1
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2010/2011 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) Teks Ucapan BRIG. JENERAL DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 5 Mac 2011 (Sabtu) di Tasoh Lake Resort, Bukit Chabang, Perlis. Bismillah Hirrahman Nirrahim Mengadap Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, merangkap
Tuanku
Canselor
Universiti
Malaysia
Perlis
(UniMAP) dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Hajah Lailatul Shahren Akashah Khalil, yang juga Tuanku Pro Canselor UniMAP. Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun, Adalah patik dengan segala hormat takzimnya, memohon ampun merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli-duli Tuanku bercemar Duli berangkat ke HEPA – Edited Bahagian Media PNC – Aida Othman
2
Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Sesungguhnya
perkenan
Duli-duli
Tuanku
bercemar Duli berangkat ke majlis ini membawakan seribu pengertian bukan sahaja kepada patik dan warga pengurusan UniMAP malah juga kepada pemimpin-pemimpin pelajar baru, yang buat pertama kalinya dipilih secara demokrasi melalui proses pemilihan undi yang telah diadakan pada 24 Februari 2011 yang lalu. Patik berdoa kepada Allah S.W.T agar Duli – duli Tuanku sentiasa berada dalam keafiatan, bersemayam dengan segala kebesaran dan kedaulatan untuk terus berperanan sebagai lambang keutuhan UniMAP – sebagai payung UniMAP, tempat kami menumpang berteduh di bawah naungan Tuanku. Semoga UniMAP dan warganya yang berada di bawah payung naungan Tuanku, akan dikurnia dan dilimpahkan oleh Allah S.W.T segala kerahmatan, keberkatan dan kesejahteraan jua hendaknya. Ampun Tuanku, patik memohon izin dan limpah perkenan Tuanku untuk patik memberi sepatah dua kata kepada para hadirin. Ampun Tuanku. Yang berusaha pengacara majlis, Yang Berbahagia. Prof. Dr Ismail Daut, Timbalan Naib HEPA – Edited Bahagian Media PNC – Aida Othman
3
Canselor(Penyelidikan & Inovasi) Universiti Malaysia Perlis, Puan Saodah Binti Hassan, Bendahari Universiti Malaysia Perlis, Encik
Zuber
Bin
Haji
Mohamad,
Pemangku
Pendaftar
Universiti Malaysia Perlis, Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan Universiti Malaysia Perlis, Yang Berusaha Encik Razli Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dekan Pusat-Pusat Pengajian, Wakil – wakil Media, Seterusnya hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Selamat datang ke Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 Universiti Malaysia Perlis. Pertama sekali, marilah kita bersama-sama menadah tangan memanjatkan rasa kesyukuran di atas keizinan-Nya pada hari ini, membenarkan kita bersama-sama dalam satu majlis yang HEPA – Edited Bahagian Media PNC – Aida Othman
4
bakal melakarkan sejarahnya yang tersendiri dalam catatan kenangan UniMAP iaitu Majlis Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2010/2011. Hal ini kerana, buat pertama kalinya, kita telah mengadakan Pilihanraya Kampus bagi memilih 31 calon bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011. Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana pilihanraya yang diadakan itu tidak mengalami sebarang kekecohan dan pemilihan anak-anak muda di hadapan saya ini adalah pemilihan yang dilakukan oleh para pelajar kita. Saya yakin bahawa pemilihan secara demokrasi ini, adalah satu pilihan yang terbaik kerana para pelajar UniMAP yang arif lagi bijaksana akan dapat menentukan siapakah yang benarbenar berkaliber dan layak bersuara bagi mewakili pihak mereka. Hadirin sekalian, Seperti yang kita tahu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertanggungjawab untuk membantu pengurusan UniMAP menyampaikan hasrat dan menjadi penghubung utama antara pelajar dan pihak pengurusan dalam apa jua perkara berkaitan pelajar.
Kesemua barisan pemimpin pelajar yang
baru ini seperti yang telah dimaklumkan akan dilantik secara rasminya pada malam ini dalam Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP(MPP) sesi 2010/2011.
HEPA – Edited Bahagian Media PNC – Aida Othman
5
Sebagai pemimpin pelajar yang dipilih, saya mengharapkan MPP kali ini akan terus mengekalkan semangat kerja berpasukan yang diamalkan sebelum ini. Saya juga menyeru agar anda, MPP akan menjadi barisan pemimpin yang mesra pelajar serta mudah didekati. Kepada kepimpinan baru MPP, tanggungjawab bertambah.
Hal
anda ini
selepas kerana,
dilantik selain
adalah
dari
semakin
tanggungjawab
terhadap keluarga dan diri sendiri yakni dalam memastikan pengajian yang dilalui ditamatkan dengan jayanya, anda juga sebenarnya
memegang
amanah
untuk
melaksanakan
tanggungjawab kepada semua pengundi yang percaya dan memilih anda sebagai pemimpin mereka. Tentunya harapan mereka, agar anda akan memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada mereka. Oleh itu, diharap agar semua MPP telah menyiapkan diri secara mental dan juga fizikal. Hadirin sekalian, Saya menyedari bahawa sebagai sebuah universiti yang unik dari segi lokasi dan aturan kampusnya menyebabkan faktorfaktor penolak seperti masalah perhubungan, jarak serta masa akan menjadi kekangan kepada usaha-usaha murni yang bakal dilaksanakan kelak. Kemungkinan besar segala yang direncanakan tidak mendapat sokongan dan sambutan yang sepenuhnya daripada khalayak siswazah. Di sinilah terletaknya peranan dan cabaran sebenar MPP UniMAP untuk membuktikan serta mengurangkan jurang yang ada melalui HEPA – Edited Bahagian Media PNC – Aida Othman
6
cetusan idea yang lebih kreatif, inovatif dan juga menarik. Pada masa yang sama, jadilah seorang pemimpin yang berilmu serta mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan barisan kepimpinan Universiti yang lain. Seiring dengan teras ke Enam Pelan Strategik UniMAP 20112015 iaitu melahirkan Siswazah Berbakat Istimewa, saya mewakili pengurusan tertinggi Universiti sememangnya akan menyokong penuh setiap pandangan, program dan aktiviti yang akan dilaksanakan sekiranya ia bakal memberikan impak serta imej yang baik kepada universiti. Seperti yang telah saya nyatakan semasa Majlis Ucaptama Naib Canselor baru-baru ini - Mahasiswa adalah pelanggan utama dan menjadi tanggungjawab Universiti untuk membantu dan menyokong
hasrat
semua
Mahasiswa,
dan
ini
bakal
diterjemahkan oleh barisan MPP yang dilantik. Mungkin
ada
tanggungjawab
diantara MPP
anda
adalah
tidak
sebagai
sedar medium
bahawa untuk
menyampaikan hasrat Universiti kepada para pelajar. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi apa yang bakal tergalas dibahu anda sekalian bagi merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan siswazah berbakat istemewa... • Siswazah berakhlak, bermoral dan berketrampilan peragaan diri yang terpuji. HEPA – Edited Bahagian Media PNC – Aida Othman
7
• Siswazah yang berjiwa penyayang. • Siswazah yang berpencapaian akademik tinggi. • Siswazah yang berkeupayaan menyelidik. • Siswazah yang berfikiran kreatif dan inovatif. • Siswazah
yang
berdaya
yang
yang
keusahawanan
yang
progresif. • Siswazah
menyumbang
kepada
bertanggungjawab
masyarakat
dan
setempat
dan
antarabangsa. • Siswazah
yang
berupaya
berkomunikasi
secara
trampil sama ada dalam bahasa ibunda, bahasa Inggeris dan jika mampu menguasai satu lagi bahasa antarabangsa yang lain. • Siswazah yang berdaya cipta, berdaya saing dan berdaya tahan. Saya harap anda dapat menghayati dan fahami teras ke Enam Universiti dengan sebaik-baiknya. Insyaallah anda akan mampu menjadi pemimpin yang hebat kelak, jika berjaya mengaplikasi teras ke Enam Universiti dengan merencana, merancang dan menterjemahkannya melalui program dan aktiviti yang akan dibuat sepanjang tempoh perkhidmatan anda sebagai MPP UniMAP 2010/2011 nanti. Hadirin sekalian, Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan HEPA – Edited Bahagian Media PNC – Aida Othman
8
terima kasih dan tahniah kepada kepimpinan MPP sesi 2009/2010 yang diketuai oleh saudara Mohamad Nur Bin Misbah kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan begitu cemerlang sepanjang tempoh lantikan mereka. Buat kepimpinan MPP sesi 2010/11 yang bakal diketuai oleh Saudara Aminuddin Bin Anuar, saya mewakili UniMAP ingin mengucapkan selamat berkhidmat dan
semoga
barisan
kepimpinan
baru
ini
akan
lebih
menyerlah dan fokus dengan matlamat dan perancangan yang dibuat dan bersama-sama memahami dan menghayati hasrat Universiti dan Kerajaan dalam menjayakan matlamat Gagasan 1Malaysia dan inspirasi UniMAP melalui slogan ‘Lonjakkan Komitmen, Lonjakan Prestasi’. Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya titipkan buat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung
dalam
pemimpin pelajar ini.
melaksanakan
proses
pemilihan
Semoga apa yang telah dilaksanakan
ini akan menjadi permulaan yang baik buat kita semua. Semoga keharmonian pilihanraya kampus yang pertama ini akan
menjadi
‘benchmark’
untuk
keharmonian
yang
seterusnya. Ini sekaligus akan membantu memastikan Visi UniMAP untuk menjadi “Antara 500 universiti Terbaik Dunia” bakal terlaksana. Amin. Rasanya tidak lengkap jika saya mengakhiri ucapan tanpa HEPA – Edited Bahagian Media PNC – Aida Othman
9
berpantun. Oleh itu, terimalah serangkap pantun daripada saya untuk anda semua. Tiada yang lama, tiada yang baru, Baru yang ada, penyambung warisan, Bersama anda, menggalas di bahu, Melaksanakan amanah, penuh keikhlasan. Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun, Sekian
sahajalah
ucapan
patik
pada
malam
ini.
Bagi
mengakhiri ucapan patik ini, patik bagi pihak Universiti Malaysia Perlis sekali lagi merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli-duli Tuanku bercemar duli berangkat ke Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan
Majlis
Perwakilan
Pelajar
(MPP)
sesi
2010/2011 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Ampun
tuanku.
Sekian,
Wabillahi
Taufik
Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima Kasih.
HEPA – Edited Bahagian Media PNC – Aida Othman