019b (A1205)(latest).fm Page 1 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA
Akta 19
AKTA PILIHAN RAYA 1958 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG - UNDANG , MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG - UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
019b (A1205)(latest).fm Page 2 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
2
AKTA PILIHAN RAYA 1958 Pertama kali diperbuat
… … … 1958 (Ordinan No. 33 tahun 1958)
Disemak … … … … … … … 1970 (Akta 19 m.b.p. 11 Januari 1971) Teks bahasa kebangsaan ialah teks sahih … … … … … P.U.(B)197/1994 C ETAKAN S EMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama
…
…
…
… 1982
Cetakan Semula Yang Kedua
…
…
…
… 1988
Cetakan Semula Yang Ketiga
…
…
…
… 1990
Cetakan Semula Yang Keempat
…
…
…
… 1992
Cetakan Semula Yang Kelima
…
…
…
… 1994
Cetakan Semula Yang Keenam
…
…
…
… 2002
Cetakan Semula Yang Ketujuh
…
…
…
… 2004
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
019b (A1205)(latest).fm Page 3 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 19 AKTA PILIHAN RAYA 1958 SUSUNAN SEKSYEN
B AHAGIAN I PERMULAAN Seksyen
1.
Tajuk ringkas
2.
Tafsiran B AHAGIAN II PENYELIAAN PILIHAN RAYA
3.
Pelantikan pegawai
3A.
Kuasa dan tugas am Setiausaha, Timbalan Setiausaha dan Penolong Setiausaha
4.
Kuasa pegawai
5.
Kuasa dan tugas am Suruhanjaya Pilihan Raya B AHAGIAN III BAHAGIAN PILIHAN RAYA
6.
(Dipotong)
7.
Daerah mengundi dan tempat mengundi B AHAGIAN IV PENDAFTARAN PEMILIH
8.
Pelantikan pegawai
019b (A1205)(latest).fm Page 4 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
4
Undang-Undang Malaysia
AKTA 19
Seksyen
9.
Penyediaan, penyiaran dan penyemakan daftar pemilih
9 A.
Daftar pemilih yang diperakui atau diperakui semula hendaklah disifatkan sebagai muktamad
10.
Pendaftaran dalam satu bahagian pilihan raya sahaja
11.
(Dipotong) B AHAGIAN V PENJALANAN PILIHAN RAYA
12.
Writ pilihan raya
13.
Pemilihan calon
14.
Penggunaan sekolah dan bangunan dan premis awam sebagai tempat mengundi B AHAGIAN VI PERATURAN-PERATURAN
15.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan pendaftaran pemilih
16.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan penjalanan pilihan raya
17.
Peraturan-peraturan hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat
019b (A1205)(latest).fm Page 5 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 19 AKTA PILIHAN RAYA 1958 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan bagi Negeri-Negeri. [Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya*—28 Ogos 1958, P.U.250/1958; Sabah†, Wilayah Persekutuan Labuan** —1 Ogos 1965, P.U.176/1966; Sarawak ††—1 November 1966, P.U.227/1967] B AHAGIAN I PERMULAAN
Tajuk ringkas 1.
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pilihan Raya 1958.
Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “ahli” ertinya ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Undangan, mengikut mana-mana yang berkenaan; “bahagian pilihan raya” ertinya bahagian pilihan raya Parlimen atau bahagian pilihan raya Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan; * CATATAN—Lihat seksyen 6 Akta A1095. ** CATATAN—Lihat seksyen 6 Akta A585. † CATATAN—Untuk peluasan dan pengubahsuaian Akta ke Sabah, lihat P.U.56/1966, P.U.144/1966, P.U.498/1966, P.U.348/1967. †† CATATAN—Untuk peluasan dan pengubahsuaian Akta ke Sarawak, lihat P.U.497/1966, P.U.349/1967, P.U.55/1968.
019b (A1205)(latest).fm Page 6 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 19
“bahagian pilihan raya Negeri” ertinya bahagian pilihan raya yang dipersempadankan mengikut Perkara 117 Perlembagaan; “bahagian pilihan raya Parlimen” ertinya bahagian pilihan raya yang dipersempadankan mengikut Perkara 116 Perlembagaan; “calon” ertinya orang yang dinamakan mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai seorang calon untuk suatu pilihan raya; “daerah mengundi” ertinya sebahagian daripada suatu bahagian pilihan raya sebagaimana yang dibahagi di bawah seksyen 7; “daftar pemilih” ertinya suatu daftar pemilih yang disediakan di bawah seksyen 9; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini; “kawasan pendaftaran” ertinya keseluruhan kawasan yang menjadi suatu bahagian pilihan raya Parlimen; “Ketua Pendaftar”, “Timbalan Ketua Pendaftar”, “Pendaftar”, “Timbalan Pendaftar” dan “Penolong Pendaftar” masing-masing ertinya Ketua Pendaftar Pemilih, Timbalan Ketua Pendaftar Pemilih, Pendaftar Pemilih, Timbalan Pendaftar Pemilih dan Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik di bawah seksyen 8; “Pegawai Pengadil” ertinya Pegawai Pengadil yang dilantik di bawah seksyen 8; “pegawai penguat kuasa” ertinya pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah seksyen 3 dan termasuklah penolong pegawai penguat kuasa; “pegawai pengurus” ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3 dan termasuklah penolong pegawai pengurus; “pegawai pilihan raya” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3 atau 8 atau mana-mana pegawai yang dilantik bagi maksud menjalankan atau membantu penjalanan mana-mana pilihan raya, atau bagi maksud mendaftarkan atau membantu pendaftaran pemilih, di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “pemilih” ertinya seorang warganegara yang berhak mengundi dalam suatu pilihan raya menurut Perkara 119 Perlembagaan; “pemilih Negeri” ertinya pemilih yang berhak mengundi dalam suatu pilihan raya Negeri;
019b (A1205)(latest).fm Page 7 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
Pilihan Raya
7
“pemilih Parlimen” ertinya pemilih yang berhak mengundi dalam suatu pilihan raya Parlimen; “Perlembagaan” ertinya Perlembagaan Persekutuan; “pilihan raya” ertinya pilihan raya Parlimen atau pilihan raya Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan; “pilihan raya Negeri” ertinya suatu pilihan raya bagi memilih seseorang ahli Dewan Undangan; “pilihan raya Parlimen” ertinya suatu pilihan raya bagi memilih seseorang ahli Dewan Rakyat; “Setiausaha” ertinya Setiausaha kepada Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilantik di bawah seksyen 3; “tempat mengundi” ertinya mana-mana bilik, binaan, kenderaan atau vesel, di tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 7, yang dikhaskan dan dilengkapkan bagi maksud mengundi dan mengira undi. B AHAGIAN II PENYELIAAN PILIHAN RAYA
Pelantikan pegawai 3. Tertakluk kepada Fasal (1) Perkara 115 Perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya boleh melantik— (a) seorang Setiausaha dan apa-apa bilangan Timbalan Setiausaha, Ketua Penolong Setiausaha dan Penolong Setiausaha kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya; (b) seorang Pegawai Pilihan Raya Negeri dan seberapa banyak Timbalan Pegawai Pilihan Raya Negeri bagi setiap Negeri sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya; (c) seorang pegawai pengurus dan seberapa banyak penolong pegawai pengurus bagi setiap bahagian pilihan raya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya; dan (d) seorang pegawai penguat kuasa dan seberapa banyak penolong pegawai penguat kuasa sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi setiap bahagian pilihan raya.
019b (A1205)(latest).fm Page 8 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
8
Undang-Undang Malaysia
AKTA 19
Kuasa dan tugas am Setiausaha, Timbalan Setiausaha dan Penolong Setiausaha 3A . (1) Setiausaha hendaklah menjadi ketua pegawai pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya, tertakluk pada setiap masa dan dalam segala perkara kepada penyeliaan, arahan dan kawalan Suruhanjaya, dan hendaklah— (a) melaksanakan keputusan-keputusan Suruhanjaya; (b) menjalankan pentadbiran hari ke hari pejabat-pejabat Suruhanjaya, dan menjalankan penyeliaan, arahan dan kawalan ke atas semua pegawai pilihan raya yang lain, dan semua pegawai Suruhanjaya yang lain; (c) menjalankan apa-apa fungsi sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Suruhanjaya dalam atau bagi penjalanan kuasa-kuasa atau pelaksanaan tugas-tugasnya berhubung dengan kajian semula atau penyempadanan bahagianbahagian pilihan raya, pendaftaran pemilih, penjalanan pilihan raya dan perkara-perkara lain; (d) mempunyai kuasa untuk menanda bagi pihak Suruhanjaya segala writ, notis dan dokumen lain Suruhanjaya, segala perundangan subsidiari yang dibuat oleh Suruhanjaya, dan segala perbuatan lain oleh Suruhanjaya; dan (e) mempunyai apa-apa kuasa dan tugas lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain. (2) Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Setiausaha, Timbalan-Timbalan Setiausaha hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala fungsi Setiausaha di bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis dan semasa Setiausaha tidak ada, Timbalan Setiausaha yang paling kanan hendaklah bertindak sebagai Setiausaha. (3) Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Setiausaha, Ketua-Ketua Penolong Setiausaha dan Penolong-Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Setiausaha dalam penjalanan kuasa mereka dan pelaksanaan fungsi mereka.
019b (A1205)(latest).fm Page 9 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
Pilihan Raya
9
Kuasa pegawai 4. (1) Tertakluk kepada arahan dan kawalan Suruhanjaya Pilihan Raya, Pegawai Pilihan Raya Negeri hendaklah mempunyai segala kuasa dan boleh menjalankan segala tugas Suruhanjaya berhubung dengan penjalanan pilihan raya dalam Negeri yang baginya dia dilantik. (2) Tertakluk kepada arahan dan kawalan Pegawai Pilihan Raya Negeri, Timbalan Pegawai Pilihan Raya Negeri hendaklah mempunyai segala kuasa dan menjalankan segala tugas Pegawai Pilihan Raya Negeri dalam Negeri yang baginya dia dilantik. (2 A ) Pegawai pengurus hendaklah, bersesama dengan pegawai pilihan raya yang lain, tertakluk kepada kawalan, penyeliaan dan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 5(1)(a) dan (b). (3) Tertakluk kepada arahan dan kawalan pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus yang dilantik bagi membantunya hendaklah mempunyai segala kuasa dan boleh menjalankan segala tugas pegawai pengurus itu. (4) (a) Jika kerana sakit atau sebab lain mana-mana pegawai pengurus tidak dapat atau tidak berupaya menjalankan mana-mana tugasnya di bawah Akta ini dan tiada masa untuk seseorang lain dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, maka pegawai pengurus itu boleh melantik seorang penolong pegawai pengurus untuk menjalankan tugasnya. (b) Tiap-tiap pelantikan di bawah perenggan (a) hendaklah dengan seberapa segera yang boleh dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan boleh dibatalkan oleh Suruhanjaya tetapi tanpa menyentuh kesahan apa-apa jua perkara yang telah dilakukan oleh mana-mana penolong pegawai pengurus yang dilantik sedemikian. (5) Pegawai penguat kuasa hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan Pegawai Pilihan Raya Negeri, mempunyai segala kuasa dan menjalankan segala tugas yang diberikan kepadanya bagi penguatkuasaan undang-undang yang berhubungan dengan penjalanan pilihan raya dalam bahagian pilihan raya yang baginya dia dilantik.
019b (A1205)(latest).fm Page 10 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
10
Undang-Undang Malaysia
AKTA 19
Kuasa dan tugas am Suruhanjaya Pilihan Raya 5.
(1) Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah— (a) menjalankan kawalan dan penyeliaan ke atas penjalanan pilihan raya dan pendaftaran pemilih dalam daftar pemilih, dan hendaklah menentukan supaya semua pegawai pilihan raya menjalankan tugasnya dengan adil, tidak berat sebelah serta mematuhi Bahagian VIII Perlembagaan dan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; (b) mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kepada pegawaipegawai pilihan raya apa-apa arahan yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi memastikan Bahagian VIII Perlembagaan dan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dilaksanakan dengan berkesan; (c) mempunyai kuasa untuk mengendalikan apa-apa sumpah yang dikehendaki diambil di bawah Akta ini dan manamana peraturan yang dibuat di bawahnya; dan (d) menjalankan dan melaksanakan segala kuasa dan tugas lain yang diberikan kepadanya atau yang dipertanggungkan ke atasnya oleh Akta ini dan oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
(2) Tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya, Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mewakilkan mana-mana kuasa dan tugas yang diberikan kepadanya atau yang dipertanggungkan ke atasnya oleh Akta ini atau oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, kepada mana-mana orang atau pegawai sebagaimana yang difikirkannya patut: Dengan syarat bahawa— (a) tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini terpakai bagi apa-apa kuasa untuk membuat peraturan-peraturan di bawah Akta ini; dan (b) tiada pewakilan sedemikian boleh menyentuh penjalanan kuasa-kuasa atau pelaksanaan tugas-tugas sedemikian oleh Suruhanjaya.
019b (A1205)(latest).fm Page 11 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
Pilihan Raya
11
B AHAGIAN III BAHAGIAN PILIHAN RAYA
6.
(Dipotong oleh Akta 14 tahun 1962).
Daerah mengundi dan tempat mengundi 7. (1) Dengan seberapa segera yang boleh selepas sesuatu bahagian pilihan raya dipersempadankan mengikut Perlembagaan, dan selepas itu apabila mana-mana bahagian pilihan raya diubah atau suatu bahagian pilihan raya baru diwujudkan, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah— (a) membahagi setiap bahagian pilihan raya kepada daerahdaerah mengundi; (b) menguntukkan kepada setiap daerah mengundi suatu huruf atau huruf-huruf pengenalan atau nombor pengenalan atau kedua-duanya; (c) menetapkan tempat atau tempat-tempat akan ditubuhkan tempat atau tempat-tempat mengundi bagi daerah itu; dan (d) m e n y i arkan dalam Warta suatu notis yang menentukan— (i) daerah-daerah mengundi yang mengikutnya bahagian pilihan raya itu telah dibahagi; (ii) huruf atau huruf-huruf pengenalan atau nombor pengenalan atau kedua-duanya yang diperuntukkan kepada setiap daerah mengundi; dan (iii) tempat atau tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk penubuhan tempat atau tempat-tempat mengundi bagi setiap daerah mengundi. (2) Pembahagian sesuatu bahagian pilihan raya kepada daerah-daerah mengundi di bawah subseksyen (1) boleh diubah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya apabila keadaan menghendakinya, dan apabila sesuatu perubahan itu dibuat, Suruhanjaya hendaklah menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menyatakan berhubung dengan bahagian pilihan raya itu butir-butir yang tersebut dalam perenggan (1)(d).
019b (A1205)(latest).fm Page 12 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
12
Undang-Undang Malaysia
AKTA 19
(3) Satu tempat mengundi bagi setiap daerah mengundi hendaklah diadakan melainkan jika difikirkan perlu atau suai manfaat diperuntukkan selainnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya memandang kepada keadaan khas sesuatu hal. (4) Suruhanjaya Pilihan Raya boleh, pada bila-bila masa yang difikirkannya perlu atau mengikut kehendak keadaan, menggantikan mana-mana tempat yang ditetapkan bagi penubuhan suatu tempat mengundi di bawah subseksyen (1) dengan menetapkan mana-mana tempat lain di mana suatu tempat mengundi yang baru boleh ditubuhkan, dan Suruhanjaya hendaklah menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menyatakan butir-butir tentang tempat mengundi yang baru itu. B AHAGIAN IV PENDAFTARAN PEMILIH
Pelantikan pegawai 8. (1) Suruhanjaya Pilihan Raya boleh, tertakluk kepada Fasal (1) Perkara 115 Perlembagaan, melantik— (a) seorang Ketua Pendaftar Pemilih bagi Malaysia; (b) seorang Timbalan Ketua Pendaftar Pemilih bagi setiap Negeri; (c) seorang Pendaftar Pemilih dan apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar Pemilih dan Penolong Pendaftar Pemilih sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi setiap kawasan pendaftaran; dan (d) seorang Pegawai Pengadil bagi setiap kawasan pendaftaran. (2) Tertakluk kepada arahan dan kawalan Suruhanjaya Pilihan Raya, Ketua Pendaftar hendaklah menjalankan kawalan dan penyeliaan am ke atas segala perkara yang berhubungan dengan—
019b (A1205)(latest).fm Page 13 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
Pilihan Raya
13
(a) pendaftaran pemilih; dan (b) penyediaan, penyiaran dan penyemakan suatu daftar pemilih, di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (3) Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala fungsi Ketua Pendaftar di Negeri yang baginya dia dilantik. (4) Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Timbalan Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala fungsi Ketua Pendaftar yang berhubungan dengan pendaftaran pemilih di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini di kawasan pendaftaran yang baginya mereka dilantik. (5) Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Pendaftar, Penolong Pendaftar hendaklah membantu Pendaftar dan Timbalan Pendaftar dalam menjalankan kuasa mereka dan melaksanakan fungsi mereka di kawasan pendaftaran yang baginya dia dilantik. (6) Pegawai Pengadil hendaklah mendengar apa-apa rayuan yang berbangkit daripada apa-apa tuntutan atau bantahan tentang suatu daftar pemilih sebagaimana yang diperuntukkan dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan pendaftaran pemilih. Penyediaan, penyiaran dan penyemakan daftar pemilih 9. (1) Setiap Pendaftar hendaklah menyediakan, menyiarkan dan menyemak mengikut cara yang ditetapkan daftar pemilih yang ditetapkan bagi kawasan pendaftaran yang baginya dia dilantik. (2) Daftar-daftar pemilih bagi pemilih Parlimen dan pemilih Negeri hendaklah disatukan dalam satu daftar melainkan jika diarahkan selainnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
019b (A1205)(latest).fm Page 14 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
14
Undang-Undang Malaysia
AKTA 19
Daftar pemilih yang diperakui atau diperakui semula hendaklah disifatkan sebagai muktamad 9A . Selepas sesuatu daftar pemilih diperakui atau diperakui semula, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan notis mengenai pemerakuan atau pemerakuan semula itu telah disiarkan dalam Warta sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini, daftar pemilih itu hendaklah disifatkan sebagai muktamad dan mengikat dan tidak boleh dipersoalkan atau dirayu terhadapnya di, atau dikaji semula, dibatalkan atau diketepikan oleh, mana-mana mahkamah. Pendaftaran dalam satu bahagian pilihan raya sahaja 10. Tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya. 11. (Dipotong oleh Akta A1155). B AHAGIAN V PENJALANAN PILIHAN RAYA
Writ pilihan raya 12. (1) Bagi maksud tiap-tiap pilihan raya umum dan sesuatu pilihan raya kecil, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mengeluarkan writ yang dialamatkan kepada pegawai pengurus bagi setiap bahagian pilihan raya yang baginya seorang ahli hendaklah dipilih. (2) Tiap-tiap writ yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikut borang yang ditetapkan dan hendaklah dikembalikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut cara yang ditetapkan. (3) Berhubung dengan sesuatu kekosongan yang hendaklah dipenuhi dalam sesuatu pilihan raya kecil, suatu writ hendaklah dikeluarkan tidak dahulu daripada empat hari dan tidak lewat daripada sepuluh hari dari tarikh kekosongan itu disahkan berlaku oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
019b (A1205)(latest).fm Page 15 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
Pilihan Raya
15
(4) Apabila menerima suatu writ yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), pegawai pengurus hendaklah mengambil langkah-langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yang ditetapkan. Pemilihan calon 13. (1) Tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], calon bagi sesuatu bahagian pilihan raya yang mendapat bilangan undi sah yang terbesar daripada pemilih bahagian pilihan raya itu hendaklah disifatkan sebagai ahli yang dipilih bagi bahagian pilihan raya itu: Dengan syarat bahawa— (a) apabila hanya seorang calon sahaja sah dinamakan dalam mana-mana bahagian pilihan raya, maka calon yang dinamakan itu hendaklah disifatkan sebagai ahli yang dipilih bagi bahagian pilihan raya itu; dan (b) apabila bilangan undi antara mana-mana calon bagi sesuatu bahagian pilihan raya didapati sama banyaknya, dan penambahan satu undi akan mengehakkan seorang daripada calon itu dipilih, maka penentuan calon yang kepadanya satu undi tambahan itu akan disifatkan telah diberikan hendaklah dibuat dengan jalan cabut undi di hadapan pegawai pengurus mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan olehnya. (2) Tiap-tiap orang yang mengundi dalam sesuatu pilihan raya hendaklah membuang undinya dengan menggunakan sekeping kertas undi yang ditandakan olehnya bagi menunjukkan undinya, dan dimasukkan olehnya ke dalam suatu peti undi terjamin selamat, yang diperuntukkan bagi maksud itu, mengikut apa-apa cara yang menjadikan undi itu rahsia: Dengan syarat bahawa jika mana-mana orang yang mengundi itu buta atau tidak dapat membaca, maka dia boleh memberikan undinya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan. Penggunaan sekolah dan bangunan dan premis awam sebagai tempat mengundi 14. (1) Suruhanjaya Pilihan Raya boleh menggunakan dengan percuma sebagai tempat mengundi mana-mana sekolah atau
019b (A1205)(latest).fm Page 16 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
16
Undang-Undang Malaysia
AKTA 19
mana-mana bahagian sesuatu sekolah yang menerima bantuan, atau yang berkenaan dengannya bantuan diberikan, daripada wang yang diperuntukkan oleh mana-mana Kerajaan dalam Malaysia, atau mana-mana bangunan atau premis awam yang lain atau mana-mana bahagiannya. (2) Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah membaiki apa-apa kerosakan yang berlaku pada mana-mana sekolah, bangunan atau premis atau mana-mana bahagiannya dan membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh orang yang mempunyai kawalan ke atasnya oleh sebab ia digunakan sebagai tempat mengundi. B AHAGIAN VI PERATURAN-PERATURAN
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubungan dengan pendaftaran pemilih
yang
15. (1) Suruhanjaya Pilihan Raya boleh dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan bagi pendaftaran pemilih dan bagi semua perkara yang bersampingan dengannya. (2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh— (a) menetapkan hal penyimpanan dan penyenggaraan daftar pemilih dalam mana-mana bahagian pilihan raya dan juga jenis dan bentuk daftar pemilih itu; (b) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam penyediaan dan penyiaran daftar pemilih; (c) menetapkan masa sesuatu daftar pemilih hendaklah disediakan atau disemak dan tatacara yang hendaklah diikuti dalam membuat penyemakan itu; (d) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam penyediaan dan penyiaran daftar pemilih baru bagi mana-mana bahagian pilihan raya jika sempadansempadan bahagian pilihan raya itu telah ditetapkan atau diubah selepas daftar pemilih disediakan; (e) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti pada membuat dan memutuskan tuntutan yang meminta sesuatu nama dimasukkan ke dalam sesuatu daftar
019b (A1205)(latest).fm Page 17 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
Pilihan Raya
17
pemilih atau ke dalam sesuatu daftar pemilih baru atau ke dalam sesuatu daftar pemilih semakan dan pada membuat dan memutuskan bantahan terhadap kemasukan apa-apa nama di dalamnya; (f) membuat peruntukan bagi pembayaran pampasan, yang tidak melebihi satu ribu ringgit, kepada mana-mana orang yang terkilan oleh sebab suatu bantahan dibuat dengan tiada sebab yang munasabah terhadap kemasukan namanya ke dalam mana-mana daftar pemilih oleh orang yang membuat bantahan itu; (g) menetapkan apa-apa bentuk permohonan, notis atau dokumen lain yang perlu atau wajar digunakan berkaitan dengan apa-apa perkara yang diperkatakan dalam seksyen ini; (h) memberi kuasa mana-mana Pendaftar atau Pegawai Pengadil, bagi maksud menimbangkan atau memutuskan apa-apa permohonan, tuntutan, bantahan atau rayuan yang dia dikehendaki menimbangkan atau memutuskannya di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini, memanggil mana-mana orang supaya hadir di hadapannya dan memberikan keterangan bersumpah atau berikrar dan bagi mengendalikan sesuatu sumpah atau ikrar itu bagi maksud itu dan bagi memerintahkan supaya dikemukakan apa-apa dokumen yang berkaitan dengan apa-apa persoalan yang pegawai itu dikehendaki menimbangkan dan memutuskannya; (i) menetapkan fi yang hendaklah dibayar mengenai apaapa permohonan, notis, tuntutan atau bantahan dan cara bagaimana fi itu hendaklah diperlakukan; (j) menetapkan cara bagaimana sesuatu daftar pemilih atau sesuatu daftar pemilih baru atau sesuatu daftar pemilih semakan hendaklah diperakui; (k) membuat peruntukan bagi membetulkan kekhilafan tulisan dalam mana-mana daftar pemilih; (l) membenarkan atau menghendaki Pendaftar membekali mana-mana orang sebagaimana yang ditetapkan dengan salinan mana-mana daftar pemilih atau mana-mana bahagiannya, sama ada dengan percuma atau dengan
019b (A1205)(latest).fm Page 18 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
18
Undang-Undang Malaysia
AKTA 19
membayar apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu; (m) (Dipotong oleh Akta A1155); (n) membuat peruntukan bagi pembahagian bahagian pilihan raya kepada unit-unit pendaftaran. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan penjalanan pilihan raya 16. (1) Suruhanjaya Pilihan Raya boleh dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan bagi penjalanan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan, dan bagi semua perkara yang bersampingan dengannya. (2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang terdahulu, peraturanperaturan itu boleh— (a) menetapkan cara bagaimana notis untuk mengadakan sesuatu pilihan raya hendaklah diberikan; (b) menetapkan tatacara bagi penamaan calon dan bagi membuat dan memutuskan bantahan terhadap mana-mana penamaan; (bb) membuat peruntukan bagi tatacara dalam pemberian kelulusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai apaapa simbol yang hendak digunakan dalam sesuatu pilihan raya: Dengan syarat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh meluluskan apa-apa simbol yang berkaitan dengan mana-mana agama atau mazhabnya atau yang selainnya tidak sesuai dengan ketertiban atau prinsip moral; (c) membuat peruntukan bagi penyiaran notis mengenai tarikh yang pungutan undi akan dijalankan bagi sesuatu pilihan raya yang dipertandingkan; (d) menetapkan amaun apa-apa deposit, yang tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dalam setiap hal, yang hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak calon, dan hal keadaan yang membolehkan deposit itu dilucuthakkan; (e) menetapkan kemudahan yang hendaklah diadakan di tempat mengundi, dan orang yang boleh dibenarkan
019b (A1205)(latest).fm Page 19 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
Pilihan Raya
19
masuk ke tempat mengundi pada tarikh pungutan undi dijalankan, dan membuat peruntukan bagi pelantikan ketua tempat mengundi atau ketua-ketua tempat mengundi dan pegawai atau kakitangan lain berkenaan dengan setiap tempat mengundi; (f) menetapkan tempat dan cara bagaimana undi boleh dibuang dan rupa bentuk dan cara untuk memastikan peti undi yang digunakan dalam pilihan raya itu terjamin selamat dan bagi pengeluaran kertas undi kepada pemilih; (g) memperuntukkan cara bagaimana, dan oleh siapa, sesuatu soal tentang identiti seseorang yang menuntut untuk mengundi hendaklah diputuskan; (h) menetapkan bentuk apa-apa kertas undi dan kaunterfoil yang hendaklah digunakan dalam pilihan raya; (i) menetapkan cara bagaimana peti undi, kertas undi yang tidak dipakai atau kertas undi rosak, salinan daftar pemilih yang telah ditanda, kaunterfoil kertas undi, dan dokumen lain hendaklah diselenggarakan apabila pungutan undi ditutup; (j) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam pengiraan undi dan hal keadaan yang membolehkan undi ditolak oleh pegawai pengurus atau ketua t e m p a t mengundi yang dilantik mengikut peraturanperaturan yang dibuat di bawah perenggan (e) sebagai tidak sah; (k) membuat peruntukan bagi pembuatan dan penyiaran penyata oleh pegawai pengurus dan pernyataan mengenai pungutan undi tentang mana-mana pilihan raya; (l) menetapkan apa-apa borang yang perlu atau wajar digunakan berkaitan dengan perkara yang diperkatakan dalam seksyen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; (m) menetapkan syarat bagi penggunaan kenderaan motor persendirian dalam pilihan raya; (n) menetapkan kemudahan yang hendaklah diadakan bagi pengundian melalui pos dan orang yang berhak mengundi melalui pos;
019b (A1205)(latest).fm Page 20 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
20
Undang-Undang Malaysia
AKTA 19
(o) memperuntukkan bahawa perbuatan tertentu disifatkan sebagai perbuatan yang menyalahi undang-undang bagi maksud Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. (3) Tanpa menjejaskan seksyen 2 Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13], jika mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini menghendaki seseorang itu membuat sesuatu akuan berkanun berkaitan dengan atau bagi maksud penamaan orang itu sebagai seorang calon, maka adalah sah bagi— (a) Pegawai Pilihan Raya Negeri bagi Negeri tempat terletaknya bahagian pilihan raya yang baginya orang itu hendak dipilih; atau (b) pegawai pengurus bagi bahagian pilihan raya yang baginya orang itu hendak dipilih, mengambil dan menerima akuan itu, dan suatu akuan yang diambil dan diterima oleh mana-mana pegawai itu menurut kuasa subseksyen ini hendaklah disifatkan sebagai suatu akuan yang dibuat menurut kuasa Akta Akuan Berkanun 1960. Peraturan-peraturan hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat 17. Semua peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas peraturanperaturan itu dibuat, dibentangkan di dalam Dewan Rakyat, dan jika dalam mesyuarat Dewan Rakyat yang berikut selepas manamana peraturan dibentangkan di dalamnya suatu ketetapan diluluskan membatalkan peraturan itu atau mana-mana bahagiannya, keseluruhan peraturan itu terbatal mulai dari masa itu, tetapi tanpa menjejaskan kesahan apa-apa jua perkara yang telah dilakukan dahulunya di bawah peraturan itu atau tanpa menyentuh pembuatan mana-mana peraturan baru.
019b (A1205)(latest).fm Page 21 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
21 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 19 AKTA PILIHAN RAYA 1958 SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Perlembagaan
Berkuat kuasa dari
Akta 14/1962, s. 34…
Akta 1962
(Pindaan)
21-06-1962
Akta 13/1963… …
Akta Pilihan Raya 1963
01-01-1960
Akta 7/1965…
…
Akta Pilihan Raya (Pindaan) 1965
21-01-1965
P.U. 56/1966… …
Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Peluasan ke Sabah) 1966
01-08-1965
P.U. 144/1966 ...
...
Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Peluasan ke Sabah) 1966
01-08-1965
P.U. 497/1966...
...
Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Peluasan ke Sarawak) 1966
01-11-1966
P.U. 498/1966… ...
Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Peluasan ke Sabah) (Pindaan) 1966
01-08-1965
P.U. 348/1967… …
Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Peluasan ke Sabah) (Pindaan) 1967
01-08-1965
019b (A1205)(latest).fm Page 22 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
22
Undang-Undang Malaysia
AKTA 19
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. 349/1967… …
Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Peluasan ke Sarawak) (Pindaan) 1967
01-11-1966
P.U. 55/1968… …
Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Kesalahan Pilihan Raya dan Pilihan Raya) (Peluasan ke Sarawak) (Pindaan) 1968
01-11-1966
Akta A95
Akta Pilihan Raya (Pindaan) 1972
10-02-1972
Akta Mata Wang (Ringgit) 1975
Malaysia
29-08-1975
P.U.(B)57/1982 …
Pemberitahuan di bawah Ordinan Nama Jawatan 1949
03-12-1981
Akta A639 …
…
Akta Pilihan Raya (Pindaan) 1986
02-05-1986
Akta A768 …
…
Akta Pilihan Raya (Pindaan) 1990
15-06-1990
Akta A889…
…
Akta Pilihan Raya (Pindaan) 1994
08-07-1994
Akta A1155…
…
Akta Pilihan Raya (Pindaan) 2002
15-06-2002
Akta A1205
…
Akta Pilihan Raya (Pindaan) 2003
15-12-2003
Akta 160
… … …
…
019b (A1205)(latest).fm Page 23 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
23 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 19 AKTA PILIHAN RAYA 1958 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta 14/1962
21-06-1962
Akta A639
02-05-1986
Akta A768
15-06-1990
Akta A1155
15-06-2002
Akta A1205
15-12-2003
Akta A639
02-05-1986
Akta A1155
15-06-2002
Akta A1205
15-12-2003
Akta A639
02-05-1986
Akta A1155
15-06-2002
Akta A1205
15-02-2003
Akta A639
02-05-1986
Akta A889
08-07-1994
Akta A1205
15-12-2003
5
Akta A639
02-05-1986
6
Akta 14/1962
21-06-1962
7
Akta 14/1962
21-06-1962
Akta 13/1963
01-01-1960
Akta A1155
15-06-2002
3
3A
4
019b (A1205)(latest).fm Page 24 Monday, March 27, 2006 4:58 PM
24
Undang-Undang Malaysia Seksyen
AKTA 19
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Akta A639
02-05-1986
Akta A1155
15-06-2002
9
Akta A1155
15-06-2002
9A
Akta A1155
15-06-2002
11
Akta A1155
15-06-2002
12
Akta 7/1965
21-01-1965
Akta A639
02-05-1986
Akta A1155
15-06-2002
13
Akta A1155
15-06-2002
14
Akta A639
02-05-1986
15
Akta 160
29-08-1975
Akta A639
02-05-1986
Akta A1155
15-06-2002
Akta A95
10-02-1972
Akta A639
02-05-1986
Akta A768
15-06-1990
Akta A1155
15-06-2002
Akta A1205
15-12-2003
8
16