PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2015/2016 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH: PUSAT TAMHIDI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
1
1.
PENDAHULUAN Terlebih dahulu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan saudara/i terpilih untuk mengikuti pengajian Program Tamhidi di USIM. Adalah menjadi harapan USIM supaya saudara/i yang bertuah dan istimewa ini menggunakan dan menjalankan amanah sebagai Pelajar USIM dengan sebaik-baiknya dan bertekad menjadi pelajar terbilang dalam bidang masing-masing yang tinggi dengan nilai penghayatan islam.
2.
SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN (a)
Syarat-syarat tawaran kemasukan ini hendaklah dibaca bersama Surat Tawaran Kemasukan Rasmi yang diberikan kepada saudara/i.
(b)
Tawaran kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i)
Saudara/i disah oleh Senat Universiti sebagai ditawarkan.
(ii)
Saudara/i lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar, termasuk ujian air kencing untuk pengesanan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada sama ada daripada hospital/klinik Kerajaan atau hospital/klinik swasta menggunakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan. USIM berhak mendapatkan pendapat kedua (second opinion) untuk memastikan sama ada saudara/i benar-benar sihat untuk mengikuti pengajian. Saudara/i dikehendaki membawa Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang telah lengkap diisi semasa mendaftar.
(iii) Saudara/i menjelaskan bayaran-bayaran dinyatakan dalam tawaran kemasukan ini.
seperti
(iv) Saudara/i dikehendaki mencarum dan patuh kepada syarat-syarat Skim Takaful Kemalangan Diri yang ditetapkan oleh USIM. (c)
Tawaran kemasukan ini akan terbatal dengan sendirinya jika saudara/i seorang Pegawai Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak mengemukakan surat kebenaran yang ditetapkan atau penuntut yang sedang mengikuti apaapa program di mana-mana institut perguruan atau institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara atau sedang mengikuti apa-apa program pendidikan jarak jauh atau seumpamanya di mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara.
2
(d)
Sepanjang tempoh pengajian: (i)
Saudara/i hendaklah mematuhi undang-undang negara dan undang-undang USIM yang terdiri dari pada Akta Universiti dan Kolej Universiti, Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia, Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar), Statut-statut, Peraturan-peraturan dan keputusan yang dibuat oleh USIM dari semasa ke semasa;
(ii)
Saudara/i hendaklah sentiasa menjaga nama baik USIM dan menjaga harta benda serta kemudahan-kemudahan perkhidmatannya daripada dirosakkan oleh sesiapa jua;
(iii)
Saudara/i hendaklah menghormati semua kakitangan akademik dan pentadbiran USIM;
(iv)
Saudara/i hendaklah tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan dan urusan USIM seperti memulaukan kuliah dan seumpamanya;
(v)
Saudara/i hendaklah bekerjasama dengan Pengetua Kolej Kediaman dan patuh kepada peraturan-peraturan Kolej Kediaman sama ada saudara/i penghuni atau tidak;
(vi)
Saudara/i hendaklah sedaya-upaya mengambil bahagian dalam semua kegiatan akademik, kebudayaan, sukan serta khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh USIM untuk saudara/i; dan
(vii)
Saudara/i hendaklah menjelaskan semua bayaran yang dikenakan kepada saudara/i oleh USIM.
(e)
Pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah (menutup muka) atau pakaian yang tidak menutup aurat sewaktu berada dalam kawasan kampus.
(f)
Saudara/i dikehendaki hadir mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan seperti dinyatakan dalam surat tawaran kemasukan. Jika saudara/i gagal mendaftar, tawaran kemasukan ini dianggap batal walaupun saudara/i telah mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan ini melalui laman web USIM, kecuali kebenaran untuk mendaftar lewat telah diperolehi daripada USIM.
(g)
Bayaran-bayaran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan.
(h)
Semua pelajar Program Tamhidi dilarang secara mutlak daripada membawa apa-apa jenis kenderaan ke dalam kawasan kampus termasuklah kawasan Kolej Kediaman. 3
(i)
3.
USIM berhak menarik balik/membatalkan tawaran kemasukan ini pada bila-bila masa atau menyingkirkan saudara/i sekiranya didapati maklumat yang saudara/i berikan semasa permohonan kemasukan tidak benar.
DOKUMEN PENDAFTARAN DAN PROSES PENDAFTARAN DIRI (a)
Pendaftaran pelajar baru Program Tamhidi USIM bagi Sesi Akademik 2015/2016 adalah pada 25 Mei 2015 (Isnin), di Dewan Besar, USIM mengikut jadual berikut: (j)
25.5.2015, 9.00 pagi – 12.00 tengah hari Pelajar Tamhidi Sains & Teknologi Pelajar Tamhidi Pergigian
(ii)
25.5.2015, 12.00 tengah hari – 3.00 petang Pelajar Tamhidi Perubatan Pelajar Tamhidi Perakaunan & Muamalat Pelajar Tamhidi Syariah & Undang-Undang
(b)
Sila hadir mendaftar mengikut jadual yang ditetapkan sahaja bagi mengelakkan kesesakan.
(c)
Bagi tujuan pendaftaran, sila sediakan dokumen-dokumen berikut: (i)
Dokumen asal untuk pengesahan: (1) Kad Pengenalan (2) Surat tawaran kemasukan (3) Sijil/slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) * Sila sediakan dokumen asal berikut untuk semakan sahaja. * Sila pastikan dokumen asal tersebut diterima semula sebelum meninggalkan kaunter pendaftaran.
(ii)
Dokumen untuk diserahkan di Kaunter Pendaftaran dan arahan susun atur: * Salinan Dokumen berikut hendaklah diserahkan kepada Petugas Pendaftaran (1) Borang AKAD A/01, Laporan Pemeriksaan Kesihatan (2) Borang AKAD A/08, Perakuan Kebenaran Bius (3) Filem X-ray (4) Set Borang Biasiswa lengkap seperti berikut: Di kepilkan bersama (a) Tiga (3) salinan borang perjanjian biasiswa yang telah dimatikan setem setiap satu (b) Satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin (c) Satu (1) salinan Kad Pengenalan Pelajar yang telah disahkan benar (d) Satu (1) salinan Kad Pengenalan Penjamin yang telah 4
disahkan benar (5)
(iii)
Slip bayaran/slip pembayaran bil Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai bukti pembayaran Yuran Pendaftaran
Salinan Dokumen berikut hendaklah dimasukkan ke dalam Fail Pelajar yang dibekalkan (1) Salinan Kad Pengenalan (2) Salinan Sijil Kelahiran (3) Salinan Surat Tawaran Kemasukan (4) Salinan Sijil/slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (5) Sekeping gambar berukuran pasport – dilekatkan di ruang yang telah disediakan
(d)
Carta Alir Pergerakan pelajar semasa proses pendaftaran pelajar baru Program Tamhidi Sesi Akademik 2015/2016 pada 25 Mei 2015 adalah seperti di Lampiran 1.
(e)
Pakaian semasa Pendaftaran/Lapor Diri adalah seperti di bawah:
Lelaki
Wanita
Baju Putih Seluar Gelap Tali Leher USIM (perlu di beli semasa hari pendaftaran, RM17.00)
(f)
Baju Putih Kain Gelap Tudung Putih
Reka bentuk (design) Baju Korporat USIM yang perlu dibeli oleh pelajar dengan harga RM69.00 sehelai pada hari Pendaftaran adalah seperti berikut:
5
6
4.
5.
(g)
Semua barang-barang peribadi seperti beg, buku, alat keperluan harian dan Iain-lain TIDAK BOLEH dibawa ke tempat pendaftaran. Sila letakkan di tempat yang selamat.
(h)
Hanya satu (1) kenderaan sahaja bagi setiap pelajar dibenarkan masuk untuk tujuan menurunkan barang-barang ketika mendaftar di kolej-kolej kediaman. Sila ikut arahan dan panduan Pengawal Keselamatan USIM.
PEMERIKSAAN KESIHATAN (a)
Saudara/i dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan air kencing untuk mengesan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada.
(b)
Saudara/i dikehendaki menggunakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.
(c)
Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan sama ada di hospital/klinik Kerajaan atau hospital/klinik swasta yang diiktiraf dan bertauliah.
(d)
Saudara/i juga perlu melengkapkan Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan.
(e)
Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan dan Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan pada hari pendaftaran.
(f)
Kegagalan saudara/i mengemukakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan atau sekiranya Laporan Pemeriksaan Kesihatan saudara/i menunjukkan saudara/i tidak sesuai untuk meneruskan pengajian, saudara/i boleh ditamatkan pengajian walaupun setelah saudara/i sah mendaftar sebagai pelajar USIM.
YURAN PENDAFTARAN DAN PENGAJIAN (a)
Yuran Program Tamhidi dibahagikan kepada dua (2) komponen utama, iaitu bayaran sekali sepanjang tempoh pengajian dan bayaran berulang setiap semester. Rujuk struktur yuran Pusat Tamhidi seperti Jadual A.
7
JADUAL A: STRUKTUR YURAN PROGRAM TAMHIDI KOMPONEN YURAN (A) *Yuran Pendaftaran (Bayaran Sekali Sepanjang Tempoh Pengajian)
ITEM Pendaftaran + Suai kenal Kebajikan Aktiviti Pusat dan Buku Panduan Lain-lain Perkhidmatan Kad Matrik Malaysian University English Test (MUET) JUMLAH (A)
(B) *Yuran Pengajian, Penginapan dan Lain-lain (bayaran berulang setiap semester)
BAYARAN (RM) 200.00 30.00 35.00 30.00 10.00 100.00
Pengajian Penginapan Kemudahan Peralatan Perpustakaan Sukan dan rekreasi Komputer dan ICT Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar Aktiviti kolej kediaman Pengangkutan
405.00 ** ** 25.00 50.00 20.00 100.00 50.00 40.00 25.00
Insurans (Takaful)
12.00
JUMLAH (B) JUMLAH BESAR (A) + (B)
322.00 727.00
* Tertakluk kepada pindaan ** Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan dibiaya oleh KPM (dibayar terus oleh KPM kepada USIM). (b)
Yuran yang perlu dibayar pada Semester I Sesi 2015/2016 adalah yuran bagi kedua-dua komponen iaitu sebanyak RM 727.00. Yuran ini perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran.
(c)
Yuran yang perlu dibayar pada Semester II Sesi 2015/2016 adalah yuran bagi komponen berulang sahaja iaitu sebanyak RM 322.00. Yuran ini boleh dibayar pada bila-bila masa dalam tempoh sebulan selepas pendaftaran semester II.
(d)
Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membiayai sepenuhnya bayaran yuran pengajian (RM350.00) dan yuran penginapan (RM360.00) saudara/i seperti yang ditunjukkan dalam Jadual A. Yuran Pengajian dan Penginapan ini akan dibayar terus oleh KPM kepada USIM.
(e)
Segala bayaran yang telah saudara/i jelaskan tidak akan dikembalikan. 8
6.
PANDUAN MEMBAYAR YURAN (a)
Bayaran yuran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mulai 11 Mei 2015 (Isnin) dan hendaklah dijelaskan sebelum hari pendaftaran.
(b)
Saudara/i hendaklah menggunakan slip pembayaran (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip pembayaran tersebut dengan jelas dan terang termasuklah nama, no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 908xxxx), program pengajian dan tujuan bayaran dibuat.
(c)
Bagi tujuan perekodan di pihak USIM, hanya no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 908xxxx) yang diperlukan di slip pembayaran (bill presentment slip) BIMB tersebut. JANGAN gunakan nombor kad pengenalan saudara/i bagi tujuan pembayaran tersebut.
(d)
Sila pastikan bahawa bayaran tersebut dibuat atas nama Bendahari USIM, no. akaun 05058010021488. Pastikan juga saudara/i mencatatkan butiran diri saudara/i termasuklah nama, no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 908xxxx), no. kad pengenalan dan program pengajian di bahagian bawah muka hadapan slip pembayaran bil tersebut dengan jelas dan terang.
(e)
Sila semak cetakan pada slip pembayaran (bill presentment slip) BIMB tersebut bahawa bayaran telah dibuat atas nama BENDAHARI USIM dengan nombor akaun yang betul seperti di para (d) dan bukan kepada pihak lain. USIM tidak akan bertanggungjawab sekiranya kesilapan bayaran berlaku kepada pihak lain atas sebab kesilapan nombor akaun.
(f)
Sila pastikan saudara/i mendapatkan kembali kesemua tiga (3) salinan slip bayaran tersebut (atau satu (1) salinan slip pembayaran bil) untuk dikemukakan pada hari pendaftaran sebagai bukti bahawa pembayaran telah dibuat.
(g)
Kegagalan mengemukakan salinan bukti pembayaran tersebut boleh menyebabkan saudara/i dianggap belum menjelaskan yuran pendaftaran.
(h)
Bayaran yuran yang perlu dijelaskan adalah mengikut jumlah yang ditetapkan seperti di Jadual B.
9
JADUAL B: KADAR BAYARAN YURAN MENGIKUT PROGRAM PENGAJIAN
Program Q0070 Tamhidi Pergigian Q0080 Tamhidi Perubatan Q0210 Tamhidi Perakaunan dan Muamalat Q0601 Tamhidi Syariah dan Undangundang Q0800 Tamhidi Sains dan Teknologi
(i)
7.
Bayaran Yuran (RM) 727.00 727.00 727.00 727.00 727.00
Saudara/i juga dikehendaki membuka akaun Wadi'ah di BIMB dan mengemukakan satu (1) salinan buku akaun atau satu (1) salinan dokumen pengesahan pembukaan akaun tersebut yang mengandungi butiran nama dan nombor akaun pada hari pendaftaran.
BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ASASI IPTA (a)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menawarkan Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA kepada semua pelajar program Tamhidi. Bantuan Kewangan yang ditawarkan adalah meliputi Elaun Wang Saku mengikut jumlah yang ditetapkan oleh KPM, Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan setiap semester. Selain itu, bagi pelajar Sabah dan Sarawak, KPM akan menanggung tambang penerbangan untuk sekali (pergi/balik).
(b)
Saudara/i perlu menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia dan akan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Program Asasi IPTA, Borang KPT(Bs)Mtr.Pind.1/2009.
(c)
Semakan dan cetakan surat tawaran serta lain-lain borang perlu dibuat sendiri oleh pelajar secara online melalui modul semakan dan tawaran di portal Kementerian Pendidikan Malaysia di https://online.moe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php
(d)
Dokumen Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA yang perlu dicetak oleh pelajar adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv)
Surat tawaran Program Bantuan Kewangan Asasi IPTA; Borang Perjanjian; Surat pengakuan kedudukan kewangan penjamin; dan Buku panduan mengisi borang perjanjian;
10
8.
(e)
Sila baca dan fahamkan panduan mengisi borang perjanjian yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelakkan masalah kelewatan pembayaran biasiswa kelak.
(f)
Kesemua dokumen di para (d) (i) hingga (iii) hendaklah diserahkan semasa pendaftaran. Kegagalan/kelewatan saudara/i mengemukakan dokumen berkenaan akan menjejaskan urusan pembayaran biasiswa kelak.
(g)
Untuk tujuan pembiayaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini, saudara/i dikehendaki melaksanakan yang berikut: (i)
membuka akaun Wadi'ah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB);
(ii)
menyediakan satu (1) salinan buku akaun tersebut (muka surat yang mengandungi butiran diri dan no. akaun sahaja) atau satu (1) salinan dokumen pengesahan pembukaan akaun tersebut; dan
(iii)
melengkapkan tiga (3) salinan Borang Perjanjian dan dimatikan setem setiap satu serta satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin.
ETIKA PAKAIAN PELAJAR (i)
Selaku pelajar USIM, saudara/i hendaklah berpakaian sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia. Saudara/i hendaklah sepatutnya mengamalkan pemakaian yang bersih, kemas dan sopan terutama sekali semasa berada di khalayak ramai seperti ketika menghadiri kuliah, majlis rasmi atau berurusan dengan mana-mana pejabat.
(ii)
Saudara/i juga dinasihatkan supaya membawa bersama secukupnya pakaian lain dengan keperluan minimum sebagaimana berikut: Lelaki a. b. c. d. e. f.
satu (1) bantal tidur, sarung bantal dan cadar (warna bebas) empat (4) helai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan tali leher dua (2) helai seluar panjang (slack) satu (1) helai baju Melayu lengkap dengan kain samping dan songkok dua (2) helai baju T lengan pendek berkolar dua (2) helai seluar panjang sukan (track bottom) dan kasut sukan
11
Perempuan a. satu (1) bantal tidur, sarung bantal dan cadar (warna bebas) b. empat (4) pasang baju kurung c. dua (2) helai baju T lengan panjang berkolar d. dua (2) helai seluar panjang sukan (track bottom) dan kasut sukan (iii)
Tertib berpakaian di USIM adalah seperti berikut: a.
b. c.
d.
9.
10.
Saudara/i TIDAK BOLEH berpakaian yang menutup sebahagian muka (berpurdah) yang boleh menyukarkan pengenalan diri. Saudara/i TIDAK BOLEH berpakaian yang tidak menutup aurat atau berpakaian yang tidak bersih atau tidak sopan. Saudara/i TIDAK BOLEH berselipar atau memakai kemejaT tidak berkolar semasa menghadiri kuliah, majlis rasmi atau berurusan dengan mana-mana pejabat. Pelajar lelaki yang ingin menutup kepala dibenarkan bersongkok hitam.
MINGGU TA'ARUF/SUAI KENAL (i)
Program Ta'aruf/Suai Kenal akan bermula pada hari yang sama selepas tamat Pendaftaran. Program Ta'aruf/Suai Kenal akan diadakan mulai 25 hingga 27 Mei 2015.
(ii)
Program Ta'aruf/Suai Kenal WAJIB diikuti oleh semua pelajar baru Program Tamhidi Sesi Akademik 2015/2016.
(iii)
Jadual Program Lampiran 2
Ta'aruf/Suai
Kenal
adalah
seperti
di
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI (i)
Sekiranya saudara/i mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi nombor-nombor yang berkaitan pada waktu pejabat a. Isnin hingga Khamis: 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari, 2.00 hingga 5.00 petang. b. Jumaat: 8.00 pagi hingga 12.15 tengahari, 2.45 hingga 5.00 petang.
(ii)
Saudara/i juga boleh mengemukakan sebarang soalan/ pertanyaan/kemusykilan di laman web USIM, helpdesk.usim.edu.my dan hantarkan soalan di Sistem HelpDesk USIM.
(iii)
Senarai pegawai rujukan adalah seperti berikut: a. Tawaran Kemasukan: Pusat Tamhidi - Tel: 06-798 7019 (Cik Azlinda Abd Aziz, Encik Junisam Jurimi) 12
b. Penginapan: Bahagian Hal Ehwal Pelajar - Tel: 06-798 6168/6169/6170 (Puan Azlin Mahmud)
13
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN
Sebelum saudara/i hadir mendaftar, pastikan perkara-perkara berikut telah diambil tindakan: 1.
Sahkan terima/tolak tawaran melalui laman web http://etasjil.usim.edu.my
2.
Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Syarat-syarat Tawaran Kemasukan (AKAD A/04) dalam laman web http://etasjil.usim.edu.my
3.
Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Peraturan Pakaian Pelajar (AKAD A/02) dalam laman web http://etasjil.usim.edu.my
4.
Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Ikrar Mahasiswa (AKAD A/10) dalam laman web http://etasjil.usim.edu.my
5.
Lengkapkan Laporan Pemeriksaan Kesihatan (AKAD A/01) yang boleh di dapati di laman web http://etasjil.usim.edu.my dan di bawa pada hari pendaftaran
6.
Lengkapkan Lampiran Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan (AKAD A/08) yang boleh di dapati di laman web http://etasjil.usim.edu.my dan di bawa pada hari pendaftaran
7.
Bayar yuran di mana-mana cawangan BIMB mulai 11 Mei 2015 (Isnin) menggunakan slip bayaran (atau - slip bayaran/slip pembayaran bil) dan serahkan tiga (3) salinan pembayaran bil BIMB (atau satu (1) salinan slip pembayaran bil) pada hari pendaftaran.
8.
Lekatkan gambar berwarna berukuran pasport pada semua ruangan yang memerlukan gambar PERINGATAN: Pastikan gambar yang digunakan menepati keperluan Peraturan Pakaian Pelajar
9.
Sediakan sekurang - kurangnya satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport dan tulis nama, no. Daftar dan kod program pengajian di belakang setiap gambar PERINGATAN: Pastikan gambar yang digunakan menepati keperluan Peraturan Pakaian Pelajar
10.
Sediakan satu (1) salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil/slip keputusan dan surat tawaran kemasukan bagi tujuan rekod pelajar yang telah disahkan oleh pegawai Kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional
11.
Bawa sijil/slip keputusan asal SPM pada hari pendaftaran untuk tujuan semakan. Sila pastikan saudara/i mendapatkan semula dokumen asal tersebut untuk simpanan sendiri selepas disemak.
12.
Lengkapkan tiga (3) salinan borang perjanjian biasiswa dan dimatikan setem setiap satu, satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan 14
Penjamin, satu (1) salinan Kad Pengenalan Pelajar yang disahkan benar DAN satu (1) salinan Kad Pengenalan Penjamin yang disahkan benar. Rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia berikut: https://online.moe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php 13.
Pastikan keperluan harian serta perbelanjaan sara hidup harian yang mencukupi disediakan sepanjang Minggu Ta'aruf.
14.
Hadir mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan mengikut jadual masing-masing.
15.
Hadir mendaftar berpakaian seperti yang telah ditetapkan.
16.
Baca dan fahamkan Panduan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru Program Tamhidi Sesi Akademik 2015/2016 Universiti Sains Islam Malaysia yang boleh didapati di laman web http://etasjil.usim.edu.my
15
LAMPIRAN 1 CARTA ALIR PERGERAKAN PELAJAR Pelajar tiba di Dewan Besar, USIM
Kaunter Pertanyaan (jika perlu sahaja)
Ruang Menunggu Note: 50 orang pertama yang tiba terus ke Kaunter A - Isi maklumat yang diperlukan di Fail Pelajar - Susun atur dokumen dengan betul Kaunter A1: Serahan Surat Tawaran Rasmi
Kaunter A: Semakan Maklumat Gambar
ADA
TIADA Kaunter B: Ambil Gambar
Kaunter C: Semakan & Pendaftaran - Serah semua dokumen yang diperlukan kepada petugas - Serah Fail Pelajar - Ambil Slip Pengesahan Pendaftaran Pelajar Baru & Pendaftaran Kursus Kaunter D: Asrama - Ambil Kunci Kolej Kediaman - Ambil Beg Minggu Taaruf Kaunter E: Serahan Kad Pelajar -
Ambil Kad Pelajar (jika telah siap dicetak)
Kaunter F: Punch Out
Kaunter G: Koperasi
Tamat
- Beli Tali Leher USIM (Lelaki sahaja), RM17.00 - Beli Baju Korporat USIM (Lelaki & Perempuan), RM69.00
Terus ke asrama dan ikuti program Minggu Taaruf seperti yang telah ditetapkan dalam Buku Program 16
LAMPIRAN 2
ATURCARA HARI TA’ARUF TAMHIDI SESI AKADEMIK 2015/2016 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 8.30 pg – 3.00 ptg
1.00 tgh – 2.00 ptg
4.00 ptg – 4.30 ptg
4.30 ptg – 5.30 ptg
5.30 ptg – 8.00 mlm
8.00 mlm – 10.30 mlm
Pendaftaran Universiti
Makan Tengah Hari/ Rehat/Solat Zohor
Taklimat Program Oleh: Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Taklimat Pengenalan Pusat Tamhidi Oleh: Pengarah Pusat Tamhidi
Solat Asar/Makan Malam/Solat Maghrib
Majlis Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah USIM
(Dewan Besar)
(Kolej Kediaman Nilam Court)
(Dewan Besar)
(Dewan Besar)
(Dewan Besar)
25 Mei 2015 (Isnin)
Hari/ Masa
26 Mei 2015 (Selasa)
Hari/ Masa
(Dewan Besar)
7.15 pg – 9.00 pg
9.00 pg – 11.00 pg
11.00 pg – 1.00 tgh
1.00 tgh – 2.30 ptg
2.30 ptg – 5.00 ptg
5.00 ptg – 8.00 mlm
8.00 mlm – 10.30 mlm
Sarapan Pagi
Motivasi Kepimpinan
Latihan Lafaz Ikrar
Makan Tengah Hari/Rehat/Solat Zohor
Latihan Dalam Kumpulan
Solat Asar/Makan Malam/ Solat Maghrib
Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar
(Dewan Besar)
(Dewan Besar)
(Dewan Besar)
(Dewan Besar)
(Dewan Besar)
(Dewan Besar)
(Dewan Besar)
17
27 Mei 2015 (Rabu)
Hari/ Masa
7.15 pg – 7.30 pg
7.30 pg – 10.30 pg
10.30 pg – 11.30 pg
11.30 pg – 12. 30 tgh
12.30 tgh – 1.30 tgh
1.30 tgh
Sarapan Pagi
Eksplorasi
Taklimat UndangUndang
Taklimat Teknologi Maklumat
Taklimat Perpustakaan
Makan Tengah Hari/Bersurai
(Dewan Besar)
(Sekitar USIM)
(Dewan Besar)
(Dewan Besar)
(Dewan Besar)
(Dewan Besar)
* Bas memulakan pergerakan untuk membawa pelajar mulai jam 2.30 petang dari Kolej Kediaman Nilam Court pada 25 Mei 2015 dan seawal jam 6.30 pagi pada 26 dan 27 Mei 2015.
* Pelajar lelaki dikehendaki memakai baju kemeja berwarna putih, berseluar gelap dan bertali leher USIM pada 25 Mei 2015. Tali leher tersebut boleh dibeli semasa hari pendaftaran di Kaunter Koperasi Kakitangan USIM Berhad pada harga RM20.00 sehelai. * Pelajar perempuan dikehendaki memakai baju kurung berwarna putih, berkain gelap serta bertudung putih pada 25 Mei 2015. * Semua pelajar dikehendaki memakai baju korporat USIM pada 26 Mei 2015. Baju korporat tersebut boleh dibeli semasa hari pendaftaran di Kaunter Koperasi Kakitangan USIM Berhad pada harga RM69.00 sehelai. * Semua pelajar dikehendaki memakai t-shirt yang dibekalkan pada 27 Mei 2015. * Pelajar perempuan dikehendaki membawa kelengkapan solat sepanjang program berlangsung.
18