BAB I
PENGENALAN
1.1
Pengenalan Sektor pelancongan di Malaysia telah diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan
sejak pertengahan tahun 1980-an. Kepesatan perkembangan industri pelancongan bermula sejak Rancangan Malaysia Kedua ekoran daripada kebimbangan pergantungan yang kuat kepada komoditi utama seperti petroleum, minyak kelapa sawit, getah asli dan kayu balak. Kini industri ini telah menjadi salah satu di antara industri terpenting yang menyumbang kepada sumber pendapatan negara iaitu menjadi penyumbang utama pendapatan wang asing negara, pendapatan pelancong, imbangan pembayaran, peluang guna tenaga, pembangunan industri sokongan (makanan, pengangkutan dan industri desa) dan pembangunan wilayah. Industri pelancongan sememangnya menjanjikan pulangan lumayan kepada sesebuah negara yang mempunyai sumber atau produk pelancongan yang pelbagai.
Namun begitu, industri pelancongan di Malaysia kini dilihat sebagai sesuatu yang dinamik, berubah dan bergerak dengan cepat dan kadangkala tanpa kita sedari. Perubahan ini bergantung kepada faktor permintaan pelancong di mana peningkatan bilangan kedatangan pelancong merupakan aset utama dalam menentukan pencapaian industri pelancongan di sesebuah destinasi.
2 Pada tahun 2004, Malaysia telah mencatatkan jumlah kedatangan pelancong antarabangsa seramai 15.7 juta berbanding jumlah kedatangan pelancong pada tahun 2003 iaitu hanya 10.5 juta. Keuntungan kasar telah mengalami peningkatan sebanyak 39.3% iaitu dari RM 21 bilion kepada RM29 bilion, iaitu jumlah keuntungan yang paling tinggi dalam sejarah industri pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia, 2005).
Peningkatan bilangan pelancong ini disebabkan oleh pelbagai faktor contohnya kestabilan dan pengukuhan jaminan keselamatan (safety and security) oleh kerajaan Malaysia. Meskipun kejadian pengeboman World Trade Center di New York pada 11 September 2001 sedikit sebanyak memberi kesan kepada jumlah kedatangan pelancong namun promosi mengenai jaminan keselamatan dapat menyakinkan pelancong untuk terus melancong ke Malaysia. Keselamatan adalah aspek yang perlu dititik beratkan di dalam industri pelancongan kerana ia merupakan jaminan asas kepada pelancong atau pelawat yang datang ke sesebuah destinasi. Kepentingan keselamatan juga merupakan aset dalam menarik bilangan pelancong, seterusnya dapat meningkat sumber ekonomi negara.
1.2
Pernyataan Masalah Keselamatan di dalam pelancongan mempunyai definisi yang luas merangkumi
pelbagai aspek seperti keselamatan ketika berada di sesebuah destinasi terutama di kawasan bandar (urban area). Kejadian jenayah ragut, culik, rompak, rogol dan sebagainya kerap berlaku kepada pelancong asing (Page & Callander, 2002). Keselamatan di destinasi kampung atau di kawasan alam semula jadi pula adalah terdedah kepada kejadian bencana alam seperti banjir, ribut taufan, dan tanah runtuh.
Page & Mayer (1996) menyatakan kemalangan merupakan penyebab utama kepada kecederaan, kematian dan hilang daya ingatan kepada pelancong yang melancong ke destinasi asing. Kemalangan yang melibatkan pelancong masih
3 merupakan sesuatu yang dihuraikan secara terhad di dalam penulisan ilmiah, meskipun keadaan ini (masalah keselamatan pelancong) jelas berlaku dan potensi untuk pelancong terlibat di dalam kecederaan dan kematian merupakan senario yang boleh memusnahkan industri pelancongan dan ekonomi negara yang bergantung pada sektor pelancongan (Clift & Page, 1996).
Semua individu sedia maklum bahawa kejadian kemalangan yang melibatkan pelancong akan memberi kesan yang negatif kepada industri pelancongan itu sendiri (Clift & Page, 1996; Greenaway, 1996; Wilks et al., 1996) dan faktor keselamatan dikenal pasti sebagai faktor utuma dalam pemilihan destinasi (Bovet, 1994; World Tourism Organisation, 1996). Jika destinasi tersebut mempunyai statistik kemalangan yang melibatkan pelancong yang tinggi, maka destinasi tersebut bukanlah menjadi pilihan utama. Menurut George, (2003), jika pelancong berasa tidak selamat atau terancam di sesuatu destinasi, pelancong tersebut boleh membuat tanggapan negatif terhadap destinasi tersebut. Ini seterusnya akan memusnahkan industri pelancongan di destinasi berkenaan kesan dari penurunan kedatangan pelancong. Ini akan berlaku apabila:i.
Pelancong mungkin tidak akan memilih untuk mengunjungi destinasi berkenaan disebabkan kadar jenayah yang tinggi.
ii.
Jika pelancong berasa tidak selamat, mereka tidak akan membuat sebarang aktiviti di luar penginapan mereka.
iii.
Pelancong yang merasa dirinya terancam atau tidak selamat tidak akan membuat kunjungan kali kedua dan tentunya tidak akan mencadangkan destinasi berkenaan kepada saudara mara dan rakan
Justeru itu, tanggapan atau persepsi pelancong merupakan salah satu faktor utama di dalam pemilihan destinasi. Ramai sarjana barat telah mengkaji mengenai persepsi keselamatan pelancong di antaranya ialah Richard George (2003). Di dalam penulisannya yang bertajuk ‘Tourist’s perceptions of safety and security while visiting Cape Town’, beliau telah membuat perkaitan di antara persepsi pelancong terhadap keselamatan dengan faktor sosio-demografi pelancong tersebut.
4 Terdapat beberapa pengkaji (Demos, 1992; George. R. 2003) yang telah membuat kajian berhubung persepsi keselamatan pelancong yang memfokuskan kajian mereka di kawasan bandar tetapi agak kurang kajian yang dilakukan di destinasi luar bandar contohnya destinasi alam semulajadi atau ekopelancongan. Kajian perlu dilakukan di destinasi ekopelancongan di Malaysia kerana: i.
Sumber alam semulajadi merupakan antara produk dan tarikan utama dalam menarik kedatangan pelancong ke Malaysia (Tourism Malaysia, 2004).
ii.
Terdapat punca atau ancaman kemalangan yang berbeza di kawasan ekopelancongan berbanding di kawasan bandar.
Oleh itu, kajian terhadap keselamatan perlu dilakukan di setiap destinasi pelancongan untuk menjamin keselamatan para pelancong seterusnya membina tanggapan positif terhadap sesebuah destinasi pelancongan.
1.3
Persoalan Kajian
Daripada pernyataan masalah di atas, dua persoalan kajian telah dibentuk. a. Adakah persepsi pelancong terhadap keselamatan di kawasan ekopelancongan berbeza berdasarkan faktor sosio demografi pelancong? b. Adakah tahap kepuasan pelancong terhadap aspek pengurusan keselamatan di sesebuah destinasi mempengaruhi persepsi mereka terhadap keselamatan di destinasi berkenaan?
5 1.4
Matlamat dan Objektif Kajian
1.4.1
Matlamat kajian ini adalah: “Meningkatkan kualiti dan jaminan keselamatan pelancong di Taman Negara, Pahang”
1.4.2
Objektif utama kajian ini adalah:
a. Mengenalpasti pengurusan dan kawalan keselamatan pelancong yang diaplikasikan di Taman Negara. b. Menilai persepsi pelancong mengenai keselamatan mereka ketika berada di kawasan ekopelancongan. c. Mengenal pasti perkaitan di antara persepsi keselamatan pelancong dan ciri-ciri demografi pelancong. d. Mengenal pasti sama ada kepuasan terhadap pengurusan keselamatan mempengaruhi persepsi keselamatan pelancong.
1.5
Skop Kajian
Skop kajian terbahagi kepada tiga bahagian: i. Mengenalpasti
pengurusan
dan
kawalan
keselamatan
pelancong
yang
diaplikasikan oleh pengurusan Taman Negara berdasarkan: a. temuduga dengan pihak pengurusan Taman Negara b. soal selidik mengenai kepuasan berkaitan pengurusan keselamatan di Taman Negara terhadap pengunjung Taman Negara.
6 ii. Mengkaji
dan
menilai
profil
pelancong yang mengunjungi
kawasan
ekopelancongan segi latar belakang, tujuan dan bentuk aktiviti yang dilakukan berdasarkan borang soal selidik. iii. Menilai persepsi pelancong terhadap tahap keselamatan yang sedia ada dan mengaitkan persepsi ini dengan profil pelancong berdasarkan konsep teoritikal. iv. Menilai tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan keselamatan yang sedia ada dan mengaitkannya dengan persepsi pelancong terhadap keselamatan.
1.6
Peringkat Kajian
Peringkat kajian dibahagikan kepada 4 iaitu: (rujuk Rajah 1.1)
1.6.1
Fasa I - Kajian Awal
Langkah pertama dimulai dengan mengenal pasti isu dan masalah sebelum menetapkan matlamat dan objektif. Seterusnya, persoalan penyelidikan dalam kajian dirangka merujuk kepada kajian literatur dan kajian teoritikal. Setelah itu, tiga skop kajian ditentukan dengan berdasarkan persoalan penyelidikan.
1.6.2
Fasa II - Pengumpulan Maklumat
Fasa ini melibatkan dua komponen iaitu data primer dan data sekunder di mana ianya digabungkan bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian. Bagi data primer, kajian tapak dijalankan melalui kaedah borang soal selidik dan temu bual. Manakala data sekunder diperolehi daripada laporan, polisi, garis panduan, statistik daripada Tourism Malaysia, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Pahang dan sebagainya.
7 1.6.3
Fasa III – Analisis
Fasa ini melibatkan analisis terhadap data dan maklumat yang dikumpulkan semasa fasa ke dua. Analisis ini akan menggunakan perisian SPSS (iaitu menggunakan analisis statistik cross-tabulation dan ANOVA) untuk mencari perkaitan antara persepsi pelancong terhadap keselamatan dan sosio-demografi pelancong. Analisis juga dibuat untuk mengetahui sama ada tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan keselamatan mempengaruhi persepsi pelancong. Dan analisis terakhir ialah menilai pengurusan dan kawalan keselamatan oleh pihak pengurusan destinasi ekopelancongan.
1.6.4
Fasa IV - Penemuan Kajian dan Cadangan
Fasa yang terakhir iaitu penemuan kajian dan rumusan daripada analisis yang telah dibuat. Fasa ini juga turut menjawab persoalan kajian yang telah dibentuk dan seterusnya mencapai matlamat kajian iaitu ‘Meningkatkan kualiti keselamatan di kawasan ekopelancongan’.
8 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
FASA 1 : KAJIAN AWAL
PERSOALAN PENYELIDIKAN
SKOP KAJIAN
PENGURUSAN DAN KAWALAN KESELAMATAN DI KAWASAN EKOPELANCONGAN
PROFIL PELANCONG & PERSEPSI PELANCONG TERHADAP KESELAMATAN DI KAWASAN EKOPELANCONGAN
KEPUASAN PELANCONG TERHADAP PENGURUSAN KESELAMATAN KAWASAN EKOPELANCONGAN
FASA 2 : PENGUMPULAN DATA
PENGUMPULAN MAKLUMAT
FASA 3 : ANALISIS
ANALISIS & PENILAIAN PROFIL PELANCONG & PERSEPSI PELANCONG TERHADAP KESELAMATAN
TAHAP KEPUASAN PELANCONG TERHADAP PENGURUSAN DAN KAWALAN KESELAMATAN
CROSS-TAB & ANOVA
FASA 4 :PENEMUAN KAJIAN
PENEMUAN KAJIAN
RUMUSAN DAN CADANGAN
Rajah 1.1: Carta Alir Kajian
9 1.7
Kaedah Pengumpulan Dan Analisis Data
1.7.1
Penentuan Saiz Sampel
(a)
CROSS-TABULATION & ANOVA (Analysis of Variance)
Kedua-dua analisis ini digunakan untuk menilai persepsi keselamatan di kawasan kajian serta menilai tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan dan kawalan keselamatan oleh pihak pengurusan.
Cross-tabulation dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti samada wujud hubungan yang signifikan secara statistik di antara ciri-ciri demografi pelancong yang spesifik (contoh: negara asal) dengan persepsi mereka terhadap keselamatan. Manakala ANOVA dijalankan untuk mengenalpasti samada terdapat hubungan statistik antara persepsi pelancong dan faktor sosio-demografi seperti jantina, umur, negara asal, tujuan lawatan, kekerapan lawatan dan sebagaiya. Analisis ini menggunakan ujian ANOVA iaitu chi-square (x²). Analisis cross-tabulation juga digunakan untuk mengenal pasti sama ada tahap kepuasan pelancong mempengaruhi persepsi mereka terhadap keselamatan.
Kajian ini akan dijalankan menggunakan borang soal selidik yang dijalankan secara ‘probability sampling’. Terdapat beberapa jenis ‘probability sampling’ iaitu ‘Random Sampling’ dan ‘Stratified Sampling’. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan ‘Random Sampling’ ialah sampel di mana pemilihan elemen-elemen populasi sedemilkian rupa sehingga setiap elemen mempunyai kesempatan yang sama menjadi anggota sampel (Rohana Yusof, 2004). Ia juga bermaksud kesemua unit dalam sesuatu populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih.
10 Berdasarkan statistik kedatangan pelancong pada 2005, Taman Negara menerima seramai 71,631 orang pelancong. Untuk tujuan pengiraan sampel, hanya 257 responden yang diambil sebagai sampel kajian.
Borang soal selidik ini telah dipenuhi menggunakan 2 kaedah iaitu sebahagiannya dijalankan secara bersemuka (face to face) dan sebahagian lagi diletakkan di kaunter informasi.
1.7.2
Instrumen Tinjauan (Survey Instrument)
a)
Borang soal selidik
Borang soal selidik akan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu: (rujuk Lampiran A dan Lampiran B) i.
Bahagian A – Profil Pelancong
ii.
Bahagian B – Mengenai Lawatan Pelancong
iii.
Bahagian C – Persepsi Pelancong Mengenai Keselamatan di TN
iv.
Bahagian D – Tahap Kepuasan Mengenai Pengurusan Taman Negara
Bahagian pertama mengandungi soalan mengenai latar belakang responden seperti umur, asal negara dan sebagainya. Tujuan bahagian ini adalah untuk menentukan profil pelancong yang datang ke kawasan kajian. Bahagian kedua mengandungi soalan yang berkaitan dengan lawatan pelancong seperti kekerapan, sumber informasi serta aktiviti yang dilakukan ketika berada di kawasan kajian.
Bahagian ke tiga adalah mengenai persepsi atau anggapan serta pandangan pelancong mengenai kesedaran dan tahap keselamatan ketika berada di kawasan kajian. Bahagian ini akan dirangka menggunakan cara Skala Likert (Likert Scale) iaitu tahap dari “sangat selamat (very safe) (1)’” kepada “sangat tidak selamat (very unsafe) (5)” (rujuk Jadual 1.1).
11
Jadual 1.1: Skala Likert Kajian Keselamatan Pelancong Skala
Skor
Sangat selamat
1
Kriteria Individu merasakan kawasan tarikan dan melakukan aktiviti tidak akan mengancam atau mendatangkan kemudaratan / kecederaan kepada tubuh badan individu. Tiada risiko kemalangan.
Selamat
2
Individu merasakan kawasan tarikan dan melakukan aktiviti boleh mendatangkan kemudaratan / kecederaan kecil (hazard yang minima) seperti calar dan luka kecil kepada individu yang hanya memerlukan bantuan alatan peti pertolongan cemas. Kurang berisiko.
Neutral
3
Individu tidak dapat mengkategorikan kawasan tarikan dan aktiviti yang dilakukan adalah selamat atau tidak selamat.
Tidak Selamat
4
Individu merasakan dirinya terancam atau terdedah kepada bahaya dan kemalangan yang boleh memudaratkan dan mendatangkan kecederaan yang kurang serius seperti patah atau luka yang perlu dijahit (kepada tubuh badan individu) ketika berada di kawasan tarikan atau ketika melakukan aktiviti. Berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan.
Sangat Tidak Selamat
5
Individu merasakan dirinya amat terancam atau terdedah kepada bahaya dan kemalangan yang boleh memudaratkan / mendatangkan kecederaan yang serius (koma dan lumpuh) kepada tubuh badan individu ketika berada di kawasan tarikan atau ketika melakukan aktiviti. Sabgat berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan.
Sumber: Lois P.et al. (2004), Ferreira S. and Harmse A. (2000), Page S. (2001)
12
Manakala bahagian terakhir soal selidik adalah mengenai tahap kepuasan pengunjung terhadap pengurusan dan kawalan keselamatan oleh pihak pengurusan kawasan kajian.
b)
Temu bual (semi structured Interview)
Sesi temu bual separa berstruktur dirangka untuk mendapatkan maklumat mengenai keselamatan dari segi pengurusan di kawasan kajian. Antara maklumat yang disoal di dalam sesi temubual adalah: i.
Keadaan semasa mengenai keselamatan di kawasan kajian.
ii.
Adakah berlaku insiden-insiden yang melibatkan kemalangan yang serius kepada pelancong?
iii.
Apakah pengurusan dan kawalan keselamatan pelancong yang digunakan oleh pihak pengurusan dalam memastikan keselamatan pelancong terjamin?
iv.
Adakah ditubuhkan pasukan penyelamat khas sekiranya berlaku keadaan yang tidak diingini?
v.
Peralatan keselamatan yang digunakan semasa kecemasan?
vi.
Seterusnya adakah terdapatnya pelan-pelan kecemasan sekiranya berlaku kecemasan seperti bencana alam dan sebagainya.
13 1.8 Kawasan Kajian Taman Negara, Pahang terletak merentasi sempatan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu (rujuk Rajah 1.2). Hutan hujan ini merangkumi dua pertiga kawasan negeri Pahang dan Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia adalah terletak di Taman Negara. Destinasi ini merupakan destinasi ekopelancongan yang popular di Malaysia. Di banyak negara, pertumbuhan ekonomi ekopelancongan adalah lebih pesat daripada pertumbuhan pelancongan secara am (Pelan Ekopelancongan Kebangsaan).
Kini terdapat lebih 10,000 spesis tumbuhan, 250 jenis burung, haiwan termasuk kancil, musang, dan pelbagai spesis monyet. Terdapat juga haiwan seperti tapir, gajah, harimau bintang dan singa. Taman ini juga kaya dengan khazanah pokok yang pelbagai spesis dan ada di antaranya yang berusia 100 tahun. Antara aktiviti utama yang boleh dilakukan ketika di Taman Negara, Pahang: i.
Menaiki Laluan Kanopi yang terpanjang di dunia
ii.
Menjelajah Gua Telinga
iii.
Memerhati Burung
iv.
Menyusuri rentis-rentis hutan
v.
Mandi manda di Lata Berkoh
vi.
Rapid Shooting
vii.
Bermalam di Bunbun
viii.
Mendaki Gunung Tahan
Berdasarkan statistik pelancong yang dikeluarkan oleh pihak Taman Negara, majoriti pelancong yang berkunjung ke Taman Negara adalah pelancong domestik iaitu seramai 31,233 orang pada tahun 2004. Jumlah ini meningkat kepada 37,819 orang pada tahun 2005 (rujuk Lampiran C dan D). Manakala, bilangan pelancong asing yang tertinggi pada tahun 2004 dan 2005 adalah dari negara Belanda (Holland) iaitu seramai 5,918 orang 6,009 orang.
14
Kelantan Terengganu Taman Negara
Pahang
Petunjuk: Sempadan Negeri Sempadan Negara
Peta adalah tidak mengikut skala
Rajah 1.2: Kawasan Kajian
15 1.9 Kepentingan Kajian Kajian ini akan memberikan maklumat persepsi keselamatan pelancong di Taman Negara. Maklumat ini boleh digunakan oleh pihak pengurusan Taman Negara untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan pelancong. Jaminan tahap keselamatan ini boleh dijadikan sebagai faktor penarik (pull factor) di dalam mempromosikan Taman Negara sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan selamat untuk semua.
Daripada hasil kajian ini, kita dapat mengetahui hubungan antara persepsi pelancong terhadap keselamatan dengan faktor-faktor sosio demografi pelancong. Hubungan ini boleh digunakan di dalam analisis permintaan pelancongan (tourism demand). Selain itu, kita juga dapat mengetahui adakah tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan mempengaruhi persepsi keselamatan pelancong di Taman Negara.