ALBUM AKTIVITI SEMANGAT
Pra Ujian Mendengar PT3 Bahasa Melayu (3 Ogos 2014) Gerak Gempur Bahasa Arab SPM kali ke-2 Peringkat Negeri Johor (5 Ogos 2014) Kem Menggilap Permata PT3 SMKA Negeri Johor (7-9 Ogos 2014) Rihlah Ilmiah SMKA Segamat KRISS Pra-U Kelantan-Terengganu (7-9 Ogos 2014) Seminar Kecemerlangan PQS PSI Peringkat Negeri Johor di Smk Seri Lalang Kluang (8 Ogos 2014) Pertandingan Taekwondo Peringkat Antarabangsa di Shah Alam (8-10 Ogos 2014) Bengkel Teknik Menjawab Pend. Syariah Islamiah (9 Ogos 2014) Ujian Bertutur BI PT3 (11 Ogos 2014) Peperiksaan Percubaan SPM (mula 11 Ogos 2014) Pertandingan Inovasi Kelab Persatuan Peringkat Daerah Segamat (11 Ogos 2014) Projek Jalur Gemilang 2014 (11 Ogos 2014)
INFO 22 : KOLEKSI LOGO SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 1976 - 2014
1976
1977
1978
1979
1980
1981
1982
1983
1984
1985
1986
1987
1988
1989
1990
1991
1996
2007
1992
1993
1994
1995
1997
1998
1999
2000-2006
2008
2009
2010
2011
PENCAPAIAN CALON STPM 2013 KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SESI AKADEMIK 2014/2015 BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25
NAMA CALON NURUL IZZATY BINTI AHMAD USRI MUHAMMAD AFIFUDDIN BIN SABRI ZULFIKHA BIN SENIN AMIR HAKIM BIN MOHD ZAKI MUHAMAD HUZAIRIN BIN MOKHTAR NORAZURA BINTI ABU NURUL HIDAYAH BINTI ABD RAHMAN EFFA RIZAADILLA BINTI AHMAD ANUAR NUR ATIQAH BINTI MOHD JOHAN MUHAMMAD RAFIQ BIN ISMAIL HARRIS BIN MD HAMBALI MUHAMAD FARID FIRDAUS BIN NASRUDIN MUHAMMAD HAZIQ BIN ABDUL RAHIM NUR KHAIRINA BINTI OTHAMAN FAIZ NOR FITRI BIN ROSLI NUR ASILAH BINTI AZIZ NOORSHAFIRA BINTI RAHMANI NUR SYAKINAH BINTI ZAINI NURUL ANIS BINTI ALI HASSAN MUHAMMAD FIKRI BIN KADIMAN NUR NIZATUL MIRZA BINTI NAZARUDIN SITI NAJIHAH BINTI MOHD BADRI MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD SUKIRMAN NURUL AIMI BINTI SHAH BANI SITI AMIRAH BINTI SULAIMAN
PNGK 3.92 3.75 3.75 3.67 3.58 3.50 3.50 3.43 3.42 3.42 3.42 3.34 3.34 3.34 3.33 3.25 3.25 3.25 3.25 3.17 3.17 3.17 3.08 3.08 3.08
IPT UIA UKM UKM UKM UKM UKM UKM UPSI USIM UNIMAS UIA UPSI UNISZA USIM UPM UPM UNISZA USIM USIM USIM USIM USIM USIM USIM UPSI
JURUSAN BAHASA ARAB SYARIAH PENGAJIAN ARAB DAKWAH & KEPIMPINAN AL-QURAN & AS-SUNNAH AL-QURAN & AS-SUNNAH DAKWAH & KEPIMPINAN SEJARAH FIQH & FATWA KOMUNIKASI MASSA SEJARAH PENG. ISLAM & DAKWAH FIQH & FATWA PENGAJIAN BAHASA ARAB PENGAJIAN BAHASA ARAB USULUDDIN & KAUNSELING KAUNSELING KAUNSELING DAKWAH & PENGURUSAN ISLAM DAKWAH & PENGURUSAN ISLAM DAKWAH & PENGURUSAN ISLAM DAKWAH & PENGURUSAN ISLAM AL-QURAN & MULTIMEDIA PENGAJIAN ISLAM
YAHUDI, BANI ISRAEL ATAU ZIONISME? Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah alSakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa. Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut. Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut. MENGENALI MUSUH SEBENAR Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang
dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian. Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka. Itulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel. Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi. Di dalam artikel akan datang, saya akan dedahkah bangsa selain Yahudi yang menjadi pendokong pergerakan Zionisme, termasuklah daripada orang Islam itu sendiri.
-Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham
“ TANDA RAMADHAN KITA DITERIMA ALLAH “ Sahabat-sahabat PENDIDIK & ANAKANDA QURRATU A’YUN yang dikasihi fillah... Imam Ibn Kathir menyatakan : “Sesungguhnya di antara ganjaran kepada kebaikan, ialah kebaikan selepasnya. Di antara balasan kepada kejahatan adalah kejahatan selepasnya”. Imam Ibn Rajab berkata : “ Antara diterimanya amalan tersebut, adalah dia akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu. Manakala antara tertolaknya sesuatu amalanialah apabila amalan itu diikuti dengan maksiat”. Ingatlah kata-kata Dr Yusuf Qardhawi : “ Generasi salaf ( awal Islam) berkata: Seburuk-buruk manusia ialah yang tidak mengenali Allah kecuali dalam bulan Ramadhan. Jadilah manusia yang menyembah Tuhan , bukan menyembah Ramadhan”. Sudah habis hari ke 3 Syawal, adakah al-Qur’an telah dibuka & dibaca sekurangkurangnya 3 halaman sepanjang Syawal ini ? Bagi sahabat-sahabat yang perlu mengganti puasanya, gantilah awal-awal, mulakan sekarang.Jangan tunggu sehingga hampir datangnya Ramadhan tahun depan kerana umur kita belum tentu sampai bila… Tilawah & tadarus di bulan Ramadhan kita lakukan dengan bersemangat…kita sanggup bersengkang mata di malam hari untuk bangun malam melakukan qiamullail..bertahajjud dan pelbagai solat sunat semata-mata menunggu lailatulqadar…tapi bila Syawal menjelma, ke manakah semangat itu menghilang ? Bilakah amalan itu akan menemui sambungannya ? Tepuk dada Tanya hati…..masing-masing muhasabah diri… SALAH SATU TANDA AMALAN RAMADHAN KITA DITERIMA ALLAH IALAH HATI KITA MERASA SERONOK, GEMBIRA DAN BERSEMANGAT MELAKUKAN KEBAIKAN DEMI KEBAIKAN WALAUPUN RAMADHAN TELAH BERLALU…
PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN & BUDAYA ILMU SMKA SEGAMAT
I
14 OGOS 2014
I
Edisi 22/2014
Terjemahan Surah Al-Isra’: Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat). [8] Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. [9] Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [10] Editor : Tn. Hj. W Zainuzzaman bin Wan Abdullah [Penyelaras Program Membudayakan Al-Quran & Budaya Ilmu]