ANTARA AKAL DAN WAHYU DARI PERSPEKTIF ISLAM Maad Ahmad4 Muhammad Yosef Niteh Mohd Rofaizal Ibhraim Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Akal mempunyai nilai dan kedudukan yang sangat tinggi dalam pandangan alam Islam. Ia menjadi syarat penerimaan dan taklif semua tasyri’ilahi, dimana seorang manusia tegugur dari segala tanggungjawap yang difardhukan sekiranya hilang akal pikiran. terdapat ratusan ayat alquran yang menekankan kepentingan akal serta mengajak manusia berpikir sama ada terhadap ciptaan Allah swt atau ayat al-quran itu sendiri. Namun Islam meletakkan akal pada tahapnya yang benar sesuai dengan fungsinya yang boleh terpengaruh dengan latarbelakang pendidikan seseorang dan budaya setempat, maka Allah swt menurunkan wahyu kepada para rasul sebagai pemisah antara haqq dan batil. wahyu berfungsi sebagai petunjuk mutlak yang tidak terpengaruh dengan suasana mahupun peristiwa. dalam artikel ini, penulis cuba menghuraikan kedudukan akal dan wahyu dalam pandangan alam Islam serta menghuraikan peranan sebenar kedua-duanya. Kata kunci: Akal, wahyu, pandangan alam Islam. PENDAHULUAN Setiap aliran pemikiran dan pandangan alam sesebuah idologi tidak tercetus dengan tersendiri dan tiba-tiba. sebaliknya ia merupakan satu kesenambungan dari tradegi tertentu atau latarbelakang yang panjang. begitulah kita dilihat kesenabungan antara beberapa pemikiran semasa seperti sekular, demokrasi, pluralisma, kominis dan lain-lain. setiap dari aliran ini mempunyai latarbelakang tersendiri dan mempengaruhi satu sama lain. aliranaliran ini juga mempunyai asas kukuh yang disandarkan iaitu manusia itu sendiri. maka segala usaha yang dipikirkan oleh tokoh aliran ini adalah untuk menepati kehendak manusia tanpa memikirkan pegangan agama mahupun wahyu ilahi. Pandangan alam Islam mempunyai ciri keistimewaan yang tersendiri dan berbeza dengan aliran-aliran pemikiran lain dengan ciri ketuhanan (Rabbaniyyah). Ini kerana pemikiran dan pandangan alam Islam merupkan satu gambaran hakikat pelaksanaan syariah Islam itu sendiri, maka ia tidak boleh terpengaruh dengan aliran lain mahupun latarbelakang manusia dan masyarakat. sebaliknya ia berasaskan wahyu dari Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW. dan tugas manusia tidak lain dan tidak bukan ialah mengubah watak, pemikiran, perbuatan dan kepercayaan supaya selaras dengan wahyu yang diturunkan.
4
Maad Ahmad, Pensyarah Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, KUIS.
[email protected]
Berdasarkan teori ini, mana-mana metod ilmu mahupun pemikiran yang tidak selari dan berlawanan dengan wahyu yang menjadi teras pemikiran Islam wajib ditolak dan tidak boleh dimasukkan dalam pandangan alam Islam. PENGERTIAN WAHYU: Asal istilah “Wahyu” daripada perkataan bahasa Arab )(وحي. Dalam penggunaan Arab perkataan ini memberi beberapa erti seperti: isyarat, ilham, nasihat, bimbingan, panduan atau petunjuk, yang disampaikan ke dalam hati manusia. Kemudian dari erti bahasa ini, para ulama memberi definisi “wahyu” dalam isltilah ulama Islam sebagai: “pemberitahuan Allah SWT kepada seorang nabi tentang berita-berita ghaib, Syariah, dan hukum tertentu.”5 Dilihat definisi ini jelas bahawa konsep “wahyu” dalam Islam padanya ada mempunyai dua unsur utamanya: (i) (ii)
pemberi berita (Allah SWT) penerima berita (nabi).6
PERANAN WAHYU DALAM ISLAM Allah SWT mengutuskan Rasul SAW untuk membawa Syariat Islam yang sejagat. Pengutusan rasul ini adalah satu bukti yang jelas bahawa manusia dengan akal yang dianugerahkan ini mempunyai batasan-batasan dan halangan-halangan yang tidak boleh membezakan baik dan buruk secara mutlak tanpa berpandukan wahyu ilahi. tambahan pula akal manusia boleh terpengaruh dengan bi’ah dan suasana sekeliling, kerana itu kita dapat lihat akal manusia berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Wahyu merupakan satu sumber dan panduan dasar bernilai kepada setiap individu dan masyarakat seluruhnya, maka sebarang pemikiran manusia walau sejauhmana kebijaksanaannya tetapi bertentang dengan ajaran wahyu dianggap salah dan wajib diperbetulkan.7 Sumber pensyariatan yang telah disepakati oleh ulama Islam, bahkan Umat Islam sejak dari zaman Rasulullah SAW sehingga kini ialah Al-Quran dan Al-Sunnah. Selain itu, ijma’, dan qiyas juga telah diterima sebagai sumber hukum sebagai alat bantu untuk sampai kepada hukum-hukum yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Walaubagaimanapun kedua-dua sumber yang akhir ini tidak boleh digelarkan sebagai wahyu yang diturunkan. ini kerana keduanya hanya berfungsi sebagai dalil atau petunjuk kepada hakikat wahyu yang dikehendaki oleh Syarih. Ijma’itu sendiri diterima sebagai sumber hukum kerana adanya ayat al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW yang memberi jaminan bahawa Umat Islam tidak akan bersepakat atas sesuatu kesesatan. Manakala qias pula diterima sebagai sumber hukum berpandukan kepada istiqra’ trasdisi pensyariatan dalam Islam yang berlandaskan sebab atau illah dalam menghalalkan sesuatu atau mengharamkannya. selain dari empat sumber hukum (Al-quran, Al-sunnah, Qias dan Ijma’) ada lagi beberapa sumber yang turut diterima oleh sebahagai Ulama Islam dan ditoleh oleh sebahagian antaranya masalih mursalah, istihsan, qaul Sahabi dan lain-lain
5
Ibrahim Madkur, al-Mu’jam al-Wasit,hlm 1061 Lihat Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, al-Raghib al-Asfihani, Mufradat alfaz al-Qur’an, al-Tahanawi, Kashshaf Istilahat al-Funan wa al-‘Ulum, dll. 6 Lihat, misalnya, surat al-AnbiyÉ’:5; al-ØÉffÉt:36; dan al-ÙËr:30. 7 Anwar Mujahidin, Epistemologi Islam: Kedudukan Wahyu sebagai Sumber Ilmu, 2013, 41-46
lagi, namun kesemuanya tidak dikategorikan sebagai wahyu kecuali al-Quran dan AlSunnah.
DEFINISI AL-QURAN DAN HADIS Berdasarkan beberapa sumber terhadap ungkapan Ulama Islam dalam mentakrifkan AlQuran sebagai kata-kata Allah SWT (kalamullah) yang mempunyai mukjizat tidak boleh ditandingi oleh manusia dan diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril dan disampaikan kepada umat Nabi Muhammad dengan cara mutawatir, yang bersifat pasti dan ilmu yang meyakinkan serta menduduki martabat tertinggi.8 Al-Qur’an diawali dengan surat Al-Fatihah, diakhiri dengan surat An Nas. Ia merupakan sumber hukum Islam yang utama dan wajib ke atas muslim berpegang teguh kepada hukum-hukum yang terdapat di dalamnya agar menjadi manusia yang taat kepada Allah SWT. Hadis merupakan segala bentuk yang datang dari Nabi Muhammad SAW baik berupa perkataan, perbuatan, mahupun ketetapan (taqrir).9 Menurut majoriti ulama sarjana hadith; bahawa Hadis Rasulullah SAW adalah sumber Syariat kedua setelah al-Quran. Tidak mungkin seorang yang mengaku mengikut agama Allah SWT ini sempurna imannya kecuali dengan mengambil hadis Nabi SAW dan digandingkan dengan kitab suci Allah SWT. Oleh kerana itu banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis mutawatir yang memerintahkan agar taat kepada Rasulullah dan berpegang teguh dengan sunnah dan menjadikannya sebagai hujjah (dalil, bukti). Dalam al-Quran, Allah SWT menyifatkan AsSunnah dengan makna hikmah. sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: {Sesungguhnya Allah telah memberikan kurniaan bagi orang-orang yang beriman, ketika Dia mengutus di antara mereka seorang Rasul daripada golongan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya dan membersihkan mereka (dari sifatsifat jahat), dan mengajarkan Al-Kitab (Al-Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah). Sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata}. [Ali-Imran: 164] Maksud perkataan Al-Kitab pada ayat ini adalah Al-Quran, dan yang dimaksudkan dengan Al-Hikmah adalah hadis Nabi SAW. walaupun hadis dilihat agak berbeza dengan al-Quran dari sudut kata-kata dan susunan ayat namun perlu diketahui bahawa tidak terdapat satu perbuatan pun yang semata-mata berpunca daripada sabda Baginda melainkan perbuatan itu disebutkan oleh al-Quran secara umum atau diridhai oleh Allah SWT untuk dijadikan ikutan dan panduan kepada Umat Islam. Firman Allah Taala di dalam al-Quran yang bermaksud: {Dan apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah! Dan apa yang ditegahnya, jauhilah!} [Al-Hasyr: 7].
Ajaj al-Khatib, Usul al-Hadis, hlm 31, dilihat ‘Atr, Nur al-Din, Manhaj al-Naqad Fi ‘Ulum al-Hadit, hlm 324 Ibid. Usul al-Hadis ‘Ulumuh wa Mustalahul, Beirut; Dar al-Fikr al-Hadis, hlm 26, al-Qasim, Muhammad Jamal al-Din, Qawa’id al-Tahdith Min Funun Mustalah al-Hadis, Beirut; Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah, Cet.1, hlm 61. 8 9
Dan firman-Nya lagi: {Katakanlah! Sekiranya kamu menyintai Allah Taala, maka ikutlah aku. Kamu akan dikasihi Allah. Dan Dia akan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang. Katakanlah! Taatlah akan Allah dan Rasul. Dan sekiranya kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang kafir.} [Aal Imran: 32]. Para Sahabat Rasulullah SAW juga bersepakat mengatakan hadis sebagai hujjah yang wajib diikuti dan diterimapakai sebagai sumber hukum. Tidak ada seorang pun daripada mereka yang hanya beramal dengan al-Quran sahaja. Apa yang pernah diriwayatkan bahawa ada sebahagian daripada mereka yang menolak hadis yang diriwayatkan kepada mereka, bukan bermakna mereka menolaknya, tetapi dia tidak yakin dengan kesahihan hadis tersebut atau terdapat hadis lain yang baginya lebih kuat. Dalam al-Quran, terdapat puluhan ayat yang memberi nilai kepada hadis Rasullah dan meletakkannya sebagai sember rujukan dalam Syariah. Begitu juga puluhan ayat al-Quran mengecam sesiapa sahaja yang melawan atau membelakangi hadis Rasulullah SAW. Antaranya firman Allah SWT yang bermaskud: {Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan uli al-amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.} [Al-Nisaa’: 59] Kembali kepada Allah adalah kembali kepada kitab-Nya, dan kembali kepada Rasulullah s.a.w adalah kembali kepadanya semasa hidupnya dan kepada Sunnahnya setelah wafatnya. Allah SWT berfirman lagi: {Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} {Aali Imran: 31]. Ayat ini menunjukkan bahawa cinta kepada Allah itu adalah ittiba’ (mengikuti) Rasulullah s.a.w. Mengikuti Rasulullah itu adalah mengikutinya dalam segala ucapan, perbuatan dan petunjuknya. Maka pengakuan cinta kepada Allah dari orang yang tidak mengikuti hadis Nabawi dan tidak memandang wajibnya mengamalkan hadis, adalah pengakuan dusta belaka. Al-Quran juga telah menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w secara mensyariatkan adalah wahyu dari Allah SWT. sepertimana dalam FirmanNya: {Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Muhammad s.a.w) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).} [An-Najm: 3-4].
Dapat difahami bahawa perkataan Rasulullah s.a.w seperti al-Quran dari segi sumber. Keduanya adalah wahyu dari Allah SWT, tetapi Sunnah diwahyukan dengan maknanya sahaja. Jika al-Quran wajib diikuti kerana ia dari Allah maka begitu juga dengan Sunnah kerana maknanya dari Allah juga. Antara bukti yang kukuh berkaitan kedudukan hadis dalam syariah, Allah SWT telah memberi kepada Rasulullah s.a.w tugas menjelaskan makna-makna al-Quran dan menerangkan hukum-hukumnya yang umum. Firman Allah SWT yang maksudnya: {Dan kami turunkan kepadamu Al-Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka berfikir.} [An-Nahl: 44]. Daripada hadis pula, kita dapati bahawa Rasulullah SAW sangat tegas dalam bab ini. dan baginda mengecam sekeras-kerasnya ke atas mereka yang meninggalkan sunnah baginda. dalam sebuah hadis baginda bersabda yan bermaksud “Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang menolak dan tidak mahu.” Sahabat bertanya: “Siapakah yang menolak wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Sesiapa yang taat (setia) kepadaku dia pasti masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka bererti dia menolak.” [Riwayat Bukhari : 6751]. Para ulama' sepakat berpendapat bahawa Sunnah dianggap sebagai Hujjah dan sumber hukum yang wajib beramal dengannya jika ianya sabit dari Rasulullah s.a.w. Para ulama' semenjak zaman Nabi s.a.w sehingga ke hari ini sepakat berpendapat bahawa wajib berpegang dengan hukum-hukum yang terdapat dalam Sunnah dan mesti dirujuk kepadanya untuk mengetahui hukum-hukum Syara’. Tiada para sahabat dan mereka yang kemudian daripadanya samada dari kalangan tabi’in dan seterusnya, membezakan di antara hukum yang terdapat dalam al-Quran dan yang terdapat dalam Sunnah, kedua-duanya bagi mereka wajib diikuti kerana sumber keduanya adalah satu, iaitu wahyu Allah SWT. Daripada keterangan ini jelaslah bahawa berhujjah dengan sunnah dan mengamalkannya adalah wajib, dan bahawa kedudukannya sebagai sumber yang kedua selepas daripada al-Quran, wajib ditaati dan diikuti. Orang yang tidak mengambil sunnah pada hakikatnya sama dengan tidak mengambil al-Quran. Taat kepada Rasulullah adalah taat kepada Allah, maksiat kepada Rasulullah s.a.w adalah maksiat kepada Allah SWT. Sesungguhnya jalan selamat dan benteng daripada kesesatan adalah berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah secara seiring, menurut manhaj dan fahaman yang betul. PERANAN AKAL Dalam perbahasan karya-karya tradisi Islam, akal dilihat sebagai satu unsur penting dalam diri manusia. la malah menjadi unsur pentakrif yang membezakan manusia dari makhlukmakhluk Tuhan yang lain. Namun, ada juga yang menilainya dari sudut pandangan yang negatif terutama yang berkecenderungan untuk mempertentangkan akal dengan agama. Bagi mereka, penggunaan akal dalam memahami sesuatu merupakan satu kecenderungan dan pendekatan yang merosakkan kerana ia akan membawa manusia jauh dari agama. Akal dilihat sebagai sesuatu yang rendah peranannya dalam membuat sesuatu penilaian. Lebih jauh, ada yang mengatakan ia merupakan alat yang menyesatkan. Lantaran itu, misalnya,
ilmu-ilmu yang berhubung dengan agama akan tetapi berteraskan akal seperti ilmu mantiq, falsafah dan kalam ditegah untuk mempelajarinya dengan alasan ilmu-ilmu ini terpengaruh dengan faham-faham akliah yang tidak berdasarkan wahyu. Justeru, tafsir al-Quran yang dikatakan berdasarkan akal seperti tafsir Mafatih al-Ghayb oleh Imam Fakhr al-Din alRazi dan al-Kashshaf karangan al-Zamakhshari diragui kandungannya hanya kerana kecenderungan pengarangnya untuk memberikan analisa-analisa akliah mengenai beberapa perkara dalam pentafsiran ayat-ayat suci. Jika diteliti penggunaan istilah akal dalam pelbagai bentuk di dalam al-Quran, nyata sekali bahawa al-Quran meletakkan akal pada kedudukan yang amat tinggi. Misalnya, perkataan yang mempunyai kata teras (ilmu) yang berkaitan rapat dengan akal telah diulang sebut sebanyak 750 kali di dalam al-Quran, dan ia merupakan perkataan ketiga banyaknya disebut selepas perkataan Allah (2800 kali) dan Rabb (950 kali), sekaligus menggambarkan kepentingannya dalam skema keutamaan istilah-istilah al-Quran. Sementara hubungan antara ilmu dan akal telah diberikan tamsilan yang menarik oleh Imam al-Ghazali apabila beliau menyatakan bahawa perumpamaan akal dengan ilmu adalah seperti buah yang terbit dari pohon atau seperti sinar yang muncul dari mentari atau seperti penglihatan yang terhasil dari mata. Justeru keutamaan akal, jelas al-Ghazali, tidak perlu dihujjahkan lagi kerana ia memang sudah menjadi sumber kepada sesuatu yang mulia. Perkataan yang mempunyai kata dasar “aqal” sendiri disebut di dalam al-Quran sebanyak 49 kali, 48 darinya disebut dalam bentuk kata kerja (fi’i1). Sebahagian besar darinya pula mengandungi makna penekanan terhadap penggunaan akal yang betul termasuk 13 kali sebutannya dalam bentuk al-istifham al-'in kari (pertanyaan negatif) seperti frasa "Apakah kamu tidak menggunakan akal? )تعقلون
(أفال
Ayat-ayat sebegini jika diteliti umumnya merupakan penjelmaan kemurkaan Allah terhadap golongan yang ingkar kepada-Nya seperti Bani Isra'il dan Ahli Kitab. Keingkaran mereka adalah disebabkan mereka tidak menggunakan akal dengan baik, bertindak bertentangan dengan hukum akal lantas tersasar dari jalan yang benar, serta tidak konsisten dalam pendirian dan perlakuan. Sebaliknya mereka yang tidak berakal, menurut al-Qur'an, bukan sahaja merujuk kepada mereka yang mempunyai kurang daya penta’kulan (bodoh), tetapi juga merujuk kepada mereka yang menyalahgunakan pengetahuan mereka dengan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Allah seperti cuba menipu Tuhan dengan menghalalkan apa yang diharamkan Allah, mempunyai akhlak yang buruk dan mereka yang tidak menggunakan pancaindera yang dikurnia Allah untuk mendekatkan diri kepadanya. Ketiadaan perkataan akal dalam bentuk kata nama ( )العقلdi dalam al-Qur'an tidak sekalikali bermakna al-Qur'an, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, tidak memberikan penerangan yang jelas tentang hakikat akal. Ini kerana di dalam al-Qur'an terdapat istilahistilah lain yang mempunyai makna yang sama dengan makna mereka yang berakal seperti ulul albab atau ulu al-nuha. Perkataan lub yang merupakan kata tunggal kepada istilah albab mempunyai makna yang sama dengan akal. Sementara akal yang dicirikan oleh dua kalimah ini, seperti yang dihuraikan oleh Imam al-Biqai, bermaksud akal yang bersih suci dan memberi kebaikan kepada empunyanya. Akal yang mempunyai kefahaman yang tulen dan bercahaya, akal yang hanya melihat ketinggian takwa, dan bersih dari unsur-unsur kebendaan yang rendah . di tempat yang lain al-quran mengaitkan ulul albab dengan sifat-
sifat akhlakiyah yang sempurna. Ringkasnya, golongan berakal yang dimaksudkan melalui perkataan ulul albab ( Surah al-Imran 190) dan ula al-nuha ( Surah Taha : 54 & 125) merupakan mereka yang sentiasa cenderung kepada cahaya ketuhanan yang tinggi dan jauh dari keburukan duniawi yang rendah. Hujah-hujah al-Qur'an sendiri dipersembahkan dalam gaya bahasa akliyah. Misalnya, Allah memurkai golongan-golongan yang tidak selaras antara perlakuan dan perkataan mereka, di samping menggesa musuh-musuh Islam mengemukakan hujah-hujah mereka
( )هاتوا برهانكمsekiranya mereka berada di pihak yang benar. Para Anbiya' yang diutuskan Allah di sepanjang zaman merupakan utusan yang dilengkapi dengan ilmu-ilmu yang mantap dan akan berhujah dengan bukti-bukti yang nyata ketika berhadapan dengan sasaran dakwah mereka. Berdasarkan kepada semua penggunaan perkataan akal dalam ayat-ayat di atas, kita dapat membuat beberapa kesimpulan tentang pandangan al-Qur'an tentang akal. Pertama, akal yang dimaksudkan al-Qur'an bukan sekadar wahana naif yang cenderung kepada perkara-perkara yang menjauhi agama. Sebaliknya, akal pada asalnya memang mempunyai fitrah yang baik malah menjadi sumber kebaikan dan mempunyai fitrah yang mengakui kebesaran Tuhan. Kedua, al-Qur'an juga tidak membataskan fungsi akal hanya kepada fungsi akal nazari (discursive reasoning) sahaja akan tetapi merangkumi fungsi yang lebih besar seperti menanggapi makna-makna yang lebih mendalam terutama dalam aspek-aspek kerohanian dan keagamaan. 10 Pandangan bersepadu al-Qur'an dan sarjana bahasa di atas mungkin dapat diperjelaskan lagi dengan melihat huraian Imam al-Ghazali mengcnai akal dalam kitabnya Ihyli’ Ulum al-Din. Beliau telah memberikan empat makna utama perkataan akal.11 Pertama, akal sebagai satu sifat atau pembawaan tabi'i
()غريزة
yang membezakan antara manusia dan
hidupan lain, dan yang membolehkannya (manusia) menerima ilmu-ilmu berbentuk pemikiran dan spekulati
( )علوم النظرايتserta menanggap perkara-perkara yang abstrak.
Kedua, akal membawa makna ilmu-ilmu dharuri yang datang kepada kanak-kanak yang sudah mula boleh berfikir tentang kemungkinan dan kemustahilan sesuatu perkara. Ketiga, akal bermakna ilmu yang didapati melalui pengalaman sepanjang berlalunya masa. Makna yang keempat ialah akal merupakan keadaan di mana terdapat satu kekuatan yang terbina dalam diri insan yang membolehkannya mengetahui akibat dari pelbagai perkara, dan akhirnya, berasaskan kekuatan ini, dapat mengawal hawa nafsunya dari menuju kepada kenikmatan duniawi yang serba sementara.12 Pembahagian Imam al-Ghazali ini walaupun ringkas tetapi cukup penting dalam memahami lebih mendalam mengenai makna akal. Melalui makna-makna utama akal yang diberikan ini beliau juga pada masa yang sama menghuraikan kaitan antara makna-makna tersebut dan mengetengahkan satu bentuk perkembangan akal manusia secara keseluruhannya. Dua makna yang pertama wujud secara tabi'i dalam diri manusia sementara dua yang akhir dicapai melalui daya usaha manusia. Makna yang pertama merupakan asas, akar dan asal kepada makna-makna yang lain. Sementara makna yang 10
https://deninursamsi.wordpress.com/2009/10/14/deskripsi-ayat-al-quran-berkaitan-dengan-akal-manusia/ Al-Ghazali, Ihya’ U’lum al-Din, al-Muqaddimah, Hlm.33 12 Ibid. 11
kedua dan ketiga merupakan hasilan dari makna yang pertama. Makna yang terakhir pula adalah natijah iaitu matlamat akhir kewujudan manusia. Berdasarkan pembahagian di atas, jelas bahawa akal, walaupun pada asasnya merupakan satu fakulti tabi’i yang dicipta oleh Allah dalam diri manusia, namun selepas berlakunya proses penanggapan dan perolehan segala bentuk ilmu dan pengalaman, akal seharusnya dapat bertindak sebagai raja yang mampu mengawal manusia dari menurut hawa nafsunya ke jalan kebinasaan. Peringkat terakhir ini, menurut Imam al-Ghazali, merupakan penjelmaan yang tertinggi dan terbaik manusia yang berakal hasil kejayaan akal amali manusia mentadbir kesemua fakulti jasadnya berdasarkan arahan dan kawalan akal nazarinya. la juga menggambarkan kesempurnaan sifat insan yang telah menggabungkan antara ilmu dan amalnya sehingga mencapai keadilan yang menyeluruh dalam dirinya. Dengan memasukkan ilmu-ilmu yang didapati melalui pengalaman (experience) ke dalam makna akal, Imam al-Ghazali juga ingin menegaskan bahawa Islam tidak memisahkan secara dualisme antara ilmu rasional dan ilmu yang berasaskan pengalaman (experimental knowledge) dan ini sekaligus menolak pendekatan tradisi sains Barat yang berkecenderungan sedemikian. Pembahagian di atas juga, jika diteliti membawa kepada kesimpulan bahawa walaupun akal pada awalnya hanya dilihat sebagai salah satu fakulti psikologi manusia akan tetapi jika digunakan dan dipelihara dengan baik akhirnya akan membawa implikasi akhlak yang penting. Ini selari dengan perbahasan ahli-ahli falsafah moral Islam yang mengaitkan sifat-sifat utama (الفضائل
)أمهاتiaitu kebijaksanaan (al-
hikmah), keberanian ()الشجاعة, kesucian diri ( )العفةdan keadilan, dengan fakulti-fakulti psikologi insan seperti jiwa natiqah, jiwa haiwaniyyah (kehaiwanan) dan jiwa nabatiyyah (tumbuh-tumbuhan). Di dalam tiga jiwa ini wujud beberapa kekuatan seperti kekuatan akal, marah dan shahwat.13 Maka dari kesempurnaan pemeliharaan kekuatan-kekuatan inilah timbulnya sifat-sifat kecemerlangan yang disebutkan di atas di dalam diri manusia. Yang menjadi penekanan kita di sini ialah sifat kebijaksanaan yang timbul dari penjagaan akal yang sempurna. Sifat ini menurut sarjana akhlak Islam, merupakan sifat pertengahan yang timbul sekiranya akal digunakan dengan betul serta tidak berlebihan dan tidak berkurangan. Sebaliknya sekiranya ia digunakan tanpa sebarang ikatan dan panduan akan timbul sifat-sifat buruk seperti jahat, suka menipu dan membuat helah. Sementara jika kurang digunakan akan timbul sifat degil, bodoh, tolol dan pandir. Sifat kebijaksanaan ini juga merupakan sifat asas yang akan melahirkan sifat-sifat murni yang lain seperti berwawasan, ingatan yang baik, fikiran yang cerdas dan tajam pandangan batinnya. Murtada Zabidi ketika menghuraikan Kitab Ihya’ Imam al-Ghazali tentang tajuk kemuliaan akal, telah menyenaraikan sebanyak 27 sifat-sifat mulia yang merupakan kesan kesan positif.14 LEGITIMASI AKAL SEBAGAI SALURAN ILMU Akal merupakan saluran ilmu. Kemuliaannya seperti yang telah disebut adalah disebabkan oleh kedudukannya sebagai sumber kepada ilmu. Namun, hakikat bahawa akal sebagai satu saluran ilmu yang sah ini tidak diambil mudah oleh para ilmuwan Islam. Justeru itu, awal-awal lagi mereka, para mutakallimun telah membuat penegasan mengenainya ketika 13
http://falsafah.rappir.com/2015/12/perbandingan-falsafah-pendidikan-barat.html, Dilihat; Jurnal Pendidikan Holistik, Abstract http://falsafah.rappir.com/2016/01/jurnal-pendidikan-holistik.html 14 Al-Ghazali, Ihya’ U’lum al-Din, al-Muqaddimah hlm 19
membahaskan persoalan aqidah Islam. Abu Hafs `Umar Najm al-Din al-Nasafi (m. 1142M), salah seorang mutakallim beraliran Maturidiyyah yang terkenal, menegaskan bahawa saluran ilmu (العلم
)أساليبitu ada tiga, iaitu pancaindera yang lima, perkhabaran
yang benar dan akal fikiran. Tambah beliau: "..apa yang sabit dari akal dengan cara tanpa penjelasan
) (بديهةmaka
is adalah ilmu yang pasti menurut akal ( )ضروريseperti ilmu
bahawasanya keseluruhan sesuatu adalah lebih besar dari sebahagiannya. Sementara apa yang sabit dengan cara menggunakan dalil, maka itu dinamakan ilmu capaian
()اكتسايب
seperti ilmu tentang kewujudan api apabila melihat asap.15 Keabsahan akal sebagai sumber ilmu ini sangat penting untuk diketengahkan terutama dalam menghadapi dan menangkis hujah-hujah golongan yang menisbikan ilmu pengetahuan dan meletakkan hakikat semua perkara sebagai nisbi. Golongan ini sentiasa timbul sepanjang sejarah kehidupan manusia, bermula seawal zaman Yunani yang terkenal dengan golongan Sophist sehinggalah zaman sekarang dengan menggunakan pelbagai nama seperti pasca-modenisme, skeptisisme dan relativisme. Secara dasarnya, mereka cuba menafikan keupayaan manusia mendapatkan ilmu, menidakkan keyakinan terhadap ilmu serta menisbikan nilai-nilai kebenaran yang mutlak termasuk nilai-nilai keagamaan dan kerohanian. AKAL ALAT PENTING DALAM MEMAHAMI WAHYU Hubungan antara akal dan wahyu seharusnya dilihat lebih bersifat simbiosis (saling memerlukan) dari bersifat bertentangan. Ini kerana, al-Qur'an diturunkan kepada manusia yang mempunyai akal, dan akal manusialah yang akan menganggap, memahami dan meneliti segala isi kandungannya.16 Pandangan yang meletakkan bahawa wahyu lebih tinggi dari akal adalah benar dari segi akal tidak mampu untuk menjangkau beberapa hakikat yang diketahui melalui jalan wahyu seperti hakikat zat Ketuhanan, perkara-perkara ghaib dan beberapa perkara yang berkaitan dengan dasar akhlak dan perundangan Islam.17 Akan tetapi akal juga adalah sangat penting dalam memahami dan menjustifikasikan kebenaran perkara-perkara yang ghaib tadi. Oleh sebab itulah Imam Fakhr al-Din al-Razi, ketika membicarakan persoalan dalil akli dan naqli, meletakkan sepuluh syarat akliah untuk menerima sesuatu khabar wahyu sebagai satu yang membawa keyakinan.18 Dari segi penerimaan hadis sebagai sumber hukum Islam pula, Ibn al-Jawzi, sepertimana yang dipetik oleh Jalal al-Din al-Suyuti dalam kitabnya )الراوي
(تدريبmenjadikan penerimaan
akal sebagai salah satu syarat penerimaan hadis dengan menegaskan bahawa "sekiranya kamu menjumpai satu hadis yang bertentangan dengan akal atau bertentangan dengan sesuatu yang disepakati perkhabarannya atau bertentangan dengan prinsip yang telah diterima, maka ketahuilah bahawa hadis itu adalah palsu. (al-Suyuti, 2004) 19 15
http://disertasi.blogspot.my/2007/11/faham-agama-dan-asas-akhlak.html Asaku Walisongo, KedudukanWahyu DanAkal Dalam Islam, http://www.contohlengkap.com/2012/02/kedudukan-wahyu-dan-akal-dalam-islam.html 17 Nasution, Harun, Tentang Islam Ditinjau Dari Berbagai-bagai Aspeknya, Dilihat; http://pusatpanduan.com/akal-dan-wahyu-menurut-harun-nasution-dan-m--quraish-shihab 18 Chapter 32: Fakhral-Razi, AHistory Of Muslim Philosophy Volume 1, Book 3, https://www.alislam.org/history-muslim-philosophy-volume-1-book-3/chapter-32-fakhr-al-razi 19 Al-Suyuti, Tadrib ar-Rawi, bab al-Muqaddimah, hlm, 2004 16
Keyakinan terhadap keintiman hubungan akal dan wahyu ini jugalah yang mendorong Ibn Taimiyyah menulis bukunya dalam 8 jilid yang berjudul )والنقل
(درء تعارض العقل. Dalam
buku ini beliau menekankan bahawa akal yang sahih dan naqal sahih tidak akan bercanggah satu sama lain, jika didapati sebegitu maka semestinya terdapat samada kesilapan dalam memahami naql atau dalam penilaian kesahihannya ataupun akal yang digunakan itu tidak betul. (Ibn Taymiyyah , 1991)20 Walaubagaimanapun kemampuan akal juga terhad. Ianya hanya mampu mengkaji dan memahami alam nyata yang boleh diteliti atau dibuat takwil sahaja. akal tidak mampu memikirkan perkara-perkara yang tidak dapat diukur oleh pacaindera (Abd.Latif & Rosmawati 1997)21. perkara ini telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Nisa ayat 103 yang bermaksud: (Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata. Sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata). dan dia lah yang amat halus (melayan hamba-hambanya dengan belas kasihan) lagi amat mendalam pengetahuannya) Oleh kerana akal ini terbatas dan tidak mempunyai kemampuan mutlak, maka manusia memerlukan kepada wahyu untuk memberi petunjuk kepada akal dan membimbing akal supaya tidak tergelincir dari landasan bijaksana. Dalam konsep falsafah dan pemikiran Islam, akal dianggap sumber yang penting dalam mendalami ilmu ini, bahkan akal adalah pokok kepada falsafah dan kunci utama ilmu ini. Maka itulah banyak perbahasan falsafah memerlukan pemikiran yang tajam untuk menguasai dan mendalami. Namun sekiranya terdapat perbezaan di antara akal dan wahyu, maka wahyu dianggap asas dan pedomen kepada akal. dan akal ketika itu perlu akur kepada wahyu. ini kerana wahyu bersifat maksum dari segala kesalahan dan kesilapan, manakala akal tidak memiliki keistimewaan ini. KESIMPULAN Berdasarkan huraian di atas maka dapat disimpulkan seperti berikut: 1. Akal dan wahyu adalah dua anugerah agung Allah swt kepada manusia. Dengan dua anugerah ini terjadinya taklif Ilahi terhadap manusia. 2. Wahyu adalah pemisah mutlak antara haq dan batil tanpa sebarang prejudis kerana ia dari Allah swt dan tidak terpengaruh dengan suasana, tempat dan budaya. 3. Akal dan wahyu tidak mungkin berlaku pertentangan yang sebenar. Oleh yang demikian sekiranya terdapat petanda-petanda percanggahan maka itu perlu dinilai dengan parameter usuliayyah dalam kontek tahap Qat’í dan Zanni dari sudut thubut dan dilalah. 4. Akal mempunyai batasan dan tertakluk kepada tahap perubahan manusia dan ketepatan sistem berfikir yang dibangunkan. Sekiranya sistem pemikiran itu salah maka semestinya dilihat bercanggah dengan wahyu begitu juga sebaliknya.
Lihat; Ibn Taymiyyah, Dar’u Ta’arud al-Naqlu wa al-Aqlu, Arab Sau’diah, 1991 Abd Latif Muda& Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Usul Fiqh. Pustaka Salam Sdn.Bhd
20 21
5. Sehebat mana sekalipun pemikiran manusia dan kecekapan logikalnya tetapi akal tetap memerlukan kepada wahyu Ilahi. Oleh itulah perutusan Rasul menjadi syarat taklif dan kebertanggungjawaban sesuatu perkara ke atas manusia. RUJUKAN Abdul Basit Abdul Rahman (2015), Kedudukan Sunnah dalam Perundangan Islam, http://majalah-i.karangkraf.com ‘Ajaj al-Khatib.(1989) Usul al-Hadis ‘Ulumuh wa Mustalahah, Dar al-Fikr Anis Malik Thoha 2010, Konsep Wahyu dan Nabi dalam Islam, Workshop on Islamic Epistemology and Education Reform yang diselenggarakan oleh Universitas Islam Negeri (UIN) Pekanbaru, tanggal 27 Maret 2010 Al-Suyuti.(2002), Tadrib ar-Rawi, Dar al-Hadis, al-Qaherah Mohd Farid Bin Mohd Shahran (2008), Isu-isu Dalam Pemikiran Islam, Ikatan Belia Islam Malaysia. Mahmud Ibn Ahmad (1996)Taysir Mustalah al-Hadis,Maktabah al-Ma’arif, ar-Riyad Ibn Taymiyyah. (1991), Dar’u Ta’arud al-Naqlu wa al-Aqlu, Arab Sau’diah. Internet Asaku Walisongo, KedudukanWahyu DanAkal Dalam Isla, http://www.contohlengkap.com/2012/02/kedudukan-wahyu-dan-akal-dalam-islam.html Nasution, Harun, Tentang Islam Ditinjau Dari Berbagai-bagai Aspeknya, http://pusatpanduan.com/akal-dan-wahyu-menurut-harun-nasution-dan-m--quraish-shihab Chapter 32: Fakhral-Razi, AHistory Of Muslim Philosophy Volume 1, Book 3, https://www.al-islam.org/history-muslim-philosophy-volume-1-book-3/chapter-32-fakhral-razi Jurnal Pendidikan Holistik, Abstract http://falsafah.rappir.com/2016/01/jurnalpendidikan-holistik.html