehubah Tidak Bersandar
Pembolehubah Pengantara/ Penyederhana
Pembolehubah Bersandar
ORENTASI/CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN SOKONGAN DAN POLISI KERAJAAN JARINGAN
Kepatuhan kepada prinsip-prinsip Urusniaga Menurut Islam
KEJAYAAN USAHAWAN PKS
MOTIVASI
LOKASI/TEMPAT PERNIAGAAN 13
Pembolehubah pengantara prinsip urusniaga menurut islam: 1) perniagaan adalah halal dan bukan subhah. (Ros Hasri Ahmad et al 2011, Muhammad Nasri Md. Hussain dan Muhammad Ahmad 2006) 2) kebebasan dalam menjual beli-tiada paksaan 3) kerelaan kedua-dua pihak-persetujuan daripada sudut harga 4) keadilan dalam perniagaan-jujur, ikhlas, amanah 5) kebajikan-tidak zalim dan monopoli 6) kesopanan- hubungan baik, berbudi bahasa, bertolak ansur, bertimbang rasa Ros Hasri Ahmad et al 2011, Mustafa Daud 1995 14
KERANGKA TEORI KAJIAN Kerangka teori Kajian ini akan menggunakan dua teori di bawah: 1) Teori keperluan untuk pencapaian McClelland 1961 2) Teori ERG oleh Clayton Alderfer 1972 3) Teori Jangkaan Victor Vroom 1964
15
REKABENTUK KAJIAN
Kajian Kuantitatif Pengumpulan data primer- Edaran borang soal selidik Kaedah persampelan- menggunakan persampelan rawak mudah. Penganalisaan data guna teknik deskriptif (min, sisihan piawai, frekuensi, mod, jadual silangan), kesesuaian data menggunakan ujian kebolehpercayaan dan pengujian hipothesis menggunakan korelasi, regresi dan lain-lain 16
BATASAN/LIMITASI KAJIAN Hanya mengkaji faktor luaran dan dalaman kejayaan usahawan PKS muslim di Pulau besar Langkawi. Jadi dapatan kajian ini tidak mengambarkan keseluruhan usahawan di Malaysia. Hanya empat faktor luaran yang dikaji iaitu lokasi, jaringan, motivasi dan polisi/sokongan kerajaan sedangkan terdapat banyak lagi faktor-faktor luaran yang turut mempengaruhi kejayaan usahawan.
17