BAHASA MELAYU (1132) 1
TUJUAN PEPERIKSAAN Peperiksaan Bahasa Melayu GCE Peringkat Biasa bertujuan untuk mengukur tahap pencapaian dan kecekapan calon dalam bidang bahasa berdasarkan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Menengah, Kementerian Pendidikan.
2
OBJEKTIF PENILAIAN Peperiksaan Bahasa Melayu bertujuan untuk menilai keupayaan calon: (a)
mendengar dan memahami pelbagai jenis teks lisan, mengingat butir-butir, mengenal pasti idea penting dan idea tersirat dalam teks yang didengar;
(b)
membaca teks secara lantang dengan lancar, sebutan yang betul, artikulasi yang jelas, intonasi dan tekanan suara yang sesuai dengan menggunakan sebutan baku;
(c)
bertutur dengan fasih dan jelas dalam situasi sehari-hari dan memberikan respons yang sesuai secara lisan terhadap pelbagai rangsangan (misalnya gambar atau topik) dalam bahasa Melayu baku;
(d)
membaca dan memahami pelbagai jenis teks dan memberikan respons terhadap teks seperti:
3
mengenal pasti maklumat khusus yang diperlukan mengenal pasti idea utama memastikan sebab dan akibat membuat perbandingan memberikan penerangan membuat inferens/kesimpulan yang mudah mengenai makna yang tersirat memberikan sebab/penjelasan untuk menyokong sesuatu respons atau pendapat menerangkan makna perkataan/frasa mengikut konteks;
(e)
mengaplikasikan pengetahuan kosa kata dan tatabahasa dalam konteks yang sesuai;
(f)
memahami makna peribahasa dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang sesuai; dan
(g)
menulis pelbagai jenis karangan dengan berkesan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi.
FORMAT PEPERIKSAAN Format peperiksaan bagi Bahasa Melayu GCE Peringkat Biasa terbahagi kepada: Kertas 1: Penulisan Fungsional dan Penulisan Esei Kertas 2: Penggunaan Bahasa dan Kefahaman Kertas 3: Lisan dan Kefahaman Mendengar
1
Kertas 1: Penulisan Fungsional dan Penulisan Esei – 60 markah (30%) Kertas 1 mengandungi dua bahagian; Bahagian A dan Bahagian B. Calon dikehendaki menjawab dua soalan; satu daripada Bahagian A dan satu lagi daripada Bahagian B. Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam. Kamus yang diluluskan boleh digunakan.
Bahagian A: Penulisan Fungsional – 20 markah (10%) Calon dikehendaki menjawab satu daripada dua soalan yang dikemukakan dengan menggunakan sekurang-kurangnya 120 patah perkataan. Calon harus menjawab soalan dalam format e-mel: - E-mel Tidak Fornal Calon dikehendaki menulis respons kepada e-mel peribadi. - E-mel Formal Calon dikehendaki menulis e-mel formal berdasarkan maklumat yang diberikan. Sebagai contoh, kepada ruangan forum, untuk melaporkan insiden kepada pihak sekolah dan lain-lain lagi.
Bahagian B: Penulisan Esei – 40 markah (20%) Calon dikehendaki menulis sebuah karangan deskriptif, ekspositori atau naratif dengan menggunakan sekurang-kurangnya 240 patah perkataan.
Kertas 2: Penggunaan Bahasa dan Kefahaman – 70 markah (35%) Kertas 2 mengandungi tiga bahagian; Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 30 minit.
Bahagian A: Penggunaan Bahasa – 30 markah (15%) -
Pengimbuhan – 10 markah (5%) Bahagian ini mengandungi lima soalan. Calon dikehendaki membubuhkan lima patah perkataan yang digarisi dengan imbuhan yang tepat.
-
Peribahasa – 10 markah (5%) Bahagian ini mengandungi lima soalan berbentuk mengisi tempat kosong. Calon dikehendaki memberikan peribahasa yang tepat berdasarkan konteks yang diberikan.
-
Golongan Kata – 10 markah (5%) Bahagian ini mengandungi lima soalan tatabahasa berbentuk melengkapkan teks. Calon dikehendaki memberikan perkataan yang tepat berdasarkan teks yang diberikan.
Bahagian B: Kefahaman 1 – 10 markah (5%) Bahagian ini mengandungi lima soalan kefahaman berbentuk aneka pilihan (MCQ). Calon dikehendaki menjawab soalan berdasarkan 1-2 teks seperti iklan, brosur, poster, risalah, menu dan lain-lain lagi.
2
Bahagian C: Kefahaman 2 – 30 markah (15%) Bahagian ini mengandungi 10 soalan berbentuk respons bebas berdasarkan satu teks naratif. Calon dikehendaki menjawab enam soalan kefahaman. Bagi soalan kosa kata, empat perkataan dan/frasa dikenal pasti dan calon dikehendaki memberikan maksud perkataan/frasa tersebut mengikut konteks yang diberikan.
Kertas 3: Lisan dan Kefahaman Mendengar – 70 markah (35%) Kertas 3 mengandungi dua komponen.
Lisan: 70 markah (35%) Peperiksaan Lisan terdiri daripada dua bahagian. Masa yang diperuntukkan adalah lebih kurang 15 minit. Calon diberi masa persiapan selama 10 minit. - Bahagian A: Bacaan Lantang – 10 markah (5%) Calon dikehendaki membaca lantang petikan karangan yang diberikan. - Bahagian B: Perbualan – 40 markah (20%) Bahagian 1: Calon dikehendaki berbual berdasarkan gambar yang diberikan. Bahagian 2: Calon dikehendaki berbual mengenai topik yang diberikan. Topik yang diberikan berkaitan dengan tema gambar.
Kefahaman Mendengar: 20 markah (10%) Bahagian ini mengandungi 10 soalan berbentuk aneka pilihan (MCQ). Calon dikehendaki menjawab soalan berdasarkan 6 teks autentik pelbagai genre seperti rencana, iklan, pengumuman, cerpen dan lain-lain lagi. Tiga daripada teks tersebut merupakan teks pendek (satu soalan bagi setiap teks pendek). Masa yang diperuntukkan adalah lebih kurang 30 minit.
3
4
JADUAL PENGKHUSUSAN
Kertas (Masa)
1 (2 jam)
2 (1 jam 30 min)
Komponen
Karangan Bahagian A Penulisan Fungsional menggunakan format e-mel
Jenis Item
Jumlah Soalan (Jumlah soalan yang perlu dijawab)
Markah (Timbangan)
Respons Bebas
2 (1)
20 (10%)
Penerangan
Panjangnya e-mel hendaklah tidak kurang daripada 120 patah perkataan.
E-mel Tidak Formal
Calon dikehendaki menulis respons kepada e-mel peribadi.
E-mel Formal
Berdasarkan maklumat yang diberikan, calon dikehendaki menulis e-mel formal.
Bahagian B Penulisan Esei Deskriptif Ekspositori Naratif
3 (1)
40 (20%)
Jumlah
5 (2)
60 (30%)
Respons Bebas FIB FIB
5 (5)
10 (5%)
5 (5) 5 (5)
10 (5%) 10 (5%)
Bahagian B Kefahaman 1
MCQ
5 (5)
10 (5%)
1-2 teks pendek berdasarkan bahan autentik. Sebagai contoh iklan, brosur, poster, risalah, menu dan lain-lain lagi.
Bahagian C Kefahaman 2
OE
10 (10)
30 (15%)
1 teks naratif
30 (30)
70 (35%)
Panjangnya karangan tidak kurang daripada 240 patah perkataan.
Penggunaan Bahasa dan Kefahaman Bahagian A Penggunaan Bahasa Pengimbuhan Peribahasa Golongan Kata
Jumlah
4
Kertas (Masa)
3 (15 min)
Komponen
Jenis Item
Jumlah Soalan (Jumlah soalan yang perlu dijawab)
Markah (Timbangan)
Respons Bebas
1 (1)
10 (5%)
1 (1)
40 (20%)
Lisan & Kefahaman Mendengar Lisan Bahagian A Bacaan Lantang
Bahagian B Perbualan Bahagian 1: Perbualan Berdasarkan Gambar
Respons Bebas
Kefahaman Mendengar
Jumlah
Calon dikehendaki membaca lantang petikan karangan yang diberikan.
Calon dikehendaki berbual berdasarkan gambar yang diberikan.
Bahagian 2: Perbualan Berdasarkan Topik
(Lebih kurang 30 min)
Penerangan
Calon dikehendaki berbual mengenai topik yang diberikan. Topik yang diberikan berkaitan dengan tema gambar. MCQ
10 (10)
20 (10%)
12 (12)
70 (35%)
6 teks termasuk 3 teks pendek; 1 soalan bagi setiap teks pendek.
5
SENARAI PERIBAHASA UNTUK PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA MENENGAH 1 SN
PERIBAHASA
MAKSUD
1.
ada gula adalah semut
di mana ada rezeki di situlah ramai orang
2.
ada kerak, adalah nasi
tiap perbuatan tentu meninggalkan kesannya
3.
air pun ada pasang surutnya
keadaan hidup seseorang tidak tetap, adakalanya senang ada kalanya susah
4.
alah bisa tegal biasa
perkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan terasa lagi kesukarannya
5.
bagai hujan jatuh ke pasir
kebaikan (seperti pertolongan) yang sia-sia atau tidak berbalas
6.
bagai menelan mestika embun
mendengar nasihat yang baik
7.
bagaimana acuan begitulah kuihnya
a. seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya b. keadaan sesuatu itu menurut asalnya
8.
belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai
9.
berani kerana benar, takut kerana salah
bertindak kerana berada di pihak yang benar atau untuk menegakkan kebenaran
10.
biar putih tulang, jangan putih mata
a. mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa kita terancam b. lebih baik mati daripada menanggung malu
11.
burung terbang dipipiskan lada
merancang diperoleh
sesuatu
yang
belum
pasti
12.
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
a. apabila kita menetap di sesebuah negeri (seperti kampung, masyarakat) kita perlulah mematuhi peraturan dan undangundang di tempat tersebut b. segala suruhan atau nasihat dituruti dan dikerjakan dengan sepenuh hati
6
SENARAI PERIBAHASA UNTUK PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA
SN
PERIBAHASA
MAKSUD
13.
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
14.
ditatang bagai minyak yang penuh
sangat dikasihi sempurna
15.
garam jatuh ke air
seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu nasihat atau pengajaran yang diberikan kepadanya
16.
hilang adat tegal muafakat
adat lama itu boleh diubah asal dengan muafakat
17.
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta
18.
kusut di hujung, bawa ke pangkal
apabila perundingan menemui jalan buntu, haruslah segera balik ke punca masalah
19.
malu berkayuh perahu hanyut
a. kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan
dan
dipelihara
b. kalau segan berusaha mendapat kemajuan
tidak
dengan
akan
20.
ringan tulang berat perut
jika rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki
21.
seperti anak ayam kehilangan ibu
sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah-pecah akibat kehilangan pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan
22.
sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya
7
SENARAI PERIBAHASA UNTUK PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA MENENGAH 2 SN
PERIBAHASA
MAKSUD
23.
bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
a.
bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti
b. bagaimana perbuatan/perkataan demikianlah balas dan jawapannya 24.
berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
a. walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga
25.
berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
sementara lakukanlah berfaedah
26.
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya
27.
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk
28.
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula
29.
cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga
penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain
30.
genggam bara api biar sampai jadi arang
membuat sesuatu pekerjaan yang sukar atau susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
31.
harapkan (mendengar) guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan
kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan
32.
hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain
b. walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga menunggu apa yang kegiatan/perkara-perkara
baik, yang
8
SENARAI PERIBAHASA UNTUK PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA
SN
PERIBAHASA
MAKSUD
33.
jauhari juga yang mengenal manikam
orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang
34.
jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada
35.
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai (sepakat)
36.
kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya
manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji
37.
lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya
lain negeri lain pemerintahannya
38.
laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan
39.
sekali air bah, sekali pasir berubah
apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga
40.
seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi
semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)
41.
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu
42.
seperti tikus jatuh ke beras
a. orang yang dapat kedudukan yang mewah
adat
resam
dan
cara
b. seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain 43.
tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa
44.
takut titik lalu tumpah
hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar
9
SENARAI PERIBAHASA UNTUK PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA MENENGAH 3 SN
PERIBAHASA
MAKSUD
45.
air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah
46.
belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
cerdik dan rajin
47.
baik membawa resmi ayam betina
seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbuatan supaya tidak dibenci oleh orang lain dan selamat dalam hidup
48.
berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri
49.
besar kapal, besar gelombang
makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, maka makin besar pula tanggungjawabnya
50.
biduk lalu kiambang bertaut
lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula
51.
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
a. pembahagian yang sama rata dan adil
52.
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik
53.
jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih
54.
jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika ia merendahkan dirinya sekalipun
b. sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan
10
SENARAI PERIBAHASA UNTUK PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA
SN
PERIBAHASA
MAKSUD
55.
kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba melawan orang atau berbuat sesuatu yang besar
56.
kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan
dalam percakapan atau tingkah seseorang, terkandung kemahuannya
57.
melentur buluh biarlah dari rebung
mengajar atau mendidik anak biarlah daripada kecilnya kerana apabila telah besar, keras hatinya dan perangainya susah dibentuk
58.
membuang garam ke laut
membuat sesuatu yang tidak memberikan faedah
59.
meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga
a. seseorang yang berbudi baik itu sekali pun dalam melarat tetap berbudi dan berhati mulia
laku
b. meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi kenyataan juga 60.
nasi tak dingin pinggan tak retak
orang yang cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja jarang yang rosak
61.
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
62.
pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak
tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik tua, muda ataupun anak-anak kecil
63.
sebab buah dikenal pohonnya
daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang
64.
seperti harimau menyembunyikan kukunya
orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya
65.
seperti labah-labah cinta kepada telurnya
perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikan
11
SENARAI PERIBAHASA UNTUK PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA MENENGAH 4/5 SN
PERIBAHASA
MAKSUD
66.
belayar sampai ke pulau
membuat pekerjaan sehingga sempurna
67.
hutang emas dapat dibayar, hutang budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup budi dibawa mati
68.
kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya
sesuatu perkara itu perlu disiasat dahulu dengan teliti dan tidak boleh setakat mendengar cakap-cakap orang sahaja
69.
kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar takkan berbau
tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yang disimpan sahaja
70.
kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit
kuat atau kelebihannya
71.
ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta
orang yang mengikutkan hawa nafsunya akhirnya akan binasa
72.
menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
menceritakan cacat cela kaum keluarga maka diri sendiri juga yang mendapat malu
73.
pisang tidak berbuah dua kali
manusia harus beringat-ingat supaya perkara yang tidak baik yang dialaminya tidak berulang lagi
74.
rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku
penyakit yang dihidapi itu boleh merosakkan keelokan rupa kita, begitu juga kelakuan yang keji itu boleh merosakkan nama baik bangsa kita
75.
seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan berserak
a. bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah
76.
tangan mencencang bahu memikul
kesalahan yang kita buat itu kita sendirilah yang menanggungnya
77.
tiada rotan akar berguna
kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga
berkuasa
kerana
sesuatu
b. menghukum hendaklah dengan seadiladilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berasa puas
12
SENARAI PERIBAHASA UNTUK PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKAT BIASA
SN
PERIBAHASA
MAKSUD
78.
tukang tidak membuang kayu
orang yang cerdik, sayang akan sekalian macam orang kerana masing-masing ada gunanya
79.
umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau
pendiam tetapi cekap bekerja dan pintar
80.
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan yang di dalam tangan habis hilang
13